Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian. Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan identiti kepada orang awam termasuk kepada keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan. Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang terhasil daripada latihan intensiti tinggi dan operasi tersembunyi di sebalik uniform Umar. Hanya Megat Adri dan sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya. Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh. “Kenapa ak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR “Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA “Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa melupakan si ‘bunga yang wangi dan tercinta’. Setelah para perwira menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka pintu kepada para bandit. Kuala Lumpur huru-hara. Bagai halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar mempertaruhkan nyawa di Menara TRX. Mampukah Kumbang menumpaskan musuh, melindungi orang awam dan kembali kepada bunganya?
Hah novel ni sesuaiiii untuk korang yang nak tahu mendalam sangat tentang kerja2 hero tentera ni 😁😂 Serius details dan aku kagum. Thumbs up author!
Lurrrve buddies.
Untuk aku yang gedik-genre, tak sangka aku boleh fokus habiskan baca novel ni. Mungkin sebab aku dah di-warning kengkawan kot yang buku ni sikit je romantic2 moment dia, tapi disebabkan curious so aku bedal jelah baca andddd yes aku suka cerita ni! Heeee. Dengan floppy giler buku, aih sukaaa.
Cerita yang boleh aku katakan 90% berkisarkan tentera, macam mana nak jadi komando, latihan komando, tugas komanda, aksi komando & serba sedikit perihal politik (just the surface). Ada jugak dijadikan cerita sedikit 'perlian' ke atas para isteri/girlfriend yang bersuamikan/bertemankan seorang tentera yang tanpa segan-silu mendedahkan perihal lelaki masing-masing untuk menunjukan 'terpaling-ada-suami/kawan-tentera' yang tanpa sedar boleh mendedahkan identiti yang cuba disembunyikan. Telatah sesetengah mak cik/pak cik bawang yang beranggapan tentera tidak melaksanakan tugas/tindakan jugak dihuraikan dalam bentuk yang senang untuk difaham.
Even dah hampir 60% aku dah baca langsung takda rasa bosan sebab plot yang tersangatlan cantik, kemas tersusun. Yang paling aku suka bila Umar yang terjatuh dari latihan payung terjun & berjumpa dengan Si Kumbang macam woww. Bila scene mereka dikerah semasa latihan Seolah-olah aku pulak yang dikerah buat itu ini, terasa penatnya. Ye lah, tanpa ada unsur romance & hanya berkisahkan tugas, operasi tentera saja ingat senang nak teruskan bacaan kalau penceritaan tak menarik? Dan tidak dinafikan watak Umar itu sendiri yang matang dan kadang-kadang blur & ditambah lagi dengan kesengalan member yang lain.
Dan untuk romance yang secoetnya itu alahaiiiii, tak tahulah nak cakap macam mana. sejenis percintaan yang matang tahu? takde kona-kona nak jiwang bagai terus straight to the point. Sebab ye lah komando mana ada masa nak melayan benda remeh macam ni. 😂 Bila Umar cakap 'Assalammualaikum dear, sibuk?' itu pun aku dah senyum memanjang apatah lagi bila Umar melamar Mika atas motorbikenyee.
Yang pasti sesiapa yang sukakan genre sebegini 90% ketenteraan,aksi & hanya 10% percintaan bolehlah baca. Dan, tak dinafikan banyak sangat typo yang ada, kesalahan bahasa tapi itulah kalau dah terlebih focus membaca & menjiwai cerita terus aku tolak tepi benda tu hehe.
p/s - ehemmm.. cerita pasal Hamizan dengan Azfar ade tak? kalau takde adakan laa hahha.. too tempting to resist.
Dulu waktu kecik-kecik, ayah selalu suruh adik lelaki jadi Komando. Saya pelik sungguh, sebab ayah bukannya Komando tapi apa pasal lah ayah suruh anak-anak dia jadi Komando? Punyalah saya ni tak kasi sebab saya samalah macam Mika, anggap Komando tu ganas, gangster dan kanibal!
Tapi lepas baca buku ni, fahamlah kenapa ayah nak sangat anak-anak lelaki dia masuk Komando.
Penceritaan buku ni sebenarnya sangat sesuai untuk bacaan orang awam, faham walaupun ada certain penggunaan istilah tu saya kurang faham (haha buat-buat faham). Buku ni penuh aksi, yang tidak aksinya mungkin 5 peratus sahaja selebihnya kisah bagaimana seorang Umar Al-Haidar bermula dari awal sehinggalah nak jadi seorang Komando senior.
