📚 Miss Rock Star
✍️🏻 @ssshafienaaa_
📝 @bukubookiut
🎸 GothHazel bakal dibubarkan kerana tidak mempunyai seorang vokalis? Alamak, mereka perlu segera mencari vokalis dalam masa terdekat. Jika dibubarkan sekali lagi, pasti akan menjadi mimpi ngeri buat Eddy dan ahli band nya yang lain. Avira pilihan yang terbaik, tetapi Eddy tidak mahu Avira. Orang lain boleh, tapi jangan Avira. Ada perkara yang berlaku 4 tahun lalu yang menyebabkan Eddy tidak mahu Avira.
🎸 Oleh itu, mereka pun mengadakan audition bagi mencari vokalis yang terbaik untuk kumpulan mereka. Akhirnya, Ferra telah terpilih, si gadis instafamous yang narsisistik. Adakah Ferra mampu membawa kemenangan untuk GothHazel?
4/5 🌟
________________________________
🎶 Dari mula baca sampai ke pertengahan cerita kita akan tertanya-tanya apa yang berlaku 4 tahun lepas? Apa kaitan Avira, Jayson dengan GothHazel. Mai, drummer GothHazel pun tak tahu walaupun dah join band tu selama 2 tahun sudah. Hikhokk, pandai ekk suruh org berteka-teki. And then, bila dah tahu reason kenapa GothHazel dibubarkan 4 tahun lepas tu, saya mcm... ehhh, ada betulnya si Jayson tu. Macam rasional tindakan dia. Tapi, booom, di penghujung cerita, Eddy datang merungkaikan kebenaran. Lahh, itu ke sebabnya? Tergelak sedikit part tu.
😅 Betullah @lattetiramisu_ kata, jangan cepat judge org dalam cerita ni. Baru je nak jadi fans Jayson, sbb karakter dia handsome dengan pakai cermin matanya ahhahahah, tapi sokayylah. Tak mauu hehe.
🚄 Buku ni fast pace, tak sangka boleh baca dalam masa sehari je. Ehh a few hours je. Storyline pun smooth, takde rasa awkward dekat mana2 part.
🙆🏻♀️ Paling suka karakter Avira sebab dia cool je layan kerenah si Ferra yang berlagak. Time Avira jentik dahi Ferra tu auto teringat runningman. Kan diorg suka jentik2 dahi tu. Ohh, and bila baca cerita ni mesti teringat cerita Camp Rock dan juga Lemonade Mouth. Siapa ada tengok? Besttt!!
Overall, sangat berpuas hati dengan buku ni. Enjoyable and fun. Saya rasa buku ni juga dapat keluarkan anda daripada reading slump jika ada. Tahniah kepada penulis dan terima kasih kepada bookiut atas pemberian novella ini. 🥹✨️
#bukubookiut #missrockstar