Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pabila Romeo Vs Juliet

Rate this book
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau dan ku tahu

Sinopsis:

Awatif, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

Ayyad, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –Awatif Sulaiman

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - Khadijah, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – Awatif

“Abang Ayyad kaulah.” – Khadijah, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -Awatif

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?

Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak)

513 pages, Paperback

First published December 1, 2013

27 people are currently reading
499 people want to read

About the author

E-Man Sufi

9 books287 followers
Nama penuh beliau Hafizah binti Haji Mohamed. Berasal dari Temerloh, Pahang. Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam dari lapan orang adik beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru.Karya beliau :

Suami Yang Kubenci (2011).

Hikayat Cinta Si Pematah Hati(2012)

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini diadaptasi ke drama (2013)

Pabila Romeo vs Juliet (terbaru Dis 2013)

Kesemua novel beliau adalah terbitan Karya Seni Snd. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
183 (43%)
4 stars
125 (29%)
3 stars
93 (21%)
2 stars
16 (3%)
1 star
7 (1%)
Displaying 1 - 30 of 54 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
December 29, 2013
3.5*

Ayyad dan Awatif, keduanya sudah ditunangkan semenjak kecil. Oleh kerana hanya Ayyad yang tahu kedudukan hubungan mereka sebenarnya, hubungan mereka memang sentiasa 'panas' sebab Ayyad suka sangat menyakat Awatif dan menaikkan kemarahan Awatif dengan perangai nakal tak bertempatnya. Kelebihan Ayyad, walau macam mana teruk pun kenakalannya, dia tak pernah tertangkap. Even dah terkantoi merokok belakang tandas pun boleh terlepas. Hahah. Jadi, memang tak pelik bila dia boleh jadi peguam. :P

Setelah beberapa tahun, mereka bertemu kembali bila Awatif terlanggar seekor kucing. Bukan main lagi marahnya Ayyad tanpa mengetahui yang dimarah itu adalah tunang sendiri. Bila dapat tau kebenarannya memang jadi malu bertingkat-tingkatlah Ayyad dengan apa yang telah diluahkan pada Awatif sebelum tu. Hah, memang padan muka!

Dilema melanda kedua ibu bapa Awatif bila nak berterus terang tentang ikatan pertunangan antara Awatif dan Ayyad. Walaupun kecewa, Awatif tetap positif sebab dia sentiasa berpegang kepada kepercayaan yang pilihan kedua ibu bapanya adalah pilihan terbaik untuk dirinya.

Cabaran hidup mereka memang betul-betul bermula selepas perkahwinan. Macam mana nak menyesuaikan diri dengan perbezaan yang wujud antara mereka? Lebih-lebih lagi bila Ayyad ada banyak sisi negatif yang tak disukai oleh Awatif. Berjayakah Awatif 'menjinakkan' si pencinta kucing dan perokok tegar yang bergelar romeo ni?

Ayyad, walaupun nampak teramat sayang pada Awatif, masih ada sebahagian ego dalam dirinya yang akan memberontak dengan apa yang mahu diperbetulkan oleh Awatif. Di sinilah Awatif banyak memainkan peranannya sebagai isteri. Awatif memang isteri yang rasional dan bijak menangani kenakalan dan putar belit suami. Memang takde peluanglah kita nak tengok isteri 'meroyan' dan mengamuk bila tau suami dia 'nakal' di luar dan menipu isteri hidup-hidup. Iyalah, nampak bukan main mengiakan rokok merbahaya segala tau-tau dia sendiri ada simpan bekalan dalam rumah. Hahah. Inilah yang orang kata sepandai-pandai tupai melompat, suatu masa nanti jatuh ke tanah juga. Phew..

Komen saya: Memang tak boleh blah betul tahap perasan si hero sorang ni. Rasanya antara semua hero-hero Cikgu E-man Sufi, si Ayyad ni la hero yang paling 'nakal'. Overall memang puas hati sebab kisah 4 serangkai ni dah ditamatkan dengan jayanya. Tahniah buat penulis. :) Cuma bagi saya, bab-bab terakhir kisah PRVJ ni agak 'menenggelamkan' Ayyad dan Awatif sebagai tunjang utama cerita sampai saya sendiri pun jadi keliru, sebenarnya siapa watak utama cerita ni? Dahla dalam kisah orang lain watak dia menyelit sikit je, tiba kisah dia watak lain kemain ramai yang over shadow pakcik ni. Kesian dia. :P Harapnya lepas ni masih ada kisah yang lain ya Cikgu? Jangan berhenti setakat ni aje. Saya nampak kisah adik beradik Megat tu macam ada potensi untuk dikembangkan untuk kisah berikutnya. ;)
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
March 5, 2015
Tertarik untuk beli buku ni sebab terbaca sinopsisnya dalam iklan di belakang novel lain. Tapi tak ingat tajuk, tak ingat cover, tak ingat author, tak ingat sinopsis. Dipendekkan cerita, yuni tak ingat langsung apa2 berkaitang novel ini. Yang ingat ada novel yang nak dibeli. Sedihnya 'jodoh'ku dengan novel ini. Tapi bak kata orang tua2, kalau dah jodoh, takkan hilang ke mana ye tak? akhirnya bertarikh 5/3/2015, berjaya juga yuni perolehi buku ni. kekeke Tak sia2 berkhemah depan kaunter pertanyaan di kedai buku Harris. Terima kasih yek staff yang tolong carikan. Kepala dah berpinar tengok buku2 tu.

