Jump to ratings and reviews

Indah

Indah bencikan lelaki kerana trauma masa lalunya.
Syaqil bencikan perkahwinan disebabkan perceraian ibu dan ayahnya.
Namun bagaimana jika keduanya melawan perasaan masing-masing hanya untuk membina hidup bersama?

“Aku tak suka kau hidup sendiri. Aku nak hidup dengan kau.” — Syaqil Irham

“Saya ada banyak luka yang saya kena sembuhkan.” — Indah Helena

Akan tetapi, perkahwinan bukanlah pengakhiran malah permulaan kepada semuanya. Sedang mereka berusaha menjadi versi terbaik untuk diri mereka, ujian datang menghentam rasa cinta yang baru terbina.

Diancam dan pengkhianatan mengubah segalanya.

“Masalahnya sekarang, dalam fikiran Syaqil tak pernah ada isteri. Macam mana Syaqil tiba-tiba nak tidur dengan dia, ibu?” — Syaqil Irham

“Syaqil suruh aku tunggu dia balik. Aku tunggu. Sampai sekarang aku masih tunggu dia balik walaupun dia dah ada kat sini.” — Indah Helena

Selagi cinta ini masih belum berhenti, akan dia perjuangkan.

“Bloom and shine because you’re beautiful, Indah.”

1137 pages, ebook

Loading...
Loading...

About the author

LollySnow

13 books98 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (55%)
4 stars
22 (37%)
3 stars
3 (5%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Bay.
303 reviews6 followers
July 11, 2026
No words. Rasa sayang gila nak habiskan buku Indah. Indah and Syaqil and their family made my heart feels warm. It’s like meeting family in another timeline. 🥹🌸
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
September 19, 2026
3.5 stars

Nak dekat ending especially lepas scene Syaqil kena culik... baru cerita ni betul² pick up. That's when F finally felt the thrill!

Buku ni agak slow read for me. Very slow sampai F beberapa kali tertanya²... bila nak rasa feel best ni? So, korang kena ada sedikit patience dengan cerita ni.

Indah ialah seorang perempuan yang trauma dengan kisah silamnya dan langsung tak percaya pada lelaki. Bestfriend dia, Kaisarah... ada seorang abang handsome. Indah tak sangka abang Kaisarah tu sebenarnya seorang pegawai polis yang pernah dia jumpa di pondok ketika dia melarikan diri daripada Imran.

Indah masih dibelenggu trauma, ditambah pula dengan perangai Irsyad yang suka harass dia. Makin bertambah² trauma dibuatnya. Sampailah satu ketika Indah declare Syaqil sebagai tunangnya. Irsyad obviously tak percaya dan masih cuba mengganggu Indah bila dia nampak Indah menggunakan kereta Syaqil.

Something happened that brought Indah and Syaqil together. Tak sangka, jodoh pula menemukan seorang perempuan yang anti-lelaki dengan seorang lelaki yang anti-perkahwinan.

Syaqil sejenis husband yang sentiasa protective towards Indah. Sampai dia hire seseorang untuk menjaga Indah. Dalam masa yang sama, Syaqil cuba mencari bukti untuk menangkap Imran yang semakin obses dengan Indah.

Tapi siapa sangka Syaqil akhirnya tersungkur dan hilang ingatan?

Yang buat F geram, PA Syaqil pula ambil kesempatan... cucuk jarum dan cuba poison Syaqil's mind. Kesian Indah. Dah lah dia pregnant 7months... tiada parents... tiba² suami yang selama ni menjadi tempat dia rasa selamat pun dah tak ingat dia.

Time ni memang F tak senang duduk. Berdebar nak tahu apa yang akan jadi dan macam mana cerita ni akan berakhir.

Awal² cerita memang lebih banyak tentang perkenalan Indah dan Syaqil. Masing² slowly trying to adapt and accept each other. Indah yang slowly mula rasa selamat bila berada di sisi Syaqil manakala Syaqil pulak memang nak protect Indah.

