Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteriku 19 tahun

Rate this book
Aku jaga kau, jaga sampai kau mampu jaga diri sendiri…

“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin…” ZUYYIN
Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua…
“Abang Akif jahat!” - ZUYYIN
“Ah, sudah! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!” – AKIF

Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan.
Berhadapan dengan abang kandung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagi menantu akibat dendam pada masa lalu.

“Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman.
“Sebab saya benci dia! Saya benci keturunan Islah! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah” - Puan Maria, mama Akif dan Aiman.

Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.

“Akif?”
“Hurm?”
“Kau pernah bercinta?”
“Tak pernah...”
“Cuma...”
“Cuma?”
“Aku rasa, aku nak bercinta... Sekarang...”

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu?

587 pages, Paperback

First published January 1, 2014

45 people are currently reading
431 people want to read

About the author

Cik Gadis

1 book21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
96 (35%)
4 stars
79 (29%)
3 stars
72 (26%)
2 stars
13 (4%)
1 star
8 (2%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
March 21, 2019
Masih dalam track membaca novel cinta ya gais. Well, thanks to PNMeReader. Dapat la baca novel ni. Isteriku 19 Tahun. Tajuk yg tang 19 tahun tu yg menarik perhatian sebenarnya. Dan dpt jangka, heroin sah sah akan ada perangai kebudak budakkan kuasa dua. Haha.

Simpati dekat Aiman. Selalu jadi kesian dekat watak hero kedua yg tidak dipilih. Tapi dlm kes Aiman. Dia tersepit. Wasiat atuk dia utk satukan adik dia (Akif) dgn perempuan yg dia sayang (Yeyen). Dia pun tak boleh nak buat apa selain redha dgn segala takdir yg Allah dah tentukan. Happy jgk dgn jln cerita buat Aiman.

At first, rasa mcm Akif ni buat main hubungan perkahwinan. Dan dia setuju kahwin pun sbb wasiat atuk dia. Bukan dia ada perasaan pun dkt Yeyen tu. Tapi dh kahwin kan. Mana nak lari la perasaan syg tu. Lagi lagi bila sebenarnya ada lama dh rasa tu cuma baru nak sedar. Akif ni watak yg sederhana. Tak romantik manis teruk sangat. Tapi once dia manis. Tersenyum jgk la. Dia terima Yeyen tu eventho Yeyen tu muda. Paling suka bila apa saja yg dia buat dan fikirkan utk isteri dia tu. Mesti bersebab. Org matang kalau berfikir mmg jauh.

Lain pulak si Yeyen. Apa lagi nak diexpect. Haha. Muda & masih banyak lg benda nak belajar. Lain yg Akif cakap dan maksudkan, lain yg dia fikir.

Konflik utama is dendam mak mertua Yeyen dekat dia. Tapi nasib baik ending dia baik baik saja. Yihaa!

Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
March 1, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like it, mainly kerana ia membuat N lupa tentang stress di pejabat! Ceritanya yang tak berat ditambah dengan penggunaan bahasa yang ringkas membuat novel Isteriku 19 Tahun ini the perfect stress-reliever for me.

Tapi harus diingatkan tak semua akan suka or setuju dengan pendapat N. Even I have to admit, despite me enjoying and practically hadam buku ni one seating, novel ini ada kekurangannya. Watak-watak pun boleh tahan tahap childish-nya, dan ia tak se-humourous yang N harapkan. N ingat it would be a romantic-comedy, tapi rupanya tak jugak. Adalah part2 yang humourous, tapi taklah sampai tahap N tergelak or tersengih sorang-sorang.

However, it is still a good read. For me.

But can I just say that bahagian yang paling N suka is the epilog at the end. N rasa that was the moment when N finally rasa Akif and Zuyyin ni sweet together.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
January 23, 2014

Review:

Yeyen dan Kikif..hehe..dah gelak sorang-sorang saya bila baca gelaran manja macam tu..dalam kepala terbayang-bayang hamster duk berlari-lari gembira atas roda dalam sangkar mereka..hahaa..

