Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bercakap Dengan Jun #1

Bercakap Dengan Jun

Rate this book
Saya ingin bercerita tentang saya dan dia. Tentang magis yang tidak boleh dijumpai dengan hanya menarik keluar seekor arnab dari topi panjang dan berkata behold!

Dia datang tanpa saya bersedia. Sesiapa pun takkan bersedia melihat darah berlumuran di telapak tangan dan ianya hanyir sekali. Namun darah itu seketika menjadi nyaman dan menenangkan. Apa yang pernah saya lakukan demi dia kadang-kadang tidak masuk dek akal. Ianya akal saya. Tidak akal anda yang sedang nyaman di bawah ekon yang ditala 19, menghirup secawan kopi di dalam kubikel ofis dan melihat kelipan caret di Microsoft Excel.

Saya ceritakan halnya rasa yang merayap di dalam sukma memohon untuk disampaikan pada dia, namun ianya tidak terluah. Ianya tidak terluah kawan.
Tentang keyakinan atas apa yang rela saya korbankan untuknya. Balapan hidup saya yang ditemani seekor anjing yang tidak berbaka. Syurga dan neraka yang saya lupa tingkatnya berapa dan beberapa ekor syaitan yang boleh memandu motor EX5.

Ianya dalam bunjut-bunjut kesedapan yang akhirnya meletup dalam sekelip mata.

Tapi apa yang akan saya ceritakan tentang saya dan dia ini bukanlah tentang cinta. Karana cinta itu tidak berjirim sifatnya. Sudah tentu saya tidak mampu ceritakan sesuatu yang saya tidak nampak. Maka cerita ini pun sudah tentu bukan tentang cinta.

Aneh, Kenapa anda masih mahu memegang buku nipis ini dan terkebil-kebil memahami apa yang saya cakapkan tanpa mahu membaca maksudnya yang tebal di dalam.

Ayuh kawan, berbualah dengan saya.

184 pages, Paperback

First published December 14, 2013

7 people are currently reading
205 people want to read

About the author

Hasrul Rizwan

12 books266 followers
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.

Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
85 (34%)
4 stars
115 (46%)
3 stars
40 (16%)
2 stars
3 (1%)
1 star
6 (2%)
Displaying 1 - 30 of 83 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
January 5, 2014
Pilihan pertama untuk tahun baru. Memang tak tersalah pilih *senyum*
Pembuka selera yang mengeyangkan.

050114.
Mahu mengembara masa? Maka, betcakap lah dengan Junaidi. Si pencopet dompet bertaraf pro. Siapa sangka di sebalik pakaian kemas, berkemeja, bertali leher Junaidi seorang lelaki yang punya sisi gelap. Tinggal di perumahan terbiar. Ditemani seekor anjing setia, Saigon. Suatu tragedi berlaku di kala malam hari, tangan yang terpalit darah itu buat hidup Junaidi berubah 180º. Selepas itu, Junaidi mula mengenal hidup berkasih sayang. Hanya kerana satu nyawa yang dia sambut.

Kata saya:
Kisah Junaidi ini bergerak perlahan pada permulaan. Di tengahnya semakin bergerak pantas dan bermula adegan suspen. Di akhirnya ada impak yang kuat.

Bercakap dengan Jun. Ya. Memang Junaidi sentiasa bercakap tanpa henti. Kita seakan terseret ke dunia Junaidi tanpa sedar.

Speechless. Bila Junaidi bawa kita dari satu tempat ke satu tempat, kita dapat rasakan suasananya. Penulis berjaya buat kita menemani Junaidi sepanjang masa.

Emosi. Perasaan Junaidi dapat kita rasa. Gembira. Sedih. Hatta memori tentang ibu Junaidi itu juga berjaya buat kita tersentuh.

Kasih sayang. Saigon. Ranum. Itu lambang kasih sayang yang tidak bersempadan.

'Rasa' Ripuk (KLCC) dan Dhabit (Main Gila) bergaul di dalam naskah ini. Menjadikan rencahnya cukup menarik.

Jujurnya, naskah terbaru Hasrul Rizwan ini lebih hebat berbanding Murtad & Tuhan. Sebetulnya, mahu saja diletak bintang penuh. Tapi dek aksranya banyak yang hilang dan silap. Sedikit sebanyak pembacaan terhenti. Mood sedikit spoil.

P/s: Kelibat Adam & Akhil si kembar itu juga ada. Dan sila sediakan tisu/tuala ya. Nyaris air mataku nak gugur. Nya-ris okey.

