Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ain

Rate this book

320 pages, Unknown Binding

12 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

36 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (33%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
8 (53%)
2 stars
2 (13%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
August 26, 2023
Ain mengisahkan tentang Jardin seorang youtuber yang terkenal dengan sifat angkuh dan sombong tiba-tiba jatuh sakit. Ini menyebabkan dia sukar untuk menjalankan tugasnya.

Membaca naskah ini membuatkan SH tertanya-tanya apakah perlu untuk kita menjadi seseorang yang bukan kita di hadapan kamera hanya untuk sebuah 'content' yang boleh menjana pendapatan. Sikap Jardin yang mencipta kontroversi dengan perangai dan sikapnya di depan lensa kamera membuatkan SH teringat beberapa orang di dunia nyata. Lagi dikecam lagi menjadi perlakuan mereka.

Dan cerita Ain ini sememangnya sangat dekat di hati kerana boleh dikaitkan dengan dunia sekarang yang semakin penuh dengan social media. Hingga apa sahaja bakal dirakam tanpa mengira akibatnya. Malah kewujudan mereka yang menggunakan agama untuk mengaut keuntungan memang sering terjadi kini.

Sebuah cerita yang SH rasa sangat realistik dan sesuai dengan keadaan masa kini, malah penuh dengan pengajaran yang boleh diambil di dalamnya.

Cuma sebagai cerita seram, SH kurang merasakan faktor itu. Keseraman dan ketegangan tidak dapat SH rasa dalam cerita yang pertama ini. Ceritanya terasa sedikit flat tapi masih boleh dinikmati.

Cerita yang kedua Psiko membawa SH ke sebuah pusat tahanan yang menempatkan Syafiq sebagai seorang yang dituduh membunuh namun mempunyai penyakit mental. Dia mengatakan bahawa bukan dialah yang membunuh mangsa-mangsanya.

Kisah pertembungan antara sakit mental dan gangguan makhluk halus ni memang sering kita dengari. Dan gangguan ini susah untuk diterima oleh perubatan moden. Akan tetap dikatakan dan diklasifikasikan dengan sakit mental. SH terfikir andai ada antara mereka yang ditempatkan di pusat rawatan mental tapi sebenarnya bukanlah sakit mental tapi sememangnya gangguan makhluk halus tentu kesian mereka. Silap-silap dari tak sakit memang boleh jadi sakit.

Cerita yang kedua ini walaupun tidak seram tetapi lebih tegang dari kisah yang pertama. Dan plot twist yang diberikan memang terbaik. Memang tidak disangka.
Profile Image for Sarieyna Marman.
43 reviews1 follower
December 29, 2023
Surprisingly buku ini menyediakan plot twist yang menarik! Mempunyai dua kisah, yang satu seram dan kedua bergenre Psycho-Thriller, which I enjoyed the most!

Penulisan ringan, senang dan cepat dibaca! Kisah pertama lebih kepada memberi pengajaran dengan vibe seram yang biasa² saja. Adengan pembunuhan yang kejam pula diceritakan dengan teliti dalam kisah yang kedua, dan ternyata kisah kedua memberi sensasi dan perasan chill dan seram ketika membaca.

Worth my readings!
Profile Image for DEE HIDAYAH.
15 reviews
January 18, 2024
Aku jarang nak tulis review tapi kebanyakan buku naim jarang mengecewakan..Dan daripada sini banyak ilmu baru yang aku belajar walaupun bagi sesetengah orang ilmu tue dah lama orang tahu..nevermind..penulisan naim yg buat aku berdebar2 walaupun tak seram tp sekejap tue rasa ada..huhu
So nama gi review,rasanya cukup ini shj..nak tahu ofkos kena baca dulu..
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
December 28, 2023
2 cerita dalam 1 buku. Untuk Ain, cerita memang direct to the point dan agak laju. Ada beberapa konflik tapi tak bosan. Tetapi tidak rasa terlalu seram.

Untuk cerita kedua, plot twist nya menarik tetapi ada macam pelik sikit. Dia mcm tiba2.

Apa2 pun buku ini sedap di baca. Rating 3.5.
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
January 27, 2024
AIN
------
seorang youtuber bernama Jardin sering menunjukan kemewahanya dan juga sering bertindak baidap bila dengan viewer dia. pada awalnya Jardin membuat video biasa tapi lama kelamaan youtube Jardin bertambah subsricber dan wang diperolehi juga banyak. hari demi hari kemewahan yang Jardin dapat menimbulkan rasa tidak senang hati pada orang yang melihatnya. satu kerjadian berlaku di hotel langkawi tiba-tiba Jardin pengsan bila dia ke hospital doktor yang merawatnya tidak dapat mengenal pasti akan sakit yang Jardin alami.hari demi hari Jardin rasa sering diganggu dengan mimpi yang aneh, dia kemudian mencari ustaz yang boleh merawat penyakit yang melibatkan 'sihir'.ada manusia yang dengki dengan hidup Jardin...

-realiti zaman sekarang benda yang mewah wajib ditayangkan konon nya bagi semangat pada orang yang tidak mampu beli.
-Ain (mata) ada saja yang memerhati walau bukan kenalan rapat tapi orang yang jauh dari hidup kita sanggup lihat kita merana macam dia.
-sifat hasad dan dengki tidak lari dari manusia. tapi macm mana kita mengawal dan menjauhi perkara itu terletak pada diri sendiri.
-muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya.
-ustaz yang menggunakan ilmu dengan mengaut keuntungan yang banyak. sedangkan ilmu dari ALLAH itu adalah percuma tapi manusia sering kali lalai dengan itu dan sanggup belanja besar demi memulihkan diri yang jauh dari Agama.

»»——⍟——««»»———-  ———-««
Skizofrenia

- wan. seorang doktor psikiatri. kes yang mengemparkan satu malaysia pembunuh ini dibei gelaran 'Jack The Ripper' kematian yang mengerikan. pembunuh ini membunuh seluruh ahli keluarganya. pada awl nya wan menolak tetapi disebabkan kes ini tidak ada yang mahu mengambilnya maka dia dipertemukan dgn Syafiq. hari demi hari Wan merasakan ada sesuatu yg menggangu hidupnya. syafiq menyakinkan bahawa bukan lah dia yang membunuh keluarganya tapi 'Homet'.

- how do i want to describe about this 2nd stroy ...
-gore , rare, scary and triller ....
-bidang perubatan modan memamg tk akn pernah seiring dgn perubatan traditional. 2nd story maybe penulis nk tunjuk yg 2 jeris perubatan ini ada had nya.
-jgn terlalu taksud utk percaya atau mengalaminya sendiri, kelak akan dapat apa yang dirasakan.

end
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.