Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumah Tak Mesti Bahagia

Rate this book
Abi Umi ni tak pernah faham Ain!

Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Namun setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang.

Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.

"Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain."

Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?

Keadaan berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.

Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?

316 pages, Paperback

Published July 25, 2023

37 people are currently reading
541 people want to read

About the author

Arif Zulkifli

27 books184 followers
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
255 (41%)
4 stars
255 (41%)
3 stars
87 (14%)
2 stars
20 (3%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 144 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
797 reviews228 followers
March 4, 2024
4.5 stars

Buku ni sangatlah di-hype-kan all over social medias, and it stayed on top of bookstore charts for weeks. Jadi, going in, my expectation is high. Dan agak sedikit takut kalau it's not up my alley (plus knowing how harsh I can be sometimes in my reviews), bcs Arif is a long and good friend of mine. Akhirnya? This book meets my expectation. You memang ada talent menulis weh, Arep. This book deserves the high praises.

Issues yang author bawak ni sangat delicate, one that needs to be threaded carefully. In my opinion, the author carried this really well, just the way I like it. Kesian sangat dekat Ain :( Dah la anak tunggal. Kalau dia ada adik-beradik lain, mungkin kurang la kesakitan dia tu. Though I'm glad he now has his own new-found home and family.

Bits of spoiler now, you've been warned.

On Pak Yazid, sebab dari awal dah tau cerita Pak Yazid ni was inspired by A Man Called Otto, so dah boleh agak cerita dia cemana (although, I expected a different ending). One bonus point: issue Pak Yazid dengan Ain walaupun mempunyai tema yang sama — kekeluargaan, the author shed different lights on them. Both were neglected, for completely different reasons. Pembaca didedahkan dengan two different perspectives, jadi rasa empati tu datang dari arah yang berbeza.

Pasal issue LGBT, dari awal dah boleh agak apa rahsianya, cuma I was really curious how the author would thread this issue. Sebabnya, I just finished another book (Sayang Yang Tak Terungkap) from Iman that carried the same issue as well, but imo was done badly. This book though? I am impressed. Tapi maybe sebab biased. Bukan sebab siapa author ni, tapi sebab I have the exact same opinion to the author when it comes this LGBT issue. Message yang author ni nak sampaikan dekat Ain-Ain (dan orang lain jugak yang tak faham atau tak mendalami issue ni) is in line with my thoughts and my approach. I coincidentally mentioned this in my review of SYTT. Plus, the dakwah part didn't feel forced and preachy.

Kesian Ain. Boleh rasa macam mana sakitnya dan strugglenya Ain dengan ujian Tuhan yang ini. Banyak betul ujian Ain ni. Based on the acknowledgement the author wrote at the start of the book, I know that this story is meant to be some sort of a nod to all the other 'Ains' out there — that they're seen, they're not alone, their struggles and feelings are valid. Dalam ni, Ain dihimpit dengan rasa berdosa yang amat sangat, sampai rasa diri tu ahli neraka. Mujur Ain tak jatuh ke arah depression. Cumanya, if I were to be tested with this form of test too, felt the same way of struggle Ain did and I read this, mungkin akan ada rasa tak puas hati, sebab rasa macam kurang pengajaran yang boleh menenangkan hati. Sebab tadi dah diasak dengan perkataan ahli neraka berulang kali. Ada message at the end of the book yang menenangkan, tapi sikit sangat. In my opinion, tak cukup untuk melegakan hati yang tadi dok meratib "aku berdosa."

To Ain — and all the other Ains out there,
Perasaan yang 'melanggar' fitrah tu, bukan bermakna you are a sinner. Yang cipta manusia tu, Tuhan. Yang buat dan decide personalised tests for every individual on earth tu jugak adalah Tuhan yang sama. Yang menyaksikan how an individual react to the test, Tuhan tu jugak. Yang nanti kat akhirat decide apa pengakhiran individual tu pun Tuhan yang sama. Ujian manusia berbeza-beza. How we handle it that matters. You didn't ask for this. Macam yang Pak Yazid cakap, you're not a sinner unless you act it out. Personally, I equate homosexuality to singlehood in terms of Allah’s form of ujian. Allah tests a person with a sexual feelings towards the same gender. Thats his test on earth. To not act upon his sexual tendencies. Its fine to have such feelings but whats wrong is acting upon it. Sama macam a straight individual whose test by Him is to never experience marriage in this life. Allah cakap he will die unmarried. Suka macam mana pun dia dekat the opposite gender, he cant cross the boundaries Allah has set. Tak boleh ikut kata hati, hawa nafsu dan hasutan syaitan. Isn’t that the basis of it all? Tapi, undeniably, the homosexuals will have it waaaay harder la.

Lagi satu, Ain asyik cakap dia ahli neraka. What Ain didn't realise is that, his struggles and effort untuk tebus 'dosa' dan kumpul pahala sebanyak mungkin tu, is His way of making Ain get closer to Him. Peluang yang orang lain tak dapat. Ujian Ain yang ini, buat dia jadi sangat dekat dengan Tuhan. Dalam dunia ni, antara tujuan utama kita hidup is to get close to Him. Merayu dekat Dia. Mohon dekat Dia. Depend on Him. Every test we received on earth is Allah's way of bringing us closer to Him. From my view, Ain handled this test really really well. Ain is a very good Muslim and a good individual all around. Akhlak terjaga, sopan, selalu jaga hati orang lain, tak menyakitkan hati sesiapa. Hari-hari Ain bangun seikhlas hati buat tahajjud. All the tears Ain cried, enrah-entah boleh padam api neraka yang Ain takut sungguh tu. Berapa banyak agaknya pahala Ain ada just by being himself? Ain ingat orang yang 'menurut' fitrah ni semuanya tak ada dosa lain ke? Confirm ahli syurga? Bukan bermakna mak bapak Ain yang kaki masjid tu dah confirm-confirm ahli syurga, sebab ada tanggungjawab dari Tuhan yang the parents neglected. Bukan bermakna Ain melanggar fitrah Tuhan, Ain auto masuk neraka, sebab ada pahala yang Ain buat seikhlas hati yang mungkit buatkan darjat dia lagi tinggi in Allah's sight than the people around him. Tapi jangan la pulak dah buat baik semua pastu riak pulak hahaha.

I'd like to include a link from an article regarding this topic that I read years ago, that helped me to understand their struggle and changed my perspective entirely. Very worth the read.
https://www.patheos.com/blogs/altmusl...

Last sekali, nak cakap pasal the ending. Having read the author's previous works, sungguh la tak faham apesal suka sangat buat readers left hanging? Suka agaknya kena marah? Ada banyaaaaaaak sangat persoalan tak jawab. Nak kena ketuk betul.
Profile Image for SS.
527 reviews6 followers
July 31, 2023
Ahmad Ain -- seorang anak tunggal yang struggle dalam rumahnya sendiri. Tersekat untuk menyuarakan semua perkara. Dirinya seolah-olah seperti tidak wujud di rumah itu. Bicaranya seringkali dicantas Abinya. Dalam masa yang sama, dia juga menyimpan satu rahsia yang sangat sulit untuk dibicarakan. Hm 🥲

Keputusan Ain untuk bekerja sebagai penjaga di Laman Harmoni telah mengubah hidupnya. Disana dia tertarik untuk berkenalan dengan seorang pakcik bernama :

Yazid, penghuni Laman Harmoni. Seorang yang tidak mesra dan perengus. Lebih banyak bersendirian. Peristiwa silam kerap bermain-main dalam minda Yazid. Dia juga tersekat dengan kenangan manis bersama isteri tercintanya. Munculnya Ahmad Ain di Laman Harmoni sedikit sebanyak membawa perubahan terhadap diri Yazid. Apa yang terjadi seterusnya?

