Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.
Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi.
“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie
“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya
Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri.
“Such a sweet talker...” - Arya
“Told ya... I was born with it...” – Ayie
Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.
“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya
“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie
Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. Adakah mereka berjaya menghadapinya?
Tiba-tiba terbeli buku ini sebenarnya, tak adalah rasa menyesal atau rugi membeli, walaupun mengambil masa yg lama mengkhatamkan naskah ini. Rugi kut baca laju2 tak nak missed walau satu perkataan konon2 baca dengan penuh perasaan *ngeee
Nak tulis lebih2 tak reti tapi cukuplah nak menyatakan yg suka dan sangat suka dengan kisah ini.Nanti2 kenalah cari novel2 lain penulis, nak letak RM sebgai salah seorang penulis yg digemari lah boleh :))
Novel ke-3 Rehan Makhtar yg sy bace... tak seberat terlerai kasih dan suami tak kuhadap.. kisah Arya yg berumur 29 tahun berkahwin dengan Ayie yg berumur 22 tahun... keluarga yg jodohkan... tp sebenarnya ayie dah lama sukekan Arya... cite best!! bacelah
Tiba-tiba Dia Ada~~Macam mana nak gambarkan keterujaan yang sangat mengagumkan untuk novel ni eh? Serius sangat-sangat-sangat lah best dan sangat enjoy membaca TTDA. Rehan Makhtar salah seorang penulis yang namanya~~dalam nota saya 5-star-must-read-author.
Aryana-Ayie (Arayie) lebih baik dari Yuta (Yusof-Jelita)...he he. POV 1 Ayana yang diguna RM sangat berkesan,membuat saya tertanya2 dan ingin tahu apa bau 'hanyir' yang terkesan dalam perkahwinan dia dengan Ayie.Gay??? Alamak! ha ha ha.Nasib tak gitu~(memang suka novel POV 1, rasa syok sendiri...kehkehkeh)
-Ayie walaupun muda 7 tahun, still feel as cool as he supposed to~~part romantika de-amour ,tagline Ayie "born with it"...he's too good to be true. -Aryana matang ~tak merajuk lebih2. (ada part merajuk juga tapi masih boleh terima), tahu jaga diri walaupun suami jauh~~ --like-like-like hubungan PJJ (perkahwinan-jarak-jauh) dorang~envy them. sSuka part video cam. -Hubungan kekeluargaan yang sangat erat dalam novel ini,tak dibuat-buat. -Anti-klimaks yang sangat menjadi.
-mulanya tak boleh terima ayie~~but now,feels like looking for a younger man ~ahaks :p -opss~~sebab ini 'drama' lepas kahwin, bersedia bab 'ringan-ringan' tu, kannn~~? Tapi rasanya Rehan Makhtar tak terlalu menunjukkannya walaupun ada~considerate amount of 'sweetness' le.Cool eh~ -appologized~~wrong spelling in novel. ~terganggu kejap, pasal apa ada kesalahan cenggini kat novel2 masa kini? \(-.-")V
Aku rasa aku faham perasaan Arya yang cuba nak belajar menerima/agak susah nak menerima bakal jodoh yang tiba-tiba datang tanpa angin & ribut ditambah lagi dengan faktor jarak usia yang agak jauh (perempuan lagi berumur dari lelaki). Tapi kan kalau dah gitu perangai Ayie yang matang tak mengenal usia, bagi ja lah dekat aku ehh?
Rasanya ni novel ke dua RM yang aku baca langsung takda pain just conflicts here & there sikit. Just nice untuk bacaan santai.
Novel pertama yang hampir-hampir masuk ke zon putus asa. Jujur, aku mampu menghabiskan 500 m/s dengan sekali hadap. Tapi untuk TTDA ini, rasanya berkali-kali-kali diselak dan tinggalkan. Mujur x dibaling ke dinding sahaja.... Tapi masih cuba ditanamkan dalam kepala, ini karya RM yg ke-3 dibaca dan yg 2 terdahulu x mengecewakan.