Pasangan yang dikahwinkan atas wasiat atuk mereka. Zuyyin a.k.a Yeyen tak di sukai olek Akif a.k.a Kikif. Tapi bila dah disatukan bibit-bibit cinta mula timbul. Ada sedikit konflik bila Zuyyin di benci ibu Akif.

Pengakhiran yang gembira.

*Cliche..hehe..pandai je mengomen cliche ye..ingat senang nak menulis farah oii?


Kata saya:
Niat di hati nak mengurangkan dah membaca novel.
Tapi bila baca sinopsis belakang novel, saya pernah baca online kisah ni. Dan ketika itu saya sangat tak sabar menunggu kisah ini dibukukan..

Tapi bila di bukukan, dan selesai baca..hmm...bacaan boleh dibaca..not so bad actually. Mungkin untuk remaja-remaja masa kini barangkali tapi untuk saya yang umur dah nak menginjak 3 series ni kurang kena rasanya dengan jiwa.. :)

Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 31, 2014
Akif dan Zuyyin tak pernah sangka mereka akan disatukan atas permintaan datuk mereka. Hubungan mereka tak pernah aman sedari awal. Lebih-lebih lagi Zuyyin ni memang jadi kebencian ibu Akif sedari dulu. Sejarah hitam yang berlaku dalam keluarga mereka menjadi penyebab kebencian. Jadi, memang nampak mustahil sangat penyatuan mereka berdua ni.

Bagi Akif pula, bukan setakat perasaan ‘tak suka’nya pada Zuyyin yang memustahilkan hasrat datuknya. Tapi lebih pada menjaga perasaan Aiman, abang kesayangannya yang memang sukakan Zuyyin. Namun, atas dasar menghormati permintaan datuk yang telah pergi, mereka tetap disatukan.

Memang menjadi cabaran buat keduanya selepas berkahwin. Iyalah, macam mana gadis berusia 19 tahun nak sesuaikan diri jadi seorang isteri seorang lelaki yang tak pernah sukakan dia? Tapi lama kelamaan perasaan tak suka tu bertukar menjadi suka antara mereka. Bila masing-masing dah mula sedar perasaan sendiri memang mudahlah perjalanan hidup mereka.

Cuma yang menjadi kegusaran Akif adalah kalau-kalau Aiman menuntut janji Akif yang kononnya mahu kembalikan Zuyyin selepas keputusan peperiksaan STPM Zuyyin di kala hatinya sudah pasti dengan perasaannya terhadap Zuyyin. Berjayakah Akif mempertahankan perkahwinannya bila kebencian si ibu terhadap isterinya sangat menebal?

Komen saya: Cerita ni memang agak menarik di permulaan. Sebab seronok mengikuti perkembangan hubungan mereka yang macam anjing dan kucing sedari mula. Biarpun tak disukai, Zuyyin tetap tabah mengharungi semua kata-kata sinis Akif. Lagipun Akif ni takdelah teruk sangat pun. Jaga gengsi je lebih. Haha. Tapi graf pembacaan mula merudum bila adakalanya saya rasa Akif ni tak bertindak matang seiring usia dia. Bila ada masalah dengan Zuyyin, kena ada orang tengah yang jadi pendamai. Aduhai... Walaupun nampak kebudakan, saya masih mampu menghadamkan kisah ini dengan baik. Tahniah buat penulis atas kelahiran buku ini. Terbit juga buku ni setelah sekian lama menanti. Moga lebih banyak lagi kisah lain yang bakal menyusul selepas ini. :)
Profile Image for Rynna.
132 reviews
December 21, 2013
cerita yg sangat kebudak-budakan... tak kena dengan sy...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 28, 2014
Zuyyin adalah seorang gadis anak yatim piatu yang berumur 19 tahun. Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya di kampung. Bila neneknya meninggal dunia dan datuknya rasa umurnya sudah tidak lama lagi, dia mengesyorkan supaya Akif mengahwini Zuyyin. Kedua Akif dan Zuyyin tidak setuju untuk dijodohkan. Akif tahu bahawa abangnya, Aiman, mencintai Zuyyin. Dia tidak mahu melukakan hati abangnya. Zuyyin pula rasa Akif berhati batu. Dia takut rumahtangga mereka tidak akan aman. Terutama sekali bila dia tahu mama Akif membenci dirinya. Setelah datuk Zuyyin berjaya memujuk Akif, barulah Akif bersedia untuk menikah dengan Zuyyin. Hidup mereka tidak macam suami-isteri yang lain. Tetapi lama-kelamaan, mereka mula menyesuaikan diri mereka. Rasa sayang dan cinta bercambah. Tiba-tiba Zuyyin dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UNIMAS di Sarawak. Zuyyin keberatan untuk meninggalkan Akif tetapi Akif pula berkeras supaya Zuyyin meneruskan cita-citanya. Akhirnya Zuyyin bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya. Tempoh Zuyyin belajar di UNIMAS telah mendewasakan Zuyyin. Akif di Semenanjung pula bertungkus-lumus untuk mendamaikan hubungan mamanya dengan Zuyyin. Mama Akif berdendam dengan arwah ibu Zuyyin kerana dia telah menyebabkan kematian adiknya. Zuyyin dibenci kerana dia adalah keturunan wanita yang menyebabkan adiknya meninggal. Tetapi setelah Akif menegur dirinya, dia mula sedar akan kekhilafan diri. Pada hari raya tahun itu, hubungan mereka mula mesra. Akif sentiasa cuba untuk melindungi Zuyyin dengan caranya yang tersendiri. Zuyyin pula sekarang punyai suami serta keluarga yang menyanyangi dirinya. Hidupnya akhirnya lengkap.
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
January 6, 2014
Saya suka cerita ni walau pada awalnya saya rasa mcm cerita terlalu biasa dan keremajaan sikit. Tapi endingnya bagus dan Akif yg matang sangat saya suka.

Pada saya, penulis mmg berbakat dan saya suka bila penulis menyatakan yg tak semestinya cinta selepas kahwin tak membahagiakan. Cinta lepas kahwin lebih baik kerana mengumpul dosa waktu bercinta.

Semoga penulis ini akan terus berkarya dan tahniah walau anda masih muda tapi pemikiran anda matang. :D
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 25, 2015
2.5*

baca-skip-baca-skip-dan begitulah seterusnya...

faktor2 kenapa aku byk skip
-jln cerita yg agak membosankan
-tak x mood nk baca, tp paksakan diri utk baca sbb ni novel pinjam bkn aku punya

boleh lah hadam ckit2...

tp ada satu benda yg aku suka pasal novel ni...nama panggilan diorg ; Kikif & Yeyen...aku rasa nama panggilan diorg tu cute lah! N sweet too!
53 reviews44 followers
December 25, 2013
sebuah novel yg agak menarik..santai untuk dibaca..elemen kekeluargaan dan kasih sayang yg kuat...definisi cinta yg luas..kesedihan yg melanda zuyyin bertimpa timpa...hanya akif yg berupaya merawat dan menjaga zuyyin
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #23 - 2014

Sedikit seperti membaca buku cinta keremajaan but not to worry. Not membosankan langsung. Bahasa mudah, mudah dihadam. Cara penulisan pun tak boring membaca. CUMA, a bit annoyed with their pet names -- yeyen & kikif (???)
Profile Image for Zyra.
28 reviews
March 29, 2020
Kalau dulu baca dekat blog mcm okay je cerita ni. Tp sbb baru baca buku ni aritu, mungkin sbb faktor usia makin tua rasa mcm buku ni sesuai utk remaja je. Tp sy tetap layan sampai habis.

Pape pn suka gelaran yeyen and kikif. Nanti hasmster aku yg tgh bunting tu beranak aku nk bg nama anak dia ikot jantina. Comellll gelaran yeyen n kikif 😍😘
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
May 9, 2014
Isteriku 19 Tahun
4.5****

Untuk buah tangan yang pertama daripada novelis yang baru CikGadis telah berjaya menghasilkan suatu jalan cerita yang sangat menarik. Tahniah diucapkan kepada beliau untuk naskah ini.