Entah apa agaknya yang ada dalam kepala otak Abi & Umi Ain?
Oh. MASJID, MASJID & MASJID ‼️
Itu sajalah yang mereka pentingkan. Sibuk nak beramal dan uruskan hal masjid sampai lupa dengan tanggungjawab rohani mereka terhadap anak tunggal mereka. Tanpa sedar mereka juga sebenarnya sudah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang parents.
Saya teringat conversation saya dengan seseorang.

"Siapa kata mak ayah tak buat silap dekat anak?"

Soal ini -- pertama sekali melibatkan ego seorang manusia dewasa. Untuk mengungkapkan maaf itu payah. Minta maaf dekat anak bukan benda yang memalukan. Kita semua tak sempurna. Dan kita semua hamba yang sentiasa melakukan salah. Mengaku silap akan membuatkan kita belajar untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Sumpah puas hati betul bila Ain confess dekat parents dia. Cumanya, respon parents dia sangat tidak memberansangkan. So saya anggap parents dia toksik dekat anak sendiri. Itu saja ✋🏻 Geram.

Dah la anak itu memendam rasa. Tak dapat support yang dia harapkan dari parents. Kalau aku di tempat Ain. Aku mesti hilang arah. Mujurlah Ain masih ada iman dalam diri. Segala tindak tanduk dia juga dibuat secara rasional dan bukan secara membabi buta. Tentang 'itu'. Saya juga berharap Ain sentiasa kuat untuk menepis perasaan itu.

Pak Yazid --

Tersentuh hati bila kita selam isi hati seorang lelaki bernama Pak Yazid ini. Saya suka baca kisah cinta Pak Yazid & Melati. Dari awal perkenalan sehinggalah ke tua. Sikit pun perasaan Pak Yazid tak berubah. Bertuah sungguh Melati. Saya suka cara penulis olah cerita Pak Yazid. Terasa aura kasih sayang yang sangat banyak. Dan no wonder la dia berkelakuan sebegitu di Laman Harmoni. Dia kehilangan tempat dia meluah rasa, bermanja dan berkasih. Saya setuju hal-hal berkaitan kehilangan ini bukan satu perkara yang boleh okay poof begitu saja. Makan masa. Itupun belum tentu ~ Bila? Hari Apa? Tiada jawapan.

Bukan sebarangan isu yang dibawa oleh penulis dalam buku Rumah Tak Mesti Bahagia ini (berat & sensitif). Dan tak mudah juga kita masuk dalam dunia Ain & Pak Yazid. Tambahan bila kita tidak mengalami perkara sebenar-benarnya yang dihadapi mereka. Walaupun berlainan isu yang dihadapi kedua-dua watak utama tetapi bila perasaan lost mereka bercampur. Itu yang saling melengkapi sesama mereka.

Saya kira mereka bahagia dengan cara mereka pada hujungnya. Kerana Ain jumpa dengan seseorang yang 'pedulikan' dirinya. Dan Yazid pula menjumpai seseorang yang 'menghargai kewujudannya'. Semoga kalian yang berhadapan situasi yang sama dengan Ain & Yazid. Tetap terus kuat menghadapi ujian & yang baik-baik saja buat kalian.

"Anak ramai belum tentu berikan 100% jaminan yang mereka akan menjaga kita tua kelak".
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
August 5, 2023
Aku suka buku ni. Ade dua tiga kali air mata aku meleleh masa baca. Lagi2 baca kisah Yazid - Melati. Punya lah Allah uji mereka susah nak dapat anak, akhirnya anak tu sendiri buang mak bapak nya. Hmm… kepada Ahmad Ain, apa ending awak sbenarnya? Ade sequel Rumah Tak Mesti Bahagia 2 ke eh? Jgn buat saya tak leh tido memikirkan begitu je ending nya. I want moreeeee (erggh, tamak pulak kiteww 😭)
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
July 31, 2023
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗹𝗶𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗹𝗶𝗳𝗲
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵
⚠️ 𝘁𝘄: 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗿𝗮𝘀𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁, 𝘀𝘂*𝗰𝗶𝗱𝗲 𝗮𝘁𝘁𝗲𝗺𝗽𝘁

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Ain hidup dlm family yg sgt formal & perbualan berkisarkan agama & masjid. Kehidupannya ditentukan oleh Umi Abi & sehingga Ain menyimpan satu rahsia dari mereka.

Kegusaran Ain membawanya bekerja di Laman Harmoni. Di situ, dia berjumpa dgn Pak Yazid & ternyata jawapan kepada masalah mereka ada dalam kisah masing masing.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Kita terkejut & taksangka, rasanya ni first time IMAN keluarkan buku macamni — cubaan yg berani dari pihak author & pub sendiri untuk ketengahkan isu ‘sensitif’ ni. Thankyou IMAN for the TW, eventho kita for one tetap takmampu baca scene tu 😞🙏🏻

Ceritanya santai & straightforward eventho bawak isu yg sangat berat — 𝙞𝙣𝙣𝙚𝙧 𝙨𝙩𝙧𝙪𝙜𝙜𝙡𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 & 𝙜𝙧𝙞𝙚𝙫𝙞𝙣𝙜. To some, dua inner struggle ni akan nampak preachy but for me, that’s how it supposed to be bcs both are process. There’s no definite answer on how to resolve & heal 🥹❤️‍🩹

And eventho RTMB mix 2 main story (Ain & Pak Yazid), author pandai jaga flow cerita utk bagi these 2 stories meet well — nice lah for me! 👍🏻

Ok now kita nak rant.

Rata rata kata buku ni pain. Yes dia painful bcs of backstory tp kita taklah nangis, more to sakit hati — pain jugak kan? 🥲 maybe sebab terlalu ‘real’ parents Ain dalam ni, author memang score lah bab buat emosi *mendidih* 👺 Ain memang seorang anak yang kuat lah sebab kalau kita, dah lama kena sumpah jadi ikan pari sebab kita akan cakap to Umi & Abi — “𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘢 𝘵𝘶 𝘱𝘪 𝘮𝘦𝘴𝘺𝘶𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥, 𝘨𝘰 𝘵𝘰 𝘱𝘢𝘳𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘦𝘢𝘥”😭☝🏻

Takeaway kita kalini —
Selalu sangat kita ingat, ‘𝘴𝘶𝘴𝘢𝘩’ & ‘𝘴𝘦𝘥𝘪𝘩’ tu ujian tp sebenarnya kadang senang & gembira tu jugak satu ujian & ujian yg lagi berat sebenarnya sebab kita takkan sedar kita sedang diuji & akan terus leka sampailah ada orang yg tarik kita balik.

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
Buku ni bukan untuk semua tapi fans slice of life, found-family & inner struggle, you’ll love this — 4🌟

#imanpublication #novelIMAN #rumahtaksemestinyabahagia
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 11, 2023
Dah habis. Gara-gara buku ni, sepatutnya rutin pagi Sabtu pergi Econsave tertangguh kejap.

