Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam.
Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna.
Iman Faliq – Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya.
Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki.
"Maaf. Rasanya macam tak ada apa nak diceritakan. Sebab saya menulis pada mulanya suka-suka saja. Dan tak sangka ada yang suka. Tu aje. Then, saya teruskan sampai ke hari ini :)"
Kata pembaca (yg kerek) seperti aku:
Sewaktu menjamah naskah ini, aku faham siapa khalayak yg dimaksudkan oleh penulis. Memandangkan TIRAI DOSA KELMARIN dimulakan dalam versi blog, so ke-meleret-an naskah ini amat mendera. Seperti 'menonton' drama bersiri yg penuh dengan adegan-tarik-tali dan dialog-sama-diulang-berkali-kali.
TIRAI DOSA KELMARIN membawa kisah yg amat berbeza walaupun masih ada selitan nikah-paksa-kahwin-rela. Setakat ini, aku hanya dijodohkan dengan 2 naskah sahaja yg mempunyai elemen yg hampir sama. Dirogol oleh lelaki yg tidak dikenali sehingga hamil. Dan si lelaki cuba mencari si gadis bertahun-tahun lamanya untuk menebus dosa dan mencuci luka sendiri.
DAN...
"Maaf. Saya sentiasa jujur dengan naskah yang saya baca walaupun kadang-kadang agak kasar pada pembaca lain (dan tentunya kepada penulis naskah itu sendiri)."
(for me)
1) Aku AMAT bersetuju dengan komen seorang sahabat. Watak Zarif terlalu mendominasi naskah. Bab 1 - 8 dipenuhi dengan Zarif dan scene di waktu-pagi-ketika-sesi-tadika-baru-bermula. Penat hendak mengira berapa hari persekolahan diambil ketika Bab 1-8 dicoret. Mungkin watak Zarif penting bagi naskah ini tapi pelaku utama yg ingin dijadikan teraju utama ialah Nor Imanina dan Iman Faliq. Agak keterlaluan bila karenah si kecil ini mendominasi hampir keseluruhan dialog dan pergerakan plot.
2) Kemunculan BERKALI-KALI-KALI Zarif (anti-klimaks bak kata penulisnya) ketika sepasang suami isteri ingin bermesra amat menjengkelkan. Perlukah adegan yg sama sebegitu diulang berkali-kali-kali dalam naskah setebal 874 m/s ini?
3) Penggunaan perkataan Zarif love mama/papa Iman banyak, banyak, banyak; memang tak terkira banyaknya!
4) Pengulangan dialog 'friend' dalam naskah ini dah sekawan-kawan rasanya!
5) Sejujurnya aku amat terganggu dengan selitan perkataan asing dalam dialog yg dituturkan pelakunya. Sememangnya tiada salahnya perkataan asing digunakan (ex: English), tapi bila dirojakkan dalam ayat Bahasa Melayu, sesuatu yg 'kurang' di situ. Kenapa tidak menulis one-whole-sentence dalam salah satu bahasa yg diinginkan?
6) Keupayaan penulis untuk meng-individu-kan pelaku2nya adalah kelemahan paling major dalam naskah ini. (Perumpamaan lagi)... seolah-olah penulis yg bertutur; cuma nama watak yg ditukar. Ayat yg sama dengan nada yg sama. Dan ada kalanya pelaku2 dewasa di-kanak2-kan dengan menuturkan perkataan yg serupa seperti diucapkan oleh si Zarif; walaupun sesama mereka.
7) Perincian persekitaran yg tidak sekata. Ada kalanya sesuatu pentas terlebih diperincikan dan ada ketikanya, aku 'tersesat' dengan 'pergerakan' pelaku-pelakunya.
8) Letakan plot yg agak mengganggu jalan cerita. Mungkin lebih sesuai sekiranya peristiwa hitam si Imanina, kematian keluarganya, kehilangan abangnya, gugurnya kandungan dalam rahimnya; dijadikan paksi utama cerita. Mungkin ini yg menyebabkan aku kurang terasa dengan gelodak dan jiwa Iman dan Iman.
DAN.... tiada salahnya jika siri cerita dinovelkan (atau siri drama difilemkan), tapi rombakan semula 'is a MUST' bagi memastikan naskah itu boleh dikategorikan sebagai 'readable' (or watchable).
*** Seorang pekerja bank (tukang lepa, penolong pengurus atau apa saja, penggangur pun boleh) namakan LELAKI A, ketagih jackpot sejak sekian lama sehingga satu ketika dia tidak mampu membayar hutang kepada kepala geng bertali leher, namakan LELAKI B, yang nampak suci di pandangan masyarakat dengan perniagaan telefon bimbit (kopi paket, jam dinding, pembekal bumbung UPVC poly atau apalah, ikut suka).
