Seumur hidup, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil ‘ustaz’. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah! Nerissa punya suka, bukan calang-calang punya suka. Dia punya suka sampai buat hidup pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya. Tapi, Nerissa peduli apa? Yang dia tahu, ustaz handsome itu harus menjadi miliknya.
“Nerissa, tak elok kalau…” - LEFTENAN UZAIR YUSUF.
“Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok,” - NERISSA.
Katalah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Kalau timba tak sudi mengejarnya, apa salahnya kalau dia yang perigi mengejar si timba? Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak!
Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair. Mahu dibandingkan dia dengan Tia, tentulah Tia lebih layak untuk lelaki sebaik Uzair.
Dan sehingga pada akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya.
“Don’t you want to fight for your love?” - NASEEM.
Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa… signing off!
kalau sukakan vibes macam baca cerita Anugerah Terindah aka Sayangku Kapten Mukhriz,umpama perigi mencari timba bolehlah try untuk baca cerita ni. Bacaan ringan, lebih kepada bercinta selepas kahwin, banyak pengisian dari sudut Islam, sweet laki bini yang tak cringe just nice orang kabor.
Cerita ni lebih kurang macam Sayangku Kapten Mukhriz.Ustaz uzair pun suka makan laksa macam kapten mukhriz. Suka dengan watak ustaz uzair,lemah lembut je.Si nerissa ni baik hati sungguh eh nak bagi suami kahwin lg satu 😅
ada banyak konflik menarik tapi watak jahat dia tak cukup jahat untuk beri impak yang besar pada the whole story. Overall enjoy untuk bacaan ringan dan santai.
Pelik ke perempuan yang keluar masuk kelab malam, tudung pun on off jatuh cinta dengan seorang ustaz? Itu yang dihadapi Nerissa sekarang ni. Bukak setakat suka tapi jatuh cinta pandang pertama terus. Siapa ustaz itu? Leftenan Uzair Yusuf nama diberi. Akan duduk diam ke Ris? Pastinya tidak, bahkan lagi diusahakan untuk ambil hati Ustaz Uzair ni.
Senang ke? Well, sampai give up lah Ris. So, berjaya ke Ris pancing Ustaz Uzair idaman para gadis ni? ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Cute & light storyline dia 🙈 Ad enjoy bila Nurissa try macam-macam kat Ustaz Uzair. For me cara dia try tu tak berlebihan. Bukan yang sampai level menyampah. Just nice & comel 🙆🏻♀️ Bukan apa lah kan tapi kita yang malu bila Ris seberani itu 🤭 Erm nak jadi berani juga. Lah nyibuk lah hengko 🤣 Conflict dia Ad boleh predict tapi still risau ei taksuka. Tak lupa nasihat & ilmu dalam ni pun menarik minat Ad untuk baca. Very the tenang lah buku ni, tenang macam Ustaz Uzair. Eh.
Ustaz Uzair. Indah-indah belaka yang saya bayangkan 😮💨 Sentiasa menjaga pandangan, tuturkata, adab. Fuh.. Dahlah lelaki pemalu ni saya shuker 👀 Lagi suka bila part Ris sakat dia. Part Uzair ingat Ris tak ingat birthday dia. Ad menjerit tau. Comel gila. Ajak Ris baring atas riba then dia mengaji. AD LEMAH 🫠 sangat HIJAU ye Uzair ni. As for character development Ris. Ad suka sangat 🫶🏻 Tak nak bebel bacalah if curious how Ris try Uzair & how Uzair layan Ris 😚
Leftenan Uzair Yusuf atau dikenali Ustaz Uzair, membawa perwatakan yang indah belaka 😌 siapa yang melihat Uzair pasti terasa matanya digam, begitu juga dengan Nerissa. Kata Nerissa, falling in love at the first sight lah gitu.