Membaca Isteriku 19 Tahun sangat menarik. Watak watak yang ada sangat well balanced.

Zuyyin @ Ayien @ Yeyen
~ Seorang gadis yang tabah dalam menghadapi kehilangan demi kehilangan dalam hidupnya.
~ Dibenci oleh Maklong Maria sejak kecil lagi tanpa diketahui puncanya.
~ Memasak memang tak termasuk dalam list dia.
~ Zuyyin yang comel bila nak maki orang. Siap dengan @#$%&*+?!...
~ 19 tahun!

Akif @ Kif @ Kikif
~ Diamanahkan oleh arwah atuknya untuk 'menjaga' Zuyyin
~ Bersikap melindungi dengan caranya yang tersendiri.
~ Berusaha untuk merapatkan mama dan Zuyyin serta memadamkan api kebencian yang ada dalam diri Puan Maria.
~ Menerima Zuyyin seadanya dan mencintai isterinya dengan cara yang tersendiri. Tertarik dengan cara Akif meluahkan perasaannya dalam panggung wayang,sambil tengok Transformers lagi.

Mengambil masa beberapa hari juga untuk menghabiskan pembacaan dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tersenyum dan kadangkala ketawa dengan telatah Zuyyin yang keanak-anakan dalam melayari rumahtangga ala-ala kahwin terpaksa ini. Akif pulak cuba untuk membuka hatinya buat sang isteri 19 tahunnya. Comel!

Ida sebenarnya ingin memberikan 5***** untuk naskah ini tetapi...
Kesalahan penggunaan ayat Bahasa Inggeris dari segi grammar dan typo mengganggu pembacaan. Ada ayat yang janggal apabila salah perkataan digunakan. Boleh diperbaiki untuk naskah yang akan datang. Kerjasama antara novelis dan Editor perlu untuk meminima kesalahan ini.

My two cents :
Ida tak sure style yang orang lain guna bila membaca novel. Bagi Ida bila nampak kesilapan yang nyata yang mungkin penulis / editor tidak nampak menjadi tanggungjawab Ida sebagai pembaca untuk menegur supaya ianya dapat diperbaiki. Supaya naskah berikut dan seterusnya dapat diperkemaskan lagi.

Tak suka tak apa..dan maaf andai ianya menjadi isu buat sesetengah pihak. We have our own personal way of doing something we love. If my way is a wrong way, then my sincere apologies to you out there. If you see something in a positive way,things will be positive. If you see everything in a negative way, then everything will be negative.

