Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rethinking Raffles: A Study of Stamford Raffles' Discourse on Religions Amongst Malays

Rate this book
Based on a study of Sir Stamford Raffles' letters and related documents, the book argues that Raffles had a variety of opinions about the religions observed amongst the Malays that he encountered during his tour of duty in the Malay Archipelago. These religions included Islam, Hinduism-Buddhism, Paganism and Christianity.
The common idea running through these opinions that the author had identified was Raffles' unwillingness to accept that the Malays should continue to maintain the religious beliefs which he observed amongst them. The author further argues that Raffles had an ambivalent stance with regard to these religions, an attitude that would attest to the 'shades of alterity' lingering in his mind and perhaps in the minds of most Europeans at that time.
Another objective of this book is to uncover some of Raffles' ideas on what constitutes the term 'religion'. The author asserts that Raffles' unequal and inconsistent accounts of the religions were an outcome of his repeated emphasis on several features that he considered were essential to any religion.

128 pages, Paperback

First published January 1, 2004

Loading...
Loading...

About the author

Syed Muhd Khairudin Aljunied

9 books9 followers
Syed Muhd Khairudin Aljunied, Ph.D, Assistant Professor at the National University of Singapore. Among his recent publications are Rethinking Raffles (2005), Reframing Singapore (co-editor) (2009) and Colonialism, Violence and Muslims in Southeast Asia (2009). His research interests include British Imperialism and colonialism, religious minorities, orientalism and Islam in the Malay world.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (25%)
4 stars
8 (50%)
3 stars
3 (18%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Shaharuddin.
468 reviews10 followers
January 5, 2024
Raffles mengatakan kemunduran orang Melayu adalah disebabkan masukknya Islam sebagai agama mereka. Raffles mengkaji agama tinggalan India di alam Melayu iaitu Hindu dan Buddha sebagai tamadun yang unggul, melalui monumen dan hasil seni yang dijumpainya. Dia juga mengatakan susunan masyarakat semasa zaman Hindu Buddha yang mempunyai kasta itu sebagai penting untuk pembangunan dan pentadbiran selari dengan “kepentingan British”. Orang Pagan pula memandang Islam mempunyai tamadun yang lebih tinggi dari mereka sendiri dan ini tidak disetujui oleh Raffles. Bagi Raffles Islam yang diamalkan disini tidak mengikut Islam yang sebenarnya. Raffles berhasrat menyebarluaskan agama Kristian di kalangan orang Melayu melalui pembinaan sekolah-sekolah dan kemasukan para mubaligh Kristian. Pandangan Raffles terhadapa agama-agama orang Melayu tidak menyeluruh dan berpihak. Tetapi dalam buku ini, istilah Melayu dalam buku ini tidak secara khusus seperti yang kita fahami hari ini iaitu penduduk di seluruh Semenanjung, Pantai Timur Sumatera dan pesisir pantai Borneo. Tapi lebih luar mencakupi orang Jawa, Bali, Timor, Papua dan Mindanao.
Profile Image for Faiz • فائز.
402 reviews2 followers
November 2, 2024
Buku ini merupakan tesis sarjana Prof Khairuddin Aljunied ketika beliau berada di National University of Singapore (NUS). Maka, tanggapan saya ialah buku ini merupakan sebuah naskah terjemahan, bukan karya asli yang ditulis menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Andai tanggapan ini benar, saya merasakan ada semacam kecanggungan dalam membaca setiap baris kata kerana ia seolah-olah diterjemah secara literal. Sekalipun tanggapan ini salah, ia tidak mengubah bahawa laras bahasa dan penggunaan kata di dalam buku ini kurang molek.

Berkenaan isi buku, penyusunan fakta dihidangkan dengan cukup baik. Nota kaki untuk menjelaskan satu-satu pernyataan juga ada; penulisan yang bersifat ilmiah. Buat mereka yang tidak pernah mengenali Raffles, namun masih berhajat untuk membaca buku ini, silakan. Buku ini menyediakan asas yang cukup baik berkenaan beliau; sekadar untuk menyelami pemikirannya berkenaan Islam dan Melayu.

Menurut penulis, tiada analisis yang meluas terhadap wacana Raffles berkenaan agama orang Melayu. Maka, buku ini hadir untuk memenuhi kelompongan ini, sekaligus mencabar dakwaan Raffles berkenaan agama. Fokus utama dalam buku ini ialah perihal Islam dan Melayu di mata Raffles.