Plotnya menarik. Even nampak ala2 kahwin paksa tapi tak nampak sangat. Mungkin gaya penulisan juga. Tapi oklah untuk bacaan santai.

Cuma, janganlah dijumpakan yuni dengan Abang Manja ni. Sabar ajelah ada laki macam tu. Memang Atif penyabar orangnya. Dahlah karakter berbeza, pertemuan pertama yang pahit, lepas tu bersuamikan ex-playboy pula...adoi.

Tapi suka kat Ayyad sebab dia suka kucing.

Tak pernah baca novel2 dari penulis ini. Cuma tahu tentang cerita Mas dan Jebat. Itupun sebab ada tengok sikit2 kat tv. So bila baca novel ni, agak blur sikit. Dah kenapa ada Mas dan Jebat. LOL rupanya ni prequel ke? aiyoyo yuni. Nampak sangat dah berkurun kamu tinggalkan novel melayu. baru last year nak berkecimpung semula di arena novel melayu. So kalau ada jodoh, akan ketemu juga kita, wahai novel2 dari E-Man Sufi.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
January 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

The prequel to all E-Man Sufi's earlier novels. Memandangkan so far N cuma pernah baca Hikayat Cinta Si Pematah Hati , N kurang kenal dengan watak-watak lain dalam citer ni. Setakat tahu nama ajalar. So for those yang dah baca her other 3 novels, maybe ada part yang sudah familiar. Tapi pada N, ia ibarat kera dapat bunga...

What I like
1. Kisah yang simple and lucu. Suka sangat dengan persahabatan Uwais, Rayyan dan Ayyad. Sikap mereka berbeza, especially Uwais yang serius dan alim compared to Rayyan and Ayyad.

2. Dialog2 yang membuat N ketawa habis. Ada jer ayat2 yang keluar dari mulut Ayyad yang so unexpected given the situation.

3. Doraemon and Browny. Sungguh berbeza dengan kucing-kucing N iaitu Merlin dan Nike. Doraemon dan Browny manja dan boleh dibuat main. Merlin and Nike diva sangat macam betina padahal dua-dua jantan!

4. Drama-free, no conflict.

What I don't like

1. Failed to meet expectation. Maybe because ni cerita E-Man Sufi, jadi certain expectation is set. Mungkin the story is too simple? Dengan kata lain, kurang 'ummmppphhh' dan kurang menyengat. There's nothing much to it. Tengok ketebalan buku pun N terkejut. Sangkakan tebal, tapi bila sampai rupanya nipis jer.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
August 10, 2015
Suka kisah ini walaupun masih berpaksikan kisah perkahwinan dengan aturan keluarga,tapi ia tidak mengganggu sangat sebab tiada kontrak merepek-repek syarat2 tak tentu hala.
Selesa dengan gaya dan olahan penulis,lucu dan menghiburkan, Secara keseluruhan novel ini menarik dan menghiburkan Cuma bila watak utama seakan-akan tenggelam dengan “cameo” yang terlampau ramai rimas pulak jadinya.Memang itu kelainan yang sengaja diciptkan oleh penulis tapi bila saya tidak dapat tidak mengimbas kisah2 sebelum ini ia agak menganggu kosentrasi pada saya Kisah Ayyad dan Awatif itu sudah cukup sempurna dan menarik.
Bila dah habis baca baru perasan cover buku ini menarik dan ada seekor kucing yang sangat comel :)
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
December 21, 2013
Meow..meow..meow... 'trademark' utk PRVSJ ni.. :)

Kali ni E man Sufi menampilkan cerita yang tenang dan aman, tak ada macam cerita sebelumnya yang buat saya marah nak menagis semua ada. Yang penting mak cik sari ada.

Kisah Ayyad dan Awatif....kisah abang manja yang suka kucing dan tak makan nasi hehe...macam mana ya Ayyad ni tak duka makan nasi. Adoila. Awatif, cik pengawas yang tegas dan takut kucing.

Mereka telah di jodohkan dari kecil sejak lahir lagi sudah ditunangka oleh kedua ibu bapa mereka.