Know me well before you judge me. :)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 20, 2015
entah bila masa la beli buku nie... tengok tajuk memang tak terliur langsung nak baca. tapi bila mula selak dan baca, belum cecah 20ms, buku nie dah ada tarikannya. olahan bahasa dengan dialog yang amat bersahaja cukup untuk menarik minat untuk selak muka surat seterusnya.. ada masa boleh senyum dan gelak sorang2 dibuatnya. tajuk yang tak best digantikan dengan cerita yang sederhana dan mencuit hati. don't judge a book by its' cover... perkembangan dan perjalanan cerita pun takdelah meleret mana..
akif bersetuju untuk berkahwin dengan zuyyin atas wasiat datuknya walaupun pada mulanya dia menolak kerana tahu aiman, abangnya yang punya perasaan terhadap zuyyin. mereka berkawan dan hubungan makin rapat walaupun sering bertengkar. hana dan hani, adik2 kepada akif yang memainkan peranan dalam merapatkan hubungan mereka di awalan. akif mula ada rasa cemburu bila aiman yang datang memujuk zuyyin yang ketika itu merajuk dengannya. walaupun dia sering menafikan tetapi dalam hati memang ada timbul perasaan sayang pada zuyyin. dan zuyyin juga begitu. cuma, puan maria ibu pada akif merangkap maklong pada zuyyin amat membenci zuyyin kerana menganggap arwah ibu zuyyin, islah adalah pembunuh adiknya. ini kerana islah memutuskan pertunangannya dengan adik puan maria dua bulan dari tarikh mereka patut bernikah membuatkan adiknya, malik makan pil tidur secara berlebihan. akif dan adik beradiknya maklum perasaan benci puan maria itu. seterusnya?.. hubungan akif dan zuyyin?.. perasaan aiman terhadap zuyyin?.. janji akif terhadap aiman?.. dendam puan maria terhadap zuyyin?.. cari beb buku nie... yang pasti akan jumpa resepi baru, speggeti kicap...
......"yen, sayang aku kat kau lagi banyak daripada jumlah decepticons dan autobots kat dunia ni. sekalipun campur dengan autobots dan decepticons yang ada kat bulan tu, dia orang masih tak boleh menandingi sayang aku kat kau"..........
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
January 4, 2014
Kisah menarik antara Zuyyin dan Akif. Ada sedih,kelakar.Suka bila mereka guna kau aku tu. Cuma bila mereka dah berbaik tu gelaran kat Akif saya kurang suka. Biar panggil Akif pun tak apa. Tapi mugkin penulis ada alasan tertentuutuk gunakan nama tu.

TAHNIAH buat penulis untuk buku pertama beliau rasanya. Harap ada lagi karya dia di masa hadapan.
Profile Image for Mak Ain.
7 reviews5 followers
December 26, 2013
Dont judge the book by its title.. A good read on the many ways of showing our love to someone! Do read in between the lines and you'll fine lots of lesson learned
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
May 3, 2014
Huhh!!.... Let see what we have here.... Childish story morie.... Cepat la habis baca novel ni.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
June 10, 2014
not bad bg percubaan pertama penulis ni. aku terhibur dgn jln ceritanya.. x memeningkan sgt kepala. santai n relax je aku m'bacanya..
Profile Image for シティ.
264 reviews
Currently reading
July 26, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

“Silence is a girl’s loudest cry. She’s really hurt when she’s start to ignore,”

Dalam rumah tangga, siapa yang salah tak penting. Tapi, macam mana nak betulkan yang salah itu lebih penting sebenarnya.

“Hot chocolate?” soal Aiman apabila Lydia sudah letak cawan di atas meja.

“It will make you feel relaxed and make you sleep without a noise. Minumlah.”

Cinta itu akan menjadi lukisan yang indah jika kita melakarnya dengan berus keikhlasan...

Bila cakap dengan orang business ni, memang susahlah. Semuanya nak kira untung rugi. Semuanya nak fikirkan faedah yang dia dapat. Alahai, sabarlah hati. Jangan pernah terfikir dapat bunga sekuntum pun daripada Akif.

“Dan cinta itu juga bukan untuk ditunjuk-tunjuk.”

“Cinta itu, sesuatu yang perlu dilafazkan, Akif.” Itu fikiran budak 19 tahun, macam Zuyyin yang belum pernah merasa dilamun cinta.

Bagi Zuyyin, cinta itu adalah sesuatu yang perlu dilafazkan, yang perlu ditunjukkan. Lagipun, macam mana kita nak tahu seseorang itu sayang kita kalau dia tak beritahu kita, kan? Hati manusia bukan mesin, yang boleh diprogramkan. Tiada lagi mesin yang dicipta untuk membaca hati manusia.

“Cinta itu sifatnya bersederhana, Zuyyin. Aku tak rasa bagi satu boot bunga itu cara kau menunjukkan kesederhanaan cinta itu. Bagi aku, cukup kita tahu yang kita saling menyayangi, saling menghargai antara satu sama lain. Itu definisi cinta aku.” Akif memandang sekilas kepada isterinya sebelum menyambung.

“Lagipun, kalau kau dah ada dia, ada seseorang yang sudah melengkapkan hidup kau, kau tak akan perlukan satu boot bunga tu lagi.” Akif menyudahkan ayatnya dengan senyuman sinis, khas untuk Zuyyin yang memandangnya dengan jelak.

