Ribut yang mendatang membawa bala. Bangunan-bangunan tinggi, pokok-pokok besar dan kenderaan-kenderaan berpusing di udara dan saling berlanggar di antara satu sama lain. Kebakaran di sana-sini, letusan lava api mula keluar dari celah-celah perut bumi. Dari puncak sebuah gunung, seorang perempuan sedang menangis. Melara jiwa sambil melagukan kesedihan hati yang tidak tertanggung peritnya. Laut bergelora, ombak makin meninggi dan semakin hampir ke pesisir pantai seolah tsunami yang baru sahaja bangkit dari lena yang panjang. Kapal-kapal semuanya musnah akibat ditelan ombak besar. Sebuah aturan yang dirancang berabad lamanya atas nama dendam dan cinta hingga sanggup mengorbankan jutaan nyawa yang tidak bersalah. Perhitungan antara yang hak dan yang batil. Semuanya demi sebuah puncak Asmaradana.
I finished reading this book while waiting for Eslite to open pagi tadi. And I have a lot of thoughts regarding ASMARADANA.
Sejujurnya, apabila aku baca sinopsis pendek/blurb novel ni and look at the cover, aku ingatkan ianya pasal pure fantasi klasik Melayu something like that, but I found my expectation slap me on my face. Why? Sebab ASMARADANA is not what I had thought it was.
ASMARADANA ni bagi aku, it's more to biblical fantasy lore punya genre gitu. Because yelah, we have Lucy, Abby, Adam, Eve, Lilith (is more to Jewish kan Lilith ni) and so on. Oh yeah, ada juga Mahsuri and another unsur Melayu klasik (tak nak spoil).
The thing that buat aku macam kind of nak cepat-cepat habiskan novel ni–storylinenya macam tak ada hala tuju. I was so confused from the start. Tak faham apa yang sebenarnya terjadi and aku bolehlah sikit catch apa sebenarnya yang penulis nak sampaikan.
Banyak lagi persoalan yang tak terjawab in ASMARADANA tbh.
But I do love the writing styles. Serius. Lenggok ayat dia sedap dibaca. That's the pro of this book + another reason that I feel slightly enjoyable while trying to finish the book. I do love to look up for another karya from the author.
I have no other comments. All of these are my personal thoughts, okay?
Buku ini membuatkan aku seolah-olah terasa berada di awangan, berada bersama-sama dengan karakter-karakternya di langit ketujuh. Aku memanjat langit yang maha tinggi, dengan setiap helaian muka surat yang aku baca.
Hiperbola? Mungkin.
Semestinya, buku ini tidak mengecewakan aku.
Aku cadangkan kalian untuk memasuki buku ini tanpa apa-apa ekspektasi. Masuk dengan hanya tahu premis pada cerita ini mempunyai elemen-elemen misteri dan lagenda yang bercampur dan bertemu di dalam satu buku. The way the story is told, lowkey took me on an acid trip. Sometimes, some of the scenes felt like it came out straight from a horror or gore movie, but at the end of the day, the point-being, its a love story; that will somehow break or make someone.
I feel like, out of all the things in the book, there's a sense of wanting to know that's going on. You're there going WTF IS HAPPENING LIKE EXCUSE ME and you kept turning the page to find out what is what. Cara cerita ini mungkin tidak akan digemari oleh semua, tetapi bagi aku , the story itself is pretty unique to me and I liked how the author knew how to create a worldbuilding that's not only intense, but also filled with various characters that you'll somehow know in some ways.And that for me was one of the main highlights of the book.
But the reason for it not being a 5 star, is the transition of the book itself. I do feel like it felt too much and it can get pretty confusing at certain points. If you're used to fantasy books, I don't think it would be too much of a hassle, but for some especially beginners, it can get pretty confusing at some points. This I felt was the only flaw of the book that I can pinpoint.
But overall, I still did enjoy this a lot. The female rage and power perspective in here was just so nicely written that it felt so SATISFYING to read it.
Antara buku yang tidak aku sangka akan aku suka, tetapi turned out? Aku suka and will highly recommend.
