Jump to ratings and reviews
Rate this book

Susahnya Hidup Dengan Manusia: Bagaimana Menjaga Emosi Apabila Bertemu Orang-orang yang Sukar

Rate this book
“Dia ni tak ada common sense ke?”

“Tak sedar ke apa yang dia buat tu salah?”

***

Dalam hidup ini, kita pasti berjumpa pelbagai ragam manusia yang menyakitkan hati dan mencabar emosi.

Sepupu yang suka bergurau tentang bentuk badan.

Kawan yang acah serba tahu semua benda.

Rakan sekerja yang rasa cara dia saja yang betul.

Sudahnya, kita biarkan saja mereka. Kita cuba kurangkan interaksi dan menjauhi mereka, namun penyelesaian seperti ini selalunya tidak praktikal dan tidak sihat dalam realiti kehidupan. Suka atau tidak, kita tetap perlu bersua muka dengan mereka.

Lalu, bagaimana caranya untuk kita menghadapi orang yang sukar sebegini?

Dalam buku ini, para penulis mengajak kita untuk tidak semata-mata mengelak atau bertahan dengan situasi, tetapi juga mempersiapkan diri dengan skil yang diperlukan dalam berhadapan dengan orang yang mencabar dalam hidup.

Kerana pada akhirnya, mengenali perhubungan sesama manusia juga akan membawa kita untuk memahami batasan emosi diri sendiri.

Paperback

Published August 25, 2023

39 people are currently reading
146 people want to read

About the author

Akif Basri

2 books17 followers
Akif Basri merupakan seorang psikologis klinikal yang berdaftar dengan Malaysian Society of Clinical Psychology. Beliau juga merupakan calon PhD, pensyarah sambilan dan pengasas bersama Psychospiritual Institute. 

Beliau berkelulusan Sarjana dalam bidang Psikologi Klinikal dan Psikologi Perkembangan, serta Sarjana Muda dalam Sains Sosial (Psikologi). 

Beliau juga giat berkongsi ilmu psikologi melalui ceramah, bengkel, media sosial dan media arus perdana.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
60 (30%)
4 stars
98 (49%)
3 stars
37 (18%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 42 reviews
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
Read
October 17, 2023
Tak dinafikan. Apa yang cuba disampaikan penulis dalam buku ni bagus. Gaya penulisan pun sangat ringkas dan mudah faham. Ilustrasi dan reka letak yang kemas dan teratur pun sangat membantu proses bacaan.

Cuma aku rasa kurang puas sebab aku nampak banyak contoh solusi yang diberi sekadar surface saja. Dan at the end of the day, lebih kepada “kalau dah tak boleh buat apa, tahan je lah” punya vibe.

Penulis ada tekankan banyak kali dalam buku ni yang buku ni semata-mata tak cukup untuk tolong selesaikan masalah hubungan dengan manusia tapi boleh jadi guidance macam mana untuk lebih memahami hubungan sesama manusia.

Secara peribadi memang aku rasa bila baca buku ni, apa yang dibawa tak sesuai dengan personaliti dan mindset aku sendiri. Sebab tu habis bacaan tu aku memang rasa tak puas lah. Tak menjawab persoalan yang aku cari.

All in all, aku masih rasa mungkin ada orang lain yang sesuai dan boleh dapat sesuatu dari isi dalam buku ni. Tapi untuk aku sendiri, points dalam buku ni terlalu simplified dan surface.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 3, 2024
11/2024

-Susahnya Hidup Dengan Manusia
-Akif Basri, 'Asim Hatta

Menarik sebenarnya buku ini. Bercerita tentang bagaimana kita boleh berdepan dengan manusia yang bermacam ragam. Lagi lagi kalau kita sejenis introvert. Sudah semestinya akan menjadi pak turut sahaja.

Saya rasa yang jenis pendiam, takut untuk bertindak boleh mencuba mendapatkan naskhah ini. Setidaknya, ia memberi idea bagaimana untuk anda berdepan dengan situasi seperti ini. Tahniah buat penulis untuk penghasilan karya ini.
Profile Image for Fatina MD (bibliowander).
43 reviews2 followers
March 19, 2024
Satu pembacaan yang menarik dalam memahami rangka pemikiran orang-orang sukar bila lagi sedang berurusan untuk hal tertentu. Penulis berjaya paparkan sebab-musabab pemikiran seseorang melalui tingkah laku sendiri. Selain turut mengesahkan (validate) apa yang dilalui oleh si penghadap fi’il manusia sukar, penceritaan secara kronologi yang santai & mudah untuk difahami turut menyumbang kepada pemahaman pembaca dalam kadar laju (kira pecah rekod sendiri lah ni dapat habiskan kurang dari seminggu untuk buku bukan fiksyen 😂).

