Jump to ratings and reviews

Isteriku Naik Hantu

Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati.

Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan. Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo.

Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram. Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda. Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi?

“Qina, ikhlas ke awak terima saya sebagai teman hidup awak?” - IQRAM

“Masalahnya, saya dah termengaku tadi. Saya pun panik, bila akak cakap saya bakal tunang akak. Nasib baik akak ni kira cun jugak, kecil molek. Kalau tak, mahu menangis saya kat situ. Dahlah makan tak kenyang.” - FAREEZ

Alamak, lebih-lebihlah pulak orang tua ni. Kut ya pun nak buat aku jadi menantu, janganlah dengan budak bawah umur ni. Anak lain dah tak ada ke mak cik oi? - QARINA

688 pages, Paperback

First published December 13, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Syikin Zainal

17 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (34%)
4 stars
12 (27%)
3 stars
14 (32%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Rynna.
132 reviews
December 21, 2013
cerita ni boleh dikategorikan sebagai cinta komedi. sebab watak Fareez Aiman memang poyo betul. kisah Qarina dan balqis kawan baik. Qarina coulple dgn Iqram tp dalam diam Balqis pun suka dgn Iqram jugak. lepas SPM Iqram dan Balqis sambung belajar diuitm yg sama, manakala qarina sambung tingkatan 6. sebabkan fitnah balqis hubungan Qarina dan Iqram putus. Balqis dan Iqram berkahwin.lepas 10 tahun Qarina masih sendiri, baginya kasih pada iqram ada kasih tersimpul mati.
Fareez Aiman ni pulak rakan sekerja Qarina. Fareez Aiman ni lebih muda dari Qarina. memegang prinsip tak nak bercinta sebelum kahwin, baginya cinta selepas berkahwin penuh nikmat dan berkat. watak Fareez ni memang poyo betul. Masa Qarina dgn fareez tengah makan tengahari, diorang terserempak dgn balqis & iqram, Qarina dgn selambanya mengaku Fareez bakal tunangnya dekat iqram & balqis. sebenarnya iqram ni sepupu fareez.
sebab salah faham dgn bapa Qarina, fareez dgn Qarina terpaksa kahwin.
walaupun kahwin paksa, diorang bahagia tp biase la ade orang ketiga yg kacau. ape-ape pun cerita ni happy ending.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,571 reviews1 follower
July 28, 2018
3.5/5bintang
Okay.. Perasaan Sha masa baca buku ini memang bercelaru.. hahaha.. celaru sebabkan perangai poyo Fareez yang dasyat.. Perangai degil Qarina dan perangai gila keluarga Qarina dan Fareez.. Buku ini memang mengujakan.. Lama tak baca cerita cinta yang boleh beri bermacam-macam perasaan pada Sha.. Gembira, geram, sakit hati, kesian, marah dan rasa macam nak masuk dalam cerita dan ketuk kepala watak-watak dalam ini.. hahaha.. Tahniah buat penulis kerana menghasilkan novel yang sangat menarik..
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 6, 2014
Kisah tentang Qarina(Qina)yg telah di khianati kawan baik, Balqis dan kekasihnya, Iqram..walaupun selepas 13 tahun, Qina memang x dpt lupakan rasa kecewa tersebut..

Selepas 13 tahun, tiba2 Qina dpt email dari Balqis mengatakan ingin bertemu sambil itu ingin meraikan ulangtahun perkahwinannya dgn Iqram.. Qina terasa tersindir..dia merasakan suami isteri itu hanya mahu menunjukkan kebahagiaan mereka...lagi2 Qarina masih belum berkahwin walaupun di usia 30 tahun..

Dalam pada masa itu Qarina kenal dgn Fareez. Fareez engineer baru di company Qarina bekerja..dan mereka jugak hidup berjiran..Suka watak Fareez ni..yg sgt poyo dan kelakar..

Satu haritu..boleh pulak Qina secara x segaja bertembung dgn Balqis dan Iqram..dan pada masa itu lah Qina tipu dgn memperkenalkan Fareez sbg bakal tunangnya..tp masalah itu menjadi rumit..rupannya Fareez tu sepupu Iqram..Iqram pula sakit hati sebab dia x dpt lupakan Qina..

dari situ lah Fareez dan Qina buat persetujuan untuk berlakon menjadi kekasih untuk kepetingan diri sendiri.. Tapi disebabkan itu berlaku sesuatu dan terpaksa berkahwin..

Fareez dari mamat poyo bertukar romeo..nampak yg dia suka kat Qina walaupun Qina lebih tua dari dia..tp Fareez agk matang walaupun kadang2 perangai mcm budak2..Qina pulak x boleh lari dari perasaan jatuh cinta kepada suaminya..terus lupa akan kekecewaan yang lalu...

