Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kersani #2

Kersani II: Batara Sukma

Rate this book
Bersambung daripada KERSANI, KERSANI II: BATARA SUKMA menelusuri kesinambungan perjuangan Nitara dan Andika serta saudara-sauara mereka, Taming, Mantrin, Arga, Ganda dan Genta, bersama-sama Parmawira Gandera yang baru, Tok Uban dalam berjuang menentang angkatan batil yang dipimpin Sabdo Palon. Kembali ditolak ke dalam mokhsanya, peperangan Sabdo Palon untuk mengembalikan alam Melayu kepada agama leluhur dan memusnahkan Islam kini diteruskan oleh anaknya, Roro Kidul. Roro Kidul yang licik tidak mengetengahkan dirinya secara terus, sebaliknya menggunakan watak-watak lain seperti Sangkara dan Magerang, yang didorong ketamakan mereka sendiri. Kali ini, peperangannya bertumpu dalam usaha melindungi Gandera sendiri, terutamanya dengan kembalinya Kartadimejo dan Saktimuna yang telah dihidupkan semula oleh Roro Kidul. Sangkara dengan ilmu hitamnya telah menggunakan ilmu hitam yang amat tinggi tahapnya, Batara Sukma, untuk mencuri Sukma Nitara, lalu menjatuhkan semangat Andika sebagai Raja negeri.

439 pages, Hardcover

First published July 1, 2023

61 people want to read

About the author

Aenid Abdullah

4 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (90%)
4 stars
2 (9%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
November 23, 2023
Kepada saudari penulis, bilakah buku ke 3 akan keluar? Setelah disajikan dengan Andika versi pencair hati bermulut manis, adakah buku ke 3 kita akan jumpa semula Andika versi dingin & tak suka senyum tapi versi villain yang berubah semuanya dari akar rambut hingga ke hujung kaki (iykyk) arghhhhh cepatlahh keluarrrrkan buku 3. Best gila kuasa 10x10 🥲

p/s - nak dibandingkan dengan buku first, yang kedua ini dah kurang sikit masalah kesalahan ejaan & sedap sikit ayat dibaca dah kurang sakit mata aku nak menghadap. so cepat sikit keluarkan buku ke 3 okay!
Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
October 28, 2024
Kalau rating bintang ada 1000, bahkan lebih lagi pun, sanggup ku tekan semua sekali.
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
January 28, 2024
Tak mampu nak berkata-kata.....terlaluuuuuuu 🤌🏻✨ aku tak sabar ni tunggu buku 3. Penulis ni dia boleh ye tulis dari siri 1 bawa ke siri 2 tapi tak bosan bosan. Pandai betul penulis pancing aku untuk menanti siri 3. Umpan baik betul penulis guna.

Aku tak sabbbbbbbbbbaaaarrrrrrrrr
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews324 followers
August 12, 2025
Sambungan kisah epik dari novel pertama, Kersani, dengan latar dunia bunian Gandera yang semakin bergolak. Nitara sekarang adalah permaisuri kepada Andika, Raja Gandera, masih memikul peranan sebagai pendekar. Ancaman baru muncul apabila Roro Kidul, anak kepada Sabdo Palon, meneruskan misi ayahnya untuk menghapuskan Islam dari alam Melayu dan mengembalikan agama leluhur.

Roro Kidul tidak bertindak secara langsung, sebaliknya menggunakan Sangkara, seorang pengamal ilmu hitam, dan Magerang, Raja tamak, untuk melancarkan serangan. Sangkara menggunakan ilmu Batara Sukma untuk mencuri sukma Nitara, menjatuhkan semangat Andika, dan membuka jalan kepada peperangan besar. Gandera kini menjadi medan pertarungan antara cahaya dan kegelapan, antara warisan dan kehancuran1.

Kersani II seperti edisi I - sebuah karya yang menggabungkan mitos, sejarah, dan falsafah dalam bentuk naratif fantasi yang kompleks dan berlapis. Aenid Abdullah benar - benar menghidupkan semula jiwa Melayu yang terpendam dalam hikayat dan legenda. Dia mencipta dunia Gandera sebagai metafora kepada tanah air, tempat di mana nilai, warisan, dan spiritualiti diuji oleh kuasa luar dan dalaman.

Ini sebuah karya yang berjiwa besar dan berakar dalam bumi Melayu. Aku benar benar takjub dengan novel ni. Tak sabar sebenarnya menunggu Aenid umumkan penjualan Kersana III sebenarnya.

5 / 5 stars
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
October 18, 2023
My thoughts?

1. Kersani satu dah best gilaaaa. One of my top 5. But Kersani II, I'm speechless. Best gilaaaaaaa kuasa sepuluh. The storyline and the plots are so so good. I'm hooked dari awal cerita sampai akhir. Tak bosan langsung.

