Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bawah Payung Awan

Rate this book
Persahabatan mereka bagaikan awan yang memayungi saat panas terik mentari membahangkan tubuh.

“Aku awan yang akan selalu payung kau ke mana saja kau pergi…”

Kawasan setinggan yang bagaikan neraka dunia itu menyajikan seribu satu ujian yang menggoncang persahabatan mereka. Widad cuba menjadi semangat untuk Soleiman dan Hanan.

“Apa yang kau ada, Widad?”

“Diri aku, keupayaan aku. Hanya aku yang dapat ubah aku. Hanya aku yang dapat tolong aku…”

Namun, cemburu Hanan yang tidak bertepi datang menghukum. Widad dan Soleiman dipergunakan.

“Hanan nak akak tinggalkan dia! Kalau akak tak buat, Hanan akan bencikan akak!”

Mampukah Soleiman mencagarkan sebuah rasa kerana janji yang diikrarkan kerana simpati?

“Kau tau apa kau rasa. Aku tau apa aku rasa. Tapi kita tahu perkara tu mustahil…” - Soleiman

“Kau kata kau awan aku. Kalau aku tak capai langit, macam mana aku nak jejak awan?” - Widad

Dalam menempuh pasang surut kehidupan, tiga hati berjuang mencari secangkir bahagia.

484 pages, Paperback

First published January 1, 2023

15 people are currently reading
138 people want to read

About the author

Liza Nur

23 books111 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (67%)
4 stars
16 (25%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,115 reviews204 followers
June 8, 2025
Terus terang cakap buku ini berat jalan cerita dia. Berkali² F dalam mode "pause".

Karya ini arah slice of life... more ke reality kehidupan anak² di kawasan setinggan.

Widad merupakan anak seorang pelacur yang tabah harungi life dia... yang sentiasa positif... yang cuba keluar dari life setinggan

Sol kawan baik Widad, yang sentiasa ada dengan Widad.. yang tersasar disebabkan Hanan atas dasar simpati

Hanan, errmmm suka playvictim rasa diri dia dianiaya padahal diri sendiri yang taknak keluar dari kejahatan itu

F memang sakit hati dengan sikap Hanan.

After Sol kena caught dengan police sebab cuba rompak bank, dia dihantar ke sekolah gurney. Eloklah Sol... jadi useful dari useless 🙈

F suka Sol cakap dia taknak kahwin dengan Hanan.. taknak masuk dalam perangkap Hanan. Marah Sol bila Widad masih lagi postive terhadap Hanan. Suddenly, Hanan appeared and said she missed Sol.

Ishh janganlah Sol termasuk dalam perangkap dia. Berkali² Sol cakap kat Widad.. dengar boleh percaya jangan.

Satu lagi kes si Raykal, F tak faham sikap dia. Widad dah beri clear message "i dont like you".. nak marah² pulak bila hantar rombongan without Widad's knowledge. Dari awal F kurang gemar sikap dia.

Sekiranya uols minat cerita realistik slice of life dengan elemen persahabatan, trauma, dan kebangkitan diri, novel ini sangat sesuai.

Bacalah 😊
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 9, 2023
32-2023

Bawah Payung Awan - Liza Nur

Yang ingin mencari kelainan dalam sebuah kisah cinta, novel ini sangat direkomendasi. Cukuplah yang saya boleh katakan, ini bukan novel cinta klise yang biasa. Ini sebuah kisah hidup tentang bagaimana untuk kita terus menjadi manusia kuat pada masa depan. Ketabahan seorang Widad benar benar memberi inspirasi.

Permulaan cerita yang menarik ditambah dengan sedikit sentuhan plot twist pada saat saat akhir menjadikan karya Bawah Payung Awan ini antara novel terbaik tahun 2023. Tahniah buat Liza Nur. Teruskan berkarya menghasilkan karya yang mampu menyedarkan masyarakat.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
November 16, 2023
Dugaan itu tanda Allah sayang. Sakit itu tanda Allah merindu. Kerana kedua-duanya mendekatkan kita kepada-Nya. Hadiah untuk mensyukuri setiap dugaan dan kesakitan itu takkan pernah terjangkau dek fikiran makhluk selemah dan sekerdil manusia. Destinasi bahagia pasti akan ditemui jua walaupun perjalanan dan liku setiap manusia itu berbeza-beza.

Terima kasih kepada penulis Liza Nur sebab setiap karyanya tak pernah mengecewakan saya. Ending dia tu buat kita berdebar betul tapi nasiblah 'happy ending'.
Betullah, hidup ini adalah satu perjalanan yang tidak ada kepastian.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 2, 2023
personal rating; 4/5
pain level; 7/10💔

genre — slice of life, friendship

trope(s) — friends to lover, found family, dysfunctional family, broken home, dark past, betrayal

TW — physical abuse, prostitution, r@ped

📝Ini kisah tiga sekawan dari kecil Widad–Soleiman–Hanan yang hidup di kejiranan setinggan ataupon dianggap neraka dunia bagi mereka. Tiada pertalian darah tapi hubungan dan kasih sayang yang dibina tiada yang mampu mempersoalkan.

