Jump to ratings and reviews

Heroin Untuk Angah

Sejak dari kecil, Dee sangat cemburukan kehidupan Fizah iaitu kawan baiknya sendiri. Ada kehidupan yang sempurna dan abang yang prihatin.
Setiap kali dia nampak angah manjakan Fizah, perasaan sayang terhadap seorang abang bertukar kepada crush. Dan perasaan itu bertukar kepada rasa ingin memilik lelaki itu. Berbeza pula dengan Lee a.k.a. angah. Kehadiran Dee hanya buat hidupnya rimas.
“Nanti awak rindukan saya tak kalau tiba-tiba saya hilang?”- Deena Amalin
“Aku rasa, itulah saat paling bahagia untuk aku.”- Khaleed Huzaifah
Dan benar gadis itu terus hilangkan diri dari hidup Lee bertahun-tahun. Namun takdir seolah-olah mempermainkan hidup Lee apabila gadis itu muncul kembali sebagai tunangnya.
“12 tahun awak menghilang. Kenapa tiba-tiba…”- Khaleed Huzaifah
“Surprise. I’m back.”- Deena Amalin
Siapa sangka perkahwinan yang diatur oleh keluarga mereka berjalan lancar. Tapi sikap Lee yang seperti kayu, buat Dee terpaksa berusaha untuk mendapat perhatian suami sendiri.
Kehadiran kisah lalu Lee buat kehidupan rumah tangga mereka sedikit terganggu. Lebih-lebih kisah silamnya ada kaitan dengan Dee. Rahsia Dee buat Lee jatuh terduduk menyembah bumi.
“Dee akur kalau abang tak dapat terima Dee. Dari awal lagi Dee tak berharap perkahwinan kita akan kekal.”- Deena Amalin
“Apa lagi yang Dee tipu abang?”- Khaleed Huzaifah
Apakah yang berlaku dalam kehidupan Dee selama 12 tahun menghilang? Dan mampukah Dee mempertahankan perkahwinannya setelah rahsianya terbongkar?

Unknown Binding

Published January 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Mia Azwari

87 books449 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (29%)
4 stars
23 (45%)
3 stars
12 (23%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for zairaidah.
435 reviews44 followers
September 3, 2023
Dee, awak memang heroin untuk angah. Pandai penulis sorok apa yang sebenarnya jadi pada Dee.

'Nanti awak rindukan saya tak kalau tiba-tiba saya hilang?'

Best. Angah tu memang beku. Susah sikit nak tunjukkan sayangnya pada Dee. Tapi disebabkan rahsia yang Dee simpan terbongkar. Angah dah tak malu nak tunjukkan kasih sayangnya pada Dee.
Profile Image for Cutie_pie28.
559 reviews12 followers
January 28, 2026
Dee berjiran dengan Fizah.. Fizah ada dua abang.. Along dan Angah.. Dee memang crush ngn Angah ni dari kecik..

Satu hari Dee dapat tahu yg Papa ada keluarga lain.. dan Mama sentiasa terpaksa mengalah kalo ada apa² yg jadi.. yee laa isteri pertama ni Dato kaya..

Sehari sebelum pindah, Dee jumpa Angah dan tanya
“Nanti awak rindukan saya tak kalau tiba-tiba saya hilang?” Haa memang lepas tu Dee hilang esok nya.. Masa Dee pindah, Lee sedih tapi dia nafikan perasaan dia..

Lepas 12thun, Lee di tunang kan atas pilihan keluarga dia.. sbb ayah dia tk berapa sihat.. dan Along ngn Fizah da kawin.. jdi Lee follow the flow laa.. Masa tunang memang Lee terkejut sebab dia tunang ngn Dee.. tapi Lee macam biasa acuh tk acuh jee perangai..

Lepas kahwin macam² cerita terbongkar tentang Dee, keluarga Dato Farha dan kisah lama Lee dengan Daria.. Lee tk penah kisah pun pasal Daria tu.. dia lebih kisah kan pasal Dee..

Da tau keadaan Dee lgi laa Lee sedih.. dia tak ter daya sebab tak tau Dee terseksa da lama.. memang masa nie Lee support dan protect sungguh² Dee..

