Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumah Tanpa Luka

Rate this book
Kerana mempertahankan Rose Ameena, Nik Kalsum dibuang keluarga. Dalam kehidupannya yang penuh warna kelabu,

Nik yang garang dipertemukan dengan Ahmad Qiuzi yang tenang. Lelaki itu tak ubah seperti sebungkus ubat yang menyembuhkan. Tapi sayang kerana kehadirannya tak cukup untuk jadi penawar luka di hati Nik.

“Perut saya rasa tak selesa.” Ahmad Qiuzi“

Kenapa tak selesa? Salah makan ke?” Nik Kalsum“

Salah awak. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perut saya.” Ahmad Qiuzi.

"Setiap kali saya tengok awak pula, dalam perut saya macam ada zoo! Ada Gajah, ada Badak, ada Singa, ada Harimau. Semuanya macam nak keluar dan pijak awak!” Nik Kalsum

Kehadiran tetamu dari masa lalu merumitkan isi cerita. Tempoh tujuh tahun terlalu lama untuk mengutip sebuah kemaafan.

"Untuk kali ni saja, tak boleh ke kalau Nik pandang abang dengan cara berbeza? Abang bukan lagi Hayyan yang dulu.” Hayden Hayyan.

"Maaf kerana aku tak menerima tetamu dari masa lalu.” Nik Kalsum.

Hati kita sering dipatahkan dari dalam. Dari orang yang kita simpan dalam hati. Terlalu banyak kebahagiaan yang perlu dibayar dengan air mata.

“Mampu ke awak hadiahkan sebuah rumah tanpa luka untuk saya?” Nik Kalsum.

Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Adakalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang membuatkan kita ingin pulang.

Mampukah Nik memiliki sebuah rumah untuk dia pulang tanpa ditemani derita?

478 pages, Paperback

First published August 21, 2023

23 people are currently reading
227 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
61 (61%)
4 stars
30 (30%)
3 stars
6 (6%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
August 29, 2023
Disclaimer: Novel ini penuh dengan kasih sayang dan pengorbanan yang tak pernah padam)

“Jangan mimpi ada lelaki akan terima kau dengan pakej budak sial tu.” – Encik Ibrahim

“Selagi Rose dengan along, Nasib malang tu akan mengekori along sampai bila-bila.” – Datin Normala

“Buat pengetahuan kau, bapak kau dah berhutang dengan aku. Sama ada kau nak atau tak, kau kena kahwin dengan aku.” – Pak Yasir

“Siapalah nak dekat perempuan macam dia ni. Selain daripada tak ada yang menarik, dia cuma ada koleksi beban dan stok sakit kepala. Kalau kahwin dengan dia pun tak membawa sebarangan keuntungan.”- Dahlia

“Abang nak baiki semua keretakan yang abang buat. Beri abang peluang, Nik.” - Hayyan

“Sorry mama sebab buat mama sedih. Buat mama risau. Rose janji akan jadi anak yang baik. Rose akan jadi anak yang sabar.” – Rose

Masalah seakan tiada henti. Datang bertubi-tubi menghambat hidup seorang Nik Kalsum. Memang apa yang dia boleh buat cuma kuat dan sabar.

Sehingga muncul seorang Ahmad Qiuzi yang mula menghuru-harakan perasaan. Datangnya tak dijemput tapi kehadirannya di sisi Nik sedikit sebanyak mula menyentuh hatinya yang sengaja dikeraskan. Dia sebolehnya tak mahu ada luka baru yang akan timbul. Tapi Qiuzi datang menghulurkan perlindungan tanpa sebarang alasan.

“Saya nak jadi payung untuk awak berteduh daripada apa jua cuaca yang ada. Dan saya nak awak berlindung dalam doa saya Nik. Doa-doa kecil kita akan berterbangan di dada langit. Memayungi kisah kita.” – Ahmad Qiuzi

Tapi untuk menembusi hati seorang Nik Kalsum tersangatlah payah. Sampai Qiuzi yang tenang mula jadi tak keruan.