Widad yang berjuang untuk menamatkan pelajaran dan mendapatkan kerja yang bagus supaya dia dapat bawa dua sahabatnya itu merasai kehidupan yang lebih baik. Soleiman yang menjadi pelindung buat dua gadis itu dan Hanan yang diuji sentiasa merasakan dialah mangsa.

"Manusia tak dapat memilih ibu bapa mereka."

Dihukum atas kesalahan ibu bapa sendiri dan dipandang skeptikal oleh orang luar yang menganggap mereka sama sahaja seperti ibu bapa mereka.

---

PAIN.sumpah.😭💔💔😔😔

the plot. the storyline idea. the journey. kisah yang sangat membuka mata and i really love how realistic this story and how it breaks all the cliches! Tak semua character dan pengakhiran buku itu perfect and this book serves you that kita sangat lurveee🫶🏻

serius hubungan Widad dan Soleiman is just pure and genuine another level of friendship🥹💗 how they take care of each other and ready to give it all just aaaaaa i want what they have😭🫶🏻 chemistry diorang memang top notch✨

"Aku awan yang akan selalu payung kau ke mana saja kau pergi." — Soleiman

Sol punya act of servie memang 🔛🔝

talking about the villain ayoo memang stess mak🥲 susah ya bila kita rapat dengan orang yang ada victim's mindset ni. dia rasa dia lah yang terpaling susah dan taknak nampak pengorbanan orang lain🙂 plot twist dia kita boleh agak maybe sebab banyak baca buku genre begini but still amazed how author bawak and execute sampai plot twist tu tiba sebab kalau orang yang terbuai dengan storyline memang takkan boleh agak plot twist tu datang👍🏻

naratif terlalu banyak pada awalnya dengan font buku yang rapat adoila😂 struggle saya nak fokus but by times bila dah dapat rentak tu, alhamdulillah pace membaca jadi best!

ENDING YANG SANGAT CHEFKISSSS BILA TUTUP BUKU TU RASA PUAS GILA😭🫶🏻 really recommended for those yang suka baca buku pain, i didnt cry tapi sebak dan sesak dada baca kisah ni and really doing my own self reflection after habis baca💔💔
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
December 29, 2023
Rate: 5⭐️

Tak tau sebenarnya nak review macam mana buku ni, sbb buku ni sangat berharga dengan menggambarkan pelbagai nilai pengajaran, persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Kadang-kadang kita memerlukan buku yang menghamparkan realiti dan bukan sekadar memberikan angan-angan 😌

Aku suka penulisan author ni, tak tau nak explain tapi rasa smooth dan kena dgn jiwa aku. Dan aku suka mcm mana karakter2 yang ada dalam buku ni buatkan aku invest nak tau kisah every one of them. Karakter2 yang pada aku ada strong point dan bagaimana berbezanya mereka tapi boleh menjadi dekat antara satu sama lain. Even sekecil2 watak pun, author ni berjaya jadikan watak tu hidup, for me la.

The main lead : Widad , what a strong girl 💪🏻 Sol, what can i say 🤌🏻 Hati ni sayu sangat bila part Sol 🥲 Hanan, insan yg tak dapat dibenci dan dalam masa yg sama tak dapat nak suka 🤧

Apa yang aku boleh ckp tiga keadaan, insan yang cuba merubah kehidupan, insan yang hanya berserah dengan kehidupan tanpa usaha dan insan yang dihimpit dengan pahit masa lalu yg menjerat kehidupannya. Tapi point yang penting kat sini mcm mana diorang ni react to the situation yg diorg hadapi merubah hidup diorang eventhough diorang pernah berada di satu titik yang sama suatu ketika dulu. 🥹

Apapun, saya rekomen buku ni untuk orang baca sebab banyak benda yang nak disampaikan dalam buku ni yang saya yakin semua akan terkesan huhu 😣 Btw, bear in mind, buku ni mmg kena prepare mental jgk, sbb it was not an easy journey 😅 Check for TWs before you guys baca. Tp jgn risau, dalam pahit2nya buku ni masih ada gulanya sikit dkt hujung 🤭 Sol punya effort to Wid 🔛🔝 Panjang lak gue bebel. More to rant je sbnrnya ni. #emptycanvashida
Profile Image for meenie.
351 reviews2 followers
April 2, 2024
the best out of the best !
tolonglah saya merayu untuk korang baca buku ni 😭😭😭😭 coz honestly im blaming myself kenapa i tak terfikir nak grab this book dari tahun lepas lagi ish -

we started with :
widad, hanan dan soleiman (i prefer solehin hihi). dibesarkan di rumah setinggan. hidup berdikari sepanjang masa. hanya bergantung kepada sesama mereka.