Terima kasih kerana hasilkan buku ini. Doakanlah kami semua dapat benar-benar aplikasikan tips yang dikongsi dalam melalui kehidupan bersemuka dengan manusia sukar terutama sekali dalam menetapkan sempadan empati kepada yang lain 🥹
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
September 8, 2023
Saya merasakan ada beberapa lagi isi yang boleh dikembangkan / diperincikan. Tetapi mungkin mencukupi bagi mereka yang mahu tahu sekadarnya atau secara umum (surface level). Bagaimanapun penggunaan ayat di dalam buku ini juga mudah difahami dan membantu dalam kelancaran membaca.


Profile Image for Rehan Abd Jamil.
655 reviews34 followers
Read
April 21, 2025
Bought this last January. Title catchy but sadly not for me
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
January 19, 2024
Memang tidak dapat dinafikan, dalam hidup ni...kita akan menemui pelbagai jenis ragam manusia yang kadang kala menguji sikap dan peribadi kita. Lumrah kita hidup bermasyarakat. Ada yang kita merasa senang, ada yang membuatkan kita kadang hilang arah dan menjerumuskan kita dalam keadaan yang paling teruk yang pernah kita rasa. Namun, apa penyelesaiannya?

Kita.
Diri kita sendiri adalah solusi kepada setiap permasalahan perhubungan yang kita hadapi dengan pelbagai kerenah manusia.

Buku ini menghidangkan kepada kita 8 situasi atau keadaan yang dihadapi oleh seorang watak yang bernama Farid. Dari Farid seorang remaja sehinggalah dia berkahwin dan mempunyai kehidupan yang stabil, 8 situasi ini dibentangkan kepada kita diiringi dengan penyelesaian yang 'simple' dan mudah untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita. 8 situasi yang dibawakan oleh penulis ini merupakan situasi yang 'common' yang kebanyakan daripada kita semua, akan mengadapinya dalam hidup.

Sesetengah daripada kita mungkin akan buntu sekiranya menghadapi salah satu situasi dalam buku ini. Kita tidak mahir cara untuk menyelesaikannya. Kita tidak tahu apakah kaedah terbaik sekiranya kita berhadapan dengan orang yang suka bertangguh. Dan buku ini ada jawapan untuk situasi di atas.

Penyampaiannya menggunakan ayat yang santai dan melalui jalan penceritaan yang dekat dengan kehidupan kita. Wajib dibaca oleh setiap individu kerana tips dan solusi yang diberikan adalah 'make sense' dan berpijak di bumi yang nyata. Kita maklum bahawa manusia adalah makhluk yang kompleks ciptaanya, namun setiap masalah..pasti ada penyelesaiannya kan?

Sesusah manapun kita hidup dengan manusia, pasti ada pelajaran yang akan kita perolehi. Sebab itu Allah jadikan kita ni hidup bermasyarakat.
Profile Image for Siti Salha.
76 reviews8 followers
October 16, 2025
Buku ni membantu kita untuk menguruskan manusia di sekeliling. Manusia tu boleh jadi ibu bapa kita, kawan-kawan mahupun majikan di tempat kerja. Tak semua orang perlu dilayan sama rata. Lain orang lain cara menjawab dan layanan yang diperlukan.

Satu perkara yang kadang-kadang kita ingat orang di sekeliling ni semua merumitkan, tapi buku ni mengajar macam mana kita nak atasi orang seperti itu.
Profile Image for Jijie✨.
2 reviews
September 25, 2025
the one that really hard to deal with is yourself.
I loves this book. It gives new perspective of handling ourself better then it will ease us to deal with people around us.
Semoga kita menjadi manusia yang menyenangkan hidup orang lain.
Profile Image for Diniy Qistina.
142 reviews5 followers
May 22, 2024
Bahan bacaan pertama untuk tahun 2024. ✅

Buku ni sangat bagus sebab dia bagi POV for both kepada pemangsa dan juga mangsa. Tak menangkan sebelah pihak sahaja.

