Dapat baca buku Edisi Terhad ni sebab Mai yang baik hati. Terima kasih banyak-banyak ye Mai. Nanti pinjam yang lain lagi. Hehe.
Yang Luar Biasa - Hani Fazuha
3 bintang
Hmm...agak panas cerita ni. Prolog pun dah buat saya cuak.
Manis bergula.
Romantik tak menahan.
Caring teramat.
Ciri-ciri yang ada pada lelaki bernama Zhariz ni. Sikapnya yang protective dan caring tu buat jiwa Arissa turut bergetar. Tambah-tambah dengan panggilan sayangggg tu. Huh...maunya tak cair. Masalahnya Zhariz abang sepupunya ini telah ditunangkan dengan kakaknya Ryana atas permintaan keluarga. Masing-masing tak membantah, maknanya masing-masing terima la permintaan tu. Rupanya, Zhariz memang cintakan Arissa dari dulu lagi, tapi terpaksa menerima pertunangannya dengan Ryana sebab masa tu belum ada keberanian mengingkari keluarga. Namun, bila melihat Adam dan Haraz ingin mendekati Arissa, perasaan tu tak dapat dibendung lagi sehinggakan mereka mengambil keputusan untuk bernikah secara senyap.
Hmm...sangat-sangat romantik sampai saya pun agak terbuai...hehe. Tapi ending macam sangat abrupt. Macam tu aje. Tak padan dengan emosi yang turun naik di pertengahan cerita.
Tapi...ada perkara yang saya rasa tak sepatutnya disebut oleh penulis. Hal ni berkaitan hukum agama, jadi bila kita membuat kesimpulan sendiri menampakkan kecetekan ilmu kita. Saya bukanlah alim, tapi bagi saya pemikiran sebegitu selayaknya sewaktu remaja, masa fikiran masih tak matang dan pemahaman yang sangat cetek.
Kalau pakai tudung tapi hati tak ikhlas kerana Allah SWT pun tak guna Adam. Pakai jubah sampai ke lutut sekalipun, kalau hati yang di dalam ni busuk macam air longkang, tak guna juga. Jadinya... jangan diukur manusia berdasarkan luarannya sahaja. Mungkin saja orang yang berambut perang tu, hatinya sangat-sangat bersih.
Mungkin akan menimbulkan kekeliruan. Mungkin penulis ingin mewajarkan watak heroin yang tidak bertudung dan berpakaian seksi. Ya la, kalau heroin asyik yang bertudung tapi sikap tak selari, tak kena juga. Macam hipokrit. Tapi rasanya tak perlu la kita rasionalkan benda yang kita sendiri tahu di mana letak duduknya.
Diary Mrs Ben - Anna Lee
3 bintang
Kalau sebelum2 ni saya kurang suka karya Anna Lee (terutamanya yang dalam Kisah Dari Hati) kali ni saya suka..hehe. Sebab kisahnya santai, straight forward dan enjoyable (even if there were certain parts that still makes me rolled my eyes).
Sofia yang sedang menganggur terserempak dengan Ben, teman rapat dari zaman tadika hinggalah ke Tingkatan 5. Mereka terpisah sebab Ben ikut keluarga dia berpindah ke London. Walaupun 10 tahun terpisah, bila jumpa balik, tak der rasa awkward pun antara mereka sebab mereka dulu sangat rapat, kiranya tak der rahsia la. Malahan Ben pun lebih pentingkan Sofia dari gf(s) nya time sekolah dulu.
Pertemuan tu telah menjebakkan Sofia dalam konspirasi Ari-Ben-Fiona. Ben sekarang ni pelakon terkenal, dan Fiona yang juga seorang pelakon adalah gf dia. Ari pulak pengurus Ben yang bak kata Sofi sotong patah tulang. Peminat tak suka Ben-Fiona, so job diorang pun berkurang. Tapi bila tersebar gossip Ben ada gf baru yang bertudung, tiba-tiba diorang ni laku balik. So, Ari (dan Ben) offer Sofi untuk berlakon jadi gf Ben (dengan persetujuan Fiona). Daripada jadi gf, sekali mummy Ben masuk meminang sbb memang dari dulu lagi dia berkenan dengan Sofi, malah pernah mintak nk bawak Sofi tinggal dengan diorang kat London. Sofi masa ni x der perasaan lain pada Ben selain kawan, tapi terpaksa terima juga sebab x nak kecikkan hati orang tua, lagi-lagi bila Ben x nak cerita hal sebenar dan ditambah pulak dengan si Ari punya cerita. Fiona of course la x setuju dan terjadi la perjanjian yang ada macam2 syarat tu.
Lepas kawin, Fiona ni sibuk nk duduk rumah Ben jugak kerana tak percayakan diorang. Jadi diorang tinggal bersama bertiga. Masa ni, hmm...ada la kata-kata dan perlakuan yang 'menyesakkan jiwa' tu. Tak tau la saya, tapi agaknya memang tu semua 'hal biasa' kot untuk golongan ni (ye la, kalau tak takkan la banyak cerita yang ditulis berdasarkan gaya hidup macam tu kan). Masa ni la, Sofi mula sedar yang dia cemburukan kemesraan Ben-Fiona. Dan bila dah cemburu tu, for sure la sayang tu bukan setakat kawan,tapi lebih dari tu.
