kalau tak silap heroin adaptasinya si cantik jelita yang baru kahwin aritu kan? sapa pulak nama dia.. yang baju kawin dia cantik tu.. jadi rasanya ramai tahu kisah zairul dan ainnur ni kot. kisah dari zaman sekolah, berpisah dan bertemu kembali setelah dewasa. ainnur yang 100% berubah dari saiz yang besar ke saiz yang kecik. tapi kisah sekolah taklah berapa banyak sebab kira macam imbas kembali jer...
zairul pula punya perjanjian dengan ayahnya. dia sanggup bekerja sebagai budak pejabat jer. banyak juga kisah watak-watak lain sekeliling dua watak utama ni. mazlan, teman rumah zairul yang punya mulut bisa tapi hati cukup baik. dalilah, ibu ainnur seorang yang boleh kira perfectionist. izzi, zuhri, julie.. semua main peranan yang baik dalam perjalanan kisah.
tapi bagi siapa yang sudah baca genre berlainan puan penulis Laila Kamilia akan terasa novel ini biasa saja. kekuatan sebenar dalam penulisan tak ditonjolkan ibarat puan penulis simpan kukulah kiranya. takde konflik yang berat sangat sebab puan penulis lebih mahu menonjolkan watak dan sifat yang ada. karya ni pun dah lama terbit. but still masih boleh diterima kisahnya.. restu mak ayah seharusnya di cari dalam kehidupan ini selain menerima apa yang tertulis dalam perjalanan kehidupan sebaiknya.. berusaha, berdoa dan tawakal, lebih baik kan dari menyimpan dendam tak berkesudahan...