Jump to ratings and reviews
Rate this book

Unforgettable Love

Rate this book
Kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas udara telah mengubah kehidupan Hud yang ceria pada asalnya kepada seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Peristiwa itu telah memberi tekanan besar kepada dirinya sehingga terpaksa mengambil ubat depresi setiap hari.

Tujuh tahun berlalu, Hud belum dapat melupakan peristiwa pahit itu. Dia yakin ianya telah dirancang seseorang, lebih-lebih lagi dirinya kerap diekori. Hud nekad membalas dendam. Malam itu, dia mengejar kereta yang sering mengekorinya, namun malang menimpa diri. Kereta yang dipandunya melanggar seorang wanita.

Teka-teki tidak terjawab, sebaliknya Hud terpaksa menggalas beban di bahunya apabila wanita itu hilang keupayaan untuk berjalan dan tidak mampu bercakap. Usaha menjejak pembunuh keluarganya tertunda, malah tumpuannya beralih kepada Zahra, si gadis yang telah dilanggarnya. Hati yang disangkakan dingin dan beku, rupa-rupanya masih memiliki rasa simpati.

Berbekalkan simpati, Hud nekad mengembalikan hidup Zahra yang dulu sebelum meneruskan misi hidupnya. Dia membawa Zahra ke Maryland dengan tujuan untuk memulihkan suara wanita itu, namun pesawat ringan yang mereka naiki telah disabotaj. Juruterbang hilang dari kokpit menyebabkan Hud terpaksa menggunakan skill simulasi pesawat yang pernah dipelajari dulu dan melencongkan pesawat tersebut ke Riyadh.

Sahabat di Riyadh yang sudah lama terputus hubungan, dihubungi kembali. Dalam tempoh kurang tiga jam, Aliy terpaksa menyediakan landasan untuk membolehkan pesawat persendirian yang diterbangkan Hud mendarat. Zahra dibawa ke Hospital Universiti Raja Azeez untuk dirawat. Hud pula meneruskan perjalanan ke Moscow bagi mengelakkan dia ditangkap polis akibat huru-hara yang tercetus selepas pesawat yang dipandunya mendarat di Lebuhraya Riyadh-Makkah.

Di Moscow, Hud tinggal bersama Abram yang merupakan teman lama ketika mereka sama-sama menuntut di University College London dulu. Kepakaran Abram dalam bidang elektrik dan elektronik turut menjadi sebab mengapa Hud memilih Moscow untuk menyembunyikan diri. Dia mahu nampak mati supaya dapat mengumpan musuhnya keluar dari persembunyian.

Umpan Hud mengena. Akhirnya, Hud mengambil keputusan nekad untuk kembali ke Malaysia dan berdepan dengan orang yang diyakini menjadi dalang dalam semua kejadian buruk yang menimpa keluarganya sebelum ini. Sekembalinya Hud ke Malaysia, dia mencari Zahra terlebih dahulu kerana dia pernah berjanji untuk mencari Zahra jika ditakdirkan usianya masih panjang.

Hud tidak sedar, sikapnya yang bertanggungjawab dan prihatin telah menukar rasa benci kepada cinta di hati Zahra. Namun, Zahra sedar yang Hud tidak mencari cintanya. Dia tahu apa yang dicari lelaki itu adalah pembunuh keluarganya. Hanya doa yang dititip supaya rasa benci hilang dari hati lelaki itu.

423 pages, Paperback

First published June 1, 2001

3 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Mastura Abdullah

7 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (45%)
4 stars
13 (37%)
3 stars
6 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
September 29, 2023
this novel reserved the recognition 👏🏻👏🏻

fast paced, action + conflict 95%, romance 5% je tapi uishhh melekat betul di hati, hero yang bertanggujawab, dari pendendam jadi seorang yang pemaaf. Even conflict je memanjang tapi langsung tkda rasa bosan or tak faham, memang puas hati kalau baca.

Ada satu ayat yg aku paling suka bila Hud cakap ke Zahra ‘Panjang umur aku datang jenguk kau. kalau aku tak datang, itu tanda aku tak ada lagi. Maaf sebab buat kau menderita.’ 👍👍👍👍 highly recommended.
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
September 23, 2023
UNFORGETTABLE LOVE

* Dendam
* Pengkhianatan

Cover thumb's up. Berjaya mengaburi mata. English Vibes. Tajuk cun, ala2 Historical Romance. Jom kita sembang pasal jalan cerita.