Ada kelakar, tangis, tawa, terharu bercampur baur dalam cerita ni. Banyak jugaklah boleh relate (dan tersenyum pada tempat yang tak sepatutnya because it’s so true)

🌟🌟🌟🌟🌟 stars

Sebuah karya yang jujur. Yang tahu je tahu dan yang pernah alami je betul-betul faham.

Tabik ah comeback Arep. Nak novel seterusnya! 😆
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
611 reviews426 followers
July 27, 2023
"..... tapi esok masih ada. Walau ada banyak benda buruk terjadi pada kita, nantikanlah hari esok, kerana kita ada peluang untuk cuba lagi sekali.


Sebuah novel yang agak aku nantikan setelah aku membaca excerpts bab pertama sebelum novel ini dilancarkan. Mungkin sebab aku sudah boleh agak apa dilema (saya takkan beritahu di sini) yang dihadapi oleh watak utama - yang membuatkan aku lebih ingin tahu bagaimana penulis akan excecute penceritaannya dalam novel ini, especially that its published with IMAN Pub. Overall? I would say I was not disappointed. Its not something that can be easily written, especially in the conservative society that we live in; but the message was loud and clear and I for one appreciate that more conservations of a particular taboo topic can be written in a mass setting.

Buku ini dipromosikan sebagai a found-family dan fokus kepada kekeluargaan dan ibu bapa yang tidak memahami, tetapi bagi aku, it runs deeper than that. Its not just a story on parental relationships, its about the expectations of society and a journey of self-discovery with the two characters, the relationship with God and how it came to be, relationships between parent and child and most importantly, the love that you find with strangers. Ia merupakan sebuah novel yang membawa satu topik yang aku boleh katakan agak berat untuk dikupas tetapi ia ada dalam masyarakat kita sekarang.

The gist of the novel is pretty straightforward. Ia menceritakan tentang dua watak; Ain dan Yazid, dua individu yang tiada apa-apa persamaan namun mereka akan akhirnya menjadi orang penting dalam hidup masing-masing. Secara jujurnya, sebaiknya baca novel ini without any epxectations. Just go into the book blind. You will appreciate the story more.

Ada beberapa benda yang membuatkan novel ini appealing bagi aku.

Karakter
Ain dan Yazid merupakan dua individu yang sangat berbeza, namun, mereka ada satu persamaan yang sama yang mengeratkan hubungan mereka. Penulis telah menerokai sifat manusia yang memerlukan kasih sayang dan teman dalam kehidupan seharian. I felt taken with the characters in here. They feel alive, their problems were relatable and it showed how human nature craves for companion. Watak-watak dalam novel ini telah membuatkan aku tersenyum, marah, gelak dan simpati dengan apa yang dilalui oleh mereka.

Penceritaan
Bagi aku, novel ini agak unik kerana ada sedikit penceritaan yang kita tidak akan sangka. Aku suka cara penulis mengenalkan dua watak utama ini dan menjadikan cerita mereka berkait antara mereka. There were moments that felt heartbreaking and I cried at some parts. Antara benda yang aku sangat hargai dalam novel ini adalah mesej yang disampaikan oleh penulis. Proses mencari diri dan the constant question to God and how everyone has different circumstances makes the story quite liberating to me. Ia menunjukkan yang pada akhirnya, setiap ujian yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza dengan orang lain. Ada yang diuji dengan kehilangan dan ada yang diuji dengan naluri yang tidak diingankan, dan ada juga yang diuji itu baik agamanya tetapi tidak mempraktikkan empati dalam kehidupan. Baik yang alim mahupun pendosa; hanya Tuhan sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman kepada manusia dan ia menjadi satu titik dalam novel ini that highlights that only The Almighty can judge humans and their sins.

"Sungguh, kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri."


Secara keseluruhannya, novel ini membawa banyak aspek yang secara dasarnya nampak seperti tenang, tetapi apabila kita melihat lapisan di dalam terdapat banyak benda yang boleh dikupas dan isu yang dihadapkan. Mungkin tidak semua orang akan memahami apa yang dilalui oleh Ain, namun, satu benda yang boleh saya katakan, tiada manusia yang sempurna dan hanya Tuhan yang Maha Esa boleh menghakimi. Kita juga harus ingat bahawa setiap manusia melalui proses grief dengan cara mereka tersendiri. The outcome? We should be kind to everyone, as we don't know the circumstances that they face everyday.

Novel yang aku kira bukan untuk semua orang, tetapi mampu membuka mata kepada yang terlalu menghakimi. A good effort from both the author and the publisher

Personal Ratings: 4🌟

Untuk siapa yang nak baca review aku dengan spoiler, boleh baca sini :



Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 1, 2024
Rumah tak mesti bahagia. Kadang-kadang yang sedarah sedaging dengan kita pun belum tentu melayan kita seperti saudara.

Novel ini mengikuti watak dua individu dengan beban masing-masing, mengikat hubungan setelah menyedari mereka saling memerlukan. Cerita yang cukup rencah.

Ain adalah contoh pemuda muslim yang baik. Dia tahu perbezaan antara orientasi seksual dengan perlakuan seksual. Orientasi seksual yang songsang bukanlah tiket seseorang itu bertindak mengikut hawa nafsu. Dan watak Ain ini sedikit sebanyak boleh dijadikan contoh untuk pejuang-pejuang yang sama di luar sana.

Tahniah buat penulis dan penerbit.

4.5*

Nota: Jika berminat membaca novel yang membawa permasalahan yang sama, boleh juga baca PROFESOR tulisan Faisal Tehrani.
Profile Image for Mslvoe.
2,112 reviews204 followers
January 14, 2026
Jap²… habis macam tu je ke?
Seriuslah, F rasa tak puas hati. I need more!

F nak tahu apa jadi dengan anak² Pak Yazid. Diorang tak reti nak jenguk ayah diaorang ke? Kisah abi & umi Ain pun tergantung. Diorang boleh terima ke Ain balik atau Ain kekal jadi anak terbuang?

Cerita ni heavy tau.. It's about Ain.. kisah seorang Ain yamg ada perasaan pada lelaki tapi dia tahu salah. Dia rasa berdosa.. He never crossed the line.

Ain ni anak tunggal, parents pula orang kuat masjid. Rumah yang patut paling selamat untuk dia jadi tempat yang paling sunyi. Ain selalu diabaikan sebab abi umi busy dengan meeting & program masjid.

Ain kerja dekat rumah orang tua². Kat situlah dia jumpa Pak Yazid, lelaki tua yang perengus, kasar sikit and depressed. Dia tenggelam dalam rindu pada arwah isterinya, Melati.

Ada warga tua nama mak Salmah suruh Ain panggil dia "mak". Pak Yazid pula happy bila Ain panggil dia "ayah".

Then comes the plot twist. Yang buat F rasa nak hempuk orang tu.

F menangis, bukan sebab Ain je tapi sebab prihatin warga² tua tu.

Cerita ni tak beri closure yang kita nak tapi dia tinggalkan rasa berat dalam dada. Jenis cerita yang lepas tutup buku, kita termenung dan fikir.
Profile Image for Lia.
45 reviews
September 2, 2023
*Review in bahasa rojak BM-BI*

I would said cerita dia heartwarming. I suka sebab dia ada 2 POV, Ain sebagai anak dan Pak Yazid sebagai seorang ayah. So i know, oouh ini yang seorang ayah mungkin rasa bila ada anak begini begitu. Haaa. Dan sepanjang baca buku ni, i keep wondering.