And I have to say, Syaqil memang protect Indah sampai ke penghujung. Masa suka betul scene datang tepat pada masanya sewaktu Imran dekati Indah.

So kalau korang jenis cepat give up dengan slow-paced story, please be patient with this one. The pace picks up towards the ending especially selepas kejadian Syaqil kena culik.
Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
July 19, 2026
Cerita yang sangat menarik cuma kekangan masa membuatkan saya mengambil masa selama 7 hari untuk habiskan novel ni. 🥹

Indah Helena — kisah hidupnya bertentangan dengan namanya. Angkara ahli keluarganya sendiri hidupnya bertukar menjadi derita selama 7-8 tahun. Dia berlari ke hutan bersembunyi dari pihak berkuasa dalam keadaan menahan lapar setelah seharian berpuasa. Dia tak sempat pun nak berbuka. Datang seorang pegawai polis kepadanya di saat sebatang lilin sedang menyala. Polis tu yang tangkap dia. Polis tu jugaklah bagi dia roti dan susu kotak strawberi pada pagi keesokkan harinya. Pertemuan yang memulakan segalanya.

Beberapa tahun kemudian Indah pergi melawat rumah kawan baiknya, Kaisarah. Rupa-rupa Kaisarah tu merupakan adik perempuan pegawai polis yang "selamatkan" dia dulu. Indah jadi takut! Macam mana kalau Syaqil bagitahu keluarganya tentang masa lalu hitam Indah? Boleh ke mereka masih terima dia?

Indah — anti lelaki
Syaqil — anti perkahwinan

Entah macam mana Syaqil terpaksa jadi tunang instant Indah. Mula-mula untuk menipu je. Tahu-tahu kena jadi real pulak. Haru! 🤣

Tiba-tiba dari tunang kena kahwin betul! Keadaan memaksa. Tapi masing-masing memang rela hati.

600 muka surat pertama bahagia je baca kisah Indah dan Syaqil yang cuba menerima dan belajar mencintai antara satu sama lain. Pastu, BOOM! Datang dah something yang buat kita spoiled dengan Syaqil! Dari green flag terus ke red flag yang bukan saja sangat menyakiti hati Indah tapi juga kita yang membaca ni! Ya Allah! Menyirap sungguh dengan Syaqil selama baki 200 muka surat ni. 😭🫵🏼

Pastu tak cukup dengan si Syaqil dah jadi merah, datang dah orang dari masa lalu Indah. Masa ni jadi berdebar gila!

Papepun love you Syaqil. Terima kasih sudi "berubah". You are THE MAN! 😌🫶🏼

🕯"𝘉𝘭𝘰𝘰𝘮 𝘭𝘪𝘬𝘦 𝘢 𝘧𝘭𝘰𝘸𝘦𝘳. 𝘚𝘩𝘪𝘯𝘦 𝘭𝘪𝘬𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘮𝘰𝘰𝘯. 𝘉𝘦𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘐 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘺𝘰𝘶, 𝘐𝘯𝘥𝘢𝘩." 🕯
Profile Image for chelsannereads.
271 reviews6 followers
July 29, 2026
Rating: 4.2 🌟
Trope & TW: best friends brother/ trauma/sexual assault/ mental illness/ touch her and you die/ FL misandrist x ML hate marriage/ etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

Boleh tak ku nak review pendek je sebab ku malas nak type panjang² hshshshs... Sekali bila dah taip tetap panjang juga reviewnya. 🤣 Okay marilah kita teruskan, cerita lollysnow ni macam biasalah nyah best! Sejak dua menjak ni rasa nak marathon baca karya lollysnow jadi saya pick up lah buku Indah ni. Ceritanya menarik dan bagus menurut saya, plot cerita sangat rollercoaster!