widad ; ada mak tapi mak pelacur. tak nak jaga anak sendiri
sol ; ada bapak tapi kaki pukul. ada nenek tapi dah uzur
hanan ; ada mak tapi mak sibuk marahkan dia sebab dia punca abang dia kena masuk penjara walhal abang dia rogol dia time umur 9 tahun

widad percaya dengan pelajaran dapat ubah nasib mereka. tapi berbeza dengan hanan dan sol, dua-dua rasa takde harapan. takde siapa yang boleh bawak diri mereka keluar dari kawasan ini. sol janji nak kawin dengan hanan bila hanan dah habis spm tapi hatinya terikat dengan widad. dua-dua ego tak nak mengaku suka sama suka. widad keras kepala sentiasa berfikir rasional beza dengan sol yang hanya ikutkan widad. semua perempuan sama kecuali widad.

tbh, i enjoy this book so much like 😭😭😭😭😭 sangat sukerrr aku geram betul dengan hanan tu eh konjangn sampai aku rejam ko dik. hidup sentiasa menyusahkan orang. asyik itu asyik ini dah berjaya pun susahkan orang. yang sinwidad ni tak habis habis salahkan diri sendiri pastu sol pun sama menyampah ei - tapi faham, diorang cuma ada diri mereka saja
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
June 7, 2024
Lain sungguh novel genre SOL yang saya baca kali ini. Taktahulah nak rant mende sebab saya betul2 suka kelainan dalam cerita ni. Cubalah baca kalau sukakan cerita yang bertemakan slice of life. Beware, cerita ni ada TWs.
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Sejujurnya, buku slice of life bukan sesuatu yang kita akan terlampau suka masa baca. Sebabnya bila baca genre SOL ni, dia tak ubah macam kita ditarik masuk dalam realiti, sedangkan keinginan kita baca buku disebabkan nak hidup dalam fantasi dan imaginasi. Jadi, jarang kita baca genre SOL sebab takut. Takut terkesan dan makan dalam berdesup masuk ke hati.

Dan ya, Bawah Payung Awan ni terlampau dekat dengan kehidupan Kirah. Kita pernah melalui hidup macam Widad dengan Sol. Walaupun tak seteruk dan sedaif mereka tapi pernah, pernah tu dah cukup untuk buatkan kita relate dengan ceritanya.

Widad, Soleiman dan Hanan.
Mereka kawan baik dari kecil lagi. Hidup miskin, beratapkan bumbung bocor, bertempatkan kawasan setinggan. Kiri kanan hanya kedaifan.

Tapi Widad, dia lain daripada dua kawannya tadi. Dia tak mahu langkah dia ternoktah pada satu titik dan kitaran yang sama. Dia nak ubah nasib keluarga dia. Dia ada cita-cita, jadi dia kejar cita-cita tu sampai akhirnya dia jadi doktor.

Tapi tidak dengan Soleiman dan Hanan. Soleiman, dia tak pernah berharap tinggi. Dan jalan takdirnya membawa dia ke arah 'kotor' selamanya di mata masyarakat. Tapi Allah tu Maha Penyayang. Manakan mungkin hujan boleh turun selamanya.

Dia hadirkan awan, biar mendung asalkan teduh.

Hanan?
Hanan.. Dia yang dewasa masih berakalkan anak kecil. Trauma, kesan masa silam membuatkan pemikiran dan pendiriannya tetap tak berubah. Takkan berubah.

Ya, ada. Ada manusia macam Widad, Soleiman dan Hanan dekat luar sana. Dan konklusi kepada hidup kita ni hanya pilihan. Pilihan yang membawa sama ada kita mahu berjalan, berlari atau patah balik ke belakang.

Pilihan.

Tersilap pilih, merana sampai bila-bila.

Overall, terima kasih banyak Kak Liza sebab buat satu cerita yang sangat dekat dengan kita macam ni. Buku ni wholesome. Dia cukup rencah dan bahasanya molek sungguh. First time baca cerita daripada akak dan ya, akak dah curi hati dan perhatian kita. Nanti kita kena cari buku-buku akak yang lain.

As someone yang pernah hidup dalam kawasan setinggan, bila baca buku ni, ibarat dia tumbuh dan hidup semula dalam jiwa kita walaupun sekarang kawasan tu tak lagi kita tinggal. Tapi ya, kita tak pernah lupa dari mana kita datang.

Paling legend, tong biru tu. Mana akak tau tong biru legend tu memang wujud dekat kawasan setinggan? Kita dulu berendam dalam tu tau masa kecik-kecik 🤣.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
December 30, 2023
Bawah Payung Awan oleh Liza Nur

Buku ini mengisahkan tentang tiga sekawan- 𝗪𝗶𝗱𝗮𝗱, 𝗦𝗼𝗹𝗲𝗶𝗺𝗮𝗻, 𝗛𝗮𝗻𝗮𝗻. Mereka bertiga tinggal dikawasan setinggan sejak kecil lagi. Hubungan mereka juga sudah seperti keluarga. Namun, mereka mempunyai masalah dan ujian yang menimpa hidup masing-masing.

