Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sekali Lagi Sepenuh Hati

Rate this book
"AKU TAK TAHU BAGAIMANA HIDUP AKU TANPA INDAH. "

ITU BICARA ARYAN YANG TERLALU MENGAGUNGKAN CINTA MANUSIA.
AKHIRNYA, BICARA ITU MEMAKAN DIRI. INDAH BERLALU. ARYAN MENGGILA.
SEHINGGA ARYAN MENJEJAKKAN KAKI KE ARKO GARDEN.

"ASSALAMUALAIKUM, EVENING IN ARKO." - ARYAN.

"WAALAIKUMUSSALAM. SELAMAT DATANG KE EVENING IN ARKO KAFE."
- MERDU.

PUCAT WAJAH MERDU TATKALA SEDAR SALAM SIAPA YANG DIJAWAB.
NAMUN HANYA SEKETIKA SAHAJA. DIA KEMBALI MENGUKIR SENYUMAN MANIS.

ARYAN MENCURIGAI MERDU BILA WANITA ITU SANGAT DISAYANGI UMI
DAN ARIA. DIA MENDEKATI WANITA ITU KERANA INGIN TAHU NIAT MERDU. KETIKA TAHU HIDUP MERDU ITU PAHIT, ARYAN MENYESAL.

"BOLEH KITA JADI KAWAN?" - ARYAN.

MERDU TERIMA.

MERDU FIKIR LAKONANNYA CUKUP BAIK. TERNYATA DIA TIDAK CUKUP HANDAL MEMAINKAN PERANANNYA.

"KENAPA RAHSIAKAN SEMUANYA? KENAPA BERPURA-PURA TENANG?
KENAPA, MERDU? KENAPA? - ARYAN

"HIDUP AWAK HANYA BERKISAR AWAK DAN INDAH. SAYA HANYA ORANG YANG SINGGAH SAHAJA." - MERDU.

SIAPAKAH MERDU DALAM HIDUP ARYAN SEBENARNYA? BAGAIMANA WANITA ITU TERLIBAT DENGANNYA SEDANGKAN ARYAN TIDAK PERNAH TAHU.

DI SAAT KONFLIK ARYAN DAN MERDU BERMULA, MUNCULNYA NISHA MEMBUATKAN ARYAN JATUH TERDUDUK.

"KITA PATUT SALING MENJAUH. TAPI KITA TAK MAMPU UNTUK JAUH.
APA YANG KITA HARUS LAKUKAN, MERDU?"

430 pages, ebook

Published July 1, 2023

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (40%)
4 stars
7 (46%)
3 stars
2 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for fi🧣.
58 reviews10 followers
December 11, 2025
“𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚. 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢, 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐡𝐚𝐭𝐢.” ❤️‍🩹

waste potential to have me crying bleeding TEARING APART because of the ending HAHAHA padahal trope and storyline menarik sangat dahh second chance romance my favourite meal esp when mcs are divorced!!🫦💗

mengharapkan ianya to be sad ending because if that happens i would give a higher rating. faham je nak tunjuk yang everyone yang dah sesalkan perbuatan mereka dan ada development yang mematangkan deserves the second chance but still this ebook nailed the angst of relationship/self conflict that i’ve been searching for the past few months!! kita skrg mmg mood baca ebook je and dahla jarang nak dapat ebook angst selalu buku fizikal je🥲

sakit gila jadi Merdu. bila baca backstory Merdu ni buat i rasa OHH MY PROBLEMS ARE SMALL HAHAHA😭💔 very eldest daughter core when all she’d been doing all these while is to make sure her sister never gets the life she used to have (dan kasih sayang sepenuh hati) tapi apa yang adik dia nampak adalah di sebaliknya. always the understanding one, never the understood💔

as for Aryan, some might see him as redflag. memang redflag pon HAHAH tapi saya boleh terima sebab dia ada character development even lepas dia dah ingat dari kemalangan tu. masa diorang kahwin pun, even when he’s actually still loving and yearning over his past, dia masih bertanggungjawab dengan Merdu sebagai seorang suami. tak ada naik tangan (PENTING) even its an arranged (or forced) marriage. masa Aryan ceraikan dia pun Aryan cakap dia minta maaf sebab dia punca merdu nak bercerai. dia yang takleh control feelings dia sbb masih cintakan yang lalu padahal depan mata ada yang lebih baik. bila dia dah ingat pun dia takde nak tuding jari kat Merdu but instead dia sedar kesalahan dia and nak tebus salah dia kat Merdu dengan nak nampak Merdu bahagia even from afar and even when the person who makes her happy isn’t him🥹 nampak yang Aryan tulus sangat cintakan Merdu and tak nak sakitkan Merdu lagi dah after all he caused her.

the angst is angsting dekat part “Awak tak pernah hancurkan saya, Merdu…” FAWKKKK GOT MY JAW DROP CHEST HURT SO BADDDDF💔💔💔💔

lepastu kannn walaupun saya annoyed dengan Aria awal2 tu fahamla Aria being a woman who adores every relationship and take it as a role model. sibbaik ada Yunus yang always humble her and ingat cinta paling ikhlas adalah cinta daripada Allah🥹🤍 the childhood best friends to lovers tropeee OMEYYYY I WANT WHAT THEY HAVEEE the second lead couple always get soooo much potential than the mcs😭✊🏻 COMELLA YUNUS & ARIA NIII

saya suka cerita ni tapi kalau kak ieya show instead of tell their past life, maksud saya ceritakan dengan detail instead of beritahu melalui dialog watak saja (during marriage and what happened to Merdu) mesti saya akan lagi teresak and meraunggg HAHA i need that dose of angst tbh😞☝🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
November 4, 2023
pain sangat buku ni okay. kesian kat aryan eventhough he’s responsible but the accident made him worse. tapii lagii kesian kat merdu 🥲🥲😭😭😭 sedih gila kt merdu. dianiayai gila.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
August 18, 2023
Warghhhhhhhh……aku nangeh dr tengah cerita smp penghabisan…. Sedihnye…. Its hurt if u stay in marriage but that person love somebody else…. Pergh…menusuk…
Cerita psl merdu yg menderita dgn kehidupan die and bila die nak start berdiri sndri…kenangan lama dtg semula….
I love how these 2 person masing2 salahkan diri sndri of their broken marriage…it really show both of them tak nak pon benda tu jadi… and of kos la..compare org yg pernah jadi isteri and gf…pangkat isteri tu..lg deep kot to some1 heart