Fokus buku yang menunjukkan perjalanan Umar Al-Haidar itu sampai kepada saya sebagai pembaca, begitu juga ancaman yang ditulis di dalam buku.
Bercerita tentang ancaman, kalau rajin baca tulisan marchfoward (penulisan orang awam berdasarkan fakta) dan juga berita luar dan dalam negara, sebenarnya apa-apa berkenaan tentera Malaysia perlu diambil serius dan ada beberapa situasi yang rakyat Malaysia terlepas pandang. Khususnya tentang perairan negara Malaysia, dan sama-samalah kita berdoa akan kesejahteraan Malaysia terjaga.
Begitu juga tujuan penulis yang bercerita tentang situasi politik dalam negara, goyah-nya politik negara menyebabkan banyak tangan-tangan ghaib yang menjadikan Malaysia sebagai taruhan dan tuntutan.
Banyak iktibar penulisan buku ini dengan bahasa santainya.
Kalau nak baca kisah cinta, eloklah baca Kumbang Di Hatiku dan janganlah cari kisah cinta antara Mika dan Umar di sini sebab fokus buku ini memang sebenarnya pada aksi dan latar tentera semata-mata.
Sekarang dah tahu kenapa sequel novel ni ada tajuk Kumbang ngeh ngeh.
Tapi kan, masa penulis mention nama office saya, terus saya: Mak, that's my office!
Tak terbayang kalau office saya kena serangan macam dalam novel ni, nauzubillah hi minzalik.
If you love an Army Officer, raise your Glass. And if an Army Officer loves you, then Raise your Head.
Buku Kak Rose 🌹 tak pernah mengecewakan. Setakat ni, aku dah baca Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia, tp this one jatuh paling atas antara 3 ni. Hahah. Takdalah byk aku baca buku Kak Rose, tp semua best2 setakat ni 🫶🏻
Yg ni jatuh paling atas maybe sbb bias sikit, hahahah. Sbb aku suka giler action, dari kecik aku duk layan movie/cerita yg ada action. So, bila baca novel ni, mmg 💯 suka giler. Bila org ckp novel action, aku tak expect byk sgt, sbb yelah bila action nak dijadikan dalam bentuk penulisan, biasanya mcm susah nak digambarkan dan feel dia mcm tak sama kita tgk cerita yg bergerak. Tp this book 🤌🏻🤌🏻 This is definitely the best action novel yg aku baca 👍🏻 For those yg come for romance, maybe korg akan disappointed sbb dlm ni aku boleh ckp yg 90% tu action/plot, 10% je romance 😆
Dan satu yg aku kagum tentang penulisan Kak Rose is the details dalam kebanyakan novel dia. Aku sukaaaaaa sgt sebab banyak benda baru boleh dapat. Sbb kita nak cari sendiri belum tentu lagi, tp bila diselitkan dalam bahan bacaan mcm ni aku suka. Aku rasa setakat ni yang paling details penceritaan is Kak Rose dan juga Arwah Kak Melur Jelita. Mmg padu 🫶🏻🫶🏻 Bila baca buku dua author ni, handphone aku mesti kat sebelah, sbb aku nak google terus info2 yg menarik drpd buku2 diorang 🫢
Omg, suka giler karakter Umar tu 🫠 Dahlah comel hahhaha. Tp part dia in action tu fuhh, byk betul buat kita berdebar2 😌 Mmg salute la dkt semua tentera dkt luar sana 🫡 Dan again, aku tabik juga pada keluarga tentera2 di luar sana. Korg pun kuat 🤧 Byk betul ayat deep dlm ni, yg pedas2 hahhaha. Buat kita sentap sbb realitinya ramai org di luar sana yg begitu 🙊 Memula rasa cam nipis je buku ni, tp baca punya baca rasa mcm woah mmg padat, tak draggy, penuh dgn aksi, rasa mcm baca buku tebal. Hahah. Tp still rasa tak puas 😩 Btw, kisah Kapten Hamizan mmg takda la ehhh 🤔
Overall, mmg best for me. Dah jd one of my top feveret. 🩵 Nanti kita baca kisah Megat pulak 🤗 #emptycanvashida
Penuh dengan aksi dan info ketenteraan. Memang makanan untuk penggemar novel aksi. Disebabkan ceritanya 90% aksi + 10% cinta, jadi kurang manis leting dan kegedikan disitu (novel tentera kan what do you expect duhh 😅). Lebih suka novel aksi dan cinta yang seimbang.
**I would rate this 4 stars bcs its a good military novel. But since this novel contain adult jokes + some part that not suitable for underage + distinct typo, thus minus 1.
