Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sampai Masa, Benci Jadi Rindu

Rate this book
“Kenapa kau baik dengan aku? Let me draw the line here. Kau ni macam stranger je, faham?”

Bagi Adelia, cukuplah hatinya terluka dengan keluarga yang tak pernah peduli. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah mamat bernama K.E ini.

Tetapi ada sesuatu yang terus menarik K.E untuk mengenali Adelia, sehinggalah K.E dapat tahu Adelia dahulu pernah menjadi rocker terkenal. Kenapa kini Adelia jadi orang yang berbeza?

Sedar tak sedar, Adelia dan K.E semakin rapat. Rupa-rupanya mereka mempunyai struggle yang sama -- cuba melarikan diri dari masa silam yang menyakitkan.

Namun, semakin mereka membenci apa yang sudah terjadi, semakin ia datang menghantui. Mungkin sebenarnya sudah sampai masa untuk mereka belajar melepaskan kisah lalu yang telah lama membelenggu.

***

Aiden Adi Syah merupakan penulis yang terpilih daripada Sayembara Novel IMAN 2022.

420 pages, Paperback

Published July 25, 2023

24 people are currently reading
361 people want to read

About the author

Aiden Adi Syah

1 book7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
227 (57%)
4 stars
124 (31%)
3 stars
39 (9%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 85 reviews
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
August 5, 2023
♾️/5 A BOOK MUST READ!
Susah agaknya nak jumpa lelaki mcm K.E in real life eh. Dah lah helok, pandai, helokk lagi, semuanya helok belaka. Bertuah betul Adelia. Sampai aku pinterest bunga adelia tu bunga apa. Haha. Tak tahu kenapa sepanjang baca buku ni, hati aku sejuk je. Rasa nak solat, rasa nak mengaji. Terima kasih penulis, tulis yg baik2 in a good way. Pasni tulis byk lagi eh mcm ni. Love your writing!
(Iyee, jujur aku teringat Hlovate masa baca buku ni. Awak Hlovate ke?🌝)
Profile Image for Suraya (thesuraya).
797 reviews229 followers
September 10, 2023
This book feels so Hlovate-coded, only without the jargons. A combination of Schubert's Serenade and Versus. The underlying plot and essence is the same, I can even pinpoint the duplicating scenes. Sadly, this does not come off as a compliment.

Maybe author ni is inspired by her (Yes, I am a firm believer yang Hlovate ni perempuan). Maybe author ni tak sengaja dan tak perasan pun yang the similarities exist. Considering this is Aiden's first book, maybe she's still trying to find her own voice. I'm not saying the author's work is bad eh. She definitely can write. Cuma I personally rasa terganggu with what I feel when I read the book.

Whoever's responsible for the book's title, kudos to you. Long titles yang catchy camni sedap bunyinya.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
August 13, 2023
"How can I love when I'm afraid? You remind me so much of my insecurity. Everything about you buat aku rasa macam I'm not good enough. Aku perlu masa dan ruang untuk diri sendiri. Kau pun tahu aku ada depression. Aku ada social anxiety, right? Relationship is just the hardest thing for me right now." - Adelia

"Kalau tak ada diri yang dulu, kau tak akan jadi diri kau yang sekarang. Life is about learning from mistakes. You're cool, you're awesome, a literal genius when it comes to art. For every step, every achievement, every ups and downs, I hope you acknowledge yourself. Masa lepas ke, masa sekarang ke, aku nak kau sayang diri kau. Terima kasih pada diri sendiri sebab dah endure semua tu and become the Adelia that I know. So what kalau kau dah tak famous? Tak play music? So what kalau venture fine art? You are still you. Kau yang kenal diri kau. Kau yang lalui semuanya. - Bukhari aka K.E

"Selalu orang cakap, lupakan masa silam untuk mulakan hidup baru. Tapi, ramai yang lupa. Tanpa masa silam, kita takkan jadi diri kita sekarang. Kalau kita dah ke arah hijrah, Allah akan uji untuk lihat betul ke kita berhijrah kerana Dia? Iman kita kan ada pasang surutnya? Yang penting kita jaga jangan sampai kering-kontang. Baru hati kita tenang. - Iman

*****
Cerita ni fasal broken family. Fasal ego anak dan mak ayah. Fasal kehilangan diri sendiri. Fasal emosi dan perasaan. Fasal bangkit semula menjadi versi yang lebih baik. Fasal persahabatan. Fasal cinta yang mendekatkan kita pada Tuhan. ❤️

Tak tahu nak cakap apa lagi. I really love this book. Olahan penulis sangatlah best. Susah nak letak. Menangis jugaklah bila baca buku ni. Rasa nak peluk Adelia dan K. E. 😭K. E ni memang sehijau brokoli. Selalu ada dengan Adelia saat memerlukan. Perhatian dia tu A+. Tapi kisah hidup K. E pun pahit untuk ditelan. Yang pasti, diorang sama-sama berubah untuk jadi manusia yang lebih baik. Dan betullah macam apa yang orang lain review, bila baca buku ni teringat penulisan Hlovate. Vibes dia seakan. Bersamaan.