I broke into tears bila merdu ckp.. sy ni just persingahan yg tak penting untuk awk ingat pon…huh….sedihh…. Ieya…kejam lah buat kita nangeh… i need happy story after this…pls…hahahahaa….

Anyway..recommended as always…the best thing about ieya pny cerita the susunan cerita tu..huh..superb… nice job…loved!!!🥰😍😘❤️
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
August 8, 2023
Wahai penulis Ieya Sya yg cantik manis,nape ending cerita ni simple sangat 🙁
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
October 19, 2024
Peluang kedua. Tidak semua orang mampu diberi peluang itu. Jadi setiap sesuatu keputusan itu harus difikir baik buruknya sehingga kita yakin yang kita tidak akan berpaling lagi. Tapi tidak untuk Aryan dan Merdu. Mereka sangka perkahwinan mereka itu hanya kerana rasa tanggungjawab dan pengorbanan. Lalu keduanya rasa sakit dan disakiti.

Mereka sangka dengan penceraian, mereka akan dapat memulihkan kembali kepada keadaan yang asal. Aryan akan gembira dengan Indah dan Merdu pula akan kembali bersama Nisha untuk kembali sebagai sebuah keluarga yang sangat dirindui sementelah mereka hanya dua beradik yang tinggal setelah kematian kedua ibu bapa mereka.

Namun, tidak semua perancangan yang kita mahu itu berjalan seperti yang diimpikan. Aryan kemalangan dan mengalami amnesia manakala Nisha pula tegar meninggalkan Merdu di saat Merdu kehilangan anak yang dikandungnya. Tidak cukup dengan itu Merdu dihalau dari rumah keluarganya kerana telah dijual oleh Nisha dan akhirnya terdamparlah Merdu di sebuah daerah yang sangat asing buatnya.

Setelah bertahun Merdu cuba berdamai dengan takdir, Aryan kembali. Merdu tahu Aryan dihadapannya bukan Aryan yang dahulu. Dia tahu kerana amnesia Aryan tidak akan kenal akan dirinya. Tetapi semakin hari fikiran Merdu mula sesak bila Aryan lebih suka berada berdekatan dengan Merdu. Tetapi kenapa Aryan bersikap sedemikian?

Bila Indah muncul untuk membuat kejutan terhadap Aryan, lain pula keadaannya dengan Merdu. Nisha datang bersama Indah dan kekecohan yang dilakukan oleh Nisha akhirnya membuka banyak rahsia demi rahsia sehingga Aryan bungkam. Dari situlah Aryan seperti menyalahkan dirinya sendiri kerana dialah permulaan segala duka dalam hidup Merdu.

Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin Allah menunda kebahagian yang kita kecapi sehinggalah Allah kembalikan rasa yang indah itu pada masa yang tepat. Jelas penulis mahu pembaca tahu cinta sesama manusia itu tidaklah seagung mana. Jadi jika kita rasa ingin memiliki cinta yang sejati, kembalilah kepada Dia. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan pasti Aryan dan Merdu berpeluang memiliki rasa cinta setelah sekian lama mereka mencari bahagia itu ❤️
Profile Image for Elurine.
84 reviews2 followers
April 7, 2025
Ni first time karya kak ieya yg saya boleh teka apa yg pernah terjadi dulu antara Aryan dan Merdu. Aryan yg pergi kemudian muncul kembali membawa rasa gundah gulana dalam hati Merdu. Mana mungkin Merdu dapat hidup dalam satu tempat yg sama dengan orang yg pernah menjadi kisah dalam hidupnya?

Cerita yg sedih tapi tak begitu sesak pada saya sebab sebelum ni dah baca cerita kak ieya yg lagi sesak dada tapi tetap sedih. Tapi adalah jugak rasa Aryan ni red flag cumanya apa yg dia buat tu bersebab tapi tak boleh terima gak yg dia tetiba boleh suka dua orang dalam satu masa? Aiyooo sabar jelah.

Macam biasa fl kak ieya jaranglah hidupnya tak sadis, hidup Merdu boleh tahan sedihnya, biasa kita dengar dibuang parents tapi kali ni dibuang oleh adik. Ingatkan tak sakit tapi rupanya lagi sakit kalau cuba membayangkan tempat sendiri. Adik yg disayang, ditatang dan sanggup buat apa saje boleh halau kakaknya? Haih mana keadilan?

Paling suka dengan cerita kak ieya ni satu je, family mertua (family lelaki) mesti baik sangat lagi lagi dengan menantu perempuan. Ni memang lurveee! Moga kita dapat temui family mertua yg sama baik macam dalam cerita cerita kak ieya 🫶🏻
Profile Image for Nita.
75 reviews
August 18, 2023
Awal cerita macam tak berapa jelas lagi dengan jalan ceritanya tapi bila dah lama baca, ok, dah faham slow². Tengah² cerita memang sedih, boleh pula aii menangis sama² dengan heroinnya 😭😭😭
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.