Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayang Tanpa Ragu

Rate this book
Sayang Tanpa Ragu…
Caption: Ku percaya cinta ini

Deanna tidak pernah putus asa untuk mencari cinta. Dia percaya… siapa, bila dan di mana, semua itu rahsia Ilahi. Dia yakin, satu hari nanti muncul si dia yang mewujudkan getaran di hati. Tetapi dia tidak menyangka… muncul dua orang sekali dalam satu masa!

Raez; peguam yang bergaya dan berkarisma. Pernah diintainya sejak zaman sekolah dahulu. Pilihan yang pasti mama akan setuju.

Khalif; lelaki misteri yang telah menyelamatkannya. Bila dia mencari, lelaki itu ‘no where to be found’. Tapi tiba-tiba muncul di depan mata dan mengindahkan harinya.

Satu penyelewengan telah berlaku. Raez bertindak sebagai peguam untuk mewakilinya. Tetapi nama defendan yang disebut itu… Khalif?

Deanna keliru. Siapa yang patut dipercayainya? Siapa yang patut disayangi tanpa rasa ragu?

368 pages, Paperback

First published May 1, 2023

8 people want to read

About the author

Hezzy Azra

20 books39 followers
Dengan menggunakan nama pena Hezzy Azra, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas (2) Kuala Lumpur pada tahun 1984. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas sehingga tamat tingkatan enam pada tahun 1992. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma di TL Management Centre (usahasama dengan Swansea Institute of Higher Education, United Kingdom) dalam jurusan Business Management. Kini bekerja sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor.

Atas dasar ingin mencuba bakat, mula menulis manuskrip pertama pada tahun 2006. Setelah lima tahun dalam bidang ini, empat novel telah berjaya dihasilkan iaitu yang pertama Melodi Kasih (Disember 2007), Kenangan Terindah (November 2008) Cinta Tak Beralih (Julai 2010) dan Aku Pilih Dia yang baru berada di pasaran pada Disember 2011.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (20%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
797 reviews229 followers
October 5, 2025
maybe sebab Hezzy Azra ni dulu penulis Alaf 21, so bila baca STG ni, i get the Alaf 21 vibe out of it. I don't know if it's just me, tapi the romance and main characters' intimacy dalam buku-buku Alaf 21, they have this certain sensuality in them, without it being sexual, even during normal daily interactions between the characters. macam you can see and feel that the characters have chemistry with each other, and that they really want each other. the romantic tension is off the charts, and I love it.

Itu yang I dapat between Deanna and Khalif. Diorang ni punya la romantik, sampai I rasa diorang dah masuk kategori wajib kahwin dah.

I like Deanna's character, cuma tak suka cara Deanna tak pandai nak bertegas and terlalu jaga hati Raees, sampai memburukkan keadaan. Raees ni pun, cerita dia habis gitu je ek. Patut panjang sikit closure tu sebab tak puas tengok dia suffer.
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
November 27, 2025
3.8 🌟

I nak bagi 4 stars actually, tapi geram dekat Deanna sebab tak tegas bila dengan Raez & terlalu nak jaga hati. Plot twist tu tak terjangka pula I. Ingatan A tu yang jahat rupanya B. Tapi A pun jahatlah juga.

Deanna bila dengan Khalif pula kan even tak selalu jumpa tapi dia punya perasaan tu sampailah dekat pembaca (maybe sebab penulis otai sama pandai olahhh). Takde pula scene bercinta bagai nak rak or terlebih bersentuhan sebelum kahwin ni tapi dia punya romantik sampai okayy. Haishh ni yang buatkan I nak buka baca balik buku penulis penulis lama.
Profile Image for Yan.
124 reviews2 followers
August 28, 2025
One of the most romantic books I’ve ever read…❤️💖💛

Rating: 🌟🌟🌟🌟.5

Seorang wanita bertemu dengan seorang jejaka di Australia. Jatuh cinta pandang pertama walaupun jejaka tersebut tak berapa nak melayan si wanita tersebut. Balik dari Australia, mereka bertemu kembali di kandang kuda…😂 Si wanita cuba mengenali si jejaka, tetapi si jejaka tetap berahsia. Kenapa? Dalam masa yang sama, ada seorang lagi jejaka yang menjadi pilihan keluarga wanita itu, cuba mendekati wanita itu. In the end, siapa yang wanita ini akan sayang tanpa ragu? 😎😏

ML - Ahmad Khalif Umair / Khalif / Khal
Seorang yang misteri. Sepanjang perkenalan dengan FL, banyak yang FL cuba korek, tapi, banyak juga yang ML berahsia…🥲 Seorang yang tenang dan penyabar.

“𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒏𝒕𝒊𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑬𝒑𝒊𝑷𝒆𝒏, 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒖𝒏𝒕𝒊𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝑫𝒆𝒆.” 𝑲𝒉𝒂𝒍𝒊𝒇 𝒕𝒐 𝑫𝒆𝒂𝒏𝒏𝒂.

Kemain pick up line pun…😂🥰

FL - Deanna Kurnia / Deanna / Dee
Seorang doktor haiwan. Mempunyai klinik sendiri. Jenis yang tak suka over the top, dan sukakan kesederhanaan.