Salah siapa sebenarnya bila seorang anak tak hormati, tak sayangi kedua ibu bapanya? Walhal parents dah buat yang terbaik besarkan mereka.

To share here : i hate it bila orang salahkan parents kalau seseorang tu tak berakhlak baik. Some will goes, "Mak ayah tak ajar ke?"
"Kenapa jahat sangat ni? Siapa mak ayah dia?"

Like why? Anak tu dah besar, ada pilihan sendiri. Tapi everytime anak buat salah, orang akan tuding pada mak ayah. Mak ayah jugak pertama kali jadi parents, dont expect everything will come smoothly. Theres always room for improvement. Lah bebel sini😂
Marilah bercita cita untuk jadi parents terbaik untuk anak-anak.

*sambung review*
Cerita dia agak slow pada mulanya. Nak dekat habis baru pace dia laju sikit. The emotions are there tapi macam tak sampai sangat. Like..ouhh okay.
Dan cerita dia macam tergantung? I dont know the real closure. Ouh maybe Ain dan Pak Yazid sama sama dah jumpa 'rumah' masing-masing so yeah tamat begitu. Idontknow. Cuma i nak tahu apa yang jadi pada Umi Abi, sama ada masih boleh terima, maafkan Ain atau tak and how they reflect their parenting etc?

Dan i tak sangka selain kisah anak-ayah ini, ada cerita lain tentang Ain. Sebab cover buku dia sangat cantik ye sampai i ingat ouhh cerita dia mesti pasal family dan seangkatan dengannya. Rupanya tak. Ain ada rahsia sendiri.

*sekadar cadangan*
Kalau ada POV kisah Umi Abi pulak yang learn from their mistakes and try to be a good parents for Ain, it would be complete? Ibarat diberi peluang kedua untuk masing-masing baiki diri. Dan POV anak-anak Yazid? Kenapa diorang pinggirkan Yazid, apa salah Yazid-Melati sampai diorang bersikap begitu?

Mungkin ada buku kedua, encik penulis?👀

3.8⭐
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
September 8, 2023
isu dalam ni berat make sure you are open minded person to read this book
Profile Image for meenie.
348 reviews2 followers
December 2, 2025
4.5⭐️ sebab aku taktahu apa ending si Ain ni

JANGAN KACAU ANAK AKU 😭😭😭😭😭 mak crying omg i wish i have a father like pak yazid :/ broken family ptsd lol

i hate ain’s parents. teruk sangat. terpaling agama. tapi kebajikan anak buat taktahu. tak malu ke? nampak gah di khalayak ramai tapi perangai dengan anak macam setan? eh emosi aku.

thank you arif zulkifli buat cerita ini. sedih woo asal lah aku tak beli mula-mula dulu KENAPA SKRG BARU BACA?!! esok kerja tau mata dah bengkak nangis sebab kenapa itu kenapa ini haih. tapi betullah ain and pak yazid saling melengkapi each other. pak yazid giving love the way yang ain nak and same goes with ain.

to everyone yang broken family just like me, jangan risau. we have each other 💗 kita kuat ya semua
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
February 7, 2025
Best gila! Finished in a day!

‼️TW‼️ Sexual assault//attempted SA

Macam mana eh nak start. Ni antara novel iman publication yang paling best bagi aku. Isu yang penulis tengahkan ni realistik dan memang ada zaman sekarang. Walaupun fiction tapi aku yakin sangat kisah ni mesti ada betul betul dalam real life.

Mengisahkan Ahmad Ain. Ye Ahmad Ain seorang lelaki yang merupakan anak tunggal kepada ibu dan ayahnya. Mak ayah Ain ni orang kuat masjid. Selalu sangat abaikan Ain sebab busy urusan masjid. Fast forward Ain ni kerja kat Laman Harmoni. Rumah orang tua. Kat sini dia jumpa Yazid. Orang tua yang moody yang bina tembok yang besar sebab taknak bergaul dengan orang. Yazid ni suka buat origami gajah tapi tak menjadi dan ada kisah disebalik origami tu. So, kat sini Ain banyak lah cuba untuk ‘memecahkan’ tembok yang dibina Yazid ni sampailah Yazid ni terbuka untuk bergaul dengan orang lain.

Kesian dekat dua dua watak ni bagi aku. Ain dan Yazid yang selalu diabaikan orang tua dan anak mereka. Kisah Yazid dan arwah isteri dia Melati sangat sweet dan menyayat hati bagi aku. Oh and watak anak anak Yazid ni kalau aku jumpa memang aku bagi kaki. Mak ayah punyalah baik tapi sanggup buang. Sampaikan masa isteri Yazid masuk hospital takda seekor pun anak dia yang angkat call ??!!!! GERAM.

Mak ayah Ain pun sama. Seharian anak tak balik bukannya tanya khabar tapi sibuk marah Ain sebab Ain tak pickup imam untuk event masjid yang dorang organize. Di hujung cerita tu ada plot twist tapi aku dah boleh agak. Tapi still terkejut. Tak guna punya manusia 😡.

Aku hold lama gila buku ni sebab pernah terbaca spoiler cakap ending tergantung. Sejujurnya ending dia dah perfect dan kalau tak disambung pun tak effect apa apa (bagi aku lah) sebab tak tergantung pun.

Overall best dan PLEASE BELI DAN BACA ASAP

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️/5

Best read 2025 😭🤏🏻🫶🏻

Profile Image for lysareading.
311 reviews42 followers
January 22, 2025
Personal favourite in 2024. I give 4.5 stars. Buku ni tak layak masuk dalam kategori buku yang 'membosankan', 'predictable', 'tak sedih sgt' sebab trust me, buku ni berbaloi untuk dibaca dan thankfully, it worth my money.

Rumah Tak Mesti Bahagia ada segala krisis dalaman dimana seorang anak mahu didengari, mahu diberi perhatian, mahu mencurahkan emosi tanpa batasan, mahu sang ibu dan ayah untuk tidak terus menjatuhkan hukum dgn konflik yang anak alami.

Dalam pada ingin terus menjadi anak yang mentaati ibubapa, Ain juga terpaksa menahan diri menghadapi konflik yang melibatkan jiwa dalaman. Nak cerita dkt org confirm malu. Maklum lah, manusia ni suka judge dulu. Mak ayah org mesjid, anak lagu ni pula? Mak ayah pula asyik nak jadi joy killer je. Sangat jelas gambaran Ain struggle dgn ujian tu, tambah lagi dgn segala pencetus (trigger) yg sentiasa ada disekeliling dia. Fuh. Bab keluarga, kita ada persamaan Ain.

Muncul pula Pak Yazid. Kisah org tua tu pun sedih juga. Sentiasa grumpy, sejenis tak boleh ditegur. Semua penghuni dkt rumah org-org tua tahu perangai Pak Yazid ni suka menyendiri. Selalu terkenangkan Melati. The back story of him was so so so good and heartwarming :,) Interaksi dan bahasa bunga-bunga Melati & Pak Yazid tidak keterlaluan. Mmg cara org lama. Skrg baru I faham why origami gajah tu ada 😭🐘 Sedih oi *emo*

Bila Ain dgn Pak Yazid mula open up to each other, hati I jadi sedih but I'm so happy for them! Tgh taip review ni pun, I boleh terkenang balik kisah dorang #hatitisu :,) Betullah — kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri. Dan tidak semua pengakhiran itu mudah ditamatkan dgn 'happy ending' ataupun 'proper closure'. Realitinya, hidup ini tidak selalunya indah dan langit setiap org tidak selalunya cerah. Sekian.