Ini kisah tentang kemanusiaan. Sarat dengan cinta juga kasih & sayang.
Tahniah buat penulisnya untuk naskah yang ohsem ini
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 25, 2014
Kalau Murtad aku boleh beri markah penuh, apatah lagi ini. Aku pejam mata dengan kesalahan ejaan dan nama yang tertukar. Hanya kerana;

Jun.
Anum.
Saigon.

Kasih sayang. Apa harganya?

Full review: 25/04/2014

Tapi apa yang akan saya ceritakan tentang saya dan dia ini bukanlah tentang cinta. Karana cinta itu tidak berjirim sifatnya. Sudah tentu saya tidak mampu ceritakan sesuatu yang saya tidak nampak. Maka cerita ini pun sudah tentu bukan tentang cinta. - blurb novel


Membaca Bercakap dengan Jun [BDJ] dengan semangat yang cukup tinggi. Semuanya kerana review teman-teman yang cukup menggoda. Berbintang-bintang kesemuanya, dan aku harus akui BDJ akan jadi antara buku kegemaranku selepas ini.

Berbicara tentang hidup, berbicara tentang masa depan. Tapi akhirnya kita kalah dengan kasih sayang. Siapa kita ya menidakkan kasih sayang yang hadir dalam sisi seorang ayah dan anak, atau si anjing dengan tuannya?

Jun. Dia pencopet, yang mungkin tiada masa depan. Dia bukan siapa-siapa, tapi ya benar katanya walau seburuk-buruknya, dia tidak tergamak lagi untuk membunuh nyawa seorang bayi yang tidak tahu apa-apa. Dia, Junaidi bin Banin. Babah kepada si keletah Anum. Oh, myy! Tetiba teringat scene akhir *mata merah*

Ranum. Anum si comel berpipi merah. Ibumu memang tak berlaku adil, tapi ajaibnya Tuhan mengurniakan si pencopet itu sebagai babahmu.

Saigon -- tiada apa yang harus kutulis. Cukuplah kehadiran Saigon membenarkan kata-kata, “Dog is man’s best friend.”

Kalau mahu lihat sisi lain dalam kasih sayang, boleh cuba BDJ ini. Disampaikan dengan cukup bersahaja, tapi penuh dengan sindiran tajam si tukang penanya. Cuma ya, masalah typo itu memang agak menjengkelkan tapi seperti yang aku bilang awal-awal di atas. Aku pejam mata.

Dan untuk penamatnya, hatiku galau. Berjaya membingkiskan rasa mahu peluk abah ketat-ketat dan bisikkan, “Abah, you’re my hero!
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
December 28, 2014
kenapa harus begitu penamatnya kisah Jun ini... it's a cruel world that we live in... :(
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 11, 2014
Aku bagi 4.25* untuk naskah ini.
Naskah yang aku pegang ini sudah masuk cetakan kedua.
Mungkin typo yang banyak yang pembaca-pembaca awal bicarakan sudah diperbetulkan oleh pihak penerbit walaupun masih ada satu dua yang tidaklah mengganggu pembacaan.

Aku suka watak-watak dalam naskah ini.
Betul-betul menyentuh hati kecil.
Saigon yang sangat patuh pada 'saya'/Jun membuatkan aku rasa sangat tertarik dengan chemistry antara mereka berdua.

...dan Walaupun dia penyeluk saku, namun sikap keperimanusiaannya masih wujud. Dia sanggup menjaga Ranum yang ditinggalkan oleh Mas sewaktu tak sampai pun 24 jam.

Banyak mesej yang boleh diambil. owh ya, Sedih dengan anak kecil yang rindu akan sang ibu.

Naskah nipis ini yang hanya bermuka surat 170++ tidak rugi untuk dimiliki. Larut seketika dalam penceritaan yang disampaikan oleh encik penulis.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
June 18, 2017
Beberapa kali nampak di kedai buku tapi tak pernah berhajat nak membeli. Ini rekomendasi teman di Bookendsmy jadi saya beli akhirnya.

Kisah yang menarik dan sangat jujur. Heartbreaking but lovely. Bait bahasa yang disusun cantik, aksara-aksara yang bercerita dan berbual--masih teringat-ingat di kepala saya. Saya suka watak Junaidi-- seperti dia sedang duduk di sebelah bercerita tentang Saigon, Naurah dan Anum kepada saya. Perjalanan kisah yang dramatik, sisi kental dan tanggungjawab seorang lelaki yang bukan siapa-siapa, tentang harga sebuah kasih sayang dan cinta pandang pertama.

Kisah si penyeluk saku dan cinta hatinya. Bacaan santai yang mengajar kehidupan. Termenung juga saya dengan ending-nya, tak pasti mahu mengeluh tentang apa. Barangkali itu jalan cerita Junaidi yang terbaik untuknya. Cuma saya kasihankan Anum, si kecil yang entah bagaimana hidupnya nanti tanpa si Babah.