Demi melangsaikan hutang atau badannya akan dikerat lapan, LELAKI A menjanjikan seorang perempuan untuk LELAKI B sebagai galang ganti. Syarat dipersetujui kerana LELAKI B tidaklah sesuci kemeja putih yang dipakainya ketika ditemuramah akhbar untuk artikel bertajuk “Jutawan Muda – Memiliki Berbelas Cawangan di Seluruh Negara”.
Seorang gadis, namakan HEROIN, yang juga jiran kepada LELAKI A, dijadikan sasaran segera. HEROIN diculik pada lewat malam ketika pulang dari gerai burgernya (kedai bundle pun okey) oleh LELAKI A lalu diserahkan kepada LELAKI B. Maka terjadilah. Namun kerana di dunia yang didiami HEROIN masih wujud sebuah bangunan bernama Balai Polis maka dia melaporkan kejadian yang menimpanya.
LELAKI A dan LELAKI B tertangkap. Bukti perubatan dan saksi-saksi tidak memungkinkan mereka terlepas seinci pun dari jeriji besi penjara. Namun, di dunia yang penuh manusia buas ini adakalanya keadilan harus akur menjadi si pengalah. LELAKI B yang juga anak kenapa seorang Dato’ diisytihar tidak bersalah selepas berpuluh episod di mahkamah berlangsung. Bukti-bukti diputar-belit dan ditiadakan dengan jayanya. LELAKI A? Minta maaflah, dia bukan anak Dato’ jadi ke penjaralah dia selepas semua tuduhan dilemparkan bulat-bulat ke atasnya seorang.
Tinggallah HEROIN menjadi umpat keji masyarakat, disisihkan kawan-kawan dan dibuang keluarga kerana dianggap cuba menjatuhkan seorang jutawan ternama. Dituduh pula dia sebagai bekas teman wanita yang dibuang oleh LELAKI B dan hanya mahu membalas dendam. Tetapi derita diperkosa jauh lebih dahsyat dari mendengar cakap-cakap buruk orang. Tidak lapan tahun, tidak sepuluh tahun malah sampai mati pun dia tidak akan memaafkan perbuatan keji itu.
Sendiri-sendiri, dia mula merencana untuk membuktikan kebenaran tentang siapa sebenarnya LELAKI B. Dia tidak yakin dapat menyumbat LELAKI B ke penjara tetapi membuka topeng lelaki itu kepada umum adalah langkah pertama. Mula-mula sekali dia mempelajari muay thai (silat, judo, kendo atau apa sajalah seni mempertahankan diri, kung fu Jackie Chan pun boleh) kerana tahu dia bersendirian dalam urusan ini dan bahaya yang menunggu bukanlah sedikit. Dia hendak berhadapan dengan kepala geng berpengaruh besar, bukan cuma anak orang kaya-kacak-bergaya yang klise.
Ketika mengintip LELAKI B, HEROIN tidak sengaja bertembung seseorang. Namakannya LELAKI C. Mereka kerap bertemu sewaktu sesi mengintip dan jelas tujuan mereka sama. HEROIN mengenali LELAKI C itu yang juga seorang polis trafik. Mana mungkin dia melupakan lelaki bermisai melentik yang pernah menyaman dia hanya kerana tidak mengikat tali topi keledar. Dan, seorang polis trafik tentulah tugasnya bukan menyiasat kepala geng.
Keduanya lalu bersetuju untuk sama-sama membongkar kedurjanaan LELAKI B. HEROIN pun sememangnya perlukan bantuan dalam misinya. LELAKI C pula tidak perlu kerjasama sesiapa pun tetapi oleh kerana HEROIN mengugut akan membongkar rahsia penyiasatan persendiriannya kepada ketua balai, dia terpaksa bersetuju. Namun lama-kelamaan dia sendiri rela untuk membantu HEROIN yang dia tahu orang teraniaya.
Sebelum pergi lebih jauh, dimaklumkan bahawa LELAKI C bukanlah seorang pemuda kacak melainkan seorang detektif akhir 40-an yang ditimpa kecewa apabila ditukarkan ke bahagian trafik kerana selalu membantah cakap orang atasan. Dia sebenarnya punya urusan belum selesai dengan LELAKI B yang dia yakin terlibat dengan kes terakhir yang disiasatnya. Kes itu ditutup begitu saja dan dia yang lantang membantah terus dicampak ke bahagian trafik. Dia meneruskan penyiasatan secara rahsia, bukan kerana takut dimarahi orang atasan tetapi lebih kepada tidak mahu dibebel lagi oleh si isteri yang benggang dengan naluri penyiasatannya yang tidak pernah sudah.
Maka bermulalah kisah penyiasatan dan pembongkaran. Itu diselang-selikan juga dengan kemunculan watak LELAKI D, anak bujang LELAKI C yang membantah keras penyiasatan rahsia bapaknya dengan HEROIN. Pemuda skema itu tidak mahu bapaknya menempah bencana kepada diri sendiri. Hah, di sinilah kalau mahu, boleh dimasukkan sedikit elemen perasaan. LELAKI D tertarik hati dengan HEROIN. Tapi, jangan berangan dulu.