Pemangsa mungkin rasa apa yang dia buat betul sebab dia ada sokongan atau dia tak rasa apa yang dia buat tu merupakan satu kesalahan. Bagi situasi mangsa pula, mereka perlu bijak menangani masalah tersebut. Jangan pandang masalah atau situasi tersebut dalam satu sudut pandang sahaja. Pelbagaikan cara pemikiran. Ada situasi kita perlu cari tahu apakah faktor perkara itu terjadi. Kadang puncanya dari mangsa itu sendiri yang buka ruang untuk pemangsa ambil kesempatan kepadanya. Apa-apapun bergantung kepada situasi kehidupan masing-masing.

Konklusinya, buku ini dapat membantu mengubah cara kita berfikir selepas ini. Bukan semua perkara yang kita buat betul dan tak semua orang lain buat adalah salah. Begitu juga sebaliknya. 🫰
Profile Image for Hani Mustafa.
25 reviews2 followers
November 12, 2023
Setiap orang mesti pernah bertemu dengan orang-orang yang sukar. Kadang-kadang kita mesti akan mempersoalkan, “Dia ni takde commonsense ke?” “Dia tak fikir perasaan orang lain ke sebelum bercakap tu? “Takkan dia takleh fikir kesan buruk kalau dia buat macam tu?”

Apabila menghadapi orang-orang sebegini sebenarnya kita ada dua pilihan, sama ada mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan mereka ataupun menghadapi mereka dengan cara yang matang. Tapi, tidak semua situasi kita boleh sentiasa cuba untuk elakkan berjumpa dan berhubung dengan mereka, sebagai contoh, apabila orang yang kita rasakan sukar itu ialah ahli keluarga kita sendiri. Bagaimanapun, kita sendiri perlu menghadapi mereka, tapi dengan cara yang lebih matang.

Tanpa kita sedar, mungkin golongan seperti mereka berkelakuan sebegitu, kerana latar belakang mereka yang berbeza dengan kita, sebagai contoh, ada keluarga yang dibesarkan dengan merasakan ‘sindiran’ itu ialah gurauan sahaja, dan mereka tidak ambil hati apabila ada ahli keluarga mereka ‘menyindir’ mereka, jadi mereka menganggap orang lain pun tidak akan terasa dengan sindiran mereka. Dan mungkin ada dikalangan mereka yang kadang-kadang mereka tidak sedar pun apa yang mereka lakukan itu sebenarnya salah pada pandangan orang sekeliling mereka.


Di dalam buku ini, penulis mengajak kita untuk belajar cara untuk menghadapi golongan-golongan sukar yang kita jumpa dan memberi tips untuk lebih memahami dan turut membantu mereka mengubah sikap dan pemikiran mereka supaya hubungan sesama kita tetap terjaga.
Profile Image for Umi Humairah.
62 reviews2 followers
October 12, 2023
Selesai membaca kisah hidup seorang Farid yang bertemu pelbagai orang yang sukar dalam hidupnya. Malah, dia sendiri pernah menjadi orang yang sukar bagi orang lain pada satu fasa hidupnya dulu.

Saya suka dengan gaya penulisan buku ni yang santai, penceritaan yang tak melewah dan penerangan yang terperinci supaya pembaca tak salah faham.

Antara perkongsian menarik bagi saya ialah:

1) Perspektif orang yang sukar (a difficult person).
i. 8 contoh situasi, dialog dan pemikiran.
ii. Penulis terangkan bahawa tingkah laku tak sama dengan personaliti dan cara berfikir. Jadi, penting untuk kita elakkan melabel dan tak diagnos diri sendiri dan orang lain.

MY IMPORTANT NOTE: Tingkah laku boleh diubah. Memahami perspektif orang yang sukar bukan untuk mempertahankan tingkah lakunya, tapi untuk menenangkan fikiran kita (make sense of the situation).

2) Perspektif mangsa yang menghadapi orang yang sukar.
i. Buku ini memberikan validasi terhadap perasaan mangsa.
ii. Banyak tips tindakan dan dialog bagi menghadapi orang yang sukar. Bila masanya kita boleh elak dan bila masanya kita perlu hadapi.
iii. Buku ini mengajak kita muhasabah diri sebab dalam pada menghadapi ragam manusia, mungkin kita jugalah orang yang ada red flags tu.