Habis menelaah kisah Asmaradana. Kesimpulannya, saya pening. Haha. Bagi saya plot penceritaan bagi novel ini menarik. Namun, entah kenapa saya rasa cerita ini seperti arah tujunya bercabang. Saya pula jenis malas berfikir. 😂😂😂
Apa apa pun cerita ini menarik untuk dihadam bagi mereka yang meminati genre seperti ini. Tahniah buat penulis.
Cerita ni ya Allah. Hahahaha Serious ambik buku ni sebab cover dia dengan harapan kisah ni tema dia zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Tapi tidak yaaaa. Bersulam seli antara dongengan, lagenda dan beberapa watak real life. Mana kau nak dapat cerita yang berkaitan dengan Christianity dalam bahasa Melayu? Sorry if I am wrong. Bermula dengan Adam dan Eve meleret sampai Judgement Day la senang ceritanya. Kepala sakit nak faham sebab aku asyik fikir watak ni dr kisah mana, watak tu ape eh? Nasib baik la banyak juga background stories aku tau (Ijat mohon tidak berlagak).
Plot twist tak beragak ya. Aku serius suka macam mana rahsia tu sikit sikit terbuka, tak kelam kabut. Tau2 aku cam whaaattt. Tapi dalam nada wowwie yg gembira. Hahaha adoii bang Helmiiii
Seperti salah satu review buku ni, sila baca dengan pemikiran terbuka. Memang jalan cerita dia boleh cetus kontroversi. Bagi saya, susah nak dapat cerita jenis macam ni kat Malaysia ni. Buat Hilmi Loma, terima kasih sebab buat cerita best camni. Semoga terus maju!
Permulaan cerita yg mengelirukan. Walaupun dah beberapa bab dibaca, saya masih tak tau ke mana hala tuju ceritanya. Tapi perasaan ingin tahu itu membuatkan saya teruskan bacaan sehinggalah saya dapat rentak ceritanya.
Secara generalnya, mungkin cerita ini boleh mencetuskan kontroversi. Tapi, saya keep remind myself yg ini buku fixi kan. Ada je isu yg saya tak setuju, tapi saya cuba baca dgn minda yg terbuka.
Selain dari itu, terlalu banyak watak dalam cerita ini. Ada juga dimasukkan watak-watak dari dongeng dan lagenda. Juga watak-watak dari agama Kristian (kalau tak silap saya). Plot cerita pula agak bersimpang siur bagi saya. Tapi masih boleh difahami.
Sebuah cerita yg agak lain dari yg lain. Agak pelik lah di Malaysia ni. Namun, penulis bijak dan kreatif dapat menghasilkan cerita sebegini.
Akhirnya buku habis di baca dalam MRT. Terima kasih kerana menjadi peneman saya waktu pergi dan balik kerja.
Okay sekarang nak ulas mengenai buku ni pula. Ini buku Hilmi Loma pertama yang dibaca jadi tak ada jangkaan macam mana gaya penulisan semua tu. Tapi lepas buka baca muka surat pertama, terus jatuh cinta. Mungkin sebab saya suka gaya penulisan yang sedikit ‘berbelit’ macam ni. Dan tak banyak buku saya baca yang ada gaya yang sebegini.
Seterusnya nak cakap pasal jalan cerita pula, setiap bab dibaca dengan rasa tak sabar sebab nak tahu apa yang jadi dan asal usul karakter. Sedikit keliru dengan nama karakter sebab ada banyak sangat jadi macam selalu terkeliru.
Sedikit kecewa sebab ada watak yang hanya muncul sekejap sahaja.