Ending yang agak tak klise, tapi perasaan nk sekeh Ben tu menjelma...hahaha. Pakcik oiii...nikah cerai ni bukan benda main-main. Fikir la dalam-dalam sebelum ambil keputusan tu. Tau la boleh rujuk, tapi kalau macam tu punya senang, lain kali pun senang juga la nak lafaz lagi. Hmm...
My Slurpee Slurp! - Syah Shah
3.5 bintang
Saya mula minat penulisan Syah Shah sejak baca Isteri Soleh Suami Solehah (dalam Kisah Dari Hati). Dan, saya pinjam buku ni pun memang tujuan utamanya sebab nak baca citer ni. Jadi tak hairan la bila dapat jer buku, saya terus ke kisah ini.
Tapi...ehhh...biar betul. Kenapa lain jer rasa baca citer ni. Terus terang saya memang tak suka kedua-dua hero dan heroinnya. Rasa nak bagi pelempang pun ada. Memang teruk betul rasa tu, off terus, sampaikan saya kena cool down dan baca buku lain dulu. Then bila mood dah okay (seminggu kemudian) baru sambung balik.
Damien dan Vina yang jumpa sebab perlanggaran kecil. Si Damien ni walaupun dia tahu tu bukan salah Vina seratus peratus, suka-suka dia jer pergi marah orang tu (ni la yang buat saya off tu!). Vina pada mulanya tak melawan sebab dia sedar salah dia. Tapi bila diorang jumpa lagi kat 7-E lepas tu, Damien masih tak habis2 mengungkit dan memerli. Jadi Vina yang sakit hati ni balas dengan curahkan Slurpee kat kereta Damien. Huh! Dua2 perangai tak semenggah jer kan. Mau yang tengah baca ni tak hangin!
Bila dah masuk bab family conflict Damien dan lepas tu bila hubungannya dengan Vina dah baik, barula rasa semakin suka kat citer ni. Baru terasa ada sesuatu. Macam comel jer bila Damien tu terpikat dengan Vina dan cuba nak tackle cara gentlemen.
Tapi bila Mike dan Fawwaz masuk campur, all hell broke lose! Gila la diorang tu. Tak agak-agak langsung. Cuba la tengok si Vina tu macam mana. Damien memang sangat-sangat kesal dan marah sebab dikenakan diorang. Yang paling kesian, Vina la yang jadi mangsa. Dan bertambah parah bila Vina bertindak menghilangkan diri. Damien berusaha mencari dan memujuk Vina, dia memang ingin bertanggungjawab atas hal tu walaupun bukan salah dia 100% sebenarnya. Dalam pada dia cuba memenuhi syarat yang dikenakan oleh ayah Vina, dia berjaya menemui ketenangan yang dia cari selama ni.
Aduhh...semakin 'berat' nampaknya cerita En. Syah Shah ni. Penulisan memang hebat sehingga saya seperti dapat 'lihat' pergerakan cerita ni. Tapi tu pun masalah juga la kan, bila sisi 'tak berapa nak cerah' 3 sekawan ni di-detailkan. Cuma, dalam masa yang sama, dapat merasakan ada 'sesuatu' yang ingin ditonjolkan oleh penulis. Saya memang terkesan bila penulis menyentuh tentang pergolakan hati Damien, tentang pencariannya.
Saya suka gaya penulisan Syah Shah. Tapi dalam masa yang sama saya tak tahan betul la baca bab2 gelap tu. Jadi dalam fikiran saya cuma mampu bagi 3* saja. Tapi...di akhir-akhir cerita, saya terjumpa satu kata-kata yang berjaya menaikkan 0.5* lagi.
"Sebab awak yang buka jalan saya. Awak buat saya nampak apa yang tersembunyi sebelum ni. Sebab ketika saya mencari sesuatu dalam hidup, saya jumpa awak. Dan dalam saya mengejar awak, saya jumpa apa yang sebenarnya saya cari sebelum ni. Dan yang paling penting, Vina. Sebab saya sayangkan awak, ikhlas, lillahita'ala."
Cair hatiku...hahaha...
Dear Cinta... - Farah Husain
3 bintang
Farah Husain - sinonim dengan karya yang manis, simple and enjoyable. :D
Sedih rasanya bila diri yang selama ni berusaha menjaga hati si dia akhirnya ditinggal begitu saja.
"Like I said before, it's not you. It's me. You're fine, lovely and much smarter than me. It's just that... I don't think we're in the same page anymore."
Hmmm...ayat klise minta putus.
Tasneem bertekad untuk merubah dirinya supaya dia tidak lagi dibayangi kisahnya bersama Zack dan mendaftar diri di Good Life Fitness. Tapi ada la pulak mamat 'personal trainer' ni yang dok usik dia dari hari pertama dia ke gym tu.
Ariff terasa sesuatu bila melihat gadis tu menangis di depan gymnya. Dengan situasi sebelum tu, dia tahu bahawa gadis itu baru saja dikecewakan. Lebih parah, terserempak pulak dengan ex-bf dengan gf barunya kat situ. Tak disangka, Tasneem mendaftar untuk menjadi ahli di GLF.
Dari usik-mengusik, kemudian personal trainer dan akhirnya menjadi kawan baik. Dalam tak sedar rupanya ada rasa rindu dan sayang.
Written in a simple style, reading this piece bring like some calmness to my mind. But, since it was an easy read, I cannot feel anything deeper than the surface. And the characters lifestyle seemed so easy breezy. Aside from the heartbreak, I felt like reading a modern fairy tale.