Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Diktator Hatiku

Rate this book
Deadline, deadline, deadline! Bila tiba saja ‘hari’ itu, semua orang akan menjadi stres. Terutamanya Sumayyah. Dia selalu menjadi mangsa buli Zahin. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Apa sahaja yang dibuatnya, selalu tidak kena di mata Zahin. Perasaan benci terhadap Zahin begitu membuak-buak sehingga sesak nafas dibuatnya!

Tapi siapa sangka, perasaan benci itu bertukar menjadi rindu dan sayang. Dalam diam, Zahin begitu mencintai Sumayyah. Perasaan ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Biarlah hanya ALLAH sahaja yang tahu isi hati mereka berdua. Namun, perasaan itu terhalang dengan kehadiran Sabrina yang menabur fitnah antara mereka.

556 pages, Paperback

First published January 10, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Nazihatul Hanan

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (11%)
4 stars
4 (23%)
3 stars
4 (23%)
2 stars
4 (23%)
1 star
3 (17%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,134 reviews382 followers
December 21, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Ku sangkakan romantic comedy, tapi rupa-rupanya bukan. Novel ni banyak bercirikan elemen islamic. Misalnya, hero and heroine citer ni memang menjaga batas pergaulan - kalau naik keter, tak boleh berdua, mesti sekurang-kurangnya bertiga. Sama jugak kalau naik lif and bila duduk kat pejabat. Bila tolong temankan balik rumah pun, tak jalan sama-sama. Sorang jalan depan, sorang jalan belakang. Dengan erti kata lain, jika nak baca kisah yang puitis jiwang romantis, memang takdalah dalam novel ni.

Tapi, ceritanya taklah mendatar saja. Masih ada watak-watak jahat yang suka membuat fitnah kononnya atas dasar cinta. Sah-sah psiko!
Profile Image for Qayiem Razali.
932 reviews90 followers
August 1, 2018
#51

Dia Diktator Hatiku (Nazihatul Hanan)

Berkenaan novel ini, apa yang saya gemar adalah bagaimana penulis menerapkan nilai-nilai keIslaman dengan cara santai. Untuk aspek penceritaan yang lain, saya kira masih boleh diperbaiki.

Sayang... novel ini sebenarnya menarik. Tapi, permulaan cerita penulis seperti gagal menarik minat pembacaan. Terlalu berfokus pada kisah deadline dan kisah hal-hal kerja buatkan mood itu hilang.
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
March 27, 2014
Cerita yang banyak berkisar ttg stress di tempat kerja hingga saya yg membaca terpaksa tumpang stress.
Tapi penulis mmg berbakat menulis.
Profile Image for Nurien Aina Ahmad.
39 reviews2 followers
May 6, 2026
Novel ini membawakan naratif yang berpusat pada watak Sumayyah, seorang wanita yang digambarkan sering bergelut dengan tekanan luar biasa setiap kali berhadapan dengan garis masa (deadline). Namun, dari perspektif pembangunan watak, Sumayyah tampil sebagai figura yang agak mengecewakan. Meskipun penulis cuba mengangkat tema martabat wanita, watak ini sebaliknya dizahirkan sebagai seorang yang terlalu emosional, rapuh, dan gemar mengeluh.

Sifat "cengil" (mudah menangis) dan ketidakmampuan watak utama untuk mempertahankan diri memberikan impresi bahawa kelemahan adalah sinonim dengan sifat kewanitaan. Walaupun sifat malu itu dituntut dalam Islam, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk menjustifikasikan kelemahan jati diri. Dalam hal ini, watak Sumayyah seolah-olah memberi mesej yang kurang tepat kepada pembaca tentang bagaimana seorang wanita seharusnya mendepani cabaran.

Kepincangan ini tidak terhenti pada watak utama sahaja. Barisan watak sampingan juga dilihat gagal memberikan impak positif kerana pemikiran mereka yang cenderung kolot. Hampir keseluruhan watak dalam naskhah ini memiliki pola sikap yang hampir sama,sesuatu yang dilihat tidak sihat untuk dijadikan teladan atau rujukan moral oleh pembaca.

Dari sudut struktur penceritaan, bahagian awal novel ini terasa agak meleret. Plot yang terlalu berfokus kepada isu ‘deadline’ tanpa pengisian yang substantif menjadikan penceritaan seolah-olah hilang punca dan kurang bermakna. Pembaca mungkin akan merasa bosan dengan naratif yang berputar pada isu yang sama tanpa progres yang signifikan.

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penulis atas keberanian menyuntik elemen dakwah yang santun. Penulis berjaya menggarap aspek batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut syariat dengan sangat baik. Elemen kerohanian ini merupakan kekuatan utama naskhah ini, terutamanya dalam menyampaikan pesan tentang konsep jodoh dan tawakal dalam menghadapi ujian kehidupan.

Sebuah karya yang kaya dengan pengajaran agama dan falsafah takdir, namun sedikit terjejas oleh pembangunan watak yang kurang berdaya saing serta plot awal yang kurang dinamik.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews