Demi mengisi kekosongan hati, Khairul Azween menerima Shazzy sebagai kekasih. Namun kemunculan Azhari, membuatkan jiwa Azween kacau-bilau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu kasihnya yang telah lama hilang.
Cinta itu duka, cinta itu lara. Pengakuan Shazzy mengatakan yang dia telah berkahwin dengan cara ‘paksa' telah merobek semula luka lamanya. Akibat terlalu kecewa, akhirnya Azween menerima Azhari sebagai teman hidup. Melihat kesungguhan Azhari membuatkan dia yakinyang lelaki itu mampu membahagiakannya. Namun tiada sesiapa yang mampu menahan ujian ILAHI apabila Azween disahkan menghidap kanser pangkal rahim. Sedaya upaya dia merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan si suami.
Krisis rumah tangga Azween dan Azhari terjadi dengan kehadiran Hardija, gadis yang pernah merampas Azhari daripadanya suatu ketika dahulu. Keadaan bertambah parah apabila Azhari mulai mengesyaki isterinya mengadakan hubungan sulit dengan Doktor Hazim.
Azhari lalu membawa diri meninggalkan Azween bersendirian. Shazzy pula mulai mengambil kesempatan mengganggu hidup Azween saat dia ditinggalkan keseorangan. Di kala itu, tiada apa yang difikirkan Azween melainkan maut. Andai ditakdirkan umurnya tidak panjang, masih adakah hari esok untuknya agar dia berpeluang untuk mengecapi kebahagiaan yang dinikmatinya semalam?
Hanya dapat membaca sehingga muka surat 117! Jalan cerita agak slow.. Terlalu banyak cerita tentang perkhemahan.. Terlalu dragging... From its description dibelakang buku this book sounded very interesting.. But everytime saya baca buku ni ended up sleeping.. Mungkin saya takder chemistry kot with this book.. Don't know lah..
Jalan cerita yang menarik. Banyak menceritakan tentang kepentingan untuk jujur dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Kebanyakan masalah dalam cerita ni disebabkan salah faham.
Yang kurang best ialah jalan cerita terlalu perlahan. Lagi-lagi untuk separuh yang pertama.Separuh yang kedua dah mula laju. Mungkin sebab dah mula ada konflik. Tapi bahagian akhir tu macam terlalu banyak benda berlaku dalam tempoh yang sekejap. Macam celup-celup je konflik tu.
Bacaan kali pertama agak membosankan tapi berjaya habiskan juga bacaan.. Penceritaan mula menarik selepas bab perkhemahan.
Bacaan kali kedua saya dapat mendalami semua watak dan tertarik dengan watak shazzy dan azhari yang terlalu sayangkan aween.. Kasihan shazzy tidak bernasib baik berjodohan dengan aween. Watak azhari juga sangat menarik...
when I read this novel title "Selagi Aku Masih Ada", I thought this novel was best...but when I was reading this novel...I'm so disapointed...this novel so bored to me and so bad!
#28 Jalan ceritanya okey. Ada kelainan pabila penulis cuba membawa watak heroin sebagai seorang penghidap kanser. Tapi... barangkali ini usaha pertama penulis dan banyak babak yang penulis cuba nukilkan dengan terlalu teliti membuatkan ada beberapa babak yan agak meleret dan boleh sahaja dicantas daripada bab.