2. I freaking love love love kuasa sepuluh the relationship between Nitara and Andika. Diorang kan sumpah cute sangat. Aku memang salute la penulis tulis scene2 Nitara dan Andika. Simple but you can feel it. Kau faham tak. Tak perlu pun ayat2 jiwang potong kaki untuk sampai ke hati aku.

3. *spoiler alert* Penulis memang kijam. Dia bagi aku happy dulu pastu dia ragut kebahagiaan aku 😭 Ada part yang sangat sedih dalam Kersani II sampai aku nangis kau tau tak. Yang paling aku tak tahan why must Chandan Lela? 😭😭😭

4. Ada new love interest, Aditya the werewolf? Which I love as well 😆 Tapi of course la tak dapat mengganggu gugat cinta Nitara dan Andika. Tapi aku suka watak baru ni. Morally grey character. A shape shipfter. Macam Jacob Black from Twilight.

5. And the fact that Aditya wanting someone else wife? How very bold 😂 Aku sangat suka scene Andika dan Aditya berbalas kata berebutkan Nitara. Sengih aku sorang2 macam orang gila.

6. Page 280 - 281. So freaking cute! Andika why you have to be so damn cute?!!

7. Scene2 battle dalam Kersani II was epic! I love all the battle scenes. Nitara fought bravely even she cannot relight her Kersani. But the ending, I wasn't expecting that 😭 diorang terlambat sikittt je bawak balik sukma Nitara. Kalau tak Andika wouldn't lost his soul 😭😭😭

8. Please Aenid Abdullah, l need book 3 right away. I'm begging you 🥲

Personal rating:
♾️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
September 20, 2023
Gandera terus sahaja diuji dengan pelbagai cubaan untuk menjatuhkan negeri tersebut. Roro Kidul yang geram dengan kegagalannya sebelum ini cuba menggunakan Sangkara dan Mengerang untuk menjatuhkan Gandera. Sukma Nitara pula dicuri dengan tujuan melemahkannya.

Naskah yang kedua ini lebih padat dengan aksi dan juga laju pace penceritaannya. Ada sahaja aksi di dalam naskah ini yang mampu memacu adrenalin dan juga mampu membuat SH menahan nafas turut merasai apa yang berlaku di dalam naskah ini.

Dalam naskah ini, perkembangan perwatakan Nitara terlihat jelas. Dari seorang yang takut-takut dan kurang keyakinan hingga menjadi seorang yang sangat berani namun jati diri dan kebaikan semula jadinya tetap ada dalam dirinya. Walaupun masih berbekas rasa tidak percaya diri itu namun itu diatasi dengan kasih sayang orang di sekelilingnya. Dan SH suka bagaimana Nitara tidak berhenti dan termenung dengan hilangnya kersani miliknya, namun tetap gagah berusaha dengan cara yang lain.

Sangkara jelas menunjukkan pelambangan orang yang terlalu mendambakan kuasa, ingin menjadi yang terhebat di atas yang hebat hingga tergamak melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang diidamkan.

SH suka juga bagaimana penulis memaparkan pelbagai bentuk rasa hati seorang manusia di dalam naskah ini. Cemburu, berprasangka buruk, kasih sayang, dendam dan sebagainya ditulis dengan cantik di dalam naskah ini. Cukup lengkap menurut pendapat SH. Bukan yang indah-indah sahaja tetapi juga yang berbentuk negatif.

SH juga suka dengan kebijaksanaan Nitara dalam menggunakan segala kekuatan orang di sekelilingnya untuk membantu suaminya di medan perang walaupun kekuatannya sendiri memudar. Inilah baru dikatakan 'beauty with brains'. Ada sahaja akal dan buah fikirannya dalam melakukan sesuatu.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
October 20, 2023
Best gila ... 😭😭😭😭😭
Kenapa ending nya macam tu?
Tak aci lah ....
Kenapa seksa Nitara?

Yang geng Sangkara bila nak masuk neraka?
Siot betul ...
Dengki dengan Andika dengan negeri dia dah kenapa?

Hati ku pedih sedih ...

Crush dengan Andika ...
Huwaaaaa
Jealous dengan Nitara
Imagine Nitara dengan Andika ...
Wahhhhh jealous gila ...