“Saya tak bersedia untuk ini dan saya rasa hubungan ini cukuplah sampai di sini sahaja.” – Nik Kalsum

Keutamaan Nik cuma satu; Rose Ameena. Jika dia tak bersama dengan sesiapa pun, dia tak peduli asalkan dia bahagia dengan Rose.

"Sejak Rose hadir dalam hidup saya, saya dah berhenti membawa sesuatu yang seharusnya ditinggalkan. Harapan. Rindu. Sayang. Semua ini hanya akan memburukkan luka yang sedia ada. Jadi, maafkan saya kalau terlihat begitu degil dan mementingkan diri sendiri."

Korang rasa lama mana Nik ambik masa untuk menerima Qiu? Ada peluang ke Qiu nak masuk ke hati Nik tu? Ke Nik pilih Hayyan? Kalau nak tahu kenalah baca novel ini. 😉

*****
Sejujurnya, saya nak claim tisu dengan seorang Ezza Mysara sebab dia buat saya menangis. Bukan sebab sedih je, sebab dia buat saya menangis terharu dengan kesungguhan seorang Quizi. Yup, hero terpaling hijau yang akan menjadi pujaan hati saya selamanya. Actually, masa baca novel Bukan Cinta Secondhand tu saya dah jatuh cinta dengan mamat yang terpaling cool ni. Walaupun masa tu dia cuma hero kedua. Ya, saya dah terkena wabak #secondleadsyndrome. Nak buat macam mana, aura dia terlalu kuat. Dan akhirnya dapat jugak baca sambungan kisah hidup Qiuzi dalam RTL. Tapi korang jangan bimbang, tak baca BCS pun boleh faham je jalan cerita RTL ni. Tapi untuk lebih syokkkk, memang kena baca BCS. Baru korang lebih faham perkaitan antara Naira, Amril dan Qiuzi.

Saya sangat suka nilai persahabatan yang diterapkan dalam RTL. Syakira akan selalu ada untuk Nik serta Naira dan Amril akan selalu ada untuk Quizi. Banyak part yang boleh kita gelak dengan lawak diorang dan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan pedoman. Masing-masing nak tengok Qiu dengan Nik bahagia.

“Nik sayang… kebimbangan tentang hari esok tak akan membuatkan hari esok lebih baik. Dia hanya merentap ketenangan yang sepatutnya dinikmati hari ini. Berpada-padalah menanam rasa takut.”- Syakira

Amril kepada Qiuzi;
A: Jadi kau dah bersiap untuk kena tolak?
Q: Boleh tak kalau kau doakan yang indah-indah je?
A: Itulah risiko ketika jatuh cinta. Kita kena bersedia dengan sebarang penolakan. Cinta tak berbalas tu umpama kita makan satu meja tapi lepas makan, dia tak mahu bayar. Banyak cantik muka dia!

“Ketika Qiuzi jatuh cinta, dia tidak memberikan hati. Tapi dia mengirimkan sayap. Sayap agar orang yang dia sayang berani untuk terbang bebas di udara. Dia tak pernah mengharapkan orang yang dia sayang terbang pulang ke dahannya. Cukup orang yang dia sayang bahagia melebarkan sayap memenuhi ruang udara.” – Naira

Sumpah bila korang baca RTL ni, korang rasa macam terpujuk. Bait kata yang EM karang tu mampu menusuk sampai ke hati. Macam Qiu tu wujud dan tolong pujuk hati korang yang tengah sedih. Bak kata Qiu dekat Nik lagi;

“Saya dah bersedia nak kongsi semua kesusahan ni dengan awak, Nik. Awak tak perlu takut lagi. Saya. Dah. Ada.”

Bak kata Syakira dekat Nik;
“Kalau orang macam Qiuzi tu ada jual dalam Shopee… dah lama aku add-to-cart.” 😆 (tolonglah saya pun nak Abe Qiu sorang)

Pokoknya, korang akan terbuai dengan kemanisan dan tengok (baca) setiap pengorbanan seorang Qiuzi untuk seorang Nik. Doakanlah Quizi tu wujud untuk menemani sepanjang hidup korang nanti tanpa lelah.

