Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memelihara Jiwa: Petua Daripada Tabib Kurun Ke-9

Rate this book
Buku ini merupakan terjemahan dan huraian Masalih al-Anfus karya Abū Zayd al-Balkhī.

Sembilan abad yang lalu, seorang pakar dan ilmuwan bernama Abū Zayd al-Balkhī mengarang sebuah kitab perihal masalah psikologi dan mental. Dalam kitab ini, beliau menjelaskan tentang gejalanya dan memberikan nasihat rawatan pencegahan serta kaedah memulihkan kesihatan tubuh dan jiwa. Manuskrip luar biasa itu telah ditemui, dianalisis dan diterjemah oleh sarjana terkenal bidang psikologi, Profesor Malik Badri, yang turut menyediakan catatan keterangan bagi memahaminya sekaligus menjadikan buku di tangan anda ini sebagai panduan tuntas merungkai masalah kejiwaan yang melanda dunia masa kini.

120 pages, Hardcover

Published May 1, 2023

9 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Malik B. Badri

16 books151 followers
Malik Babikr Badri Mohammed (16 February 1932 – 8 February 2021) was a Sudanese author and professor of psychology. He was the founder of the modern Islamic Psychology and published such influential books as The Dilemma of Muslim Psychologists and many others. He was sometimes affectionately called Baba Malik. He died on February 8, 2021, in Kuala Lumpur, Malaysia. He was the son of Babikr Bedri who had established the Ahfad University. He was married with 7 children.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (44%)
4 stars
19 (50%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
October 23, 2024
Buku terjemahan yang sangat baik.

Rasa ralat sebab baru membaca dan berkenalan dengan Prof Malik Badri walaupun dah selalu dengar nama ini. Dan juga baru mengenali Abu Zaid Al Bakhi yang sangat genius dan sangat besar sumbangannya dalam bidang psikologi, psikosomatik dan pelbagai bidang lagi.

Tetapi syukur sebab apabila membaca buku ini, kita sebenarnya telah diperkenalkan dengan sangat baik bagaimana sudut pandang Islam kepada kesihatan mental. Dan ini perkara yang sangat mahal. Sebagai sekadar pembaca yang bukan ada ilmu dan kepakaran dalam bidang ini, buku ini sangat membantu saya memahami beberapa perkara asas dan sangat penting tentang kesihatan mental.

Banyak kali asyik tersebut ‘wow’, sebab kagum macamana Abu Zaid Al Bakhi yang hidup kurun ke 8 ini dah boleh menulis begini. MasyaAllah.

Buku yang sangat berbaloi dibaca, jika ingin memahami tentang kesihatan mental dan Islam. Buku yang boleh menambah iman dan boleh belajar tentang kesihatan mental.

Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
November 27, 2025
Kita mungkin terfikir, kenapa perlu kembali ke kurun kesembilan untuk membaca tentang psikologi daripada seorang al-Balkhi, sedangkan dunia perubatan hari ini sudah begitu moden dan mempunyai pelbagai kelengkapan saintifik yang amat canggih sehingga gelombang otak pun boleh dikaji.

Namun yang ajaib, buku ini – yang ditulis tanpa bantuan apa-apa aparatus penyelidikan moden – mampu menerobos ke dalam jiwa dengan firasat dan pemerhatian pengarangnya hingga menghasilkan sebuah ketepatan yang sama dengan terapi tingkah laku dan terapi kognitif masa kini. Dan cuba bayangkan ketepatan itu terhasil 1100 tahun lebih awal daripada sains moden.

Huraian Prof. Malik Badri sebagai seorang pakar psikologi hanya akan menambah kekaguman kita tentang buku ini. Ada empat masalah psikologi yang diberikan tumpuan oleh al-Balkhi iaitu kemarahan, ketakutan, kemurungan dan bicara kendiri yang negatif.

Setiap satunya dihuraikan dalam bahasa yang mudah dan dapat difahami walaupun oleh orang awam. Cara rawatan adalah bersifat luaran dan dalaman termasuk mengubah cara berfikir, melihat contoh manusia lain yang menghadapi hal sama dan memahami dengan sebenar-benarnya hakikat kehidupan. Namun al-Balkhi tidak menolak sesetengah penyakit jiwa berpunca daripada masalah jasmani, dan perlu dirawat dengan cara jasmani pula.

Perspektif yang menarik menurut Prof Badri adalah kerana al-Balkhi tidak melihat masalah jiwa sebagai satu penyakit perubatan, tetapi lebih kepada masalah pembawaan diri dan kebiasaan serta persekitaran hidup seseorang dan kebanyakannya boleh dihadapi dengan mengubah cara berfikir dan mendengar nasihat daripada kaunselor. Pencegahan masalah jiwa juga lebih penting daripada merawatnya selepas jiwa telah terkesan oleh hal-hal yang mengganggu.