Bagaimana untuk menghadapi situasi dan orang-orang yang sukar? Saya kira ini satu buku yang cukup baik sebagai jawapan. I recommend this book for everyone.
1 review
October 10, 2023
Susah Hidup Dengan Manusia kholas 🤩✅

This book has went above my expectation. Saya suka cara pembawaan buku ni, dia bukan tipikal buku self help yang terus berkongsi tips dan itu ini, tapi pencapaiannya dalam bentuk penceritaan situasi. Di hujung setiap situasi yang berbeza itu baru dikongsikan bagaimana cara utk hadapi setiap situasi itu. So, kita jadi lebih faham, lebih terarah dan fokus gitu. Tapi paling best sekali, saya suka cara para penulis sangat berhati-hati untuk tidak melabel manusia dan cara mereka nasihat/ajar untuk bijak menilai situasi dalam menghadapi manusia. Saya rasa penulisan yang sangat berakhlak dan halus santunnya. Best, sangat recommended untuk semua org especially yg dah bekerja. Saya bagi 4.8 bintangg! ⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
April 1, 2024
Buku ini secara ringkasnya memang lengkap dari semua sudut pengaruh masyarakat kita. Bagaimana kita berdepan dengan “pembuli”. Bagaimana kita dapat membantu orang yang “dibuli’. Bagaimana juga kita perlu munasabah diri, adakah kita ini “pembuli”?

Selepas halaman pengenalan yang memberi kita “taklimat” akan perkara yang bakal kita “lalui” dalam buku ini, serta “mindset” yang we need to adapt going forward, kita diperkenalkan dengan wakta utama; Farid, dan pengalaman hidup beliau, sama ada beliau sendiri harus berdepan dengan orang-orang sedemikian, atau orang sekeliling Farid yang mengalaminya, dan Farid masih part of the story walaupun hanya memegang watak sampingan.

It is fascinating that the situations discussed are general yet relatable, to us or people we’ve seen around us. Cara penyampaiannya juga seperti bersahaja, di mana, sebenarnya berat dan boleh mengelirukan jika salah susunan kata. Secara keseluruhan, mesra pembaca bagi yang berminat.

Penggunaan visual dan illustrasi yang dipakaiguna dalam buku ini stimulate our brains further and improve our comprehensions.

Saya sangat hargai bahagian buku ini yangberkongsi latihan dialog dan senarai soalan yang mungkin dan biasanya akan dilontarkan apabila berdepan dengan manusia yang “susah”. Jadi, terutamanya, bagi orang yang agak “timid” kita boleh berlatih dahulu, inshaAllah, dengan persiapan, kita bakal lebih yakin diri berdepan dengan pelbagai situasi “susah” di masa akan datang.
Profile Image for najah samser.
42 reviews1 follower
July 26, 2024
Siapa yang selalu kena hadap dengan orang yang ntah pape perangai, please buy this book.

dalam buku ni, bukan sahaja penulis beri cadangan kepada kita cara untuk menghadapi orang orang yang sukar, penulis juga mengajar kita untuk fahami orang orang sebegini, kenapa mereka bertindak sebegitu? Jadi dengan cara itu kita dapat bantu diri kita juga untuk mencari cara yang matang dan sabar untuk berurusan dengan mereka.

Ramai juga pembaca kata cadangan diberikan rasa macam tidak cukup dan basic. tapi penulis sudah tekankan ini adalah panduan umum dan buku ini semata mata tak cukup nak selesaikan masalah kita. Kalau awak rasa panduan yang diberikan ni masih tidak membantu selesaikan masalah, penulis juga ada cadangkan kita untuk dapatkan konsultansi dari pakar untuk bincang masalah dengan terperinci. itulah yang lebih baik.

Walaupun saya ada empati tinggi, selalu faham dan sabar dengan melayan orang sukar pun saya masih perlukan buku ni jugak.

Yang saya suka pasal buku ni adalah ilustrasi heheheh😂 so tak lah bosan baca.

Terima kasih Akif Basri dan ‘Asim Hatta untuk penulisan ini ❤️ tak ramai orang malaysia tulis buku self help dalam bahasa melayu. jadi saya sangat berterima kasih dengan penulis. teruskan berkarya ya.
Profile Image for Farid Majid.
14 reviews
December 8, 2024
Susahnya Hidup Dengan Manusia mengajak pembaca untuk mendalami perasaan orang yang selalu menjadi mangsa orang-orang yang bermasalah dan bagaimana mangsa dapat menangani dan mendepani situasi-situasi yang sangat menyukarkan.