Best! Kisah cinta F rasa 5% je.. the rest story about military life. Kagum F. Bangga dengan pertahanan Malaysia yang sentiasa standby dan sanggup mati demi negara.
Scene paling annoying watak Nuraini. Seriously menyampah! Tergedik² cam cheap sangat!
By the way, F curious tentang Kapten Hamizan. Apa jadi pada dia?
Taktahu nak cakap apa, tapi memang best. Serius. Hahaha the detailed infos about the action scenes perghh sooo satisfying to read lah. Kita pun ikut serius baca, fokus betul ya hahaha. Aihh in love betul dengan watak Umar ni taw. Hahaha.
Senang cerita buku ni berkisarkan perjalanan hidup Umar Alhaidhar sebagai anggota komando.
Semangat juang Umar terserlah dari muka surat pertama.
Aksi aksi aksi. Umar dihantar untuk selesaikan misi dan latihan sama ada dalam atau di luar negara. Kisah Umar dengan si kumbang, selamatkan tebusan, misi di KL & banyak lagi.
Kisah Umar & kumbang tu mulanya aku macam mmmh nak ke mana jalan cerita ni, macam susah je nak percaya haha tapi aku layankan aje.
Watak Umar yang lurus bendul, keliru sambil-sambil garu kepala ehhh comel pulak. Tapi bila aura Kapten Umar datang... 🧎🏻♀️!!
Nuraini, eh memang ada ye perangai macam ni. Apalah nasib Umar. Betullah, kalau nak bercinta/berkahwin kena cari orang yang sesuai yang boleh menyimpan rahsia kerja/rumah tangga.
Perkenalan dengan Mikanadira, bagi aku secukup rasa. Short & sweet.
Cuma buku ni tak sesuai untuk bacaan bawah umur atas faktor jenaka dewasa.
menarik jalan cerita Black Ghost, penuh dengan info dan operasi yang dijalankan oleh Umar a.k.a Kumbang dan terhibur juga dengan semangat brotherhood komando. part cinta memang tak banyak pun tapi comellah bila masuk part Umar dan Mika. overall, nice story dan memang terbaiklah Rose Harissa!
"Ya, Alhamdulillah. Selama ni orang kata macam-macam jadi aku fikir, GGK stands for Gengster, Ganas, Kejam. - Kumbang
"Eh, kau salah...semua komando Ganteng, Gagah dan Kacak! - Helang
***** "Pandang saya. Berbual dengan saya. Hari ini saya pewai sangat-sangat, tapi nak jumpa awak. Jadi, misi saya adalah bersantai dan menikmati waktu berkualiti bersama awak."- Umar Alhaidhar
"Berkawan dengan awak saya okey, tapi kalau nak tukar status jadi isteri, saya rasa macam tak layak."- Mikanadira
"Layak atau tidak, bukan awak yang tentukan tapi hati saya..." - Umar sweet talkerrrrrrrrr!
*****
Rasanya 373 muka surat tak cukup banyak untuk saya Kak Rose Harissa 😆 Cerita kalau dah best memang cepat habis eh? Ke saya yang tak menyempat tak jumpa perkataan tamat? Aigooo.
Mana nak cari satu #umaralhaidhar untuk saya? Kalau ada kat Shopee nak add to cart sekarang! Sebuah kisah militari yang sangat menambah hati. Penuh dengan ilmu fasal anggota komando/tentera. Banyak ya gelaran dan pangkat diketengahkan dalam buku ni. Yang tak pernah ku tahu. Bila diolah dalam novel dengan gaya santai gini memang mudah faham. Baca slow-slow jugak ya nak hadam. 😁
Penuh dengan sticky notes novel BG Umar bertanda dengan fakta, scene Umar berada dalam misi dan latihan serta scene Umar dan Mika. Bermula daripada peristiwa yang tak terduga lalu membibit rasa cinta. 😍 Opsss, tak lupa jugak ada 2 scene yang menumpahkan air mataku sebab sedih dan satu lagi sebab terharu. Sangat membekas di hati.
Baca BG ni tak relaks sangat tau rasa. Tiap saat sentiasa mendebarkan. Tapi ada jugak part2 lawak geng2 komando ni. Sabor jelah. 😂 Dan bila dah baca tu tak boleh nak stop.
Yang buatkan kita lagi penasaran, ada seseorang yang muncul dengan call-sign HP. Ehh penasaran tau nak tahu fasal kapten sorang tu. Harap Kak Rose tak peram dia lama lagi. Kisah dia lagi perit dan mendebarkan nampaknya. Tak sabar nak dating dengan dia plak. 😘
Tahniah Kak Rose untuk Black Ghost! 5 ⭐ kita bagi.
