Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perjalanan Yang Tidak Direstui

Rate this book

276 pages, Paperback

First published January 1, 1979

8 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Mohd. Farid Ariffin

1 book3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (53%)
4 stars
12 (30%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
June 9, 2023
Perjalanan Yang Tidak Direstui
Penulis : Mohd Farid Ariffin

Kental sungguh hati penulis. Bayangkan Volkswagen kecil itu dibawa mengembara untuk pulang ke Malaysia dari London pada tahun 70-an. Masih belum wujud waze dan internet.

Berkelana di musim dingin membawa keluarga dan anak-anak kecil berbekalkan peta di tangan dan semangat mengembara di dada merentasi negara-negara yang penduduknya tidak semua boleh berbahasa Inggeris.

Keyakinan tinggi membuatkan keluarga muda ini sanggup mengharung segala kebarangkalian. Keyakinan saja tidak cukup untuk menjanjikan perjalanan yang selamat. Ujian demi ujian datang sehingga hampir meragut nyawa seisi keluarga. Namun manisnya ujian terasa pabila ditemukan saudara seagama yang sanggup membantu keluarga muda ini.

Pengakhirannya, selamat juga seisi keluarga sampai ke tanah tumpah darah walau banyak rintangan yang terjadi.

Memikirkan pun sudah seram sejuk. Kalau hati tak cukup kuat, cukuplah sekadar membaca cerita ini. Sekurang-kurangnya pengalaman penulis boleh dijadikan tauladan dan sempadan tatkala mengembara.
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
July 11, 2023
Siapa yang tak terkejut! Tahun 70an, nak balik Malaysia dari London dengan menggunakan kereta. Memang orang akan cakap tak waras orang ni. Dulu-dulu mana ada waze, tak boleh nak bayangkan macam mana mereka membuat keputusan yang sangat berani itu. Perjalanan mereka bergantung sepenuhnya dengan sekeping peta yang dibawa dan kereta cute VW yang memuatkan mereka 5 beranak.

Namun, impian mereka tidak mematahkan semangat mereka untuk berkelana di bumi Tuhan sehingga sampai ke tempat tujuan. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi di sepanjang perjalanan dan pengalaman yang mereka lalui itulah yang membuatkan hidup mereka sangat bermakna.

Bermula dari London, menuju ke tempat seterusnya...akan membuatkan kita tertanya-tanya apa akan jadi pada mereka. Mereka ok ke, selamat ke, anak-anak macam mana..dengan cuaca yang tidak menentu dan perubahan musim yang berlaku, mereka hadap dan tempuh. Di setiap negara yang mereka singgah, ada manusia yang sudi membantu dan menghulurkan bantuan, termasuklah kedutaan Malaysia di setiap negara, memainkan peranan mereka dengan baik. Namun, sesuatu terjadi di Tehran, Iran yang menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan yang bakal mengubah segalanya.

Apa yang terjadi di Tehran membuka mata kita bahawa sikap tolong-menolong sesama manusia dan empati itu tidak mengenal bangsa. Walaupun perkara itu terjadi, hal itu tidak mematahkan semangat mereka. Hanya kerana satu-satunya halangan mereka ialah kenderaan. Maka, mereka membuat keputusan itu.

Setiap kronologi penceritaan akan membuatkan jantung kita berdegup kencang, di samping penulis menghidangkan kita dengan beberapa potret indah sepanjang mereka berkelana.

Perjalanan yang paling mengagumkan!
Profile Image for Kemat.
9 reviews
July 5, 2023
Pengalaman menarik penulis dengan idea gilanya berkereta pulang ke Malaysia
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
November 16, 2024
Buku ini merakam pengembaraan panjang satu keluarga termasuk anak-anak kecil dari UK ke Malaysia, dengan menaiki kereta terpakai, kereta 'Wak Segan' VW 'bumblebee' dalam tahun 1970-an. Wang tunai di tangan pula tak sampai 800 pound sterling.

Pada peringkat awal, perjalanan nampak lancar, ditambah bermalam di rumah kenalan. Kemudian, cabaran semakin meningkat seperti kecurian, argumen pihak berkuasa tentang pasport dan visa serta ahli keluarga yang kelaparan dan tidak sihat.

Keadaan salji di sebahagian perjalanan di Eropah turut berikan cabaran; sejuk yang ekstrim di samping jalan yang licin. Tanpa diduga, dalam perjalanan di Turkiye menuju ke Iran, kereta bergolek jatuh ke dalam gaung kira-kira 30-35 meter sewaktu menuruni cerun.

Syukur semua selamat. Masa menunjukkan baru 2 petang. Semua berjaya keluar daripada kereta. Rasa berbaur-baur; takut, sedih dan panik. "Bagaimana kita nak balik? Bagaimana kita nak balik?" Syukur juga bila beberapa orang kampung berhampiran datang membantu.