Jalan cerita yang tenang seperti hero dalam buku ni 💚 Tak serabut kepala bila baca dan storyline yang mampu menarik untuk zu fokus pada kisah lain juga, selain percintaan antara Uzair dan Nerissa. Dalam buku ni pun ada banyak nasihat dan teguran yang disampaikan.
Bagi pendapat zu, konflik yang ringan dan tamat konflik pada masa yang sesuai. Semua watak dalam buku ni ada character development masing-masing dan sejujurnya zu suka!
(❁ᴗ͈ˬᴗ͈) ༉‧ ♡*.✧
Bila zu tahu yang Nerissa dan Uzair sama-sama saling memanggil dengan pangilan manja ‘sayang’ lagi lebar senyuman zu bila baca. Zu rasa macam sweet sangat!! Malu lah kita 🫣
Sabar Uzair apabila diuji, pujuk Uzair apabila Nerissa merajuk, gigih Uzair mencari sesuatu yang dipinta Nerissa, rajuk Uzair apabila Nerissa lupa tentang tarikh pentingnya, manja Uzair apabila bersama Nerissa. Uzair Yusuf screaming the husband material yang hijau sangat dah tu!
Tak lupa juga macam mana Nerissa yang dulu dan sekarang, buatkan zu makin terpaut dengan cinta hati Uzair ni. Nak tahu tak macam mana cara Nerissa curi hati pak ustaz kita ni? Sila beli dan baca! 💚
Another day, another review from me! Finally I read Her Chosen Imam!! Story yang cute, light romance, conflict dia light jee!! Saya suka!
Nerissa, baru balik daripada U.S. perempuan yang keluar masuk kelab malam, and then terjatuh cinta dengan ustaz?? Nerissa ni cute gila tau, confident level dia confess pada Uzair tu macam uishh, tak pernah dibuat orang terus macam tu jer confess, Ris sanggup perigi cari timba! But aku suka, sebab cara dia "approach" ustaz ataupun namanya Uzair Yusuf, dia tak berlebihan, like tak annoying pun.
Leftenan Uzair Yusuf, Uzair, wah ustaz kiterr, green yang amat!! sentiasa jaga pandangan, bercakap pun ayat semua tersusun menjaga hati! Sejuk hati saya disini membacanya~eh! Husband materialllll~~~~aaa sukaa, nasihat dan ayat-ayat dia bagi pun semua menarik untuk kita tahu as knowledge, Uzair ni pun, layan jer perangai Ris yang comell tuuu, lepas tu konon merajuk dengan Ris masa birthday dia tu hshshs! Sebelum kahwin pun, kita di sini sudah jatuh cinta, apatah lagi lepas dia kahwin, comel!
Plus, lurve sangar Uzair ni, terima seadanya walaupun Ris ada kisah lampau dia masa dia belajar, ayat dia tu mak lurvee
Ini first time, aku baca karya from Cik Mardiah, storyline dia fast paced, tak buat aku mengantuk, pertemuan ml dan fl pun cepat, very recommended siapa yang nak berangan and nak ambik energy Nerissa yang berani tu!
Nerissa, seorang wanita yang dahulunya terjerumus dalam keseronokan dunia ketika zaman universiti di luar negara. Pulang ke Malaysia dan masih lagi senyap-senyap bersama Meg dan Sabrina berkunjung ke kelab malam.
Satu hari bertemu dengan rakan baik abangnya, Uzair yang merupakan ustaz tentera.. tiba-tiba terjatuh cinta. Kejar mengejar berlaku sampaikan yang membaca pun tolong malu sekali haha. Sebabnya sampai masuk meminang pihak lelaki yaa then kena reject. Tapi kuasa Allah, cinta Nerissa terbalas sejurus Uzair pulang dari menunaikan umrah.
Dari sini kita nampak keikhlasan Uzair memperisterikan Nerissa dan macam mana Nerissa berubah dengan bimbingan suaminya. Sampaikan Sabrina dengan Meg pun teringin nak suami macam Uzair.