Love it very much! Mucho gracias kak Rose sebab tulis cerita best tentang geng militer ni. Saya memang terlebih bersemangat kalau baca genre aksi ni. Hahhaa, selepas Raid Arjuna.. saya rasa dah jatuh cinta kat Umar Alhaidar la pulak! Bertuahnya seorang Mikanadira, an Army Officer loves her so much!
Walaupun hanya cerita imaginasi, tapi saya macam dapat 'rasa' susah senang geng-geng pecah pintu ni nak dapat beret hijau tu. Memang tabik sangat kat diorang ni - perwira negara yang sanggup berkorban nyawa.. jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta. Semoga Malaysia sentiasa aman makmur dan dalam rahmat Allah selalu.
Tolak 1 bintang sebab banyak sangat kesalahan ejaannya. Ada perkataan berulang dalam ayat yang sama. Nama watak pun ada typo jugak. So, terasa 'potong' sikit mood membaca! Semoga boleh dibaiki untuk cetakan yang seterusnya. Jangan berhenti menulis ya kak Rose. All the best!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Umar Alhaidar, nama seberani tuannya. Menolak diri masuk ke dalam dunia komando yang bagaikan terjun ke dalam kawah api lava. Ramai menyoal kenapa dia masuk dunia komando? Keinginan dan kekuatan masing-masing. Umar nak sangat masuk komando, dia nak merasa dunia komando. Perjalanan dia sepanjang dalam latihan komando terpaling gila.
Peristiwa di mana Umar tersesat di dalam sebuah hutan dan bertentang mata dengan haiwan liar yang digelar Bang oleh Umar sungguh mengejutkan para seniornya. Sehingga dia sendiri digelar dengan gelaran Kumbang.
Storyline untuk Black Ghost kali ini agak smooth sedikit but still ada juga mendatar mungkin Latte ni slow sikit genre sebegini. Alhamdulillah habis juga baca walaupun struggle. Ada juga pages yang Latte skip. Kegunaan bahasa dalam ni agak kasar dan tak menyenangkan. Latte skip, baca sekali imbas 🖐️ maaf. Tapi watak Umar berjaya masuk dalam hati Latte, hihi 🤭 Antara Umar dengan Adri, more to Umar. Dunno why maybe his aura shines brighter, gituh 😂
Of course suka part Umar jumpa Mika & selamatkan Mika. Hah selamatkan Mika daripada apa? Tak boleh beritahu nanti jadi spoiler 🤭 Mika perwatakan dia pada Latte comel dan ala² garang bila first time jumpa Umar. Punyalah dia tak percaya Umar, askar pekak. Katanya dia yakin Umar komando. Instinct dia tersangat kuat. 😂
Bahagian Umar jumpa dengan haiwan digelar Bang tu, memang rezeki Umar terpilih dalam situasi macam tu sampaikan ramai tak percaya. Bila tengok depan mata, seolah-olah bermimpi. Haiwan buas dalam hutan boleh jadi jinak dengan Umar? Kau hado? 🤣
Oh, ya. Latte tak minat betul dengan senior Umar (tak semua) mulut semua jenis lepas aje. Menyampah betul. Emo kita baca 😌
Kali ini membaca versi Rose Harissa melalui watak Umar. Sama juga. Masih terasa kekaguman dengan kisah hidup seorang komander. Perjalanan menjadi seorang komander sangat sukar, sudah menjadi komander pun tetap juga sukar. Namun, Umar terus kuat terutama dengan kehadiran Mika.
Kalau Black Ghost LHN, Putrajaya ditawan, versi Rose Harissa, TRX pula diancam. Wow! Saya benar benar kagum dengan usaha kedua dua penulis menulis dengan terperinci babak perang dengan musuh. Tahniah buat penulis. Teruskan berkarya menghasilkan karya bermutu tinggi.
Best, ada kelakar sikit, banyak ilmu pengetahuan mengenai komando. Respect kepada penyelamat negara sama ada diketahui atau menjadi halimunan. Mika? you are lucky women and Umar is such a gentleman. Enjoy baca! ☺️👌🏻
Black Ghost #UmarAlhaidar ni bukanlah sambungan kepada kisah Megat Adri as both story boleh dibaca sebagai standalone. Timeline dalam kisah Umar ni bertembung dengan timeline Megat. So, apa yang jadi kepada Umar dalam buku Megat, jadi juga dalam kisah Umar ni. Tapi, aku lebih prefer untuk membaca kedua-dua cerita sebagai dua timeline berbeza. Makna kata, memang aku pisahkan terus kisah kedua-duanya sebab ada beberapa minor detail yang otak aku tak boleh terima. So, untuk memudahkan bacaan, aku asingkan terus.