Okey, saya rasa saya perlu menutup karangan saya untuk RTL kali ni. Terlalu banyak scene-scene best dalam RTL. Kalau cerita semua habislah spoiler. Dalam review ni ku cerita permukaan je. Nak baca lebih kena beli bukunya. Berbaloi untuk dinikmati. 😆

Sebelum tu, ada satu scene yang kalau muncul, pasti buat aku gelak. Scene ni;

Signboard keluar.
Amaran! Ini kawasan Angsa garang melintas.
Amaran! Ini kawasan Angsa garang mintak disayang.
Amaran! Ini kawasan Angsa garang berjaya dijinakkan.
Aku tak tahu nak hempuk Quizi ke nak hempuk EM. Tak boleh sengal lagi ke buat idea gini? Hahaha 😂

Jangan lupa part-part sedih tu korang baca sambil dengar lagu Bohongi Hatiku – Mahalini, Ego - Lyodra atau Rumah - Dalia Farhana.

Bila masuk part sweet, korang boleh makan Kit Kat sambil minum air green tea, jangan minum Americano. 😆Kalau tak pun boleh makan karipap sardin asalkan tak alergi ya. 🤣

Bila nak cari rumah, carilah Rumah Tanpa Luka. Yang mampu meneduhkan di kala hujan dan terik mentari. Yang mampu menerima setiap kelebihan dan kekurangan diri. Yang mampu menyembuhkan setiap luka yang singgah di hati. Dan yang selalu ada denganmu, tanpa tapi. ❤️
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
January 15, 2024
F suka baca bab Qui. Allah napalah comel Qui dalam karya ini.

Terbuai² betul ayat² dalam Rumah Tanpa Luka. Taklah cheesy tapi buat F rasa tenang sengih² bila baca.

Nik yang kuat.. nik yang nampak lemah tapi sebenarnya dia kuat.

F nangis² bila Rose meninggal.. Allah betul kata Qui.. life without Rose will be different.

Nik memang kuatlah. Sukalah karya ni.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
July 25, 2025
BEST!!!! 🏠❤️‍🩹

"Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Ada kalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang selalu membuatkan kita ingin pulang. Bagi saya, rumah adalah perasaan yang membawa kita pulang. Pulang untuk bercerita. Pulang untuk diterima. Pulang untuk bercinta."

Apa punya sweet tahap potong kaki lah Qiuzi ni. Ikhlas betul dia sayangkan Nik, untung ngat ngat 🫡 Ayat-ayat manis dia cukup leting dalam masa yang sama lawak ya setiap kali papan amaran kawasan angsa melintas lalu tu 😂

Novel ni penuh dengan kasih sayang, tabahnya seorang Nik hadapi macam-macam dugaan.
Lamanya tak baca novel yang boleh buat i menangis dan tak sangka novel ni mampu buat i emosi ya🫠
Sedihnya part Rose tu haih 😭
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
September 6, 2023
Qiuzi dah pandai bergurau dalam ni. Karakter bertukar 180 darjah. Amril & Naira pun naik angin dengan perangai dia hahaha

Banyak juga tarik tali sampailah rahsia terbongkar. Lemas dengan family yang cuma pentingkan diri sendiri.

Tak dinafikan EM mmg pandai olah ayat. Semuanya manis. Isu sama diketengahkan dalam buku ni & BCS iaitu 'anak'.

Aku respect dengan EM sebab berjaya olah karakter Kalsum jdi begitu kuat & cekal. Kasih sayang seorang ibu pada anaknya, walaupun bukan darah daging sendiri.
Profile Image for Fiqa Najwa.
67 reviews
February 27, 2024
Aku tau, untuk mendapatkan seseorang seperti Ahmad Qiuzi kau mestilah sehebat dan setabah Nik Kalsum.