P/s: Buku-buku fiksyen Iman Pub sekarang best-best ya. Cover pun lawa. Walaupun sebenarnya cerita tu pain. Tapi saya suka. 😁
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
October 9, 2023
Hmm, I tak sure nak start dari mana. Bought this book sebab katanya ada Hlovate’s vibe. Dan betullah baca ni buatkan aku teringatkan watak Trisy & Dash (fasa rebel), Minn Edina (fasa berubah) vibes sama tapi tak serupa. Penulisan pun jauh sekali nak sama.

Cumanya parallel di mana Adelia bertemu Iman dalam satu program pastu tersalah faham = Minn bertemu Jasmin dalam satu program pstu tersalah faham jugak. Adelia balik kg tinggal dengan paksu maksu lepastu berubah = Trisy balik kg tinggal dengan paksu dan nenek lepastu berubah. Dan ada lagi senanya tapi rasanya ini ja lah dulu yang aku highlight kan. Dia tak menggangu aku punya bacaan (I pernah baca novel lagi extreme terasa ke-hlovate-an) cumanya terasa macam ehhhh? (So sorry maybe I yang problem tak pandai nak bezakan)

Dan kenapa aku tetap bagi 4⭐️ sebabnya aku suka this kind of story, the quotes, the plot, & characters. Harapnya penulis teruskan menulis yang baik-baik & I still akan support, fighting!
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
February 24, 2024
Rate: 5⭐️

I don’t know how to describe this. Tp i lurveee thisss oneeee 💕💕 Buku kalini for some reason mcm lain sikit drpd vibes buku iman publication yg lain. Tak tau nak explain. Buku ni cara dia masukkan advices tu rasa mcm smooth jee, not too preachy tapi sampai dkt hati 🩵🩵

I love how the characters are full of flaws but they are embracing their flaws while also working to improve diri dan hidup diorang. This is why i love buku yg genre slice of life. Kita boleh feel apa yang diorang rasa sebab at some point most people hadapi conflict dalaman yg sama, tp yg jd different maybe situation masing2. 😌

Papepun, suka sangattt watak K.E 🫠🫠 What a man 🙊 Haish, suka dengan cara dia deal with Lia 🌸 Dia punya act of service tu 🤌🏻🤌🏻 Pastu si Adelia ni pun i lurveee. Towards the end tu huish, dia punya aura boleh tahan jgk 😮‍💨 Ayat diaa kita pun cairrr tauuu hahahha 🙈 Papepun, for me cerita ni cukup rencah la, ada sedih, ada gembira, ada jugak kelakarnya sikit. 😂 Finally, a book yang break my reading slump and idk la org lain tp buku ni buat I’m giggling 🤭 sbb relationship Adelia and K.E soo cute 🩵

For those yg tak pernah try buku iman publication, korg boleh try this onee. Sbb yg ni i think kalau bawah Manés Publication pun boleh jd. Sbb bila baca, rasa mcm vibes novel Manés jgk🫰🏻🫰🏻#emptycanvashida

Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
December 9, 2023
Ditemani bantal, tikar kecil dan botol Ridsect ..

Love this masterpiece to infinity and beyond. Suka dengan gaya penulisan Aiden Adi Syah. Penuh dengan kata-kata hikmah dan petikan quotes. Kadang bila baca buku SOL ni boleh buatkan kita bosan tapi tidak dengan buku ni. Looking forward for her next writing !
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 12, 2023
Rasa macam tengok drama 20 episod, dan ada 2 season.
Profile Image for Mslvoe.
2,115 reviews204 followers
July 17, 2024
I am the bad one.
I am the worst one.
I am the string of bad luck.
I am the selfish friend.
I am the ugly sister.
I am the horrible daughter.
I am the 'leftover'
I am the 'Why are you even here?'


BESTTTTTT! Suka sangat kisah² begini. Thank you penulis hasilkan karya yang begitu indah.. yang begitu polos.. yang begitu suci.. automatic F baca dalam keadaan duduk yang molek².. nak baring pun tak jadi.

Eeee sukalah. Auto-buy kalau penulis hasilkan buku akan datang.

Hero K.E sangat² memahami.. tak ada nak push².. marah pun bersebab. Sejenis lelaki yang memberi ruang pada Adelia untuk berterus-terang.

Adelia.. nak hug you kuat².. trust me. You memang strong girl! F suka dengan perubahan you Adelia.

Suka bila you dah berbaik dengan family you.. suka bila you choose to stay with Pak Usu dan Mak Usu bila you keluar rumah abah you. Suka bila nak dekat² ending.

Cara you tackle balik K.E itu memang klise betul 😅 F happy sangat!

Penulis.. mana lagi karya you. Suka la suka la 🩵💚

F tak sangka 1 hari je F habis baca. Dengan today takda masak, semua order je.. demi sebab taknak ada gangguan masa baca. Itupun dah baca slow².. still habis gak ceritanya.

Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
November 27, 2023
Penulisan smooth and buku best sebab floppy je.

