Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ustazah Basikal #1

Ustazah Basikal: Kembara Mustahil ke Mekah

Rate this book
Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.

Namun, ibu bapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.

Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.

Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.

Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.

Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.

"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa

Buku Jilid 1 ini hanya merangkumi 3 buah negara. Bermula daripada persiapan, permulaan kembara dari Malaysia, Thailand dan Myanmar.

304 pages, Paperback

First published January 1, 2023

13 people want to read

About the author

Ahmad Isa

7 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (50%)
4 stars
17 (44%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Edziani Nabila.
59 reviews7 followers
April 6, 2025
Buku ini buat saya termenung lama. Saya bertanya pada diri seandainya saya berada di tempat penulis dan Ustazah Adilah sanggupkah saya berkorban keselesaan demi satu tujuan suci?

Kisah tentang perjalanan berbasikal dari Malaysia ke Mekah, pasangan ini mengajar kita bahawa apabila niat itu benar dan bersandarkan kepada Allah, jalan pasti dibuka meskipun penuh duri.

Saya sangat terinspirasi dengan karakter Ustazah Adilah. Bukan mudah bagi seorang wanita untuk meninggalkan zon selesa, bersetuju merentas negara dengan berbasikal bersama suami. Ketabahan Ustazah Adilah menjadi simbol kekuatan seorang isteri dan hamba Allah.

Penulisannya santai tetapi tetap profesional. Kisah yang bukan semata berfokus tentang jumlah jarak yang ditempuh tetapi tentang sejauh mana hati kita sanggup menyerah dan percaya dengan tulisan takdir Tuhan.

Tambahan lagi, menariknya buku ini pembaca turut belajar tentang budaya, mazhab, cabaran Muslim minoriti serta undang-undang untuk pelancong (wajib bermalam di hotel) di negara seperti Myanmar.
Profile Image for Hasliza Rajab.
174 reviews8 followers
July 1, 2024
Bila difikir dek akal yang waras ni, macam mustahil je rancangan tu nak terlaksana kan. Namun, Allah mengatur segalanya dengan baik dan mengikut rancangan-Nya. Idea yang tak masuk akal ni sama dengan idea dalam Perjalanan Yang Tak Direstui. Dari London ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta dan zaman itu bukan zaman yang dilengkapi dengan waze dan kemudahan aplikasi digital yang lain.

Dari Malaysia ke Mekah dengan hanya menunggang basikal adalah sesuatu yang di luar pemikiran biasa manusia. Ya, ianya luar biasa. Pasangan suami isteri ini bertekad untuk meredah apa jua yang terjadi sepanjang perjalanan. Cabaran di Malaysia sahaja sudah hampir mematahkan semangat, belum lagi meredah negara-negara lain yang akan dilalui. Pengalaman penulis dan isteri melalui negara Thailand amat dekat di hati kerana pernah berkhidmat di negara itu suatu ketika dulu. Mungkin tak banyak perbezaan budayanya dengan kita di Malaysia. Namun, cabaran semakin getir apabila penulis tiba di Myanmar di mana antara salah satu undang-undang di Myanmar ialah pelancong tidak boleh sewenang-wenangnya tidur di kaki lama, di masjid atau di rumah penduduk tempatan. Jika pelancong didapati tidur atau bermalam di tempat-tempat tersebut, pelancong akan ditahan dan dipenjara. Penduduk tempatan juga tidak berani untuk membenarkan pelancong tidur di rumah mereka kerana maklum akan undang-undang tersebut. Pelancong hanya dibenarkan untuk tidur di hotel sahaja.

Apabila tidur di hotel, kos perbelanjaan mereka meningkat. Seboleh mungkin mereka ingin berjimat. Apa yang menarik perhatian ialah mereka dapat mengenal perbezaan budaya dan masyarakat di sana terutamanya masyarakat Muslim di Myanmar yang berlainan mazhab dan pegangan.