Hero cerita ni namanya Syaqil Irham dan heroin pula Indah Helena. Syaqil ni saya kategori kan dia sama macam Qaled Zavian tapi tak sama sangat, faham tak? Syaqil ni tipikal watak hero yang good-looking, hormat wanita dan mungkin sedikit playful. Dia juga benci dengan perkahwinan sebab ada masa lalu yang pahit. Tapi yang saya suka dengan hero kalini adalah kerana dia layan isteri dengan sangat lembut dan sabar dengan isterinya yang ada masalah dalam berhubungan dengan lelaki. But is it my favorite? Em, so-so (maksudnya tengah² je hshshs)

Indah Helena pula seorang heroin yang benci dengan lelaki. Dia digelar 'misandrist' ketika sedang belajar di univerisiti. Banyak lelaki nak dia tapi ditolak mentah². Tapi semua itu ada sebabnya, Indah ada trauma dengan lelaki sebab dia pernah hampir dir0gol oleh abang sepupunya sendiri. Sejak itu dia cop semua lelaki ni sama, bertuhankan nafsu semata². Senang cerita Indah ni selalu ada bad experience dengan lelaki, sebab asyik kena sexual assault je. Dari situ saya mula faham kenapa Indah berkelakuan begitu dengan mana² lelaki yang dia jumpa, boleh dikatakan yang Indah agak grumpy dengan lelaki.

Untuk alur cerita pula bagi saya ia cukup menarik, cuma di awal bab dalam 200+ muka surat begitu saya rasa ceritanya agak meleret dan kalau dipotong² yang tak perlu mungkin tak sampai 802 muka surat pun buku ni. Bila meleret sudah tentu akan jadi bosan sebab itu saya tak rate 4.5 bintang ke atas. Tapi cerita ni serius saya cakap rollercoaster eh emosi waktu baca. 😭 Awal² penulis bagi happy² dulu bila masuk tengah nak ke ending tu dicampak segala konflik dan kesakitan kepadaku 😭 nasib baik tak koyak je HAHAHAHA!

Walaubagaimanapun, saya tetap suka dengan buku ini. Saya suka pasangan couple dalam cerita ni. Kena sangat, walaupun di akhir² bab si Syaqil ni agak menguji kesabaran tapi tak mengapa... 😇 Secara keseluruhan, jujur saya cakap saya enjoy membaca karya ini. Bagi saya cerita ini cukup rasa, dan angst dalam cerita ni dapat sangat! Semua perasaan cinta, sedih, lucu semua dapat! Mak lurveee. 😘 Highly Recommended! Haaa kan dah agak panjang juga wkwkwkw
Profile Image for Cutie_pie28.
559 reviews12 followers
September 19, 2026
Indah.. anak yatim piatu yang di jaga makcik dan 2 sepupu lelaki nya.. Indah sayang dengan keluarga makcik dia tu.. tapi yang buat kan dia jadi takut si Imran tu.. makin lama dia jadi makin obsesif..

Sanggup dia perlaku kan sebegitu sampai Indah terpaksa pertahan kan diri dia.. masa tu da jadi kes polis.. semua orang pandang serong pada Indah tetapi tidak pegawai polis yang jumpa Indah.. dia terasa sesuatu yang Indah cuba sorok kan.. lelaki tu Syaqil..

Dari pertemuan pertama dan seterus nya buat kan Indah dan Syaqil jadi rapat dan jadi tunang olok².. Indah ada seorang ketua yang gatal.. dia selalu kene kacau.. Syaqil nie laa nanti jadi penyelamat dia..

Indah nie memang independent.. tapi bila Imran kerap kacau, dia jadi takut dan Syaqil laa muncul sebagai penyelamat dia.. Indah pulak ber kawan baik dengan adok Syaqil - Kaisarah..

Bila semua orang tahu kisah silam Indah, mereka cuba lindungi Indah sebaik nyaa.. sehingga laaa, Syaqil buat keputusan untuk kawin dengan Indah..