Pintu langit terbuka bila terpinjam TK. Bila direnung semula, TK = 1st generation dan TTDA cerita generasi ke-2. (Kebetulan 2 naskah ini aku baca back-to-back, so feelnya memang terasa) Marketing strategi yg memikat! (siapa kata soal marketing perlu diserahkan kepada syarikat penerbitan bulat-bulat?). TTDA 'dilahirkan' 32 tahun selepas TK. Sesuatu yang kurang logik... sepatutnya. Dan mujurlah TK adalah cerita 'umum'. Masa dan jenama yg tidak diperincikan, menyelamatkan keadaan. Ketepikan kewajaran, itu imaginasi dan dunia ciptaan mereka. Kerana itulah 'lesen besar' sebagai individu bergelar penulis :)
Pernah x hampir 'terjerat' dengan naskah yang membuatkan anda hampir tercekik?. Dan aura sekeliling pun turut membahang. Sepanas rasa semasa pembacaan. Seperti aku; naskah ini disambung baca ketika di LCCT. Dengan keadaan yg sesak, panas, riuh dan rimas. (Bila la KLIA2 nak siap?). Bila panggilan boarding diumumkan, terkedek-kedeklah aku ke lapangan dan memanjat tangga untuk terbang pulang. Baru saja nak menyelak kembali helaian yang ditinggalkan, kami diarah untuk turun semula ke departure hall. Alasan; penukaran tayar pesawat. Ooit... aku ni naik bas ke naik dot-dot-dot? At the end, penerbangan dilewatkan sejam. Fuh! Dah la panas membara dengan si Aryana dan Ayie yg ntah apa-apa!
Sesungguhnya, separuh masa pertama ketika Aryana yang berperang dengan diri sendiri untuk menerima Ayie sebagai suami dan ketika kisah benar di sebalik foto dirungkai.... betul-betul menguji kesabaran. Ditambah lagi dengan kemunculan Khai dan Ieza. Pergerakan plot yang terlalu lambat, perkembangan plot yang agak mendatar dan penumpuan watak yang kelam kabut memang menuntut ketabahan yang bukan sedikit untuk menyelesaikan pembacaan.
TAPI.... x cukup bintang-bintang di langit aku berikan untuk separuh masa kedua. Ketaatan dan tangungjawab Aryana sebagai seorang anak diplotkan sekemasnya ketika dia mengambil keputusan untuk pulang menyelamatkan Muhara Sdn. Bhd. Gelodak jiwa Aryana dan Ayie sebagai sepasang suami isteri yang menyandang banyak gelaran juga dipentaskan sebaiknya.
Kehadiran Iman Firdaus dikawal ketat. Biarpun bayang-bayangnya adalah sebagai orang ketiga, tetapi penulis bijak sekali merencahkan watak Iman Firdaus. Begitu juga watak Julita, dan juga keluarga2 mereka yg hanya sekadar mendokong jalan cerita tanpa over-shadow pelaku2 utama.
Ditambah lagi dengan plot kemalangan Ayie dan lagi sekali 'peperangan' yang meletus dalam jiwa Aryana.... perfect!
CUMA.... (for me) Lemas dan rimas dengan plot Aryana kembali ke Muhara. Kefanatikan penulis menggerakkan plot dengan nama Ayie sedikit mencacatkan cerita. Aryana sentiasa membandingkan Ayie dengan Iman Firdaus sepanjang masa biarpun pada hari pertama bertemu. Dengan masalah yang bertimpa-timpa di Muhara, Aryana masih ada masa mengenangkan si Ayie.
DAN.... kenapa kadang-kadang terasa Ayie dan Aryana berkongsi 'rupa' yang sama? Sama dialog, sama nada?
Dan aku pasti menunggu kisah si Aryan dan Julita....
Antara novel2 RM yang dibaca yang ni kira "my least favourite" kot. Mungkin faktor saya kurang gemarkan penggunaan POV 1 -AKU-. Rasa macam dragging bila point of view tu dari satu watak sahaja.Honestly banyak skip2 jugakla novel ni..kekeke.. Nasib baikla RM tak mengekalkan penulisan begini untuk novel2nya yang lain.