Itu sahaja. Maaf sebab saya tak pandai nak bagi review sangat 😘😘😘
Sebuah fantasi epik! Kalau dilihat dari muka depan dan dibaca dari blurb belakang, aku langsung tak dapat nak jangka yang ceritanya lebih dari yang tertera. Sejujurnya kena bersabar dengan beberapa bab awalan, dimana aku jadi sedikit lost - nak masuk sebuah dunia yang baru, memang akan lost sekejap kan? Tetapi plotnya menjadi semakin menarik dan semakin mendebarkan selepas itu. Gila kuat wanita-wanita dalam ni. Demi cinta agung, habis satu dunia merasa kehancuran. Namun seperti biasa, bila wataknya terlalu ramai, aku jadi lemah betul nak mengingati setiap nama tu. Cuma yang paling tak boleh aku lupakan ialah watak Dee, kemunculan dia pun penuh kehebatan.
Buku yang paling pening aku pernah baca. Tapi aku suka! Kenapa cerita ini terlalu unik? Bagus juga aku kenal biblical figure walaupun sekadar secara nama saja.
Ada banyak benda aku nak cakap pasal novel ni, tapi dalam masa yang sama aku pun tak pasti nak cakap apa. Jalan cerita bercabang ya amat, hanya bila sampai ke penghujung tu, barulah macam nampak cahaya sikit. Dan bila dah faham sikit tu dah macam achievement pulak.
Mungkin secara paling ringkas yang aku boleh terangkan pasal buku ni adalah:
"Kisah penghuni syurga yang sebenarnya nak cari jalan pulang ke syurga setelah menjadi mangsa permainan dan dugaan cinta dengan menghancurkan dunia."
Dan aku masih rasa penerangan sebegini tak sepenuhnya betul untuk berikan gambaran dunia cerita dan watak-watak Asmaradana.
The most convoluted and incoherent read I've ever experienced, but all the interesting ideas and worldbuilding references kept me wanting to stick till the end.
Unfortunately, I cannot give Asmaradana any stars because it feels unfair and unjustified due to the unique ride I've experienced from the book.
It'll be hard to recommend this book to everyone, but I think all Fixi fans should try to experience Asmaradana at least once.
Dan kepada Mimi, boleh minta izin sewa otak sebulan?
Jujur, ini adalah antara novel yang memang dibenci ketika membacanya. Sebab utama, adalah plotnya banyak terlalu ke hadapan menyebabkan susah nak faham. Tidak tahu siapa MC, kerekternya bersepah termasuk hala tuju cerita. Kerana terlalu banya cut plot, dan tiada berkaitan dengan sebelumnya lalu ditambah lagi cut plot.
Tetapi, selepas memaksa diri baca, barulah nampak sinar dan kebencian makin berkurang. Ini kerana cut plot yang dibaca awal ditemukan palad bab yang jauh ke depan dan ia agak menarik.
Sayang, objektif utama dapat dilihat pada penghujung novel, jadi, motivasi nak segera habiskan baca agak kurang.
Part nusantara sedikit sangat, rasa tak puas sedangakn cover depannya ada elemen nusantara. ternanti2 juga sebenarnya.
Apapun, buku ini menarik dalam konteksnya tersendiri.
saya baru habis baca novel ni pagi tadi and sampai sekarang tak boleh move on ngan cerita nii sebab best 😭
buku ni bergenre fantasi lagenda, about dunia yang menuju kehancuran disebabkan dendam, sumpah keturunan dan cinta.
masa mula mula baca tu memang akan macam, ehh? apa benda yang jadi ni?? haa tapi for me benda ni laa yg buat saya makin push nak baca, sebab nak tau apa jadi 🤭
masa mula mula baca tu pun dia akan confuse sebab dia jump macam dari pov ni, masuk ke pov ni pulak dekat most bab. Tapi semua pov and watak dalam ni memang berkait rapat dengan watak masing masing dan juga plot. Tapi makin kehujung tuu akan tahu jugak mcm mana sumpahan tu boleh start, how everything started and all. At that time barulah akan macam, ohhh so that explains everything.
disclaimer buku ni ada scene scene yang gore dan buat saya mual hampir muntah 😭
tapi what I lovee about this book is how the author wrote and describe the fantasy world, cara penulisan bahasa dia yg pelbagai dari bahasa melayu moden dan classic. And also author ada masukkan elemen lagenda macam sumpahan mahsuri dlm buku ni.