Tapi byk betul konflik.
Iqram lah yg suka mengungkit kisah cintanya yg lepas..Nelly yg seboleh2 nk kat Fareez..sampai lah timbulnya fitnah dan mereka bercerai..

Lepas bercerai..Iqram mula merebut hati Qina.. Fareez pun mahu merebut hati bekas isterinya kembali..jadi siapa yg Qina pilih?
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,130 reviews382 followers
December 21, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Kisah percintaan antara si mamat poyo dan anak dara tua ni is surprisingly entertaining. Memang tak kering gusi lah, ada jer ayat-ayat yang buat N tersembur and tersengih sorang-sorang.

Tapi the conflict yang melanda memang agak menyakitkan hati jugak lar. N ingatkan cerita ni santai-santai from start to finish tapi the last one third of the novel, was a bit unexpected. Geram, sakit hati, kesian, semuanya ada.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
January 25, 2014
I would give this book 3.5 :)sebab part poyo di awal cerita sangat menghiburkan.

Antara mamat poyo,Fareez dan mamat romantik Iqram,aku prefer Fareez,,selalu tergelak sorang-sorang kalau baca part Fareez ngusik Qina tu..memang poyo habis mamat ni!kalau aku jadi Qina pun,harus rasa nak cekik die,biar mulut tu ade lesen sikit..suke part awal cerita ni sebab banyak kelakarnya.Disebabkan nak selamatkan diri masing-masing,Qina & Fareez kahwin,ala-ala koboi jer,,tapi lepas dah kahwin mula timbul rasa cinta antara mereka,tapi dugaan pulak datang pabila Iqram ex-bf Qina ni asyik kacau daun.Hish!stress betul,kalau aku jadi Fareez dah lama belasah die sebab suka nyibuk.Qina pulak sokmo konfius dengan diri sendiri,kejap hati kat Iqram,kejap dah jatuh cinta dengan Fareez,pastu baik balik dengan Iqram.Tak tentu hala,susah kan orang sekeliling je.Disebabkan kes Fareez dengan Nelly,diorang bercerai,dan Qina kembali pada Iqram.tapi akhirnya,Fareez menang jugak!jadi,Qina kembali bersama Fareez dan lived happily ever after..moral of the story,tak semestinya kahwin tanpa cinta tak bahagia,dan perbezaan umur tak menjadi masalah.Main point,jangan curiga dengan pasangan,trust is important in marriage life :) :)
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
May 5, 2014
Fareez yg betul2 poyo,suka menyakat Qarina dgn panggilan tua/andartu, kalau kita pun, sentap wei! Bengong. Sakit mental & fizikal cerita mereka ni, dua2 pun kepala batu, tak nak mendengar penjelasan. Boleh lagi fareez buat lawak setelah kembali bekerja setelah bercerai dgn qarina. Tak dan nak serius fareez ni, tu yg qarina pun tak nak percaya ckp fareez kes dia/ nelly tu. Semua nak di buat lawak, agak2 ler oi. Tapi kita suka ceritani dgn dialog dia yg tajam & menhiburkan, terutama berbalas cakap fareez/qarina, cikgu hussin/cikgu fatimah, fatin/fatiha ... Giler laser mereka ni bila bercakap, tak der cover langsung. READ THIS, AND U WILL UNDERSTAND.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 8, 2014
Percintaan antara Qarina dan Iqram terputus kerana fitnah Balqis, kawan baik Qarina. Selepas itu, Balqis dan Iqram telah berkahwin. Kini, setelah 13 tahun Qarina masih cuba untuk melupakan Iqram. Balqis dan Iqram datang ke Pulau Pinang menemuinya. Kebetulan ada Fareez Aiman, mamat poyo di ofisnya, bersama dengannya pada hari mereka bertemu. Qarina terus menyatakan bahawa Fareez adalah bakal tunangnya tanpa mengetahui Fareez dan Iqram adalah sepupu. Fareez dan Qarina meneruskan penipuan mereka untuk kepentingan masing-masing. Malangnya, penipuan itu menjerat Qarina. Ayahnya mengamuk lalu memukul dirinya. Kerana kesian, Fareez terus melamar Qarina dan mereka dikahwinkan malam itu juga. Kehidupan berumahtangga mendekatkan hati mereka. Qarina mula jatuh hati dengan mamat poyo, merangkap suaminya. Tetapi sejak Iqram bertemu dengan Qarina, Iqram tidak dapat melupakan Qarina. Dia mula menyangsi akan kejujuram Balqis dan bertekad untuk mendapatkan Qarina. Balqis akhirnya ditinggalkan bila dia tahu Balqis telah menipunya selama ini dan Qarina diburu kembali. Akhirnya, Fareez hilang sabar dengan Iqram dan menumbuk Iqram. Dia kecewa bila Qarina tidak menyebelahi dirinya lalu salah sangka dengan Qarina. Maka perang dingin bermula. Pada masa yang sama, Nelly yang menaruh hati pada Fareez cuba memerangkap Fareez. Qarina kecewa apabila melihat Fareez dengan Nelly ditangkap basah, lalu dia meninggalkan Fareez. Qarina amat terluka dan terus minta cerai. Fareez akur lalu menceraikan Qarina. Setelah mengetahui yang Qarina telah bercerai dengan Fareez, Iqram mula mendekati Qarina. Bila Iqram melamar Qarina, dia bersetuju kerana tidak mahu menghampakan keluarganya dan Iqram walaupun cintanya sudah terpahat untuk Fareez. Pada hari pernikahannya, Qarina dapat tahu tentang kejujuran Fareez. Iqram terdengar luahan hati Qarina dan terus melepaskan Qarina. Qarina terus pergi mendapatkan Fareez yang berada di Pulau Redang, tempat kenangan manis mereka. Qarina melamar Fareez dan mereka terus bernikah kembali. Akhirnya bahagia milik mereka.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews59 followers
March 16, 2014
#Isteriku Naik Hantu
Karya Syikin Zainal
Terbitan Buku Prima

