What do you think?

Sayangnya Dia Kepadaku
Tuhan, Aku Masih Berharap...
Kau sedia tahu sembuh itu perlu, kerana dengannya kau semakin memahami erti kehidupan. Kau juga mengerti bahawa bertumbuh itu perlu, kerana tanpanya kau akan terus di belakang.
Namun tahukah kau bahawa sembuh dan tumbuh takkan sempurna jika tidak melibatkan cinta-Nya? Sedarkah kau bahawa Dia langsung tidak pernah meninggalkan kita semasa tidak berdaya?
Moga kau tidak lagi hanya bergantung kepada diri sendiri saat mahu sembuh dan tumbuh; tetapi kepada Dia selayaknya; Tuhan yang sangat mencintaimu.

150 pages, Paperback
First published May 1, 2023
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
March 22, 2025
Antara topik yang paling saya suka adalah Tentang Tumbuh.
Buku ni sedikit sebanyak mengisahkan tentang pengalaman penulis dalam meniti kedewasaan hari demi hari. Yang menariknya, persamaan kami dari segi buku dan kopi adalah sama.
Saya setuju penulis katakan bahawa membaca itu adalah satu terapi, satu kesendirian untuk merenung segala hikmah. Bahan bacaan yang baik mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik. Maka, carilah bahan bacaan yang mampu membuka minda dan memperbaiki diri kita menjadi muslimah yang baik terhadap diri sendiri.
Semakin kita tumbuh dewasa, erti persahabatan juga akan berubah kepada perspektif yang berbeza. Persahabatan yang banyak memberi kita makna kehidupan dan meyokong kita ke arah perubahan yang lebih baik, itulah dia sahabat sebenar. Sahabat yang tidak insecure dengan segala proses kita menjadi versi diri yang lebih baik.
Dalam hidup ini juga, usah fikirkan pandangan orang lain terhadap diri kita. Saya ada satu motto hidup, iaitu “pandangan orang lain terhadap diri hanyalah sekadar pandangan, bukan fakta. Yang lebih memahami kasut sendiri, lebih memahami kelebihan dan kekurangan diri sendiri adalah diri kita.” Itulah yang selalu saya amalkan. Mana nasihat yang baik saya ikut, mana nasihat yang kurang ngam dengan diri saya, saya akan tapis sebaik mungkin sebab tak semua nasihat itu boleh diguna pakai untuk diri ini dan bergantung pada situasi.
Jadi, apa sahaja pandangan orang lain untuk diri samada suka atau benci, usahlah diambil kira sehingga kita terlalu overthinking. Jalani hidup ini dengan tenang! Beatap sayangnya Allah kepada diri kita, maka jadilah the better version of ourself bukan the better version mengikut kehendak orang lain.

December 11, 2023
Apa yang paling saya suku tentang buku kak Sajida yang ini ialah nasihat-nasihat berbentuk pelan tindakan yang disisipkan. Pada hemah saya, hampir semua catatan bersifat mengingatkan dan tidak sekadar membuai pembaca dan menghanyutkan mereka dalam perasaan negatif masing-masing.
August 22, 2023
Buku yang sangat menyamankan, Alhamdulillah..mengingatkan diri tentang nikmat hidup bertuhan. Walau sakit, Allah ada tempat bersandar, sumber kekuatan untuk bangkit sembuh dan seterusnya bertumbuh lagi demi manfaat diri dan orang sekeliling. Penulisan yang sangat minimalis, tidak terlalu berat walau mesej yang cuba disampaikan berat iaitu tentang kembali bangkit sesudah ujian. Erti tawakkal kepada Allah dalam melayari hidup penuh warna warni ini.
June 10, 2024
Kalau saya boleh simpulkan nada emosi & kesan buku ini untuk jiwa saya as a whole, it will be: “Effortless light, yet deeply meaningful.” Kimochi ~
Penyusunan “silibus” mantap terbahagi kepada 3 bahagian utama; 1) Tentang Sembuh, 2) Tentang Tumbuh & 3) Tentang Swacinta. Diselang-selikan dengan kata-kata hikmah yang kalau tidak menyentuh hati, pasti menyentuh minda, semuanya bermakna, Allahumma Barik! Walaupun mungkin ada orang kata ada yang klise, ia tetap bersesuai dengan topik yang dibincangkan di posisi itu. Juga, saya suka, ada di antara semua kata-kata hikmah itu, kita boleh nampak, ada yang diolah daripada pemahaman saudari penulis melalui pembacaandan kajian ilmu dan doa-doa dari hadis &al-Quran, love.
Saranan saya untuk pembacaan buku ini ialah, pertama, baca dulu buku ini dari kulit ke kulit. Tak kisahlah sekali duduk ke, on and off ke, ambil masa beberapa hari. Janji baca semua dulu, supaya kita dapat meresapi “essence” yang ingin dikongsikan oleh saudari penulis untuk kita. Kemudian, buku ini boleh kita letak kat tepi meja belajar ke, meja kopi ke, tepi katil ke, sebagai pick-me-up book. Seperti buku “Dear Tomorrow” by Maudy Ayunda. Ini kerana, setiap pages yang terselak, pasti akan menjernihkan kembali kesadaran kita, inshaAllah.
Illustrasi dan tona warna yang menemani buku ini juga menenangkan, serene. Buku ini highly recommended!