Kalau tak kerana typographical errors yang banyak mungkin saya bagi 4 bintang.
Profile Image for Bax.
515 reviews35 followers
July 29, 2017
Buku ni mengajak kita supaya dengar dia bercerita. Maka saya patuh dengan kehendaknya. Bermula kisah Jun yang sentiasa ligat otaknya berfikir itu dan ini, teman setianya, Saigon, sampailah hadirnya Ranum dalam hidupnya. Setiap bait penceritaan mengundang rasa ingin tahu. Mungkin tak tercapai akal, tapi dia menyampaikan dan saya tak mengelak untuk mendengar.

Pengakhiran cerita sangat menyayat hati. Tapi terkelu, tak pasti untuk menangis atau cuma bersimpati. Apa pun, tahniah Jun, nice to hear your story :')
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
April 4, 2014
(4 bintang)
Bercakap Dengan Jun (BDJ) mengisahkan tentang seorang ‘saya’ yang berprofesi sebagai penyeluk saku. Dia hidup dengan cara sendiri bersama semangat survive yang tinggi. Ya, dia cuma penyeluk saku tetapi setiap tindaknya bijaksana, setiap geraknya teliti dan dia punya falsafah hidupnya sendiri. Dia seorang penyeluk saku pintar Matematik yang punya cita-cita.

Tetapi bagaimana dia yang tinggal di perumahan terbengkalai dan cuma ditemani seekor anjing hitam dinamakannya Saigon, mampu membesarkan seorang bayi? Bayi yang lahir dari perempuan asing yang dia cuba bantu ketika melahirkan. Namun, apabila si ibu menghilang lari, dia tidak punya pilihan lain apatah lagi sejak hatinya sudah kalah oleh wajah merah si bayi.

"Saya sikat rambut ini dari kecil. Kau tahu kan ya Allah. Aku jaga anak ini sejak kecil. Kau jadikan dia orang yang tiada tempat bergantung lagi dan akulah penyelamatnya.”

Dan, begitulah kehidupannya selama empat tahun. Cuma ada dia, Saigon dan si anak kesayangannya, Ranum. Anak itu, dia kasih sungguh-sungguh dengan seluruh hatinya tetapi satu peristiwa kejam terjadi dan mereka MUNGKIN akan berpisah selamanya.

"Ini adalah kucupan terakhir sayang. Ini adalah cerita kita sayangku si pipi merah.”


~
Tiada lain yang hamba rasakan sesudah membaca BDJ kecuali ngilu yang dalam di hati. Malah sempat pipi hamba menerima kehadiran tiga (atau empat) titisan air mata. Fuh, ini buku yang dalam perasaannya. Telus kasih sayangnya. Berdarah kesedihannya.

Ah, bagaimana lagi harus hamba mengulas buku ini dengan lebih tepat? Yang pasti, buku yang ditulis baik ini berjaya menerbitkan perasaan pilu, sayu dan haru ke hati hamba. Aduhai, hamba jadi terkenang-kenang pada babah sendiri yang berada lebih 10,000 kilometer jauhnya. :(

Cuma ada satu perkara saja yang hamba kira sedikit mengganggu tentang buku ini iaitu permulaannya yang sedikit perlahan dan mendatar. Terasa seperti mendengar muzik intro yang terlalu panjang sebelum akhirnya barulah suara sang penyanyi mula menlagukan lirik. Bukanlah muzik, lirik atau lagunya tidak bagus tetapi hamba saja yang kurang sabar agaknya.

Namun, hamba berharap kisah Junaidi bin Banin ini akan disambung secepatnya. Seperti nota di helaian akhir; Kerana kisah ini baru sahaja bermula.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
July 31, 2014
4.5* - kurang 0.5 sebab typo yang bersepah. :D

31-07-2014:

Bila baca tajuk, bunyinya memang macam buku misteri Tamar Jalis yang pernah disebut-sebut suatu ketika dulu. :) Namun, bila dibaca isinya ternyata sangat jauh dengan kisah misteri. Bukunya memang nipis dan kisahnya mudah tapi penuh pengisian kasih sayang dan sindiran buat masyarakat.

Junaidi Bin Banin, atau lebih selesa dipanggil Jun. Seorang pencopet bertaraf profesional. Siapa pun tak menyangka penampilan kemasnya setiap hari itu cuma bekerja sebagai pencopet. Hidup di kawasan perumahan terbengkalai bertemankan Saigon, seekor anjing yang setia. Putaran hidupnya statik, dari pagi hingga ke malam. Pengulangan putaran yang sama setiap hari hanya untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup.