Penulis menggunakan pendekatan ciptaan watak 'Farid' dalam menghadapi pelbagai ragam manusia, seperti ahli keluarga yang berautonomi tinggi, pekerja yang mempunyai ciri-ciri narsisistik dan manipulatif, orang yang suka membahan, ghosting dalam perhubungan dan juga bekerja dengan orang yang perfectionist. Bagi saya kaedah seperti ini sangat menyenangkan pembaca. Penulis juga menggunakan perumpamaan yang dekat di hati pembaca serta tidak terlalu teknikal dan jargon. Penggunaan ayat juga tidak bersifat menghukum, jadi buku ini pun sebenarnya sangatlah sesuai untuk kita yang mungkin selalu 'bermasalah' dengan orang lain.

Sebab bagi saya, untuk melabel seseorang seperti narcissistic itu bukanlah perkara yang sepatutnya, kerana ia adalah tanggungjawab pakar psikiatri untuk memberi diagnosis yang betul. Memang kita pernah menghadapi orang yang mempunyai ciri-ciri sebegitu. Buku ini memberi panduan yang bersifat layman agar kita yang bukan dari bidang psikologi dapat memahami ciri-ciri kompleks manusia dengan pendekatan yang lebih mudah.
Profile Image for Nasuha Faqihah.
21 reviews
January 13, 2025
Finished! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

This book is definitely one of my faves, right up there with Kekok by Akif Basri.

Every situation felt so real and relatable, especially Situasi 6: Bekerja dengan Orang yang Selalu Bertangguh. It really hit me because in some moments, I felt like the victim, but other times I had to admit I might be the difficult person in someone else's story.

What I love most is how the authors keep reminding us not to label people too quickly. Humans are "haiwan sosial", and it’s better to look at their behaviour (tingkah laku) rather than just slapping a label on them. I also like how they showed both sides; the “difficult” person and the victim.

As they said, "empati perlu ada sempadannya”. Just because you understand someone doesn’t mean you have to let them hurt you. Still, it's NOT a license to justify their hurtful actions, it's just for us to make sense of their actions.

This book made me think a lot about how I see others, how they see me, and just how complicated we all are. It’s not always them, sometimes it’s us. And after all, it’s tough to deal with people, but ignoring the issues is even tougher. So let’s try to be a little better and more mindful of our actions. May we all have that self-insightfulness (celik akal) as mentioned by the authors :)
Profile Image for Nur Aqilah.
11 reviews1 follower
February 16, 2025
Buku pertama yang dihabiskan pada tahun 2025. Selesai baca dalam masa kurang 3 hari.

Suka baca buku ini kerana kandungannya saintifik dan 'relatable' dengan kehidupan sehari-hari sebagai seorang manusia.

Dihidangkan pelbagai tingkahlaku oleh individu sukar melalui kisah-kisah masyarakat dan diberikan tips apa yang boleh dilakukan oleh 'mangsa', 'pemangsa', dan 'orang sekeliling yang melihat'.

Walaupun kebanyakan situasi adalah 'common sense', kadang-kadang kita juga terkhilaf dan secara tidak sengaja menjadi orang yang sukar itu.

Komen lain: penulisannya bersahaja tapi bermula situasi 8 (menghadap orang yang suka membahan dan memperlekeh), saya rasa ayatnya agak 'complicated', kena ulang baca banyak kali baru faham. Dan carta alir pada m/s 227 tu saya rasa macam mengelirukan pada soalan 'kita sanggup berdepan kesan buruk?' > 'ya' > 'elakkan berurusan dengan mereka'. Bukan ke patutnya jawapannya 'tidak'?

Terima kasih kepada kedua-dua penulis atas usaha memasyarakatkan ilmu psikososial ini.
3 reviews
July 8, 2024
Pengajaran yang saya dapat ialah;

1. Jangan cepat menghukum orang.
2. Lihat suatu permasalahan dari pelbagai perspektif dan dari pelbagai faktor.
3. Belajar bertenang jika berhadapan dgn org yg mencabar.
4. Aspek komunikasi itu penting. Kalau tak berpuas hati, beritahu orang tersebut. Mungkin orang yg mencabar itu, lain cara pemikirannya.
5. Kalau kita ialah 'orang yg mencabar' itu, belajar tentang empati.
6. Tingkah laku boleh diubah, dapatkan bantuan daripada orang sekeliling mahupun pakar.