Apa yang saya nak highlight dari buku ni 3 je:

1. Saya mula sedar kenapa kadangkala pentingnya banyakkan lakukan amal atau berinteraksi dengan orang luar. I love stay at home. Tetapi, terkadang, akan ada banyak perkara kita takkan tahu. Pengajaran yang dapat secara informal dari luar akan sangat membantu. Melalui Adelia, yang saya perasan, dia mula sedar khilaf dia bila dia ikut kelab kebajikan K.E. Salah satunya ada satu kejadian yang membuatkan dia sedar, marah macam mana pun dia akan ayahnya, sanggup ke dia bila ayah dia dah sakit and tiba-tiba dapat berita ayahnya meninggal, dia akan terima dengan baik ke? Sedangkan dengan ibunya pun diberikan masa yang sedikit setelah bertahun tak jumpa, apatah lagi dengan ayahnya yang dia ada banyak kenangan bersama kan.

2. Tentang Adli. Bagi saya, wataknya tak memberi impak sangat. Dan, ke'pergi'an dia pun tiba-tiba bagi saya. Terkilan juga bila mereka tak sempat bermaafan dengan baik dan Adli yang terkilan dengan perubahan Adelia sedangkan perubahannya adalah ke arah kebaikan. Tetapi, surat tersebut menunjukkan penerimaan dia.

3. Kadangkala kita rasa kita di pihak yang benar, ternyata boleh jadi kita sebenarnya berada di pihak yang salah. Macam Adelia ni, geram tau bila dia buat kesimpulan sendiri macam Adrea dan ayah dia bencikan dia, sedangkan cerita sebenar dia tak tahu macam mana sayangnya mereka akan dia dan banyak perkara dirahsiakan untuk jaga hatinya.

Apa-apapun, buku ni best bagi saya. Tahniah dan terima kasih penulis telah hasilkan karya ini.
Profile Image for Bell.
116 reviews3 followers
March 7, 2025
“I'm going to wait for you. If you can't come to me to cross the line, then I'll come to you. I'll cross the line for you.”

I always love 'lets meet at a better version of ourselves' couples.

Macam yang K.E. kata, dia bertuah sebab dapat jumpa Adelia dalam tiga2 dekat hidup dia, saya nak cakap saya bertuah jugak sebab dapat baca buku ni.
Saya suka sangat pembinaan watak2 dalam buku ni.
Lia ni ada depression dan anxiety tapi kita nampak macam mana penulis tulis benda ni bukan sekadar filler sahaja, sebab kita boleh nampak it takes years untuk sembuh n Lia sendiri mengaku dia belum sembuh sepenuhnya tapi dia dah boleh kawal diri sendiri.
Nasib baik happy ending ya, aku dah macam nak masuk dalam buku hempuk si K.E. ni waktu dia ragu2 dia layak ke tak untuk si Lia ni 🤣

Cuma ada certain part, kata nama ketiga watak macam kejap Lia, kejap Adelia, so tak best sikit waktu baca.

Apa pun, a nice debut from this author!
Keep it up!
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
March 25, 2024
I. Need. More
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
September 23, 2023
personal rating; 5/5🌟

genre — slice of life, romance as sub plot

trope(s) — grumpy sunshine reverse, neighbour to friends to lover, soulmates, broken past

TW— dysfunctional/broken family, mental health, depression, anxiety, panic attack, avoidance issue

📝 This is the journey of two souls. Luka dan benci yang dihadapi oleh dua jiwa. Bila ego mengatasi rindu.

Cerita ini ada empat bahagian utama. Dari pertemuan pertama antara K.E dan Adelia, backstory hidup Adelia, fasa penyembuhan dan merawat luka dan berakhir dengan sebuah penamat yang indah🌷 Buatkan pace dan flow cerita just nice. Tak tergesa gesa, we can dive deeper in main character's situation. Execution cerita ni dari awal sampai akhir bestt🥹🤍 somehow betullah it reminds me with hlovate's writing especially the references of pop culture yang author guna SANGAT LURVEE

sangat banyak quote, kata-kata, nasihat dan reminder yang menjentik hati

i just love how semua watak penting dan memainkan peranan😭🫶🏻 setiap watak sebenarnya sangat relatable. Adrea and Zafri reminds me to always check for our siblings and friends. Iman and Adel inspired me to be a better version of myself. K.E made me realize untuk buat baik dengan orang, kita kena tolong diri kita juga. its okay to share your problem and worries to someone you trust. Its okay to get help. Their struggle and effort such a heart-wrenching moment. Their parents show me that everyone is trying their best. We might forget the struggle and appreciation that they dont show to us.

K.E — a man with A plus in act of service and words of affirmation🤍 i might write a full essay about him😔🫶🏻 the way author buat character K.E sangat green but with flaws I JUST LOVE THAT. never get tired in helping and approach Adel, ada setiap masa untuk Adel. paling suka bila orang lain rasa lukisan Adel sebagai sesuatu yang depressive dan menyedihkan tapi K.E selalu interpret in another beautiful way🤍

Adelia — a broken flower that blooms in its her own cage🥀 deeply i can understand Adel's situation. the reason why she decided to close her world. to forgive yourself, your past, berdamai dengan diri sendiri dan takdir bukan satu perkara yang mudah. untuk ketenangan diri sendiri dia belajar memaafkan dan menerima. Menghargai mereka yang masih ada kerana masa takkan pernah tunggu kita. Usaha Adel sangat matang nak hug Adel🥹 vibe Adel??? music and art are her souls🎸

i love the way they be each other inspiration to be a better person. the "YOU DESERVE BETTER BUT LET ME BE THAT BETTER PERSON FOR YOU"😭💗✊🏻 ada element islamik dalam ni sukaaa😭🫶🏻 penghijrahan dan usaha Adel dan K.E such an inspiration

untuk Adelia di luar sana, terus kuat💪🏻 i pray for us to meet our own K.E🌷🤍
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
February 13, 2024
"𝙄 𝙥𝙧𝙖𝙮 𝙮𝙤𝙪 𝙬𝙞𝙡𝙡 𝙝𝙚𝙖𝙡 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙩𝙝𝙚 𝙩𝙧𝙖𝙪𝙢𝙖 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙣𝙤 𝙤𝙣𝙚 𝙖𝙥𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙯𝙚𝙙 𝙛𝙤𝙧...."