Untuk orang seperti HEROIN, urusan cinta cuma macam debu di hujung kuku. Dia tiada masa untuk main-main cinta atau berusik mesra dengan mana-mana lelaki. Diperkosa bukanlah benda enteng yang boleh dia lupakan walau LELAKI B itu sendiri memohon ampun. Meski LELAKI B itu insaf dan melutut mahu menebus dosa, hanya satu yang dia percaya;
“Lelaki berdosa yang benar-benar jujur dengan taubatnya akan bersedia diadili dan dihukum selayaknya. Lelaki berdosa yang benar-benar jujur dengan taubatnya akan lebih takut dengan hukuman akhirat berbanding hukuman penjara.”
~ Ini bukan review dan sinopsis (bayangan) ini langsung tiada kena-mengena dengan Tirai Dosa Semalam. TDK nyatanya bukanlah buku yang tepat untuk hamba tetapi kerana TDK hamba menukar bintang beberapa buah buku sebelum ini yang mempunyai jalan cerita yang lebih kurang serupa. Seiring kematangan dan kedewasaan hamba sedar jalan cerita seperti ini bukanlah sesuatu yang hamba boleh terima. No offence.
tak tahu nak kate best ke tak...time bace novel ni, ape yg Nur Imanina rase, sy dapat rase... memang sedih... sy lebih suke kalau novel ni dinipiskan lagi dan lebih fokus pada 2 watak utama... watak Zarif Aimin, anak saudara iman faliq tak perlu la terlampau byk.. patut fokus pd 2 watak sahaja Nur Imanina dan Iman Faliq... sy baca part yg melibatkan 2 watak utaman ni sahaja.. kalau watak zarif aimin tu anak nur Imanina dengan Iman Faliq, takpe jugak jadi fokus pd cerita, ini tak... anak sedara je... selain daripada tu... novel ni byk jugak watak2 sampingan lain yg sy rase takde pun takpe.. mungkin sebab ni menjadikan novel tirai dosa kelmarin ni tebal... sory ye penulis, ini pendapat sy je.. there always room for improvement kan..
Tirai Dosa Kelmarin - TDK merupakan sebuah kisah percintaan yang penuh dengan air mata. Satu kisah cinta yang mencengkam hati dan perasaan pembaca. Satu kisah cinta yang penuh tanggungjawab. Satu kisah cinta yang perlukan ketabahan dan kesabaran. Satu kisah cinta yang membuatkan pembaca akan menghabiskan novel ini tanpa dapat menghentikan pembacaannya.
TDK dimulakan dengan kisah Nur Imanina menjadi seorang guru di tadika milik Datin Farah. Iman Faliq yang merupakan anak bujang Datin Farah mula menaruh hati terhadap Nur Imanina. Namun, Nur Imanina yang mempunyai “Kisah Hitam Semalam” telah bangkit daripada “kisah hitamnya” menjadi seorang wanita yang tabah dan kental terhadap cinta.
Takdir penentu segala-galanya. . Iman Faliq telah sedar daripada kekhilafan lampau zaman Jahiliyahnya ingin mencari wanita yang dirogolnya untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan olehnya. Rupa-rupanya insan yang dicari oleh Iman Faliq sejak bertahun-tahun lamanya berada di hadapan matanya sahaja. Nur Imaninalah yang menjadi mangsa rogol insan tidak bertanggunjawab Iman faliq ketika zaman remajanya. Namun hasrat Iman Faliq tidak semudah yang disangka. Puas Iman Faliq memujuk, merayu untuk mengahwini Nur Imanina tetapi tidak berhasil. Sehinggalah Nur Imanina hampir dirogol sekali lagi oleh Fahmi dan diselamatkan oleh Iman Faliq yang telah mengubah persepsi Nur Imanina terhadap Iman Faliq. Namun, untuk mengembalikan semula kepercayaan Nur Imanina terhadap Iman Faliq amat sukar kerana Tirai Dosa Kelmarin itu.
Kemunculan watak cilik Zarif Aimin, anak saudara Iman Faliq memang menciut hati pembaca. Maka lahirlah gelaran mama Iman dan papa Iman. Uniknya pasangan ini kerana namanya sama - IMAN.
Ayat-ayat Zarif Aimin yang mencuit hati:
“Zarif love mama Iman. Zarif love papa Iman. Papa pun love Zarif. Papa pun love mama, kan papa? Zarif love semuaaaaaaa....Love banyak-banyak. Love banyak, banyak, banyak sangat....” “Zarif tak nak friend papa Iman! Zarif tak nak friend Mama Iman
Ayat-ayat cinta papa Iman kepada mama Iman:
Dear mama Iman, Zarif berjalan berhati-hati, Salam perkenalan suci dari hati.