Aspek penambahbaikan;
1. Tatabahasa Bahasa Melayu: perkataan "ianya" adalah tidak benar. Kerana ia dan nya adalah kata ganti nama diri yang ketiga, tidak boleh digabungkan. Boleh digunakan "ia" sahaja, ataupun "...nya" sahaja. Mungkin boleh diganti dengan perkataan lain seperti, "perkara ini"... Dan lain-lain perkataan yang sesuai. Boleh rujuk DBP.
2. Istilah "mengguris hati" adalah yang sebenarnya. Bukan "menggores hati".


Terima kasih☺️❤️.
Profile Image for Zuraini Khair.
1 review1 follower
June 9, 2024
Kali pertama saya melihat tajuk ini saya terus terpanggil untuk membacanya.

Apa yang terlintas dalam fikiran saya pada mulanya ialah, 'Siapa yang susah? Mereka atau saya?'

Kita memang ditakdirkan hidup dengan manusia, maka kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Begitu jugalah tujuan kita dijadikan iaitu menjadi 'khalifah' dan tentunya manusia mempunyai kelebihan tersendiri untuk berhadapan dengan manusia lain.

Buku ini bukanlah fakta untuk mengajar manusia. Ini ialah hasil dapatan dan kajian para penulis yang boleh dijadikan panduan kerana kebanyakan kes dan situasi yang dikemukakan, kita biasa juga alaminya.

Wajarlah untuk kita muhasabah diri dan belajar sesuatu.

Kerana, saya juga terfikir, 'Bagaimana agaknya mereka berhadapan dengan saya?'

Semoga saya dapat memanfaatkannya, dan semoga sama-sama kita hidup dalam emosi yang baik dan terkawal.

-zk-
Profile Image for Bidasari.
299 reviews
December 15, 2025
Penulis memberikan 8 contoh orang yang sukar dan memenatkan.
Disertakan dengan 8 contoh yang jelas.
Dijelaskan daripada POV orang yang sukar dan orang yang menerima penangan orang yang sukar tersebut.
Diakhiri dengan saranan bagaimana menguruskan 8 orang/situasi yang sukar tersebut.

8 orang/situasi yang sukar dan memenatkan:
✅Ibu/bapa yang Autoritarian
✅Berkawan dengan orang yang rasa dirinya lebih Superior
✅Bekerja dengan Perfectionist
✅Dimalukan di khalayak ramai
✅Ghosting dalam perhubungan harian
✅Bekerja dengan orang yang selalu bertangguh
✅Orang Manipulatif
✅Orang yang suka membahan dan memperlekehkan

Selagi namanya kehidupan, kita akan bertemu dengan orang-orang yang sukar walaupun kita telah berusaha untuk menghindarkan diri daripadanya.
Yang paling penting kita usahakan untuk kita menjaga kesihatan mental, emosi dan fizikal kita sebaiknya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews
June 11, 2024
Buku ni bagus dibaca bagi menghadapi org yg sukar antaranya famili, di sekolah, di tempat kerja, dgn kengkawan dan diberikan 7 situasi sebagai contoh
• menghadapi ibu yg berminat authoritarian
• berkwn dgn org yg rasa dirinya lebih 'superior'
• bekerja dgn perfectionist
• dimalukan dikhalayak ramai
• ghosting dalam perhubungan harian
• bekerja dgn org yg selalu bertangguh
• dikelirukan oleh org manipulating
• menghadap org yg sukar membahan & mempelekehkan
Byk info dipelajari & bagaimana nak handle diri menghadapi org2 sebegini... Rupa2 mrk sememangnya mempunyai masalah diri... Setelah membaca buku ni saya lebih tenang dan sabar menghadapi org2 sebegini.
Profile Image for Aisy.
16 reviews
March 14, 2024
Bacaan santai... This book helps us to look at the other's perspective which is good. Although in my opinion, instead of really focusing on how to deal with people, this book is more on how to understand people. And that way, help us 'a bit' on how to deal with them. I say a bit because I felt it's so basic.. Maybe my expectation was just too high. But, it's always nice to have empathy.. Sometimes I hold myself from lashing out harsh words to these 'difficult' people because I understand them. We know why they act that way. Hence, the title... Hahahha
3 reviews
September 14, 2023
Saya suka sangat buku ni sebab as a student, ada certain situation dalam buku ni yang macam boleh saya relate and help me on how to deal with certain type of people. Cara penulisan yang menarik dengan penceritaan kemudian disusuli dengan penerangan banyak memberi maklumat berguna tentang cara nak deal dengan manusia yang sukar. Highly recommended to people yang ada struggle yang sama and really encourage them to read this book.
Profile Image for fthah.
3 reviews
January 21, 2024
just finished my first non-fiction of 2024, and i gotta say, it's a solid start! the book dives into situations where we find ourselves as 'difficult people' and dealing with those who are 'difficult'. it gives some great suggestions for both sides in handling these situations. i really appreciate how the author keeps stressing not to jump to quick conclusions about people's behavior and throw them into specific categories. overall, a great read that's worth checking out for anyone!
Profile Image for Muhammad Faizuddin.
42 reviews1 follower
May 20, 2025
Buku yg mempunyai isi dan konteks yang bagus mendepani pelbagai ragam manusia. Seperti narsistik, oportunis, procastinator dan sbgainya. Penulis juga berkelayakn dlm bidang psikologi klinikal yg membawa fakta bersama-sama tulisannya.