A five-🌟 read in one sitting.

Where can I find my own K.E.? Who can take care of my insecurities and make me feel at ease, without worrying about others' judgments?

Itulah yang aku duk menungkan selepas habis baca buku from IMAN Publication yang satu ni. Menyesal pula aku pick up and peramkan lama-lama dekat rak buku, kalau aku tahu betapa beautifully written buku ni digarap oleh cik penulis!

Adelia dan K.E (Bukhari)—dua insan dengan dua latar cerita yang berbeza tetapi seiras. Adelia dihantui oleh masa lalunya sehingga dirinya tidak mampu memaafkan diri sendiri, manakala K.E pula dimakan oleh rasa terhutang budi terhadap kedua ibu bapa angkatnya.

Disebabkan masa lalunya, Adelia berubah menjadi seorang yang semakin pessimist. Hilang sudah Adelia yang free-spirited. Sebab masa lalunya juga, dia mula menjadi seorang yang anti-social dan selalu terkena panic attack apabila dikerumuni ramai orang. Dia tak ada kawan. Pergi melukis kat studio puj sorang-sorang, sehinggalah K.E muncul menawarkan diri untuk menjadi kawan. Pada mulanya, Adelia enggan. Tapi lama-lama, dia mula comfortable dengan K.E kerana lelaki itu tak pernah mengalah dan sentiasa sedia berada di sampingnya when she is at her most vulnerable moment.

Weh, seriously. Buku ni sad but beautifully written. Aku suka cara penulis mengangkat isu broken family, trying to accept our insecurities and imperfections and to forgive every one that hurt us, especially TO FORGIVE OURSELVES. Sebabnya, situasi ni ada je yang berlaku dekat luar tu and we don't know about that. Mesej buku ni simple je; everyone has their OWN struggles they're currently facing and they SHOULDN'T be judged for that.

K.E, IDK why, but this type of person, memang sangat rare dan kalau jumpa memang kena cherish elok-elok. K.E is that kind of friend who will always there for you when you're on your most helpless situations, when your heart is suffocating with problems and be there when you need them the most. Aku memang tersentuh gila dengan layanan yang K.E tunjuk kepada Adelia. Walaupun dia sendiri ada masalah yang menyerabutkan kepalanya, dia still pergi comfort Adelia. To make sure she is safe and sound. I was like, "Ya Allah, where can I find my own K.E, eh? I need a K.E in my life". Effort K.E tu memang TIP TOPlah! We need more people like K.E kat atas muka bumi ni!

Malah, aku pun tertangkap leleh disebabkan baca buku ini juga tahu tak, cik penulis oi? Memang menjadi betullah dia punya babak-babak yang menyebakkan itu! Nampak tak, betapa hebatnya the author berjaya buat aku yang susah nak menangis ni sampai meleleh-leleh ni? Tak baik betul!

Paling aku sebak when Adelia finally accepts her flaws and forgives those who hurt her. Bukan ringan dugaan yang dia hadapi, tapi dia still kuat menempuh dugaan. No wonder why the book titled as 'Sampai Masa, Benci Jadi Rindu', because we can see how Adelia's hatred towards her family slowly becomes longing. And so with K.E, who at first, benci mak kandungnya sendiri tetapi akhirnya menerima kenyataan.

A sad but beautifully written. This book is a love letter to everyone who is facing their struggles that they're trying to hide from others. Learn to accept your flaws, even how ugly they are and you will see how splendiferous your insecurities and imperfections are!

–Feyssa
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
February 4, 2024
Adelia dan K.E. (Bukhari), pertemuan pertama mereka dalam satu pertandingan piano sepuluh tahun yg lepas. Sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula, di sinilah kisah mereka bermula.

“I pray you will heal from the trauma that no one apologised for…”

Adelia, seorang gadis yg mengalami panic attack. Adelia tidak boleh berada dalam suasana yg sesak, malah utk buat presentation dalam kelas pun dia tidak mampu walaupun dia cemerlang dalam pelajaran. Dia juga merasakan dirinya tidak disayangi dan minatnya pada muzik tidak mendapat sokongan dari keluarganya. Rasa sangat tersisih sampaikan dia akhirnya membawa diri. Tp tak semua benda yg Adelia rasa itu adalah benar. Salah faham membuatkan hubungan Adelia dan keluarga terutama ayahnya menjadi renggang.

K.E., seperti Adelia dia juga berasal dari broken family. K.E. merupakan anak angkat yg dalam keadaan serba salah kerana mak dan ayah angkatnya tidak mempraktikkan ajaran Islam yg sebenarnya. Mereka selalu mabuk dan K.E. serba salah untuk menegur atau membiarkan sahaja parent dia terus hanyut dalam dunia mereka.