Syaqil nie pun ada trauma dia jugak.. dia takut kan perkahwinan.. dia tak nak jadi macam parents dia.. sampai laa ayah dia meninggal baru dia tahu sebab apa parents dia berpisah..

Da kawin Indah totally berubah.. dia sangat selesa dengan Syaqil.. makin ceria dari hari ke hari.. tapi of coz ada orang tak puas hati..

Syaqil kemalangan dan hilang ingatan.. dia jadi was² pada diri.. ye laa pelik tetiba jee da kawin dan akan ada anak sedang kan diri dia yang dulu tak begitu minat dengan perkahwinan..

Saya suka support system Indah.. macam mana pun tetap sokong Indah.. Syaqil pun kadang² di anak tiri kan..

Buku ni bukan sekadar kisah cinta.. ia bagaimana dorang atasi setiap pengkhianatan, ancaman, trauma dan ujian dalam perkahwinan mereka..

Betul laa orang kata.. nak senang, tenang mesti ada yang kita kene tempuh.. begitu jugak dengan Indah.. Indah da lalui macam², akhir nya dia dapat rasa yang dia pun layak untuk bahagia dan di sayangi..
Profile Image for Cik.
227 reviews5 followers
July 12, 2026
Apa yang green flagnya Syaqil ni? Tak tegas langsung dengan staff2 depan isteri.Hero dalam story SHE pun tak tegas juga.Memang hero2 Lollysnow tak tegas eh?
Profile Image for Cutie_pie28.
559 reviews12 followers
December 29, 2024
Indah.. anak yatim piatu yang di jaga makcik dan 2 sepupu lelaki nya.. Indah sayang dengan keluarga makcik dia tu.. tapi yang buat kan dia jadi takut si Imran tu.. makin lama dia jadi makin obsesif..

Sanggup dia perlaku kan sebegitu sampai Indah terpaksa pertahan kan diri dia.. masa tu da jadi kes polis.. semua orang pandang serong pada Indah tetapi tidak pegawai polis yang jumpa Indah.. dia terasa sesuatu yang Indah cuba sorok kan.. lelaki tu Syaqil..

Dari pertemuan pertama dan seterus nya buat kan Indah dan Syaqil jadi rapat dan jadi tunang olok².. Indah ada seorang ketua yang gatal.. dia selalu kene kacau.. Syaqil nie laa nanti jadi penyelamat dia..

Indah nie memang independent.. tapi bila Imran kerap kacau, dia jadi takut dan Syaqil laa muncul sebagai penyelamat dia.. Indah pulak ber kawan baik dengan adok Syaqil - Kaisarah..

Bila semua orang tahu kisah silam Indah, mereka cuba lindungi Indah sebaik nyaa.. sehingga laaa, Syaqil buat keputusan untuk kawin dengan Indah..

Syaqil nie pun ada trauma dia jugak.. dia takut kan perkahwinan.. dia tak nak jadi macam parents dia.. sampai laa ayah dia meninggal baru dia tahu sebab apa parents dia berpisah..

Da kawin Indah totally berubah.. dia sangat selesa dengan Syaqil.. makin ceria dari hari ke hari.. tapi of coz ada orang tak puas hati..

Syaqil kemalangan dan hilang ingatan.. dia jadi was² pada diri.. ye laa pelik tetiba jee da kawin dan akan ada anak sedang kan diri dia yang dulu tak begitu minat dengan perkahwinan..

Saya suka support system Indah.. macam mana pun tetap sokong Indah.. Syaqil pun kadang² di anak tiri kan..

Buku ni bukan sekadar kisah cinta.. ia bagaimana dorang atasi setiap pengkhianatan, ancaman, trauma dan ujian dalam perkahwinan mereka..

Betul laa orang kata.. nak senang, tenang mesti ada yang kita kene tempuh.. begitu jugak dengan Indah.. Indah da lalui macam², akhir nya dia dapat rasa yang dia pun layak untuk bahagia dan di sayangi..