Dear mama Iman, Zarif minum bergelas-gelas, Salam perkenalan belum awak balas.
“Kita kahwin” – Iman faliq “Awak ni gila ke” – Nur Imanina “Iman...saya yang bertanggungjawab atas diri awak. Apa yang berlaku pada awak, semua akan jadi tanggungjawab saya.” – Iman Faliq “Awak tak payah nak susahkan diri sendiri semata-mata nak bertanggungjawab atas diri saya. Saya mampu lagi nak jaga diri saya sendiri. Saya tak perlukan awak. “ – Nur Imanina “Tak...saya tetap akan bertanggungjawab atas diri awak, Iman. Tak kira apa pun yang jadi, awak tetap akan kahwin dengan saya.”- Iman Faliq “Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat? – Nur Imanina “Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya,” – Iman Faliq “I will make sure that we’ll ge married! No matter what! You’ll be mine! – Iman Faliq “Awak cakaplah apa-apa pun yang awak nak cakap, Iman, saya tetap dengan keputusan saya. You Know why? Because only you who will marry me! Only you! – Iman faliq “Your wish, Iman Faliq...” – Nur Imanina.
Ayat-ayat sadis mama Iman kepada papa Iman:
“Jom saya hantar awak balik” – Papa Iman “Saya boleh balik sendiri!” – Mama Iman “Awak tak payah nak ikut kepala degil awak tu sekarang” – Papa Iman
“Iman ...saya tahu saya salah..sebab saya...” – Iman Faliq “Baguslah kalau awak dah tahu. Dan saya nak awak tahu, saya takkan maafkan awak sampai bila-bila!” – Nur Imanina
Kesedihan seorang Nur Imanina dalam Tirai Dosa Kelmarin
Nur Imanina mula sebak. Segala-galanya terimbau kembali di ruang mata. Apa yang pernah terjadi seperti baru sahaja berlaku semalam. Tiba-tiba tangannya singgah di perut. Ada nyawa yang pernah menjadi penghuni di situ. Air mata mula merembes . “Iman benci dia kak...Iman tak boleh nak tengok muka dia...Iman tak sangka selama ini dia yang...” ucap Nur Imanina lirih sambil menyeka perlahan air mata dengan hujung jarinya.
“Iman...maafkanlah anak mama...Iman...dah lama dia cari Iman selama ini. Mama tak sangka selama ni Iman yang...Iman jangan cakap macam tu, sayang...” Pujuk Datin Farah seraya menyapu lembut wajah Nur Imanina yang sudah dibasahi air mata.
“Iman, bagilah saya peluang untuk lindungi awak. Kalau pun awak tak sedia nak terima saya..saya takkan paksa..saya akan sabar tunggu, sampai awak betul-betul boleh terima saya. Saya tak nak benda buruk jadi lagi pada awak, Please, Iman...” – Iman Faliq Nur Imanina mula sebak. Diam tidak menjawab kata-kata Iman Faliq. Sedaya upaya cuba menahan air matanya dari gugur. Namun gagal apabila air jernih itu tanpa segan silu mula menunjukkan diri. “Iman..bagilah saya peluang untuk tebus semua kesalahan saya pada awak dulu. Saya..nak Umar tahu yang dia ada papa yang bersedia untuk bertanggungjawab pada mama dia. And at the same time, I don’t want he forget to pray for me...pray for us...and pray for our future Iman...tutur Iman Faliq dengan suara yang lirih dan penuh pengharapan.
Apakah yang akan berlaku kepada perkahwinan mereka atas dasar tanggungjawab itu akan berkekalan? Apakah tiada sekelumit cinta Nur Imanina terhadap suaminya Iman Faliq? Sejauhmanakah Iman Faliq dapat bertahan dengan karenah isterinya, Nur Imanina. Apakah yang akan berlaku apabila Iman Faliq menyalahkan Nur Imanina kerana keguguran? Adakah Nur Imanina dapat bertahan dengan kehadiran orang ketiga,Zetty Hirlina yang cuba meraih cinta Iman Faliq? Apakah KEJUTAN yang akan berlaku kepada Zarif Aimin? Semuanya terjawab melalui naskhah cinta TIRAI DOSA KELMARIN sebuah novel cinta yang HEBAT. Pengakhiran plot Tirai Dosa Kelmarin yang pasti akan mengejutkan dan menitiskan air mata pembaca.
Reda, pasrah & memaafkan... agaknya yang mana lebih sukar untuk dibuat? Senyum. Tanya hati anda!
Ok, bagaimana ya nak mula? Rebah-bangun-tidur-tergolek semua ada dalam misi nak tamatkan perjuangan hahaha. Ya, ketebalan memainkan peranan yang penting sebab aku ada masalah dalam nak memegang buku. Maklumlah, aku ni membaca ala-ala Cleopatra gitu *wink*
Nur Imanina [Iman]. Iman Faliq [Faliq]. Zarif Aimin [Zarif].
