Emosi merupakan suatu elemen yang diciptakan dalam setiap diri manusia. Luka emosi atau kecederaan psikologi ialah luka yang tidak nampak yang berlaku dalam diri seseorang. Luka ini perlu dirawat. Kerana jika tidak, ia mungkin mendatangkan komplikasi yang tidak dapat kita jangkakan, iaitu penyakit mental.
Adakah menangis itu tanda tidak sabar? Menangis atau sedih adalah emosi fitrah yang Allah SWT berikan kepada manusia. Jadi menangis is okay, menangis bukan bermaksud tidak redha. Cumanya bukan dalam keadaan meraung dan menjerit-jerit.
Betulkah anxiety disorder ada kaitan dengan rasa tak yakin pada Allah? Orang yang tiada penyakit mental ramai juga yang tidak yakin pada Allah. Jadi susah mahu bezakan, maka kita sebagai orang yang tak tahu tentang urusan iman orang, tawakkal orang, maka kita perlu menjadi insan yang rahmah dan menyantuni emosi.
Overthinking menyebabkan anxiety atau anxiety menyebabkan overthinking? Overthinking itu sebenarnya adalah sebahagian dalam anxiety. Orang yang overthinking ini adalah mereka yang ada anxiety. Mereka sering memikirkan hal-hal yang remeh-temeh secara berlebihan. Antara ciri orang yang overthinking ialah tidak fokus untuk mencari penyelesaian masalah, terlalu fokus dengan masalah itu sendiri dan memikirkan hal-hal yang seharusnya tidak perlu, berulang kali memikirkan perkara yang sama, sukar untuk tidur lena, sukar membuat keputusan dan kerap menyalahkan diri sendiri apabila salah memberi keputusan.
Bagaimana Surah Ad-Dhuha membantu merawat kesedihan? Waktu Dhuha: waktu untuk kita memulakan hari. Pakar psikiatri menekankan supaya mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu memulakan hari mereka seawal mungkin iaitu waktu Dhuha.
Waktu malam pula adalah masa untuk kerehatan dan pemulihan.
Iktiraf bahawa segala perasaan negatif, kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jangan menyalahkan diri sendiri. Penyakit mental bukan salah kita, bukan kerana kita lemah. Jangan ada Self-Stigma. Menerima hakikat bahawa penyakit ini adalah realiti, sedih bukan kesalahan, ia adalah satu emosi. Beri komitmen untuk melakukan sesuatu untuk berubah menjadi lebih baik.
Kisah antara Nabi Muhammad SAW dengan Wahsyi bercerita tentang konsep "Forgive and Move On, Not Forgive & Forget". Kemaafan bukan bermaksud memaafkan tingkah laku orang tersebut kerana tingkah laku dia memang tidak boleh diterima. Memaafkan bukanlah tentang redha dengan perbuatan/kesalahan tersebut. Kita tidak perlu menghalalkan perbuatannya untuk memaafkan dirinya. Maafkan orangnya, bukan perbuatannya. Reconciliation tidak perlu dalam konteks memaafkan. Kita acknowledge perkara itu telah berlaku. Kita manusia yang ada memori, perasaan dan emosi. Kerana itu kejadian masa lalu kerap memberikan kesan dalam hidup seseorang. Memberi kemaafan adalah untuk kesejahteraan diri, emosi dan psikologi diri sendiri.
Trauma adalah tindak balas emosi apabila kita mengalami kejadian yang buruk. Setiap orang, trauma yang berlaku dalam kehidupan mereka berbeza-beza. Jangan merendahkan trauma orang lain kerana mungkin kita sendiri tidak mampu menghadapi ujian orang itu. Kita boleh lalui trauma, dan tidak melupakannya. Tetapi kita perlu menghadapinya dengan sihat dengan cara "Forgive and Move On." It's okay not to forget because there is always something to learn.
Buku ini sesuai untuk sesiapa yang sedang bergelut dengan isu penyakit mental, inner struggle, yang sedang mencari kerehatan emosi dan spiritual kerana selain diberikan penjelasan dari pakar psikologi dan psikiatri berkenaan kesihatan mental ini, ia turut bercerita tentang kisah dalam Al-Quran dan Hadis dengan nada yang memujuk hati.
Jika kita menghadapi masalah kesihatan mental ingatlah bahawa meminta pertolongan dan sokongan bukan tanda lemah, tetapi tanda kebijaksanaan.
Tajuk yang begitu menggetarkan. Luka yang tidak nampak, sakitnya di dalam.