Aku suka pendekatan K.E. pada Adelia. K.E. tak mudah give up. Sampai akhirnya Adelia yg digelar “witch” selesa berkawan dgn dia. K.E. walaupun dia ada masalah sendiri, dia cuba bantu Adelia utk mengatasi panic attack. K.E. memang sangat memberi sokongan.

Pada aku, novel ini adalah "comfort books" untuk aku. Memang sangat best. Aku suka gaya bahasa dan olahan penulis. Susunan plot juga teratur. Kisah Adelia dan K.E. ini sangat menyentuh hati. Memang elemen berkenaan isu kesihatan mental adalah fokus utama dalam novel ini. Tahniah kpd penulis, saya menantikan karya anda yg seterusnya.
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
September 7, 2023
Alhamdulillah habis cepat plk kali ni. Buku yg bagus. Menerapkn element islamic dlm buku ni.
Cerita best. Jalan cerita teratur. Walaupun dia bawak timing sebelum ni tp x serabut. Setiap bab terasa nak sgt tau apa jadi seterusnya. Curious gila lah cara penulis utk tarik minat pembaca. Susah utk stop 😁

Walaupun begitu bg sy ceritanya terlampau mendatar. Tiada element terkejut atau sedih yg terlampau. Klimax ader tp x berapa. Perasaan untuk sedih tu sekadar biasa2. Mungkin dr segi penekanan ayat part yg sedih tu kn improve.

Kalau penulis ada next book Insya Allah nk beli
Profile Image for Syeraho.
Author 7 books68 followers
Read
August 14, 2023
Novel Sampai Masa, Benci Jadi Rindu ini mengingatkan saya pada fasa memberontak dan menyimpan banyak ketidakpuashatian kepada parent, keluarga. Sangat relate dengan watak Adel; daripada sikap rebelnya sampailah minat dia pada muzik rock dan Avril Lavigne.

Saya suka novel ini sebab dia buat saya reflect balik hubungan saya dengan keluarga — kadang-kadang, ada benda yang memang kena bagi masa untuk kita ada kematangan baru kita boleh belajar, tentang tiada keluarga yang sempurna.

Tapi, apapun yang pernah jadi luka sewaktu kita membesar, sampai masa, menjadi kematangan kita untuk mencorakkan sendiri kebahagiaan diri. Ini mesej yang paling saya suka lepas menamatkan bacaan novel ini.

Paling penting, baca novel ni memang buat teringat kat novel Hlovate dulu, vibe nak sama! Sangat recommended 😁
Profile Image for Khairina.
9 reviews2 followers
December 7, 2023
3.5/5

I like the idea, but I think the author is heavily influenced by Hlovate's work. Bila baca novel ni macam boleh teka penulis ambik 'inspirasi' novel Hlovate yang mana.

Ending agak rush, not really well written.

Tapi aku suka permulaan buku dan konsep yang penulis ketengahkan. Aku suka ada input berkenaan music and art.

I enjoy it nonetheless.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
January 1, 2024
Aku sangat2 rekomenkan korang untuk baca novel ni. Serius tersangat2 best dan banyak pengajaran yang kita boleh ambik dalam naskah ini
.

Ini tentang Adelia. Dia mulai duduk dalam dunia setelah kematian ibu dan abangnya. Daripada seorang gadis yang sangat lincah. Yang boleh berdepan depan audience yang ramai masa buat persembahan. Tuptup menjadi manusia yang takut dengan keadaan yang ramai orang. Mudah diserang panic attack. Aku dapat rasa kesakitan yang ditanggung Adelia
.

K.E atau Bukhari, mulai mengenali Adelia ketika berusia 10 tahun. Ketika tu mereka sama2 membuat persembahan. Tak sangka dia kembali bertemu Adelia setelah 10 tahun dalam keadaan yang sangat berbeza. Adelia yg dia kenal dulu. Bukanlah Adelia yang sekarang. Dia terlalu dalam dunianya. Hinggakan tiada teman yang ada disisinya. K.E cuba memasuki hidup Adelia. Namun bukan mudah
.

Kesakitan, keperitan, kekecewaan. Itu yang dirasa Adelia. Tapi kadang2 apa yang kita rasa tu, berbeza dengan hakikat sebenar. Adelia rasa dia tidak disayangi, dia dipinggirkan, tidak dihargai oleh ayahnya sendiri. Namun hakikat sebenar, sangat berbeza. Tapi tulah masing2 terlalu menjunjung ego. Hingga sanggup ketepikan hati
.