Widad, walaupun hidupnya susah namun dia merupakan pelajar cemerlang. Widad sedaya upaya mengajak Soleiman dan Hanan untuk keluar dari dunia mereka dan memulakan hidup baharu.

"𝐊𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐧𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚. 𝐓𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚" -Sol

"𝐀𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐫𝐮𝐚𝐡" -Widad

Mampukah mereka mengubah nasib hidup mereka?
_____________________________

Guys, I'VE FOUND ANOTHER GEM TO READ! Srsly this is such an underrated book that you should read once in your lifetime 🥺😭

Buku ini sememangnya membuka mata kita kerana setiap manusia layak untuk memulakan hidup baharu dan berubah kearah yang lebih baik. Walau berat mana pun ujian yang menimpa, asalkan kita berusaha pasti akan ada hasilnya.

Kita suka karakter Widad. Pemikirannya sentiasa positive, dan maju kehadapan. Dia juga matang dan sering mengambil berat tentang Sol & Hanan. Walau berat mana ujian yang dia tempuhi, Widad sentiasa menunjukkan yang dia cekal dan kuat dihadapan semua orang.

Sol pula, walaupun dia dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, namun dia juga mengambil berat tentang Widad, Hanan & neneknya. Sol punya act of service tu memang 🔛🔝.

"𝐀𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐲𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮" -Sol
"𝐀𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮 𝐣𝐮𝐠𝐚" -Widad

Dalam buku ni pun banyak sangat nasihat & pengajaran yang dapat dijadikan inspirasi buat kita. Buku bagi kita, memang cukup rencah, cukup perasa. The storyline, the characters semua tip top. Bagaimana penulis mengolah kisah persahabatan, percintaan, dan kekeluargaan mereka semua tu memang menusuk kalbu. Berhabuk mata kita. 🥺

As for the ending, KITA PUAS. Srsly ending dia cute gila. After all the things that they went through, they deserves a happy ending. ❤️
Profile Image for Bella Harun.
4 reviews
February 9, 2026
Novel pertama karya Liza Nur yang saya baca, tak sangka telah berjaya memecahkan segala prasangka saya yang selama ini saya kira novel hanyalah tentang cinta dan imaginasi semata-mata. Sangat realistik!

Bawah Payung Awan ini mengisahkan kisah kehidupan 3 insan yang bergelut dengan keperitan untuk bertumbuh menjadi manusia yang bahagia. Dapat makan dan tidur di tempat yang selesa itu sudah dikira satu nikmat buat mereka. Dan kisah mereka membuatkan saya terfikir, "Memang ada ya insan diuji dengan cara ini, kita je yang tak nampak."

Widad - seorang perempuan yang sangat kuat yang sentiasa percaya nasib hidupnya masih boleh diubah dengan impian, usaha dan doa. Walaupun dia dibesarkan dalam keluarga yang serba-serbi tak cukup, tapi dia tahu yang ilmu mampu mengubah takdir hidupnya jika dia berusaha sungguh-sungguh.

Soleiman - teman akrab Widad dari kecil yang baik tetapi hampir berputus asa dengan hidupnya sendiri. Kerana dia merasakan segala pengorbanan yang dia buat takkan pernah cukup untuk mengubah nasib keluarga mereka, dan juga nasib teman-teman rapatnya. Dan akhirnya 'tewas' dengan bisikan nafsu yang melanda, tapi ternyata Allah sentiasa punya cara untuk selamatkan sesiapa yang Dia kehendaki. Akhirnya Sol bangkit jua dengan caranya tersendiri, cliche kan? Tapi plotnya sangat menarik 🥹

Hanan - insan ketiga yang tersepit di antara Widad dan Soleiman yang tidak bernasib baik dan hidupnya penuh derita dari kecil lagi. Tetapi sayangnya Hanan memilih 'jalan keluar' yang dia rasakan pilihan itu sangat tepat. Dan akhirnya terperangkap dengan 'kisah' tersendiri. Hanan juga merupakan watak yang mengundang amarah pembaca, tetapi saya tidak sanggup untuk benci watak ini kerana segala yang jadi pada awalnya bukan kehendak dan pilihannya. It's too hurt for her to go through that!

"Kadang-kadang kau perlu berhenti tanya apa yang kau tak ada, apa yang kau hilang. Kadang-kadang kau patut fikir apa yang kau ada...." - Widad

Pedih amat ya perasaan baca novel ni,
tapi korang wajib baca tau. 😭
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
May 31, 2024
Ini kisah tiga orang yang membesar bersama-sama di kawasan setinggan yang cuba untuk mengubah nasib dan kehidupan mereka dan untuk keluar dari kepompong hidup yang serba hitam, hina dan melarat.

Widad adalah contoh wanita yang punyai hati dan jiwa yang kuat, kental dan tidak pernah putus asa dalam mengubah nasib dirinya. Soleiman adalah seorang sahabat dan pelindung yang setia dan sanggup berkorban jiwa dan raga demi orang yang amat disayanginya. Hanya mereka yang telah mengalaminya sahaja yang dapat memahami segala apa yang dirasai oleh setiap watak dalam karya hebat ini.