Allahu hijaunya lah si Qiuzi ni, stok kesabaran dan ketenangan dia ni aku tak tau la daripada mana dia boleh dapat 😭. Tapi ketenangan dia kacau jugak la bila jumpa dengan Nik hehe kuat usik eh budak ni.

Nik Kalsum. Klasik sungguh nama. Allahu dia punya jalan hidup 🫂 sangat kuat. Kalau aku dekat tempat dia aku pun tak tau aku boleh untuk kekal tabah dan bersandar dengan Tuhan seteguh itu ke tidak. Tapi betul la Tuhan takkan uji seseorang itu luar kemampuannya. Untuk ini aku sangat berpuas hati sebab Tuhan hadiahkan Nik seorang Qiuzi yang sangat tenang dan boleh menjadi rumah untuk dia menjadi dirinya sendiri.

Buat doa yang belum dimenangkan, semoga tiba masa yang tepat untuk Tuhan menangkan doa kalian 💖
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
September 4, 2023
Tamat sudah bacaan novel ni pada pukul 9.25pm. Apa yg aku nak simpulkan dlm novel ni adalah novel ni best. Pain jgk la. Ujian tak henti2 menimpa Nik (FL) aka cik angsa. Lepas satu satu ujian tu dtg dlm masa yg sama. Rumah yg penuh luka antara Nik dan keluarga. Bila munculnya Abe Qiuzi yg sangat2 hijau tu alhamdulillah rumah tu pulak bahagia tanpa sebarang luka. Korg kena baca ya. Banyak sgt quote yg kak Ezza Mysara letak dlm novel ni. Tak nak la spoil sape rose ameena tu. Hihihi korg baca la sendiri
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
December 16, 2023
Best… tengah seronok seronok dengan qiu yang sangatlah sweet tiba-tiba buat kita nangis😭😭😭 apabila dihidangkan dengan kisah hidup nik… melting betul dengan karakter qiu ni🥰🥰🥰..kuat sungguh seorang nik melindungi orang-orang yang disayang walaupun diri dicemuh dan dihina…. Kelakar pulak rasanya bila tiap-tiap kali keluar sign warning tentang angsa. Paling kesian dengan nasib rose..
Profile Image for zairaidah.
408 reviews40 followers
August 25, 2025
Pertama kali baca buku karya penulis ini. Not bad. Banyak betul ayat-ayat pemberi semangat.

Qiu, awak ni memang tanam tebu ke kt mulut tu. Kesabaran dia menemani Nik patut dipuji. Hijau sehijau nya. Ada ke samakan Nik dengan Angsa. Metafora luar alam sungguh.

Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
Read
September 15, 2023
'𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡'
Profile Image for tengkusitihasmah.
85 reviews47 followers
October 15, 2023
Ada suka ada duka.
Ada part ketawa ada part menangis.
Buku ni stok pickup line.
Merata-rata pickup line.

Saya bagi 4 ⭐️ sebab dah menghiburkan hati saya sebagai pembaca.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 28, 2023
Rumah, kita sendiri tau apa itu rumah. Tapi rumah tanpa luka, wujudkah? Kita tak tau apa isi disetiap rumah. Adakah penghuninya bahagia? Atau sebaliknya?
.

Nik Kalsum. Rumah yang didiaminya sangat memberi luka. Demi Rose Ameena, dia meninggalkan rumah keluarganya. Hanya kerana rasa tanggungjawabnya pada si kecil yang tidak berdosa. Pada bahunya sendiri dia bersandar. Ditemani Dahlia, adiknya serta nenek Rogayah
.

Isi novel ini adalah realiti hidup seorang manusia. Yang tak lari daripada ujian. Setiap ujian yang menjadikan dirinya matang sebelum masanya. Dia perlu kuat untuk hadapi apa jua ujian buatnya, walaupon dia sendiri ragu2, adakah dia mampu? Tapi Allah tak kejam. Dia beri ujian yang mampu dihadapi hambaNya walaupon sukar. Dia bekalkan kekuatan
.

Kadang2, walaupon kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya kita memerlukan seseorang untuk kita berpaut. Bantu kita untuk harungi semua pahit getir. Nampak gagah, tapi hakikatnya rapuh. Itulah perempuan
.