Melalui perspektif ahli psikologi dan doktor psikiatri, buku ini mengupas aspek kesihatan mental, yakni mengurus emosi dalam kehidupan, dengan sudut pandang penawar al-Quran dan hadis, serta tauladan kisah Nabi , yang wajar dicontohi dalam hidup kita sendiri.
Apa yang menarik, terdapat tips yang diberikan pada penghujung setiap topik yang dibawa. Tips ini, bagi saya, membantu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Tuntasnya, buku ini bukan saja menghuraikan dengan baik tentang merawat luka yang tidak nampak, tetapi juga menawarkan pujukan dan panduan dalam aspek psikologi tanpa meminggirkan aspek spiritual.
Ya Allah, indah betul intipati buku ni. Tajuk besarnya Healing the Invisible Wound kan, tapi ada statement yang sangat memujuk hati:
"Saat Al-Quran menyembuhkan kekecewaan, kesedihan, ketakutan dan ketidakpastian"
Pada asalnya memang kubeli buku ni secara rawak sahaja. Tanpa sedar ketiga-tiga buku yang kupilih pada minggu pertama Ramadan membicarakan kalam Allah Yang Maha Esa. Tak sangka, tak terduga, rupanya inilah yang paling aku perlu sebenarnya. Saja cuba-cuba, rupanya jawapan untuk jiwa.
Healing the invisible wound, luka yang tak kelihatan atau luka emosi, kecederaan psikologi. Luka yang sering diabaikan dengan tanggapan bahawa masa bakal menyembuhkan. Benarkah? Buku ni sesuai untuk yang ada inner struggle, yang sedang mencari kerehatan emosi dan spiritual, yang sedang bergelut dengan isu penyakit mental.
1/3 daripada isi kandungan Al-Quran terdiri daripada kisah dan cerita. Antaranya kisah para rasul dan nabi dalam memperjuangkan kebenaran. Tapi, sedarkah kita bahawa nabi dan rasul juga manusia. Tidak lepas daripada rasa takut, sedih, sakit. Nabi Ulul 'Azmi menghadapi pelbagai rintangan malah ditentang ahli keluarga sendiri.
"Tidak ada satu pun kepayahan, penyakit, kesusahan, kesedihan, penderitaan atau keresahan yang menimpa orang Muslim meskipun hanya berupa duri yang melukainya kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya kerana hal itu"
Topik pertama membincangkan perihal kesedihan dan hendaklah kita mengadu kesedihan dan dukacita kepada Allah. Sedih baca pasal Nabi Yaakub yang mengenang nabi Yusuf sehingga buta kedua-dua matanya. Antara pelajaran menarik dalam topik ini termasuklah positiviti toksik dan maskuliniti toksik.
Tiga peringkat yang dialami ketika kesedihan
- Terperanjat (shock) - Anxiety dan kemurungan - Sedar akan kehilangan
5 tips menukar fikiran negatif kepada positif
T - Transform H - Highlight I - Interrupt N - Note K - Know
Topik kedua berkisar anxiety dan overthinking. Anxiety disorder basically penyakit yang complex lagi complicated, it is repetitive intrusive thoughts, pemikiran berulang kali yang sering menceroboh pemikiran kita.
Rawatan anxiety
PL - Physical health E - Eats well A - Avoid drugs and alcohol S - Sleep well E - Exercise
Sebenarnya, kisah yang paling banyak diceritakan dalam Al-Quran adalah kisah Nabi Musa. Aku seronok sangat dapat ulangkaji kisah Nabi Musa dalam bab ni.
Topik ketiga memaparkan sejarah solat, kisah pensyariatan solat setelah tahun dukacita memberi petunjuk bahawa itulah penawar kesedihan buat baginda Rasulullah SAW.
Tips praktikal uruskan tekanan
A - Aware and acknowledge B - Breath C - Count D - Distract and distance E - Express
Topik keempat membawa kita mengupas isu depression dan bagaimana surah Ad-Dhuha membantu merawat kesedihan. Ayat pertama surah berkenaan menyarankan kita memulakan hari seawal mungkin iaitu pada waktu dhuha, perlu bangun awal pada setiap hari pada masa yang sama, bergerak dan melakukan sesuatu, keluar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.
Faktor-faktor kemurungan
- past experience - cognitive distortion - masalah kesihatan fizikal
Cara menghadapi emosi sukar
A - Accumulate Positivity B - Behavior Mastery C - Coping Ahead
Penting untuk kita faham yang healing atau penyembuhan/pemulihan adalah satu proses berterusan, proses belajar tentang kehidupan kita sendiri.
