Buku Sayonara Jahiliyah atau turut membawa maksud Selamat Tinggal Jahiliyah, akan memberi pengetahuan serta pandangan yang lebih meluas tentang jahiliyah. Ia akan memberi pendedahan dari sudut makna jahiliyah, ayat-ayat al-Quran serta hadis yang menceritakan tentang jahiliyah, akibat atau kesan jahiliyah, kaedah untuk meninggalkan jahiliyah serta banyak lagi perkongsian yang menarik yang akan menjadikan anda seorang individu yang tidak akan tertewas dengan jahiliyah.
Penulisan yang mudah difahami serta perkongsian pengalaman individu-individu yang diuji oleh Allah dalam kehidupan mereka yang dapat kita ambil pengajaran, turut menjadikan penulisannya menjadi lebih menarik dan mampu meningkatkan ‘hamasah’ atau semangat untuk tidak tertewas dengan jahiliyah. Selamat membaca dan berjuang agar tidak tertewas.
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.
She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.
She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.
Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.
Sesuai untuk sesiapa yang pagi solat dhuha dan baca Al-Qur'an, petangnya menonton MTV dan Keeping Up with The Kardashians, malamnya menyesal. Dibahagikan kepada tajuk-tajuk kecil iaitu maksud jahiliyyah, jahiliyyah menurut Al-Qur'an, bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah, cabaran selepas meninggalkan jahiliyyah.
"Banyaknya masa terluang itu menjadi punca mengapa jahiliah itu kembali meresap ke dalam diri."
Buku yg nipis, aku suka sebab isinya yg straight to the point dan simple. Isinya deep tapi ditulis dengan kata mudah. Part yg paling terkesan, adalah apabila katanya manusia masih lagi bingung samada mahu meninggalkan jahiliyah 100% sehingga mereka memilih utk 'neutral' membaca alquran dan mengikut sunnah di pagi hari, tetapi masih ada karat-karat jahiliyah dri dalam dirinya seperti bertabaruj dalam berfesyen, ketagih permainan video, menonton tv kegemaran dsb. Tidak dilupakan penjajahan akal dan fikiran sekular, liberal yg makin lama makin bertapak.
Maka pada pendapat aku perjalanan untuk meninggalkan jahiliyah ini merupakan proses yg sukar, tetapi tidak mustahil. Untuk diri aku yang tidak kuat, aku merasakan perlunya kepada keadaan sekeliling yang merangsangkn serta daya ingin berubah yang kental. ya, beri masa utk aku untuk berubah. Aku hadam benda ini dari dulu, tetapi masih lagi ada sisa-sisa jahiliyah yang aku tidak ingin tinggalkan. Mungkin aku tidak dapat lihat apakah istiqamah itu akan ada. Mungkin juga aku tidak yakin samada usrah itu membina atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kerana aku lihat, mereka masih lagi orang yang sama dengan kebanyakan. Mungkin juga aku sudah ada bias dan jadi prejudis. Mungkin.
Aku masih lagi terkesan dengan kata-kata Syed Quth dalam muqaddimah Zilal; bagaimana pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga dgn ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Mengapa mereka jatuh ke lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yg dapat meluhur, memberkati dan membersihkan jiwa seseorang?
Aku terkesan. Masih dalam pemikiran kanak-kanak kah kita?
4 bintang. Pembacaan yg membina, cukup untuk buat aku berfikir. Doakan agar aku diberi petunjuk oleh Tuhan. Amin.
Ditampar dengan hakikat kebenaran yang sepatutnya semua umat Islam faham dan amalkan. MasyaAllah kita sangat jauh dengan agama ini, terima kasih penulis sebab sedarkan kami. Semoga istiqamah dan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu, demi redha Allah. Semua umat Islam harus dan mesti baca buku ni. Nipis sahaja, dalam lebih kurang 70 m/s tapi isinya sangat lah tepat.
Buku ini nipis sahaja, setebal 72 muka surat, dan didalam ini ada menceritakan tentang difinisi jahilia, jahiliah sebelum kedatangan islam dan jahiliah moden.
Bagi mereka yg mencari buku cara-cara untuk meninggalkan zaman jahiliah boleh membaca buku ini, kerana sarat dengan maklumat dan tidak meleret.