Dari segi plotnya ok tak seberat novel2 RM yang lain tapi masih berbaloi untuk dilayan.Dengan perbezaan umur yang ketara, saya cuba membayangkan Aryana berwajah babyface,kiut miut atau awet muda orang cakap supaya tak nampak janggal bila digandingkan dengan Ayie. Susah juga nak hadam hero muda ni tapi kematangan Ayie tu membuatkan pasangan ini boleh diterima.
first time ya tak nangis baca buku kak rehan 👀 (sebak, keluar air mata setitik dua tak kira okeh) conflictnya tak berat sangat, tapi macam ada 2-3 conflict gitu. dia tak stick to one or continuous conflict (for me lah) buku yang ini macam tak kena jiwa sikitlah, taktahu macam mana nak describe. ya, kita suka jalan cerita dia tapi macam ada something missing. maybe sebab banyak time skip atau tak stick to one conflict. eh, taktahulah!
Aryana. Arya, tiba-tiba ma dan pa nak jodohkan dia, tiba-tiba dapat suami muda dan tiba-tiba dah ada di Berlin. eh, memang hidup dia nak masuk 30 tahun ni penuh tiba-tiba lah! walaupun semuanya tiba-tiba, Arya terima walaupun susah sikit mulanya. dia seorang yang sangat matang (well dah 29 yo kan) saya suka dia gigih terima Ayie walaupun awalnya macam taknak. Arya ni, kalau dengan Ayie, asyik diusik je, mentang mentang dia lagi tua dari dia. Arya juga mudah cair dengan 'killer grin' Ayie (eh tapi kita kalau kat situ pun sama kot) Ayie juga macam perencah hidup Arya. kalau tak, hidup Arya cuma ma-pa-Aryan-Muhara.
Zhakri Adha. Ayie, walaupun masih belajar, dia terima untuk nikahi Arya pilihan mama dan papanya. this man i tell you, sangat suka mengusik ya. dahla funny, handsome pula tu (walaupun suka pakai seluar gelebeh) sehari tak mengusik Arya, memang tak lengkap hidup Ayie. ya, dia cuma 22 tahun, tapi caranya tak macam 22 tahun, matang betul. perangai childish dia mestilah ada, tapi still tak tutup kematangan dia. i love how dia suka usik Arya, suka ayat manis dia, suka cara dia pujuk Arya, tak lupa juga cara dia ajar Arya bercinta. tiba-tiba kita nak lelaki muda pula hm.
buku ni mengajar kita Qada' dan Qadar, betapa cantiknya susunan Allah untuk hidup hamba-Nya, betapa Allah tahu kuatnya kita mengharungi hidup. tak lupa juga, ajar kita tempat tempat kat Berlin. weh jealous gila TT rasa nak terbang pergi Berlin je lepas habis baca ish.
Kalau dulu kita pernah menangis bersama Mukhlis dan Anahara dalam kisah Ku Ingin Milikimu, kali ni kita di bawa mengikuti perjalanan Aryana Mukhlis, anak sulung pasangan ini. Aryana dikatakan cukup istimewa bagi mereka berdua kerana lahir di tengah kemelut rumah tangga kedua ibu bapanya. Aryana dibesarkan mengikut gabungan acuan kedua ibu bapanya. Dalam kelembutannya tersembunyi ketegasan yang membuat si bapa begitu mempercayainya untuk menerajui Muhara. Cuma ibu bapa mana yang tak risau bila si anak belum berteman bila umur sudah menghampiri 30-an?
Tiba-tiba muncul Zakhri Adha (Ayie), anak lelaki tunggal Zafran dan Anaresa (Kerana Sekali Cinta) yang bakal dijodohkan dengan Aryana. Walaupun kedua ibu bapa Aryana menyerahkan 100% keputusan di tangannya, Aryana dapat merasakan yang mereka mengharapkan Aryana menerima Ayie. Setelah penat bersoal jawab dan bertarik tali, kedua mereka akhirnya ditunangkan dan dinikahkan dalam tempoh kurang dari dua minggu. Phew, memang ekspres.