Jika sebuah karya psikologi kurun kesembilan mampu menggapai relung jiwa manusia sedalam ini, teringat saya kepada kata-kata seorang ilmuwan: kejayaan pengetahuan Islam dalam menanggapi sesuatu fenomena dengan tepat berbanding pengetahuan Barat adalah kerana Barat menutup mata daripada sisi metafizik apabila menjalankan penyelidikan mereka.
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
291 reviews47 followers
December 21, 2025
Memelihara Jiwa: Di Persimpangan Dua Tradisi Psikologi, 22/12/25

Alhamdulillah, thank you Pelita Dhihin for the opportunity today.

I’ve delivered a preliminary remark on the “new” dilemma among Muslim psychologists of this day; if previously it was between the Freudian tradition and the non-Freudian way, now would be either to be sufficient with cross-traditional comparisons or we must proceed for a new psychology solely from the unique worldview of Islam.

To achieve this comparison, I’ve put forth an analysis based on Karl Jasper’s model of Axial Age to showed that the Western conception of soul oscillates across history as they are predominantly defined as radical demarcation between the mind and body. Axial Age marked by global transition of man’s worldview from the horizontal participation mystique to the more vertical, but dualistic point of view.

On the other hand, Islam did not faced this sharp “take-off” that dichotomizes the two. I’e briefly put forth Professor Toshihiko Izutsu’s semantic analysis that demonstrated the key concepts in the Revelation are being delivered as something radically different from all previous tradition of religions. “Radical”monotheism is one of them, and in the context of the idea of soul, Islam depicted as integrated, complete with both horizontal axis (the functional modalistic partition to ‘aql-ruh-nafs-qalb) and also vertical (ontological distance to the source).

This model while appeared similar to the Neoplatonic system, in reality are radically different as the ascent of man is defined by active participation through works (amal) and remembrance (dhikr) of the Covenant (mithaq) made, with the fitrah as the compass. The Neoplatonic model, due to the absence of Will from the Godhead, nature is created as a passive and random consequent from its emanation.

I received brilliant question from one of the audience Captain Ahmad on how to distinguish readiness for prescription of Islamic intervention in mental health. I answered that 1) while I believe that psychiatry/psychology cannot remain secular, it does not have to be strictly spiritual in a religious sense. And this is because 2) there are different levels of readiness and timeliness that is crucial in proper and beneficial execution of psychotherapy and thus we have 3) to remain non-committal and non-judgmental towards the patient, and to instead actively engaged in a dialogue with the client. 3) The gold standard would be to objectively assessed patient to several scales of Islamic religiosity to inquire the extent of benefit the patient can obtained from Islamic psychotherapy. 4) I do admit the question of explicit or implicit integration remains problematic and requires further research. 5) But in the principle of beneficence and justice, I do recommend practitioners to be comfortable with the role of culture and religion as an aid in patient’s recovery.

I also made a lovely acquaintances with the sagacious Professor Emeritus Dr. Yasien Mohamed, the Emeritus Professor of Arabic Studies and Islamic Philosophy, in the University of the Western Cape, South Africa. He is also one of the founding member of International Association of Islamic Psychology, a close collaborator with Prof Malik Badri. He is also an author with hundreds of peer-reviewed publications with a focus in Islamic psychology and its civilizational interaction with the West.

We talked over the ongoing project of Islamic psychology and affirmed the need for collaboration and correspondence of same-spirited parties. Maybe Dr Izzuddin and Dr Firdaus can later engage with this highly esteemed scholar.

I have also been “poisoned” by the scrumptious selection of books in Pelita Dhihin. I remain committed with my primary focus of phenomenology with the below selection:

1. A 1964 edition of The Phenomenology of Internal Time Consciousness by Martin Heidegger
2. A 1972 edition of Martin Heidegger’s collection of essays; “Time and Being”
3. A 1950 edition of The Perennial Scope of Philosophy by Karl Jaspers

Not only the motorists’ hobbies are expensive, “hobi kami baca buku pun mahal!”.

Thank you Ahnaf for arranging the slot for today, showing Cakna’s commitment in knowledge dissemination at critical fronts. An amazing person, indeed.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
December 29, 2025
Buku terjemahan dari Kitab ‘Masalih al-Anfus’ karya Al-Balkhi, ilmuwan Islam yang mahir dalam beberapa bidang dan psikologi adalah salah satunya. Kitab ini telah lama tersimpan di Perpustakaan AyaSofya, Istanbul. Kitab tentang kepentingan kesihatan mental dan fizikal untuk kesejahteraan hidup manusia telah ditulis pada abad ke-9 Masihi. Buku ini kemudian telah diterjemah oleh Malik Badri, seorang profesor bidang psikologi yang pernah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya, diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh saudari Auni Baharin.

