Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku yang Kau Mahu

Rate this book
Kecewa serta sakit hati akibat kehilangan kawan baiknya, Dian Safiyah bertekad untuk membalas dendam. Dia takkan biarkan lelaki yang dah hancurkan hidup kawan baiknya itu bahagia.

Di majlis pernikahan Zabar, Dian buat perangai. Tolak ke tepi rasa malu, penderitaan serta kematian Salina harus terbalas. Bagi Dian, Zabar tak layak untuk hidup bahagia dengan mana-mana perempuan pun!

"Sampai hati awak buat saya macam ni, sayang. Awak cakap awak sayangkan saya, cintakan saya separuh mati, tapi kenapa awak masih nak kahwin dengan orang lain? Awak kejam, sayang!"-Dian Safiyah

Lakonannya mantap. Penuh dengan air mata sehinggakan 'si dia' kaku dan kelu untuk membalas. Duduk pun serba tak kena. Kena serang dengan tiba-tiba, siapa yang tak terkejut? Namun lain pula yang jadi. Tanpa Dian sedar, dia dah tersalah sasaran. Orang lain yang buat perangai, orang lain pula yang kena maki dengan dia.

"Cuba kau tengok betul-betul, Dian. Dia duduk di kerusi saksi, bukannya di kerusi pengantin.
Aku rasa kau dah salah orang ni, Dian."-Wani

Kerana kesilapannya itu, hidup Dian mula tak aman. Kemunculan 'si dia' buat dia hampir gila!
"Salah ke kalau saya nak jumpa dengan isteri saya?"-Syaikhul Affandi
"Saya minta maaf. Boleh tak awak jangan ganggu hidup saya lagi?"- Dian Safiyah
"Sekali awak dah masuk dalam 'dunia' saya, jangan harap awak dapat lari daripada saya,
sayang."-Syaikhul Affandi

Sudah puas mengelak, sudah puas menyorok, namun Syaikhul bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengekori setiap langkahnya.

"Jadi isteri saya, atau awak akan berdepan dengan peguam saya."-Syaikhul Affandi

Diberi kata dua, Dian hilang punca. Menurut, bererti dia kena bersedia menadah hati untuk terluka. Lebih-lebih lagi bila dia tahu siapa pemuda itu yang sebenarnya. Buat apa nak kahwin jika dia bakal diceraikan nanti? Dia takkan kekal sebagai isteri Syaikhul.

Tapi... Mampu ke dia untuk menolak ?

528 pages, Paperback

First published August 1, 2023

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Cik Tet

35 books114 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (15%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
9 (45%)
2 stars
1 (5%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,063 reviews200 followers
September 19, 2023
Tepukan untuk CikTet sebab berjaya hidupkan heroin yang bukan kaki lalak. Heroin kali ini agak kental dan degil.

Nak balas dendam kat Zabar tapi tersilap orang. Abang Zabar, Syaikhul yang kena.

Sejak dari itu Syaikhul dok kejar Dian. Rimas Dian mula². Tapi sebab Wani kena kejar dengan ah long atas kesalahan bekas teman lelaki dia, Dian terima Syaikhul.

Mula² niat nak balas dendam tapi akhirnya Dian dah lupakan dendam itu dan terima Syaikhul as suami.

Dah aman² bahagia.. tiba² datang pulak Abang Radzi yang dok tergila² kat Dian. Ni lagi sorang lelaki yang jenis tak faham bahasa. Berlakulah selisih faham yang menyebabkan Syaikhul halau Dian keluar.

Awal² sampai pertengahan F rasa kisah biasa² je.. tapi nak dekat akhir bila papa Syaikhul buat plan untuk Dian.. F suka. Rancaklah baca till the end.
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
June 9, 2024
Tak tahu la apa sebenarnya yg nak.. sekejap nak.. sekejap jual mahal.. and....

Bab ko buang isteri ko after ko paksa dia kawen ( well, memang salah dia awal² tp tu la ...) sbb ko salah paham dan ko dgr cakap org yg ko xkenal.. be likee.. klise sngt nyah.. lepas tuh bila tahu menyesal.. then.. paham² la..

Plot dan jalan cerita yg klise to me.. ada laki org ke3 yg xpaham bahasa bila org dah ckp tak nak dekat ko xnyah la terdesak sngt.. adus..

To me rate just 2/5 ⭐️
Sbb jalan cerita yg klise pada sy.. and a bit bosan.. it took me like 2 3 week to finish this 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Sarah.
235 reviews
December 1, 2024
Best best best giler buku ni. Penulisan Cik Tet tidak mengecewakan aku…..4hari untuk habiskan buku ni. Mula sampai habis best giler. Jalan cerita yg straight forward.

Ada la conflict sikit, mak Syaikhul yg tak sukakan Dian sebab nak Syaikhul kahwin dgn anak kawan baik mak dia. Bila Dian crash wedding Syaikhul (niat nak kenakan Zabar, adik Syaikhul) tapi kena sangkut kat abang dah…

Sampai ke sudah Syaikhul ugut Dian utk kahwin dgn dia. Bila dah dpt memang x nak lepaskan Dian.

Ending plan Dian dgn Papa Syaikhul, memang best. Menggigil Syaikhul bila ada org lain minat kat Dian.
Profile Image for Nabilah H.
78 reviews
January 21, 2024
cliche conflict (mak mertua tak suka, ML dah ada menantu pilihan keluarga, ada watak lain suka FL, ML yang mudah-mudahnya la percaya cakap orang luar…)
Profile Image for シティ.
264 reviews
February 17, 2025
Bacaan santai sambil beriadah - buku Taman Tasik Titiwangsa

Sudut Pandang 1:
Berani Melawan Emosi dan Mengajar Hikmah di Sebalik Dugaan Cinta


“Cinta yang bermula dengan salah langkah—adakah ia jalan menuju bahagia, atau lorong yang penuh dengan liku?”