Dua jiwa bertemu di tempat yang salah pada masa yang salah.

Hud memandu laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Marah semakin membuak bila kenderaan yang dikejar semakin jauh. Laju...laju dan...

Bammm!!!

Sekujur tubuh terpelanting dan jatuh di atas keretanya. Tubuh seorang gadis.

Long story short, Hud nekad utk bertanggungjawab. Gadis yg dilanggar hilang keupayaan. Mana mungkin dia berlalu begitu sahaja.

"Aku takkan biarkan kau begini selamanya. Walaupun aku tak kenal siapa kau, kau tak kenal siapa diri aku, aku janji akan jadi dahan untuk kau berpaut."

Fatima az-Zahra, balik lewat dari kerja menyebabkan dia hampir hilang nyawa. Akibat kemalangan, dia hilang upaya bercakap dan berjalan. Rasa hati memang nak marah dan benci terhadap pemandu yg cuai. Namun, melihat kesungguhan Hud utk bertanggungjawab, dia mula redha. Tanpa sedar, hati mula cinta dalam diam. Sayang, lelaki itu pergi.

Aksi, konflik dan aksi. Kalau cari genre aksi, aku cari yg macam ni dan siap imagine macam tgok drama. Fast paced tapi mudah faham. Kisah T20 yg penuh dengan dendam dan pengkhianatan. Hud yang ingin mencari siapa yg bertanggungjawab terhadap pembunuhan seluruh ahli keluarganya.

Karakter Hud secara peribadi bg aku. Dia seorang yg mudah hilang sabar di awal cerita. Pendek akal. Gelora darah muda. Tapi disebabkan kejadian yg menimpa Zahra, karakter dia berubah sedikit demi sedikit. Semakin matang. Sesuai dengan konflik yang berkembang.

Bukan kisah cinta yg meleret. Jangan cari ayat2 cinta, tapi aku sempatlah tersipu tiap kali dialog Hud dan Zahra. Soo sopan. Oh ya, menariknya sebab ada diselitkan dialog Tranung yg merupakan kampung Zahra.

Tapikannn...aihhh. Aku suka villain dalam kisah ni. Plot twist sungguh sebab tak ada langsung disebut di bab2 awal. Tup2 muncul. Pada aku, trauma dan derita masa lalu yg menjadikannya kejam seperti itu. Kasihan, tapi yg salah tetap salah. I like him😭.

Terhasut dgn reviu medy, cover romance. Tak sangka genrenya aksi.

* Personal rate - 'my cup of tea'.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
August 4, 2025
F suka tone color cover buku ni. cantik! 💜🩷

Karya ini fast-paced, more action scene than romance.

Kisah Hud yang hilang segala²nya bila keluarganya maut dalam tragedi udara. Dia berubah jadi dingin, keras dan penuh dendam. Hidup dia cuma ada satu tujuan: mencari jawapan & balas dendam.

F suka dia bertanggungjawab atas apa yang dia buat pada Zahra.

Satu je F kurang minat.. F merangkak² nak faham longhat terenggahu. If ada footnote lat bawah okay gak.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
January 3, 2024
Suka setting buku ni, oh and I'm in love with Hud.



Bak kata seorang penyanyi, 🎤👩🎵 In a world of boys, he's a gentleman🎵 The way dia berpegang pada janji tu, memang menunjukkan sisi kematangan dia, dia punya pride tu memang sangatlah tinggi. Manalah nak cari lelaki yang punya prinsip macam Hud ni :')

Suka Zahra jugak, dia kuat tanpa perlu bersikap kasar. Kekuatan dia ada pada kebaikan yang dia tonjolkan pada orang lain. The way she waited for Hud tu, kalau aku memang dah give up dah mat.

Lama dah tak baca novel cinta Melayu yang bergenre action, and saya suka dengan kelajuan cerita ni, sangat laju dan penulis sangat pandai kupas setiap adengan sampai saya pun berdebar membacanya. Tak perlu tanda tanya yang berpanjangan, buat saya tidak lelah membaca kisah Hud.

Nak harapkan adengan cinta sweet-sweet? Memang tidak adalah dalam buku ini, rasanya cuma 5% sahaja latar cinta selebihnya lebih kepada kisah dendam dan pengkhianatan yang terjadi dalam hidup Hud. The unexpected event and meeting dalam buku ni buat saya turut rasa kasihan dan sejujurnya mungkin saya juga akan putus asa sepertimana Hud menjalani kehidupannya selepas kehilangan ahli keluarga dia.