Sifat turun naik dalam kehidupan hakikatnya sinonim dalam pengembaran. Selepas berjaya sampai ke Tehran, mereka dapat singgah ke kedutaan Malaysia di sana, dan menginap di kediaman Hj Yusuf Rawa. Dari Tehran, mereka ke Moscow sebelum terbang pulang ke tanahair.

Tulisan ini menarik dibaca disebabkan pengalamannya luar biasa (rare). Ada elemen suspens. Ada elemen lucu. Ada refleksi. Ada juga rumusan provokatif seperti, orang putih dengan minuman keras tidak ubah seperti orang Cina dengan babi...

Pengembaraan pula langsung tidak bergantung kepada peta digital berserta GPS. Saya masih ingat pengalaman bermusafir pada 2002-2004 di England, ke Scotland hingga ke Inverness dan ke Wales dengan bergantung kepada peta manual berlipat.

Tambah menarik bila ada ditunjukkan peta perjalanan, daripada MapQuest. Bagaimanapun, gambar-gambar yang dikongsikan tidak berkualiti, kabur dan tak pasti apa yang hendak ditunjukkan. Barangkali buku asal tidak begitu.

Tanpa disangka, penulis ialah pengasas dan Presiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Juga tak sangka, ada watak Hj Yusuf Rawa yang saya ikuti tulisannya sejak kecil, serta pernah saya ziarahi dan semester ini, cicit almarhum berada dalam kelas saya.
7 reviews
August 2, 2023
Review Perjalanan Yang Tidak Direstui - Mohd Farid Ariffin

Sejujurnya, saya tidak dapat membayangkan bagaimana mampu dicetuskan sesuatu idea yang tidak mampu dilakukan dan mustahil untuk direalisasikan kerana keterbatasan teknologi dan jaringan pengangkutan yang masih sederhana pada tahun 60-an.

Ya, itulah sebenarnya yang dirakamkan dalam buku ini yang diinspirasikan daripada kisah benar, kisah sepasang suami isteri dan anak-anaknya yang merancang untuk memulai pengembaraan dari United Kingdom ke tanah air hanya dengan berbekalkan peta lipat sebagai navigasi perjalanan dan sebuah kereta Volkswagen terpakai sebagai kenderaan utama.

Pada mulanya saya sendiri berfikiran bahawa apakah perjalanan ini benar-benar menguntungkan bagi mereka, kerana apabila saya mulai membelek buku ini saya mendapati tajuknya "Perjalanan Yang Tidak Direstui". Memang benar, perjalanan mereka pada awalnya banyak ditentang oleh banyak pihak khususnya keluarga dan rakan karib sendiri, akan tetapi semangat yang berkobar-kobar telah menafikan tentangan mereka. Bukan sekadar itu, kereta yang dipandu mulai meragam sewaktu memulai perjalanan ke sebuah pelabuhan untuk menumpang sebuah feri yang menghala ke Perancis. Padahal, kota London dan Menara Big Ben masih lagi berada dalam jangkauan mata mereka.

Secara umumnya, buku ini dipenuhi dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis yang dihadapi oleh penulis semasa merentasi pelbagai negara untuk mencapai destinasi. Pembaca juga akan dibawa masuk ke alam pengembaraan penulis dan turut sama merasai kegembiraan, kesedihan, kepuasan dan kekecewaan yang ditimpa semasa pengembaraan mereka dimulai dan diakhiri.

Kadang terasa ingin melakukan hal yang sama seperti penulis, tetapi wang dan masa menjadi halangan utama. Tidak boleh mengembara tidak mengapa, asalkan buku ini dibaca dan dijadikan inspirasi bagi sesiapa yang ingin harapan dan impian terbukti meskipun ianya tidak mampu direalisasikan dengan mudah.

#adibnaufal2023
Profile Image for Saku Zan.
3 reviews2 followers
July 8, 2024
Aku suka baca buku ni. Banyak aku belajar tentang sociopsychologi, antropologi sains dan sains kemasyarakatan. Aku juga dapat tengok macam mana orang dulu-dulu rasist dan body shaming. Sebijik macam generasi bapak dengan atok. Memang dua unsur ni (rasist dan body shaming) dah lama ada. Dia macam bagi sekelepuk categorization takde lapik-lapik.

Ye lah.. yang biasa gelar melayu malas, kan rasist tu. Cina kiasu, kan rasist, India suka rompak, rasist jugak tu.

Dalam buku ni, first time aku dengar perumpamaan "macam red Indian dapat senapang". Lucu juga bacanya, tapi kalau Red Indian generasi sekarang tahu, mesti diorang marah 😅

Tapi, apa yang penulis katakan fizikal dan tahap kekasaran seorang perempuan mengikut bahagian dunia mana yang dia tinggal, membuka mata aku.

Betul lah... Ada tempat dalam dunia ni, perempuan tak boleh jadi perempuan, perlu kerja banting tulang juga macam lelaki. Contoh dalam negara Yugoslavia dan Moscow. Sampai fizikal diorang pun dah macam jantan. Kalau yang ada princess syndrome duduk dua tempat ni, aku rasa boleh sembuh terus. Tapi mungkin juga hypothesis aku tak tepat, haha.. entah-entah nanti yang princess syndrome tu yang pengaruh semua perempuan jadi ada princess syndrome jugak. Masak la...

Buku ni juga macam menasihati kan pembaca, dengar-dengar cakap bini sendiri. Biasa bini-bini ni instinct dia kuat.

Aku terfikir, kalau penulis dengar cakap bini dia, mesti diorang satu keluarga tak ditimpa kecelakaan.

Tapi, kalau diorang tak ditimpa kecelakaan, tak dapat lah diorang jumpa kawan Turki diorang, Zafer. Lepastu merasa Turkish Bath, lepastu tinggal dekat rumah kedutaan Malaysia di Tehran dan naik kapal terbang dari Moscow, makan steak pukul 2 pagi dalam airport.

Terfikir pulak aku, setiap pilihan hidup kita, ada buruk, ada baiknya, bukan? Takpelah, yang penting kita mesti mohon perlindungan Allah selalu.

-sekian-
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
351 reviews3 followers
March 6, 2025
Travelog, buku pinjam tapi aku akan buy buku ni simpan buat koleksi..best baca pengalaman perjalanan mereka dari London ke Malaysia dengan kereta.

Apa yang aku rasa bila baca:

✅️ why kena drive dengan kewangan tak cukup bawa budak2 pula tu..😤

✅️ ada sisi mahalnya sebab dapat melawat banyak tempat, hura horee dalam kereta, buat masam2 muka bila tak puas hati, jumpa ramai orang baik dan orang jahat, experience dengan pegawai kastam, dan macam2 lagi lah...🙂‍↕️😊🤧

✅️ dah lah tengah puasa, baca part makan roti keras dengan kopi pun dah sedap dengar🤣

✅️ satu family dapat senyum, dapat ketawa, dapat sakit sebab demam-accident,experience mengadap perangai orang semua tak sama.

✅️ mereka beruntung dapat support dari kawan2 dan bantuan kedutaan serta masyarakat sekeliling yang mahu membantu waktu dalam kesusahan.

✅️ Konflik bahasa - macam ayam dengan itik boleh menyebabkan kita cepat menghukum orang lain.

Tapi kalau diberikan kepada aku, mungkin aku akan berfikir 1000x kali kalau nak buat trip macam ni..memanglah bermusafir tu suatu yang digalakkan dalam Islam sebab membuka minda kita tapi aku akan fikir ada duit atau tidak..kalau tiada jangan nak menyusahkan diri dan orang lain. Kalau betul nak buat trip rancang dan susun semua dari kewangan, tempat tinggal, laluan, study tempat nak pergi. Itu aku sebab konsep tak nak susahkan sesiapa..

Tapi bagi diri penulis dan keluarga dia mungkin sebab fikir takut tak akan ada peluang lagi seperti ini. Ini sangat mahal kalau tidak kita tak akan dapat baca buku ini🙂‍↕️😅😊

Terbaik...mereka jumpa harta karun mereka.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 28, 2023
Travelog kembara ini berlaku pada tahun 70'an. Jadi ada banyak perkara/ teknologi yang belum wujud. Mereka menggunakan peta sebagai panduan perjalanan. Ini kembara yang paling berani untuk sebuah keluarga dengan tiga orang anak kecil.

Dalam banyak-banyak kisah, apa yang jadi ketika mereka dalam perjalanan ke Tehran, Iran yang paling mengesankan. Orang yang membantu mereka, Hadi & Zaher serta penduduk kampung. Walaupun mereka miskin harta, tapi kaya empati.

Ketika di Perancis, mereka cuba meminta tolong orang tempatan untuk membaiki kereta, tapi tidak diendahkan. Kemudian, penulis teringat pesan seorang kawan, kalau di Perancis, cakap saja guna bahasa melayu, orang Perancis amat mengagungkan bahasa mereka sendiri. Jika mereka pasti, orang tersebut memang tidak mengetahui bahasa ibunda mereka, baru mereka akan bantu. Jika cakap bahasa inggeris, mereka tak layan.

Begitulah adat mengembara, lain padang lain belalang. Jauh berjalan, luas pemandangan.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
October 6, 2023
Mengisahkan perjalanan sebuah keluarga dari London ke Malaysia selepas tamat belajar di tanah Ratu pada tahun 1970-an. Ayah dan ibu yang nekad—mengusung 3 orang kanak-kanak berkereta merentas benua Eropah Timur dan Barat dan masuk ke Asia.

Dunia tanpa telefon pintar, perbankan Internet ternyata berbeza rentaknya.

Bahasa Melayu yang digunakan memikat, kerana belum dipengaruhi amat oleh gaya bahasa Inggeris.

Berjayakah mereka tiba dengan Volkswagen buatan Jerman? Penuh debar hingga ke titik akhir.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.