Konsep topik kelima berkenaan forgive and forget sangat menarik. Kisah nabi Muhammad SAW dengan Wahsyi terselit pelbagai iktibar. Sedih sebab kisah ini memberi panduan cara untuk memaafkan. Nabi juga forgive tetapi tidak forget.
Kita perlu belajar melepaskan rasa sakit, kerana dendam umpama barah yang memakan diri. Ada banyak perkara yang perlu kita unlearn dan relearn tentang kemaafan. Reconciliation tidak perlu dalam konteks kemaafan. Abah selalu cakap, tiada istilah kosong-kosong dalam memaafkan. That's true. Kita bukan robot yang ada button delete untuk hilangkan memori, lupakan semua. Tapi memberi kemaafan bertujuan untuk mencapai kesejahteraan diri.
Surah Asy-Syura ayat 43 membicarakan
"Barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya itu termasuk dalam perbuatan yang sangat mulia"
Al-Quran memandu perjalanan hati manusia. Sabar dahulu menghadapi luka, menangis, mengadu, membawa ke muka pengadilan, bertahan, berjuang. Setelah sabar, baru datang perkataan memaafkan.
The invisible wound dihuraikan dalam topik keenam. Loya dan sakit kepala antara simptom-simptom fizikal trauma. Something I could relate. Apabila ditanya oleh Aisyah r.anha tentang hari yang lebih berat daripada perang Uhud, Baginda nabi Muhammad SAW menjawab bahawa peristiwa di Taif merupakan hari yang paling berat.
Segmen bonus ada perkongsian yang menarik juga jadi jangan lepaskan peluang untuk baca buku ni. Setiap topik yang dibicarakan ada QR code untuk diimbas.
Buku ini berkenaan dengan penyembuhan luka emosi berdasarkan penawar dalam AlQuran dan hadis yang digabungkan dengan penjelasan daripada pakar psikologi yang bertauliah.
Melalui pembacaan tiap bait-bait kata dalam buku ini, kita boleh menyelami psikologi emosi setiap watak dalam setiap cerita yang ditampilkan sehinggalah akhirnya kita dapat faham apa yang mereka rasakan lantas membantu kita untuk bangkit daripada kekecewaan, kesedihan, ketakutan dan ketidakpastian.
Antara yang menarik dalam buku ini:
1) Bagaimana Nabi Yaakub a.s move on daripada kesedihan akibat kehilangan kedua orang anaknya?
2) Teknik Abu Bakar menyantuni emosi Nabi Muhammad saw dalam menghadapi perang Badar.
3) Kisah Nabi Musa menghadapi ketakutan ketika diperintahkan untuk menghadap Firaun.
4) Peristiwa-peristiwa dukacita yang dihadapi Nabi Muhammad membentuk resilience dalam keperibadian baginda
5) Panduan untuk menghadapi kesedihan berdasarkan surah Ad-Dhuha
Buku ini memuatkan beberapa kisah yang berkaitan kesihatan mental yang boleh kita pelajari daripada al-Quran dan hadis seperti kisah Nabi Yaaqub dan anak-anaknya, kisah Nabi Musa berhadapan Firaun dan kaumnya iaitu Bani Israel dan juga sirah Rasulullah bersama para sahabat.
Terkandung isu kesihatan mental seperti anxiety, depression, trauma dan beberapa lagi yang lain yang mana kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Banyak juga 3 orang penulis yang berkepakaran dalam bidang ini berkongsi bagaimana untuk menghadapi setiap situasi seperti yang dinyatakan di atas. Apa-apapun tetaplah kita kena berjumpa dengan yang ahli untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang selayaknya bagi yang memiliki masalah berkaitan isu ini.
Ada luka yang berdarah dan menjadi parah. Walaupun tidak dapat disaksikan mata kasar, ia cukup melelahkan.
Karya ini sedaya upaya menghuraikan dengan tepat, padat dan mendalam.
Sungguh beruntung bagi pakar dalam bidangnya mempunyai kebolehan menulis dan menyampaikan. Sehingga fakta dan nasihat mengalir dan meresap tanpa dipaksa.
Senang sekali dibaca. Menerbitkan keinsafan.
Faktor buku ini amat puas dibaca malah ingin dibaca lagi nanti adalah penerangan satu demi satu istilah dan strategi untuk memberi kefahaman dilihat berkesan.
Penulis juga berhati-hati dalam cuba memandu cebisan-cebisan hati yang bergelumang dalam luka atau yang telah hilang punca.
Setiap perenggan dan bab ada kesinambungan dan tidak meleret-leret dinukilkan. Sebagai pembaca, tidak pernah rasa ditempelak dan tidak juga dibuai dengan istilah buku 'healing.
Bagi saya, ini bukan buku 'healing' tetapi manual ringkas untuk yang tercari-cari sebab dan langkah langkah awal bagi yang dirundung seribu satu masalah, agar tidak tersasar jauh. Sebagai muslim, kisah para Nabi amat memberi pengajaran mendalam.
Ia berganding cukup bagus dengan ilmu psikologi kerana ditulis oleh para ahli bidang berkenaan dan disokong oleh dalil yang memyembuhkan.
Malah, ada penceritaan yang saling menyambut kemelut yang dialami oleh hati yang resah dan buntu. Kisah-kisah Nabi Ulul Azmi dan Nabi lain seperti Nabi Yaakob A.S. dan Nabi Yusuf A.S. banyak disentuh.
Sisi pandangan Nabi sebagai manusia dapat lebih dilihat selepas membaca buku ini dari aspek kejiwaan. Oleh itu, apabila membaca kisah berkaitan kesedihan yang tiada unsur romantism kita dapat lebih merasai keperitan para Nabi diuji dengan kesedihan dan kerisauan.
Contohnya, ketika Nabi Yaakub A.S. menerima perkhabaran tentang Nabi Yusuf A.S. yang dikatakan telah dibaham serigala juga ketika Nabi Muhammad S.A.W. diuji hebat dengan kehilangan insan-insan tersayang dalam kehidupan baginda. Juga ketika semasa dakwah baginda ditolak.
Naskah terbitan Karya Bestari ini juga membawa diri pergi lebih dalam catatan sirah yang menyingkap kisah Nabi Musa A.S. Terfikir juga,
Sebagai anak angkat Firaun, mungkin perasaannya lebih pedih dan takut untuk menentang ayah angkat sendiri. Sekadar terfikir.
Walaupun apa yang kita alami tidak sehebat apa ujian para Nabi, nyata mereka juga terasa teruji, payah dan lelah dengan ujian kesedihan, ketakutan, rasa risau tidak menentu, kesakitan yang tidak zahir pada luaran.
Buku ini amat disarankan untuk yang mahu lebih memahami tentang isu yang disebutkan dengan mendapat kekuatan daripada kisah para Nabi yang amat mulia.
Sungguh tepat seperti yang dinyatakan pada kulit hadapan.
Tajuk: Healing The Invisible Wound Penulis: Dr. Ahmad Rostam Md. Zin, Dr. Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist dan Dr. Rozanizam Zakaria.
Baru habis baca satu buku yang sangat menyentuh hati — buku ni tentang cara kita urus emosi dan tekanan dalam hidup. Ditulis oleh 3 penulis hebat, setiap topik dalam buku ni buat saya rasa dekat dan difahami.
Yang paling menarik? Topik 5: how to forgive and forget. Bukan sekadar bagi tips, tapi penulis mulakan dengan ajak kita faham dulu isu sebenar. Siap diselitkan kisah para nabi yang sangat memberi inspirasi. Lepas tu, baru masuk panduan, tips dan latihan yang boleh kita praktikkan sendiri.
"Maafkan orangnya, bukan perbuatannya"
"...memaafkan tidak bermaksud reconcillation atau melupakan. Tiada istilah kosong-kosong dalam memaafkan (upama tidak berasa apa-apa). Bukan bermaksud jika tidak kosong-kosong itu bermakna kita menunggu masa untuk membalas dendam. Tetapi kita mengakui pekata itu telah berlaku, "Aku masih ingat." Kita bukan robot yang ada butang delete untuk menghilangkan segala memori dan melupakan semua pekara."....
"Memberikan kemaafan tujuannya adalah untuk kesejshteraan diri, emosi dan psikologi kita sendiri."
Buku ni memang berbaloi untuk dimiliki. Kalau korang minat topik psikologi atau tengah struggle dengan emosi, buku ni memang boleh bantu — bukan saja untuk kesihatan mental, tapi fizikal juga.
Walau apa pun, nasihat buku yang paling kerap diulangkan - silalah berjumpa kepada pihak yang lebih pakar kerana ada sesetengah pekara kita memerlukan sokongan orang yang lebih mahir tentang bab-bab ini.🥰🔦
"It's okay not to forget because there is always something to learn"
Bila baca buku psikologi dan kesihatan mental karya penulis luar negara, rupanya apa yang aku cari masih belum lengkap sehingga aku baca buku ini. Setiap kupasan topik menyakinkan aku bahawa, proses 'healing' seorang muslim adalah dengan Al-Quran — makanan untuk ruh dan jiwa.
