Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah.
Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania.
Aura nekad mahu mencari tahu kisah sebenar di sebalik gahnya nama keluarganya. Dari Rusia ke Malaysia, Aura cuba menguatkan hatinya yang seringkali rapuh itu untuk membela nasib si ibu.
Setiap pertemuan pasti ada sebabnya bukan? Siapa sangka, di dalam perjalanannya Aura bertembung pula dengan jejaka misteri bernama Luf Gabriel.
“Oh, by the way… nice legs, Versace girl.” – Luf Gabriel
Entah sengaja dirancang atau memang kebetulan, Luf Gabriel seolah-olah sentiasa ada di saat-saat sukar perjalanan Aura.
Namun personalitinya yang sentiasa berubah-ubah itu membuatkan Aura semakin curiga. Malah Luf menjadikannya tawanan pula!
“Awak nak culik saya ke apa hah, Luf?” – Aura
Ya. Luf menjadikan Aura tawanan kerana mahu membalas dendam tapi semakin lama dia menghabiskan masa bersama-sama dengan Aura, bara dendamnya semakin terpadam. Dari rasa ingin memusnahkan gadis itu, ianya bertukar menjadi satu rasa ingin melindungi dan mengasihi.
“Kau tak takut dengan aku?” – Luf Gabriel
“Saya tak pernah rasa selamat seperti ini, Luf.” - Aura Iman Thania
Namun, saat hati sudah dipenuhi dengan rasa cinta, realiti menampar mereka berdua.
Di antara dendam dan cinta, pihak mana yang akan diberikan kemenangan?
Benarkah kesempatan kedua itu patut diberikan walaupun teruk hati dilukai dan jika benar, apakah kesempatan yang patut diberikan?
Di saat dia jatuh tersungkur dan di dalam kepayahan untuk bangkit semula, ada pula tangan yang menghulur membuatkan kisah mereka semakin mencabar.
trope(s) - strangenemies to lover to stranger to lover, second chance, its always you, bad boy x good girl, revenge, forced proximity
genre - dark romance, action, mafia vibe
first of all cover dia?? CANTEK GILAAAAA cerita ni kita boleh bahagikan kepada dua bahagian which is part 1: bittersweet plot dan part 2 :second chance
SAYA SANGAT SAKIT HATI DENGAN BAHAGIAN SATUUU😭😭LUF IS SO TOXIC AND WALKING RED FLAG WALAUPON DIA HOT😭😭😔 IM TELLING YOU SANGAT RED FLAG TAK SUKA DIA ERGHH DAH LA BANGANG TAKLEH BRAIN KENAPA DIA BUAT MCM TU DEKAT AURA SORRY SANGAT BARAN DENGAN WATAK LUF NI😔☝🏻 pastu dengan Aura pulak yang inesen adoi laa kita rasa nak jerit kat tepi telinga Aura "GURL YOU CAN DO BETTER THAN THISS😭"
what i like about this book, very fast pace! suprisingly takde satu bahagian pon yang draggy dia macam ko masuk satu konflik lepas tu selesai dah pastu masuk lagi konflik lain, takyah stress panjang sangat dah okay dah dan peleraian sampai ke ending panjang tak tergesa gesa nak habis which is gooooddd semua diselesaikan dengan baik
character development!!! dekat part 2 you can see the effort Luf making and Aura punya character lebih strong💪🏻
GROVEL SCENE!!!!! MAK LURVEEEE TAPI KAK SUFIY PATUT BUAT PANJANG LAGI BARU PUAS HATI GILA HAHAHA TAPI STILL GROVEL SCENE DIA WARGHHH GIVE ME MORE KNEELING AND BLOODY TEARS MAN
bond between orang orang kanan Luf dan family Luf lurvee suka jugak friendship between Aura and Dean🤍
SECOND AND THIRD LEAD SYNDROME!!! MALIK AND ZIYAD??? THESE MEN ISHHHHH KESIAN BETUL DENGAN MALIK BOLEH RASA YA SAKIT DIA
okay kita gerak pulak apa yang kita kurang dekat buku ni, kita tak suka part dirty joke tu macam banyak sangat. tapi still takde intimacy scene yang berlebihan masih sesuai untuk bacaan umum
and my problem is im not prefer baca mafia vibe story huhu cerita ni bukan pasal mafia tapi vibe dia tuu cam aduuu not my tea actually so plot dia you can expect ada action gun, fight scene, t20 monehh, mix pipol yada yada kalau jenis suka vibe vibe cerita gini haaa this is for youuu action dia pon tak pening sangat execution cunss so me is okayyy
motive antara Luf, Isaac dan Luna which is actually the main idea where the story begin tapi part ni macam sekali lalu je. Luna tu macam tunjang utama jugak tapi watak dia timbul dan terus tenggelam macam take function so i was like kenapa begituuu ending Tuan Nuh pon tiber dan terlalu awal habis
apapon i still enjoyed reading this kita berjaya habiskan walaupun this kind of story bukan my preference sebab sekali lagi penulisan author best kena dengan tekak didnt stop me to try her other works soon🌷
AURA LUF 'Slapped With The Truth OR Kissed By The Lies?