Macam-macam berlaku sewaktu mereka bersekolah. Di sini juga kita boleh lihat watak Uwais dan Rayyan di zaman sekolah. Uwais tetap anak dan pelajar yang baik. Tetapi Rayyan dan Ayyad pelajar yang nakal sikit dan suka sangat hisap rokok. Tapi mereka tetap sahabat baik buat Uwais. Bila dah terkantoi dengan makcik sari, baru tahu, kena makan rokok tu sampai termuntah. Padan muka dia orang. Nak sangat hisap rokok hehehe.

Bila dewasa Ayyad dan Awatif disatukan. Awatif tak menjangka Ayyad adalah tunang dia dari dulu. Jadi dia terima seadanya sebab pilihan ibu bapa bagi dia adalah pilihan terbaik. Mereka bercinta selepas kahwin. Macam-macam pekara yang berlaku pada pasangan ni. Semuanya buat kita ketawa. Tapi rumah tangga mereka ada juga yang nak menjadi penghalangya bila ada yang dengki dan siap pergi jumpa bomoh untuk runtuhkan rumah tangga mereka. Tapi Awatif ni isteri yang baik, taat apa yang berlaku pada Ayyad semuanya tidak menjadi. Cuma pada hari akad nikah saja 11 kali baru lepas akad sah. Berpeluh Ayyad. hehe.

*Ni cerita penutup yang ada kaitan dengan makcik sari. Dalam ni semua ada..Uwais, Hannah, Mastura, Jebat, Rayyan dan Warfeen bersama anak-anak mereka.
Dah tamat. Rasa macam nak ja penulis buat lagi sambungan hehehe..

TAHNIAH buat penulis untuk buku terbaru beliau...
Harap lepas ni ada lagi buah tangan dari penulis ni
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 22, 2014
Pabila Romeo vs Juliet...ni kisah tentang Ayyad & Awatif.. cerita kali ni...mcm kisah flashback..zaman sekolah antara Uwais, Rayyan dan Ayyad..yg berkawan baik. .masa ni Uwais belum jumpa Hannah..dan Rayyan pun belum jumpa Waffen..Jebat belum jumpa Mastura.. tp dari cara penceritaan..pasangan2 tersebut memang berjodoh..

E-man Sufi memang teliti melakarkan scene2 yg ada dikalangan mereka ni..sebab setiap kali baca rasa nk belek balik novel sebelum ni..hehe..mmg ubat rindu kat semua watak..

Tapi dalam novel ni..ditekankan watak Ayyad dan Atif yg bertunang sejak kecil lg..suka akan perhubungan mereka ni..dan mereka adalah pasangan yg berkahwin terlebih dahulu sebelum Uwais..

Konflik pun tidak berat seperti kisah sebelum ni..dan setiap watak yg diwujudkan sentiasa dekat dihati..rasa sedih pulak bile baca di cover tertulis penamat trilogi..so akan berpisah dgn mereka2 ni..lepas ni Eman sufi nk lakarkan watak siapa lah kan..mungkin x de kaitan lg dgn watak2 dlm keempat2 novel sebelum ni..
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
January 4, 2014
Sy ni susah sikit nak blend citer cinta bermula drpd budak skolah wpon cerita itu berterusan sampe diorg besar.
Tp bila baca citer ni memang best tau. Wpon citer bdk skolah pada mulanya sy ttp nak baca gak. Macam ada magnet dok tarik2 supaya sy terus baca.


Setiap kali Ayyad buat salah mesti kantoi dgn Awatif. Memang xleh sorok walau apa jua ocassion.
Ditunangkan dr kecik dgn lelaki pembuli memang sadis. Depan awatif jahat btol tp depan both parents adoiii pijak semut pon x kong.
Ayyad tahu dia ditunangkan dgn Awatif tp sebaliknya. Bila Awatif tahu dia ditunangkan dgn Ayyad slps blk dr Jordon memang jd Nightmare on Elm Street le jawabnya.
Ayyad ni spesies bujang senang sbb pd dia slagi x kawin dgn Awatif life must enjoy first. Tp pd Awatif Ayyad ni memang out drpd list calon suami pilihan. Ayyad ni around 28 kot tp kriteria yg Awatif x suka. Ayyad hisap rokok, Ayyad cat lover ( kat rumah Ayyad ada byk meow which is nightmare to Awatif) Ayyad mengaji sampe muqaddam aje pon. Tp yg x ble tahan kat rumah Ayyad mummy dia panggil manja. Hahaha abang manja gitu.
Lebih2 citer kena baca sendiri ok!!!!
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
December 20, 2013
Selepas Jebat yang menghantui lena ku, E-man muncul dengan karya baru. Dari tajuk, saya agak ini mesti cerita cintan cintun.