Namun, putaran hidupnya berubah 180 darjah selepas kehadiran si keletah yang bernama Ranum.

Benar, Jun hanyalah seorang pencopet. Tapi naluri kemanusiaannya masih tinggi untuk membiarkan seorang anak kecil dibiar kelaparan setelah ditinggalkan oleh ibu yang tidak bertanggungjawab. Beruntungnya Ranum dikurniakan seorang babah yang penuh kasih sayang begini.

Kisahnya memang mudah. Tapi 'rasa' yang tertinggal selepas menutup buku ini yang buat saya tersedu sendiri. Hakikat nilai kasih sayang sebenar memang tak ternilai dengan wang ringgit. :'(

Tahniah buat penulis atas perkongsian 'rasa' ini. Terima kasih untuk Mai yang meminjamkan naskhah ini. :)
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
January 26, 2016
Aku boleh pejam mata kasi 5 bintang kalau adegan stim tu tak clear sgt kau describe. Haha. sebabnya aku geli. Overall, best. Ending, sedih :(
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 16, 2015
10 malam - 1.20 pagi

Jun, Ranum, Saigon...

Di kala semua manusia sedang enak dibuai mimpi, aku teresak-esak seorang diri dengan pengakhitan kisah Jun.

Pergh...aku memang tabik spring kepada perempuan-perempuan yang tidak menangis setelah tamat membaca buku ini. Aku yang jenis susah nak menangis pun tewas juga dengan endingnya.

Babak-babak last buku ini sungguh meruntun jiwa.

"Anak aku ni ya Allah. Jangan pisahkan kami ya Allah..... Allahuu..."

Jun...bangkitlah. Bukan begini pengakhitan yang aku mahukan...


Saya tidak tahu bagaimana anda memiliki buku ini.
Saya tidak kenal anda.
Dan anda dibawa menyelusuri ke dunia saya tanpa sedar.

Nama saya Junaidi bin Banin.
Anda mungkin mahu memgingati nama saya selepas ini.
Kerana kisah ini baru sahaja bermula.


Aku berharap...ini bukan pengakhiran kisahmu, Jun.
Kerana katamu...
Kisah ini baru sahaja bermula.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 21, 2015
Aku sebenarnya tidak tahu macam mana nak rate buku ni.

Aku tertanya-tanya juga, HR boleh tulis cerita macam ni?

Kisah percintaan anak dan si ayah.

Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
July 15, 2018
ini bukan kisah cinta,tapi ini kisah bagaimana kasihnya seorang ayah buat anaknya, walaupun Anum ni bukan anak kandung Jun tpi kasih yang diberikan tidak pernah kurang malah lebih dari anak kandungnya sendiri.

X puas rasanya baca buku ni,sekejap sangat,ditambah lagi dengan ending yang sedih😭.Bagi aku endingnya kejam.Sampai hati penulis pisahkan seorang bapa dengan anaknya.

#Aku harap ad sambungan untuk kisah Jun ini. :(
48 reviews6 followers
March 11, 2015
Junaidi bin Banin.

Memang aku tak akan lupa nama tu. Hmm. Macam mana aku nak mulakan, ya?

Perasaan aku bercampur-baur sebenarnya. Aku cukup terhibur dengan celoteh Jun. Sesekali aku tersenyum sendiri membaca celoteh si Jun ni. Rasa nak hempuk je sebab kelakar sangat. Tapi dalam kelakarnya tu, ada betulnya. So tak jadi nak hempuk.

Setelah puas rasa terhibur dan tersenyum sendiri, Jun mula berubah rentak. Entah macam mana tiba-tiba air mata aku bergenang dan aku berusaha bersungguh-sungguh menahan sendu kerana aku di dalam tren - tak macho lah kalau menangis di dalam tren.

Towards the end, aku mula mengagak apa yang akan terjadi. Aku sangkakan Naurah sebenarnya Mas, yakni ibu kandung si Ranum (kerana Jun mengatakan dia seakan pernah melihat wajah Naurah di saat Jun melihat Naurah tanpa purdah). Sangkaan aku meleset sama sekali. Aku terlupa yang naskhah ini tergolong dalam kelompok alternatif (indie), mana mungkin jalan ceritanya begitu mudah ditelah.

Daripada ketawa gembira, Jun membuatkan aku sebak, dan di akhirnya Jun membuat emosi aku bertukar menjadi bengang pula. Junaidi bin Banin ni sebenarnya waras ke tidak? Siapa Ranum tu sebenarnya? Sudahlah emosi dicarik-carik, banyak pula persoalan yang aku tak jumpa jawapannya. Penat aku fikir ni.