Banyak perkara yang aku nak bagitau. Tapi aku rasa, better korang bace sendiri. Serius tak rugi. Korang wajib baca novel ni
.
Profile Image for Elurine.
91 reviews2 followers
July 2, 2024
I love this book so much! At first I thought this book is all about romance but nope. Sbb tajuk buku ni sendiri buatkan saya yakin this is a romance book tapi a big no! Buku ni lengkap dgn elemen, kekeluargaan, persahabatan & cinta. Cinta tu pun tipis tipis hujung je tapi just nice tak overdose tak kurang. Cukup sempurna utk faham kisah K.E & lia. Byk sgt nak ulas dalam cerita ni but I all I can say I’m so proud of lia & K.E but honestly I’m more proud of Lia. I wish I can hug her and get rid of her sadness tapi takpe sbb K.E dah buatkan tu semua utk lia. I want K.E one in my life please 🥹. Both ml & fl have such strong characters. Dua dua ada kisah tersendiri yg hampir sama like diorang mmg akan boleh faham each other problems. Yang paling penting, K.E sentiasa ada utk Lia walaupun awal awal cerita rasa nak marah juga dgn K.E sbb semudah itu dia judge Lia tapi lama lama saya yg baca ni yg blushing.

K.E pun bila tgk lia nak berubah dia pun slow slow cuba ubah diri dia sendiri to be a better person. Diorang ni ibarat wrong time right person. But the confession got me blushing, giggling, kicking my feet in the air. Arghhhh stresnya single tapi baca cerita cinta org ni hm. Oh satu lagi lupa, lia ni byk betul bakat dia & dia pandai in academic. Cuma tetap ada kekurangannya tapi nasib baik bakat dia yg satu tu masih melekat dlm diri dia. Rasa proud mom sgt lah tgk lia ni, tgk dia berjaya utk apa yg dia usahakan 🥹🫶🏻🫶🏻.

Btw ni buku fiksyen pertama dari iman yg saya baca & saya tidak menyesal beli. Buku ni menyedarkan tentang mental health yg wujud je di sekeliling kita atau diri sendiri cuma kita sedar atau tidak. Apa apa yg jadi dlm hidup kita, agama & iman mesti nombor satu dalam hidup supaya hidup jadi teratur & tenang sama macam watak lia dan K.E. Dan last sekali buku ni cuma saya ambil saya satu hari atau kurang dari 24 jam utk seorang pembaca siput seperti saya 🤣 apapun tahniah penulis & iman utk cerita yg sangat memberi impak dan inspirasi!
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
March 2, 2024
“Kebahagiaan tu macam tetamu yang datang melawat. Dia tak kekal lama..”

Apa yang kita rasa tak semestinya betul. Ego yang dijulang hingga membutakan hati, menoktahkan kasih sayang.
Profile Image for Limau Nipis.
667 reviews25 followers
June 14, 2024
Rating terakhir 3.5 bintang

Sekiranya buku ini saya baca ketika saya meningkat remaja, mungkin saya akan berikan 4 atau 5 bintang. Tetapi, zaman itu telah berlalu lebih 20 tahun, dan saya sendiri sudah usai lebih menyukai penulis yang berpuitis kosa katanya, atau jalan cerita yang lebih mengarah kepada kehidupan sebenar. Buku ini adalah seperti melihat tayangan drama Melayu di kaca televisyen.

Novel ini realistik hanya pada satu-satu masa, kerana ada pembahagian 4 dekad untuk K.E. (Bukhari) dan Adelia. Untuk bertemu susuk seperti K.E. bukan mudah, penulis terlalu melukis watak ini sebagai seorang yang perfectionist, yang mungkin bagi pembaca matang agak susah hendak menerima personaliti terlalu sempurna ini.

Saya lebih suka watak Adelia kerana Adelia itu lebih hidup sekiranya watak itu diletakkan di alam nyata. Adelia mengalami depresi, dan ini dinyatakan dengan cantik oleh penulis.

Tema-tema sampingan di dalam buku ini mengenai muzik (klasikal dan rock), lukisan (arts), depresi dan ketidakpercayaan kepada diri membuatkan saya lebih menghargai buku ini.

Ada orang kata gaya penulisan lebih kepada Hlovate, tetapi saya hanya membaca sebuah buku Hlovate, dan sudah terlalu lama untuk saya imbas kembali gaya penulisan beliau.

Anyway, bravo untuk penulis untuk tema-tema yang diselitkan selain kisah pertumbuhan cinta K.E. dan Adelia.
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
January 21, 2024
Sebuah karya yang sederhana. Masih ada ruang untuk diperbaiki dari segi pengembangan watak. Hampir semua watak boleh diduga perwatakannya. Tiada yang luarbiasa.

Bagi saya, watak Adrea dan Iman lebih memberi impak. Penulis berjaya buat saya berteka-teki sama ada Iman dan Adrea ni protagonis atau antagonis. Berbanding yang lain perwatakan mereka straight to the point.

Jalan cerita pula diolah dengan baik walaupun plot yang dicipta tidak cukup membuatkan saya daripada benci bertukar rindu kepada K.E.

Apa pun, pemulaan yang bagus untuk penulis.
Profile Image for Fatin Azira.
90 reviews2 followers
October 12, 2023
This deserved a solid 5 ⭐️ Saya tahu this would be a copy that I would re-read over and over sampai jadi belacan. Bila tengok review lain, saya agak vibe-nya akan lebih kurang sama dengan cara penulisan HLOVATE. So, I have a high expectation for this.

Bila baca, yep — satu naskah yang boleh buat mereka yang rindukan cara hlovate menyampaikan dakwah hilang 🙌🏽 Aiden punya cara tersendiri untuk make such heavy topic feels ‘lighter’ untuk dibaca tapi pada masa yang sama tak kurangkan ‘berat’ situasi itu sendiri. A justice writer, and that is not easy to accomplished.

