Satu lagi blook yang dah lama duduk terperuk dalam kotak telah berjaya dikhatamkan. Yay. Hihi
Ini cumalah catatan perjalanan sang Hawa sedari waktu kecilnya hingga ke dewasa. Bagaimana beliau mendepani segala jerih payah sepanjang hidupnya. Jerih payah tu bukanlah maknanya penulis banyak mengeluh. Tidak. Cuma kebanyakan catatannya itu memang untuk di ambil perhatian dan juga pengajaran.
Speechless sebenarnya bila sampai ke bahagian catatan yang mencoret musibah yang melanda kehidupan rumahtangga penulis. Fuh. Ya, bukan semua benda yang kita harapkan itu bakal kita dapat keseluruhannya. Mungkin ada sebahagian harapan dan permintaan kita itu Sang Pencipta belum mahu beri agar kita selalu meminta dan terus mengingatiNYA selalu.
Jujurnya saya tak pernah mengikuti blog penulis. Tapi, suka susunan entri dalam buku ini. Boleh dikatakan berturutan walaupun mungkin timeline berbeza. Memang dah macam baca travelog. Dan saya harap penulis terus tabah dan kuat untuk berdepan dengan segala dugaan mendatang. :)
Bagi 3 bintang takla bermakna buku ni tak bagus. It's more to 3.5 stars I think.
A few stories in here aku dah pernah baca dalam blog beliau. Banyak dah sebenarnya bloggers yang dibawa untuk jadi penulis buku, mengadaptasikan nukilan mereka atas kertas. Disebabkan cerita mereka random, usually yang penting bagi aku adalah penyusunan cerita tersebut. Sebab dalam blog, kau tulis suka hati kau memang takde siapa kesah. Tapi pembawakan dari blog ke buku lain. Buku perlu ada prelude, perlu ada naik turun cerita dan perlu ada penutup. Sesiapa pun boleh buat blog tapi tak semua boleh tulis dalam buku.
Blog biasanya popular ada dua sebab. 1. penulis dia hot/cantik/lawa/macam bidadari. 2. sebab dia kelakar. Kalau kau tak kelakar tapi hot gerenti kau top gak la (hnszlkh). Kalau kau biasa-biasa je muka tapi boleh tahan kelakar, tambah pula letak controversy post sekali sekala, popular jugak la blog kau tu. (obe). Something like that la.
So kaknoe ni aku jumpa masa tengah hobi blog jumping suatu masa dulu. Lama dah baca. Masa tu dia baru kahwin kalau tak silap. Dia ada gaya penarik dia sendiri. Sebab orang art art ni memang jiwa seni kan, kita yang bukan jiwa seni ni tertarik la untuk baca. Dan sampai sekarang aku masih baca.
Apa yang aku suka pasal buku ni ialah tajuk dia. Tajuk memang kena. Siapa yang bagi tajuk ni aku rasa macam nak high five. Sebab bagi aku tak cliché dan kena pada isi. Bila kau baca balik apa itu desaturasi, dan baca buku ni dari kulit pertama dan kulit akhir, ye tepat sekali gambaran itu. Dan sekarang ni berlambak sungguh buku yang tajuk macam nak kena lempang sampaikan bila jumpa buku tajuk yang berkualiti macam ni rasa bagus sungguh. Okey dah merepek.
Anyway aturan cerita yang kemas, walaupun ada sesetengah cerita tersesat sikit timeline dia. Ada satu cerita tajuk Encik Jentik tu terkesan sungguh di hati aku. Menangis bila baca. Menangis sambil ketawa. Hahahaha
Still, aku bagi hanya 3.5 bintang. Kenapa aku pun tak tahu.
Tak macam perempuan lain yang menulis luahan yang kononnya dia asyik terkena saja dengan lelaki dan tak ada skop lain selain dari hati perempuan.
Yang ini berbeza. Ade point of view yang menyeluruh. Skop luas. Ulasan dan penjelasan yang bijak dan tidak ditulis secara meleleh. Yang penting, tidak berat sebelah dan sesuai untuk pembacaan semua gender walaupun tajuknya merah jambu.
