Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ustazah Basikal #2

Ustazah Basikal dan Dua 'Malaikat' Penjaga Gunung

Rate this book
Ahmad dan Adilah menyambung kayuhan ke tiga buah negara lagi iaitu India, Nepal dan Pakistan setelah melepasi Malaysia, Thailand dan Myanmar sebelum ini.

Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya berikutan sifat warganya yang sentiasa ingin tahu hingga mengakibatkan Ahmad yang introvert menjadi rimas. Berbeza pula dengan Adilah yang ekstrovert dan sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, itu sama sekali tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dengan cemerlang!

352 pages, Paperback

First published December 1, 2023

1 person is currently reading
9 people want to read

About the author

Ahmad Isa

7 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (61%)
4 stars
10 (32%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
May 23, 2025
Buku ini membuka mata dan hati – sesuai untuk mereka yang rindu kisah sederhana tapi sarat pengajaran hidup. 🌿📖✨
"Kadang-kadang, malaikat terbaik bukanlah yang bersayap, tapi yang menjaga gunung dan hati manusia."
Profile Image for Hasliza Rajab.
176 reviews8 followers
July 8, 2024
India - Nepal - Pakistan

Negara yang sangat berbeza dengan budaya dan adat masyarakat Melayu. Namun, apa yang menyatukan Ahmad dan Adilah dengan masyarakat sekeliling sepanjang pengembaraan ialah AGAMA.
Nak bersatu dari segi bahasa, ibaratnya seperti ayam dan itik. Makanan dan budaya berbeza amat. Wanita tidak dibenarkan langsung untuk solat di masjid.

Memasuki sempadan India, apa yang mengejutkan ialah bilaman mereka terserempak dengan mayat. Ya, mayat dibiarkan di kaki lima jalan sama seperti gelandangan dan mereka tak dapat bezakan yang baring itu mayat atau orang. Sepanjang pengembaraan ke 3 buah negara ini, ujian yang ditempuhi bukan biasa-biasa lagi. Kalau diri jenis tidak sabar dan mudah mengalah, dah lama beli tiket penerbangan dan pulang ke Malaysia. Tapi, itu yang mereka pilih. Kembara mencari hikmah. Mereka merasai pengalaman dan mempelajari hikmahnya, kita yang membaca juga turut sama belajar walau tidak dapat merasai apa yang mereka alami.

Siri ke-2 ini agak menarik kerana pembaca dihidangkan dengan penceritaan santai oleh penulis mengenai sisi lain negara-negara ini yang tidak ditulis dan dicatat di mana-mana sumber bertulis. Pembaca juga dihidangkan dengan gambar-gambar menarik terutamanya gambar pemandangan di Pakistan.

"You are my guest".

Tak sangka rakyat Pakistan ni amat pemurah dan sangat meraikan tetamu. Sepanjang kembara mereka di Pakistan, mereka dijaga dan diiringi oleh askar, polis dan penduduk tempatan yang secara sukarela mengambil tanggungjawab itu demi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang kayuhan. Dan apabila sesuatu terjadi kepada Adilah dan keadaan Adilah merosot, penduduk Pakistan ini lah yang bertungkus lumus untuk merawat Adilah sehingga sembuh. Dan pemandangan di Pakistan yang dikongsikan oleh penulis...mashaAllah, kita tahu kita tiada perkataan yang tepat untuk mengungkapkan kebesaran ciptaanNya.

Antara pengajaran yang boleh diambil sepanjang pengembaraan mereka ini :
1. Apabila kita berada di tempat orang, jagalah adab dan tingkahlaku dan hormat masyarakat tempatan.
2. Sentiasa bertanya dan minta izin sebelum memasuki sesuatu tempat.
3. Letakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah kerana Dia lah yang menjaga dan menjamin kecukupan kita walau di saat kita tiada apa-apa.
4. Berkorban - sama ada dari segi masa, tenaga atau harta. Allah akan tambahkan dan rezekikan dengan sesuatu yang tidak kita jangkakan.

Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar daripada pengalaman orang.
Profile Image for Afi & The Books.
21 reviews
August 3, 2025
Selesai sambungan pengembaraan Encik Ahmad dan Ustazah Adilah merentasi India, Nepal & Pakistan pula. Seperti biasa, teladan yang ditunjukkan oleh ustazah sangat luar biasa. Beliau sentiasa mengingatkan diri dan suami untuk sentiasa membetulkan niat musafir, sentiasa menyantuni anak - anak orang kampung walaupun dengan sedikit gula - gula dan sentiasa mencari peluang untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Beliau sendiri sangat gigih dalam berkayuh di sisi suami, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan tabah mengharungi susah senang perjalanan di negara orang dalam keadaan serba kekurangan.

Pengembaraan paling menarik adalah di Pakistan, di mana sahaja mereka pergi...mereka sentiasa menjadi tetamu yang dimuliakan warga Pakistan... saya baca itu sebagai satu rezeki... rasanya tak semua pelancong yang pergi ke Pakistan dilayan sebegitu rupa. Sebenarnya betul kata penulis...Dalam rezeki kita, ada terselit doa ibu kita...

Dalam banyak-banyak tempat yang penulis ceritakan dalam buku ini, saya paling teringin nak ke Deosai Park, Pakistan. Mesti cantik pemandangannya di sana bila setiap penjuru menyajikan panorama yang berbeza (padang pasir, padang rumput, tasik & gunung yang bersalji).. suhunya pun mesti sejuk dan nyaman ala - ala background muzik video.