"It's gonna be okay, Adam. Tinggal kita berdua jer sekarang. Like the old times. I'm here for you, my husband..."
What a great masterpiece! The plot, the story was mind-blowing 🤯 The cover & sinopsis makes me think this is might be an epic love dulu kala zaman melaka macam biasa But I am totally wrong.
Asalnya, bila aku tengok tajuk dan cover - cantik gila by the way - buku, aku ingat ini adalah cerita ala-ala kisah percintaan Puteri Gunung Ledang. Atau apa-apa saja yang revolve around cinta agung tipikal; keyword: tipikal; which is not exactly my pick for a reading. Tapi bila aku dah baca sepuluh mukasurat pertama: I realized that I was DEAD wrong. And I've never been so glad to know that I was wrong.
Sebelum tu, expectation aku memang dah sedia tinggi untuk ASMARADANA, lagi-lagi bila tahu ramai OG Fixi yang involve (Neddo, Shaz Johar, Faizal Sulaiman, Kak Julie, Hani, dll) dalam proses pembikinan novel ini. And yet, as I was reading it mid-way, I realized that it exceeded my initially-high expectations. At this point, aku tau yang aku dah jadi fan Hilmi Loma.
Review Buku:
Pacing cerita boleh dikatakan laju, tak ada meleweh yang tidak perlu. Permulaan cerita dimulakan dengan babak yang 'sedap', dan momentum itu dibawa ke bab-bab yang seterusnya. Banyak adegan yang aku rasa cool dan badass dan memorable dan semua ini tak rasa seperti dipaksa.
Keseluruhan penulisannya - kalau bukan semua - terasa lancar dan neutral. Hilmi Loma pandai menjadikan sesuatu yang berkemungkinan buat pembaca rasa bosan menjadi sesuatu yang menarik, contohnya babak lawatan di muzium. Aku tahu tujuan babak ini adalah untuk memberi informasi tentang sumpahan yang menjadi penggerak cerita, sedikit sebanyak menceritakan sejarah dunia ciptaannya yang ada sekarang, tapi penyampaian maklumat itu adalah dengan cara bercerita instead of menerangkan. And it just fits nicely.
Watak-watak yang ada pula berkaitan dengan figura-figura yang kebanyakannya kita tahu kisah mereka; walaupun tidak kita kenal secara personal (eg: watak urban legend, tokoh dari kitab suci, kriminal terkenal dunia); menjadikan ASMARADANA satu karya yang unik. Mungkin ianya akan menimbulkan sedikit kontroversi bagi sesetengah pihak, jadi ASMARADANA dinasihatkan untuk dibaca dengan minda yang terbuka supaya tidaklah cepat triggered. Jangan lupa apa yang sedang dibaca hanyalah karya fiksyen - a very convincing one nevertheless - dan bukannya buku sejarah (bak kata Hilmi Loma sendiri).
ASMARADANA memberi aku satu pengalaman yang segar ketika membaca. Aku rasa macam sedang membaca 5-6 cerita dalam satu buku, lebih-lebih lagi gaya bahasa dan persekitaran setiap satu 'dunia' yang ada ditulis dengan narasi dan lenggok bahasa yang berbeza, sesuai dengan latar masa dan tempat. Ini termasuk dialog perbualan antara watak, yang pada aku S-Class. Boleh kata semua tentang ASMARADANA aku suka, baik dari segi plot, pergerakan cerita, watak, dialog - semuanya tersusun cantik.
Banyak lagi sebenarnya yang aku boleh tulis tentang ASMARADANA, tapi pada masa yang sama aku taknak beri terlalu banyak hint atau spoiler kerana aku rasa ianya lebih sedap kalau pengalaman itu dirasai sendiri oleh pembaca, jadi aku tutup ulasan aku di sini. Apa-apapun, terima kasih Hilmi Loma atas karya masterpiece beliau, dan of course Buku Fixi sebab kerana menerbitkan novel ini. Dan semestinya, ASMARADANA akan jadi salah satu Buku Fixi yang akan aku rekemen kalau ada yang bertanya.