Ah, ini cerita tentang si tulang rusuk kiri yang patah. Cerita kaum hawa. Luahan dan pandangan yang mana rata-rata isunya aku bersetuju. Dan aku sebak waktu membaca Beginilah Adanya. Ya. Semua kita ni hanya pinjaman. Sedih tapi itu hakikat. Anak perempuan seorang ibu yang dah menjadi isteri kepada seorang suami.
Buku ini memerlukan bukan sekadar bacaan hingga menemui penamat tapi perlu malah yakin aku katakan harus diiringi penghayatan kudus untuk dimengerti terang gelap suasana sekeping hati wanita. Apabila terusik saja takah paling sayu itu, wajah wanita pertama yang menjelma di bayangan ialah bonda. Kerana setiap manusia adalah bekas penghuni ruang paling selesa menjangkaui taraf 5 bintang ketika di dalam rahimnya.
Kadang terlalu alpa dengan urusan duniawi hingga tenggelam suara-suara rintihnya. Tersanjung ego hingga terlupa di belakang kejayaan yang diraih, adanya seorang wanita. Mungkin hadir atas nama ibu, isteri, kakak, adik, sahabat atau guru. Aku percaya sedikit sebanyak Desaturasi Merah Jambu berupaya mengalih pandang sebelum terlewat. Kerana seangkuh lagak, setinggi darjat manusia itu, nama bonda juga yang dibin atau dibintikan kelak saat talkin dibacakan.
buku ini sebenarnya untuk perempuan, tetapi aku mengambil langkah untuk cuba membaca buku ini. memandangkan penulis buku ini adalah seorang wanita,sudah tentu lah topik penulisannya adalah menjurus kepada kehidupan seorang wanita. lebih lebih lagi,tulisan di dalam buku ini diambil dari tulisan penulis di dalam blog nya, iaitu bukan perempuan jomblo. buku ini bagus pada penilaian aku dan membantu aku lebih memahami kaum wanita dan memberi gambaran bagaimana seorang wanita memberi penilaian atau respond terhadap sesuatu perkara atau isu yg berlaku di sekeliling mereka atau yg terjadi kepada diri mereka.
Aku tamatkan buku ni dalam masa beberapa jam. Buku santai yang buat aku setia membacanya. Kerana ceritanya tak lari tentang aku juga. Tentang wanita. Walaupun nampak buku ini perkumpulan artikel dari blog beliau, tapi Ladynoe berjaya menyusun dengan baik. Membuatkan ia nampak saling terkaitan.
Tentang hati perempuan. Penuh emosi, pemberontakan, mengalah, dan mahu menang. Dari anak kecil, bertumbuh jadi gadis, lalu isteri dan ibu atau kini mungkin janda. Aku malas terlalu menghukum status penulis hanya dengan membaca dua tiga petikan kisah sedih.
Tapi aku rasa aku jumpa buku ini pada waktu yang tepat. Haha. Kalau Ladynoe paranoid dengan kematian dan kehilangan. Aku. Mungkin dengan perkahwinan. Haha. Dan ini cerita tentang rumahtangga yang jujur dan membumi. Bukan cerita manis bak madu, atau pahit hempedu saja. Cuma tentang realiti.
Aku cuba hilangkan paranoid ini. Ya. Aku sedang berusaha. Dengan cara aku. Cara yang paling sederhana. Menerima dan memilih untuk menjadi kurang reaktif. Kalau kau tersakiti nanti, ya kalau. Jangan pilih untuk turut menyakiti. Kalau mungkin ada yang patut dipersalahkan, yang pertama kau harus selidiki adalah dirimu. Kalau akan ada janji yang dimungkiri bukan kau yang memungkiri.
Dan akhirnya tidak perlu terlalu mengharap. Kepada sesiapa pun. Belajar untuk hidup dengan kakimu sendiri. Kerana kau, tak pernah tahu bagaimana Tuhan akan mencorakkan takdirmu.