Profile Image for Nad.
474 reviews1 follower
October 5, 2026
Yang ni sedikit elok la dari L&Y in terms of vocabulary. Walaupun buku dia agak tebal tapi tak lelah nak habiskan (quite floppy).
- FL yang anti lelaki (due to trauma)
- ML yang anti perkahwinan (due to trauma)
- we got a psychotic-obsessive stalker
- amnesia
Profile Image for Emily.
142 reviews8 followers
April 21, 2024
Best yeeeeeee, buku niii walaupun plot biasa tapi sebab character dia jadi best. Sorang tak suka lelaki and sorang tak percaya cinta tetiba decide untuk berkahwin sebab nak tolong each other untuk hidup macam orang normal lain. Indah, tak suka lelaki sebab past trauma, Syaqil tak percaya cinta sebab penceraian parents dia. Syaqil ni abang Mawar, Mawar pula bestfriend Indah. So, Indah and Syaqil ni macam selalu terserempak so dari situ Syaqil rasa dia perlu protect Indah dari lelaki and nak tolong Indah untuk tak takut dengan lelaki dah. Same goes to Indah, she want to make Syaqil believe in love again. Best tengok perjalan kisah diorang ni dari stranger to lover to deeply in love. Syaqil ni pulak behaviour dia banyak je kat reality (in a good way) maybe sebab tu jadi best. Plus, Syaqil and Indah ni asyik nak bergaduh je kerjanya tapi kesudahnya mengalah comel-comel merajuk, ayy tampar kang.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
76 reviews5 followers
July 28, 2026
📚 Indah.
✍🏻 @lollysnow

Orang yang paling mudah menyakiti dan mengkhianati kita selalunya orang yang dekat dengan kita.

Buku ni buat aku nak beli dan makan roti coklat bersama air kotak strawberi ya, tapi aku tak nak lalui trauma yang jadi dalam hidup Indah. Selain kehilangan kasih sayang mak long, Indah juga hilang rasa percaya terhadap lelaki. Semua berlaku dalam waktu yang singkat, Indah terpaksa bawa diri, jalani hidup tanpa keluarga.

Indah tinggal bersama 3 orang sahabat baik, sampai tiba masa semua yang lain mengakhiri zaman bujang dan Indah masih lagi dalam keadaan sama, anti lelaki dan masih tiada lelaki yang mampu meruntuhkan benteng yang dibina oleh Indah sejak sekian lama.

Takdir membawa Indah berjumpa Syaqil, si anti perkahwinan.

Masalahnya, mereka berdua ni selalu dipaksa keadaan untuk bertemu dalam situasi-situasi yang tak disangka.

Tiba-tiba jadi tunang terjun, mangsa, penyelamat, dan berjumpa dalam majlis kawan rapat dan keluarga.

Persoalannya, perjumpaan demi perjumpaan ni mampu mengubah sikap anti lelaki dan anti perkahwinan Indah dan Syaqil ke?

Watak paling aku suka selain Indah dan Syaqil, mestilah Kaisarah dan Puan Alisa.

Kaisarah seorang sahabat yang sayang Indah, setia bersama, dan sentiasa ada bila diperlukan. Sahabat macam Kaisarah ni akan buat diri rasa dihargai dan disayangi, susah nak cari sababat macam dia. Dengan aku sekali rasa sayang pada Kaisarah ni!

Puan Alisa pula seorang ibu yang sangat baik, sikap baik dan penyayang yang buat anak-anak rasa selamat dan ada tempat untuk pulang bila memerlukan sokongan.

Peringatan! Buku ni mengandungi babak yang mungkin sensitif bagi sesetengah pembaca, cubaan r*g*l.

Selain dari itu, aku suka jalan cerita buku ni. Dari awal sampai akhir tak memeningkan kepala aku. Ambil masa 2 hari untuk tamat bacaan, rasanya kalau pembaca yang tak kerja atau cuti dan jenis baca laju sehari dah boleh habis.