Berlainan dengan kisah Megat, kisah Umar ni ada bunga-bunga cinta, babak-babak sweet antara Umar dan heroinnya, Mikanadira. Taklah terlalu banyak sampai menguasai sepenuh jalan cerita tapi lebihlah daripada apa yang ada dalam Megat.Jadi, kalau prefer more love story, Umar adalah pilihan utama, gituu.
Perjalanan cerita bermula daripada Umar menuntut di UPNM dan ketika kisah pengganas Sulu tersebar di media sosial, Umar tekad untuk join komando. Dan kerana tekadnya, dia berjaya. Aku agak bersyukur jugalah tempoh latihan dan pemilihan komando yang Umar jalani tak dijelaskan secara terperinci sebagaimana Megat sebab aku mungkin akan rasa bosan. Jadi, apa yang ditulis semasa Umar menjalani latihan komando, aku rasakan memadai.
Watak Umar ni digambarkan sebagai seorang yang sangat berani, rasional dan juga tersangat berani. Kalau tak berani, masakan dia join komando, ye tak? Dan disebabkan keberanian tak berterhitung dia nilah, banyak kali dia terima tembakan musuh untuk teman seperjuangan dan tawanan. Babak yang paling aku ingat adalah babak kecelakaan pertama yang menyebabkan dia hilang dari radar setelah berlaku masalah pada parachutnya. Nasib menyebelahi Umar bila dia mendarat atas dahan pokok yang boleh tahan besar dan cuma mengalami kecederaan ringan. Dan di atas pokok tu jugalah dia bertemu mata dengan si Kumbang. Sepanjang dia dalam hutan tebal tu, ditemani dengan haiwan buas, wow sangat memainkan adrenalin aku. And tbh, momen favorite aku dalam novel ni. Babak-babak aksi, jangan cakaplah, memang selambak diberi. Baik untuk latihan ataupun dalam misi. Dan of course babak aksi terakhirlah yang paling dupdapdupdap.
Penulis banyak juga gunakan istilah-istilah ketenteraan. Dan berita baiknya, ada penjelasanlah kenapa sekian-sekian perkataan digunakan. Mana yang aku faham tu mudahlah nak cerna, dapat yang payah, memang aku buat-buat faham jelah. Haha, berkali-kali baca pun tak dapat, bye-bye jela kan hehe.
Mikanadira, dari pertemuan pertama lagi Umar dah jatuh hati dengan dia walaupun masa tu, sikit pun dia tak pandang wajah Mika. Apa yang menarik perhatian Umar adalah buah fikiran Mika. Bertahun terpisah dan pertemuan semula yang tak disangka-sangka mendekatkan mereka. Pertemuan demi pertemuan, semakin fahamlah Umar tentang perasaan tak suka Mika terhadap askar, lagi-lagi komando. Tapi, memang berbunga habislah baca bab-bab Umar mengayat Mika ni. Loves Mika yang sikit pun tak melatah bila dapat tahu yang Umar sebenarnya tergolong dalam kumpulan yang dia tak suka. Setiap patah penjelasan Umar, dia terima, dengar dan nilai. And that moment when Umar appear in front of her in full uniform. Fuhhh, mixed emotion habis!
Sebenarnya, aku agak terkilan bila jumpa perkataan tamat sebab aku rasa macam endingnya a bit rushed. Selesai misi, tot tet tot tet, kahwin habis. Aaa, sebenarnya tak puas melayan Umar dan Mika jeee😩😩. Epilog pun terlalu pendek bagi aku. Tak puas weh!
✨Black Ghost #UmarAlhaidhar by Rose Harissa✨ . #UmarAlhaidhar mengisahkan tentang perjalanan Kapten Umar selama sepuluh tahun pertamanya sebagai seorang anggota komando di bawah rejimen 11 GGK. Menjadi komando muda di skuadron Sierra bukan mudah. Operasi dan latihan yang disertai Umar bersama unit Black Ghost mengasah kekuatan dan kemahiran Umar dalam menangani ancaman musuh.