Nanti kita sambung pula jilid 3.
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
February 3, 2025
Ustazah Basikal - Jilid 2, kesinambungan pengembaraan Tuan Ahmad Isa dan isterinya menuju ke Mekah. Buku ini menceritakan pengembaraan di India, Nepal dan Pakistan.
Personaliti Tn. Ahmad yang introvert dan Ustazah Adilah yang ekstrovert ternyata saling melengkapi dan banyak mempengaruhi corak komunikasi bersama masyarakat setempat sepanjang perjalanan.

Ternyata India satu negara yang 'happening' sebagaimana yang kita tonton di filem. Nepal yang hampir di'skip' daripada pelan pengembaraan, ternyata ada pesonanya tersendiri, malah negara idaman tuan penulis sendiri untuk dijejaki sejak zaman kampus beliau. Manakala di Pakistan, mereka berdua diuji dengan ditahan tentera, kewangan yang semakin menipis dan kejadian yang hampir meragut nyawa. Pun begitu, berbagai kejadian di luar kotak logika yang wajar ditekuni sebagai iktibar bersama.

Tatkala kita merasakan diri di tempat yang mulia, sesungguhnya mungkin segala kesulitan yang dipermudahkan atas asbab yang lain.

Travelog yang banyak memberi pengajaran dan tidak rugi dibaca.
Profile Image for Hani~.
145 reviews3 followers
November 23, 2025
Buku kedua yang saya baca dalam siri Ustazah Basikal. Sebelum ni baca Jilid 3 (Tekanan Negara Bersalji). Saya lebih suka edisi ini kerana kisah dan pengalaman di dalamnya sangat berwarna-warni.

Saya dapat bayangkan negara India yang sesak dan serba sederhana, Nepal yang minoriti Muslim sehingga susah mencari masjid dan Pakistan yang menyambut kehadiran tetamu dengan penuh kehangatan.

Kekangan bahasa tak menghalang penulis dan isteri untuk bergaul dengan insan-insan yang mereka temui sepanjang perjalanan.

Dan sentiasalah berbuat baik, kerana kebaikan itu tidak akan sia-sia. Jika bukan kepada diri sendiri, mungkin akan kembali kepada ahli keluarga atau bahkan saudara senegara. Seperti yang diceritakan penulis, ada warga Pakistan yang membantu mereka kerana terkenangkan kebaikan yang pernah diberikan warga Malaysia ketika beliau berada di sini.

Jangan pernah sangsi dengan rezeki Allah. Kita usaha, doa dan tawakal, Dia yang akan mengatur sebaik-baik aturan. Kadang-kadang dalam bentuk yang tak terjangkau fikiran.
Profile Image for Edziani Nabila.
59 reviews7 followers
April 11, 2025
Bacaan Jilid 2 ini penuh rencam emosi.

Benar kata orang, jika ingin mengenali seseorang mengembaralah bersamanya.

Sisi penulis yang introvert dan Ustazah Adilah yang gemar bersosial dan mudah mesra menjadikan jelajah basikal mereka penuh warna emosi.
Kadang, terbit juga rasa geram pada penulis dek egonya. Tapi ekoran egonya turut menyelamatkan mereka apabila mereka dikehendaki membayar denda lewat mengambil kargo dari stesen keretapi.

Perkara yang menyentuh hati saya ialah tahap kebergantungan mereka kepada Allah. Bagaimana saat mereka terdesak ekoran catuan kewangan, magik Allah menghubungkan mereka dengan manusia berhati mulia terutama di Pakistan.

Overall, travelog ini sangat menyeronokkan. Saya turut terikut sekali menelusuri geografi bumi Nepal, India dan Pakistan
Profile Image for Elle Houri.
82 reviews1 follower
December 17, 2023
Menanti buku seterusnya. Membaca buku ini terasa seperti mengembara bersama ustazah dan penulis. Pelbagai rasa di dalam hati bila membaca buku ini. Marah, geram, sedih, happy dan bersyukur. Ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Apa yang kita tidak suka, mungkin itulah yang terbaik untuk kita. Setiap cabaran pasti berakhir dengan hikmah. Sungguh tidak saya sangka rakyat Pakistan sangat baik dan pemurah. Setiap kali mereka membantu diselitkan agar didoakan Pakistan. Saya tertanya-tanya kenapa? Apa yang berlaku di sana?

Semoga penulis akan mencatatkan lagi perjalanan beliau di lain kali. Tidak dapat mengembara, membaca pengalaman orang pun cukup bermakna. Terima kasih penulis!!!
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
April 19, 2025
Sambungan dpd jilid 1. Penulis En. Ahmad Isa & Ustazah Adilah menyambung kayuhan ke India, Nepal & Pakistan.

Setakat ini antara 6 negara yang saya telah baca, negara Pakistan paling saya teruja. Penduduknya peramah & baik hati. Banyak miracle yang berlaku di sana. Cantik sungguh negara Pakistan! 😍 Tengok gambar je dah rasa teruja, apatah lagi mengembara ke tempat berkenaan.

Dan ada juga part yang buat saya menitiskan air mata. Kisah mengenai Shaukat Ali di India🥹 Kisah Shaukat Ali mengingatkan kita pada kisah zaman Nabi dahulu. Ada sahabat yang melayan tetamu walaupun mereka tidak punya apa-apa. Peristiwa yang sama kini terjadi di depan mata penulis & isterinya sendiri.
5 reviews1 follower
January 21, 2024
Bila dah start mengembara dalam buku ni leka terus. Suka tengok gambar2 yang dikongsikan dan video rakaman yang diselitkan melalui QR. Teruskan berkongsi..
10 reviews
October 26, 2025
Sangat teruja dgn kebaikan org2 di Pakistan terutamanya dalam mereka meraikan tetamu.
Dan juga doa seorang ibu yg sgt makbul jgnla dipersia2kn.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.