Ada cerita yang berkait antara ketiga-tiganya. Iman yang berusaha keras untuk bangkit setelah melalui episod hitam yang melukakan. Faliq yang dihimpit dosa kelmarin. Dan, Zarif bagaikan jambatan yang mempertemukan mereka berdua kembali.
Aku suka pergolakan jiwa Iman yang dibuka sikit demi sedikit. Bukan mudah untuk melalui takdir yang tercipta untuknya, tapi dia ampuh berdiri dengan rasa dendam dan benci yang sarat dalam hati. Apatah lagi bila berdepan dengan Faliq; lelaki yang menganiayainya satu masa dulu. Terbang semua perasaan indah yang pernah singgah. Saat ini dia hanya mahu lari jauh-jauh dari Faliq.
Faliq sendiri tak menyangka. Mama Iman si Zarif itulah insan yang dicari-cari selama ini. Bagaimana mahu menebus semua dosanya? Sedangkan Iman tak mahu langsung memberinya peluang. Dan, Faliq, atas rasa apa yang tinggal untuk Iman? Kasih atau kasihan? Dan atas dasar apa, lamarannya dibuat? Kerana cinta atau hanya ingin memperbetulkan kesalahan silam? Jeng jeng jeng... sila dapatkan naskhah anda!
Aku suka ceritanya walaupun ianya masih berpaksikan kisah kahwin-paksa-rela. Tapi ya, adegan tarik tali agak melelahkan. Penat nak tunggu Iman mengaku tentang rasa cinta yang ada buat suami. Haihhh... Menggunakan nama panggilan yang sama untuk kedua-dua watak utama nampak unik, tapi ada masa aku lost. Sering terjadi bila aku berhenti seketika, dan sambung baca. Tapi, aku je la kot yang selalu blur dan lost tu hahaha.
Alunan bahasanya juga memadai, cukup membantu para pembaca larut. Tidak terlalu berbunga-bunga tapi masih terasa kesannya. Part berbalas pantun dua kerat tu aku suka, cute! Cuma, ceritanya agak mendatar pada mulanya. Mungkin kerana bab awal didominasi oleh karakter Zarif hingga menenggelamkan watak Faliq.
Dalam cetakan seterusnya, mungkin boleh diperbaiki perenggan antara plot. Sedang kusyuk membaca, tiba-tiba ‘dialih’ pada scene lain. Eh? Eh? Ulang baca balik, rupa-rupanya sudah masuk plot baru.
Dan, kalau pengulangan frasa/dialog yang sama berulang-kali dapat dikurangkan, naskhah ini berhak dapat lebih bintang daripadaku. Selamat terus berkarya!
aku selalunya tidak mengambil masa yang lama untuk habiskan satu novel walaupun setebal seribu m/s. satu hari atau maksimanya dua hari. tapi kali ni, ya ampun, payahnya untuk menyudahkan kerja satu ni.
tajuk dah menarik. cover pun sejuk je tengok. sinopsis belakang pun dan cantik. tapi sayang seribu kali sayang. Don't judge book by its cover yek. itu nasihat untuk diri dan yang lain.
1. bosan dengan zarif. bukan tak suka tapi macam penulis terlalu banyak masukkan dia dalam cerita sampaikan aku confuse...kita ni tengah baca kisah iman dan iman or si budak kecil?
2. aku faham zarif tu masih kecil dan budak2 tapi kita yang memang sah2 dewasa yang membudakkan diri sendiri. bergurau dan bermanja itu ada bezanya dengan perangai kebudakan mereka. sampai satu tahap aku naik menyampah dengan watak si dewasa.
3. perkataan 'friend' dan 'love' yang terlalu banyak!!! boleh tak aku nak cakap aku dah trauma dengan perkataan itu?
4. boleh tak penulis luangkan sedikit masa untuk memikirkan yang dia nak guna bahasa apa untuk ayat tersebut? yeah, kita dah biasa guna bahasa rojak dalam perbualan seharian tapi janganlah abuse 'kemudahan' yang diberikan. ini tidak, boleh dikatakan hampir setiap helai ada guna bm dan bi yang campur2. susah sangat ke nak tulis "zarif tak nak kawan dengan papa iman"? kenapa perlu tulis "zarif tak nak friend dengan papa iman". setahu akulah, budak baya zarif tu otak berkembang. janganlah ajar guna ayat rojak. make your mind, dear author. stick to one. sekali dua boleh dimaafkan tapi kalau dah banyak sangat, pembaca yang mudah bosan seperti aku pun rasa macam nak hentak kepala kat dinding terdekat.