Love sangat how Uzair yang tak pernah bercinta, cuba untuk bercinta selepas nikah. Malu2 taktahu nak react macam mana everytime Nerissa cerita itu ini. Comel betul!! Ihhh!!
Penceritaan tenang, plot cerita tidak terlalu rushing dan tidak juga terlalu slow. Banyak juga part islamik and of course I like it! Sambil membaca kita juga belajar. Thank you Cik Mardhiah for releasing such a great book!! Tak sabar nak baca karya Cik Mardhiah yang lain.
p/s: saya sebenarnya taktahu pun buku ni tapi dapat baucar buku madani hehe so kawan saya yang suggest. By that means ni laa buku saya beli dgn baucar hehe
If you like islamic romance you can try this book.
Nerissa, seorang gadis yang sukakan hiburan. Saya suka dengan karakter Nerissa ni. Dia student yang belajar dekat US. Obviously, bila kita duduk dekat negara orang lama, kita akan terikut life orang sana. Macam tulah Nerissa, cara dia berhibur dia akan ke night club, pakai seksi-seksi. But,still dia tak buat benda-benda lain yang teruk dari tu, minum arak pon dia tak berani.Yang paling saya suka pasal Nerissa ni, dia berubah perlahan-lahan, walaupun awalnya tu dia berubah untuk manusia. But, at the end dia berubah untuk Allah. Perwatakan Nerissa ni, level confident dia tinggi dan baik hati.
Uzair, dia seorang ustaz yang berpangkat leftenan muda. Dia ni seorang suami yang penyabar, pendiam dan yang paling best Uzair ni, dia tak judge pon life isteri dia yang dulu. Dia letakkan kepercayaan dia tinggi dekat Nerissa even tho ada orang sebarkan benda buruk pasal isteri dia. Yang tak best dekat Uzair ni, selalunya Nerissa je yang nampak beria. Tapi, Uzair still sayangkan Nerissa.
This is not a ' she fall first, he fell harder ' trope. Romance dia tak banyak sebab dia lebih kepada side character punya cerita. For those, yang nak action, dekat buku ni tak de.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Trope fl chase ml sampai dapat. Recently suka trope macam ni remind me novel Bukan kerana aku tak cinta.
Fluffy romance but this novel is the most green flag male lead suka sangat how ml handle the problem so matured. Sepanjang baca hati saya ni soksok predict ha mesti laki ninini mesti ituituitu 🤣 Kitanya trust issue
Cerita ni pun tenang je light conflict tak heavy. Happy ending absolutely
Minus 1 sbb part Nerissa ni overthinking and emotional suruh Uzair(?) ni kahwin dua. Some akan defend ckap oh hormon x stabil yada yada. No. Tak ada sampai tahap mcm tu lah.
Sebelum kahwin, kemain jeles sana sini. Lepas kahwin, buat suami mcm tu je. Dah terbiasa dilayan semua perangai, dia pi buat perangai lain mcm pula. Walhal, Uzair terang2 ckp dpan Nerissa dia tak akan menduakan satu2nya isteri dia.
Itu je lah part yg stress dgn Nerissa ni.
Tp selalu perasan juga, dlm mana2 novel melayu; asal pregnant je terus perangai mcm2/jadi lemah smcm. Kita pregnant la kita jadi superwoman utk anak!
Tapi, tu je lah. Kalau saya re-read pun, maybe pejam mata skip lah part ni utk enjoy. 😅
Masih boleh d perbaiki dari dari segi jalan cerita.. Banyak plot yang lompong dan tergantung. Semua macam tiber2 je..
Tapi jalan cerita boleh d terima dan masih best untuk dibaca.
Still like Uzair handle Nerissa. Untuk mereka yang xsuka plot yang berat dan stress d galakkan untuk beli la. Penulisan Cik Mardiah jarang mengecewakan teruk.. cuma masih boleh d upgrade kan ke level yang lagi bagus..