🖇️ "Jangan risau, anakku. Ayah akan sentiasa ada untuk kamu."

__ my buddy read @sincerelyninish
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
August 30, 2023
Rate: 4⭐️

Buku ni mengisahkan tentang hidup Ain dan juga Pak Yazid. Btw, surprisingly buku ni sis tak nangis 🫢 Pain tp lebih pada geram. 😌

Buat semua Ain diluar sana. Semoga Allah berikan kekuatan untuk korang. Ujian yang berat, dan jujur aku cakap bukan senang kita nak terima benda2 camtu. Apa yg Ain lalui tu, buatkan aku muhasabah untuk tak menilai mereka yg melalui perkara2 tu, tak semuanya seperti apa yg kita fikir. Ada yang tengah berjuang melawan semua rasa tu. Jadilah insan yang boleh memandang tanpa ada rasa hinaan dan judgement🥲

Dan untuk kisah Pak Yazid. 🤧 How i wish to have someone like Pak Yazid in my life yg akan stay till the end and loves just like He loves his wife 🫶🏻 Tak mudah untuk melepaskan, dan merasai kehilangan. Tapi kita akan hadapi jua pada akhirnya. Dan daripada cerita ni, kita boleh lihat yang dalam sesebuah keluarga tu, takda benda yang kita boleh jangka. Takda yg kita boleh pastikan hidup kita kehadapan nanti mcm mana. Belum tentu yang lengkap dgn semuanya bahagia, dan belum tentu yg kurg dari segala aspek tidak bahagia. Itu yg aku nampak la.

Cuma the ending, why….😌 I mean ok je, cumanya takda closure yg puas utk aku. Hahahah. Aku ok with open ending tp aku lebih suka kalau nampak ke mana jalan ceritanya akan pergi. Sbb especially part Ain tu mcm tak cukup. Buatkan aku rasa mcm kalau jd Ain, apa yg perlu kita buat 🤔Ha gitu. Takda solusi. Aku faham bukan mudah nak cari solusi dan tak semua benda ada solusinya, tp aku suka sekiranya ada usaha/cara yg author boleh kongsikan untuk org yg ada cabaran cmni. Sorry if this part, only aku je pikir camni. 😆 Sebab aku jadi murung memikirkan nasib Ain 🥲 But yahh, at least message cerita ni sampai la, which means Ain ada tempat pulangnya yang tersendiri walaupun tak sama seperti pulang ke rumah yang kebiasaannya pada org lain 🥲🥲 Hopefully ada second part ke kan 🤧 #emptycanvashida
Profile Image for yoonuyea.
68 reviews
January 26, 2025
Firstly, really intrigued with the title ‘rumah tak mesti bahagia’, such a deep meaning and offers broader thoughts to discuss. i loved the story between Pak Yazid and his wife, Melati. How he keep on living while reminiscing his memories with his beloved wife over and over.

Besides, I loved the way Ahmad Ain try to bond with Pak Yazid and his efforts to win Pak Yazid’s heart and making his wall crumbled down.

However, i dont like the way this book come to at the end.. it feels like the climax reached way too late and it ended just like that. Also, didn’t fond of the idea that there’s no closure between Ain & his family. I understand the topic it’s a bit heavier, discussing about something against the norm, but this story offers no answers for all Ain’s questions about himself. Thus, at the end, it left the readers like me to ponder and question, how Ain gonna come to conclusion and accepting himself? would be his family will stand against him just because he had different sexuality and desire? and until when? also, how I wish to know will Pak Yazid meet all his children and found the closure too.

The ingredients are there, but i think it needs a better execution.

Overall, 2/5 🌟
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shamsul Amin.
Author 4 books11 followers
April 30, 2024
Satu hal yang harus diberikan pujian kepada novel ini ialah premisnya yang berbeza berbanding jujutan novel tempatan lain di pasaran.

Rumah Tak Mesti Bahagia bercerita tentang seorang pemuda bernama Ahmad Ain, yang saban hari berperang melawan dirinya sendiri.

Seperti jua mana-mana perlawanan terhadap diri sendiri yang lain, pahlawannya akan mencari ruang penyelesaian di luar diri. Ahmad Ain tidak terkecuali.

Setelah mendapati rumahnya (secara harfiah mahupun kiasan) tidak mampu memberikan keteduhan bahagia yang diinginkan, Ahmad Ain mencari bahagia di ruangan lain.

Pencarian Ain mempertemukannya dengan susuk tokoh lain, dengan jalan cerita yang berbeza, namun memiliki kekosongan yang sama dalam diri mereka.

Di Laman Harmoni, Ain bertemu Pak Yazid, orang tua perengus yang ditinggalkan keluarga. Tanpa disangka-sangka, pertemuan Ain dan Pak Yazid umpama papan susun pasang. Kedua-duanya memegang keping ‘puzzle’ berbeza— melengkapkannya akan menemukan damai yang didamba.

Meskipun watak Ain dan Pak Yazid berbeza dinamikanya, pengarang berjaya menggabung-jalin jalur cerita kedua-dua watak dengan sangat baik sekali.

Iyalah, berbanding fiksyen sedia ada lain yang banyak meregukan watak jejaka/gadis sebagai kekasih dan hubungan kekeluargaan klise yang lain, sekali imbas, apa sahajalah yang dapat berlaku jika kita pertemukan watak seorang pemuda dengan seorang lelaki tua?

Namun, di tangan Arif Zulkifli, dinamika kedua-dua watak sangat unggul, lalu menghidangkan premis cerita yang pada saya sesuatu yang unik.

Arif juga sangat cermat memasukkan elemen tabu dalam RTMB. Cerita seperti Ain barangkali agak terpencil dalam landskap fiksyen Melayu, tetapi pengarang berjaya menampilkan sisi pemali dengan lunak sekali. Tidak cemerkap, dan tidak pula terlalu dipaksa-paksa. Semua pembaca, walau apa jua kefahaman dan pendirian hidup, akan boleh menerima dengan dada terbuka.

Saya percaya ramai ‘Ain’ di luar sana — insan yang tidak menemukan bahagia di rumah sendiri. Saya berharap mereka akan segera dijodohkan dengan naskhah hebat ini.