Namun, bila mengetahui hakikat mereka disatukan memang melukakan Aryana. Mana tidaknya, kedua ibu bapa Ayie mengesyaki yang Ayie sebenarnya gay selepas menerima sekeping gambar Ayie dan teman serumahnya dalam keadaan yang mencurigakan. Erk! Jadi, Aryana dipilih untuk memimpin Ayie pulang ke pangkal jalan. Walau puas dinafikan Ayie, kedua ibu bapanya tetap bertegas untuk menjodohkannya dengan Aryana. Aryana memilih untuk mempercayai Ayie walaupun kedua ibu bapa mertuanya sendiri mencurigai Ayie. Di sinilah kita nampak kematangan Aryana yang tak mudah melatah dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
Pulang ke Berlin, dalam tempoh mereka berdua mula menyesuaikan diri antara satu sama lain, satu demi satu kebenaran terungkap. Termasuklah hakikat yang Ayie sebenarnya dah lama menyimpan perasaan terhadap Aryana. Pengakuan Ayie ni tiba-tiba buat saya teringat Shark dan Anaz ( Lazuardi). Macam manalah rasanya bercinta dengan lelaki yang lebih muda bertahun-tahun eh? Hehe. :P
Sesuatu berlaku kepada Muhara dan memerlukan kehadiran Aryana. Mampukah Aryana dan Ayie menangkis segala dugaan dan cabaran yang melanda di saat mereka berjauhan?
Komen saya : Banyak sangat perkataan tiba-tiba, oh maiii dan juga 'bau hanyir' yang (bagi saya) agak mengganggu pembacaan. Letih kot baca pengulangan yang berkali-kali. Tapi, sikap Aryana yang matang banyak menyelamatkan paras mood saya. :) Yelah, selalu kita dihadapkan dengan heroin yang suka melarikan diri bila ada masalah atau kecewa dengan pasangan (yang kadangkala mencecah beberapa tahun). Aryana ni boleh masuk kategori heroin jiwa kental err, walaupun pernah juga tertewas dengan fitnah. Lumrahlah kan? Mana ada manusia yang sempurna? Sokongan ahli keluarga juga buat Aryana kuat berdepan dengan segala cabaran. :) Tahniah RM untuk Arayie. Boleh tak nak kalau request sambungan kisah Aryan / Julita atau kisah Auni / Iman Firdaus? :p
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Pada N, kalau nak betul-betul appreciate the beauty of this story, N sarankan untuk baca novel2 RM yang sebelumnya, especially Ku Ingin Miliku, Kerana Sekali Cinta, Terlerai kasih dan Bila Nak Saksi. Sebabnya kerana Tiba-Tiba, Dia Ada adalah kisah tentang the next generation of watak-watak novel-novel RM yang awal.
Dah cerita pun hasil karya Rehan Makhtar. Kalau tak best, memang terkejut lar!
N tak rasa ada satu part yang membuat N rasa bosan. Memang exciting cerita ni, from start to finish. Mungkin kerana N tak sangka, jalan ceritanya sebegitu. N ingatkan ia tipikal kisah arranged marriange, tapi rupa-rupanya ada juga kisah dan drama sebalik itu. Terkejut jugak N, bila dapat tahu kenapa parents Arya dan Ayie nak sangat mereka cepat2 berkahwin.
Kerana perbezaan usia, Arya berat hati nak menerima cadangan orang tuanya untuk menyatukan dia dengan Ayie. Kenal pun tidak, alih-alih disuruh berkahwin. Tambahan pula, Ayie masih lagi bergelar seorang pelajar!
Walaupun usianya muda, Ayie seorang yang matang dan bertanggungjawab. Padanya, perbezaan usia bukannya penghalang untuk mereka menjadi suami isteri. Kalau nak ikutkan perasaan cinta, bercinta selepas berkahwin lebih menyeronokkan!
Tapi betapa terkejutnya Arya apabila terdengar perbualan Ayie sekeluarga selepas mereka bernikah. Patutlah sejak awal, Arya sudah merasakan ada yang tak kena dengan perancangan perkahwinan mereka.