Penulis berhujah bahawa Raffles menanggapi agama-agama yang beliau temui itu dengan kayu ukur yang berbeza, atau istilahnya, “shades of alterity” (ketidaksamaan tanggapan). Menariknya, pencarian sepintas lalu di Internet, saya mendapati istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh penulis sendiri. Adakah istilah ini digagaskan oleh beliau sendiri? (Istilah “shades of otherness” pernah dibincangkan dalam menilai peranan Afrika sebagai tindak balas kepada pembentukan identiti Eropah pada abad ke-19).

Walaupun penulis menyanggah tanggapan Raffles, namun beliau mengakui bahawa Raffles telah menulis akan keadaan masyarakat setempat dengan terperinci. Maka, dalam hal ini, tidak wajar untuk menolak dan menanggapi tulisan-tulisan Raffles sebagai karya Orientalis secara mutlak, sebaliknya memahami bahawa pandangan Raffles ini lahir daripada proses “intercultural mimemis” – pertukaran budaya antara peribumi dan orientalis dalam membangunkan ilmu pengetahuan Barat tentang dunia Timur (h. 11).

---

Ada dua sosok utama yang memberi pengaruh besar ke atas Raffles, iaitu: (1) William Marsden, yang menulis buku The History of Sumatra, dan (2) John Leyden (1771-1811). Merekalah yang mendorong beliau untuk mempelajari kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.

Melalui buku ini juga, pembaca akan dibawa melihat proses perubahan cara pandang Raffles terhadap agama. Pada tahun-tahun awal beliau berlabuh di Pulau Pinang (1805), agama Kristian ditancap sebagai agama yang rendahan, hasil daripada Perang Napoleon yang sedang bergolak di Eropah; Prostestan (Britian) vs Katolik (Perancis). Sedangkan, pandangan beliau terhadap Islam pula positif, bahkan Islam itu dianggap unggul.

Walau bagaimanapun, pendekatan yang diambil oleh Raffles dalam menilai agama inilah yang mendatang kerancuan kepada pandangannya. Menggunakan pendekatan berasaskan perbandingan, beliau melihat perbezaan di antara pengamalan Islam di kawasan yang berbeza, misalnya Islam yang dizahirkan di Kepulauan Timur (Parsi dan Arab) berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh alam Melayu. Raffles juga gagal membezakan shariah (undang-undang) dan adat setempat.

Selain itu, sinkretisme (aliran yang menggabungkan unsur-unsur berbeza untuk membentuk fahaman baru) Hinduisme-Buddhaisme juga ditanggapi seperti agama Kristian. Kecelaruan ini jugalah yang menjadikan Raffles melihat bukti keunggulan satu-satu agama itu adalah berdasarkan susunan masyarakat berkelas (amalan yang sama dengan British), sastera kreatif dan monumen-monumen (atau binaan) semata-mata. Sedangkan, hal-hal ini tidak wujud (atau tidak menjadi keutamaan) bagi Islam. Natijahnya, Hindu-Buddha itu dilihat lebih unggul dan bertamadun berbanding “Islamisme”(Raffles sangat membenci Islam hingga menganggapnya sebagai fahaman semata-mata, bukan agama).

Maka, demi misi “mentamadunkan” semula orang Melayu ini, Raffles telah melahirkan kecenderungan kepada Protestan. Adapun perlu difahami bahawa beliau bukanlah penganut yang baik, sebaliknya hanya menggunakan agama sebagai alat misi ketamadunan beliau. Laungan 3C: colonialism, Christianity and colleges merupakan terasnya.

Namun, satu hal yang gagal dijelaskan oleh penulis ialah faktor (atau penyebab) mengapa pandangan Raffles berubah dengan begitu drastik dan ketara terhadap Islam. Bayangkan, dari tahun 1805, tahun beliau mulai menjejakkan kaki di Pulau Pinang sehingga tahun 1810, tahun ketika beliau memulakan kempen menentang Islam… hanya lima tahun sahaja, kekaguman telah bertukar menjadi kebencian!