November 1, 2023
4.5 🌟
Luka yang hadir dalam hidup kita itu bukan salah kita, tapi sembuh dari luka lama itu ialah tanggungjawab kita. Dalam buku ini, penulis berkongsi pengalaman beliau dalam proses sembuh dengan mengaitkan juga unsur ketuhanan dan agama, kerana luka yang wujud dan hadir dalam diri kita itu sebenarnya hanya Allah yang boleh menyembuhkannya sepenuhnya. Hidup berimankan Allah sebenarnya banyak membantu kita untuk terus mencapai matlamat kita sebagai seorang muslim, dan dengan kepercayaan kepada Allah, kita ada tempat bergantung dan meluah segala rasa, dan pada hakikatnya, hanya Allah yang boleh memberi pertolongan yang sempurna. Tak salah untuk kita meluah rasa kepada manusia, kerana tidak dinafikan kadang-kadang apabila kita meluah kepada orang sekeliling, kita akan merasa lebih tenang, tetapi jangan lupa juga untuk meluah dan memohon pertolongan dari-Nya. Melalui buku ini juga, penulis berkongsi sedikit tips dan cara yang boleh membantu proses sembuh kita melalui journaling, memberi, dan swacinta.

August 8, 2023
Jilid ke-2 Siri Kalbu. Lain penulisnya lainnya gayanya. Gaya kali ini lebih kepada mendekatkan pembaca pada 99 nama Allah. Elemen sembuh & tumbuh itu menerapkan nilai keislaman, dan pada masa sama mengingatkan kita tentang kesabaran, penerimaan & kekuatan sebagai seorang Muslim. Lagi best, penulis juga ada beri contoh atau petikan dari buku motivasi / psikologi yang lain, secara tak langsung dapat tips yang membuatkan kita sedar bahawasanya mereka yang sedang healing itu perlu menerima keadaan mereka yang perlukan healing. Maksudnya, tak mengapa kalau kita down, patah semangat, rasa nak give up semua tu. Temukan cara healing anda.
April 2, 2024
Lama ambil masa baca buku ini, bukan kerana susah difahami, tapi adakalanya buku perlu dibaca sesuai dengan keadaan jiwa pada waktu itu. Sesuai dengan bulan Ramadan, akhirnya saya jumpa "semangat" untuk membaca buku ini.
Suka dengan satu tema yg ada pada buku ini swacinta dan self healing. Tapi self healing tu bukannya satu matlamat, ia hanyalah cara dan usaha. Antaranya dengan banyak membaca dan menulis, sentiasa menuntut ilmu. Healing yg sebenar adalah dengan kembali kpd Allah (perlu baca buku untuk faham context).
Contoh-contoh yang diberikan dalam buku ini, menggambarkan diverse nya pembacaan penulis.

July 26, 2023
Berbanding Siri Kalbu pertama, yang ke-2 ni lebih bertema islamik. 'Dia' yang dimaksudkan dalam judul merujuk kepada Allah SWT.
Buku ni fokus kearah penyembuhan nurani dengan menyerahkan kebergantungan diri kepada-Nya. Healing cara Islam :)