Walaupun cerita ni ada dialog Terengganu, saya masih boleh faham cumanya harapkan kalau ada better translation lepas setiap dialog (saya bukan orang Pantai Timur jadi perlukan pemahaman yang tinggi dan mujurlah tidak skip perbualan Zahra dan ahli keluarganya). Sama juga dengan dialog Inggeris yang terasa awkward dan tidak smooth, nampak seperti kebudak-budakan dan perlukan penambah baikan. Tak nampak macam orang dewasa setiap kali dialog Inggeris antara Hud dan kawan-kawannya.

Tapi, at the end of the story, bila semuanya terbongkar saya macam what the... luluh gila jiwa bila dapat tahu pasal orang yang kita sayang, sumpah macam nak nangis untuk Hud. Sedih mat.

Saya hadiahkan lagu Bagai Bintang di Surga untuk Hud, lagu ini lebih sesuai untuk dia berbanding Qadr (haha, ampun Qadr) because the one who make me stay is Hud. Hud is a prove of a man who lived with pride, loved and wisdom.

Bila dah baca buku ni, bila tengok siapa penulis buku ni, baru perasan she's the one who introduce me with Malay romance novel. I remember I read her book Andai Kubermimpi when I was 14 years old haha.

Saya bagi 4.8 ⭐ untuk cerita ni, memang Unforgettable Love untuk Hud.

...Panjang umur, aku datang jenguk kau. Kalau aku tak datang, itu tanda aku tak ada lagi. Maaf sebab buat kau menderita.
2 reviews
September 6, 2023
‘Aku bukan pewaris dosa semalam’

7 tahun berlalu dan memori hitam masih terus membayangi kehidupan seorang Hud. terperangkap dalam belenggu yang sama. tujuan hidupnya hanya satu, mencari siapa dalang kemalangan yang meragut nyawa keluarganya. satu hari, berlaku kemalangan melibatkan Zahra, gadis tidak bersalah hingga hilang upaya berjalan dan bercakap.
••
Hud, lelaki dingin. pewaris tunggal syarikat emas Empayar Bumi. masih menuntut di luar negara ketika nahas kemalangan keluarga menimpa. ujian hidup Hud memang berat untuk diterima. tinggal sebatang kara. yang i sukanya watak Hud ni, portrayal dia sebagai seorang yang kusut, serabai, tak terurus nampakkan dia juga hero tak sempurna, sesuai dengan emosi yang dia hadapi. tapi, dia masih bertanggungjawab, tak mudah lepas tangan & kisah dengan keadaan Zahra untuk bantu dia sampai sembuh sedangkan mereka orang asing.

Zahra gadis kampung yang mencari rezeki di bandaraya. dia sendiri struggle untuk bantu keluarganya di kampung dengan dua adik masih bersekolah. abangnya hanya reti meminta duit tanpa bekerja tak membantu ekonomi keluarga.

Hud is realll hero tersakiti ya. mereka ni sangat matang dan memahami. cinta mereka berkembang seiring dengan cerita. and Hud ni dia acknowledged his feelings but, dia tunjuk through his actions. kalau membahayakan Zahra, dia elakkan awal-awal.🥺 just wait until Hud sudah keluar dari kusut era ha memang segak!! Hud jugak seorang setiaaaa like dia takkan dan tak nak messing around hanya sebab dia ada peluang atau masa. his love for Zahra is so pure 😔🤍

cerita ini sangat fast paced!! susunan plot dia cantik sangat even cliche je tapi still buat rasa saspens nak tahu the truth and the way ia dirungkaikan tu unik. i suka cara author susun letak yang more to casual tapi still unexpected. tak ada lopong pun dalam plot cerita. the twist of event still buat i terkejut like omg tak sangka ya. and i suka The Four especially Aliy yang dipanggil sahabat. dengan setting ada yang dekat Malaysia, Maryland, Moscow, siyes cakap memang masa baca tu rasa tak rilek sama macam Hud nak kejar the penjahat 😭 tapi semangat nak baca sebab garapan tulisan dan bahasa dia seronokk. walaupun scene friends ber 4 tak banyak but still boleh rasa brotherhood dorang kuat since they’ve been friends dekat University College London.

