Andai dendam itu tiada, sudah tentu bahagia yang mereka kecapi saat ini. Tetapi, api kebencian masih lagi membara dan harus dibalas walaupun gadis itu tidak tahu apa-apa.
"Kenapa awak mesti layan saya macam ni?! Saya cuma cintakan awak! Kenapa awak hukum saya pada salah yang saya tak buat?!" - AMMARA HALIQA
"Kau pentingkan diri kau sama macam keluarga kau yang tak guna tu! Senang-senang datang hancurkan hidup aku, senang-senang datang minta maaf!" – NUHAIL MEVIUS
Bagi Nuhail, luka lama masih menyakitkan dirinya. Apa yang keluarga Ammara lakukan pada hidupnya dulu, tak mampu dia maafkan apatah lagi, orang yang dia sayang kini bagaikan putus harapan untuk hidup.
"Abang pun berhak berkahwin dengan orang yang abang cinta, jangan disebabkan Luna, abang ketepikan perasaan abang. Luna pun bukannya akan bertahan lama dekat dunia ni." - LUNARA
Ammara yang sedar dirinya menjadi mangsa keadaan, cuba memujuk dan merayu namun Nuhail tetap dengan pendiriannya. Dia mahu Ammara merasai derita yang Lunara rasakan.
Saat rindu menghapuskan benci, satu lagi rahsia terbongkar membuatkan dendam yang hampir terpadam kembali menyala, mengganggu gugat cinta yang hadir. Hati sekali lagi terluka, memaksa diri dibawa pergi.
Penyesalan yang hadir, terlewat untuk dinyatakan. Masihkah ada peluang bagi dirinya untuk kali kedua?
Mampukah kemaafan diberi selepas nyawa orang yang disayangi menjadi taruhan?
Saat hening terbit fajar itu cintanya hadir. Demi kasih yang tersisa, sang jiwa terus mengejar subuh demi sebuah kemaafan.
" "I'll keep chasing the dawn just to see your beautiful eyes again."
Novel pembukaan 2024. Setelah sekian lama sis peram. And please, doakan sis terus konsisten membaca ya .
Satu yang sis nak tegur dalam naskah ni. Pasal watak Ammara tu. Kenapa dia agak childish ya🤣. Tak menunjukkan umurnya yang 20 tahun. Macam budak umur 12,13 gituu. Cara dia berlawan mulut dengan Erica. Cara dia bercakap dengan Nuhail. Geram n nyampah pon ada perangai cam tu. Hahah..Tapi mungkin laa ada sebabnya penulis membuat watak Ammara sebegitu .
Kisah ini melibatkan dendam. Sebab dendam, manusia boleh mengabaikan rasa yang wujud dalam hati. Dia lebih tegar memilih untuk membalas dendam berbanding hidup bahagia .
Nuhail. Dia berdendam dengan keluarga Ammara atas 2 sebab. Sebab Dato' Wira, ayah Ammara dan sebab Ammar, abang Ammara. Tapi aku tak salahkan Nuhail. Dia berhak. Cumanya dia membalas bukan pada pelaku sebenar. Sedangkan dia tau, Ammara tidak berkait dengan kejadian tersebut .
Geram gak la dengan perangai Nuhail terhadap Ammara. Kalau taknak, jangan sakiti. Kalau sayang, buktikan sayang tu. Kau berhak bahagia kot. Jangan disebabkan dendam, kau pilih derita. Perempuan ni takkan selamanya bertahan. Sampai masa, kesabaran dia habis. Dia akan pergi. Masatu, terserah takdir. Andai ada jodoh, adalah. Kalau takda. Sekadar disitu. Hmm. Emosi pulak .
Kenapa tajuk dia chasing the dawn? Korang cari jawapan dekat akhir2 cerita. Kat situ korang akan tau, kenapa penulis jadikan ia sebagai tajuk .
Tahniah penulis utk kelahiran novel ni. Masih boleh diperbaiki. Idea menarik. Tunggu review next novel ya🤍
Bermula dengan kisah Ammara yang dah jatuh cinta pandang pertama dengan Nuhail. Nuhail tak sukakan dia tapi dia masih tebal muka nakkan Nuhail. Dia macam paksa Nuhail untuk layankan dia dan kahwin dengan dia. Dia macam, “Tak kira apa pun yang berlaku, awak kena kahwin jugak dengan saya. Titik!”. Nyah, kau baru berapa kali je jumpa dia, kau dah terdesak nak berlaki dengan dia. Entah dia tu penjahat ke perompak ke penyangak ke macam mana?! 😭✋🏼
Nuhail tu mula² tak suka dan malas nak layan, tapi lama² tu...lah dia pun tersuka jugak pulak. 😭
Sejujurnya tak suka dengan perangai Ammara. Tahu. Faham. Dia baru 20 tahun, tapi dia punya merenyam nak kahwin tu sis is kennot. 😭 Nampak macam terdesak pun ada. Gedik pun satu hal jugak. 😔
Nuhail ni terima kahwin dengan Ammara pun sebab dendam dia terhadap keluarga Ammara. Lepas je dia kahwin, terus dia laksanakan misi balas dendam dia tu. Ammara yang langsung tak bersalah dijadikan tempat dia lampiaskan kemarahan dia. Dia tak delah dera fizikal Ammara. Dia dera mental 'jer'. Tapi dia punya kejam tu macam on off. Bila dah kejam, kejam sangat. Tapi bila dia jatuh kesian, dia jadi baik pulak. Pastu bila Ammara dah baik, dia jadi kejam semula. Pastu bila Ammara jatuh sakit, dia jadi baik balik. 😅🤣 Konfius identiti ke dia tu?
Long story short, kalau cerita ni jadi sad ending MAYBE lah MAYBE jadi lagi syok. Baru padan muka dengan Si Nuhail. 😌 Baru dia tahu apa itu erti penyesalan. 💋