#SamBaca
#RumahTakMestiBahagia
Profile Image for hydrangea &#x1fabd;.
21 reviews4 followers
January 28, 2024
Trigger warning ⚠️: 𝗦𝗲𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗮𝘀𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁, 𝘀𝘂𝗶𝗰𝗶𝗱𝗮𝗹 𝗮𝘁𝘁𝗲𝗺𝗽𝘁𝘀, 𝘀𝘂𝗶𝗰𝗶𝗱𝗮𝗹 𝘁𝗵𝗼𝘂𝗴𝗵𝘁𝘀, 𝗱𝗲𝗽𝗿𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻

This book addresses taboo issues in our generation, as I mentioned in the trigger warning and one of them focus about LGBT. Disebabkan buku ni terlalu banyak topik berat, bagi I buku ini terlalu ringkas dan tak menjawab segala persoalan yang berlaku. It doesn’t provide closure for each character especially the main character itself. Apa jadi dengan Umi dan Abi? Masih tak dapat nak terima anak dia sendiri ke? Bagaimana anak-anak Pak Yazid, masih tak insaf dan sedar atas kesilapan yang mereka lakukan ke? Apa jadi dengan Ain? Banyak masalah yang terlalu berat berlaku dekat dia tapi bagi I no action taken and no character development kecuali Pak Yazid. I faham jika penulis nak buat open ending, tapi it’s too open ended sampai banyak persoalan dalam kepala I. Tapi nasihat-nasihat yang diberikan sangat menyentuh jiwa. Especially, it’s sad when we don’t “feel at home” with our loved ones, our parents. Instead, we “feel at home” with people who aren’t our blood related.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syed.
40 reviews
November 30, 2023
Terima kasih Arif, kerana telah berani mewakilkan semua ‘Ain’. Terima kasih Arif, kerana berani untuk menerangkan — dalam dunia ini, bukan hanya wujud anak derhaka, tetapi juga ibu bapa yang derhaka. Terima kasih kerana menulis cerita ini. Semoga Allah Memandang penulisan Arif sebagai jihad. Saya doakan Arif terus sukses!

Terima kasih juga tim IMAN yang tidak takut untuk terbitkan buku ini, syabas untuk semua.

BERKENAAN BUKU INI
- Buku yang memuatkan emosi — marah, kecewa, sedih, insaf dan kelakar bertukar ganti.
- Buku yang membuatkan kita insaf, muhasabah diri dan mengingat Allah.
- Buku yang membuatkan kita sedar, yang ‘Ain’ juga hamba Allah dan berhak menyembah Allah dan berhak memohon ampun kepada Allah tanpa perlu didiskriminasikan.

Terima kasih Arif, sangat sangat terima kasih.
Profile Image for ♡ Aliah ⸜( ˃ ᵕ ˂ )⸝♡.
70 reviews2 followers
June 24, 2025
I have a lot of things to say to the author and to also talk about the book itself. But it's late (I know it's only 11.45 pm but uhuk I'm old) and I'm dehydrated (I cried a lot today thanks to Ain and Pak Yazid) and so I have a headache.

I'm gonna make it short and sweet.

Dearest gentle author,
Thank you for the book. I cried buckets. Now you owe me therapy. Where can I send my bill?

Yours truly,
Lady Puffyeyes.
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
39 reviews1 follower
November 10, 2023
first of all, i would like to thank the writer for writing such a beautiful book. as a queer muslim who shares the same struggles with ain, i feel heard and seen. but at the same time i cant deny that this book can be very triggering for me. nevertheless, i still find it very beautiful. secondly, i really love the idea that you dont need to be with your biological family to be loved. rumah tak mesti bahagia, tapi carilah rumahmu sampai jumpa. im glad ain finally found his home. :)
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 15, 2023
“𝙆𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙡𝙖 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖, 𝙨𝙪𝙖𝙠𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙜𝙞𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞.”

Sejurus selesai membaca novel ini, suatu rasa terkesima, terpempan, hiba dan sedih mengenai naratif yang diketengahkan oleh penulis di dalam novel ini. Anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka disebabkan urusan-urusan lain yang lebih menjadi keutamaan daripada urusan anak-anak. Sekaligus, melahirkan dan mendorong kepada isu pengabaian dan menjurus kepada permasalahan sosial.

Malah, pengabaian anak-anak kepada ibu bapa setelah dididik dengan pendidikan yang cukup sempurna. Apabila ibu bapa mereka telah tua, dihantarnya ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua tanpa pernah mengambil berat dan bersikap prihatin kepada ibu bapa mereka. Secara amnya, ini merupakan isu yang seharusnya dibimbangkan dengan pengabaian yang berlaku sama ada kepada anak-anak ataupun ibu bapa semasa tua yang rata-ratanya disiarkan di dada akhbar dan media massa hampir setiap hari.

Apa gunanya anak-anak dimewahkan dengan harta benda tetapi dimiskinkan hati nurani mereka dengan kasih sayang ibu bapa. Pengabaian ini yang mendorong berlakunya gejala sosial. Hal ini kerana, anak-anak ini memerlukan suatu tempat yang dianggap selesa untuk meluahkan rasa mereka. Seandainya tidak dilorongkan medium yang bersesuaian, perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Selain itu, penerimaan dan stigma masyarakat terhadap isu suka sesama jenis. Benar ia merupakan satu perbuatan terkutuk dan melanggari garisan-garisan tabii. Pintu-pintu taubat sentiasa terbuka untuk golongan-golongan ini daripada tersimpang jauh. Tidak seharusnya mereka ini menjadi lontaran dan cercaan masyarakat. Wajar untuk kita bantu dan lorongkan halatuju yang sepatutnya. Walau apapun, ia bukanlah sebuah tiket untuk menghalalkan matlamat terhadap sesuatu cara.

Kesimpulannya, perjalanan novel ini bermula agak perlahan tetapi ia tidak menghalang perkara utama terhadap pengajaran dan kritikan sosial yang ingin disampaikan oleh penulis. Perkara paling wahid untuk ibu bapa mempelajari pendidikan rumah tangga dan pembangunan pendidikan dalam diri-diri anak mereka.

Secara keseluruhannya, aku terkesima dengan penulisan novel ini. Mungkin pada isi penyampaiannya, mahupun pada naratif dan olahan cerita daripada penulis itu sendiri.
Profile Image for Rainy Rose.
301 reviews32 followers
December 19, 2023
Sungguh, kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri.

Beberapa kali dah berair mata bila baca buku ni. Rumah Tak Mesti Bahagia mengisahkan mengenai Ahmad Ain, seorang pemuda yang rasa terasing dirumah umi dan abinya sendiri yang menemui kasih di Laman Harmoni, tempat dia mengenali Pak Yazid, seorang tua yang mempunyai kisah silam tersendiri. Mereka berdua masing-masing mempunyai kisah yang terpendam yang membawa kepada keakraban mereka berdua akhirnya.

"Dosa ni, walaupun kamu dah niat nak buat, tapi kamu tak buat, itu kamu dah dikira dapat pahala. Ayah bukanlah ustaz, tapi kamu kena tahu, Ain, Allah ni, Dia Maha Penyayang. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk hamba-hamba-Nya."

Begitulah kata-kata Pak Yazid kepada Ain yang menyentuh hati aku. Banyak emosi sedih yang aku rasa bila baca buku ni sebab cara Ain diperlakukan oleh ibu bapanya tu, bagi aku sangatlah tidak patut. Bagi yang masih tercari-cari "tempat pulang", semoga kita semua akhirnya menemui "tempat pulang" kita juga satu hari nanti.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews16 followers
September 4, 2023
Mungkin pasca filem A Man Called Otto buat aku lebih faham apa yang dilalui Pak Yazid.

Masalah boleh saja kita hadapi walaupun memerlukan waktu panjang, bahkan seumur hidup kita. Gandingan ikhtiar dan al-kasb sangat memainkan peranan untuk kita jalani kehidupan dengan baik.

Semoga kita lebih menghargai akan makna keluarga dan juga rumah. Buat anak muda, kita masih punya waktu untuk menggapai makna hidup dengan baik. Semoga kita mencapai hal ini.
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
September 13, 2024
4 🌟

aku suka buku ini dari segi penulisan dan penyampaian cerita penulis. Tak terlampau banyak dialog tapi setiap bait perkataan bukan saja terisi dengan mengambarkan pergerakan dan perasaan setiap watak dalam buku ini disampaikan dengan baik.