pastu yang menariknya adanya dialek terengganu dalam novel ni. sebab Zahra asal ganu, and then side characters macam Aki Sening, Wan Ida, Zaid dan Zaidi. personally bagi i seronok lah dapat belajar sikit cane sebutan diorang.

i suka dengan cerita dia walaupun romance dia sikit berbanding konflik. maybe sebab nampak kemas fokus hanya satu perkara saja dan dikembangkan dengan teliti. bahasa pun sedap dibaca memang kena dengan my taste. cerita ni juga ada banyak pengajaran tentang kehidupan. if anything, cerita balas dendam begini i suka. sebab tak terlalu intense dengan garapan emosi yang teratur. and paling i belajar is jangan cepat percayakan orang haha for real i literally hampir kena gula2 ya cam okay dah faham dah manusia mudah berubah 😭✋🏻

“Panjang umur, aku datang jenguk kau”

apapun buku ni dah jadi one of my favourite reads dah tahniah kak for this book i puas sangat baca and rasa berbaloi. and cover buku ni omy!!! cantik sesangat english the color and cover is simple yet aesthethic 😍

Unforgettable Love; 5🌟 (423ms, strangers to lovers, revenge)
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
November 25, 2025
Laju...

Banyak betul aksi mendebarkan. Banyak kali jugak Hud ni cedera. Kena tikam, kena pukul, kena tembak. Nyawa Hud ni liat sikit.

Saya paling terkejut bilamana Hud boleh handle private jet landing atas highway di Tanah Arab sana tu. Duit dia pun banyak. Berbelanja besar untuk Zahra kembali sihat.

Sedihnya bila ada kawan tikam belakang. Orang yang kita sangka baik sebenarnya jahat.

Paling menghiburkan sudah tentu Aliy. Bangla handsome. Sebenarnya dia orang Arab. Kawan baik yang dah banyak tolong Hud. Tak lupa skill dia tolong clearkan highway sebab nk bg private jet landing.

Timeline cerita ni sebenarnya panjang. Tapi bila saya baca macam pendek je. Tahu-tahu Zahra dah boleh berjalan, lepas tu bercakap. Sama dengan kecederaan Hud, tahu-tahu dah sembuh. Begitu jugak dengan perjalanan Hud menuju ke Moscow. Jauh tu. Tahu-tahu dah sampai.

Selama Hud hidup, dia cuma nak mencari siapa yang menyebabkan nahas yang meragut keluarganya. Tak jauh pun, orang yang paling dekat dengan dia yang buat khianat. Kemunculan Gibran yang tiba-tiba takeover company. Siapa Gibran?
Profile Image for Mika.
20 reviews
October 8, 2023
Walaupun jalan ceritanya sedikit perlahan, tapi tak rasa jemu nak habiskannya. Tahniah kepada penulis kerana berjaya membawa pembaca mengembara ke dalam kisah antara Hud dengan Zahra. Kematangan yang ditunjukkan oleh Hud sedikit sebanyak menjadikan beliau salah satu karakter yang saya suka dalam novel ni. Syabas sekali lagi. Saya nantikan karya yang seterusnya daripada penulis 😊😊
Profile Image for Yan.
119 reviews2 followers
April 10, 2025
Baca buku nie, emosi kita dah macam roller coaster dah…😨😰😓

𝑼𝒏𝒇𝒐𝒓𝒈𝒆𝒕𝒕𝒂𝒃𝒍𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒃𝒚

Rating: 🌟🌟🌟🌟.3

Seorang lelaki menjadi seorang pendendam setelah kematian semua ahli keluarganya. Ketika dalam proses untuk merungkaikan segala misteri di sebalik kematian ahli keluarganya, lelaki tersebut telah menyebabkan kemalangan ke atas seorang wanita. Paling malang, wanita tersebut turut terlibat secara tak langsung dalam hal dendam lelaki tersebut. Mampukah lelaki itu, mengetahui sebab kenapa ahli keluarganya dibunuh, dan seterusnya menagih cinta dari wanita tersebut? 🤔😏

ML - Engku Hud / Hud
Selepas kematian ahli keluarganya 7 tahun yang lepas, hidup ML hanya dipenuhi dengan dendam. Seorang CEO kepada syarikat pengeluar jongkong emas.