Dalam kesibukkannya berbakti kepada negara, Umar kembali bertemu dengan Mika, gadis yang pernah membantunya ketika cedera lapan tahun lalu. . Plot cerita #Umar fokus kepada kehidupan seharian seorang komando. Pembaca dapat mendalami pemikiran pegawai tentera muda yang masih kurang pengalaman seperti Umar dalam menjalankan tugas mereka. Ada banyak latihan dan operasi berbeza diceritakan dalam #Umar. Setiap satunya seperti dibina untuk menguatkan karakter Umar daripada komando muda kepada komando yang terlatih dengan pengalaman untuk menghadapi misi besar di penghujung cerita.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin yang mendalangi banyak kegiatan jenayah sehingga menggoyahkan kedaulatan negara menjadi isu utama dalam cerita ini. Dan kebanyakkan operasi yang disertai Umar berkaitan dalam menangani masalah ini.
🪖Commando playlist Based on how the author wrote about it in depth, I believe this book intends to provide insight into a commando's life and duties that most people doesn't know.
Dan saya rasa paling real adalah cerita Umar waktu kena regging dengan senior-senior komandonya. Tak tahu berapa banyak kali Umar dipermainkan. Tabik dengan mental Umar yang kuat! Unsur humor yang diselitkan melalui interaksi antara anggota komando dan persahabatan mereka menjadikan buku ini tak terlalu serius dan lebih santai.
Karakter Umar digambarkan sebagai seorang anggota tentera yang berkarisma dan berani. Tapi keberaniannya tu lah yang menyebabkan dia mendapat gelaran komando gila. Call sign kumbang yang dia guna ketika bertugas sesuai dengan ketangkasan menyerang dan membunuh musuh seperti harimau kumbang.
Kisah Umar-Mika ni bukan plot utama dalam novel ni. Umar bertemu dengan Mika masa tahun pertama Umar menjadi komando. Mika dan ayahnya menyelamatkan Umar ketika Umar cedera parah selepas diculik. Pertemuan tak sengaja mereka hampir 10 tahun lepas meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Umar. Tak pernah langsung dia lupakan Mika. Walaupun ada yang cuba nak pikat hati Umar, tapi langsung Umar tak pandang.
Ahhh tbh, really really can't move on from Umar. Karakter dia yang selalu blur dan lurus. Tak expect langsung komando macam ni. Sepanjang baca Umar ni, tak berhenti senyum. Padahal bukan cerita yang manis pun. Kalau lepas ni dah baca Umar, confirm korang akan faham perasaan tu.
Ok, ada 3 momen yang berbekas di hati, menghadirkan rasa yang sedikit luar biasa...
Pertama; momen mengerikan apabila seorang wanita yang menjadi mangsa nafsu buas pengganas. Sumpah, momen ini sungguh mengerikan! Darah yang membuak-buak keluar dari kemaluan, tulang pelvis yang patah, dalam keadaan tanpa seurat benang sungguh mengerikan!
Kedua; momen ini kukira gerun-kagum (awe). Bila mana Umar yang terhempas payung terjun berdepan ancaman daripada harimau kumbang (logiknya begitu) tapi akhirnya menjadi sahabat Umar di dalam hutan tebal. Semacam magic realism pun ada, manusia boleh bersahabat dgn haiwan, haiwan pemangsa pula tu. Sumpah, momen ni rasa kagum, tidaklah rasa penulis tidak logik dalam menggarap cerita. Pujian harus diberikan kepada penulis. Hehe
Ketiga; momen hiba bila mana baba, LLP yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Umar terkorban dalam satu misi menyelamatkan mangsa culik berprofil tinggi. Momen ini sumpah sedih! Semangat setia kawan, sedia berkorban dan daya juang yang tinggi untuk menang dalam setiap pertempuran. Akhirnya, terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah 🥹 . Ditambah pula dengan isteri baba yang sarat mengandung, sungguh sedih tak terkata😭
Momen wow...bila Umar muncul di hadapan Mika dengan seragam lengkap seorang pegawai tentera. Semasa Kumbang di Hatiku tak rasa wow sangat momen ni. Tapi bila baca BG #UmarAlHaidhar baru faham kenapa momen itu terjadi. Dalam keadaan genting, Umar bertindak pantas dgn memperkenalkan siapa dirinya + melamar Mika. Terkejut bukan kepalanglah si Mika. Serendipity betullah hero-heroin ni! 😁
Overall, terbaiklah RH. Setakat ini ni tak mengecewakan buah tangan RH. Paling bermakna novel yang bernuansa militer ni mampu menarik minat aku untuk memahami, menyedari dan mengagumi ATM. Baru faham erti sebenar bila kata pengorbanan anggota tentera yang juga dikatakan aset negara.