5. meleret dan meleret seterusnya meleret. sorry yek. jarang aku akan rasa menyesal membeli atau membaca karya tempatan sebab aku sayang bahasa kebangsaan ku dan kalau bukan kita siapa lagi mahu menyokong penulis tempatan? jadi, jangan hidangkan pada kami satu karya seperti ini. aku rasa cerita ini boleh siap dalam kurang pada 400m/s. tapi sebab meleret yang keterlaluan, tu yang jejak 800 m/s. boleh je nak jadi 800 tapi tak perlu lah ulang benda yang sama again and again. why not part imbas kembali ke waktu iman kena rogol, parents dia meninggal dan abang dia tu, penulis panjangkan lagi? barulah jelas siapa watak utama dalam cerita ini.
6. memang trend sekarang nama watak berbelit2 lidah nak sebut. banyak pilihan. beribu nama kat luar sana tu. kenapalah masih nak guna nama iman, papa iman, mama iman, iman junior. zarif dan zarif. susah2 panggil je nama ahmad ke abu ke bedah ke senah ke. kenapa? tak komersial yek? at least senang aku nak recall balik sepuluh tahun nanti, in case nak baca balik buku ni.
susah juga yek nak buat review dalam keadaan marah. ayat2 yang muncul pun perlu dicensorkan. kena baca ulang kali. rasanya inilah review paling baik bahasanya aku dapat berikan untuk buku ini.
apa fungsi editor? kenapa editor tak cuba beri nasihat untuk penambahbaikkan satu naskah? aku tahu kadang2 penulis ni tulis tanpa sedar. so itu tugas editor untuk cuba alter here and there.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
I would've like it better had the novel been thinner. N takda masalah dengan novel2 tebal, in fact N suka dengan novel tebal sebab barulah rasa tercabar sikit nak baca... But in this case, novel ni tebal sebab ceritanya agak slow in the middle. And terlalu banyak sangat part dengan Zarif Aiman. Yes, he's cute and entertaining tapi bila asyik banyak sangat watak dia 'mencelah', ia dah jadi basi.
N suka all the sweet pantuan dua kerat antara Iman Faliq and Imanina. Ia childish tapi pada N itu yang membuat pantun-pantun tu cute.
Another thing that I like is Part tu memang buat N terkejut gila and sedih.
All in all, novel ni boleh tahan cuma maybe perlukan sedikit kesabaran nak habiskannya. Good but could've been better :) ["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>
1. Anak-anak saya panggil mertua saya mak dan abah. Tapi mertua saya tak pernah bahasakan diri mereka mak dan abah pada cucu-cucu mereka, tetap tok dan tokwan. Kata mereka, jangan diajar, takut melarat. Jadi makin besar, anak-anak saya pun makin berubah. Sekarang jadi mak tok dan tok abah. Jadi, Mama Iman untuk seorang pengasuh di taska, perlu ke? Bukan budak tu anak yatim piatu pun. Keliru sungguh. Bayangkan kalau ibu bapa lain terdengar, tak ke nanti katanya pilih kasih.
2. Ada persamaan dengan sebuah novel lagi. Tapi yang tu terbit tahun 2014. Kes sama dan hero yang insaf cuba mencari heroin untuk bertanggungjawab. Niat baik hero disokong oleh mak hero. Tapi novel tu takde watak anak saudara cuma banyak flashback.
3. Okey, babak period tu, kalau tak salah dipanggil toilet joke dalam drama Korea. Babak yang sama pernah dibuat dalam sebuah telemovie Melayu tapi lebih menarik sebab hero muncul dari belakang dan ikat jaket dia ke pinggang heroin dan terus berlalu. Pergh sentap jantung saya masa tu. Kalau kartun, dah berterbangan simbol love. Dalam novel ni, tak perlu kot babak tu.
4. Mungkin motif penulis ialah menjadikan Zarif ni penghubung antara Imanina dan Iman. Tapi budak tu annoying sungguh. Tak kiut pun. Main ugut bila kemahuan tak tercapai. Saya setuju kalau dia anak Imanina tapi anak saudara Iman je kot.
5. DNF. Sebaik saja kakak ipar Imanina masuk campur, saya terus tutup buku. Kalau Imanina ni setakat kena buli pun, mau bergolok berparang. Ini kena... Kak Zu ni spesis perempuan apa. Ke peminat drama Nora Elena tu? Jadi kalau kacak, sado dan kaya macam Seth Tan tu kira bolehlah dimaafkan dan diberi peluang.
6. My opinion, penulis satu lagi tu mungkin baca buku ni, tengok kelemahan yang ada dan kata, "I can do it better." Because she did. At least hero dan heroin buku tu ada perasaan pada satu sama lain sebelum kejadian yang berpunca akibat salah faham. Ni... tak tau nak kata apa. I'm done.
Sedutan ayat yg menyentuh perasaan: Oman Iqbal: "Kenapa gambar Zarif tak ada dalam ni?" Zarif Aimin: "Tak muat. Paper tu small"..