Setiap orang di dunia ini tidak sama ujian dan dugaannya. Bacalah anda pasti akan merasa keperitan dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh tiga watak utama dalam kisah ini.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
June 22, 2024
Seriously, cerita yang best dan banyak pengajaran. Boleh dihadam walaupun saya membaca dalam keadaan kesihatan yang kurang baik (batuk+sakit tekak+selesema). Novel ni pun sedang diinspirasikan dalam bentuk drama untuk tayangan di Viu. So, saya baca sambil membayangkan Ben Amir sebagai Soleiman dan Nabila Razali sebagai Widad (versi novel Widad ni free hair).

Saya suka semuanya. Contohnya perkataan 'metafasa' yang Sol selalu salah sebut. Tahniah penulis sebab berjaya sampaikan rasa itu. Cara hidup di setinggan, persahabatan yang erat (susah senang sentiasa bersama). Wid sampai sanggup ketepikan kepentingan diri sendiri demi nak tolong dan menyara orang lain (Hannan). Tapi malangnya, usaha tersebut tidak dihargai malah sentiasa si mangsa cemburu pulak dengan keakraban Sol dengan Wid. Ending pun best walaupun Sol terpaksa bersanding seorang diri ditemani Ame. Watak Ame ni pun cool la. I like it!

Tapi satu je tak best! Macam biasa banyak pulak typo lagi-lagi bila dah nak sampai penghujung. Boleh pulak Hanan jadi Widad. Oh, big 'No' ya di situ.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 12, 2024
Kisah Widad, Soleiman dan Hanan yang tinggal di kawasan setinggan. Hidup mereka penuh dengan kesukaran di 'neraka' sementara itu. Bolehkah mereka berjaya untuk keluar dari situ? Berdikari atau minta pertolongan? Tanggungjawab atau pilihan hati? Malu atau berusaha?
Profile Image for Hamidah Effendi.
398 reviews4 followers
July 18, 2025
Ulasan Buku: Bawah Payung Awan oleh Liza Nur

Sebuah kisah yang sarat dengan luka, harapan, dan perjuangan. Bawah Payung Awan bukan sekadar kisah kehidupan anak-anak setinggan — ia tentang nilai persahabatan, aspek nilai kekeluargaan yang runtuh, dan usaha untuk bangkit dari takdir yang menghimpit.

Tiga watak utama yang masing-masing bawa beban dan kekuatan tersendiri:

Widad — menjadi tiang moral untuk dua sahabatnya, sentiasa cuba menarik mereka kembali ke jalan yang lurus walau dirinya sendiri diuji.

Sol — pelindung kepada yang lemah, tapi dalam masa yang sama bergelut dengan konflik diri yang tidak mudah dileraikan.

Hanan — watak yang paling menyayat hati. Hidupnya diranapkan oleh keluarga sendiri yang tidak pernah mahu berjuang untuk dia.


💥 Babak paling tak boleh lupa?
Scene Raof masa rombongan meminang Widad. Bila dia menengking dan paksa balik — dan Layla tembak dia balik? PUAS HATI. Memang geram sangat dengan mamat ni. Pangkat ayah lah sangat...Ayah toksah cerita lah, memang jenis tak guna. Mulut tak pernah tahu bersyukur.

📚 Realiti kejam yang digambarkan... Kalau korang harap semua masalah akan selesai dan semua orang akan berubah jadi baik, nope — tak semua luka dijahit dalam cerita ni. Ada watak yang sampai ke noktah akhir pun masih di takuk lama.

😮 Plot twist hujung-hujung tentang Hanan-Zaf pun buat aku terdiam. Sikit je kejutan buku ini.Sabar sikit, korang akan faham bila sampai bab tu.

👏 Mak Widad, walau dihina, tetap pertahan maruah anak. Dia mungkin tak tahu cara tunjuk kasih sayang, tapi usaha dia tetap ada. Anita pun ada cara dia sendiri untuk menyelamatkan yang perlu diselamatkan.

😢 Hanan punya ending sangat menyentuh. Nasib baik ada Ame dan Widad. Perjalanan Hanan penuh jatuh naik — dan jatuh semula. Menyedihkan.

🌱 Sol pula? Sabar. Dia lambat, tapi akan naik juga. Dia antara simbol harapan dalam kisah ni.


---

Kenapa Bawah Payung Awan wajar dibaca?

✔️ Tentang perjuangan anak-anak setinggan yang mahu keluar dari kemelut hidup — bukan untuk mewah, tapi untuk bermaruah.
✔️ Tentang kebangkitan — bagaimana persekitaran tak semestinya menentukan masa depan kita.
✔️ Tentang persahabatan dan solidariti — bila kita tak mampu berdiri sendiri, kita belajar berdiri bersama.
✔️ Tentang akhlak dan nilai diri — miskin atau kaya tak membezakan kalau akhlak sama-sama rosak.
✔️ Tentang ibu bapa dan didikan — jangan abaikan anak kerana dendam dan ego sendiri.
✔️ Tentang cemburu vs tekad — satu merosakkan, satu membina.