Masa baca awal² pasal Lee buat kt Dee tu memang sedih tau.. tap Dee sentiasa ceria orang nyee.. dia cuba jadi kuat depan orang semua..

Dalam buku revamp ada bonus cerita pasal Daria dan Norman..
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
July 26, 2024
Kisah jiran suka anak teruna

Lee tak suka tapi bila Dee berpindah tanpa inform hati Lee rasa sakit

Kisah dia santai tapi pedih
Profile Image for ❁ lilyreadsromance ❁.
2,199 reviews1,219 followers
July 23, 2026
Slowly but surely, aku dah semakin terjebak balik baca novel melayu ni. Ni semua sebab drama Jabbar tu.

As for the novel itself, eh. Okay la. Trope childhood friends to lovers ni, kalau pandai buatlah, memang menjadi. In this one, macam dah jadi tapi macam ada kekurangan sikit kat part mula-mula dia. Plus, after dia dah kawin tu, macam dah tak da plot lagi la. Penceritaan dia dah jadi linear, no resistance, no conflict much (except part ). So, dia jadi bosan sikit.

But all in all, entertaining la, kalau ikut standard novel-novel Melayu ni. Tak expect banyak pun, asalkan tak bosan. Itu yang paling penting hehe
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews23 followers
January 24, 2025
Bersungguh Dee untuk mendapatkan cinta dari Lee. Mereka kenal sejak kecil dan Dee selalu ingin menempel dengan Lee. Cuma Lee rimas. Dia tak suka. Dia rasa Dee tu terlalu annoying. Sehinggalah Dee pergi dari hidup Lee sekeluarga.

Bukan mudah menjadi perempuan yang bernama Dee. Banyak yang dia simpan dan sedihnya dia selalu berasakan dirinya hanya menjadi pilihan kedua kerana papanya dulu lebih mengutamakan keluarga isteri pertamanya. Lee juga pernah mempunyai kekasih hati sebelum mengahwini Dee.

Segala yang Dee pendam akhirnya terbongkar. Banyak yang pahit dari manisnya. Jujurnya saya rasakan penulis tidak adil menulis tentang watak Dee dan Daria. Kesian Dee. Dari kecil sudah diberi ujian sehinggalah dia sudah berkahwin. Berbanding dengan Daria, walau Lee sudah melupakan cinta Daria, namun Daria hidup dengan penuh bahagia walau pernah membunuh orang😏
Profile Image for Booku Puspita.
65 reviews1 follower
September 11, 2026
Dee suka dekat abang kawan baik sendiri. Diaorang pula berjiran dari kecil lagi. Memang di mana ada Dee, di situ ada Fizah dan abang-abangnya. Puncanya satu sahaja: abang-abang Fizah ini terlalu overprotective terhadap adik mereka sendiri. Dari situlah Dee mula menyukai Angah (Lee).

Tapi Lee ini lain sikit berbanding Along. Kalau Along melayan Dee sama macam melayan Fizah, Angah pula selalu nak marah je kalau dengan Dee. Tapi suatu hari, Dee tiba-tiba menghilang sampai Lee terasa kehilangan.

Hidup Dee banyak rahsia yang orang luar atau Fizah sendiri tidak tahu. Kalau dia cerita, orang akan pandang buruk terhadap keluarganya, terutamanya mak dia. Jadi salah satu cara dia kena tunjuk yang dia sentiasa okay. Ada juga plot twist yang berlaku dalam hidup Dee yang kita tak sangka, tapi tak sanggup nak salahkan Dee sebab dia buat semua itu untuk kepuasan diri atas apa yang berlaku sepanjang hidupnya.

Lee ini ego, tahu nak marah sahaja kalau berdepan dengan Dee. Komunikasi pun out, sebab itulah Dee boleh salah faham dan ingat Lee tak nak kahwin dengan dia. Tapi selepas dah tahu semua rahsia Dee dan keluarga, terus jadi lembut hati. Masa Dee kena kanser tu, betul-betul dia jaga Dee sepenuh hati. Nampak sisi penyayang Lee.

Buat isteri pertama ayah Dee pula, scene dia memang buat kita sakit hati! Dalam masa yang sama, buat kita sedih dengan hidup Dee dan mak dia. Kalau in real life, isteri kedua ini memang orang akan pandang hina sebab kononnya perampas. Tapi dalam kisah ini, mereka sebenarnya tersepit.