I 💛💖💖 this book so much. Jalan ceritanya simple jer, tapi, kita suka dengan gaya penceritaan dalam buku nie. What makes me ❤️💛💖 this book, is the interactions between ML & FL. Every scenes yang ada dua ketul nie, feels intimate to me. It’s like, you caught them flirting with each other, and you feel embarrased because you are the third wheel in those scenes…🤣😂 Setiap perbualan mereka berdua, the way they look at each other, senyum malu2, bagi kita, tersangatlah romantik…🥰 Walaupun takder aksi pegang tangan bagai…😄

In the beginning, kita dah jadi macam FL dah, memang curious apa pekerjaan ML nie. Berahsia sungguh ML nie…😂 Paling suka ayat ML, “𝑺𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖.” Imagine yer, kita suka kat seorang lelaki nie, tapi lelaki nie langsung tak bagi contact number dia. Muncul pun, ikut sedap dia. Yang si kita nie, dah merindu macam tahap apa dah…🤣😂 So, macam tue lah perasaan FL. Menunggu dan menghitung hari bila akan bertemu dengan ML…😩

ML & FL dalam buku nie, sangat matang. Bukan senang dierorang nak be together sebenarnya. Ada jer halangan. Tapi, kita suka bagaimana both of them mengatasi satu2 halangan. Tenang dan sabar. Tak gopoh gapah…👏🏻👍🏻

And the proposal scene? Chef kiss 👨🏻‍🍳😘 Suka sangat. Romantik habis. Aaahhhh, suka sangat dengan dua ketul nie. Masing2 comel jer…❤️💛💖

Dalam buku nie, ada watak second ML, yang boleh dikatakan agak sempurna. Yang menjadi idaman wanita. Bekerja sebagai peguam, berbadan sado, good looking, sentiasa mewahkan FL, baik hati bukan setakat dengan FL, dengan keluarga FL pun dia baik juga. Basically, memang calon suami yang baik. Sampaikan si mak FL dah jatuh cinta sangat2 dengan second ML nie and tak sabar nak jadikan menantu…😂😅

So, apa kurangnya second ML nie dan apa lebihnya ML? Yang tue, you all kena baca buku nie…😄

Pertama kali kita baca buku dari author nie, and kita jatuh cinta dengan penulisan author nie. A few times kita dapat tangkap beberapa ayat, yang sedap sangat bunyinya. Macam seolah2 baca puisi, but, it’s not. Mungkin, ini keistimewaan author nie, yang dah lama berkecimpung dalam dunia penulisan. Susunan ayat memang teratur dan cantik…😍

Tiada kesalahan ejaan yang kita perasan. Jalan cerita, walaupun simple, tapi ada diselitkan se’coet’ thriller. Kita suka pengakhiran buku nie. Cuma, yang kita tak puas hati, pengakhiran villain, setakat itu sahaja jer? Nak juga tahu hukuman dia macam mana…😩

Apa2 pun, I really enjoyed reading this book. Kalau you all sukakan bacaan yang santai dan romantik, then, read this book. Untuk author, kita akan menunggu your next karya. All the best, author…👏🏻👍🏻
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
January 3, 2025
[BOOK 69]

Sayang Tanpa Ragu by Hezzy Azra.
.
Buku Hezzy Azra sentiasa mengajak aku menjadi wanita yang matang, dari awal aku baca buku beliau sehingga sekarang.
.
Deana, seorang veterinar yang masih bujang, bila ditanya soal jodoh, bijak menolak. Tapi bila tiba masanya, 2 jejaka muncul serentak. Siapa yang terpilih?
.
Raez, seorang peguam yang hebat. Dia ialah abang kepada kawan Deana. Mereka berjumpa waktu Raez hantar adiknya dan Deana ke airport untuk terbang ke Melbourne. (Betul kot Melbourne, sis lupa 🤭). Dan instantly, Raez terpikat dengan Deana. Dan Deana pun selesa je bersembang dengan Raez.
.
Bila di Melbourne, hati Deana terpaut kepada seorang lelaki misteri, Khalil. Khalil ni la yang selamatkan Deana sewaktu terkena allergic reaction. Sejak itu, Deana ternanti-nanti Khalil.
.
Sekali lagi, mereka berjumpa di Malaysia. Waktu di ekuestrian. Dan sekali lagi Khalil menyelamatkan Deana.
.
Hati Deana menyukai Khalil, namun seluruh keluarganya menyokong dia dengan Raez. Lebih memburukkan keadaan bila keluarga Deana ada isu dengan keluarga Khalil.
.
Maka, siapakah yang menjadi pilihan hati Deana?
.
Aku faham perasaan Deana yang tersepit antara pilihan keluarga dan pilihan hatinya sendiri. Kadang-kadang, kita hanya sesuai sebagai kawan, despite of good chemistry of us that people see.
.
Dan paling penting, aku suka bila penulis menonjolkan watak wanita yang bijak. Tidak semestinya berkerjaya tu bijak, yang suri rumah sebaliknya. Banyak faktor yang mempengaruhi. Apa-apa pun, aku suka buku yang menonjolkan wanita sebegini, bukannya duk pasrah je.
.
oh ya, aku sebenarnya mengharapkan part hujung yang si penjahat tu, lebih dramatik. hahaha..Rasa tak puas baca. Eh, cam tu je. Otherwise, overall okay.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
September 16, 2023
Novel ni tak sweet sangat tapi comel dan aku suka sebab watak Khalif yang terlalu misteri sampai curious habis siapa dia sebenarnya. Jalan ceritanya menarik dan sangat smooth tapi tak sangka Raez punya obsess sampai bertindak melampaui batas. cuma itulah rasa tak puas baru je nak enjoy moment bila cinta mereka akhirnya bersatu tapi dah tamat. Overall nice story.

Review penuh di blog: https://www.tiarasaphire.com/2023/07/...
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.