“𝑨𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒖𝒔 𝒏𝒊, 𝒁𝒂𝒉𝒓𝒂. 𝑨𝒌𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒌𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖, 𝒏𝒂𝒌 𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒂𝒌𝒖 𝒎𝒂𝒕𝒊.” 𝑯𝒖𝒅 𝒕𝒐 𝒁𝒂𝒉𝒓𝒂.

Kita suka sangat relationship ML & FL nie. Slow burn romance yang chef’s kiss 👨🏻‍🍳😘

FL - Fatimah Az-Zahra / Zahra
Pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan FL bisu dan tak boleh berjalan. Datang dari keluarga yang miskin. Seorang yang tabah dan kuat menghadapi ujian.

Ya Allah, beremosi sungguh kita baca buku nie. If you’re expecting this to be a romance book, sila lah baca buku lain yer. Romance dia se coet jer…😅 Dari awal buku sampai lah hingga nak dekat tamat, memang action sahaja. Buku nie bertemakan kekeluargaan dan pengkhianatan.

ML dari awal memang nak cuba korek what really happened to his family. Bila dah dapat tahu, memang nak balas dendam. Tapi, Ya Allah, yang si villain tue memang betul2 jahat. Tak boleh bawak bincang yer, jahat dia tue. Cuma, kita tak puas hati kat pengakhiran villain tue. Macam tue ajer…😨 Dah berlawan, dah bertumbuk, dah bertembak bagai, kena tikam dengan pisau toksah cakap lah berapa kali, macam tue jer pengakhiran dia. Sungguh kita tak puas hati…😳🤯😓

Kita paling suka watak FL. Kuat sungguh FL nie. Bagaimana bertubi2 ujian untuk ML, bertubi2 juga lah ujian untuk FL. Tapi, FL jenis redha dan memaafkan. Bukan jadi pendendam seperti ML.

Penulisan buku nie, memang sedap dibaca. Cuma, ada beberapa kesalahan ejaan. Ada juga beberapa babak, yang agak menggelirukan. Bila dibaca berulang kali, rupa2 nya flashbacks. Cuma, sebab susunan perenggan tersebut disekalikan, jadi masa membaca babak2 tersebut, jadi confused sekejap. Ada juga babak yang bagi kita macam tak berapa logik. Boleh eh, toreh atap bumbung dengan pisau? 🤔😧

Satu lagi, penggunaan loghat Terengganu yang agak banyak dalam buku nie. Membuatkan kita agak pening nak cuba faham ayat tue. Mungkin next time, kalau ada nak menggunakan mana2 loghat negeri yang susah untuk orang luar nak faham, boleh masukkan sekali translation maksud ayat tersebut. Supaya takder lah berkerut dahi nak cuba faham loghat Terengganu. Kita faham loghat Kedah ja…😝

Kita sebenarnya lebih mengharapkan lebih banyak scene The Four. Bromance di antara keempat2 sahabat nie kurang. Kita expect, The Four nie lah yang akan menjadi tulang belakang untuk membantu ML melunaskan dendam2 nya. Tapi, hanya seorang sahaja yang betul2 membantu ML dalam journey dia untuk merungkai segala misteri.

Other than that, kita memang enjoy baca buku nie. Memang berbeza buku nie dengan buku2 author nie yang kita pernah baca sebelum nie. Apa2 pun, untuk author, semoga terus berkarya. And all the best…👏🏻👍🏻
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
May 29, 2025
cw / tw: characters with depression and ptsd, depiction of trauma and depressive episode, depiction of assaults and blood, depiction of sexual assault, mention of incest, child prostitution

(⁠ノ゚⁠0゚⁠)⁠ノ Quite a nice book filled with lots of values I'd say! It's a mystery action drama about family secret, revenge and vengeance which also centred on moving forward, forgiveness and self discovery. Despite the pink cover and the title of the book, buku ni romance dia tipis and it wasn't the focus at all hihi

The story is about Engku Hud, dimana dia hidup penuh dendam after he found out that the helicopter crash that killed his entire family is actually a planned murder. Due to the accident itself, over half a decade he lives in severe depression, throwing away his entire life with the only goal in his life is to get back at the person behind the crash. But not only that, he's also being hunted, presumably by the same murderer, and the person also wants him dead. Who exactly is the murderer, and why does it seem like he's also filled with demdam, the same way Hud berdendam with the murderer? What secret is hidden by his family for his life to be turned in such a way?