I really enjoy the way plot cerita disusun. Walaupun, ceritanya menyusur hampir 3 dekad — the flashback and the present disampaikan dalam keadaan yang tidak memeningkan. No unnecessary scenes too.

Fuh, good job penulis dan team editor! :)
Profile Image for pillowswallow.
1 review
October 10, 2023
I found everything in this book. Thank u penulis. Buku ni macam buat saya ter reflect balik diri saya and give me something that cant explain by words. I respect with Adelia so much. Dia kuat sangat. And K.E i love him so so muchh. Saya suka dua watak ni tak lack of communication and i love it how they talked to each other. Tenang je rasa. Jujur, lepas baca buku ni memang rasa nak peluk balik mama abah dan minta maaf sebab selalu rebel. One more, saya suka dengan isu yang diketengahkan dalam buku ni.
Everything in this book was perfect.

It well written for me. Saya dapat apa yang saya nak dari buku ni. This book probably gonna be my one of my comfort book mehehehe. Im looking forward for your next work in the future. Hwaitiing!!

pls : english saya memang terabur.
First time saya tulis review.
24 reviews
August 16, 2023
i already expected this book to have romantic parts based on the title itself but I didn't expect it to have depressive parts too. not to mention that i genuinely cringed a lot but it's a cringed-but-i-enjoy-it-because-i-wanna-experience-it-too type of cringe. so i approved 👍

plus, it took me 5 days to finish this book because in the beginning of the plots, it tells about some music and fine arts stuff which i find a bit hard for me to understand the picture. but the plots about music and such are important for the plots so i couldn't care less but to continue my reading.

when i read the synopsis, it tells me about the journey of two souls that have difficulty in moving on in their lives. that's the reason i bought this book. to read about moving on from the past and not holding it. it's a good book. really enjoy my time reading this.
Profile Image for Nad.
378 reviews
December 3, 2024
Agak membosankan.

Okay dapat juga habiskan buku ni sebab orang kata ML dia green flag da da da.
And mehh
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews366 followers
October 11, 2025
Adelia ni dulunya seorang rocker terkenal tapi sekarang memilih untuk menyendiri dan menjauhkan diri daripada dunia. Dia hidup dengan luka yang tak pernah sembuh, terutamanya daripada keluarga yang tak pernah peduli. Kemunculan seorang jejaka bernama K.E, membuka ruang kepada Adelia untuk slowly mengenali semula dirinya sendiri. K.E ni bukannya penyelamat, dia sendiri cuba melarikan diri daripada masa silam yang menghantui. Disebabkan kesamaan luka dan keinginan untuk sembuh, dorang bercinta. Dalam proses itu, dorang belajar bahawa membenci masa lalu tu tak akan mengubah sejarah itu, dan maybe dah sampai waktu untuk melepaskan dan memaafkan.

Cerita yang simple. Naratifnya digarap dengan kedalaman psikologi yang mengesankan.

Adelia ni tipikal generasi yang dibesarkan dalam kekosongan emosi dan harapan yang tak pernah dipenuhi. K.E pula bertentangan dengan stereotaip lelaki masa kini - berpewatakan lembut, sabar, dan tak memaksa. Aku suka hubungan dorang yang dibina dengan perlahan, penuh ketegangan dan kejujuran. Ini baru novel slife of life - hidup dan realistik.

Gaya bahasa Aiden boleh tahan puitis, tapi mudah difahami. Dialognya bersahaja dan naratifnya bergerak dengan ritma yang sesuai untuk tema pemulihan dan introspeksi. Dia bijak menggunakan simbolisme - seperti muzik, senyuman yang tidak sempurna, dan nota kecil - untuk menyampaikan lapisan emosi yang tak dinyatakan secara langsung. Bahasa yang digunakan memperlihatkan pengaruh spiritual dan nilai-nilai Islam, namun disampaikan dengan cara yang lembut dan tidak dogmatik.

Temanya agak relevan dengan realiti kehidupan anak muda hari ini - tentang trauma, pengabaian emosi, dan keperluan untuk berdamai dengan diri sendiri. Novel ini mengangkat isu mental health dengan empati dan kehalusan, agak menyentuh jiwa juga untuk seorang pakcik yang berhati kering seperti aku.

Untuk kritikan, aku nak sebut ada momen - momen dramatik yang aku rasa canggung apabila dipaksakan, seperti pertemuan semula yang eh, so conincident? ini mengurangkan impak emosi. And Aiden sebagai penulis baru perlu lebih berani untuk keluar daripada bayang - bayang pengaruh dan membentuk identiti penulisan yang benar - benar miliknya sendiri.

As a debut, ini percubaan yang aku kira berjaya. Ada impak pembacaan yang bagus, dan harus dipuji.

3.5 / 5 stars
Profile Image for lysareading.
311 reviews42 followers
August 14, 2023
— Meleleh juga air mataku

I sebenarnya first time menangis baca buku daripada IMAN Publication. Buku ni ada different vibe.

Tema: Dysfunctional family
TW: anxiety, depression, avoidance, fright, mental health issue
____

Dengan zero expectation, I ingat ceritanya fokus tentang anak yang tersakiti dgn parents dia. But it was more than that. It felt too personal for me. Hidup Adelia daripada seawal usia, tak pernah indah. Dari sedekad ke sedekad yg seterusnya buat I faham apa yg dia lalui — Feeling unwanted.