☀️TW - Abuse, gun, kidnap****, murder**
TBH, this is quite good. Meets my expectations. Dark romance with a lot of action & romance.
Kisah dendam yg cuba dibawakan oleh penulis. Aku kira ini satu kelainan yg agak berjaya. Ada elemen aksi, konflik yg cantik, perkembangan watak. Ada part yg sedikit meleret. Teruja bila baca scene culik. Menyayat hati.
Luf Gabriel. Kacukan Melayu Rusia. Dominan, kasar, dingin, baran, obses & 'kejam', cold blooded hearted. Dendam ingin dibalas tp ternyata pd orang yg salah.
Aura Iman Thania. What a beautiful name with a beautiful character this young lady have. I love her. Dia comel ya. Polos, naif, blur, jujur tak bertempat, hati yg suci murni, sangat pemaaf and she fell first and harder. Karakter dia walaupun agak melebih dan gedik, pelengkap watak Luf. Auto terbayang Preity Zinta dgn mata bulat yg berkedip2. Karakter dia berubah terutama bbrpa bab menuju ke penamat, dr gadis comel ke wanita yg kuat. Kalau dah asyik dikhianati, kau rasa hati dia dah macamana?
The plot. Walaupun terselit scene 'cili habanero', tp balance dgn konflik yg ada. What do you expect when there's a Mafia Vibes? Kiranya macam, baru kau nak blushing gedik...tetiba ada pistol kena sua kat dahi.
Ada plot twist yg menimbulkan persoalan siapa sebenarnya dalang. Part aksi ni bila makin baca makin teruja terutama scene dalam hutan tu. Berdebar rasa. Ending dia panjang ya. Suka.
Careless mistakes. Ada yg tertangkap, tak banyak tp pandai2 la aku pejam mata.
Apapun...buku ini boleh dikatakan berada dlm kategori 'my cup of tea'. Vibes mafia, golongan T20, dark market, jenayah kelas atasan, penculikan & senjata api.
Chop. I'm being honest here. Read with your own risk krn ya, ada part yg 'soft'✌️ Dah baca nt taulah apa yg l maksudkan.
Jadi, baca dengan hati & minda yg terbuka krn apa yg kita baca adalah PILIHAN kita.
Ohhh...I love THE VILLAIN so much. He was so tempting. But, i love Isaac dan Ziyad too. Kena berebut dengan Bella nampaknya ni...
* Malik Iqram Chan..you always in my heart💔
💔 Kisah cinta yang dimulakan dengan dendam dan pengkhianatan 💔
Aura Luf mengisahkan Aura yang mahu mencari kebenaran di sebalik kematian ibunya dan Luf yang mendekati Aura untuk membalas dendam... Or that's what written on the back cover. Tak hanya fokus dengan kisah dendam dan merungkai kebenaran, Aura Luf juga menceritakan tentang peluang kedua.
Jalan ceritanya sangat fast-paced. Aku tak expect untuk tahu kenapa Luf berdendam dengan Isaac, abang Aura seawal 200 muka surat pertama. Dan aku tak expect, rahsia pembunuhan Aurora, ibu Aura dirungkai sebelum pembacaan aku separuh novel. Laju ya, dan tiada babak yang meleret jauh-jauh. Cuma aku agak slow untuk perasan time skip, sampaikan kena baca balik page sebelum.