Pendek kata, jikalau kau mahukan hiburan berbentuk pergolakan emosi, silalah bercakap dengan Jun.

Pesanan ringkas untuk pihak penerbit, dalam naskhah ni ada banyak typo. Harap cetakan seterusnya diperbaiki lagi. Oh ya, tolong jangan guna perkataan 'IANYA' kerana ia tidak pernah wujud dalam kosa kata bahasa Melayu.
Author 2 books29 followers
April 9, 2014
sanggup berjaga semata2 nak habiskan kisah yang sangat berkesan di hati. walaupun buku ini nipis, tapi ceritanya padat. mungkin kita tak nampak kisah masyarakat ni walaupun sebenarnya ia hanya berada di sekeliling kita..
ending sangat menyentuh hati dan mampu menggugurkan air mata.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
September 7, 2015
Sudah lama sebenarnya mengidam mahu membaca buku ini. Sampai lah ada iklan daripada ejen dropship, harga yang ditawarkan murah sedikit dari harga kedai. Terus aku beli.

Aku senaraikan apa yang menarik tentang buku ini;
1) Jalan ceritanya yang menarik. Kisah hidup dan nasib si penyeluk saku. Kisah sayang dan cinta antara dua insan yang tiada pertalian darah. Babak akhirnya, aduhai.
2) Penggunaan bahasa yang sangat cantik. Metaforanya elok tercatat. Aku suka. Mungkin tidak keterlaluan aku katakan, ada sedikit persamaan dengan gaya tulisan Andrea Hirata.

Yang agak merimaskan;
1) Kesalahan ejaan yang ketara
2) Babak-babak atau penceritaan hal-hal "yang itu". Kalau dibuang, tidak menjadi kudis. Buku ini sudah kuat dengan ceritanya.
3) Perkembangan cerita agak lambat. Untuk 1/3 buku masih berkisar watak utama, itu menimbulkan rasa malas untuk terus membaca.
4) Watak Munirah yang tidak diketahui apa keperluan kewujudannya.
5) Gaya bahasa yang cantik sedikit "cacat" bila diselitkan dengan bahasa pasar.


Aku tidak tahu sama ada buku ini ada prekuel atau sekuelnya. Pendapat aku, banyak cerita yang boleh diceritakan lagi. Ada sedikit rasa tidak puas hati kerana, sayang, penulisan begini sangat jarang aku perolehi.

Jun, Ranum, Saigon dan Naurah. Bercakap Dengan Jun adalah naskah yang sangat dicadangkan untuk dibaca.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015


Buku ini power. Buku ini penuh emosi. Penulis berjaya menggunakan his ability as a writer to play with my emotions. And now, aku realised that I’m a fan of Hasrul Rizwan. He’s such a talented writer. This book and Murtad is one of my favorite.

Aku suka semua tentang buku ini (except the typo). Jalan cerita yang smooth, deep, penuh makna dan sindiran. Pembaca dibawa ke kehidupan seorang pencopet, Jun di ibu kota, yang tinggal di taman perumahan yang terbiar, bertemankan seekor anjing, Saigon, sehinggalah kehadiran seorang insan yang merubah cara hidup Jun.

Aku suka baca dari narration Jun sendiri. Aku boleh kenal dia, cara dia fikir, cara dia hidup, cara dia sayangkan Ranum. Watak Jun tu sendiri sangat menarik sebab pada awalnya buat aku tak berapa nak gemar cara dia lead a life as a pencopet, but then buat aku salute kat dia sebab hati dia penuh dengan kasih sayang.

Aku suka sebab ada kelibat my favorite twin, Adam & Akhil. (Buat aku suspens je ingatkan related ke apa. Haha)

Overall, cerita ni best. Jenis buku yang boleh buat aku nak baca banyak kali.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
October 27, 2015
If I were to publish only one book in my lifetime; it would be Bercakap Dengan Jun. There would almost be no greater pride than that.

People pass by Bercakap Dengan Jun in the bookstores all the time; due to the poorly chosen title and the poorly chosen cover by the publisher. This book is a masterpiece and sadly, it has not been marketed well.

Telling the simple story of a penyeluk saku living in the streets of Kuala Lumpur; it's a beautifully written story of rakyat ditindas kapitalisme and love between two people. As the synopsis at the back of the book had mentioned; this is far from a story being about cinta but it is in fact a story about love.

The writer had a fine way of describing the situation around him; following a rhythm that was soon at the back of the readers' minds. The reader would
not expect at all where the book was headed towards; but a nice surprise nevertheless. My only criticism would be how some parts were not explained but was left for interpretation.