Kehadiran Ahmad Qiuzi walaupon nampak macam menyerabutkan Nik. Tapi hakikatnya Qiuzi seakan membawa sinar yang menyuluh setiap jalan yg dilalui Nik. Aku suka, gelaran yang diberikan Qiuzi dekat Nik.Angsa. Serius terkekeh² aku gelak part Qiuzi gelarkan Nik angsa
.

Aku nak korang sediakan mental yang cukup kuat saat baca naskah ini. Sebab ia cukup memainkn emosi pembaca. Entahla. Aku rasa agak dekat dengan jalan cerita ni. Sebab sedikit sebanyak, persis jalan cerita hidup aku. Macam mana seorang wanita cuba untuk mencari rumah tanpa luka buat dia diami. Tak semua, memiliki rumah yang indah
.

Tahniah penulis sebab menghasilkan karya yang sangat melekat di jiwa aku. Jangan tanya, airmata aku banyak dikeluarkan saat membaca naskah ini. Aku boleh rasa, 'kehidupan' Nik Kalsum
.

#rumahtanpaluka#ezzamysara#ideakreatif#bookstagram
Profile Image for Perrahin Nur.
45 reviews
January 15, 2024
Omg omg omg!!

Ahmad Quizi!!! Super duper green flag💚💚💚
I mean ketenangan awk buat saya sgt tenang membaca ye.. even tho ade part Quizi lost his calmness but still green flag.yang si Amril dgn Naira tu eishh tq la sbb wujud and sedarkn Quizi yg dia sbnrnya jatuh cinta.

Eh boleh tahan potong kaki eh stok ayat2 manis en ML
SUKAAAAA!!
Plot twist menarik and xcliche..it never crossed my thoughts so yeah berjaya😚😚

Ketebalan novel nice but still i need more Quizi and Nik sweetness!!! Finally she found someone who deserved her🤗

cuma awk buat saya menangissssss teruk ye part kehilangan tuuu😭even tho the hints are there..i am still not prepared to lost (kinda hoping for miracle to happen too) but still she's tooo cute and mature for her age and understandable why tho

Penggunaaan bhsa yg menarik dan santai buatkan saya enjoy the story and kinda procrastinating bquz i can't get enough of the finger curling parts.ya Allah tolong la hadir kan seorg Ahmad Quizi dlm hidup saya!!!

Tqq author for the amazing story and gonna look forward for her masterpiece💘
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Harumi Dean.
9 reviews8 followers
September 18, 2023
“Pilih saya sebagai suami awak. Bila saya jadi suami awak, automatik saya jadi papa Rose. Jadi, tahun ni dia dah ada papa. Awak dah ada suami. Saya dah ada isteri. Complete set. Happy meal.”

Bila Nik memilih Rose Ameena, dia dihalau dan dibuang keluarga. Hidup Nik cuma bekerja, buat kuih dan menjahit untuk menampung hidup. Nik yang patah berlindung disebalik garangnya, beban yang Nik tampung sangat berat tapi tetaplah kuat demi Rose Ameena 🥺

Bertemu Ahmad Qiuzi, lelaki yang tiba-tiba sound dia dekat depan bank sebab dia tertengking nenek. Sejak dari itu, makin keraplah pulak pertemuan Nik dan Qiu, lagi haru bila Nik ingatkan Qiu nak culik Dewi, kawan Rose 🤦🏻‍♀️

Qiu yang sekarang bukanlah Qiu yang dulu, suka betul dia mengusik Nik lepastu dia gelar Nik angsa garang 🦢 dengan mak cik sebab Nik panggil dia pak cik hshs tercengang member 🤣

Kali ni, kak Ezza comeback dengan novel pain sikit 🤏🏻 Kisah Ahmad Qiuzi, second male lead yang tersakiti dalam novel Bukan Cinta Secondhand. Rumi nak cakap awal-awal, kalau tak baca BCS pun masih boleh hadam RTL sebab di awal bab kak Ezza ada selit 1 bab dari BCS and yes korang dah boleh baca RTL dengan tenang tapi tak tenang kot sebab orang sekeliling Nik ni boleh bagi korang naik angin 😡