- Haji tidak perlu ditunaikan kerana duit yang dibelanjakan itu seeloknya disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
- Bertudung tidak wajib kerana tiada ayat al-Quran yang menyatakan sedemikian.
- Hadis hanya rekaan sahaja.

Banyak lagi pengalaman-pengalaman menarik yang penulis kongsikan. Tak sabar untuk pengembaraan ke negara seterusnya...
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
February 2, 2025
Kisah Ustazah Basikal ke Mekah ini sudah lama aku dengar. Cuma baru kali ini aku berpeluang membaca kisahnya melalui buku Ustazah Basikal - Jilid 1. Wah, banyak jilid rupanya.

Membaca buku ini sangatlah santai kerana gaya lenggok bahasa yang mudah difahami dan straight to the point. Halamannya turut disertai gambar berwarna-warni, malah ada video yang boleh ditonton melalui imbasan QR menuju ke channel youtube penulis.

Untuk Jilid 1, ia menceritakan permulaan pengembaraan yang membabitkan negara Malaysia, Thailand dan Myanmar. Banyak kisah suka duka yang dikongsikan. Dari masalah restu keluarga, kewangan, dan cabaran di sepanjang perjalanan.

Kisah di Malaysia dan Thailand agak seronok dibaca. Di Myanmar pula, penulis dan isterinya menempuh pengalaman yang lebih sukar atas dasar undang-undang negara dan budaya yang berbeza.

Walaupun Tuan Ahmad Isa dan isterinya yang berbasikal, aku pun dapat merasai kepenatan kayuhan mereka melalui pembacaan buku ini. Tak sabar nak baca buku jilid yang seterusnya.
Profile Image for Afi & The Books.
21 reviews
July 27, 2025
Alhamdulillah selesai baca buku pertama tentang kembara seseorang menaiki basikal.

Secara keseluruhannya memang seronok membaca pengalaman penulis dan isteri, sambil - sambil mengembara, mereka banyak mengambil peluang untuk melihat keindahan alam dan bertemu dengan umat islam di negara - negara yang disinggahi. Dalam buku ini, negara yang diceritakan ada tiga iaitu Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Saya sangat berpuas hati dengan pengembaraan penulis berdua di Thailand tetapi agak kurang setuju dengan pilihan tempat tidur yang dibuat oleh penulis di Myanmar...Saya faham kenapa pilihan itu dibuat tetapi saya harap penulis tidak berbangga apabila menceritakan pengalaman beliau melanggar peraturan pihak berkuasa berkaitan tempat tidur. Moga ianya jadi pengajaran yang menambah kerendahan hati penulis dan menjadi peringatan kepada pembaca supaya tidak membuat perkara yang sama.

Saya akan terus membaca sambungannya sebab saya suka kepada isteri penulis yang digambarkan sentiasa positif dan sentiasa mencari hikmah dalam kembara mereka.
Profile Image for Ruzita.
9 reviews1 follower
September 2, 2023
Tak tau kenapa, bila baca naskhah ni terasa seperti diri sendiri berada dalam situasi Ahmad, dalam setiap perjalanan, ke mana saja. Ada masa rasa seram, ada masa takut, ada masanya tergelak, senyum sendiri... malah kadang-kadang mengalirkan air mata sebak, terharu dan macam-macam perasaan lagi. Kita boleh rasa apa yang mereka rasa dalam setiap perjalanan & aku guarantee akan timbul perasaan, 'betapa ramainya orang baik di sekeliling kita, tak kira siapa walaupun berbeza bangsa, bahasa , kulit dan agama.' Percayalah, bila yang baik kita fikir, yang baik juga kita dapat. Maka, bersangka baiklah pada ALLAH & sesama kita. Insya-Allah.

Penulisan yang sempoi, tetapi mencuit perasaan.
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
April 13, 2025
First time baca buku genre travelog ni.

Membaca travelog membuka pandangan kita ke tempat yang kita tidak pernah pergi.