After reading Osaka with Love recently, I'd say that I certainly prefer this book much more for various positive reasons! I usually don't like comparing works, but this book does have what feels missing from OwL and it left me with so much satisfaction I'd say. The character's development in this one feels so prominent and I really love the realistic growth shown in literally all of the main characters which came out of the hurdles they went through. On top of that, the chemistry and relationship between Hud with his friends, and even the love interest are so well told and shown, walaupun sikit, but the chemistry between all of them and their care memang berasa. Aliy, Zahra, Hud is technically a found family. Love them very much!

Suka dengan tema utama cerita ni where it touches more on the concept of dendam through Hud and Gibran, walaupun masing-masing berdendam — both are almost the same, clearly sakit, masing masing nakkan benda sama, terlekat dan hidup di masa yang lalu, yet they both approached it differently. And I like the cause and consequences shown through the characters. What I appreciate the most is probably on how the story does acknowledge the struggles and suffering the characters went through, yet it doesn't enable the bad things they're doing.

Zahra's character in contrast is shown as someone yang mempraktikan reda and memaafkan. Tetapi bukan secara bersahaja dia memaafkan, because she's still human, masih rasa marah yang teramat, masih rasa sedih menyesakkan, masih bertemu trauma dan jatuh. Her life conditions are just awful, the accident did take a toll on her mental and physical wellbeing. Marah memang marah, but eventually she returns to god and sees things rationally, fikir dan fikir, jatuh dan teruk bagaimanapun, kalau terbawa bawa benda tu tak bawa kita kemana.

Sebenarnya cerita ni banyak sangat values dan mesej dia ya and these are the things I wanted to talk about:

• From what Hud's parents have done, such secrets, past mistakes and awful acts could literally affect others. If it's not you, others close to you could be impacted over what you've done. On top of that, this is why in Islam we practice hiding aib, ada benda tak patut tahu, the past is past if someone is no longer there, or they've changed. Sebab no matter what good deeds one has done, yang jahat tu juga akan affects a listener the most.

• In correlation, the ultimate closure with Hud and Gibran broke me into tears. I'm glad it ended like that, walaupun macam simple, but it's meaningful, and I get what Gibran felt. Show your genuineness, spread kindess, the slightest of it can help and leave an internal impression towards someone.

• Walaupun hampir sedekad Hud hidup dan terkenang kenang akan masa lampau, it's soooo nice seeing his change and eventually appreciate living in this moment. The way this is written agak menyentuh.

• The issue with Gibran sangatlah frustrating to read, but I've met people like that in real life, not that severe but the gaslighting is nasty. Your suffering caused by other people isn't a ticket for you to do bad things to people that aren't related at all. You are responsible for your actions. If you acted like an arsehole, it's not because of what caused you to suffer or "I've lived a painful life before', but it's simply because you're an arsehole. Your mental health or suffering takda kena mengena pun.

• Mental health issues touched in the story is quite prominent, appreciate that it's something that's being highlighted, and not something just in passing. It's raw in a sense.

• Suka juak dengan how the story highlights how everything's happened ada hikmah nya. One of my biggest questions yang terjawab later is on Zahra's accident, it all makes sense why it feels like she's more acceptable during the recovery and towards Hud and all di hujung arc tu.

• Latar cerita ni seronok dibaca ya, daripada suasana kampung (oh you don't know how much I crave for akok after this story), suasana di Riyadh, serta perkampungan di Russia, I think the author did a good job at building the world environment in the story!

But, despite all of that, I was a bit disappointed with how flat the story felt for such a mystery action genre. I was actually anticipating surprise factor or huge reveals or shocking plot twists, tapi nothing really surprised me (except for certain things Gibran mentioned to Hud), the rest macam the reveals terlalu 'telling', sampai saya rasa macam 'eh itu ja?'. Gibran reveals pun takda surprise sangat, the same with the betrayal from his close friend yang memang it was technically given out on the first chapter lagi and repetitively mentioned afterwards.

Also, I think there are some loose ends or parts i don't really understand throughout the story:

• Aliy's job and life before helping Hud
• The entire ghost fiasco with Zahra, what even was that?
• Makcik pembantu rumah that showed up hanya sekali dan tidak lagi
• The random love plot of the Russian lady that I don't get what even is the contribution of it towards the story's progression.
• Zain. Daripada someone with a huge role tapi takda apa sangat di hujung cerita.