Nota kaki: Aku harap Hilmi Loma akan terus menulis. Aku jadi fan dah dia kot.
Reading this book without knowing what the story is about is definitely the best! Why?! Because banyak surprise dalam cerita ni. I am very amazed, impressed and in love with it🥹 Dah lama rasanya tak baca buku best macamni. I tak letak any expectation langsung but wow, this book is well written👏🏻! I tabik hormat pada penulis sebab beliau sangat berbakat ya. Boleh gabung dua dunia yg lain jadi satu🤯!
Bila baca buku, salah satu bonus atau punca I akan suka buku tu adalah sebab ada retellings! YA!!! Buku ni ada retellings dari cerita lagenda dulu-dulu dan ada juga some real life character. Nak tahu siapa kena la baca buku ni🤪! Sungguh tak disangka ya bila one by one nama watak tu revealed🤣. I macam “EH?!” I suka gila buku ni sebab karakter-karakter tu well developed & alive. World building dalam buku ni bukan terus you nampak ya. One by one you’ll see it. So kena sabar bila baca buku ni. Do not expect you akan faham the timeline terus tau, sebab penulis ni terlalu pandai sampai dia bagi jalan cerita mysterious yang you kena faham betul-betul so that you tak sesat. Saya sejenis yang mudah keliru, jadi apa yang saya buat bila baca buku ni is annotate the characters & important points! It works!😆
Buku ni sangatla interesting sebab jalan cerita sangat dramatik & intense, mindblowing🤯 (idk how a human can write this masterpiece perfectly?!) Besides, saya tak expect akan jumpa scene ngeri🤣Bila baca confirm tutup mata sebab terlalu ngeri. Banyak scene gore & pembunuhan keji yang buat saya rasa nak marah & nangis.
Another extra point is because ada kaitan dengan kepercayaan & agama (I’d say theres Christian & Islam yg berkait in here). Yang paling penting, buku ni adalah kisah cinta teragung❤️Saya memang suka bila baca buku, not only it gives you enjoyment in reading but also reminding you of some stories that you might have forgotten👍🏻yang maybe you dengar masa you kecil-kecil. Plot twist dalam cerita ni sungguh hebat🤣Kaw kaw dia bagi! As stated dekat cover, “untuk pembaca matang”, ya memang terbukti, sebab apa? sebab you have to read it dengan open mind ya kawan-kawan.
‼️What to expect: You might get headaches because of the mysteries yang you kena rungkai from this book but it’ll surprise you & worth the pain hihi🤭
All in all, PERGI BELI & BACA BUKU ASMARADANA SEKARANG! BEST GILA👍🏻😭🙌🏻This is my own opinion. Asmaradana is my first Fixi book that I’ve read! I hope korang pun akan suka buku ni🔥Anyways, you guys are really amazing @bukufixi dan penulis, Hilmi Loma✨ Keep slaying & shine bright, looking forward for more awesome books by Hilmi👏🏻
OK, tak dinafikan salah satu faktor yang membuatkan aku tertarik nak baca buku ini adalah review-review yang baik from other readers. Memandangkan aku ni jenis yang mudah terpengaruh, so aku bersemangat sikit nak baca buku ini dulu despite to-be-read pile aku yang sedang menggunung sekarang.
Banyak kali penulis menasihatkan aku jangan letak harapan yang tinggi untuk buku ni and pada mulanya aku setuju, kadang review orang boleh jadi terlalu hyperbola.
TAPI buku ni dah buat aku rasa taknak tidur (sebab aku start baca buku ni malam yang sama aku dapat buku ni) and habiskan bacaan in one sitting sebab aku rasa buku ni dah mengikat aku start daripada Prolog lagi.
Aku still amazed macamana penulis boleh ada kreativiti untuk menghasilkan cerita yang menggabungkan watak-watak daripada 'dunia' yang berbeza dan gabungan tu tak terasa canggung dan pelik. It mixes really well.