Akhir coretan, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. Eh, eh... elok-elok Ogos ni kan 😆
"Tanah air ini, daulatnya milik kita" - UmarAlHaidhar
Firstly aku nak cakap, yang aku sangat2 puas hati membaca naskah ini. Penantian terase sangat2 berbaloi2 untuk naskah yang sangat mantap ni .
Kak Rose memang betul2 fully fokus pada kisah ketenteraan. Banyak maklumat yang aku dapat tahu perihal komando tu sendiri. Dan aku sangat tau tertarik dengan dunia komando. Kalau aku, xtau la mampu tak bersabar andaikata menjdi seorang isteri komando .
Tapi aku terkesan dengan satu ayat dalam naskah ni,
"Untuk apa seorang komando mengikat jiwa kepada seorang wanita, jika menyedari hidupnya dekat dengan kematian? Jika mengetahui bahawa ketiadaannya pasti akan menimbulkan duka abadi pada diri wanita yang disayanginya?"
Kita sedia maklum, tugas komando sangat berat. Berbulan2 tinggalkan anak isteri demi tanggungjawab, demi ikrarnya pada negara. Perginya belum pasti kembali. Ada yang terkorban di medan perang. Contohnya Baba, terkorban ketika cuba melindungi Umar. Meninggalkan isteri yang tengah sarat hamil. Gila tak terkesan. Tapi aku serius respek isteri yang sanggup berkorban, berpisah dengan suami. Demi negara .
Novel ni fokus pada kisah ketenteraan saja ke? Takdelaa. Kak rose ade juga selitkan sedikit kisah cinta antara Umar dan Mika. Walaupon xbanyak. Tapi cukup melengkapkan kisah mereka. How i wish, kak Rose panjangkan sedikit. Buat mereka bersatu ke. Tapi kalau ade, next sequel. Aku sangat2 nantikan .
Nak lengkap lagi, ade jugak anak beranak makcik bawang. Nuraini dan maknya, Zainab. Sibuk dengan Umar. Yang si Nuraini ni gilakan Umar. Konon2 tau pasal dunia kententeraan. Tapi sebenarnya, bimbo. Maknya pulak acah makcik bawang. Membawang aje kejenye .
Tahniahh kak Rose. Puas hati sangat2. Highly recommended. Baik korang beli n baca. Memang tak rugi .
1. Jalan cerita betul2 tersusun dan flow yang cantik. Senang faham dan rasa taknak letak buku je. Nak sambung baca terus sampai habis. And yes, sehari je ambil masa nak baca buku ni. 2. Penuh dengan aksi dan lawan. Sesuai dengan cover buku, tema buku dan gambar buku yg ditunjukkan. Tak melalut. Rasa seronok baca tentang ketenteraan, semangat setiakawan, kerja mereka, tanggungjawab mereka, pengorbanan dan semangat cintakan negara. 3. Ditambah dengan sedikit manis bibit percintaan seorang Umar yang berhati keras. Mampu dicairkan oleh seorang wanita yang dia jumpa secara tidak sengaja pada satu kejadian. Loveeee. Takde rasa cringe dan flow cerita dorang dua cantikkkk je sampai ending. 4. Saya baca buku ni selepas baca buku Megat. Dan saya bersyukur sbb buku Umar ni lebih tersusun dan cara penulisan yang baik. Mudah difahami dan jalan cerita yang tidak terburu buru. 5. So far i love the story dari awal sampaiiiii akhir. Cuma tolak 0.5 ⭐️ sebab banyak typo2 yg dijumpai dalam buku ni. Tapi selain tu, saya recommend buku ni untuk korang nak baca buku action. Terbaik 👍🏼
Cerita yang penuh informasi tentang keperitan, perjuangan serta pengorbanganan tentera2 negara! Jelas penulis telah tumpahkan banyak usaha untuk menulis buku ini dgn buat banyak kajian berkaitan! Good job, author! Memang sampai berkerut2 aku baca part latihan & misi2 diorang. Tabik hormat untuk para pejuang tanah air kita!