Buku yang sangat santai, konflik takde lah berat macam buku RM yang lain. Untuk aku, sangat enjoyable especially dengan ayie yang kuat usik. Cuma aku tak berkenan sangat dengan satu scene yang ayie difitnah tapi respon arya tak menampakkan yang dia matang? Walhal dari awal cerita dah di'tegaskan' yang arya tu matang atas faktor umurnya. Kenapa dia tak terus tanya hal yang sebenar dekat ayie? Kenapa dia diam dan buat andaian sendiri? 💆🏻♀️ but overall okay dan daripada buku ni jugak dapat discover la sejenis penyakit yang tak pernah dengar. New knowledge!
Best~~ Suka dgn watak Ayie yg sweet talker.Mula2 ingatkan Ayie khwin dgn Arya dsbbkn terpaksa.Tpi sbb dah lama jatuh hati kat Arya.Mula2 pembacaan tu mmg best tpi sampai dekat scene Arya kena balik Malaysia tu pembacaan aku mendatar sikit,sbb watak Ayie krg menonjol..Tapi,sampai dekat scene Ayie skit tu,aku rasa mood mmbce semakin meninggi,mgkn sebab aku jrg bce novel sedih,tu yg excited skit...Tpi happy ending jugak..
Nothing too painful, maybe because this is one of RM’s early works. But the drama, whew. Skimmed through 20+ pages and the plot is still the same, lol.
Too many fillers but can consider this as your next read if you wanna pass time.
Best! byk input yang dikongsi penulis dlm melakarkan hubungan kekeluargaan, bercinta selepas kahwin dengan perbezaan umur yang byk dan isu pengkid. Ayie - Arya, pasangan yang sama padan.
Matang. Itu yang pembaca boleh simpulkan mengenai watak Ayie dan Arya. Ayie walaupun berusia 22 tahun, sangat matang untuk menjadi suami. Sweet talker tu bonus untuk dirinya yang suka mengayat isteri sendiri dan semestinya masih 'suci bersih' walaupun belajar di Berlin. Ayie sendiri tidak pernah berkawan dengan mana-mana perempuan, cumanya hatinya pernah terpaut dengan seorang 'kakak' iaitu Aryana, kakak kepada kawan baiknya Aryan, pada usia 17 tahun. Lalu pabila Aryana diusul sebagai calon isteri, Ayie tak lepaskan peluang depan mata dan sedaya upaya membuat Aryana bersetuju.
Aryana pula wanita yang sudah matang berusia 29 tahun. Juga tidak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Hidupnya diabadikan untuk keluarga dan kerja syarikat papa. Pada mulanya, dia sendiri tidak rela berkahwin dengan lelaki muda tetapi demi untuk tidak mengecewakan harapan orang tua, dia menerima Ayie apatah lagi Ayie menunjukkan sikap yang matang. Selepas berkahwin, satu rahsia terbongkar. Rupanya Ayie dikahwinkan disebabkan dia dituduh songsang dan perkahwinan ini diatur untuk membetulkan apa yang salah. Sentap juga Arya, tapi dia redha dan cuba nak bantu si suami. Walhal Ayie tak sebegitu pun. Kesian jugak kat Ayie, dah berkali-kali nafikan, sangsi itu tetap ada.
Kehidupan seterusnya di Berlin membuka kisah baru dalam hidup mereka. Dalam mereka cuba membina hidup baru dan mengenali hati budi masing-masing, ada seseorng yang bakal menyentap hati Arya. Ieza gadis yang cuba berubah demi Ayie. Hanya Ayie yang dia mahu.Di situ Arya bertindak sebagai wanita yang matang untuk memulihkan si gadis dan mempertahankan rumahtangga. Semacam mendengar sesi kaunseling sahaja Arya memberi nasihat. Kepala terangguk-angguk mengiakan.
Tuduhan sebagai lelaki songsang dah terbukti salah apabila rahsia si fitnah terbongkar. Lega. Baru sahaja belajar bercinta, Arya dipanggil pulang untuk membantu papa menguruskan projek yang bermasalah. Kat sini Cik Pah skip, malas nak baca bila ada pula cuba menggoda Arya yang masih bergelar isteri. Terlalu banyak cubaan, dalam dok rindu merindui tu, ada pula gambar si Ayie berpelukan dengan wanita lain. Adoii rasa sakit gigi. Rentetan daripada itu, untuk membetulkan keadaan Ayie pulang ke Malaysia. Dengggg ada lagi kisah tragis. Ayie kemalangan dan disahkan menghidap prosopagnosia atau face blindness ( ala macam filem 50 first dates lakonan Drew Barrymore)
Nak tahu kisah selanjutnya baca lah. Banyak kisah tragis dan tag line baru yang tidak berulang dalam setiap novel penulis. Dalam masa yang sama kisah manis bergula membuai perasaan membuat pembaca ternanti-nanti novel seterusnya dari penulis.