Cerita dalam Al-Quran bukan sahaja mengenai dakwah, iman dan tentang kekuatan, tetapi juga mengenai kekecewaan, kesedihan, ketakutan dan ketidakpastian.
Aku suka buku ni bila penulis menyingkap sisi psikologi dalam kisah Al-Quran dan hadis terutama kisah lima orang rasul yang mendapat gelaran Ulul 'Azmi. Penulis juga menerangkan tentang solusi kepada masalah yang dalam psikiatri yang dipanggil Bio-psiko-sosial-spiritual. Aku belajar sesuatu yang baru di sini.
Antara topik yang dibicarakan adalah tentang move on, anxiety dan overthinking, bagaimana mahu forgive dan forget?, dan mengurus trauma. Topik forgive and forget ini buat aku berminat lebih sebab tentang memaafkan ini adalah satu proses yang panjang dan meletihkan.
Buku ini sesuai untuk yang sedang bergelut dengan isu penyakit mental, yang ada inner struggle, yang sedang mencari kerehatan emosi dan spiritual.
Sebahagian orang mempunyai persepsi bahawa ilmu psikologi dan psikiatri adalah datang dari barat, malah seakan-akan terasing dari pendekatan Islam. Buku ini meleraikan kekeliruan tersebut.
Ternyata dalam Islam telah ada panduan lengkap dan contoh kisah-kisah tentang kesejahteraan mental yang dipaparkan dalam al-Quran dan hadis. Banyak yang kita dapat belajar terutama melalui kisah para rasul menguruskan 'trauma' mereka.
Buku ini juga meluruskan fahaman bahawa kecelaruan mental berpunca dari lemah iman atau kurang amal. Sedangkan ada banyak lagi faktor lain yang apabila bergabung barulah mencetus penyakit mental.
Terdapat banyak panduan yang penulis kongsikan. Antaranya bagaimana memaafkan meski tak boleh melupakan, cara menguruskan overthinking, langkah praktikal menguruskan tekanan dll.
Since sekarang ni ramai yang mengalami masalah mental so saya suggest kan beli buku ni Cara rawat masalah mental kita berdasarkan kisah-kisah dalam Al-Quran. Sebab most of people lagi suka dengar story telling kan instead of arahan. Saya suka bab forgive and move on bkn forgive and forget. Mana mungkin kita akan lupa kan apa yang dah berlaku dalam hidup kita lagi-lagi yang menyakitkan tapi untuk kita berdamai dengan takdir dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang kita kena memaafkan Dan meneruskan kehidupan kita tanpa berdendam. Kita memaafkan Dan move on untuk diri kita sendiri juga supaya kita boleh terus Pandang hadapan. InshaaAllah
Buku ini menceritakan tentang psikologi dan kesihatan mental. Ia juga meletakkan ayat suci Al-Quran dan kisah Nabi di setiap bab. Semoga Soul Fitness Center terus berkongsi ilmu psikologi dan kesihatan mental serta dapat menubuhkan klinik di seluruh Malaysia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ini memang sesuai untuk semua yang tengah struggle sekarang. Banyak yang dikupas oleh pakar psikologi & pakar psikiatri soul fitness dengan lebih mendalam.
Antaranya: - Cara move on daripada kesedihan - Nabi dan Rasul juga merupakan manusia yang punya emosi - Kelebihan surah Ad-Dhuha dalam merawat luka
-pentingnya aplikasi teknik pernafasan -adanya rukhsah solat untuk pesakit mental. Perkara yang baharu untuk saya sementelah selalu mendengar rukhsah solat untuk pesakit fizikal sahaja. -Motivational Interviewing Therapy: perkara yang baharu dan menarik
Buku yang menarik untuk membincangkan cara untuk menjaga kesihatan mental.Secara keseluruhannya, saya rasa semua orang patut baca buku ini, sama ada mereka yang struggle dengan kesihatan mental, atau mereka yang berada di sekelilingnya.
Melihat perkara-perkara yang terjadi dalam kisah para Nabi juga adalah perspektif baru yang segar. Namun, juga terdapat beberapa kisah di mana penulis terus memberikan kesimpulan sebelum memperkenalkan dahulu kisahnya.
Bagi pendapat saya, terlalu banyak cubaan untuk membuat akronim dan menggunakan akronim yang sama, di mana sedikit mengelirukan setelah tamat pembacaan.