Buku Memelihara Jiwa ini dimulakan dengan pengenalan tentang siapakah Abu Zayd Al-Balkhi, iaitu penulis asal kitab ini. Sejarah hidup, tokoh ilmuwan yang hidup sezaman dengan beliau dan idea-idea beliau tentang kesihatan mental yang masih sangat relevan dengan zaman sekarang semuanya diceritakan dalam bab pengenalan ini.

Kemudian, disusuli pula dengan ringkasan manuskrip yang telah dirumuskan oleh penterjemah Prof Malik Badri. Saya suka akan bahagian ini sebab kita boleh mengambil isi yang sudah pun diringkaskan dan diterjemah kepada situasi zaman sekarang. Mungkin ada sesetengah kitab lama yang mempunyai gaya bahasa dan isi yang mungkin sukar untuk golongan pembaca biasa untuk hadamkan, tetapi di sini kita sudah diberi penerangan oleh seorang pakar psikologi.

Akhir sekali, barulah isi sebenar kitab asal. Ada 8 bab kesemuanya. Dimulakan dengan kepentingan untuk memelihara kesihatan mental dan jiwa, simptom penyakit mental, cara untuk menangani dan melawan perasaan dan ‘thoughts’ yang akan memberi kesan pada kesihatan mental.

Saya kagum! Saya rasa hampir semua poin yang ditulis oleh Al-Balkhi semuanya ‘make sense’ dalam dunia zaman serba moden ini. Saya juga selesa membaca terjemahan yang sangat lancar dan tidak kekok. Nota kaki yang disertakan sangatlah membantu dalam memahami lebih lanjut tentang isi kitab. Ada banyak sekali benda yang saya belajar dan renungi dari buku ini. Kitab yang telah ditulis 11 abad yang lalu ini perlu dibaca terutamanya buat golongan yang mahu membaik pulih, meningkatkan kualiti dan juga menuntut ilmu tentang penjagaan mental. InsyaAllah, harapnya membantu.
2 reviews
July 8, 2024
Memandangkan manusia terbentuk daripada jasad dan jiwa, maka dia pasti akan menghadapi ujian daripada kedua-kedua komponen tersebut. Ujian itu boleh hadir dalam bentuk kekuatan atau kelemahan, kesihatan atau penyakit, atau juga menerusi gejala lain yang boleh memudaratkan kesihatannya. Gejala yang menimpa tubuh badan manusia serta menjejaskan kesejahteraannya adalah seperti demam, sakit kepala, dan pelbagai bentuk kesakitan lain yang boleh memberikan kesan kepada organ-organ badan. Manakala, gejala psikologi yang boleh menimpa seseorang pula adalah seperti kemarahan, kedukaan, kebimbangan, kecemasan dan tanda-tanda lain.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
November 15, 2025

Hakikat dunia, seseorang perlu tahu bahawa dunia ini tidak diciptakan untuk memenuhi apa sahaja yang dia mahu tanpa melalui perasaan yang tidak senang seperti marah, sedih, gusar, kecewa, takut, tertekan dan sebagainya. Kesedaran tentang hakikat semulajadi kehidupan ini penting supaya kita tidak kecewa dan sakit apabila kita melalui sesuatu yang menyakitkan dan melatih diri supaya tidak bertindak balas terhadap perkara kecil. Ini semua dijelaskan oleh Abu Zayd al Balkhi seorang ahli psikologi Islam yang diakui sebagai tokoh terawal menemukan cara merawat jiwa.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
January 30, 2025
Sebuah terjemahan dan huraian oleh Profesor Malik Badri untuk karya psikologi Islam kurun ke-9 yang iaitu Abu Zayd al-Balhi.

Buku ini membincangkan seputar kepentingan menjaga, punca, gejala, dan kaedah luaran dan dalaman untuk merawat dan mencegah masalah mental yang berpunca daripada kemarahan dan ketakutan. Turut dikupas adalah mengenai topik kemurungan dan kesedihan, apa yang membezakan keduanya dan bagaimana mengurangkan kesan masalah ini kepada diri.Topik strategi mental dihuraikan dengan panjang menutup perbincangan ini.

Cara penulisan buku mudah difahami kerana huraian-huraian digambarkan dengan alegori kehidupan harian dan tidak mengunakan jargon yang tinggi. Secara ringkas, ini merupkan sebuah karya yang membincangkan asas dan permulaan kepada masalah-masalah mental moden lain.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.