Tajuk kena sgt dgn jalan cerita. Tapi tak larat 'bau hanyir' yang sekali sekala terhidu masa menikmati kisah mereka. Ada sesuatu tentang pokok kucai, apakah? adakah berkaitan dengan novel sebelumnya tentang kisah ibu bapa Ayie atau Arya? Gigih nak kena cari ni.
Bukan untuk saya atau wrong timing atau entah la, tak boleh nak suka. Ini novel yang keenam atau ketujuh RM yang saya baca kot, sorry to say tak leh masuk. Bukan tak cuba cuma tak boleh. Dari awal dah tak berkenan; rasa macam diperolokkan. Bagi saya watak Arya dan Ayie dua dua kebudakan-budakan, macam keliru dengan perasaan masing-masing tapi macam biasa, sandarkan pada ketentuan. Mungkin saya tidak berlaku adil kerana meletakkan self preference sebagai penentu sama ada sebuah cerita itu menarik atau tidak. Saya angkat tangan sorry. Saya yang tak kreatif malah terlalu konservatif. Yang paling kritikal membangkitkan rasa mual sepanjang pembacaan adalah English sentences dia, gila teruk.
Mula-mula baca review belakang.. rasa mcm cerita ni biasa2 je. Bila baca pun tetap rasa mcm biasa2 saja. Tapi bila ada rasa ingin tahu, apa kisah yang Ayie rahsiakan dari Arya... makin menarik jadi ceritanya
Dah bila sampai dugaan terjadi antara mereka. mmga saya menitiskan airmata. Hingga ke page terakhir, saya tetap baca dengan penuh minat.
Novel ni mmg tak seberat novel RM yang lepas2... kecuali Bila nak saksi. Tetapi tetap memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Tiba-tiba segalanya berubah dalam hidup Aryana Ahmad Mukhlis. Hidup Arya yang tenang-tenang berkitar rumah, keluarga, kerjaya yang bukan pilihan dan pejabat berubah 360 darjah kerana perkhabaran itu. Arya mempunyai pilihan untuk menolak permintaan mama-papa. Dia memang mempunyai pilihan. Tapi Arya itu anak yang sungguh taat kepada keduanya, tidak tega dia menghampakan mama-papa yang sudah menempuh pelbagai cabaran sebelum menikmati rasa bahagia.
Tiba-tiba, anak teruna 22 tahun itu yang muncul melamar untuk menjadi imamnya nanti. Aryana yang matang dan memegang jawatan besar di syarikat papa akan bergandingan dengan Ayie, jejaka yang muda belia yang masih memegang status budak sekolah di bumi Jerman. Lelaki yang pada pandangan Aryana amatlah tidak masuk akal untuk dijadikan suami tapi Ayie ni sungguh agresif dalam mengejar impian untuk menjadikan Aryana sebagai isterinya.
Tiba-tiba dalam masa 2 minggu saja status Arya sudah bertukar. Owhhh, hidup di samping suami yang muda ini pada rasa Arya tidaklah terlalu teruk. Ayie yang kadang kala matang dari usianya tapi masih tetap ada sikap manja dan mengada-ngada. Tambah lagi kata-kata manis bergula bersalut madu. Aryana hampir tewas. Tapi dia tetap menanam tekad untuk taat kepada Ayie, pesanan mama sentiasa dia jadikan panduan.
Aduhhhhhh, baru 2 hari menjadi isteri. Perkhabaran dan bukti bergambar itu hampir merentap segala rasa. Mama-papa mertua dia sudah hampir hilang percaya kepada anak lelaki tunggalnya. Tapi pesanan Ayie tetap Arya ingat. Ya, siapa lagi yang layak untuk melindungi maruah suami kalau bukan yang bergelar isteri.