If anyone asks why I still read local books despite huge massive number of books with low quality; this would be the reason why. I would not have found a diamond such as this book.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
February 16, 2014
Aku harap buku ni ada sambungan. Dan kalau boleh ceritalah apa sebenarnya yg terjadi pada ibu Ranum tu.

Buku ni nipis, tak puas. Tak cukup banyak momen manis antara Jun dengan Ranum.

Jun dan Ranum berjaya mencipta hidup yg indah dalam keadaan serba kekurangan. Apa yg Jun cuba buat itulah ayah yg lain turut buat. Hebatnya kasih seorang ayah.

Buku ni dah cukup baik. Tapi typo yg banyak tu nampak tak cun la. Masih boleh faham cerita, cuma yalah, typo ni madam kudis pada kulit la.

Aku akan tetap sokong semua tulisan Mat Gorn. Nak lagi yang macam gini.

Tahniah Jun sebab buat aku menangis dengar cerita kau.


"Anum peluk babah. Babah sejuk sangat".

T_T
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
March 31, 2014
Mungkin rating yang lebih tinggi jika pembacaanku tidak terganggu dek typo yang bermaharajalela. Langgam bahasa penulis jangan disentuhlah, antara yang terbaik dari beloau yang pernah aku baca. Cumanya, ya... Typo itu menjengkelkan. Apa-apapun, naskah yang tidak jemu untuk diulangbaca.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 9 books184 followers
December 22, 2013
tiba-tiba ada pulak jumpa sepasang kembar, berkaki ayam, di tengah-tengah KL.
hmm...
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
August 9, 2017
saya cukup bersabar bila baca buku ini, dan sentiasa menanti nanti kejutan yang akan berlaku dalam setiap hujung ayat iaitu sejak bermula dari dalam monorel ke dalam kedai biskut mentega ke waktu dia menyusun hasil isi dompet yang dicopet dan membawa ke aksi pasangan beromen, saya cukup bersabar menanti pokok cerita yang sebenar. sebab setiap ayat dan susunan perkataan penulis seperti menjanjikan misteri dan perkara aneh akan berlaku, dan hampir saya bosan sebab asyik tertipu. Sehinggalah akhirnya ke malam bayi itu lahir. ya ini tunjang ceritanya; bayi itu, Ranum. Ranum adalah penawar segalanya. seringkali saya kalih ke cover depan memerhatikan budak perempuan berskirt reben merah dan membayangkan ianya Ranum. perfek, kulitya memang senada dengan isi.

Ranum menjadikan segalanya harum, indah, lazat dan bermakna.

kesilapan penulis terhadap saya ialah dengan menjadikan kanak-kanak sebagai subjek dan membuatkan air mata saya jatuh bertitik titik ke lantai dan menarik habis semua perasaan tak selesa di awal cerita.

Sungguh, saya sangat kasihkan Ranum sepenuh-penuhnya dan begitu juga Ranum pada saya -babah
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
March 29, 2014
Dalam banyak-banyak Dubook Ceritera yang aku pernah baca, Bercakap Dengan Jun ni adalah yang terbaik. Ianya hampir sempurna; jika ditolak kesilapan ejaan sebanyak 6 kali yang terlepas pandang dek pembaca pruf, dengan teknik penceritaan yang terperinci dan sususan plot yang mudah - punya twist yang tak terlalu membebankan.

Sarat dengan cerita persahabatan, kekeluargaan, dan tipu daya dunia yang realiti dalam realiti - pakej terbaik untuk menggambarkan dunia sebenar (spesifik bagi seorang Junaidi) yang sengaja diterlepaspandangkan oleh barisan buku-buku PTS dan Alaf 21 yang mengangkat cinta dunia korporat atau cinta pedofilia sekolah secara tak habis-habis. Mungkin naskhah ini diterbitkan oleh penerbit alternatif, namun alternatif inilah realiti yang sebenarnya.

Harapnya Jun masih hidup (cuma tidur sebagaimana yang dia katakan di akhir babak), kerana aku juga seperti Ranum yang tidak mahu berganjak selagi soalan dan permintaanku tidak dijawab.

Jun, ceritakan lagi.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
May 29, 2018
kisah seorang pencopet hidup dengan anjing kesayangannya, Saigon. tapi betul ler manusia kalau buat jahat seronok sekali, tapi bila dah terhantuk baru sedar. serupa lah bila seorang perempuan melahirkan anak luar nikah dan meninggalkan dalam keadaan masih merah.

tak sangka seorang pencopet boleh berubah 360 darjah bila bayi yang masih merah dijaga dengan penuh kasih sayang. hidupnya hanya untuk bayi ... bernama Ranum.