Tetapi bila dah habis baca, sebenarnya cerita ni agak santai. Seronok menghayati cerita Rayyan dan Uwais sewaktu sekolah2 dulu. Sangatlah nakalnya si Rayyan membuli Uwais. Dan kegilaan Rayyan dgn karipap pusing.. buat saya mencari jugak karipap pusing... (masa baca HCSPH, mmg saya siap buat karipap pusing standby..hehehe)

Bagi saya, buku ini hanya akan lebih dihayati andai kita membaca semua karya E-man. Dan paling suka bila ada terselit sedikit cerita Tuah Iskandar. I like~
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
January 26, 2014

Novel pertama e-man sufi yang saya baca adalah novel bukan kerna aku tak cinta, beli semasa PBAKL 2013 sebab tertarik dengan "cover". lepas dah baca BKATC terus saya pergi cari semua novel e-man sufi. saya suka dengan garapan penulis yang santai, tak meleret dan tak ada konflik berat.

walaupun novel ini masih berkisar tentang topik klise, penulis berjaya mengarap watak yang "hidup". saya suka dengan watak ayyad, uwais dan rayyan.saya juga suka dengan pendekatan awatif yang menegur suaminya Ayyad dengan cara yang halus (dah namanya graduan psikologi kan).

Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
January 20, 2014
"Pabila Romeo vs Juliet" merupakan novel ke-empat E-Man Sufi. Novel yang membawa kita semula ke dunia penulis yang dicipta dan dikenalkan pada tahun 2011 -- dunia di mana hidupnya watak Uwais, Hannah, Wafeen, Rayyan, Mastura dan Jebat. Timelinenya, however, turned back before "Suami yang Ku Benci".

Pabila Romeo vs Juliet menceritakan kisah cinta satu pasangan yang telah ditunangkan oleh keluarga mereka. Peneraju utamanya, Ayyad Zahari is a close friend of Uwais and Rayyan dari zaman sekolah lagi and he is, apparently, Uwais' best man semasa dia kahwin. Parents dia dah carikan dia jodoh semasa dia masih kecil lagi... jodohnya merupakan anak kepada pengetua sekolahnya, Awatif Sulaiman.

Jalan cerita yang not too complicated. Flow cerita tu very smooth and I don't feel sampai nak cekik sesiapa. Kalau ada pun, maybe si Romeo yang pandai "menipu" tu... I don't particularly enjoy reading the story semasa zaman sekolah, tapi still readable.

Ayyad aka Manja aka Romeo is a player. He knew that he's engaged to Awatif and he knew that Awatif was not aware of that fact. I dah rasa yang dia ne memang ada perasaan towards Awatif when he did all those bad things he did at her. Dia buat semua tu sebab nak perhatian daripada tunangnya tu... and when he found that Awatif selalu minta tunjuk ajar daripada Uwais, he became jealous. Very obvious. Out of all of E-man Sufi's male characters, I like him the least la, but still likable especially the part dia sayangkan kucing tu and part dia hormatkan orang-orang tua, walaupun some of them dia treated macam tu bersebab. I particularly like his interaction with Mak Cik Sari.

Awatif is bacially the female version of Uwais, tapi less cheeky la. Sangat sesuai dengan profession dia sebagai Kaunselor sebab dia tau macam mana nak dapatkan/menyampaikan sesuatu dengan cara yang paling halus sekali. I like the parts semasa dia marahkan Ayyad, dia akan baca majalah dan menggunakan artikel/iklan yang ada untuk menegur suaminya dengan cara sindiran. I also like how she deals with Laila... The negative thing about Awatif is the fact that she hates cats. I tak suka dia benci sampai melampau macam tu... I know someone yang fobia dengan cats and I seriously don't like that. I understand, but I still don't like it...

Suka sangat dengan kehadiran watak-watak dari previous novels E-man Sufi. Heard that ini pengakhir siri Suami yang Ku Benci ne, tapi kalau penulis still want to continue dengan watak-watak yang lain, I rasa akan diterima dengan baik. I memang tak boleh terima novel sambungan yang menceritakan kisah pasangan yang sama from the existing novel (like Ombak Rindu/Adam & Hawa), tapi novel yang berkait2 seperti ini memang favourite I... I suka "lihat" kehidupan pasangan from novel yang dah ada ne selepas dah happy2, tapi kalau nak mengikutkan semula drama mereka, sorry... tak interested. I prefer to see new couple, new conflict, old couple, side characters...

Mak Cik Sari is the best! Dah banyak bahasa omputih yang dia kutip eh?

Dari segi penulisan, I think I dah selesa dengan E-Man Sufi's writing. So I tak ada rasa anything wrong. Ada la some parts tu ada English error sikit and macam ada ayat songsang... Nevertheless, superb in my eyes.

A very much recommended novel :)

Sinopsis:

Sinopsis:

Awatif, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

Ayyad, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –Awatif Sulaiman

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - Khadijah, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – Awatif

“Abang Ayyad kaulah.” – Khadijah, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -Awatif

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 21, 2014
Selesai dalam masa 1 hari... Apakah maksudnya? Adakah ianya begitu best sehingga ku tidak boley letak? Terus terang... Bukan itu sebabnya... Best tu memang best tapi yang sebenarnya I was free the whole day yesterday and I made the right choice when I brought the book along with me. It was a good read indeed.