Kritikan saya penulis cuba membawa isi melalui naratif penceritaan jalan cerita watak farid ni, pada saya mcm tak berapa sampai isinya. Dan nmpak penulis seolah-olah terlalu menghuraikn isi2 dan contoh yang sedia maklum pada pembaca.

Antara kejayaan penulis2 buku barat cara penyampaiaan mereka menarik mungkin dgn olahan drpd editor yg berpengalaman. Sisipan cerita kejayaan manusia dan contoh2 yg relevan kpd pembaca dlm meningkat keberkesanan terhadap isi2 dlm buku ini.

Akhir kata buku yg santai mudah di fhami 👍🏼. Teruskn berkarya..
6 reviews
December 16, 2025
Buku ini memberikan panduan asas tentang cara mengurus emosi ketika berhadapan dengan individu yang sukar. Secara keseluruhannya, pada pendapat saya, golongan “orang yang sukar” inilah yang sebenarnya lebih patut membeli dan membaca buku ini, berbanding mereka yang menjadi mangsa kepada sikap orang-orang tersebut. Persoalannya, bagaimana kita mahu tahu sama ada kitalah orang yang sukar itu? Bacalah buku ini dan bukalah hati 😅
4 reviews
January 2, 2024
Penulis membawa pembaca menelusuri emosi, tingkahlaku dan perasaan manusia bila berhadapan dengan insan yang mencabar.

Dipimpin dan dijelaskan dengan penuh ilmiah, pembaca disajikan dengan nasihat dan turutan yang bermanfaat untuk menghadapi pelbagai situasi dan juga memberikan panduan umum bagaimana pembaca boleh mendepani situasi dan insan yang mencabar.
Profile Image for Siti Khadijah Mn.
14 reviews4 followers
January 20, 2024
Buku yang menarik dan padat dengan isi. Syabas penulis muda! Cuma sedikit komentar daripada pembaca marhaen seperti saya, banyak selingan perkataan dan ayat di dalam bahasa Inggeris di dalam buku berbahasa Malaysia agak kurang enak dibaca menurut pendapat saya. Ada ketikanya saya berasa seperti membaca buku terjemahan. Mohon maaf andai tersalah bahasa. Teruskan berkarya dan menulis!
Profile Image for Khairul Ikhwan.
37 reviews9 followers
Read
September 29, 2024
Buku ini mungkin ringkas tetapi ia menjadi pengenalan yang baik untuk saya yang bukan pembaca buku bertema psikologi. Persembahan kandungan melalui cerita kehidupan Farid buat saya lebih memahami bagaimana sesuatu situasi itu berlaku dari pelbagai perspektif. Baik juga kalau ada buku kesinambungan yang mungkin lebih terperinci dan mendalam.
7 reviews
December 18, 2023
Buku ni best baca. Kena pulak waktu saya baca ni, semua contoh situasi yang diberi memang saya tengah hadapi. Lagi la rasa buku ni dekat je saya dan sesuai sangat untuk saya. Banyak perkara yang saya belajar daripada buku ni untuk tangani masalah dengan rasional dan secara harmoni.
Displaying 1 - 30 of 42 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.