Buku ini pula menceritakan kisah pengembaraan penulis En Ahmad Isa & isterinya, Ustazah Adilah yang berbasikal ke Mekah merentasi beberapa buah negara. Mereka hanya berbekalkan RM 1,900 semasa awal pengembaraan. Kisah pahit manis pengembaraan mereka dari Malaysia menuju ke Thailand & Myanmar ada ditulis di dalam buku ini.

"Nothing is impossible when Allah SWT is with you."
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
May 5, 2025
Perkongsian menarik mengenai Kembara Memburu Hikmah. Tak pernah tahu mengenai projek ini sebelum ni. Tapi sekarang rasa menarik untuk tahu lebih lanjut.
Membuatkan saya berfikir lebih luas untuk cuba menerokai alam ciptaan Allah ini walaupun bukanlah se-advance pasangan dalam buku.
Juga buat saya fikir yang hidup ni tidak perlu memenuhi "checklist" sahaja. Belajar, kerja, kahwin, bersara. Setiap orang ada pilihan untuk buat benda yang mereka mahu (selagi menurut undang-undang dan syarak). (Jika melanggar pun, siapalah kita untuk menghakimi).
1 review
March 14, 2024
Bila baca buku ni rasa kena tarbiyah. Walaupun baru jilid 1 tapi banyak benda saya belajar dari penulis & isterinya. Belajar tawakal, sangkaan pada Allah & manusia. Baru jilid 1 tapi saya macam rasa penat mengayuh juga…haha.
Profile Image for Tashakilaa.
60 reviews
October 11, 2025
MashaAllah seronok sangat baca buku ni. Membuka minda utk faham kehidupan muslim di negara lain, terutama negara yang islam bukan agama rasmi mereka. Mahal betul pengalaman ustazah adilah dan suami sepanjang kayuhan. Terus rasa nak beli basikal pusing keliling malaysia juga 😂
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
January 2, 2026
Terbaik.. bila baca, asyik duk fikir bestnyeeee...tapi fuhhh gigih and betul2 rajin yaa setiap kali berhenti nak pacak khemah, masak..pastu esoknya nak kena kemas pulak. tabikk laa. ready to read jilid 2 😄
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
April 28, 2025
Bacaan yang sangat santai dan mudah bila kita baca travelog yang menarik macam ni. Berani sungguh ya penulis dan isteri untuk berbasikal dari Malaysia ke Mekah untuk menunaikan umrah. Bukan lah perkara yang mudah dan sesungguhnya ia memerlukan daya tahan mental dan fizikal yang luar biasa. 


Apa yang saya suka tentang cerita-cerita dalam buku Ustazah Basikal ni yang pertamanya ialah kebergantungan penulis pada Allah. Tiada keraguan, tiada ketakutan yang melampau dan hanya berserah pada Allah akan takdir mereka sepanjang perjalanan. Tawakal juga perlu diiringi usaha yang setimpal, bukan lah tiba-tiba makanan dan tempat tidur datang dari langit. Penulis menunjukkan sikap yang baik pada orang sekeliling dan masyarakat setempat, sebab tu lah orang pun tak keberatan nak menolong. 


Kedua, penegasan dan kepentingan solat dalam perjalanan penulis dan isteri. Saya suka bila pada mana-mana perjalanan dan cerita, solat dijadikan centre dan keutamaan. Solat di mana, solat jam berapa, solat jama dan qasar, dan pelbagai cerita berkisarkan solat. Sepatutnya kita pun begitulah, letakkan solat yang utama dalam kehidupan. 


Saya sukakan pace penceritaan yang laju dan tiada cerita yang meleret. Saya akan cuba baca jilid yang lain-lain juga lain kali, nak tahu perjalanan cerita sehinggalah ke Mekah nanti.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 23, 2025
Buku ini membakar semangat untuk terus bergerak walau terasa mustahil. Sesuai untuk sesiapa yang perlukan suntikan motivasi dari sudut spiritual.
10 reviews
October 13, 2025
Buku ini banyak mengingatkan pembaca mengenai konsep tawakkal dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.