Basically, I'm giving 3* for the whole story. The extra 1* will be explained later.

Actually I cannot remember who Ayyad is or in which book he was included in this series but not remembering who he is doesn’t bother me at all because this story itself is very, very entertaining. Humour allllll the way. And of course the best of all would be my makcik Sherry. I absolutely love her. To me, she is the main dish in this series. Every time, reading E-Man’s book, I would always, always look for her.

I like Ayyad. I honestly like him. Even though he is a Romeo, Awatif was never out of his mind. I guess it’s true then what people say, "Romeos make the best husband" aye? :D I also like Ayyad’s sense of humor and I especially like it when he ‘sakat’ makcik Sherry. My guess is, between the three of them (Uwais, Rayyan n Ayyad), he clicks the most with Makcik Sherry.

I also like Awatif. She is a good person and kind hearted. Always listens to the parents and then to the hubby. I like how she solves her family matters in her own delicate and humorous ways. I also like how she doesn’t listen to others and try to find out the truth out of her own initiative and doesn’t involve others. I guess she is a Muslimah thru and thru and I guess that is why she is meant for Ayyad. I especially like how she tackles her husband in telling the truth without actually nagging him. I am learning from that. Now, if there’s anything that I would like to know or confirm, will meet the hubby with a magazine in hand. Hahahaha…

I must say that E-Man has a very good marketing strategy. She markets her books very, very well. All her books relate to each other and when you skip a book, you would want to read the other books that you missed. And even if you’ve read it, you would want to read it again and if it was borrowed, you would want to buy it and make it your own collection. Hence, the great marketing strategy.

The extra 1* is for the epilogue. I ABSOLUTELY LOVE THE EPILOGUE. This book, according to the author is the final of the UWAIS series. Why UWAIS? Because he was the pioneer of this series. So, since this is the last book, in the end, she gathered up all of her protagonist and narrates about each and every one of their lives. Of their families. Of their happy endings. It was a very beautiful closure. A closure that I always seek for in every reading.

All in all, I like this book and I LOVE the series. I’m not sure how E-Man’s next book would be like but I hope that it would be as entertaining as this series…
Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 2, 2014
I love this couple! Awatif dan Ayyad. Pada saya mereka memiliki karakter yang unik.
Persahabatan antara Uwais, Rayyan dan Ayyad sangat seronok. Baik dan kelakar.Mereka saling mengusik dan menyakat.

Apabila Awatif dan Ayyad disatukan... Comel! Itu yang I boleh describe. Awatif pula sentiasa sabar melayan kerenah suaminya yang suka mengusik dan menyakat dia. Awatif pula takut kucing! Sabar jelah dengan Ayyad yang suka gila dengan kucing. Sangat fanatik dengan kucing! Ayyad tak boleh makan nasi. Asyiklah makan mi.

Sweet giler lah mereka ni. Tersenyum aje I bila baca. I like. Adore this couple!
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
E-man Sufi's yang saya suka setakat ini Bukan Kerana Aku Tak Cinta. This is second. Not bad lah. Tapi tak banding ngan abang Jebat. huhu.
53 reviews44 followers
December 22, 2013
Review Novel
Tajuk Novel : Pabila Romeo VS Juliet
Penulis : E –Man Sufi
Penerbit : Karya Seni
Harga : RM 21.00
Terbitan : Disember 2013.

Sebuah novel yang ringan dan penuh dengan unsur kecindan(kelakar). Sebuah novel yang boleh merehatkan minda. Sebuah novel yang santai. Sebuah novel yang membuatkan pembaca gelak gelak dari muka surat pertama hinggalah muka surat akhir. Sebuah novel komedi romantis yang boleh buat pembaca cair dan cair. Sebuah novel yang mengajar seseorang kalau bencikan seseorang biarlah berpada-pada nanti jatuh sayang akhirnya.

Kisah dimulakan dengan kisah Awatif Sulaiman dan Ayyad Zahari pada masa zaman persekolahan mereka. Awatif Cik pengawas Tingkatan 3 yang memang tidak suka dengan si Ayyad, pelajar tingkatan 6 yang nakal dan selalu buat hal di sekolah. Awatif tidak mengetahui bahawa mereka telah ditunangkan sejak kecil oleh kedua dua ibu bapa sedangkan si Ayyad tahu bahawa Cik Awatif ialah tunangnya. Maka kenakalan Ayyad terhadap Awatif semakinlah menjadi-jadi. Antaranya memancitkan tayar basikal Awatif, meletakkan sebotol gam dalam kasut awatif termasuk mencampak kucing kepada Awatif sebab si Awatif ni takut kucing tahap kritikal!. Situasi menjadi bertambah haru biru apabila si Awatif juga rajin mengusik si Ayyad sejak dapat tahu si Ayyad mengaji hanya tahap muqaddam , panggilan ABANG MANJA yang digelar oleh keluarga mereka dan Awatif juga pernah mencurahkan semangkuk mi kari atas kepala si Ayyad! Terdapat juga penampilan khas watak-watak daripada novel eman sufi yang terdahulu iaitu Mastura, Rayyan, Uwais, Wafeen, Hannah dan tidak ketinggalan watak hebat MAK CIK SARI. Kisah ketika mereka remaja diceritakan dengan gaya penulisan yang santai dan tidak membosankan pembaca. Yang paling menarik dan kelakar ialah ketika mak cik Sari telah memaksa si Rayyan dan si Ayyad makan beberapa putung rokok kerana ditangkap menghisap rokok di rumah mak cik Sari.