And being a fan of a story with plot twists, aku suka towards the end bila aku ingat aku tahu how the story would end but boy, was I wrong. Dan cerita ni ditamatkan dengan baik, aku berpuas hati, hehe. Oh, kredit juga kepada penulis untuk scenes gore (my fav ones!) yang buat aku terasa ngilu dan seram juga ya.
Aku ambil masa 3 hari untuk habiskan buku ni sebab faktor usia yang memerlukan tidur (T_T) tapi lepas habis baca buku ni cerita ni asyik terngiang-ngiang kat kepala. Sepanjang pembacaan buku ni, aku membayangkan how the story would be kalau diadaptasikan kepada movie. Susah nak move on daripada cerita yang lazat macam ni, kali terakhir aku dapat perasaan macam ni lepas baca Retina.
Tahniah kepada penulis, sememangnya ASMARADANA adalah karya terbaik penulis setakat ini.
Mula-mula baca karya ini, mungkin dalam 5 bab terawal lah, apa lah yang aku baca ini.. banyak juga watak dan perwatakan nya, tak banyak yang diceritakan oleh penulis di awal cerita nya tapi tetap teruskan pembacaan sebab macam nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Macam jadi page turning juga lah.
Aku ingatkan dia yang rancang semua ini tetapi plot twist nya dia rupanya. Tapi macam mana tu? Ermmmm. Jalan ceritanya menarik, digabung dengan barat dan melayu. Tapi, aku speechless juga lah dengan jalan cerita yang ditulis oleh penulis. Tak sangka betul betapa kreatif nya penulis nya.. Puteri Gunung Ledang dijadikan Puteri Berduka yaa.. aku pun tak terfikir.. itu memang terbaik.
Tetapi bagi aku, emosi di dalam karya ini, tiada langsung. Dia macam kau tulis cerita untuk perceritaan sahaja. Emosi hadir untuk melengkapkan jalan penceritaan sahaja.
Bagi aku, lain daripada yang lain. Aku suka. Terima kaish buat penulis.
p/s : Yang kelakornya, aku tercari-cari part yang penulis ada upload sedikit cebis karya ini di dalam twitter dan aku tercari-cari partnya di dalam karya ini, ingatkan tak dimasukkan sekali rupanya ada. Terbaik.
Don’t judge a book by its cover and kena open-minded. Basically, buku ni pasal dunia dalam ambang kehancuran oleh sumpahan-sumpahan yang telah dilanggar. Plot menarik sebab penulis berani menulis novel Bahasa Melayu yang mengetengahkan cerita berkisarkan watak dalam Bible (Christianity). Agak jarang ya. Aku Muslim btw, for me ambik as a good exposure je. Moral value wise, tak payah janji dengan setan 🫡. Tu jelah yg aku dapat daripada baca buku ni.
Cuma kalau kau sejenis cepat lupa dgn jalan cerita novel ni, mungkin akan kurang gemar buku ni kot sebab pacing dia laju, flashback sekerat-sekerat selang seli dengan situasi ‘present day’ cerita tu dan banyak watak. Aku siap google lagi watak-watak tersebut nak bagi faham 😅
Anyways, I have fun while reading this book. Macam fantasy + cerita alien Hollywood punya vibe.
disclaimer awal2,buku ni penuh dengan unsur woke (hero semua pompuan lol),lgbt and unsur agama yg lain yg aq sndiri pun tak faham.
untuk pembacaan,pacing cerita ni laju tapi bende yang turn off adalah kau nak catch up dengan isi cerita ni mmg lambat beb. dah sampai pertengahan buku pun kau still tak faham whats going on dengan buku ni. sebab origin cerita ni,pengenalan watak2,motif cerita,semuanya berada penghujung cerita.
Saya tengok cover buku macam cerita Kesultanan Melayu Melaka tapi dalam ini diselitkan kisah Melaka sikit and then other stories yang lain.
One of things yang buatkan saya confuse tentang cerita ni adalah karakter yang sangat banyak dalam satu plot. Ini membuatkan saya tertanya-tanya dengan setiap karakter yang selari dengan plot yang banyak.
