Indah bencikan lelaki kerana trauma masa lalunya. Syaqil bencikan perkahwinan disebabkan perceraian ibu dan ayahnya. Namun bagaimana jika keduanya melawan perasaan masing-masing hanya untuk membina hidup bersama?
“Aku tak suka kau hidup sendiri. Aku nak hidup dengan kau.” — Syaqil Irham
“Saya ada banyak luka yang saya kena sembuhkan.” — Indah Helena
Akan tetapi, perkahwinan bukanlah pengakhiran malah permulaan kepada semuanya. Sedang mereka berusaha menjadi versi terbaik untuk diri mereka, ujian datang menghentam rasa cinta yang baru terbina.
Diancam dan pengkhianatan mengubah segalanya.
“Masalahnya sekarang, dalam fikiran Syaqil tak pernah ada isteri. Macam mana Syaqil tiba-tiba nak tidur dengan dia, ibu?” — Syaqil Irham
“Syaqil suruh aku tunggu dia balik. Aku tunggu. Sampai sekarang aku masih tunggu dia balik walaupun dia dah ada kat sini.” — Indah Helena
Selagi cinta ini masih belum berhenti, akan dia perjuangkan.
“Bloom and shine because you’re beautiful, Indah.”
No words. Rasa sayang gila nak habiskan buku Indah. Indah and Syaqil and their family made my heart feels warm. It’s like meeting family in another timeline. 🥹🌸
Cerita yang sangat menarik cuma kekangan masa membuatkan saya mengambil masa selama 7 hari untuk habiskan novel ni. 🥹
Indah Helena — kisah hidupnya bertentangan dengan namanya. Angkara ahli keluarganya sendiri hidupnya bertukar menjadi derita selama 7-8 tahun. Dia berlari ke hutan bersembunyi dari pihak berkuasa dalam keadaan menahan lapar setelah seharian berpuasa. Dia tak sempat pun nak berbuka. Datang seorang pegawai polis kepadanya di saat sebatang lilin sedang menyala. Polis tu yang tangkap dia. Polis tu jugaklah bagi dia roti dan susu kotak strawberi pada pagi keesokkan harinya. Pertemuan yang memulakan segalanya.
Beberapa tahun kemudian Indah pergi melawat rumah kawan baiknya, Kaisarah. Rupa-rupa Kaisarah tu merupakan adik perempuan pegawai polis yang "selamatkan" dia dulu. Indah jadi takut! Macam mana kalau Syaqil bagitahu keluarganya tentang masa lalu hitam Indah? Boleh ke mereka masih terima dia?
Indah — anti lelaki Syaqil — anti perkahwinan
Entah macam mana Syaqil terpaksa jadi tunang instant Indah. Mula-mula untuk menipu je. Tahu-tahu kena jadi real pulak. Haru! 🤣
Tiba-tiba dari tunang kena kahwin betul! Keadaan memaksa. Tapi masing-masing memang rela hati.
600 muka surat pertama bahagia je baca kisah Indah dan Syaqil yang cuba menerima dan belajar mencintai antara satu sama lain. Pastu, BOOM! Datang dah something yang buat kita spoiled dengan Syaqil! Dari green flag terus ke red flag yang bukan saja sangat menyakiti hati Indah tapi juga kita yang membaca ni! Ya Allah! Menyirap sungguh dengan Syaqil selama baki 200 muka surat ni. 😭🫵🏼
Pastu tak cukup dengan si Syaqil dah jadi merah, datang dah orang dari masa lalu Indah. Masa ni jadi berdebar gila!
Papepun love you Syaqil. Terima kasih sudi "berubah". You are THE MAN! 😌🫶🏼
Rating: 4.2 🌟 Trope & TW: best friends brother/ trauma/sexual assault/ mental illness/ touch her and you die/ FL misandrist x ML hate marriage/ etc...
My thoughts 💭 (my opinion)
Boleh tak ku nak review pendek je sebab ku malas nak type panjang² hshshshs... Sekali bila dah taip tetap panjang juga reviewnya. 🤣 Okay marilah kita teruskan, cerita lollysnow ni macam biasalah nyah best! Sejak dua menjak ni rasa nak marathon baca karya lollysnow jadi saya pick up lah buku Indah ni. Ceritanya menarik dan bagus menurut saya, plot cerita sangat rollercoaster!