“Nope. Aku manusia yang realistik. Lagipun, buat apa nak canang satu dunia yang kau sayang dia? Cinta, ia untuk dinikmati dan dikongsi antara dua orang sahaja, bukan satu dunia...” Akif bentang hujah.

“Betul, sebab tu aku cakap cinta bukan matematik. Satu dibahagi dua tak akan jadi separuh, tapi akan jadi dua. Jadi double.”

“Entah. Aku cuma ikut gerak hati aku. Macam omputih selalu cakap, listen to your heart, it will guide you to your path.” Sengih.

“Listen to your heart, that is what they say, listen to your heart, you will be okay. Just listen to you heart, and you will find all your hopes and fears, will turn out fine...” Akif menyanyi sebuah lagu lama sambil buat gaya main gitar.

“Mulut awak mungkin boleh mencipta pelbagai alasan, tapi hati awak tak. Semakin awak ikut kata hati awak, semakin dalam lukanya nanti. Just stop Aiman, sementara awak masih mampu mengawalnya.”

“Jangan terlalu lama terpaku di pintu yang sama, Aiman. Lihatlah sekeliling, mungkin ada pintu yang terbuka, sedia menerima kehadiran awak. Mencintai seseorang yang tak pernah sedar akan kehadiran awak, selalunya akan berakhir dengan pembaziran.”

220
1 review1 follower
December 2, 2021
Baca buku ni betul2 2/3 minggu slps novel ni publish. Tdetik nak baca balik sbb nak tahu kenapa x ingat lansung jalan cerita ni.. baca balik baru teringat jalan cerita dia mcm mana. So, xdelah nak baca balik cite ni smpai habis.
Jalan cerita okaylah.. not bad. Tp character yg dibawa oleh kedua2 watak utama sgt x puas hati. Ye, budak tu baru 19 tahun and suami pun belum masuk 30. Tp kenapa nak ejek mengejek menggunakan kata2 seperti terencat, retard, lahir x cukup sifat. Tidak terfikir ker, pembaca yg mpunyai keluarga seperti ini mungkin akan terasa? Lagi satu, lawak x sampai.
Terus terang lah apa yg saya nak smpaikan ye.. penulis buku ni tidak matang dari segi bahasa dan penulisan.
1 review
December 6, 2020
Novel ni memang best...ada rasa sedih,lawak,happy and geli2 sikit..watak akif dgn ayien tu mula2 min rasa geram,lepastu bila tengah2 min rasa little sweet then akhir2 tu min rasa sweet gila! Kalau boleh min nak buku ni jadi drama kat tv3..min mula baca buku ni waktu kakak min yg beli untuk diri dia, lepastu min rasa dah x tau nk buat apa, mula lah min buat misi selongkar rak buku, terjumpalah buku ni....min baca awal2 min nangis2 lepastu tengah2 min gelak akhir2 min happy...btw min memang suka gila baca buku ni nk dkt 3 kali min ulang2...memang BEST GILA!!!👍😭
.
Bintang bagi min:-
🌟🌟🌟🌟🌟+🌟🌟
Profile Image for Yan.
117 reviews2 followers
November 15, 2022
Rating: 2.5 🌟

Tak boleh nak habiskan sebab dialog terlampau kebudak2 an. Tak boleh nak keep up langsung perbualan dalam buku nie.

And, saya tak boleh nak connect dengan kedua2 watak utama. Try nak feel, tapi tak jalan.

So, memang tak dapat nak habiskan novel nie.
Profile Image for Ainfaha.
16 reviews
May 17, 2021
Entah mengapa Fah beli novel ini Fah sendiri pun tak tahu 😂 Fah terasa macam, ada juga ya penulis pilih tajuk novel begini. Dan Fah beli. Sebab umur masa tu 19? Sebab tu Fah beli? Mungkin? Haha

Fah dah lama tak belek novel ni. Baca pun memang sekali tu je selepas beli sebab tak ada keinginan untuk ulang macam novel lain.