Adelia ni seorang yg artistik. Suruh dia buat lagu, gerenti menang anugerah. A music prodigy and so talented! Namun begitu, Adelia rasa dia tak perlu wujud. Paling sedih sampai effect fizikal dan mental dia. Agak susah I nak rate 'pain' buku ni sbb nak rate mcm mana weh if perasaan kita semua berbeza-beza? 😭 Yang pasti, I sedih & tersakiti.

Datang pula K.E selaku org asing pada mulanya. Bagi I, kisah K.E best sbb kes dgn family dia pun bergelora ye. Agak caring juga K.E ni dgn Adelia. Sejenis manusia yg tak boleh tengok org susah, mesti nak je tolong. So supportive! Cuma satu je yg I kurang berkenan, his short temper. Maybe situasi masa kecil yg buat dia begitu. Overall, mmg kisah mereka bagai langit dan bumi.

Ingat yg I cakap buku ni bkn fokus kpd anak shj? Ye bukan.
____

Apa yg I banyak belajar:

• Membaiki hubungan keluarga dan menjadi ibu bapa itu tidak mudah. Tak pernah lah jumpa video tutorial 😭 Someone must take the first step. Selalu adakan 'heart-to-heart session' dgn family. Each of us really need to know how to communicate. Bkn takat cakap kosong then marah-marah.

I found this book non-preachy and I love it that way. The title pinpoints exactly the lesson of this book. However, I need the trigger warnings bcs my heart is so fragile ❤️‍🩹 Thank you to the author for writing this book. I feel seen. Looking forward for your piece(s) 🤍
Profile Image for Far.Zana25.
117 reviews1 follower
December 1, 2023
🎸𝑨𝒅𝒆𝒍𝒊𝒂... Sikapnya suka memberontak menjelang usia remajanya menjadikan ianya titik permulaan kepada semua benda yg terjadi di dlm hidupnya. Bermula dgn rasa tidak puas hati, tidak adil oleh sikap papanya yg tidak suka dgn minatnya terhadap dunia rock.

🎸𝑲.𝑬... “𝐻𝑖 𝑚𝑦 𝑛𝑎𝑚𝑒 𝑖𝑠 𝐵𝑢𝑘ℎ𝑎𝑟𝑖. 𝐼'𝑚 𝑓𝑟𝑜𝑚 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 𝑡𝑜𝑜!” -- “𝐼'𝑚 𝑡ℎ𝑒 𝑜𝑛𝑒 𝑤ℎ𝑜 𝑠ℎ𝑜𝑢𝑙𝑑 𝑔𝑒𝑡 𝑔𝑜𝑙𝑑. 𝑁𝑜𝑡 𝑠𝑜𝑚𝑒𝑜𝑛𝑒 𝑤ℎ𝑜 𝑝𝑙𝑎𝑦𝑠 𝑙𝑖𝑘𝑒 𝑦𝑜𝑢. 𝑊ℎ𝑎𝑡 𝑎 𝑙𝑜𝑠𝑒𝑟...” itulah pertemuan pertama di antara K.E. dan juga Adel.

🎸Buku ni menceritakan tentang kehidupan Adel yg penuh dengan rasa kecewa, sedih, anxiety, depression dan ego.. Semua rasa ini berjaya diceritakan oleh penulis di dalam novel Sampai Masa, Benci Jadi Rindu. ❣

🎸Pertemuan semula Adel dan K.E. berjaya merungkai kisah silam mereka berdua 1 per 1. Kisah silam yg agak sukar utk dirungkaikan. Dimana, masing² melibatkan masalah keluarga. Adel yg masih dirundung rasa dendam di dlm diri terhadap keluarganya terutama papanya.

🎸K.E. pula masih dgn rasa bersalahnya dgn keluarga angkatnya. Namun, K.E. lebih berminat utk membantu Adel yg dikatakan diri Adel seorang yg misteri a.k.a. scary. Pelbagai spekulasi dan juga gosip mengenai Adel yg K.E. dengari tapi itu bukan 1 penghalang utknya mengenali Adel.

🎸Mulanya sukar utk runtuhkan benteng Adel tapi tidak lama, sedikit demi sedikit Adel mula berminat utk rapatkan diri dgn K.E. dan siapa sangka jiran sebelah rumah adalah org yg pernah dia kagumi sewaktu pertandingan piano di Seattle dahulu.

🎸SPOILER⚠️ Mereka berdua berjaya membaiki masa silam lalu dgn bantuan masing² walaupun ambil masa yg lama.

🎸Dkt sini aku belajar yg kalau ada di antara kawan korang atau ahli keluarga yg ada masalah seperti Adel, jangan bagi dia berterusan bersendirian. Sebab benda tu akan memudaratkan lagi keadaan.

🎸Aku suka giler buku ni sbb jalan cerita dia sgt mudah utk faham dan banyak nasihat yg turut diselit dlm setiap cerita.

#SampaiMasaBenciJadiRindu #AidenAdiSyah #imanpublication #farzreads #bookreview2023 #booklover
Displaying 1 - 30 of 85 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.