Walaupun watak Ain adalah watak utama, aku lebih tertarik dengan watak Pakcik Yazid. Walaupun dia hanya watak, aku merasai aura kebapaan dan rasa cinta dia terhadap Melati. Bila dia gambarkan sosok Melati, aku sangat tersentuh dan paling gila, aku rasai rasa sayang dia terlampau Melati.

Ain pula, bagi aku watak dia biasa cuma aku agak faham dengan apa dia rasai. Sudahlah anak tunggal, ibu bapa abaikan pula dan hanya jaga air muka sendiri. Sangat-sangat penat sebenarnya nak puaskan hati manusia maka berpada-padalah dalam menjaga hati manusia. Mengenai naluri dia yang (taknak spoiler), siapalah kita untuk menjalankan kerja Tuhan? Kita hanya mampu menyampaikan apa yang diberikan amanat bukannya memaksa.

Penamat buku ini aku agak tidak berpuas hati. Terlampau banyak kisah tidak dirungkaikan. Aku rasa macam buku ini agak lebih menarik sekiranya kita tahu apa jadi dengan mak ayah serta anak-anak Pakcik Yazhid. Aku rasa itu adalah open ending for them right? Dan aku rasa banyak juga kisah penghuni Laman Harmoni yang layak masuk dalam buku sebab figura mereka sangat misteri bagi aku hahahah.

Aku sangat sangat cadangkan buku ini menjadi pilihan kepada ibu bapa, remaja mahupun orang dewasa yang ingin mengenali apa itu novel. Cuma ada satu saja topik dalam buku ini yang mungkin agak sukar diterima tapi jangan risau, penulis menyusun topik dengan baik. Sebelum nak beli, tolong siasat topik itu ya 😅

Itu saja dari aku, good read for me
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
September 14, 2023
'Mungkin kau tak rasa mereka sayang kau sebab mereka tunjukkan sayang mereka dalam bentuk yang lain, sedangkan kau harapkan sayang mereka dizahirkan dalam bentuk yang lain.'

'Walau ada banyak benda buruk terjadi pada kita, nantikanlah hari esok, kerana kita ada peluang untuk cuba lagi sekali.'

'...kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri.'

____

Di rumah keluarga Ain, dia seolah-olah hanyalah menetap di situ, tetapi tidak hidup di dalamnya. Sekurang-kurangnya tidak hidup rasa sebuah rumah yang membawa perasaan selamat untuk memiliki kekurangan dan kelemahan, perasaan berani membuat pilihan sendiri, perasaan sayang dan kasih yang terbuka daripada darah daging sendiri -- tidak wujud rasa sebuah rumah yang bukan hanya sebagai tempat kediaman.

Pada Yazid pula, rumah selamatnya, tenangnya, dan kebahagiannya telah pergi mematuhi takdir yang ditulis Ilahi. Namun, dia ditinggalkan dengan janji yang belum dapat dia kotakan untuk bahagian rumah itu -- sebentuk origami gajah -- yang barangkali hanya satu-satunya perkara yang masih mengikat rasa bersalah dan tidak mampu melupakan dirinya pada 'rumah' itu lagi.

Di Laman Harmoni, kedua-dua susuk Ain dan Yazid menemukan satu bumbung yang boleh mereka jadikan tempat berlindung. Menjadi pengganti kepada rumah yang tak bahagia mereka sebelum ini.
____

Rumah Tak Mesti Bahagia; buku yang membawakan jalan cerita tentang kisah kehidupan dalam sebuah keluarga yang saya tahu ramai dalam kalangan kita mengalami kisah yang serupa ataupun mampu untuk berkait rapat padanya. Hidup dalam institusi keluarga yang memiliki bahasa cinta yang tidak sama, yang berpegang pada prinsip sedikit berbeza walaupun hidup dan mendewasa bersama, pasti akan meninggalkan kesan dan tekanan dalam menjalani sehari-hari perjalanan hidup. Ibu bapa dengan prinsip hidup mereka, anak-anak dengan keinginan tersendiri pula; pasti akan menciptakan konflik samada secara luaran mahupun dalaman mana-mana individu pun. Dalam buku ini kita dapat melihat sudut pandang konflik ini daripada seorang anak dan juga ibu bapa -- Ain dan Yazid. Banyak kegagalan dalam institusi sebuah keluarga yang berlaku dek sebab masalah komunikasi dan ruang selamat yang tidak wujud -- menyebabkan kepada kesukaran seseorang dalam menghadapi konflik dalam diri mereka, seperti yang dihadapi oleh watak Ain. Buku ini menyentuh satu konflik yang rapat dalam kehidupan ramai daripada kita, juga satu konflik yang asing dan tabu pula dalam masyarakat -- hubungan dalam institusi kekeluargaan dan isu kecelaruan identiti seksual. Meskipun begitu pada saya persoalan ini tidak selesai di dalam jalan cerita buku ini, tetapi ia adalah merupakan satu pengenalan idea (isu) yang bagus daripada penulis.

Rumah tak mesti bahagia -- kalau saya fokus kepada tajuknya sahaja yang tentang sebuah 'rumah' buat kita -- jalan cerita buku ini memang cukup berjaya menyampaikan premis itu. Tapi malangnya fokus saya adalah kepada watak, jadi saya mahu perkembangan yang besar pada watak dalam buku ini -- watak Ain ini dengan lebih lagi. Justeru penutup buku ini tidak begitu saya gemari -- tiada kepuasan yang sampai seusai habis pembacaan. Pada saya buku ini hanya mempersembahkan saya dengan satu masalah tapi tidak kepada penyelesaianya -- sedangkan saya suka cerita fiksi yang bagi peleraian pada konflik watak, saya suka kepada pengakhiran yang happily ever after, atau paling tidak ada closure -- satu perkara ini saya tidak temukan daripada buku ini, menjadikan jalan ceritanya dengan penutup yang terbuka (open ending). Tapi, mungkin ini petanda yang bagus bilamana pembaca seperti saya mahukan lebih lagi daripada kisah ini, tidak keterlaluan rasanya kan kalau saya hendak penulis menulis sequel untuk buku ini -- sebab pada saya Rumah Tak Mesti Bahagia seperti hanyalah satu prolog kepada satu perjalanan cerita yang lebih panjang dan kompleks untuk watak-wataknya.

Buku ini jalan ceritanya adalah berat kepada character-driven (walaupun pada saya perkembangan watak itu sendiri tidak meninggalkan impak yang kuat secara peribadi kepada saya). Watak Yazid ini tidak dapat tidak mengingatkan saya pada watak Ove dalam buku A Man Called Ove -- pada pilihan hidup mereka, dinginnya karakter mereka, dan juga perasaan cinta yang kuat buat isteri masing-masing adalah sama. Ain pula saya rasa saya hanya dapat pengenalan kepada karakter semasa beliau sahaja melalui buku ini, belum nampak jelas perubahan/perkembangan dalam perwatakannya di sepanjang jalan cerita (kecuali pada satu babak dimana Ain akhirnya 'berhadapan' dengan Umi dan Abi), Ain seperti masih cuba untuk mengenali diri sendiri sama seperti saya yang hanya dapat mengenali 'siapa' Ain pada detik ini sahaja. Saya rasa watak-watak dalam buku ini -- daripada watak utamanya sehinggalah kepada watak sampingan -- tidak diselami dengan cukup dalam. Tiada watak yang cukup untuk disukai dan berlebih-lebih untuk dibenci dengan jelas (kecuali Iskandar).

