Jump to ratings and reviews
Rate this book

Trauma

Rate this book

Unknown Binding

6 people want to read

About the author

Mia Azwari

80 books370 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (23%)
4 stars
13 (61%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
November 4, 2025
Ceritanya dia trauma.. tu ja lah 🤣

One thing that really irked me was how Basyirah advised her colleague at the beginning of the story, like she was some retired sinner or something. Girl, please.

It all started way back during their study days, when both of them were already off on the wrong foot. Everything went downhill because of ego, and one thing led to another, hence, the whole trauma situation.

Honestly, I felt zero chemistry between Bariz and Basyirah. I actually felt a stronger bond between Basyirah and Bariz’s family than with the ML himself. Their connection felt more genuine and warm compared to the leads’ flat interactions.

I get where the story was going, but the emotions didn’t quite land. The writing’s easy to read and the pacing’s fine, but I just wish the character growth and romance had a bit more depth.

Maybe the solution to the trauma wasn’t elaborated because it’s a sensitive topic. I get that the author probably wanted to play it safe with the plot. Still, it left me wanting a bit more closure or emotional depth in the end.
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
July 27, 2023
Cerita dari writter kali ini membawa 'warning' secara halus. Pasangan kita adalah pinjaman dariNya. Selagi kita diberi peluang bersama, hargailah apa adanya. Lagipun hati kita, Allah yang pegang. Sekuat dan seutuh mana pun janji kita, jika ditakdirkan kita terpesong arah, maka leburlah segala janji. Oleh itu, berdoa lah. Berusaha dan mengingatkan diri sendiri tentang erti sebuah tanggungjawab.

'Cinta' diantara Bariz dan Basyirah sebenarnya sudah lama wujud. Namun kerana wang, wujud salah faham diantara keduanya. Setelah beberapa tahun berlalu, mereka dipertemukan semula tetapi Basyirah bukan wanita seperti dahulu. Banyak rahsia dan duka yang dia simpan sehingga dia mengalami ptsd.

Bariz sedar salah satu punca adalah dari dirinya sendiri. Dia pergi di saat Basyirah sangat memerlukan dirinya dahulu. Lalu Bariz tekad untuk menjaga Basyirah dengan berkahwin dengannya. Walau Basyirah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tetapi banyak perkara yang Bariz tidak tahu.

Kifarah. Apa yang telah dilakukan oleh papa Basyirah terhadap mamanya dulu telah memakan dirinya sendiri. Walau insaf macam mana sekalipun tetap tidak dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Lalu teruskan sahajalah hidup dengan baik sebelum kita semua dipertemukan dengan pencipta di atas sana❤️
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
July 24, 2023
bariz kecewa. sambung belajar dan membawa hati kerana dikecewakan dan mengecewakan. dia marah. dia terluka.

tapi entah kenapa bila bertemu semula dengan basyirah, hati dia umpama hidup semula. namun, bila melihat keadaan basyirah bukan sepertimana dia tinggalkan, terjentik rasa aneh dalam fikiran.

basyirah pula, dia masih hidup walaupun melalui saat-saat trauma. 'hilang' ayah. hilang ibu. dia hidup sendiri. menjaga diri sendiri dan terpaksa bergantung pada ubatan.

bila melihat keadaan basyirah yang tidak langsung mewah, dan diri basyirah itu sendiri yang berubah perwatakan, bariz mula mendekati.

bila hati masih ada sayang. bariz tahu, dia perlu lakukan sesuatu walaupun basyirah menolak dia berkali-kali.

jodoh, kan ... dan di situlah bariz mula membantu.

realitinya, bukan mudah bagi pesakit seperti basyirah ini mahu hidup dalam keadaan normal. ada juga yang 'jahat mulut' mengatakan insan seperti ini jauh dari landasan agama. sangat salah. selain daripada faktor hormon, manusia dan keadaan yang mewujudkan trauma yang berpanjangan. mereka berdoa, lakukan apa saja suruhan Yang Maha Esa. tapi inilah dugaan untuk mereka.

sedap kisah ni. penulis memang heret pembaca untuk duduk dalam keadaan yang bagi akak susah hendak menarik nafas, sama ada nafas lega atau nafas mahu perjuangkan hidup. kasihan basyirah. kasihan bariz.

manusia takkan pernah sempurna. tetap akan perlukan bantuan manusia lain dalam kehidupan ini.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.