Hero cerita ni namanya Syaqil Irham dan heroin pula Indah Helena. Syaqil ni saya kategori kan dia sama macam Qaled Zavian tapi tak sama sangat, faham tak? Syaqil ni tipikal watak hero yang good-looking, hormat wanita dan mungkin sedikit playful. Dia juga benci dengan perkahwinan sebab ada masa lalu yang pahit. Tapi yang saya suka dengan hero kalini adalah kerana dia layan isteri dengan sangat lembut dan sabar dengan isterinya yang ada masalah dalam berhubungan dengan lelaki. But is it my favorite? Em, so-so (maksudnya tengah² je hshshs)
Indah Helena pula seorang heroin yang benci dengan lelaki. Dia digelar 'misandrist' ketika sedang belajar di univerisiti. Banyak lelaki nak dia tapi ditolak mentah². Tapi semua itu ada sebabnya, Indah ada trauma dengan lelaki sebab dia pernah hampir dir0gol oleh abang sepupunya sendiri. Sejak itu dia cop semua lelaki ni sama, bertuhankan nafsu semata². Senang cerita Indah ni selalu ada bad experience dengan lelaki, sebab asyik kena sexual assault je. Dari situ saya mula faham kenapa Indah berkelakuan begitu dengan mana² lelaki yang dia jumpa, boleh dikatakan yang Indah agak grumpy dengan lelaki.
Untuk alur cerita pula bagi saya ia cukup menarik, cuma di awal bab dalam 200+ muka surat begitu saya rasa ceritanya agak meleret dan kalau dipotong² yang tak perlu mungkin tak sampai 802 muka surat pun buku ni. Bila meleret sudah tentu akan jadi bosan sebab itu saya tak rate 4.5 bintang ke atas. Tapi cerita ni serius saya cakap rollercoaster eh emosi waktu baca. 😭 Awal² penulis bagi happy² dulu bila masuk tengah nak ke ending tu dicampak segala konflik dan kesakitan kepadaku 😭 nasib baik tak koyak je HAHAHAHA!
Walaubagaimanapun, saya tetap suka dengan buku ini. Saya suka pasangan couple dalam cerita ni. Kena sangat, walaupun di akhir² bab si Syaqil ni agak menguji kesabaran tapi tak mengapa... 😇 Secara keseluruhan, jujur saya cakap saya enjoy membaca karya ini. Bagi saya cerita ini cukup rasa, dan angst dalam cerita ni dapat sangat! Semua perasaan cinta, sedih, lucu semua dapat! Mak lurveee. 😘 Highly Recommended! Haaa kan dah agak panjang juga wkwkwkw
Apa yang green flagnya Syaqil ni? Tak tegas langsung dengan staff2 depan isteri.Hero dalam story SHE pun tak tegas juga.Memang hero2 Lollysnow tak tegas eh?
Best yeeeeeee, buku niii walaupun plot biasa tapi sebab character dia jadi best. Sorang tak suka lelaki and sorang tak percaya cinta tetiba decide untuk berkahwin sebab nak tolong each other untuk hidup macam orang normal lain. Indah, tak suka lelaki sebab past trauma, Syaqil tak percaya cinta sebab penceraian parents dia. Syaqil ni abang Mawar, Mawar pula bestfriend Indah. So, Indah and Syaqil ni macam selalu terserempak so dari situ Syaqil rasa dia perlu protect Indah dari lelaki and nak tolong Indah untuk tak takut dengan lelaki dah. Same goes to Indah, she want to make Syaqil believe in love again. Best tengok perjalan kisah diorang ni dari stranger to lover to deeply in love. Syaqil ni pulak behaviour dia banyak je kat reality (in a good way) maybe sebab tu jadi best. Plus, Syaqil and Indah ni asyik nak bergaduh je kerjanya tapi kesudahnya mengalah comel-comel merajuk, ayy tampar kang.
Orang yang paling mudah menyakiti dan mengkhianati kita selalunya orang yang dekat dengan kita.
Buku ni buat aku nak beli dan makan roti coklat bersama air kotak strawberi ya, tapi aku tak nak lalui trauma yang jadi dalam hidup Indah. Selain kehilangan kasih sayang mak long, Indah juga hilang rasa percaya terhadap lelaki. Semua berlaku dalam waktu yang singkat, Indah terpaksa bawa diri, jalani hidup tanpa keluarga.
Indah tinggal bersama 3 orang sahabat baik, sampai tiba masa semua yang lain mengakhiri zaman bujang dan Indah masih lagi dalam keadaan sama, anti lelaki dan masih tiada lelaki yang mampu meruntuhkan benteng yang dibina oleh Indah sejak sekian lama.
Takdir membawa Indah berjumpa Syaqil, si anti perkahwinan.
Masalahnya, mereka berdua ni selalu dipaksa keadaan untuk bertemu dalam situasi-situasi yang tak disangka.
Tiba-tiba jadi tunang terjun, mangsa, penyelamat, dan berjumpa dalam majlis kawan rapat dan keluarga.
Persoalannya, perjumpaan demi perjumpaan ni mampu mengubah sikap anti lelaki dan anti perkahwinan Indah dan Syaqil ke?
Watak paling aku suka selain Indah dan Syaqil, mestilah Kaisarah dan Puan Alisa.
Kaisarah seorang sahabat yang sayang Indah, setia bersama, dan sentiasa ada bila diperlukan. Sahabat macam Kaisarah ni akan buat diri rasa dihargai dan disayangi, susah nak cari sababat macam dia. Dengan aku sekali rasa sayang pada Kaisarah ni!
Puan Alisa pula seorang ibu yang sangat baik, sikap baik dan penyayang yang buat anak-anak rasa selamat dan ada tempat untuk pulang bila memerlukan sokongan.
Peringatan! Buku ni mengandungi babak yang mungkin sensitif bagi sesetengah pembaca, cubaan r*g*l.
Selain dari itu, aku suka jalan cerita buku ni. Dari awal sampai akhir tak memeningkan kepala aku. Ambil masa 2 hari untuk tamat bacaan, rasanya kalau pembaca yang tak kerja atau cuti dan jenis baca laju sehari dah boleh habis.
Perasaan masa baca buku ni bercampur baur. Ada masa suka, ada juga masa rasa marah dan benci.
Aku suka kulit buku ni yang sederhana, gabungan bulan dan bunga.
“Bloom like a flower. Shine like the moon. Because I will always love you, Indah.”
Indah "Bloom and shine because you’re beautiful, Indah.”
Indah Helena - dengan perasaan benci lelaki Syaqil Irham - dengan perasaan bencikan perkahwinan
Masing-masing ada trauma sendiri.
Pertemuan pertama dia orang yang tak dijangka, pertemuan kedua secara kebetulan kerana Indah berkawan dengan adik Syaqil, tetapi dia orang tak perasan each other pernah bertemu sebelum ni. Setiap kali bertemu berlaku perang mulut yang menyata ego masing-masing.
Semakin dia orang bertemu, semakin banyak hal yang berlaku menyebabkan Syaqil mengambil keputusan berkahwin dengan Indah. Kebahagian sementara mereka diragut dengan rakus oleh orang-orang yang dengki dan obses dengan Indah dan Syaqil.
Cara penulisan author Lollysnow memang matang, banyak improvent.. Tahniah author.
Predictable plot twist . ending a bit rush . ;(((( Berharap yg ending dia ada lah sikitt perkembangan indah dgn syaqil hmm
I still crying for hours tho (emotional)
Honestly lollysnow punya male lead semua ayah yang baik yg sgt bertanggungjawab jaga ank . I respect that ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ semua lollysnow punya ml high standards part nii dri saya baca farhat, harraz dan ismat .
Indah yang tabah .. i love her personality walaupun tak suka lelaki tapi masih respect jugak dgn laki walaupun dgn syaqil awl awl mcm anjing dgn kucing , kelakar dorang ni
Pages yang hujung hujung dh start saya menangis walaupun semua watak jahat sgtlah predictable .. and I HATE THEM
pengajaran : jgnlah terlalu obses dgn manusia , jadilah seperti indah yg redha dan tabah ( i wish i can hug her)
Another karya Lollysnow yang tak mengecewakan dan mampu habiskan 800 m/s novel ini dalam masa 3 hari sebab jalan cerita yang menarik.
Indah Helena hidup penuh cabaran dan ujian. Muncul Syaqil Irham bagaikan penyelamat setiap kali Indah dalam bahaya. Indah benci akan semua lelaki kerana sejarah hitam masa lalu dalam hidupnya. Syaqil pula tidak percaya pada perkahwinan atas trauma keluarga yang pernah dia hadapi. Akhirnya perkahwinan menyatukan mereka dan saling jatuh cinta.
Perkahwinan diuji sehingga Syaqil hilang ingatan, hilang rasa cinta nya pada Indah. tapi mampukah Indah mengembalikan rasa cinta mereka ?
To akak Lollysnow, Sebulan tnggu buku ni sampai, bila dh kt tgn tu trus mula baca. Dh lama reading slump and buku ni really hit the spot and exceed my expectations! Dari cara penulisan, penyampaian, character dan plot, saya suka sgt!!! Takda satu pun page yg saya rsa draggy and bosan. Habis kembang mata kita sebab tak berhenti menangis😭😭 Thank you kak for this masterpiece! Would do anything to have the first time experience baca buku ni!