Perempuan Yang Membaca dan Bahagia mengajak kita untuk menikmati setiap musim perjalanan- apa-apa yang sudah terjadi, apa-apa yang sedang dilalui, apa-apa yang kita lewati suatu ketika nanti. Semuanya mengandungi erti bahawa hidup ini menyimpan pembelajaran untuk kita pelajari dan nikmati, untuk kita menjadi sebaik-baik manusia yang bernilai dan berbudi.
Perempuan Yang Membaca dan Bahagia membawa kita merenung dan melihat jejak-jejak kehidupan- melewati fasa pencarian, menghadapi tentang kesulitan, meraikan perasaan dan keresahan mengumpul hikmah dan pengalaman, bertumbuh menjadi insan dan menuju kedewasaan.
Perempuan Yang Membaca dan Bahagia memaparkan pengalaman, perasaan dan pemikiran seorang perempuan tentang setiap ruang perjalanan yang menjadi pelajaran hidup untuknya.
Banyak yang telah kita lewati sehingga kita mampu melangkah sejauh ini. Terlalu aneh perasaan yang dihadapi sehingga kita mampu menjadi seseorang yang empati dan lebih bererti. Ada banyak peristiwa yang di alami membuat kita peduli pada diri dan Ilahi.
Hari ini kita akan bercanda dan membaca. Mencari ruang untuk menghidupkan jiwa. Memetik hikmah dan makna, dari segala cerita, di setiap perjalanan kita.
Buku yang menaikkan kembali semangat diri untuk terus membaca. Hidup sangat perlu kepada membaca. Satu aktiviti yang mungkin dulu dianggap sekadar hobi pada masa lapang. Kini dilihat sebagai satu keperluan jiwa dalam menongkah hari-hari mendatang.
Tulisan memujuk yang belum cukup luas. Banyak berdasarkan rasa, keinginan penulis yang tidak muat untuk semua pembaca buku ini (termasuk saya). Elemen meromantiskan buku, keterlaluan. Saya faham dengan cubaan penulis mengindahkan 'hobi mengumpul buku'. Namun bayangan 'hoarder' yang saya nampak. Hahaha!
Memang terasa buku ini seolah air tangan baharu penulis untuk mengikuti niche 'healing'. Mana tidaknya perkataan "tumbuh" menguasai corak bahasa. Bahagian yang menyelamatkan buku ini ialah perkongsian puisi, petikan ayat dari buku pengarang tersohor dan sudah tentu ayat-ayat suci Al-Quran. Penulis bijak mengumpul dan menerangkan kembali sehingga ia tidak dibawa kemana-mana. Ia ada disitu, cuma berpusing sehinggalah ayat itu sedap dibaca.
Penulis ada potensi, saya harap penulisan Nur Suhada semakin dewasa selepas ini, tidak lagi sederhana dan tumbuh bersama akar yang kuat. Jangan takut penulisan kamu dikritik dari pembaca sederhana seperti saya. Anggap ini proses untuk penulis tumbuh menumbuh ditumbuh pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
Buat editor buku ini. Tolong semak dan peka jumlah perkataan dibawah:
Tumbuh - 39 Sederhana - 21 Dewasa - 22
Jika mampu didengari banyak kali, boleh jadi bingit. Namun perkataan ini ditulis untuk dibaca. Maka mata sakit, hati remuk dan mulut mencemuh.
6/30 Perempuan Yang Membaca dan Bahagia by Nursuhada.
Seorang perempuan akan semakin bertumbuh dan bertahan, saat ia memulakan langkah dan perjalanan untuk mengenal makna Tuhan. Apa yang boleh aku terjemahkan, dengan membacalah kita dapat merasakan escapism daripada dunia realiti kepada dunia khayalan.
. .
Bait- bait ayat yang disusun memukau diri aku seolah penulis menterjemahkan segala benak pemikiran aku yang tak pandai aku luahkan melalui ayat- ayat puitis dan indah ini. Meneliti bait- bait kata penulis membuatkan aku adore dengan kebijaksanaanya melontarkan idea dan cerapan buah fikiran yang mana beliau petik daripada bahan bacannya. Jadi cemburu dengan orang- orang yang banyak membaca dan mampu menterjemahkan kembali.
. .
Point penting :
1. Dengan membacalah seseorang itu bertumbuh, mendewasa lalu bersedia mengembara.
2. Melihat buku, membuat kita sedar bahawa kita tidak banyak waktu. Oleh kerana itu, bacalah dan teruslah membaca sehingga manfaatnya dapat dirasai oleh orang lain.
3. Membaca bukan sekadar hobi tetapi suatu kewajipan kerana ia adalah keperluan jiwa dalam menongkah hari- hari mendatang.
"Dengan intelektual, seorang perempuan akan semakin memendarkan (memancarkan cahaya/sinar) pesona keanggunannya. Intelektual yang kemudian berwujud menjadi ilmu, adalah kunci utama meraih kesempurnaan diri dan kebahagiaan."