Naurah ... penjual roti dan biskut mentega, Basmallah Bakeri. pencopet sungguh menyukainya, kerap beli .. 500 gram selalunya.

cuma ... kewujudan dan kecomelan Ranum ... membuatkan Naurah leka dan menyayangi Ranum dan terima apabila Ranum memanggilnya emak ...

tapi sedih gila ... nangis aku baca buku ni ... tak sanggup baca lagi ... pengakhiran bagi ku tak adil .. sungguh tak adil ..

Profile Image for Mirza Danish.
20 reviews1 follower
August 9, 2018
Review lagi. Bercakap Dengan Jun ni memang padat ceritanya dengan kesedihan, kesunyian serta kritikan sosial. Seorang pencopet yang menjaga anak kecil dan ditemani seekor anjing bernama Saigon. Boleh kita gambarkan yang cerita ini tentang kasih sayang dan kebenaran pahit yang terpaksa disorokkan.

Plot bergerak lancar. Bahasa juga santai. Cuma ada beberapa typo yang tak menjejaskan pembacaan. Serius, baru aku tahu yang dekat cover ni Mat Gorn - selaku penulisnya sendiri.

Watak Adam dan Akhil dalam Murtad pun ada buat cameo. Ohh, Pak Talha juga pun ada. Rupanya memang dalam satu universe.

Ending yang sangat sedih. Kasih sayang terhadap ayah kepada anak yang dijaga sejak kecil. Itu je. Jadi, bacalah. Aku tak tahu nak cakap apa... Tak rugi.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
February 22, 2015
Apa yang saya fikirkan tentang buku ini ada dua perkara.

satu, Idea. dua, kemanusiaan.

Dua bab pertama best. fast pace. terasa adrenalin meluncur laju sama. Bagaimana Jun bukan sesiapa dan tiada sesiapa yang hanya berkawan baik dengan seekor anjing. bab ketiga hingga kelima, banyak kenangan lama yang diimbas kembali. Secara peribadinya, saya suka detailing imbasan kenangan lalu, kemas dan cukup. lepas bab 6, keseronokan dan adrenalin tadi mula turun. cerita selepas itu, lebih fokus pada dirinya dan anak kecil yang dijaganya sejak lahir.

Bagi saya, cerita secara keseluruhan tidak lengkap. Kenapa dan Bagaimana Jun berhenti daripada profession sebagai pickpocket, apakah yang berlaku antara 4 tahun. Apakah yang sebenarnya konflik keluarga Naurah dan Naurah sendiri. Ingatkan Naurah hanya watak ekstra. Details Naurah hanya diterangkan awal dan belakang cerita. Cth: Jun perasan perubahan fizikal Naurah walaupun dibalik baju yang lengkap menutup aurat dan niqab. cth 2: anak kecil itu memanggil Naurah 'ibu' belakang Jun dan panggil 'kakak' dihadapan Jun. Membuatkan saya tertanya apakah sebenarnya peranan Naurah didalam buku BDJ. Mungkin ini salah satu loopholes. atau mungkin kerana pemilihan naratif. Tapi saya suka idea bagaimana penulis meletakkan buku BDJ sebagai serpihan kecil untuk bukunya yang lain, (Murtad). Kasih sayang tidak berbelah bahagi untuk anak kecil dan binatang. Inilah soal kemanusiaan yang membuatkan saya tidak bosan untuk meneruskan pembacaan.

Bahagian paling menarik bagaimana saya mendapat tahu buku BDJ mempunyai idea yang sama dengan sebuah buku yang saya pernah baca. Saya rasa membandingkan dua buah buku yang mempunyai idea yang sama adalah absurd. Senang. Sebab secara keseluruhan, dua buah buku ini menceritakan dua benda yang berbeza. Interesting huh? bagaimana dua idea yang sama digunakan menjadi dua cerita yang sangat berlainan. Fascinating.

Oh ya. walaupun banyak typo, saya tak kisah. Lebih kepada menjadi hiburan. Kelakar. Kalau serious manjang, bosan jugak.

Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
July 11, 2014
sepatutnya 5 bintang. tp kali ni aku bagi 4.5 bintang. bukan sebab buku ni kurang best, tp aku fikir ini adalah percubaan aku utk jd lagi cerewet haha. menjadi ke? bias aku masih ada lol

apapun, 4.5 bintang atas jln cerita yg lain dri yg lain. percubaan yg menjadi oleh saudara Hasrul Rizwan. penuh dgn unsur2 sinikal yg kelihatan menyindir tp bertujuan utk mendidik. jujur. utk melihat dri sudut Jun, aku seolah-olah berada di dalam alam yg lain, cuba melihat perspektif, tanpa cuba prejudis. dan aku gembira. anum, saigon sudah cukup buat aku gembira dan walaupun dah dapat agak cerita ini bakal melankolik sedikit, aku masih lagi menangis di hujung cerita. kasihan. percubaan acah2 strong aku terkandas di hujung cerita. mungkin juga kerana unsur bahasanya yg mudah tp menusuk. mungkin juga emosi yg diterapkan mampu aku hadam. mungkin juga aku ini yg cengeng. alahai.

aku gembira sepanjang pengembaraan ini & aku tak kisah pendapat org lain. kalau aku gembira, maknanya aku dapat menghadam & aku dapat nilai, unsur yg cuba utk disampaikan penulis. plot yg menarik. deskripsi yg jelas. nilai moral juga ada.

yg aku tidak puas hati, kenapa lah ending dia mcm ni. tidak adil betul. mungkin juga tiada yg adil dalam dunia ini. yg adil cuma diakhirat nnti kan?


buku ini sebenarnya memanggil-manggil aku dri tahun lepas lagi tapi aku biarkan sahaja kerana sibuk utk adapt dengan bacaan org lain. haha. akhirnya aku kembali ke tempat asal. aku suka buku ini. semestinya jangan cuba menilai buku dri rupanya.
Profile Image for Farhana Aziz.
39 reviews1 follower
April 16, 2014
Ini ialah satu product Hasrul Rizwan yang sungguh berlainan jiwanya berbanding Murtad dan Tuhan. Dan jujur, buku ini telah overwrite tempat Murtad sebagai antara buku-buku yang menduduki tangga teratas dalam list kegemaran.

Buku ini ada jiwa. Dan ia membawa pembacanya seiring dengan kehidupan 'saya' yang diceritakan. Tidak pernah disangka, kelahiran bayi perempuan comel mengubah hidup seorang pencopet.

Penceritaan Hasrul Rizwan bagi aku agak teliti. Berjaya mengusik hati tika diceritakan akan keletahan Ranum. Akan kasih dan sayang 'saya' yang mendalam terhadap anak gadisnya. Aku tersenyum. Seiring dengan senyuman 'saya' tika melayan kerenah dan manja Ranum yang ditatang bagai minyak yang penuh.

Dan Hasrul Rizwan juga berjaya membuahkan titis-titis jernih di penghujung cerita. Tertanya akan apakah nasib Ranum setelah apa yang terjadi. Siapa juga sebenarnya Naurah yang dikatakan pernah dilihat oleh 'saya' itu. Dan adakah berita tentang penculikan Ranum itu benar?

Ahh, terlalu banyak persoalan yang ditinggalkan.

Oh ya, susun atur bahasa dan kata dalam buku ini agak puitis. Suka. Cuma typo tu kadang-kala buat mood pembacaan terbantut seketika.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
August 19, 2014
Aku dapat rasa kasih sayang antara 'saya' yg dikenali sebagai Junaidi/Jun dgn anak yg dijaganya, Ranum.
Kesetiaan Saigon yg tiada tolok-bandingnya.
Kesedihan si kecil Ranum yg rindukan ibunya.

Hasrul Rizwan ni sebenarnya kekuatan menulisnya berada pada naratif dan aku suka dgn gaya penceritaannya yang natural dan tidak 'memaksa' untuk tampil bagus. Sebab tulisan sempoi dia memang bagus (dan abaikan typo2 yg bersepah tu, bukannya boleh pendek umur pun).

Aku suka dengan semangat 'saya' yg berubah dari pencopet menjadi seorang yg lebih bertanggungjawab selepas adanya Ranum. Rasa seronok bila dia berjaya membesarkan Ranum dgn ranum sekali meski pun baru 4 tahun.

'Ini baru saja permulaan.'
Ya, pada setiap permulaan, pasti ada penghujungnya, begitu juga dgn kisah Bercakap Dengan Jun. Aku harap HR dapat reveal apa yg berlaku kepada ibu kandung Ranum, kehidupan Ranum selepas tamatnya BDJ dan... 'saya'.

;)
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Mujur ada ayat yang buat air mata aku jadi kering semula. Sedih dan kemudian disapu dengan gurauan ayat yang jujur.
Aku ada membayangkan Jun berada di alam realiti dan berada depan mata aku. Jadi aku kira sesaat aku mampu menghadirkan imaginasi itu di ruang minda aku,maka buku itu aku anggap menjadi. Sangat menjadi.
Displaying 1 - 30 of 83 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.