Bacaan untuk santai dan ingin mengisi masa terluang boleh la baca novel ni.
Penceritaan tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Penceritaannya boleh diterima Fah lah. Nak cakap ada sedikit konten lawak yang boleh membuatkan kita senyum sorang2 tu, rasanya tak banyak dalam novel ni.
Konflik rumah tangga sebab mereka kahwin pada usia muda rasanya tidak terlampau ekstrem macam pasangan curang, pasangan adalah seorang antagonis dsbg.

Fah memang tak pandai nak review pasal gaya penulisan setiap penulis. Kalau review untuk penceritaan mungkin boleh. Mungkin.. kalau review Fah ni macam tak yakin untuk anda, better abaikan 😂

Maaf jika tersilap kata terkasar bahasa tertypo ejaan semasa review.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
January 14, 2014
Isteriku 19 Tahun karya pertama penulis Cik Gadis terbitan Penerbit Karyaseni apa yg blh sy katakan sebuah karya yg menarik bg seorg penulis yg baru menapak dlm dunia penulisan, penulis blh pergi jauh lg dlm dunia penulisan,walaupun karya pertama sy blh hadam dgn baik sekali, mengisahkan Akif yg memperisterikan seorang gadis yg berusia 19 tahun yg amat dibenci oleh ibunya akibat dendam lama, walaupun dibenci oleh ibu mertuanay Zuyyin tidak sesekali berdendam pada ibu mertuanya, Zuyyin tetap mengambil hati ibu mertuanay walaupun dia sedar ibu mertuanya ttp tidak menyukainya, naskah ini bermula dgn kisah sedih yg penghujungnnya yg mengembirakan, apakah ibu mertua Zuyyin dpt menerima Zuyyin sbg menantunya, anad kena dptkan naskah ini, pelbagai kisah suka dan duka yg cuba adipaprkan oleh penulis, bg sy penulis brjaya membuat sy meminati karya beliau, tahniah sekali lg buat penulis, teruskan bekarya, dptkan naskah ini
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
June 22, 2014
tak tahu nak letakkan as suka or tak. maybe di tengah2 seperti mana bintang yang kuberi.

bila tengok tajuk dan baca sinopsis ku fikirkan satu lagi buku romantik-komedi. tapi still di tengah2. tak romantik sangat. tak komedi sangat.

wataknya seperti ada yang childish. tak semestinya umur 19 tahun childish macam tu. tapi tak semestinya juga umur 19 tahun itu matang. cuma ada satu yang aku tak suka. dah kahwin hampir setahun tapi kenapa masih bahasakan diri as aku dan kau? kalau nak kata tak tahu, apa gunanya ada parents dan wan? punca mereka berkahwin tak 'menghalalkan' seorang isteri tanpa segan panggil seorang suami sebagai kau sahaja. even dah ngaku sayang pun still begitu juga. am I hoping too much?

by the way, ada dua benda aku suka. satu, cara aiman pinang Lydia. good job, man. keduanya adalah bahagian epilog.

so tahniah kepada penulis dengan terhasilnya naskah ini untuk tatapab kami. terima kasih.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
August 22, 2014
Teruja! Itu yang aku ada dalam kepala aku bila habis baca novel ni. Ya Allah, dah lama aku tak baca novel macam ni (baca : novel cinta). Aku suka kasih sayang yang ditonjolkan dalam novel ni. :)

Kikif dan Yeyen yang sejak dari awal pembacaan dah paku hati aku untuk habiskan novel ini. :) Seharian baca, akhirnya habis gak. 7 jam ada kot. Hahahaha!

Cik Gadis,
Buat drama buku ni boleh?
Saya dah bayangkan yang Akif tu Nas-T dan Yeyen tu Sara Ali. Hiks!

Tahniah!

p/s : aku pernah lalui umur 19 tahun tu dan rasanya, childish aku sama je macam Yeyen ni. =) umur bukan ukuran kematangan seseorang.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.