Suka watak Zarif Aimin sepanjang pembacaan... setiap kali membaca seolah terbanyang Zarif ada d depan mata.
Menarik boleh di hadam... walaupun karya pertama dari penulis, tetapi bukanlah omong2 kosong malah ada juga info2 yg berguna d selitkan sepanjang pembacaan.
Cuma saya tertanya2 apakah yg terjadi pada Fahmi & Zetty Hirlana??? apakah akan ada jalan cerita utk mereka pulakah sehinggakan penulis tidak jelaskan kesudahan mereka dalam novel ini?
cerita ni besh.. saya suka sangat dengan watak iman kuasa dua dan zarif..tapi saya tak suka bila cik penulis matikan watak si kecil yang cerdik tu..sob sob sob..
Kisah ini diikuti sejak dari blog penulis lagi. Dan baru kali ini berpeluang nak membaca keseluruhan naskah ini. Jujur, oleh kerana watak Zarif Aimin terlalu mendominasi jalan cerita buku ini, maka aku sangat tak boleh nak terima kenyataan bilamana wataknya diakhirkan begitu saja.
Kisah ini kisah biasa. Tapi pada hemat aku Zarif Aimin membuatkan kisah ini menjadi istimewa.
4* sbb suka dgn watak Iman Faliq n bab Zarif died tu rase agak sebak...
semua manusia boleh berubah... antara nak dan tak nak jer...
baik hr ni x semestinya esk tetap baik... jht hr ni x semestinya esk tetap jhat...
kita suka melihat dosa silam org lain... namun kita tidak melihat dosa yg kita lakukan hr ni...
kita suka menyalahkan org lain krn khilafnya semalam... namun kita tidak melihat khilaf kita hr ni krn menganggap diri kita spt nabi yg tiada dosa...
hakikatnya... kita tidak melihat khilaf kita hr ni krn tidak mampu menerima takdir semalam...
honesty, aku x suka org yg x boleh menerima takdirnya sendiri...dan aku x suka dgn watak Imanina!!! sbb x menerima apa yg telah berlaku itu ialah takdir Allah...dan suka menyalahkan Iman Faliq tanpa memandang hikmah sebalik apa yg terjd...
Mengisahkan Nur Imanina yang diperkosa Iman Faliq dengan bantuan Fahmi yang kalah dalam pertaruhan mereka. Selepas tujuh tahun, Faliq ingin menebus kesalahannya namun bukan mudah untuk Iman lupa detik hitam itu. Banyak watak tapi tidak menjejas keseluruhan cerita kerana mereka ada peranan masing-masing. Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan berulang-ulang agak membosankan. Jika dapat compact and compress this thick novel would have been better. Pengakhiran cerita paling saya suka. Happy ending untuk Iman Faliq dan Nur Imanina serta Farihin Iman dan Mohd Firaz walau mereka dah kehilangan zuriat yang tersayang. Saya tertanya-tanya Nur Imanina kan nak sambung belajar semasa dia mengandung. Fast forward selepas lima tahun anak kembar dah besar dan Iman sedang sarat mengandung lagi. Iman dah dapat ijazah ke? Tiada paparan langsung keadaan Iman semasa mengandung sambil sambung belajar. Iman mengandung kembar pun tak teruja ke Faliq dan keluarganya? Semua ini tergantung sepi.
Apakah kita akan terus hidup dengan dihantui dosa silam atau adakah dosa silam itu menjadi titik tolak kepada takdir yang telah disuratkan untuk kita ?
Nur Imanina kehilangan segala-galanya hanya kerana satu sejarah silam dan sejarah silam itu membuat dirinya begitu berwaspada terhadap mereka yang bergelar lelaki. Padanya, dia hanya seorang wanita yang tidak layak untuk sesiapa. Dia hanya mahu melupakan dan lari dari segala kenangan yang memedihkan..
Iman Faliq pula dihantui sekeping wajah dari masa silamnya. Dosa yang telah dilakukan terpalit ke atasnya setiap masa. Bertahun pencariannya hanya kerana mahu menebus dosa dan sepanjang masa itu juga, dia memperbaiki dirinya agar lebih dekat padaNya. Segala-galanya diserahkan kepada yang Esa, termasuklah pencariannya..
Pertemuan Nur Imanina dan Iman Faliq telah merubah kehidupan kedua-duanya. Nur Imanina cuba menidakkan apa juga perasaan dan semakin jauh dia lari dan menolak, semakin mendekat Iman Faliq dengan membawa seribu kemaafan dan penyesalan. Khilaf yang dilakukannya semalam ingin dilunaskan dengan satu ikatan. Apa juga perasaannya kepada Nur Imanina adalah tulus ikhlas. Cintanya kepada Nur Imanina adalah keranaNya. Tiada lain yang diingini melainkan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya agar kehidupannya dapat diteruskan dengan wanita yang begitu sempurna di matanya dan begitu suci di matanya..