Terima kasih, Ladynoe! Bertabahlah! Walau apa cerita hidupmu. Kau sedang buktikan pada dunia dan anakmu. Kau gagah dengan caramu. Senyum.
Seperti warnanya. Ia tenang dan sejuk. Cool dan steady. Ini pink yg pertama aku baca. Selalunya warna lain. Tapi aku pilih hijau, boleh? Warna yg aku suka hanya kerana dia suka. Kalau pun hijau juga berdesaturasi, ke gelap mana sekalipun, aku masih mahu nampak hijau. Kau, biru kan? Noe, aku tak benci rindu. Aku suka rindu. Serius!
Aku start baca penulisan ladynoe ni masa zaman belajar dulu. Masa zaman aktif tulis blog dengan cerita merepek. And walaupun aku tak ingat apa aku baca kat blog dia, tapi aku ingat perasaan aku suka baca apa dia tulis. Sebab tu aku beli buku ni. Basically, memang cerita pasal dia dan orang orang di sekeliling dia. Macam catatan harian. Dengan topik yang pelbagai. Tapi di penghujung buku, aku realize yang jalan cerita hidup dia bukan jalan cerita biasa yang bahagia senantiasa. Dan oleh kerana sekarang aku still follow dia dia instagram twitter dan sebagainya maka aku boleh la mengagak apa yang dah terjadi. Tapi, cuba untuk tidak judgemental. So, yeah kau baca bab judgemental dalam buku ni kau pergi terasa sendiri. Walaubagaimanapun, aku ambil cara dia bercerita kisah dia dalam buku ni sebagai iktibar pada orang lain dan mungkin niat dia hanya sekadar berkongsi dan meluah perasaan. Whatever her intention is, Allah is always near, kakak. Be strong!
perancangan awal untuk buku ni adalah nak buat jadi bacaan masa jejalan, maksudnya nak sumbat dalam beg bila keluar (kalau aku bawak beg lah yang mana jarang lol semua pun sumbat dalam poket) kekeke. tapi entah macamana tertarik nak ambil dan baca semalam. walaupun aku dah start baca Attachments semalam. (stail pembacaan aku ni 1buku melayu 1buku inggeris)
tapi sekali bila dah baca tu peh, aku selak baca. selak baca. selak baca. sampai lah dalam sekejapnya dah mukasurat 70. ah sudah! baru belek sikit dah baca banyak tu and aku dah gelabah. bukannya apa, takut hari mendatang dah takda buku nak baca. hiks.
cerita perjalanan perempuan, memang tak dinafikan, cerita hidup aku pun ada sedikit dalam buku ni (except part kawen-suami-anak-mak mertua bla bla bla sebab iols bujang lagi wiwiwi).
so sekarang dah habis baca. dan dah bagi 5bintang. dan tunggu apa lagi? pergilah beli kalau tak beli lagi! haa gittewww.
Buku ni buat aku tersentuh, ketawa-ketawa, sebak dan nangis. Semua ni sebab desaturasi dari merah jambu ke kelabu tapi part hitam aku macam terngantuk sikit. Maybe sebab tengahari dalam bas panas memang mood tidur.
One of the best blogger I've read so far. Ladynoe was very direct with her writing and reading the book makes me feels like I'm examining a woman's brain, live. Full of things to reflect with our own life. Makes me understand how a woman thinks, better.
- Buku ni khas untuk engkau, yang bernama wanita, yang juga dipanggil perempuan.
- Desaturasi ni maksudnya proses penepuan warna daripada jelas ke pudar dan hitam gelap disebabkan oleh tindak balas kimia.
- Kenapa merah jambu ? Kenapa bukan biru gelap atau hijau muda ? Mungkin kuning cair ? Sebab penulis suka pink haha. Atau mungkin sebab merah jambu ni dah memang dominan dengan perempuan. Mungkin lah.
- Banyak pengajaran dan pedoman dalam buku ni buat pemilik rahim meliputi segala aspek. (( pasal kahwin, cinta, kerjaya, keluarga dan etc )).