Kehidupan di bumi Jerman yang kadang kala tenang dan kadang kala 'berangin' dengan kehadiran pelbagai ragam manusia. Kehadiran manusia bergelar Khai memang menambah dugaan dalam hidup Arya di bumi asing. Tapi Ayie sentiasa ada untuk membunuh segala rasa tidak percaya. Dalam pada masa yang sama Arya berusaha untuk membantu mana yang terdaya.
Sedang bahagia berulit dengan saumi tercinta, Arya diminta pulang ke Malaysia disebabkan masalah yang dialami oleh syarikat keluarganya. Aryan masih tidak mampu untuk mengendali masalah tersebut. Walaupun Arya berat hati tapi dengan izin suami, dia terpaksa.
Tiba-tiba muncul pula Iman Firdaus, anak kepada klien syarikat papa. Jejaka tersebut secara terangan menunjukkan rasa suka terhadap Arya. Walaupun Arya sudah berterus terang yang dia sudah berstatus isteri orang. Kadang kala serba salah Arya dengan sikap Iman ni.
Hubungan Ayra-Ayie yang sedang ranum, tiba-tiba redup disebabkan kehadiran Iman. Aduhhhhh, Aryan ni sungguh la tak boleh menyimpan rahsia. Diceritakan pula perihal Iman kepada si abang ipar yang nun jauh di Jerman. Maka timbul la konflik yang pada dasarnya tidak perlu wujud.
Tambah bercelaru hidup Arya apabila dia mendapat kiriman gambar Ayie dengan wanita lain pula. Fitnah apa lagi yang perlu dihadapi. Walaupun dia berusaha tapi kerana cemburu dan sikap gelojoh, dia hilang percaya pada suami sendiri.
Selepas bahagia itu sudah dalam genggaman mereka, syurga cinta mereka teruji lagi dengan kemalangan yang menimpa Ayie. Selepas koma, Ayie telah didiagnosis mengalami penyakit tidak ingat wajah. Penyakit yang tiada ubat. Dia perlu berusaha untuk sembuh sendiri dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya.
Komentar:
Aduhaiiii, manis bergula sungguh watak Ayie dalam karya ni. Haaaa, walaupun muda tapi dia lelaki matang. Padanya umur hanya angka. Chewah, kalau sudah cinta semua mampu ditolak ke tepi, kan?
Pada KakChik, kekerapan penggunaan sesetengah perkataan atau frasa memang buat sedikit 'menurun' carta bintang diberi. Perkataan Oh, mai itu akan lebih manis kalau diganti dengan Ya Allah.
Selain itu KakChik mendapat ilmu baru perkenaan penyakit yang dihidapi Ayie selepas kemalangan tersebut. Penyaki yang sudah nak eja tu.
Tiba-tiba dia ada dan tiba-tiba macam saya pun berada di Berlin.
Kali ni RM tampil dengan buku yang buat kita senyum saja dengan watak Ayie dan Arya ni. Tak d sedih sangat macam karya yang sebelum ni kecuali Bila Nak Saksi.
Tapi saya ada juga keluarkan airmata bila Ayie kemalangan tu tapi tak lama
Rasa macam tinggal kat Berlin ja. Kisah mereka yang bertemu jodoh walaupun dengan aturan keluarga dan perbezaan umur jarak 7 tahun antara Arya dan Ayie tidak menjadi halangan mereka untuk bercinta selepas kahwin. Ayie yang matang berbanding usianya dan kadang kala ada juga watak remajanya tu. Arya yang tetap menghormati si suami walaupun dia ada segalanya dan umurnya lebih sikit pada Ayie.
*Sambil baca buku ni sambil senyum ja dengan watak mereka dan keluarga Ayie dan Arya. Sebenarnya kisah mereka ni ada hubung kait dengan cerita Ku Ingin Milikmu dan Kerana Sekali Cinta sebab 2 buah buku ni kisah ibu dan bapa mereka...
