Dalam menelusuri arus kehidupan, panduan yang benar amat didambakan. Lantaran itu, al-Quran diturunkan sebagai cahaya yang menerangi setiap langkah perjalanan manusia. Kitab agung ini bukan sahaja dipersembahkan dalam keindahan bahasa yang tiada taranya, malah sarat dengan keajaiban dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya.
Naskhah ini memuatkan pebagai perincian berkenaan sudut keajaiban al-Quran, antaranya:
- Perbezaan sujud kepada Nabi Adam a.s. dengan selawat kepada Rasulullah SAW. - Iblis menjelma menjadi Suraqah? - Nabi Musa a.s. yang budiman. - Hukum fizik dan pemusnah Abrahah.
Dan banyak lagi topik menarik yang dibahaskan.
Dengan tafsiran yang bersendikan dalil al-Quran dan hadis, penulis memandu para pembaca untuk mendalami keajaiban al-Quran yang sememangnya membuktikan bahawa - inilah mukjizat terunggul yang pernah diturunkan buat umat manusia.
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat, Darul Quran JAKIM, bermula tahun 1993 hingga tahun 1997, Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya bermula tahun 1997 hingga tahun 2000 dan Sarjana Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran, Universiti Malaya bermula tahun 2000 hingga tahun 2004. Bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2000. Bidang pengkhususannya adalah Tajwid, Tahfiz, dan Tafsir al-Quran. Beliau juga adalah seorang blogger dengan gelaran Hamba Allah dan Hamba al-Quran.
Ini merupakan buku pertama bagi #ProjekRamadhan (projek peribadi saya sendiri) saya sendiri dan Alhamdulillah, telah dipertemukan dengan buku ini bagi menjalankan projek pertama peribadi ini.
'Ibrah yang diterangkan bagi setiap juzuk bersifat ringan dan sesuai difahami bagi orang awam. Semoga amalan jariah penulis diterima Allah dan semoga manfaat buku ini tersebar luas.
Tadabbur Al-Quran yang banyak info-info baru dan membetulkan maklumat salah yang kita fahami sebelumnya. Gaya penulisan yang mudah difahami dan tidak puas dibaca.