Overall,the storyline interesting but kisah dia memang berat. But I hope cerita ni boleh perbaiki lagi plot and cara dia menyampaikan .
tak pernah lagi baca mana mana buku yang campurkan unsur fantasi dan Christianity dalam Bahasa Melayu
agak menjengkelkan dimana penulis tidak meletakkan tahun di setiap bab, jalan cerita agak ‘jump’ here and there tapi amat memberi kesab dari segi penceritaan!
Aku tak tahu macam mana nak zahirkan betapa aku suka dengan cerita ini. Everything about it is amazing. The drama,the gayness.. I'm loving it. Love teruk!
LOVED the story. The only thing is the amount of characters were a bit overwhelming personally, and it can get a little confusing at times but it all ties up in the end. Definitely give it a go.
Been looking for a read to get me out of my reading slump and this did it for me. But why the 3-star rating? Well, this is one of those ambivalent read for me. While I truly enjoyed the authentic plot and originality, there's a lot I have to say about this piece from Hilmi Loma.
Ini karya pertama Hilmi Loma for me and ngl I bought it straight away because of the title. I freaking love Puteri Gunung Ledang and me being a huge fan of the film terus beli with the assumption ianya historical fiction romance-ish berlatarbelakangkan zaman Kesultanan Melayu Melaka. I was completely wrong. All of my assumptions went out the window begitu sahaja.
This book is a crossover of biblical element, fantasy and Malay folklore. Kombinasi yang original dan sangat menarik. I wished I was the one who came up with this. But, as much as I enjoy penceritaan Asmaradana and its sassy dialogues, kronologi ceritanya agak caca marba here and there.
I was completely clueless for the first half of the story because there's a lot going on and there's just too many characters to keep up. Pengenalan setiap karakter in the chapters itu sendiri agak mengelirukan. For those who aren't familiar with biblical figures, you're gonna be lost for awhile.
Buat pembaca yang kurang selesa dengan elemen Christianity and LGBTQ, you might want to avoid this. And, yes ada unsur-unsur liberalisme yang boleh mencetuskan kontroversi but hey, it's Fixi so you can't expect content novel sesuci murni macam terbitan Iman Publication. (No, this is not a shade towards Iman Publication. I read books published by both. Hanya sekadar stating the fact).
On another note, the dialogues are yes, enjoyably sassy but there's parts of them yang agak cringe, a bit pick me and try hard-ish for me. Cubaan untuk replicate Internet millennials energy and it came out a tad bit cringe.
Saya simpulkan my review on this as something that definitely piqued my interest but left me feeling ambivalent about it. Did I enjoy this? Yes, I did. Would I recommend this? Not a hard yes but not entirely a no for me. It really depends bcs I think this is catered or sesuai for a niche group of readers. Kesimpulannya, sebuah pembacaan yang menarik dan konsep yang original,fresh cuma the execution sahaja kurang memuaskan.
Unsur keganasan dalam novel ni melampau dan tak henti-henti daripada bab pertama sampai ke bab terakhir. Cerita ni berkisar pasal Hari Kiamat (rasanya) tapi kalau antara babak-babak tragik tu diselit dengan babak-babak yang lebih aman rasanya dapat membantu rentak cerita sedikit sebanyak.
Plot cerita sangat sukar difahami sebab selalu ke masa silam tanpa sebarang amaran. Bagi mereka yang ingin membaca buku ini, pastikan anda bersedia untuk kembali ke halaman-halaman terdahulu berulang kali.
Majoriti karakter yang terkandung dalam cerita ni pula tiada apa-apa yang pembaca seperti saya nak sokong tak kira betapa kuat saya mencuba... Karakter-karakter wanita semuanya seolah-olah ditulis daripada kacamata patriaki secara eksklusif sebab masing-masing tampil lemah, mudah dimanipulasi dan didorong rasa taat setia kepada lelaki secara membabi buta serta emosi semata-mata.
Apa-apapun, tahniah kepada penulis atas kreativiti beliau dan saya hargai usaha membina dunia yang sangat kompeks dalam karya ni tapi elok kalau novel ni disunting dengan lebih lanjut sebelum diterbit.