Disimpulkan, sebuah buku -sejarah- yang baik. Walaupun hujahnya berat, tapi disusun dengan cara yang ringan. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Iza B. Aziz.
244 reviews35 followers
March 23, 2024
Setelah 71 hari saya selesai membaca Melayu di Mata Raffles 𝘚𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘒𝘳𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘖𝘳𝘪𝘦𝘯𝘵𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦. Ia sebuah bacaan yang mengingatkan saya tentang pentingnya memberi tumpuan kepada kaedah pembacaan kritikal.

Dalam buku ini, Profesor Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied mengupas semula siapa dan peranan sebenar Stamford Raffles. Ini membawa saya kepada kajian yang telah diterbitkan oleh Raffles tentang orang Melayu dan Islam.

Saya tidak terkejut bila mengetahui Raffles ambil jalan mudah dalam menghasilkan kajiannya. Namun apa yang buat saya marah ialah hasil/kesan buku pujian biografi Raffles dari ahli sejarawan yang sebulu dengannya.
_____________________
Prof. Khairudin membuktikan hujah dari Raffles tidak kukuh yakni tidak memakai sebarang bukti contoh, huraian atau bergambar. Raffles hanya mengambil dari pandangan peribadi dan tapisan kajian dari Barat semata-mata.

Raffles tidak terkecuali sebagai penjajah yang kononnya ingin membawa pembangunan tamadun kepada orang Melayu. Padahal itu hanya alasan bagi mendapat faedah ekonomi perdagangan dan menambah kekayaan British.

Istilah "ketidaksamaan tanggapan" diperkenalkan dalam buku ini. Sukar untuk saya jelaskan (saya bukan ahli akademik), ia menunjukkan tentang sifat berubah-ubah mementingkan sesuatu demi kepentingan matlamat diri. Bahagian akhir buku ini menyedarkan saya tentang cara kita melihat orang lain di sekeliling kita.
_____________________
Melayu di Mata Raffles membuka mata dan fikiran saya untuk tidak mudah mempercayai tanggapan orang lain terhadap kita. Ya, apa jua bacaan perlu dibaca dengan pemahaman dan tidak boleh 'tangkap muat'. Saya juga gembira tatkala membaca beberapa siri kegagalan Raffles dalam usaha untuk menukarkan agama orang Melayu.

Sebagai pembaca marhaen, saya sedaya-upaya memahami konteks yang dibawa oleh Prof. Khairudin. Bahagian kesimpulan banyak membantu saya sebenarnya. Diharap perkongsian saya ini tidak membawa erti lain dari seluruh buku.

Terima kasih serta tahniah kepada Prof. Khairudin Aljunied dan CENDEKIA kerana menerbitkan naskah hebat ini!
_____________________
Profile Image for Mat Jack.
38 reviews6 followers
May 29, 2016
Buku yang ditulis oleh Syed Muhd Khairudin Aljuned ini merupakan kajian berkaitan Raffles dengan orang Melayu. Pada akhir buku ini kita akan tahu dan lebih memahami betapa liciknya para pemuka Inggeris ini, termasuk juga Raffles, dalam menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Melayu. Terbitnya buku pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu tentang agama Kristian dapat menjelaskan strategi licik mereka ini. Buku yang bertajuk "Kitab Salat As-Sawai" ini mengandungi tentang panduan sembahyang dalam agama Kristian. Ia ditulis dengan menggunakan tulisan jawi dan diterbitkan di Fanop pada tahun 1514. Untuk siapa buku ini ditulis? Sudah tentu bukan kepada penjajah Inggeris yang ada di Alam Melayu ketika itu. Sudah tentu bukan juga untuk digunakan oleh para penganut Kristian di United Kingdom. Yang nyata ia ditulis untuk kegunaan masyarakat yang bertutur dalam bahasa Melayu!

Buku "Raffles and Religion: a Study of Sir Thomas Stamford Raffles Discourse on Religion amongst Malays" dicadangkan dibaca oleh masyarakat Islam (baca: Melayu) di Malaysia khususnya. Kita akan lebih memahami sebab musabab para pendakyah Kristian bersungguh-sungguh dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah dalam buku suci mereka.
Profile Image for Norziati.
Author 10 books84 followers
October 15, 2023
Pandanganku terhadap Raffles sudah terpaling dari rasa kagum kepada menyampah. Ah, itulah sejarah dan mereka penjajah. Sikap-sikap melawan terhadap agama paling tidak muncul dalam diri mereka.

Menanti terjemahan buku ini diterbitkan
Displaying 1 - 5 of 5 reviews