Overall it's an enjoyable story for me, dan walaupun majority cerita ni memang agak serious, but there are a couple of times I caught laughing due to the random funny scenes haha. Negara Teram will live in my head rent free.

If you're looking for something similar to this story, with the same genre on action mystery drama but with more thrillers, I'd suggest Ieya Sya's Selalu Ada Dia dan Aku Di Sini (yang satu ni romance dia banyak sikit lah)!
Profile Image for Mazuen Yahaya.
1 review3 followers
September 2, 2023
🔹Stranger to Lover🔹

Dingin. Diam dan suka menyendiri. Itulah yang boleh digambarkan seorang lelaki yg bernama Ungku Hud. Keluarganya mati serta-merta dalam satu kemalangan. Hud tidak percaya kejadian itu hanya 'kemalangan' semata-mata.

7 tahun berlalu, Hud masih tidak dapat melupakan kejadian itu.
Hanya kerana satu kemalangan yang tidak disengajakan. Ungku Hud dan Zahra dipertemukan.

"Aku akan janji akan jadi dahan untuk kau berpaut" - Hud.

Akibat kemalangan itu juga, Zahra hilang upaya bercakap dan berjalan. Demi janji Hud pada ibu Zahra, Hud membawa Zahra jauh dari tanah air untuk mengubatinya. Kesungguhan yang ditunjukkan Hud pada Zahra membuahkan rasa cinta tapi belum sempat dia mengungkap kata cinta Hud telah jauh membawa diri.

"Saya dah maafkan. Lama dulu." - Zahra

Misi diteruskan mencari pelaku sebenar yang mengakibatkan 'kemalangan' itu. Tidak disangka orang yang selama ini Hud percaya rupanya musuh dalam selimut.

"Hebatnya kau, sampai aku tak nampak pisau yang kau sembunyikan untuk tikam aku dari belakang" - Hud.

Kejutan demi kejutan dan rahsia terungkai. Bukan satu, tapi ramai musuhnya membantu antara satu sama lain untuk jatuhkan Hud.

-My favourite book all the time-

🔸Why? Easy. Cerita yang mencari dan menghapus musuh dan tanpa sengaja cinta berputik.

-Saya suka sangat dengan buku ni. Cerita tentang kenangan lalu yang masih tersisa. Sakit hilang keluarga dan menjadi sebatang kara. Saya suka sikap Hud seperti ais tapi sentiasa mengambil berat tentang Zahra. Buku ini juga mengajar kita jangan terlalu percaya pada orang sekeliling kita kerana kita tidak tahu siapa musuh dan siapa kawan.

- Sikap tanggungjawab akibat perbuatan cuai terhadap manusia.
- Cerita yang best dan banyak pengajaran.
- Pasti akan cair dengan cara Hud layan Zahra 😘
Profile Image for Sansuriya82.
61 reviews5 followers
March 5, 2025

“Unforgettable Love” karya Mastura Abdullah merupakan sebuah novel yang penuh dengan emosi dan konflik dalaman. Ia mengisahkan tentang Hud, seorang lelaki yang dikhianati oleh sahabatnya sendiri. Pengkhianatan itu meninggalkan luka yang mendalam dalam hidupnya, sehingga melahirkan dendam yang sukar dipadamkan. Namun, dalam perjalanan hidupnya, dia akhirnya bertemu dengan cinta yang tidak dijangka.

Daya tarikan utama novel ini terletak pada pembangunan watak Hud yang kompleks. Mastura Abdullah berjaya menggambarkan emosinya dengan begitu mendalam pergelutan antara dendam dan kasih sayang menjadikan wataknya lebih realistik dan dekat dengan pembaca. Kita dapat merasai kesakitan yang dialaminya, namun pada masa yang sama turut melihat bagaimana cinta perlahan-lahan melembutkan hatinya.

Selain itu, tema pengkhianatan dan kepercayaan yang diketengahkan dalam novel ini sangat kuat. Ia mengajak pembaca untuk berfikir tentang kesan buruk pengkhianatan serta bagaimana dendam tidak selalu menjadi jalan penyelesaian terbaik. Novel ini juga menunjukkan bahawa meskipun luka masa lalu meninggalkan kesan yang mendalam, cinta mampu menjadi penyembuh yang tidak diduga.