"Perempuan sakinah adalah perempuan yang mencintai ibadah. Semakin sujud, ia semakin kuat. Semakin berdoa, ia semakin dekat. Dengan cinta itu, ia bersedia menghadapi insan di sekelilingnya dengan lapang jiwa, ia bersedia menghadapi segala halangan dan ketakutannya."
"Kita akan bertemu dengan orang yang menyenangkan. Kita juga akan bertemu dengan orang yang melukakan. Setiap yang datang membawa kepingan puzzle untuk melengkapkan diri kita menjadi manusia yang lebih baik, lebih bermakna."
"Kita akan menyedari yang menyusun takdir itu adalah Tuhan yang membawa rahsia kebaikan. Perjalanan kehidupan manusia semuanya membawa pada satu tujuan, bahawa Tuhan tidak pernah jauh daripada kita. Kita akan sembuh, sepenuhnya, dengan izin Tuhan. Kita akan merasa secukupnya, dengan rahmat Tuhan."
"Sudah sejauh ini kita melangkah, moga kita lebih peka dan sederhana. Pada kehidupan dan seisinya. Jalan terus, bersama-Nya."
"Manusia akan selalu menghampakan kita dan melemahkan kita. Kerana mereka manusia biasa seperti kita, tidak tahu cerita, hikmah dan perjuangan di sebalik takdir-Nya. Kitalah yang perlu banyak belajar untuk meletakkan harapan pada yang sepatutnya. Sesuatu yang akan menguatkan kita kembali, iaitu Tuhan. Maka, kitalah yang perlu meminta Allah membimbing kita untuk berhadapan dengan setiap manusia"
"Everything else will eventually consume you, only Allah's love fullfil you."
Berdoalah agar Dia menuntun langkah kita ke arah jalan yang baik, orang-orang yang terbaik dan tempat yang paling baik - yang menenangkan sekeping hati.
"Kalau yang dicinta itu pada yang salah, maka ia akan menguatkanmu pada hal yang salah. Kalau yang dicinta itu pada yang benar, maka ja akan menguatkanmu pada hal yang benar. Kalau cinta kita tertumpah pada orang-orang yang beriman, maka kita akan dikuatkan dengan hal-hal keimanan. Dan sebaliknya".
- Buku: Perempuan Yang Membaca dan Bahagia Oleh Nur Suhada
📖 Jatuh hati dengan pilihan petikan-petikan kata penulis lain daripada penulis. Pemilihan sajak yang berjudul Rak daripada T Alias Taib ibarat ucapan selamat datang yang agak sentimental kepada para pembaca.
📖 Jatuh suka juga dengan lontaran kata serta curahan hati penulis tentang bagaimana mahu menjalani kehidupan yang serba sederhana namun didakap dengan rasa bahagia dan tenang berlandaskan agama Allah.
📖 Catatan perjalanan spiritual penulis ke Makkah dan Madinah turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri.
📖 Sebuah buku yang akan diulang baca saat diri lelah dengan manusia sekeliling.
📌 Sungguh, buku yang baik akan membuatkan kita menoleh ke jendela, merenung jauh pada semesta, membuatkan kita terdiam seketika, lalu tertanya tentang diri kita, hidup kita dan Dia, satu-satunya harapan kita--halaman 77.
Buku ini datang tepat pada waktunya. Dikala seorang perempuan yang sedang buntu dengan perjalanan hidupnya, keliru dengan cita-citanya, hampir putus asa dengan pilihanya, buku ini hadir membuka ruang baharu untuk bangkit dan teruskan hidup.
Buku ini 'mendengar' luahan seorang perempuan yang sedang mencari identiti, peluang untuk bangkit dan perjalanan menjadi dewasa.
Kata-katanya indah, tiada pujukan palsu namun inspirasi untuk berdiri dengan lebih teguh.
Untuk engkau perempuan, bacalah buku ini. Tidak akan menyesal walaupun selembar bacaan pada buku ini. InsyaALLAH
#PerempuanYangMembacaDanBahagia Baru-baru ini, YB Pendidikan, YB @fadhlinasidekofficial berkongsi satu buku di laman media sosial beliau. Kebetulan saya ke perpustakaan dan terjumpa buku yang beliau sebutkan. Maka saya pinjam dan baca.
Mungkin saya kategorikan buku ni sebagai buku healing subsection perempuan dan muslimah.
Catatan dan nasihat yang sederhana serta petikan kata-kata hikmah, ayat Al-Quran dan hadis, membantu kita me-refleksi diri. Saya suka pengalaman penulis di Mekah, lagi-lagi di Raudhah.
It’s a nice book, okay to read but I guess it’s not my cup of tea, but worth a try. Tapi saya suka konsep menjadi perempuan membaca yang bahagia, sebab kadang tu perempuan membaca pun dia tak bahagia sebab niat tu salah. Ewah. Memandai je saya.
3.5/5 untuk Perempuan yang Membaca dan Bahagia oleh Nursuhada. #ParaBaca #ParaReads #Nursuhada