"Aku yang Kau Mahu" ialah sebuah novel yang berjaya mengimbangi emosi dendam dan cinta dalam sebuah kisah yang penuh warna. Dian Safiyah adalah lambang wanita yang berani dan penuh tekad, tetapi tindakannya dibayangi oleh salah faham yang akhirnya membawa kepada pelbagai konflik. Watak Dian ini mendidik kita tentang pentingnya ketenangan dalam membuat keputusan, terutama apabila emosi menguasai diri.

Watak Syaikhul Affandi pula memberikan perspektif berbeza tentang cara menangani kekeliruan dan salah faham dalam hubungan. Sikapnya yang tegas tetapi penuh misteri membuat pembaca tertanya-tanya, apakah niat sebenar lelaki ini? Dialog seperti “Sekali awak dah masuk dalam 'dunia' saya, jangan harap awak dapat lari daripada saya, sayang” menyampaikan betapa kuatnya azam Syaikhul untuk memiliki cinta Dian, tetapi pada masa yang sama menimbulkan rasa bimbang akan kesudahannya.

Pengajaran besar daripada novel ini ialah pentingnya kejujuran dan komunikasi dalam hubungan. Dian dan Syaikhul adalah simbol bahawa walaupun cinta boleh menyembuhkan luka, ia memerlukan usaha dan keberanian untuk menerima serta memberi peluang kedua. Gaya penulisan yang santai tetapi penuh dengan elemen dramatik menjadikan karya ini sesuai untuk pembaca yang ingin menikmati kisah cinta yang sarat dengan konflik, tetapi tidak berat untuk dihayati.


Sudut Pandang 2:
Penuh Dendam, Misteri, dan Emosi yang Menggelegak


“Cinta yang datang daripada salah faham—mampukah ia bertahan, atau akan berkubur sebelum sempat mekar?”

"Aku yang Kau Mahu" menyulam kisah cinta, dendam, dan salah faham dalam sebuah naratif yang penuh dramatik dan mendebarkan. Novel ini mengetengahkan Dian Safiyah, seorang wanita yang berani mempertaruhkan segala-galanya demi membalas dendam terhadap lelaki yang dipercayainya sebagai punca kehancuran hidup kawan baiknya. Dalam usaha itu, penulis menghidupkan pelbagai emosi — rasa marah, kecewa, hingga akhirnya menyeret pembaca kepada satu plot twist yang tidak dijangka.

Apa yang menarik ialah penonjolan karakter Syaikhul Affandi, lelaki yang menjadi mangsa salah faham Dian. Perwatakan Syaikhul cukup memikat — keras tetapi tetap mampu menunjukkan sisi lembutnya terhadap Dian. Dialog seperti “Jadi isteri saya, atau awak akan berdepan dengan peguam saya” menambah aura ketegasan dalam kisah ini.

Penulis bijak menyampaikan mesej tentang bagaimana dendam dan salah faham boleh merumitkan hidup seseorang. Namun, dalam naratif yang kelam itu, ada juga sinar harapan apabila watak-watak utama saling belajar tentang cinta, kepercayaan, dan peluang kedua. Bagi pembaca yang suka drama romantik dengan elemen kejutan, ini sebuah karya yang sukar dilepaskan sehingga ke muka surat terakhir.
Profile Image for Atiqah.
10 reviews1 follower
December 18, 2023
Bila baca novel terus teringat novel the wedding breaker aka ariana rose. Ada persamaaan sikit bilamana si FL iaitu Dian nak membalas dendam bagi pihak sahabat dia Salina (adik kepada Raziq) dengan cara serang wedding orang.

Dian ni anak yatim dan anak angkat kepada keluarga Mak Ani dan ada abang angkat Raziq. Raziq ni terlalu cintakan Dian.

So macamana si Dian ni balas dendam.Dia pergi serang majlis pernikahan si hero tapi rupanya tersalah org sebab dia sendiri tak kenal pun lelaki yang hancurkan hidup Salina. Nak serang si adik tapi tersilap kena dekat si abang. So si abang pun layan ja drama si Dian. Dia dah minta maaf pun still kena ganggu dengan ML iaitu syeikhul.

Dia ajak Dian kawin or tunggu surat saman sebab dia pun nak lari dari arrange marriage maknye. Cliche. Kebetulan bff Dian si Wani nak lari along, dia jadi penjamin ex bf. So terima jela si Dian untuk kawen dgn ML.

Panjang betul bila tang honeymoon. Ada part softporn xsesuai untuk bacaan anak2. Watak2 dalam novel tak banyak pun. FL, ML, wani, raziq, mak ani, dato n datin, tasya ex gf ML. Tu je rasnya. Zabar adik ML yang septutnya kena serang dgn Dian ni muncul dekat akhir cerita. Insaf dan minta maaf. Dan novel ni more to romance.

Bila da kawen, tak dapat restu mak metua sebab dian anak yatim xtahu asal usul. Raziq pulak datang rumah bgtow syeikhul yang Dian kawen sbb nk balas dendam. Dah Gaduh kena halau keluar rumah. Tapi yang best part bila papa syeikhul ni buat plan dengan si dian ni cara nak tackle dia balik. Ego melangit. Sayang tapi ego macam hape je.

So far, smooth ja baca. Penulisan okay takla merepek2 sangat. Layan je. Cuma ada repeated ayat. Tow2 da habis. Good. First buku saya baca dari penulis ni. Good job author.

P/s: my opinion saya tak berapa bekenan dengan cover depan novel sebab guna gambar real. Sorry
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.