Cuma nak tolak satu bintang disebabkan penulis menulis watak Umar yang pincang dalam menjaga hukum2 pergaulan antara lelaki & perempuan. Dgn Dr Dareena punyalah menjaga sampai ikhtilat mata pun tak sanggup! Tapi dgn Mika yang dia suka bukan main lagi siap berpeluk naik motor yang sama. Umar, Umar, dlm bertempur punyalah kuat kau pertahankan agama, tapi dengan perempuan kau kalah. Kecewa aku. Duhai penulis, tolonglah jangan normalisasikan bersentuhan sesama bukan mahram dalam penulisan. Apa yang ditulis dan dipromosikan dlm penulisan akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Ceritanya bermula dengan kisah Umar AlHaidhar mula² masuk ke komando sehingga sudah 10 tahun dia menjadi seorang komando. Kisah pahit jerih kehidupan dia dapat kita baca. Macam² yang dihadapi semata² untuk mempertahankan beret hijaunya.
"Nak dapat beret hijau memang senang, tapi nak mempertahankan beret hijau susah."
Ada jugak ragam² manusia yang rasa tentera ni kerjanya senang. Ada yang kata, kerjanya makan tidur je sebab zaman sekarang mana ada perang² dah. Ada yang kata, alaaa gaji diorang pun taxpayers yang bayar. Dekat sini, ada dijelaskan sedikit...
Kisah romantis seorang Umar pun ada jugak tapi sikit jelah... Tak menjejaskan penceritaan kalau ada yang kurang gemarkan romance.
sejujurnya, antara bacaan terbaik saya untuk tahun ini! saya sengaja memilih buku ini sebagai bacaan sepanjang bulan kemerdekaan ini sebab nak rasa semangat kemerdekaan :)
penceritaan yang mudah difahami dan boleh rasa seolah kita pun berada dalam situasi aksi sebegitu. mungkin apa yang diceritakan tak menggambarkan perjalanan sebenar para pejuang negara, tapi tetap menyala semangat patriotik dalam diri bila baca semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh setiap satu watak.
saya selalu rasa kagum dan bersyukur dengan keberanian dan kesanggupan mereka. saya sendiri jujur tak mampu 😭 terima kasih sebab berjaya buka mata saya sebagai pembaca, untuk lebih menghargai dan memahami mereka.
moga kalian dan kita semua, berada dalam lindunganNya sentiasa.
Okay, kalau korang sukakan cerita berasaskan ketenteraan, cerita action, cerita kak Rose Harissa, ya, memang wajib la anda baca novel ni. .
Recently, aku rasa banyak dah cerita tentera. But this one, have a lot more details on it. So, tak rugi la baca. .
Dan bagi aku, kisah cinta antara Umar dan Mika ni, secoet sangat. Memang betul la katanya, buku ni lebih kepada action than romance. Dan jujurnya aku suka je kisah dorang tu. Cinta yang matang la. .
p/s: hurm, sampai sekarang, aku masih belum mampu habiskan buku spin off nya, Kumbang di Hatiku. kena tunggu mood datang.
Umar cool gila. Memang cool dan gila. Patutlah komando. Kalau di tempat dia, orang lain awal-awal dah mati 😭
Buku ni memang action kaw-kaw. Siapa berharap romance, punahkan impian itu. Sebab kurang 1% romance. Rupa Umar pun cerita sikit je, tak dapat la berangan abam askar hahaha
Penulisan Rose Harissa memang nampak study banyak untuk buku ini. Sampai bangunan TRX yang baru buka (waktu buku ini dikeluarkan) pun cerita.
Saspen dia, saspenlah kita. Bangga dia, banggalah kita. Power ah Rose Harissa!
tiba tiba rasa nak daftar masuk army. this is one of the best combination ümar&megat. tahniah buat penulis, saya sarankan yang nak baca mengenai pasukan komando boleh rujuk buku ni untuk dapatkan lebih pengetahuan. logo/lambang/bahasa pasukan keselamatan tu pun ilmu yang bagus untuk dikongsikan. Penceritaan sangat padu bagi saya cukup rencah garam gula semua ada, cuma tak terlalu tebal.
Because this book keluar combo with Black Ghost by Lily Haslina, both penulis patut remind to read this book first baru the one by Lily. Reason : Banyak kisah tergantung dalam Black Ghost versi Lily diceritakan dalam versi ni. Kisah Hamizan & kisah how Umar selamat & kisah within before suddenly 8 tahun in Lily version & kisah why Umar suddenly college
Why x full star? Watak Nuraini tak wujud pun takper. Takde function kecuali buat orang annoying
Sejujurnya aku rasa tak puas hati baca kisah Umar ni sebab aku begitu seronok dan teruja betul baca sebab dari awal hingga akhir memang cerita tentang kehidupan seorang tentera bergelar KOMANDO jer... Penulis memang berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali. Sampaikan aku terperasan sekejap macam aku pulak yang jadi buddies dan ada dalam cerita nih dengan Umar ... adoi he he he.