Graf bacaan sedikit mendatar untuk saya, dan perlahan di sepanjang pembacaan, mungkin kerana penulisan jalan cerita yang lebih berat kepada naratif -- gaya penulisan yang bercerita dan banyak memberitahu. Plot buku ini memberikan dua sudut pandang utama daripada watak Ain dan juga Yazid, dan saya lebih tertarik dengan sudut pandang pada kisah Yazid. Saya suka pada sentimen di sebalik origami gajah yang Yazid ingin hasilkan; ia merupakan sesuatu yang selesai pada saya. Selain itu, walaupun melihat banyak pembaca lain yang kuat terkesan secara emosi oleh buku ini, tetapi untuk saya sendiri secara emosi tidaklah begitu merasakan impak yang kuat -- mungkin kerana saya meletakkan jangkaan yang tinggi pada buku ini bila baca review pembaca lain.

Sejujurnya buku ini tinggalkan saya dengan lebih banyak persoalan berbanding jawapan -- banyak benda yang buat saya tertanya-tanya, tapi biarlah saya simpan sendiri rasa ingin tahu dan tanggapan saya sendiri ini. Apa-apapun buku ini masih merupakan satu pembacaan yang bagus pada saya.
Profile Image for k..
8 reviews
December 27, 2025
THIS BOOK DESERVES THE HYPE YAA!! finished it in one sitting and i walked around the house with this book because i was really hooked. Sangat sangat lah sedih, and at first I was a bit intrigued on how the book would continue. Im not gonna say why, sbb i xnk spoil but overall really tear jerked me, hit close to home a bit, and would really recommend it to ppl yang nak something close to fatherly/maternal bond
Profile Image for Syeraho.
Author 7 books68 followers
Read
August 14, 2023
Novel Rumah Tak Mesti Bahagia ini seperti cuba 'bercakap' dengan pembaca tentang hal-hal yang selalu kita pendam daripada keluarga, sebab kita rasa mereka tak faham, susah nak faham, yang akhirnya buatkan kita 'lost language' nak berkomunikasi dengan keluarga.

Tetapi, satu benda yang sangat heartwarming dalam novel ini bila novel ni berikan harapan yang berbeza daripada expectation tentang keluarga, iaitu - definisi 'keluarga' itu bukan sahaja bermaksud ada pertalian darah, tetapi juga orang yang berikan kita ruang selamat untuk pulang, untuk kembali.

Mungkin "rumah" tak mesti bahagia, tapi saya paling suka novel ini berikan harapan tentang semua orang ada tempat untuk pulang.

Yang sukakan cerita-cerita hearwarming, tema found family, saya rekomen novel ni!
Profile Image for ainisreading.
86 reviews11 followers
August 22, 2023
"Air yang dicincang tidak akan putus."
Pepatah ini membawa maksud ahli keluarga lebih dipentingkan berbanding orang lain.

Namun, tidak sebegitu yang berlaku terhadap dua insan dalam novel ini.

"Kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri."

Kisah yang berbeza latar belakang keluarga, masa dan zaman tetapi mempunyai persamaan dari segi perasaan.

Pak Yazid merupakan penghuni Laman Harmoni setelah ditinggalkan oleh anak-anaknya setelah pemergian isteri tercinta, Melati. Kesedihan yang berpanjangan setelah kehilangan Melati membuatkan Pak Yazid selalu mengasingkan dirinya daripada penghuni-penghuni Laman Harmoni yang lain sehinggalah kemunculan Ain ke Laman Harmoni ini. Origami gajah telah merubah segalanya, Pak Yazid kembali tersenyum, hidupnya kembali bersinar, dan hubungan mereka berdua juga menjadi rapat tidak ubah seperti seorang ayah dan anak.

Ain pula merupakan seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan. Dek kerana kesukaran untuk mendapat pekerjaan dalam bidang tersebut, dia berhasrat untuk bekerja di Laman Harmoni ini setelah dipelawa oleh Inara, kawannya dalam aktivis sosial. Ain seorang anak yang sangat taat kepada Abi dan Uminya. Ketegasan Abi dalam membesarkan Ain membuatkan hubungan mereka renggang. Ditambah pula dengan kesibukan Abi dan Umi dalam aktiviti masjid sehingga melupakan tanggungjawab mereka terhadap Ain. Banyak perkara yang tidak terluah oleh Ain disimpan di dalam hatinya berkenaan sikap Abi dan Uminya tetapi dia enggan menjadi anak derhaka dan dia berpegang teguh dengan kalam Allah dalam surah an-Nisaa' ayat 36;
"... dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat ..."

Namun, Ain ada satu rahsia yang disimpan rapi oleh dirinya sendiri tanpa diketahui oleh sesiapa pun termasuk Abi dan Umi.

Suatu hari, rahsia ini pecah. Kejadian itu telah menyebabkan Ain dihalau keluar dari rumahnya. Betapa kecewanya Ain pada waktu itu kerana Abi dan Umi langsung tidak mahu mendengar dahulu penjelasannya dan dia membawa diri ke Laman Harmoni. "Bagai jatuh ditimpa tangga", setelah dihalau keluar dari rumah, satu peristiwa hitam pula berlaku ke atas dirinya di Laman Harmoni itu. Luka kesedihan dan trauma Ain dibalut oleh Pak Yazid.

"Jangan risau, anakku. Ayah akan sentiasa ada untuk kamu."
Sepanjang Ain hidup, dia langsung tidak pernah mendengar Abi berkata sebegitu kepadanya. Jadi bagaimana orang yang Ain kenal tak sampai setahun, mampu memberikan jaminan kepadanya untuk sentiasa ada? Bukankah seseorang itu akan sanggup melakukan apa sahaja jika dia menyayangi orang tersebut?


Sungguh, kadangkala tempat pulang kita, suaka kita itu bukanlah terletak pada darah daging kita sendiri.
Profile Image for Shaqira Kamarolzaman.
18 reviews
February 15, 2024
Buku dengan genre slice of life yang pertama saya miliki . Several things to say , it hits me hard . Mengalir juga air mata beberapa kali . It hits me harder bila baca part Ain berdoa kat Allah dan ayat dalam doa tu betul2 pasrah dengan ujian yang dia sedang hadap . Seperti sedang memerli diri saya sendiri dengan masa silam yang saya pernah lalui .

Penulis juga sudah memberi trigger warning . Sesampai sahaja part yang betul2 trigger saya , saya akan berhenti baca . Apa yang saya sangkakan buku ini baca for fun . Sangkaan saya salah . Betapa beratnya rasa bila semua benda relatable from A to Z .

Bagi mereka yang tidak memahami , mungkin akan menyebelahi abi . Bagi mereka yang punya rasa , mungkin hadirnya rasa simpati terhadap Ain . Dan bagi yang pernah merasai , mereka menyatu dengan Ain dalam buku ini .

Buat sesiapa yang sedang menghadapi benda yang sama , semoga terus tabah menghadapi ujianNya . Seandainya penat , rehatlah . Bukan putus asa . Semoga yang baik2 sahaja buat kita semua ♡
Displaying 1 - 30 of 144 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.