Kisah yang simple dalam satu novel yang tebal :) Sejujurnya saya suka cara penulisan Arsha. Susunan ayatnya kemas. Apa yang patut dirasa, saya dapat rasakan. Ada pantun yang comel, Zarif yang pintar, Iman yang tak pernah putus asa dan Imanina yang sentiasa teguh hatinya.
Agaknya apa akan jadi kalau novel ini dinipiskan sedikit ye Cik Puan Editor di LNP ? Mungkin jalan ceritanya akan lebih kemas lagi dan tidaklah penulis ini dikritik sebegitu rupa.
Novel ni mmg membuat sy tersentuh dan menangis. Setiap wanita mst ingin menjaga kehormatan shingga tiba hari perkahwinan. Tapi seorang insan spt Nur Imanina di uji begitu hebat di saat dia kehilangan org yg tsyg sekaligus kesuciannya. Sy kagum dgn ketabahan Iman. Sanggup memaafkan lelaki yg telah merosakan masa depannya dan membuatkan dirinya dihina, dikeji dan dipinggir oleh masyarakat, sahabat dan saudara mara. Bukan mudah utk kita memaafkan org yg telah meninggalkan titik hitam di kehidupan kita. apatah lg berkahwin dgn lelaki tesebut, Iman Faliq. Watak Nur Imanina mmg tabah dan kuat. Ya Allah, saya seperti dapat memahami Nur Imanina. kesedihan yg dialami Nur Imanina memang tidak dapat dibayangkan. Namun,Nur Imanina reda dan pasrah dengan takdir dan yakin setiap yg blaku ada hikmah. Di sisi lain, Iman Faliq yg sudah berubah dan mengenal Allah ingin menebus kesalahan yg tlh dilakukan.
Novel ini lbih menarik apabila ada watak sampingan yg begitu baik shingga meninggalkan kesan terhadap pembaca. Di mana saat kehilangan anak saudara Iman Faliq iatu Zarif. kemalangan itu membuatkan sy mengalirkan air mata tanpa henti. Sedih! Saya sangat suka dengan watak Zarif, pasti membuat saya tergelak sendiri apabila membaca novel ni. sikap Zarif sgt mencuit hati dan menghiburkan..
Tirai Dosa Kelmarin punya kekuatan pd setiap watak, terutama Zarif Aimin yang byk menghidupkan jalan cerita berselang dgn kisah papa dan mama Iman. Saling brbalas pantun 2 kerat, satu yg agak 'manis; dlm TDK ni..yg pasti membacanya dia terbawa ke dalm sebuah realiti kehidupan yang sebenar!
Nur Imanina, menutup pintu hatinya kpd lelaki krn kisah hitam yg meregut bahagia diri dan jiwanya Tiada istilah percaya apatah meletak harapan kpd lelaki, bgnya segalanya ternoktah lewat kisah gelapnya. kehilangan maruah diri...kehilangan keluarga menambah peratus ketidak percayaannya pd lelaki!
Iman Faliq, menyesali perbuatan lampaunya, angkara godaan jiwa muda, tlh memusnahkan satu jiwa yg tk berdosa! lalu dosa khilaf itu dibawa sepanjang hayat dan dia mula mencari gadis yg dianiayanya itu! Sesalan tak hilang dr hati krn kesilapan itu menyebabkan dia kehilangan org tersayang!. Tak jemu doa dipanjatkan kepada-Nya agar dipertemukan dgn gadis yang dicari!
Percaturan takdir...mereka sebenarnya sudah bertemu! Zarif Aimin adalah penyebabnya! Tanpa sedar rasa cinta mula bercambah namun laluan tidak mudah! Mampukah Iman Faliq memiliki dan sediakah Nur Imanina memaafi!
TIRAI DOSA KELMARIN - Dosa yg satu itu menghasilkan satu naskah yang setebal 874 mukasurat.
Setelah menyelesaikan buku ni, pada saya penariknya adalah watak Zarif Aimin. Dia lah pada saya watak utama. Penyeri cerita. Sehingga saya terfikir, mesti ada watak seumpama Zarif Aimin di alam nyata penulis. Watak Zarif Aimin begitu detail hingga berjaya mengalih perhatian kita dari watak utama.
Bermula dari awal pembacaan sehingga ke tengah pembacaan saya tercari-cari apa sebenarnya yang hendak diceritakan. Manakah titik pusat cerita. Adakah kisah Imanina hendak mengalahkan jiwa gelora ketakutan nya, Kisah pasangan suami isteri yg terlalu inginkan cahaya mata, kisah kesedihan didalam kehidupan Imanina, Kisah Iman Faliq yg ingin menebus kesalahan? Yang mana cerita yg utama...?
Dan saya masih mencari-cari di hujung penceritaan.....