Plot permulaan ini dikembangkan terus hingga Awatif dan Ayyad dewasa. Ayyad telah menjadi seorang peguam yang berjaya dan Awatif baru selesai pengajian di Universiti of Jordan, Amman dan di Morocco. Kepulangannya memang dinantikan oleh kedua dua ibu bapa mereka kerana ingin mengahwinkan mereka seperti yang telah dirancangkan.

Sikap Awatif VS Ayyad aka Abang Manja yang bagi langit dengan bumi.

Awatif tak suka kucing VS Abang Manja suka giler kucing
Awatif tak suka orang merokok VS Abang Manja merokok
Awatif tak suka suami playboy VS Abang Manja Playboy
Awatif tak suka makan mi VS Abang Manja makanan ruji nya semua spesies berasaskan Mi
Awatif pandai mengaji VS Abang Manja mengaji tahap muqaddam

Babak Awatif gaduh-gaduh dengan Ayyad aka Abang Manja

“Saya tanya nama awak, tak reti nak jawab ke? Bisu? Tak ada suara? – Awatif
“Pengawas Bodoh!” – Ayyad
“Apa?” – Awatif
“Aku cakap...Kau pengawas bodoh! Pekak ke? Tak ada telinga? – Awatif

“He is the most annoying boy I have ever met! – Awatif

“You are a stalker...And that’s not suit you...”- Ayyad
“I am not a stalker! Even though my husband is a playboy, I’ve no intention to stalk him..” – Awatif
“Tengoklah gambar tue. Berbulu mata Atif tengok tau. Abang ni kan memang dasar romeo”.
“That’s good enough as an evidence and stop pretend like you are a perfect husband...Tak cukup ke layanan atif selama ni sampai nak perempuan lain pula layan abang. Dah bosan setia dengan seorang aje isteri? Ada hati nak tambah lagi? - Awatif


Babak sengal si Ayyad dan si Rayyan kena makan beberapa putung rokok oleh Mak cik Sari

“Bertuah punya anak...ini kerja kau orang ya? Hah sekarang, kau tumpang semulut pula! Makan...Nak sangat rasa nikmat rokok, kan? Sarimah ambil semula kotak rokok lalu mengeluarkan lima batang rokok. Kemudian disua ke mulut Ayyad.
“Janganlah, mak cik...saya janji lepas ni, saya takkan merokok sampai bila-bila!” – Ayyad
“Sedap?” – Mak cik Sari
“Pedas, mak cik! Saya tak nak kunyah lagi dah....” – Ayyad
“Lepas ni, kalau kau orang merokok lagi dalam kawasan rumah aku ni...Aku bancuh rokok dan buat jus bagi kau orang minum sampai kembung! Rumah mak cik ni kawasan larangan merokok! Faham?! – Mak cik Sari.
“Uwais...Mak kau dulu, pernah masuk komunis ke? - Ayyad

Babak sweet lemak berkrim si Awatif dengan si Ayyad

“Apa pasal nangis pula ni?” – Ayyad
“Apa pasal abang nyanyi lagu tue...sedih...” – Awatif
“Sayang nak makan? Abang suap, ya? – Ayyad
“Abang penat ni, yang...Dah nak kehabisan tenaga, sayang tolonglah cajkan...”- Ayyad
"Caj?" - Awatif
"Please give me a big hug. How about just one kiss at my cheek..." Ayyad
“Dah...Tak payah nak manja sangatlah.” – Awatif
"Atif ni tak sportinglah...Cium abang pun dapat pahala juga.." - Ayyad

Awatif memaut leher Ayyad. Dia dicempung kemas dan dibawa masuk ke dalam rumah. Kucing-kucing itu ada yang berkeliaran di kaki suaminya menyukarkan Ayyad mengatur langkah. “shuihh...shuihhhh...” – Awatif.... “Itu halau kucing ke halau ayam” – Ayyad.