Gaya penulisan Mastura Abdullah juga cukup menarik alur ceritanya lancar, penuh dengan emosi, dan berjaya mengekalkan momentum dari awal hingga akhir. Novel ini bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi turut menyentuh aspek psikologi dan perjalanan emosi seorang lelaki yang terluka.

Secara keseluruhan, “Unforgettable Love” adalah sebuah novel yang menarik untuk dibaca, terutama bagi mereka yang gemarkan kisah yang penuh konflik, emosi, dan keinsafan. Ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut memberikan pengajaran bahawa kepercayaan dan cinta mampu menyembuhkan luka paling dalam.
Profile Image for Ruzita.
9 reviews1 follower
September 2, 2023
Seusai membaca...seiring dengan tajuknya 'UNFORGETTABLE LOVE'...begitu jugalah sukarnya untuk melupakan jalan ceritanya yang sedikit mendebarkan..kisah seorang lelaki yang dingin beku bernama Hud...namun dingin bukan sebarang dingin...tetap punya rasa cinta yang mendalam dan bersifat melindungi Zahra yang ditemui secara tidak sengaja pada suatu malam.

Misi utamanya ingin menjejaki musuh bagaikan terhenti seketika kerana Hud berasa bersalah atas kejadian yang menimpa Zahra. Sedaya-upaya Hud cuba memulihkan Zahra namun belum sempat Zahra pulih sepenuhnya, Hud berlalu pergi meninggalkan Zahra.

"Panjang umur, aku datang jenguk kau. Kalau aku tak datang, itu tanda aku tak ada lagi. Maaf sebab buat kau menderita."

Kata-kata akhir dari Hud ini yang jadi peneman setia Zahra. Penantian Zahra berakhir apabila dia ketemu semula dengan Hud. Namun Hud hadir bukan semata-mata kerana Zahra. Hud hadir semula untuk melunaskan misinya. Adakah cinta di antara Hud dan Zahra akan termeterai akhirnya? Kena cari dan beli novel ni untuk mengetahui kesudahannya.

Hasil nukilan novelis hebat Mas Abdullah ni memang tak boleh dinafikan lagi punyai tarikan tersendiri. Ayatnya tersusun, plot penceritaan mudah difahami dan terasa diri dibawa masuk sekali dalam kisah Hud dan Zahra ni. Sesiapa yang tak memiliki novel ni memang rugi. Pergi beli cepat tau.
Highly recommend 👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Profile Image for alya adlina.
235 reviews13 followers
October 22, 2023
𝙐𝙣𝙛𝙤𝙧𝙜𝙚𝙩𝙩𝙖𝙗��𝙚 𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙗𝙮 𝙈𝙖𝙨𝙩𝙪𝙧𝙖 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝
𝙍𝙖𝙩𝙚: 4.7

“𝐴𝑘𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠 𝑑𝑜𝑠𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑙𝑎𝑚. 𝐴𝑘𝑢 𝑖𝑛𝑠𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛.“
_

okay wow buku ni very mind blowing. from the start until the end. cukup dengan plot, characters dan action. everything is so well-written.

well i came for the romance but it got only like 5% BUT this book is just still perfect and balanced with everything. the ending is quite satisfying.

well basically this book is about revenge and betrayal. dendam and pengkhianatan. the author did well. i got so emotional when i reading this. it just gave me all the feels. also it’s giving the english action movie, that’s why i enjoyed it so much.

hud is one of that character that i love to read about, he’s very passionate and i just wanna hug him. he doesn’t deserve what happened to him.

zahra, a girl who is just working and helping her family to survive suddenly got into hud’s life. wow i love how they met ngl.

no gonna say a lot about this book bcs i don’t want to give it out a spoiler, BUT i do recommend this book if you love:

- fast paced story
- full of action
- revenge
- plot twist
Profile Image for popo siroyo.
18 reviews
September 11, 2025
i would honestly prefer if the storyline would be a bit shorter. but overall, this is such a good book. very light on the romance but heavy on the revenge (which is something that i love). Hud is literally a green forest with a pure soul.
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 12, 2024
Ada banyak part yang tak logik dalam cerita ni, dan macam something awkward tentang wataknya yang kejap-kejap missing. Nevertheless, still an okay read for me.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 14, 2025
Rasa macam watching Hollywood movie. Kapal terbang terhempas and all that.

However, DNF. Nothing makes me want to finish this book, sadly.
10 reviews
July 13, 2025
Buku ni punya jalan cerita sumpah agak underrated dan deserve an appreciation
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.