Kemunculan Naira, Amril dengan Dewi dekat dalam ni mengubat rindu ya 🥺 tapi Amril dalam ni crack betul, dia tu kaki usik nombor satu Ahmad Qiuzi 🤣 tapi ada satu part dia bebelkan Qiu tu hshs tu kelakar ya ☝🏻 and suka gila dengan persahabatan Naira, Amril dengan Qiu 🫶🏻🫶🏻

Novel kali ni, dia tak santai dan tak adalah pain gila-gila tapi berair lah jugak mata ni 🥹🫵🏻 rumi doakan siapa yang tengah struggle dengan bebanan hidup at the same time having a headache family macam Nik dapat jumpa Ahmad Qiuzi in real life sebab serious Ahmad Qiuzi ni satu dalam sejuta 🫶🏻🥺

“Saya tak janji yang awak tak akan ditimpa masalah. Tapi saya janji, selama awak dihambat apa jua masalah, saya tak akan tinggalkan awak. Saya tak akan berganjak sedikit pun. Saya akan melindungi awak untuk apa jua cuaca yang awak akan hadapi.”

AHMAD QIUZI GEDIK!! 🤪
Profile Image for Dora Liza.
9 reviews
February 7, 2024
First time baca novel Ezza Mysara.. Tak sangka ye karya Ezza nie sangat2 la best dan berbaloi.. Sampai rasa sayang nak abiskan novel nie.. Rasa dibuai2 dengan tiap watak dan jalan cerita yg penuh dengan suka dan duka.. Ade masa sampai tergelak besar baca. . Ade masa die sedih lagi2 part family dan kehilangan tu.. Pape pon tahniah penulis atas karya yang sangat2 menyentuh jiwa..

P/S : tak rugi beli dan baca.. Semoga penulis akan menghasilkan karya2 yg best lg di masa akan dtg 😍🫶
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
February 2, 2024
𝘏𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘢𝘥𝘪𝘭. 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘬𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘦𝘻𝘢.

Nik dibuang keluarga sebab protect Rose? Sejak itu, Nik jadi keras demi protect dirinya & Rose. Dalam pada Nik mengharungi harinya, muncul Ahmad Qiuzi. Qiuzi hadir untuk rawat Nik, tapi mampu ke ia dirawat? Apa yang dihadapi Nik? Siapa Rose?

*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐

As always. Ad jatuh cinta berkali-kali dengan writing kak Ezza. Tak terlalu pain tapi still ada pain. Ad tak beria nangis don't worry. Bila tau kisah Nik, kesian ye. Kita jadi faham apa yang Nik rasa. Tapi Rose.. kak Ezza ni. Ha tu je. Kena baca baru faham 🥺 rant seterusnya.

𝗔𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻! 𝗜𝗻𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴. 𝗗𝗶𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴. 𝗧𝗶𝘁𝗶𝗸.

Ahmad Qiuzi! Yes dia comel. He fell first & harder 😜 Angsa tu nickname Qiuzi for Nik. Every mood Nik, dia akan letak warning dalam hati. Kehadiran Qiuzi mewarnakan hidup Nik yang kelabu. Yes, Ad setuju. Lurve contra from both main lead. Nik 🧊 > Qiuzi ☀️

"𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥-𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠."

"𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐭𝐨𝐦 𝐢𝐧𝐬𝐨𝐦𝐝𝐢𝐚."

"𝐈𝐧𝐬𝐨𝐦𝐧𝐢𝐚."

"𝐄𝐡, 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐈𝐧𝐬𝐨𝐦𝐧𝐢𝐚 𝐭𝐮 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦. 𝐈𝐧𝐬𝐨𝐦𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚. 𝐃𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠."