"Antara satu kiss dengan dua puluh tujuh kiss..mana satu abang nak?" - Awatif
"sayang ni...Apa punya soalan la..mestilah abang nak dua puluh tujuh kiss tue..satu buat apa..sikit sangat...Yess I know my love..But I love to wake up every morning with you beside me. then you give me a morning kiss.." - Ayyad
"Hmmm...macam tu juga dengan pahala solat tu, abang...Atif nak dapat dua puluh tujuh pahala sebab lebih banyak...Jadi, bangunlah sekarang, imamku sayang...Mandi! Atau abang nak kena simbah dengan dua puluh tujuh baldi air atas katil ni?" - Awatif.


Plot perkembangan cerita bertambah menarik apabila macam-macam hal berlaku dalam perkahwinan mereka kerana sikap yang berbeza antara Awatif dan Ayyad bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Konflik mula timbul dalam perkahwinan mereka apabila Si Ayyad aka Abang manja tidak jujur terhadap Awatif. Apakah yang berlaku dalam perkahwinan mereka? Apakah yang berlaku apabila kehadiran orang ketiga si Laila yang mengejar cinta Ayyad hingga mengugat perkahwinan mereka? Apakah yang akan berlaku apabila Awatif dapat tahu bahawa si Abang Manja merokok setiap hari dalam bilik air mereka? Apakah peristiwa yang berlaku yang telah menyebabkan Awatif sayang giler pada si Browny kucing kesayangan Ayyad? Untuk mengetahuinya sila dapatkan novel Pabila Romeo VS Juliet yang memperlihatkan kebijaksanaan penulis mengadunkan kisah pasangan suami isteri yang mempunyai sikap yang bagai langit dan bumi boleh hidup dengan penuh kebahagiaan di bawah satu bumbung. Sebuah karya komedi romantik yang hebat dan AWESOME!...dapatkan di pasaran.
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 16, 2014
Novel ke empat karya berkembar kak E-man Sufi yang ML baca. Bila dah habis baca, rasa patut cerita ni dahulu sblm SYK. Tapi, tu kalau turutan ceritalah. PRVJ dahulu SBB kemudian baru bermula kisah Uwais ngan Hannah.

Ehhhmmmm... Terasa menyesal pula diperam cerita ni. Tiap Kali ML baca kisah/part yang ada UWais... ML terbayang Uwais DLM versi BKATC edisi TV... Hadoi.... Asyik terbayang mamat tu jer... Dah x nmpk dah version Uwais yg sengal, romantik mcm ML baca SYK dulu. Parah... Parah. Dan ML mmg x suka.

PRVJ pada ML sedikit kaku. Rasanya, bukan idea yg bagus utk terus kan perhubung kaitan Antara kisah family UWais ni. Nasib baik ML pernah terbaca. Ni kisah terakhir. Amat menantikan hasil garapan Cikgu hafiZah yg lebih baik.

Dalam keempat Karya E-man Sufi, ML paling suka SYK Dan BKATC. It's complete. Bkn hanya PD watak utamanya, jugak watak tempelan. Naskah NI lebih kepada siri reunion. Kedua2 watak Awatif Dan Ayyad, BG ML. Tak Cukup kuat kerana isu ceritanya x kukuh. Selingan kisah UWais yg mmg kita dah tahu kesudahannya, diceritakan spt ulang tayang kembali. Sedangkan, x perlu kot SBB ni kisah Awatif Dan Ayyad.

Apapun, masih percubaan yg baik utk menambat hati peminat UWais.

Profile Image for Fazira Beckly.
23 reviews
March 28, 2014
Errmmm sy lebih lebih suka hikayat si pematah hati. #teamrayyan haha
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
January 14, 2014
Pabila Romeo vs Juliet karya ke-4 penulis E-man Sufi selepas Suami Yang Kubenci, Hikayat Cinta Sipematah Hati & Bukan Kerana Aku Tak Cinta, naskah ke-4 ni pelengkap cerita bg 3 naskah yg sblm ini, apa yg blh dikatakan penulis tak pernah mengecewakan, jika sblm ini kita dihidangkan dgn Abang Jebat, tapi kali ini kita dihidangkan dgn Abang Manja, naskah kali ini lebih santai berbanding naskah sblm ini, mmg tak tergambar naskah ini antara yg harus anda miliki (pendapat peribadi) pasti anda tidak kecewa, bg yg telah memilikki 3 naskah sblm ni maka wajib anda dptkan yg ke-4 ini, yg mengisahkan percintaan Awatif dan Ayyad seorg mat romeo yg rasa tercabar bila seorg gadis yg tidak terpikat dgnnya, pelbagai kisah menarik yg terjadi antara Awatif & Ayyad, bg yg blm memilikki naskah ini cpt dptkan dipasaran
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #8 - 2014

E-man Sufi is a writer that I can never ignore hasil penulisannya! This is the prequel to her other 3 books. So the usual suspects are there, uwais and hannah maryam, rayyan and wafeen and jebat and mastura. I might be biased tho. Because I love all her 3 books. A bit put off at the beginning because cerita bermula di zaman sekolah but then I guess the writer had to put it in to see the connection between three friends, ayyad, rayyan and uwais. This book this time is about ayyad & awatif. Macam sebelum ni the writer likes to write cerita jenis kawin aturan keluarga or something like that. This book tidak terkecuali. One of my favourite cHaracter pun kana masukkn dalam cerita ni, iaitu mak si uwais, sarimah. Hehee and my favourite english words from her had to be "sadap you"
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 12, 2014
~PRvsJ..pun kisah yang simple dan santai saja…kisah tentang kahwin pilihan orang tua.
Ayyad dan Awatif telah ditunangkan sejak kecil..Ayyad tahu, Awatif tunangnya, sering memcari pasal..datang lewat ke sekolah setiap kali Awatif bertugas menjaga pagar sekolah..Ayyad juga terkenal sebagai playboy disekolah…Awatif juga pernah menangkap Ayyad dan Rayyan menghisap rokok di belakang tandas dan Ayyad bijak mengelak.. dari zaman sekolah sehingga menjadi peguam, Ayyad tetap tidak berubah..seorang perokok tegar yang digilai ramai perempuan…Laila, tidak pernah lelah mengejar cinta Ayyad..Setelah pulang dari luar negara, Awatif dan Ayyad dinikahkan..Awatif reda dan belajar menyintai Ayyad..Ayyad pula, memang telah lama menyintai Awatif..Laila pula berniat jahat untuk mendapatkan Ayyad hingga sanggup menggunakan khidmat bomoh…
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 29, 2013
Kisah Ayyad a.k.a Abang Manja dan Awatif yang sangat sweet! kisah yang ringan dan penggunaan bahasa yang santai. Gudjob E-Man Sufi!

Babak Menarik
- Di kawasan pagar sekolah apabila Atif dan Qayyah bertugas, selalu saja Ayyad yang paling lewat sampai.
- Awatif takut dengan Doraemon dan Browny. Tapi, di penghujung kisah, lain pulak yang jadi!
- Gabungan kesemua watak hebat dalam naskah terdahulu. Uwais-Hannah, Rayyan-Wafeen, Jebat-Mastura.

Apa2 pon, PRVJ merupakan sebuah penamat yang betul2 hebat!!!
Haih, lepas ni rindulah dengan :-
-suara gempa Mak Cik Sari
- burger/diva (Uwais-Hannah)
- karipap pusing/bunga matahari (Rayyan-Wafeen)
- panggilan kau/aku (Jebat-Mastura)
- abang manja/kucing (Ayyad-Awatif)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 12, 2017
Best ceritanya. Cuma saya kurang berkenan watak Awatif. Agak banyak songeh hihi tapi Ayyad pun naughty so they suit each other.

.... baca buku ni selepas buku Suami yang kubenci. Memang dah tak ikut susunan tapi dengan buku ni, jelas penulis hebat merangkai kisah 4 orang lelaki awesome dengan pasangan masing-masing yang awesome juga. Dalam buku ni di beberapa mukasurat akhir, semua pasangan dalam 3 buku yang terdahulu saya baca (sebenarnya sebelum buku Suami yang kubenci saya tak tahupun E-man sufi rupanya menulis 4 hikayat cinta yang ada kena mengena). Ending dia sweet sangat bila semua 4 jejaka termasuk Jebat dan beranak pinak. Makcik Sari masih pujaan hatiku.

Dalam buku Pabila Romeo vs Juliet diceritakan kisah Ayyad, Rayyan dan Uwais zaman sekolah. Watak utama Ayyad dan Awatif. Agaknya buku ni yang pertama patut saya baca?
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 30, 2022
Awalan penceritaan yang menarik dan kelakar, laju je baca. Tapi start after years, makin slow. Mungkin sebab saya tak gemar watak heroin. Terlalu naif dan baik yang memudaratkan keadaan. Saya geram. Hero pun macam tak padan dengan usia yang dijangka mungkin dalam lewat 20-an. Macam trapped in his 19 years old self. Saya tak nampak dekat mana conflict.

Tapi yang belakang tu saya suka sangat. Dapat juga dengar khabar Rayyan & tahu serba sedikit kehidupan mereka bertiga + Jebat (Tai Long). Enjoy part tu sebab lagi berseries lagi saya suka.

Overall, nak gelak-gelak, light read. Recommended!
Profile Image for Miu.
4 reviews
August 26, 2022
storyline cliché but in a good way, heartwarming gila cerita dia, if you need something light to read; I recommend this! comel je jalan cerita dia, conflicts dia pun tak berat sangat <3 <3

++ a bit imperfections since ada a few scenes yang out of context tiba tiba something yang tak diceritakan terjadi so jadi confuse sikit
Profile Image for Bluebell.
44 reviews
June 28, 2020
Best!! Lawak pulak tu. Tak kering gusi saya baca 🤣
Displaying 1 - 30 of 54 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.