TAHNIAH untuk RM buku terbaru beliau. Tak sabar nak tunggu BISAKAH pula...
kisah Rehan Makhtar kali ni tak sehebat karya karya dia sebelum ni. kalau dulu baca Suami Tak Kuhadap,Terlerai Kasih dan lain lain novelnya. biasanya akan timbul satu perasaan yang susah di nyatakan. akan tiba rasa sebak bila babak sedih,timbul rasa geram bila babak bergaduh. kali ini,karya rehan makhtar lebih ringan dan mungkin lebih disuka kepada pembaca yang suka kan cerita romantik sebegini. apa apa pun saya harap next coming novel,akan lebih menyentuh hati pembaca seperti novel2 sebelum ini.
p/s: saya dah follow kak Ann dari zaman cerpen sampai akak dah ada berbuah buah novel. jangan pernah give up kak.
Plot cerita & setting place dah menarik dah. Tapi kenapa saya rasa kurang umphhh ya? Hihi. Bagi saya cerita RM kali ini lebih slow. Saya baca pun slow. Tapi overall sebenarnya saya suka Ayie. Saya suka apa yg RM nak sampaikan. Bila part Arya beri nasihat pasa Ieza, saya suka susunan ayat RM. Lebih-lebih lagi part Ayie kemalangan. Masa tu saya nampak Arya seorg wanita yg sgt kuat. Setia berada disamping suami biarpun suami sendiri tidak mengingatinya. After all, i like it. 3 stars out of 5? Apa-apa pun keep it up writer! :D
1stly... mmg buku ni dah lama. memang ML tahu, ML tertinggal keretapi. Tapi, x kisahlah sebab ML berjaya habiskan buku ni dengan jayanya dalam masa 2 hari. Alhamdulillah...
Okey.. 1stly, mmg ML suka sangat dgn tulisan RM ni. Karyanya memang meruntun jiwa. Beliau memang berjaya heret emosi pembaca untuk terus menjadi diri Aryana. Bila Aryana resah, ML turut resah. Bila hati Arya berbungi dek dipuji Ayie, ML pun turut tersyok skali.. aihhh... memang rasa "SEDANG INGIN BERCINTA"lagilah... hahahha...
Bila Arya sedih kerana menerima perkhabaran duka tentang Ayie, ML pun turut tersiat sama. Dah macam laki aku dah pulak si Ayie.. Adoi.. RM.. apa kamu dah buat kat ML ni... so overlah ML ni.
Hidup seorang Aryana yang sangat beruntung. Apapun, sangat berbaloi menantikan kehadiran ARAYIE ni. Buah Cinta dari RM. I like it. Kisah romantik yang pastinya boleh buat ML kena kencing manis.
Finally jumpe jua penamatnya.. Lambat bukan sebab tak best.. Tapi kekangan masa.
Well ade orang suggest untuk bace novel ni. Memang best.
Lately memang aku gigih kumpul novel rehan makhtar. Ni merupekan novel ke 8 yang aku bace daripada rehan makhtar.
Lain daripada yang lain. Kisah aryana yang berkahwin dengan zakhri adha atas pilihan keluarga. Berbeza umur yang jauh. Aryana sudah berusia 29 tahun dan zakhri @ ayie baru berusia 22tahun. Jarang sekali jumpe novel yang sebegini. Aku tabik dengan watak aryana, walaupon dea tahu ayie tu mude jauh daripadanya tapi dea tetap memegang bahwa dea adalah isteri. Tua atau muda suaminya, dea perlu hormati & taat.
Best rupenye bercinta selepas kahwin. Semuanya sweet. Haha. pelbagai masalah yang datang, tapi dorang boleh terima seadanya.
Konflik dalam novel ini tidakla terlalu berat... Medium la.
X kena dgn jiwa sya. Bkn psal umur hero yg muda 7 thn, tu sya mmg x kisah but mcm sya slalu kta, x de magnet nk hati sya dgn novel niii. Maaf x de mòod nk review. Separuh bca btl separuh just sekli imbas aslkn sya tau jln cita.
Tak sehebat kisah parents Arya dalam naskah Ku Ingin Milikimu.
Kisah Arya santai² je bersama Ayie walaupun ada fitnah yang melanda. To me boleh diselesaikan dengan bertanya. If tanya mesti takan buat assumption begitu. Ye dak?