Diamlah Qiuzi. Serious geram baca pickupline dia. Tak give up, pastu gigih makan karipap sardin Nik buat padahal alergik. Comel kan 😍 Baca. Qiuzi, Ad tersuka. Larii 🏃🏻‍♀️ happy reading 🌷

"𝐀𝐰𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐰𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢?"

"𝐁𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧. 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐢, 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚."
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
September 18, 2023
Gigihlah habiskan baca jugak novel ni pukul 1.04 pagi walaupun keesokan harinya adalah hari isnin.. akhirnya ahmad qiuzi kita bertemu jugak jodohnya.. Walaupun sorang macam angsa yang garang dan sangat menderita dan sorang lagi dah upgrade habis semua yang manis-manis je keluar dari mulut.. tapi qiuzi mampu menjadi lelaki yang tiptop dalam perkara hati dan peribadi…ha gituhh

Isu tentang hubungan keluarga yang toksik berjaya dibawakan oleh penulis. Kudos kepada EM kerana berjaya membawakan isu "ibu bapa derhaka" ini.. huhu tak tahu nak marah siapa macam berapa orang je yang berguna dalam novel ni.. yang lain sume ngokngek kepala kemek…hahaha… pastu mcm terubat rindu sikit dekat naira bila ade scene dia.. Walaupun pada awalnya kita dah boleh agak jalan cerita tetapi hujung hujung cerita ada pula twist dia..adehh part rose tu alahai ralat oittt..kesian dewi T_T

Bagi aku yang dah lama sangat tak baca novel sejak covid ni, bacalah. tak rugi. suka dengan cover dan tajuk. Semoga penulis diberi idea2 dan ilham lagi untuk menulis cerita yang best dan mendapat sambutan. Keep it up don't give up kak hehe
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
July 28, 2025
Siapa suka hero very the green forest boleh lah baca novel ni, punya lah hijau sampai aku mempersoalkan wujud ke lelaki sehijau ini? Maybe in our dream lol.

Cabaran dan ujian yang bertimpa-timpa ke atas heroin pula menjadikan cerita ni lebih dramatik dan heavy, tapi masih bearable pain tu sebab berjaya di balance kan oleh pakcik di atas. Datang lah ribut taufan puting beliung membadai pun, in the end there's always Qiu coming for the rescue.

Paling aku suka friendship antara Qiu dan Amril, bahan membahan antara satu sama lain menunjukkan tahap keakraban mereka, amat mencuit hati. Same goes to the friendship between Nik and Syakira. Dalam masuk² air bff Nik tu, sekali dia tarbiah fuhhhh sentap. And lastly paling tak menahan scene monyet di hujung cerita, it's so random lolol.

Minus 1 ⭐ sebab aku agak annoying dengan penggunaan perkataan² yang berulang seperti amaran, angsa, stok sabar dll. Overall, cerita menarik yang penuh suka-duka.
Profile Image for Sera Rin.
7 reviews
October 3, 2025
Cerita yang simple bagi saya, tiada wow factor yang buat kita rasa akan baca semula buku ini. it does have scene yang menyentuh hati. awal penceritaan plot nampak okay. Saya ada bergenang air mata sikit. masuk tengah tengah penceritaan tak habis habis pickup line so saya sedikit annoyed. Penghujung cerita okay sahaja. Cuma tak menyentuh saya sangat. Saya expect akan nangis banyak baca buku ni tapi saya tak dapat capai expectation saya.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
March 1, 2024
Review: https://www.tiarasaphire.com/2024/02/...

Rumah Tanpa Keluarga bertemakan percintaan dan kekeluargaan. bila mana seorang bapa yang seharusnya menjadi pelindung menjaga keluarganya mengabaikan tanggungjawabnya menyebabkan keluarga mereka berantakan.

Ahmad Qiuzi sebagai hero pula aishh cair betul, dia punya ketenangan tu memang mahal. dia punya pickupline tu adoi sweet betul tapi itulah bukan senang Qiuzi nak memikat Nik.

Overall sis boleh komen, part Qiuzi dan Nik sangat comel dan sweet tapi dia punya konflik agak berat dan banyak bermain dengan emosi juga.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.