Cepat lah keluar Kersani III!!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Su Zainudi.
144 reviews
October 6, 2024
Kak Aenid, saya memerlukan buku ke3 secepatnya (ikut timeline patut dah keluar ni)

Kersani 2: Batara Sukma, cukup rencah. Penulis gaul habis semua rasa in this book. Nitara makin penuh keyakinan. Andika yang sweet versinya. All the panglimas yang menggambarkan setiakawan. Ada tambahan watak baru, team Aditya. By the way, i am a bit suspicious dengan Laila ni. Jangan macam-macam ye Laila dalam buku no 3 nanti. I babap u karang 😂

Tak boleh nak digambarkan tapi really best Kersani 2🥳🥳🥳
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for syaffffffff.
16 reviews
September 10, 2025
Beberapa ratus page sebelum dibaca tanpa ada perasaan, sekadar nak tahu jalan cerita bawa kemana. Namun 100 muka surat terakhir baru timbulnya rasa kesyukuran dapat merasai nikmat membaca. Hahaha overrr eh. Ok dah mula rindu dengan buku ni 🥲🥲

Rasanya banyak unnecessary dan repetitive dialog yang banyak kali diulang dari buku pertama. Ye Nitara tu boek, nitara tu sayang semua, nitara tu tak gedik, kita tau wak tak yah ulang2 hahaahha

Tapi berbanding buku pertama, Kersani Betara Sukma lebih sampai emosinya. Kita dapat rasa lah Andika yang coldddd gila ni sebenarnya berperasaan, romantic gitchuuu hekhek 🤭. Datang Aditya yang rakus dengan perasaanya. Sekian watak dekat Gandera yang terlebih sayangnya dekat Nitara ni.

Walaupun ada sedikit kurang gemar dengan gaya penulisan penulis, tapi kite stuck dengan buku ni sebab jalan cerita dan idea yang best terokssss.

Semoga penulis cepat2 siap kan buku ketiga. Penatt lahh asyik baca buku yang tergantunggg nihhh.

Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
September 22, 2023
Perjuangan Nitara & Andika serta saudara-saudara mereka yg lain diteruskan. Meski sudah tertolak Sabdo Palon kembali ke dalam mokhsanya, anaknya, Roro Kidul ingin membalas dendam yg tertanam di hati.

Roro Kidul kali ini menggunakan Sangkara & Magerang untuk menjatuhkan Gandera. Saktimuna pula dihidupkan kembali, memberi kesan buruk pada Nitara. Paling tragis, sukma Nitara dicuri dengan menggunakan ilmu Batara Sukma dengan tujuan melemahkannya.

Saya kira novel kedua ini lebih padat dengan aksinya, jenakanya, mahupun penerangan bagi sesuatu ilmu/info. Nilai persahabatan, pengorbanan & kasih sayang yg ditonjolkan oleh watak-watak kali ini sangat dasyat & menyentuh hati.

Selain itu, semangat perjuangan Nitara, walaupun kehilangan kersaninya,menjadikannya wira dalam cerita ini. Dia sanggup bersusah payah & mengabaikan sakitnya demi menyelamatkan suaminya, saudara²nya & negerinya. Sifat berani & sentiasa berusaha yg ada pada dirinya benar luar biasa. Begitu juga pengorbanan yg dilakukan oleh Andika & yg lain² buat Nitara membuatkan saya terpegun.

Namun kisah ini tidak tamat di buku kedua ini. Saya ditinggalkan dengan rasa yg pilu.
Menanti sambungannya... @aenidbdullah Semoga dipermudahkan oleh Allah untuk menyiapkan naskhah seterusnya nanti 🤓

5⭐
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
October 4, 2023
Aku ni tak pandai menulis mahupun berkata-kata. Tp Kersani 2 ni mmg menyentuh sukma!

Walaupun lambat aku habiskan buku ni. Bukan sebab ceritanya slow.. tp penangan Romantik Andika tu buat aku selalu rasa nak baling je buku ni! Aku dah macam Laila.. jeles bethol aku kat si Nitara ni!!!

Aku banyak ternangis baca yang kedua ni. Yang pertama tu x cukup tacing bg ku. Tp ntah mcm mana yg kedua ni murah sungguh air mata ni. Sampai ke hujung buku ni hati aku ditinggalkan rawan! Bengkak hati hamba!

Aku merayu pada penulis.. jangan lama sangat untuk keluarkan kersani 3. :(
14 reviews
May 14, 2024
Novel ni tak pernah mengecewakan.

Musuh datang bersilih ganti.. tp semangat Gandera tak pernah tewas, tetap kuat melawan kejahatan yg semakin bermaharajalela, walaupun menghadapi bermacam dugaan. Dugaan terbesar apabila Nitara kehilangan sukmanya. Pengorbanan Andika demi melihat suri hatinya tetap bertahan hidup sangat2 menyentuh perasaan. Tak sabar tunggu sambungan Kersani 3
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rara_83.
193 reviews1 follower
February 21, 2024
Ade mcm a bit draggy here but there..tp i sukeeee laaaahh..n nape story from d bad guys sket sgt..i rasa mcm lebih mnarek if we can get more story from the dark sides..urghhh..

I cant wait to read the 3rd book..
21 reviews
May 29, 2025
mengambil masa yg lama utk mak baca novel kedua kersani ini... bukan sbb mak bosan ye tp sebab mak nak fokus dan xnak buku ni cepat sangat habis baca 😅 bila ye kersani 3 nak keluar? susah nak lena selagi x tau kesudahan kersani ni
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.