INH sebuah karya Cinta Komedi, mengisahkan cinta seorg jejaka muda bersama seorg gadis yg usia lebih dari sang jejaka, perkenalan semasa sang jejaka iaitu Fareez memohon pekerjaan dia sebuah syarikat dimana sang gadis iaitu Qarina bekerja, Qarina menganggap Fareez sbg adik dek usia Fareez yg muda, Qarina juga melebel Fareez sbg mamat poyo,
Qarina yg sblm ini telah menutup pintu hatinya lantaran kisah silamnya bersama sang kekasih iaitu Iqram, Qarina dan Iqram bercinta sblm Iqram berpaling tadah terhadap kawan baik Qarina iaitu Balqis, selepas itu Qarina menutup pintu hatinya kerana kasihnya terhadap Iqram adalah kasih bersimpul mati sehinggalah munculnya Fareez, Fareez seorg yg mempunyai prinsip bercinta slps berkahwin, perkahwinan Fareez dan Qarina bermula apabila Qarina tlh mengakui yg Fareez adalah bakal tunangnya demi menyakiti hati Iqram dan tnpa sedar yg Iqram dan Fareez adalah sepupu, sejak itu hidup Qarina dan Fareez bercelaru apabila cerita itu tlh smpai ke pengetahuan org tua mereka dan mereka terus dgn rancangan itu sehingga lah rahsia mereka terbongkar dan mereka tlh bersatu dlm ikatan yg sah, setelah itu barulah Qarina sedar yg mamat poyo itu adalah mat romeo dan setelah bunga cinta mekar rumah tangga mereka dilanda badai apabila seorg pelajar yg membuat pratikal disyarikat mereka iaitu Nelly telah menggoda Fareez dan perangkap Fareez sehingga mereka ditangkap basah, selepas kes itu Qarina dan Fareez berpisah dan dlm masa yg sama juga Iqram dan Balqis juga berpisah, apakah yg terjadi seterusnya? Dptkah Fareez merebut cinta serta membuktikan pada Qarina yg dia tdk bersalah? Atau adakah Iqram berjaya merebut kembali cinta lamanya itu? Anda harus dptkan dipasaran, pelbagai rencah ada dlm naskah ini, bukan hanya komedi tp ada jga akan dibuai dgn kisah romantik, sebuah naskah yg sgt berbaloi utk dimilikki, tahniah buat penulis, dptkan segera dipasaran dgn harga RM27.90(sm) RM30.90(ss)

# p/s ini hanya pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Profile Image for Khasidah Abdullah.
23 reviews
June 28, 2014
Masa mula baca tu mmg lemau je. Tapi baca jugak pasal dh beli kn. Lepas tu bila dh sambung makin lama makin dpt syiokness. Jln cerita sempoi sangat. Saya suka tk ribut kepala otak. Ada juga bab kenangan zaman sekola yg saya buat ada dlm cerita ni (Menulis lirik dlm nota). Watak dlm cerita pun slumber je. Suka watak Reez yg poyo dan Qina yg tahan lasak. Cuma sebagai pembaca saya rasa mcm ada kurang skit sebab tk berapa suka bab nikah kawin(yg ada cina buta n kes cerai berai last part tu). Dan 99% watak dlm cerita sumer mulut laser.✌️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
January 24, 2014
kih kih kih... tgk jer tajuk nie terbayang momen tyme baca.. mmg dok tergelak2 jer... hahahaha... sengal la... hahaha.. tp tetap sangat suka hati..

mmg menceriakan hari..
Displaying 1 - 11 of 11 reviews