- Lelaki pun boleh jugak baca. Bukan tak sesuai, sesuai je. Bacalah. Ada jugak certain tajuk yang sesuai untuk kau yang bernama lelaki. Dan memang tuju untuk kau pun ada jugak terselit dalam buku ni. Bacalah jugak kalau nak kenal siapa itu "perempuan".
- Bila baca dekat satu tajuk ni, tiba-tiba ingat dekat ibu😂. Isi dia pasal nasihat dari seorang ibu untuk anak perempuan.
- Oh, ada 62 tajuk. Tak bosan baca sebab setiap tajuk terdiri daripada cerita-cerita pendek. Boleh buat kau ralit. Sedar-sedar dah habis.
- So wahai kaum perempuan, buku ini untuk kita. Bacalah.
Perjalanan hidup Ladynoe ni aku rasa rata-rata wanita mengalaminya. Jatuh bangun percintaan, situasi di pejabat, dialog bersama mak, dan kehidupan sehari-hari dikompilasikan menjadi catatan, momen, stanza. Bukan semua orang boleh buat punch line di setiap bab. Tapi aku suka tulisan Ladynoe, walau pun ada sedikit body shaming bla bla bla tapi aku mengambil pendekatan yang positif.
Aku beri 3.8 ⭐
Desaturasi bagi sesiapa yang nak tahu ialah proses penepuan warna yang mengalami tindak balas kimia lalu merubah sifat daripada jelas ke pudar dan hitam gelap.
📚
Tak tahu pulak aku ini adalah catatan blog penulis. Aku harap dia akan menulis novel satu haru nanti. Atau dah ada ke?
Dan bab Nak ni aku nangis sampai tersedu-sedu kot. Surat yang LadyNoe tulis khas untuk anak-anak perempuan dia, mau tak syahdu...!! Meleleh airmata aku malam-malam buta dek kerana bab Nak ni. Again, walau aku tak pernah ada pengalaman ada anak sendiri, tapi jiwa wanita dan keibuaan tu memang tumbuh bersama-sama seorang perempuan kan. Sayu je hati baca surat ni. Aku bayangkan anak-anak LadyNoe bila dah remaja nanti baca surat ni sambil kesat airmata.
Beruntung kalian, ada mak yang sempoi tapi deep macam LadyNoe. Senyum sikit....! :)
“Maksud hipokrit telah di gunakan sebagai tiket yang di salah erti. Salah aplikasi. Bila kau cuba untuk menjadi baik sedangkan diri masih ingin berbuat jahat, itu BUKAN hipokrit, itu bisikan syaitan.”
"Perkahwinan bukanlah satu medium untuk mencurahkan nafsu semata. Ia punya agenda yang tersendiri. Ibarat sebuah makmal uji di mana segala peristiwa dicampur-adukkan sehingga memperoleh hasil akhir. Semuanya punyai masa tersendiri. Ada yang lama. Ada yang sebentar. Ada yang sampai ke hujung nyawa. Semua punya misi yang sama; mahu melangkah ke syurga bersama."
saya lebih terusik dengan apa yang ditulis dalam buku ini berbanding dengan buku Ulu Yam di Liverpool. Saya banyak terkesan dengan isu-isu yang memain emosi dan rasa. Cuma mungkin kerana ia adalah tulisan yang diadaptasi dari blog peribadi beliau maka saya rasa tidak puas dan mahukan runtunan jiwa yang lebih dalam dari sekadar apa yang tertulis dalam blognya.
penulisan dan cerita2 dari perspektif seorang wanita berkerjaya,isteri dan juga ibu. jika anda seorang lelaki,anda akan lebih fahami pemikiran mereka. Jika anda seorang wanita,pasti anda terhibur & menyokong hujah2nya.
aku suka dari sudut pandangan penulis, tentang apa yang beliau kupaskan berkaitan isu-isu tertentu, dan pasti beliau seorang perempuan yang bukan tipikal. heh