Tak cukup rasanya dengan kisah Lee dan Dee ini. Kita rasa ending dia agak rushing sebab nak tunjuk POV Daria dan Norman yang kita rasa tak perlu banyak pun scene diaorang. Kebanyakan cerita dah disampaikan dalam kisah Lee dan Dee, cuma yang ini versi lebih detail. POV Daria dan Norman punya tebal itu dah macam tebal novel pendek. Kalau ada novel berasingan kisah tentang Daria & Norman lagi ok.
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 8, 2023
* Reviu Spontan 😘

Covernya comel kan...kan. Super cute.
Kata puan penulis, ini kisah Romantic + Komedi a.k.a Romcom. Percayalah.

Dee crush gila yang amat dengan Lee, dari kecil ya. Sejak sekolah rendah sampailah dia berumur 16. Lepas tu dia pindah.. tinggalkan Lee dengan penuh tanda tanya.

12 tahun kemudian...Lee kena bertunang aturan keluarga. Redha ajelah sementelah dia baru putus cinta. Dah selesai sarung cincin nak bergambar dengan cik tunang...tu diaaaaa. Terkedu tergamam semua ada.

Lepas tu...apa jadi?
Lepas tu...ada sengih..ada geram...ada sedih. Kali ni sedih dia lain macam. Kak rasa siapa yg dah baca mesti tahu kali ni peel nangis dia memang menusuk ke hati.

Plot twist?
Haruslah ada...aihhh, rupanya begitu kejadiannya.

Citer ni comel. Yang tak berli lagi silalah...mesti terhibur dengan gelagat Dee yg gedik merenyam, lepas tu rasa nak peluk dia erat-erat😭.

Angah?
Hijau sawah padi...semerbak daun pandan 😘

Okeh..nak sambung Cinta Hati Angah pula. Nak imagine angah si lily ni ehhhh

200823
Profile Image for SilverBit_.
153 reviews1 follower
August 26, 2026
Seronok jek baca novel ni sebab dia macam straight to the point.

Dee suka dekat Lee sejak kecil lagi. Tapi si Lee ni pulak macam nak tak nak melayan si Dee. Akhirnya Dee pergi menghilang dan kembali semua ke dalam hidup Lee selepas 12 tahun sebagai tunang Lee.

Tapi……….

Dee kembali dalam hidup Lee rupanya sebab ada motif lain. Walaupun Dee memang sukakan Lee, tapi antara sebab kenapa dia bertunang dengan Lee adalah sebab nak balas dendam.

Dalam pulak nak membalas dendam tu, banyak pulak rahsia (yang tak berapa nak rahsia sangat) yang terbongkar. Punca ibu Dee meninggal dunia, sakit yang ditanggung oleh Dee & rahsia yang disimpan oleh ayah Dee.

Bila semua masalah ni muncul, nasib baik ada Lee yang sentiasa memberi kekuatan kepada Dee.

So, akhirnya pun, Dee & Lee dapat diorang punya happy ever after.

Btw, suka sangat cara formatting novel ni (edisi revamp). Senang nak baca hard copy dia. Suka jugak pemilihan kertas. Terasa macam pegang novel2 import luar negara.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books111 followers
August 28, 2023
simpati dengan dee. tapi penulis memang bijak sorok kisah dan kesedihanla. tapi nak sedih juga, boleh tak?

dee memang suka pada angah. walaupun angah seakan tak peduli akan diri dia, tapi dia tak peduli. cumanya, mereka terpisah sebab dee terpaksa pindah mengejut. sedih. memang dee sedih.

12 tahun kemudian, fizah dan along sudah pun berkahwin tapi angah tetap sendiri. dan dia terima saja bila nak dijalankan dengan pilihan keluarga. siapa? tentunya dee.

sedap baca. watak dee memang kuat walaupun dia diduga dengan hebat. tak kurang watak angah. dugaan yang dia perlu hadap memang payah hendak disebut. tambah angah bukan jenis manusia yang meluah rasa.

bukan menjadi pilihan utama tidak menjadi sebab untuk tidak boleh raih bahagia. dengan cara sendiri.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews