DARI pertemuan pertama, Ezraqil dah rasa yang Diandra bukan perempuan baik. Namun wajah Diandra begitu istimewa untuk dilepaskan begitu saja.
“Kalau I ni tua kerepot, perut buncit, kepala botak, you nak juga kahwin dengan I?”-Ezraqil.
“Lagi tua lagi bagus.”- Diandra
“You berselera dengan orang tua?” - Ezraqil
“Pembetulan. Hanya orang tua yang banyak duit dan tak kedekut. Syarat kahwin wajib masukkan nama saya sebagai pewaris harta. Lepas dia masuk kubur, saya bolot harta dia.”- Diandra
Diandra satu-satunya perempuan yang bisa buat Ezraqil speechless. Menikahi wanita itu adalah tindakan gila. Atas desakan si kakak, Ezraqil teruskan jua.
Sesuai perjanjian, mereka mendirikan rumahtangga. Ezraqil fikir dia mampu menjatuhkan maruah Diandra. Malangnya wanita itu sejenis hati kering. Cakaplah apa saja, dia hanya tersenyum. Bagi Diandra selagi encik suami membayarnya, dia rela dibuli.
“Just so you know, I’m a man of principle. Apa yang I tak nak buat, I takkan buat. You boleh simpan angan-angan you nak kikis duit I dengan cara mudah. I takkan terpedaya.”- Ezraqil.
Mulut cakap lain, badan buat lain. Banyak kali Ezraqil langgar prinsip hidup dek godaan puan isteri.
“Tak habis pun duit awak bayar saya. Duit banyak-banyak nak buat apa? Better habiskan untuk isteri awak yang cantik ni.”- Diandra.
Kemunculan bekas isteri Ezraqil disambut senang oleh Diandra. Rezekinya melimpah ruah walaupun terpaksa berlakon bodoh.
“Barang fake takkan sama dengan barang original.”- Jazmin.
Meski otak menafikan, hati enggan berenggang dari Diandra. Kehadiran wanita itu menceriakan hidupnya. Ada saja tingkah Diandra buat Ezraqil tersenyum bahagia. Mungkin dia perlu lupakan kisah silam dan buka buku baru dengan isterinya itu.
“I dengan duit, mana lagi you suka?”- Ezraqil
“Duit.” - Diandra
Dan Ezraqil terngadah. Hati Diandra sudah mati untuk mencintai sesiapa pun. Misi hidupnya hanya satu, kumpul duit berkoyan-koyan.
“I marry you for money. You marry me for my body. Encik jangan fikir encik lebih mulia berbanding saya.” - Diandra
Kerap Diandra mengingatkan Ezraqil agar jangan hanyut mencintainya. Dia takkan balas cinta lelaki itu. Tiga kali kecewa dahulu sudah cukup mengajar Diandra bahayanya cinta.
“As long as you stay by my side, I’m grateful. It’s okay. I have enough love for the both of us.” - Ezraqil Kesetiaan dan kasih sayang Ezraqil mengganggu ketenangan Diandra. Bisakah dia menepis cinta untuk selamanya? Tapi dia terlalu takut untuk mencintai.
Kunjungan mengejut Ghazi yang menawarkan habuan besar begitu menggoda. Antara Ezraqil dan duit, yang mana satu pilihan terakhir Diandra?
Rating: 4.5 🌟 Trope: Gold Digger FL/Rich MMC/Fake Feelings Turn Real/Grumpy x Sassy/Emotional Walls/Fear of Love/ etc...
My thoughts 💭 (my opinion)
Cerita ni pasal Ezraqil dan Diandra yang kahwin sebab keadaan. Ezraqil kahwin dengan Diandra sebab tekanan keluarga. Diandra pula dari awal dah jujur. Dia kahwin sebab duit. Cinta memang bukan dalam plan hidup dia. Hubungan dorang bermula dengan mulut laser dan usik mengusik. Diandra jenis berani dan materialistik. Ezraqil pula tenang dan berprinsip. Lama-lama Ezraqil mula jatuh cinta dengan isteri dia. Tapi Diandra masih jaga hati sebab masa silam dia yang sakit. Antara duit dan cinta, Diandra kena buat pilihan apa yang betul-betul penting dalam hidup dia.
Ok jujur, waktu baca ni aku takde expectation yang tinggi sangat pun. Cuma nak baca sebab ebook ni popular betul. So, saya jadi tertanya² apa yang best sangat dengan cerita ni? Bila dah habis baca tu baru faham, BEST NYAH!! 😩 Kenapa lah aku tak baca dari dulu lagi eh? Duk peram ebook ni sampai 2026 baru nak baca. 🤣 Jalan cerita yang sangat lain daripada yang lain!
Belum pernah saya baca cerita yang FL materialistic betul. Kalau ada pun, tu watak jahat selalu. Tapi yang ni baik, penuh dengan keletah, kadang² saya mengekek gelak sebab dia kenakan husband and orang sekeliling dia, ada je benda nak 'dipaw' dengan orang lain. 🤣 (But I don't judge her, when you guys know kenapa dia macam tu, korang akan sedih😞)
Bila dah kahwin tu dorang set rules pula, Diandra siap charge Ezraqil '1 anak, 1 juta'. 😭 Bukan itu je tau korang ada banyak lagi! Sebelum baca ni saya ingatkan materialistic yang biasa² je si diandra ni. Sekali tak sangka banyak karenah juga dia ye. 😭🤣 Setiap kali kena suruh buat itu ini, ada je kerja nak charge husband dia. Charge dia pula bukan alang² tau, beribu nyah😂 paling murah 1k ye. Nasib husband engko kaya. 😆
Overall, saya sangat enjoy cerita ni. Sebuah jalan cerita yang entertaining dan lawak untuk dibaca. Siapa yang rasa² nak bacaan yang membuatkan korang gelak and happy² je boleh try baca ebook ni. Highly Recommended! 💥💋
Diandra… sesuai tajuk perempuan mata duitan. Pantang ditawar duit, jongkong emas, mesti tergoda tak kira situasi. Semua benda kena libatkan upah. Diandra suka provok suami dia, sampai banyak kali Ezraqil melenting.
Watak Ezraqil pula sama macam ML novel-novel Kak CA yang lain. Over protective sebab sayangkan si Diandra. Masing-masing ada trust issue dengan masa lalu. Dekat penghujung cerita, saya cuak bila bekas suami Diandra ada tawarkan cek 2 juta. Ingatkan Diandra ambil, rupanya… hm saya tertipu ya. Kesian dekat Ezraqil. Haha!
Anyway, macam biasa karya CA memang selalu hiburkan saya. Ada sedih, geram, kelakar dan terharu pun ada.
rate: 4/5 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya suka dengan jalan cerita dia. Sangat menarik. Plot pun bagus. Cuma bagi saya mungkin lebih sedap lagi jika buku ini 'menunjukkan bukannya memberitahu'. Sesetengah bahagian tak sampai kesedihannya. Mungkin boleh diperbaiki lagi dari segi penulisan dan penceritaan. Apa pun buku ni sangat sedap untuk saya :)
one of the best malay books Ive read so far, read it in just a few hours bcs i was too immersed to stop even for a while. plot is interesting, book was fast paced but not rushed. Male lead pun sangatlah baik, semoga kita semua dikurniakan lelaki idaman mcm ni ☺️☺️
Diandra is such a nonchalant person, I love it. Tak nyesal beli. If you beli this ebook, beli terus the second book Diandrea sebab I nyesal tak beli tu.