Luf Gabriel. Dialah semerah-merah bendera merah. Tak berkenan betul aku dengan perangai dia dalam bab-bab awal. Heck, bab-bab tengah pun dia tak nampak hijau walaupun irisnya emerald green. Semerah ceri I tell you. Geram betul aku dengan perangai dia yang suka memaksa, melenting tak tentu fasal, suka ambil kesempatan dan cakap tak serupa bikin. Sayang, tapi lepaskan? Whyyyyy?
Aura Iman Thania. A naive but strong-willed girl. Watak dia mulanya a bit annoying untuk aku tapi disebabkan determination dia untuk merungkai asbab kematian ibunya walaupun ditentang Isaac dan Tuan Megat, aku mula sukakan dia. The moment dia lari dari Luf? Cheff kiss! Walaupun kejam sikit untuk Luf, tapi salah Luf so who cares?
Kimia antara Luf dan Aura, aku tak berapa feel. Lagi-lagi masa Luf ni merah menyala. Aura yang captive masa tu pulak kejap bengang, benci dengan Luf, alih-alih dia suka kat Luf. My brain not braining masa ni. Tapi lepas mereka berpisah. That's another whole story. The grovel scenes! I loikeeee! Masa ni baru rasa Aura, Luf, made for each other. Villain? Saya sedih. He's soooo good! Kenapa dia jahat hmm.
Side characters semua best walaupun ada certain tu tenggelam timbul macam Luna. Dia punca pastu dia macam hilang ada hilang ada. Dean dengan Uwais, penghibur tetap. Bila ada si kecil Bella, makin kiyooot cerita ni! Lagi-lagi bila Bella dengan Luna bergaduh sebab nakkan perhatian Ziyad. Haha comel jeee.
Overall, aku enjoy Aura Luf so much. Thanks again kak Syaz Sufiy untuk novel ni. First time baca, memikat ya! InsyaAllah akan check out novel-novel lain juga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah yang bertemakan dendam. Dendam seorang Luf Gabriel terhadap keluarga Tuan Nuh. Atau lebih detail, dendam Luf Gabriel terhadap Isaac, anak Tuan Nuh berkaitan dengan kehilangan adiknya, Luna. Namun dia tersalah dalam membalas dendam. Dari dendam bertukar cinta. Panahan diri seorang Aura Thalia Iman .
Aura yang mulanya ingin mencari kebenaran tentang kematian ibunya, Aurora. Terjerat dalam dendam seorang Luf Gabriel. Dia dijadikan 'tawanan' oleh Luf Gabriel disebabkan oleh abangnya, Isaac .
Keluarga Aura merupakan keluarga yang ternama di Rusia. Tuan Megat, datuknya bukan orang biasa2. Begitu juga dengan keluarga Luf Gabriel. Masing2 mempunyai nama yang gah. Namun adat dalam perniagaan. Pasti ada yang belot. Pasti ada yang tidak puas hati. Dalangnya? Bukan orang jauh. Mangsanya? Orang yang tidak bersalah .
Masing2 mempunyai ego. Masing2 mempunyai misi. Ingin mengukuhkan nama dalam kalangan mereka. Tanpa mereka sedar, ada jiwa yang terkorban. Ada hati yang terluka. Kesannya? Sangat besar .
Malik? Satu nama yang memberi satu tamparan hebat dalam jalan cerita ni. Kerana sayang dia berkorban. Kerana sayang dia belot. Tapi aku suka watak dia walaupon pada akhirnya dia bukanlah Malik yang seperti Aura kenali pada awalnya .
Kisah yang penuh dengan emosi. Sakit hati,kecewa, geram, happy, sedih. Semua bercampur baur .
Banyak pengajaran yang boleh kita ambik. Jangan terlalu mengagungkan dendam. Sebab dendam tu boleh memakan diri sendiri. Jangan terlalu sayang hinggakan kita menjadi terlalu bodoh. Dan jangan disebabkan nak nama kita gah dimata orang, kita jadi manusia tidak berhati perut .
Btw tahniah penulis utk naskah yang pelbagai rasa ini. Thumbs up. U did very well 🤍