Ringkasnya?
Cerita ni akan buat korang geram, sedih, puas hati, dan akhirnya termenung. Ia tentang realiti — bukan yang indah, tapi yang menyentuh hati.
Profile Image for Far.Zana25.
117 reviews1 follower
February 2, 2024
—⚠️ 𝘏𝘈𝘓𝘍 𝘚𝘗𝘖𝘐𝘓𝘌𝘙 𝘈𝘓𝘌𝘙𝘛...

Aku sangkakan novel ni penuh dengan kisah cinta yang aku boleh jangka jalan ceritanya namun tidak sama sekali. Novel ni menghidangkan pembaca dengan kisah yang boleh membuka mata masyarakat di luar sana yang meletakkan tanggapan bahawa penduduk setinggan tiada masa depan. Anda salah. Mereka juga mempunyai impian setinggi gunung Everest untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dari apa yang mereka ada.

🌤️Dilahirkan dari keluarga yang bermacam latar belakang telah menjadi sebab utama insan bernama 𝑾𝒊𝒅𝒂𝒅 menanam cita² untuk keluar dari tempat yang dipanggilnya neraka ini. Tempat paling dia benci. Azamnya bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri, dia turut ingin membawa 𝑺𝒐𝒍𝒆𝒊𝒎𝒂𝒏 & 𝑯𝒂𝒏𝒂𝒏 bersama. Sayang sekali walaupun Sol & dia sama umur tapi pemikiran mereka jauh berbeza. Jadi, Sol bersedia menjadi awan untuk memayungi Widad sehingga dia berjaya keluar dari tempat ni... & sampai bila².

🌤️Dalam usaha mereka untuk menggapai cita² tersebut, terlalu banyak dugaan yang perlu dihadapi. Bermula dengan Hanan yang dianggap sebagai adik, dijaga dengan penat lelah mereka akhirnya telah mengkhianati mereka. Bukan sekali tapi berkali-kali. Perjanjian Sol dengan Widad untuk lulus SPM & berkahwin dengan Hanan terpaksa Sol mungkiri semuanya angkara Hanan.

🌤️Sol akhirnya telah dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney manakala Widad berjaya menyambung pelajaran di luar negara tapi dugaan tidak terhenti di situ. Datang pula Raykal yang tidak habis² memaksa doa untuk terima cintanya.

𝘈𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢?

🩵 PERSONAL REVIEW 🩵

—In love teruks dengan cerita ni! 😩😭 Kesian, sedih, marah, sweet semua ada. Nak bebel sikit, aq geram dgn Raykal yg suka paksa² Widad utk kahwin dgn dia. Dia igt kahwin dgn cinta tu boleh paksa²? Perangai serupa budak². Bila org reject banyak kali tu fhm jelah. Ni tak sampai paksa mak dia hantar rombangan meminang tanpa Widad tau! Giler betul.🙄

— Next bebel, aq geram dgn Hanan yg tak kenang budi. Ye, mmglah kesian sbb apa dah jadi dkt dia waktu kecil tapi x kesian ke dkt Widad dgn Sol yg syg dia sgt²? Hish geram betul! Dia act mcm dia sorg je yg tersakiti🙄

—Overall mmg best weyh buku ni! At first aq suka buku ni sbb cover dia yg lawa sgt tapi skrg aq dah suka sgn cerita dia sekali 😩😍

#bawahpayungawan #lizanur #alaf21 #novel #booklover #bookstagrammer #farzreads #bookreview2024 #widad #soleiman #sol #hanan
Profile Image for sansuriya82.
68 reviews1 follower
June 4, 2025
Cabaran Mini #2 : Resensi Buku
📚Reviu Buku: Bawah Payung Awan – Liza Nur
Genre: Drama Psikologi | Sosiorealisme | Emosi Berat
Penerbit: Alaf 21
Tahun Terbitan: 2023
Mula baca : 29 Mei 2025, Tamat baca : 31 Mei 2025
Penilaian peribadi: 🌟🌟🌟🌟🌟 (5/5)
Ulasan :
“Persahabatan bukan sekadar tawa dan cerita indah. Kadang-kadang, ia diuji dengan luka paling dalam.”
Kalau kau cari sebuah cerita yang menyentuh jiwa, buat kau fikir tentang kehidupan, pilihan, dan makna sebuah persahabatan sejati — Bawah Payung Awan adalah novel yang patut kau baca.

📖 Tentang Apa Kisahnya?
Tiga sahabat — Widad, Soleiman dan Hanan — membesar di sebuah kawasan setinggan. Hidup mereka bukan seperti remaja biasa. Setiap seorang memikul luka dan rahsia.
• Widad cuba keluar dari bayang-bayang hitam ibunya yang bekerja sebagai pelacur.
• Soleiman terperangkap dalam keluarga yang ganas dan kehilangan.
• Hanan pula menyembunyikan trauma paling gelap, dan akhirnya memilih jalan yang menghancurkan segalanya.

💔 Kisah ini tidak indah-indah belaka. Tapi itulah keindahannya. Liza Nur bawa kita menyelami realiti hidup yang jarang diceritakan tentang remaja yang hidup tanpa perlindungan, tentang kesilapan yang tak boleh dipadam, dan tentang kekuatan untuk bangkit bila dunia rasa berat.

✍️ Gaya penulisan Liza Nur sangat kuat. Ayat-ayatnya puitis tapi menusuk. Emosi dalam setiap bab begitu hidup. Kau akan rasa seolah-olah berada dalam dunia mereka. Bila sampai penghujung, jangan terkejut kalau kau menangis atau terdiam.

🎬 Dan bila novel ini diangkat jadi drama bersiri, memang patut! Watak-watak yang hidup dalam tulisan Liza Nur itu memang layak difilemkan.

Kenapa Kau Patut Baca?
✅ Jalan cerita yang realistik dan menyentuh hati
✅ Isu-isu gelap yang jarang dibawa dengan penuh rasa
✅ Watak yang kompleks dan ‘manusiawi’
✅ Bahasa yang indah dan penuh emosi

📌 Bawah Payung Awan bukan sekadar novel. Ia adalah pengalaman tentang sakit, tentang memilih untuk bangkit, dan tentang erti sebenar persahabatan dalam dunia yang penuh luka.
Profile Image for Hanisah.
56 reviews1 follower
July 31, 2025
Best sangat. Tak boleh nak berhenti baca. Slice of life yang agak berat. Saya suka sangat sebab cerita ni logik. Like, Kita boleh percaya benda ni memang tengah jadi dalam masyarakat.
Memang betul, untuk memutuskan rantaian hidup di mana kita dibesarkan adalah sangat susah. Cerita di mana semua watak ada grey area, sebab manusia itu sendiri tidak sempurna.
Tragedi yang terjadi tidak overpowering. Bab hujung tu hampir buat saya campak buku. Terima kasih kerana tidak meneruskan plot twist tidak perlu itu.
Saya suka pengajarannya: kita sendiri perlu membuat keputusan dan berusaha untuk berubah. Jangan selamanya menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi.
Selalunya, saya tidak suka pregnancy trope dalam buku. Tapi untuk kali ini, saya rasa itu adalah harapan yang diperlukan untuk masa hadapan.
Easiest 5 star I've ever given.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
February 18, 2024
Begitulah hidup. Keras!
Begitulah cinta. Banyak pengorbanan.
Begitulah ujian. Selalu mencabar kesabaran.
Begitulah kematian. Ia pasti datang.

Hidup kita, kita yang tentunya. Pendirian Widad sangat teguh. Sol juga tidak kurang dalam berprinsip. Biarpun tidak cemerlang, menyokong impian Widad membuatkan Sol kuat mengharungi nasib diri.

Hanan dan anak-anak setinggan lain adalah contoh kehidupan kelam yang kita tidak nampak dalam kehidupan seharian kita. Namun mereka wujud. Terkapai-kapai dalam mencari identiti dan tujuan manusia diciptakan.

Kalau bukan diri sendiri yang mengubah nasib, siapa lagi??
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
May 4, 2025
4.5 ⭐️

Cerita ni best + sedih 💔 Saya tak boleh move on. Realiti anak-anak setinggan 😢 Karya Liza Nur tidak pernah mengecewakan.

"Dalam setiap pahit, pasti ada manisnya
Dalam setiap kesakitan, pasti Ada penawarnya,
Walau apa pun dugaan mendatang, aku tahu aku bukan bersendirian.
Aku akan terus berlindungan Di bawah redupan payung awan" - Widad

Suka betul dengan watak Sol dan Widad dalam novel bawah payung awan ni. Dia macam sweet sweet garang gitu ❤️
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 11, 2024
Something new, buatkan I rasa touched, deep in my heart while reading this heartbreaking story. Sangat berjiwa. Highly recommend to those yang suka genre slice of life. So far, this one is number 1 fav I dalam genre ni. So pure.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
210 reviews2 followers
June 8, 2024
4.5 ⭐

Reality hits hard. Itu yang aku rasa bila baca naskhah ni. Banyak pengajaran tersirat mahupun tersurat.

Minus 0.5 sebab aku rasa ada part cringe dekat hujung², plus here and there typo. Overall, a very nice and well-written piece!
Profile Image for Nad.
378 reviews
December 22, 2023
Aku suka!
Tapi ada juga watak yang rasa nak tampar je termasuk Widad.
Kenapa baik sangat? Tak penat ke jadi baik, tapi nasib baik awak bijak.
Profile Image for Nini.
18 reviews1 follower
September 28, 2024
♾/5🌟

ENDING :

Happy Ending🫶

Genre :

🏚Slice of Life

👯‍♀️Friendship

Sol, Wid dan Hanan tinggal di kawasan setinggan sejak kecil lagi dan bercita-cita untuk keluar dari ‘neraka’ tersebut. Bukuu nihh juga mengisahkan persahabatan tingga org nih bagaimana mereka merancang untuk keluar dari kawasan setinggan seterusnya bagaimana mereka berjaya menjadi “orang”

Sol, seorang rakan baik kpd wid dan Hanan tapii lebih rapat dgn Wid. Nakal, acah ii gangster tapii bilaa dgn Wid, ARGHHH CAIRR YOUUU💋 suka tauu macam mana diaa layan Wid. Walaupun mahu sentiasa di lihat kuat tapii Wid sentiasa tahu bila dia perlukan sesuatuu

Wid, seorang anak pelacur tetapi gelaran yg diberi itu tidak pernah halang dia untuk jadi seorang yg berguna dan pandai. Suka ngan watak Wid tapi dlm masa yg sama kesian dgn Wid sbb org sekeliling selalu kata kat dia yg dia akan jadi seperti mak dia. Tapi dia berjaya buktikan bahawa walaupun kedua org tua kita dulu penjenayah, tidak semestinya anak akan mewarisi mereka. Lurveee youu Wid💋🫶🌷

Hanan, akuu geramm lahh, penatt orangg jagaa diaa end upp koo x hargaii yee eeeee geramm akuuu mmgg patutt punn kauu ada anakk luar nikahh🙄. Pastu dia buangg centuu jee anakk diaa, sebakk gilerr wehh😭 WHYYYY DIDD YOUU THATT TOO HERR kesiann gilerr😔

Tapii Alhamdulillah semuaa jadii orgg, Hanan jdii selebriti, Wid jadii seorang doktor dan Sol menjadi seorang chef yang bekarliber😻🫶

Daripada cite nih kita boleh dapat pengajaran bahawa walaupun mereka diuji dengan pelbagain hinaan, fitnah dan kemiskinan tetapi ujian itu tidak suatu penghalang untuk mereka menjadi seorang yang berjaya.

In conclusion, PLISSS BUYYY THISS BOOKKK LURVEEE GILERRR, KONFEM YOU AKANN HAYATII😻🫶💋
14 reviews
August 31, 2024
Overall, 3.5/5 ⭐️ read

Sebab dah ada drama tv kan so ada la comparison antara buku dgn tv. Personally i like the characters in the book more than the ones they portrayed in the tv. Widad feels more stronger and heartless in the book, Sol kinda feels the same, but Hanan is the definition of delulu to the max 😂

Dalam drama tv nampak complicated kan, but actually it was pretty simple je dalam buku tak serabut macam dalam tv pun. It was an easy read too, tapi sebab baca ikut mood so Imbt la habis heheh.

I'm glad i finished it before the new ep came out waktu tu so i get to know the plot twist 😂
Profile Image for Hani~.
153 reviews1 follower
July 3, 2025
Novel yang buat kita rasa puas sebaik tamat baca halaman terakhir. Bercampur-baur antara senyum dan airmata.

Awalnya hampir tak jadi teruskan bacaan kerana novelnya relatif tebal. Tulisan pula kecil dan rapat. Tapi mujurlah saya decided untuk sambung baca. Ternyata Bawah Payung Awan serasi dengan jiwa.

Saya suka watak Widad dan Soleiman. Setiap babak yang melibatkan mereka adalah sangat kuat dan berjaya memancing emosi. Widad yang bercita-cita tinggi untuk keluar dari kemiskinan dan hinaan orang. Soleiman yang sentiasa ada untuk menyokong Widad walau dia sendiri tak berkongsi impian yang sama. Kemudian bersama mereka ada Hanan. "Adik" yang berusaha mereka lindungi sehabis daya.

Gambaran kehidupan setinggan di dalam novel ini sangat terperinci. Bukan setakat terbeban dengan kemiskinan, keluarga yang sepatutnya jadi pelindung sebaliknya pula jadi salah satu punca derita. Kemiskinan dan tekanan buat mereka dekat dengan jenayah dan memilih keputusan-keputusan terdesak.

Oleh sebab itulah, setiap kali mereka berjaya raih walau satu kejayaan dan kegembiraan kecil, saya ikut rasa bangga dan lega. Apatah lagi keupayaan untuk mengubah jalan hidup. Mereka berhak ketawa setelah puas bergelumang darah dan airmata.

Bacalah novel ni. Paparan satu sisi kehidupan yang membuka mata dan menyentuh hati.

Karya yang saya tak akan teragak-agak untuk beri 5 bintang, jika bukan kerana beberapa sebab teknikal seperti typo, tertukar nama watak dan penggunaan perkataan 'bebal' dan 'sebal' yang nampak janggal. Juga dialog-dialog hinaan/mengungkit yang agak repetitive bagi saya terutama di beberapa bab terawal.

Tetap sebuah karya yang memuaskan. Recommended. 4.5⭐.

Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.