Perasaan masa baca buku ni bercampur baur. Ada masa suka, ada juga masa rasa marah dan benci.

Aku suka kulit buku ni yang sederhana, gabungan bulan dan bunga.

“Bloom like a flower. Shine like the moon. Because I will always love you, Indah.”
Profile Image for Nik Natia_KC.
109 reviews5 followers
Review of advance copy received from Publisher
June 27, 2026
Indah
"Bloom and shine because you’re beautiful, Indah.”

Indah Helena - dengan perasaan benci lelaki
Syaqil Irham - dengan perasaan bencikan perkahwinan

Masing-masing ada trauma sendiri.

Pertemuan pertama dia orang yang tak dijangka, pertemuan kedua secara kebetulan kerana Indah berkawan dengan adik Syaqil, tetapi dia orang tak perasan each other pernah bertemu sebelum ni. Setiap kali bertemu berlaku perang mulut yang menyata ego masing-masing.

Semakin dia orang bertemu, semakin banyak hal yang berlaku menyebabkan Syaqil mengambil keputusan berkahwin dengan Indah. Kebahagian sementara mereka diragut dengan rakus oleh orang-orang yang dengki dan obses dengan Indah dan Syaqil.

Cara penulisan author Lollysnow memang matang, banyak improvent.. Tahniah author.
Profile Image for yh.
47 reviews
August 11, 2026
Predictable plot twist . ending a bit rush . ;((((
Berharap yg ending dia ada lah sikitt perkembangan indah dgn syaqil hmm

I still crying for hours tho (emotional)

Honestly lollysnow punya male lead semua ayah yang baik yg sgt bertanggungjawab jaga ank . I respect that ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ semua lollysnow punya ml high standards part nii dri saya baca farhat, harraz dan ismat .

Indah yang tabah .. i love her personality walaupun tak suka lelaki tapi masih respect jugak dgn laki walaupun dgn syaqil awl awl mcm anjing dgn kucing , kelakar dorang ni

Pages yang hujung hujung dh start saya menangis walaupun semua watak jahat sgtlah predictable .. and I HATE THEM


pengajaran : jgnlah terlalu obses dgn manusia , jadilah seperti indah yg redha dan tabah ( i wish i can hug her)
Profile Image for Lyana.
23 reviews
July 20, 2026
Another karya Lollysnow yang tak mengecewakan dan mampu habiskan 800 m/s novel ini dalam masa 3 hari sebab jalan cerita yang menarik.

Indah Helena hidup penuh cabaran dan ujian. Muncul Syaqil Irham bagaikan penyelamat setiap kali Indah dalam bahaya. Indah benci akan semua lelaki kerana sejarah hitam masa lalu dalam hidupnya. Syaqil pula tidak percaya pada perkahwinan atas trauma keluarga yang pernah dia hadapi. Akhirnya perkahwinan menyatukan mereka dan saling jatuh cinta.

Perkahwinan diuji sehingga Syaqil hilang ingatan, hilang rasa cinta nya pada Indah. tapi mampukah Indah mengembalikan rasa cinta mereka ?

Profile Image for Nene.
16 reviews
June 20, 2026
To akak Lollysnow,
Sebulan tnggu buku ni sampai, bila dh kt tgn tu trus mula baca. Dh lama reading slump and buku ni really hit the spot and exceed my expectations! Dari cara penulisan, penyampaian, character dan plot, saya suka sgt!!! Takda satu pun page yg saya rsa draggy and bosan. Habis kembang mata kita sebab tak berhenti menangis😭😭 Thank you kak for this masterpiece! Would do anything to have the first time experience baca buku ni!
Profile Image for Alieya Husna.
29 reviews1 follower
September 28, 2026
a bit disappointed that he didnt get to recover his amnesia but i guess thats the reality in life that u dont always get what u want :(

the ending thus feel a bit rushed
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews