Syed Hussein Alatas (September 17, 1928 – January 23, 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organizations, and former politician. He was once Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.
Alatas seperti dalam buku Islam dan Sosialisme, dalam buku ini juga beliau menyebutkan bahawa Islam itu ialah ajaran sosialis-demokrasi. Beliau tidak segan silu mengulang tentang hal ini. Tentang Islam dan Masharakat ini, di awal babnya agak persis seperti penerangan keperluan agama oleh HM Rasjidi dalam buku Filsafat Agama. Pembacaan Alatas tidak boleh dinafikan sangat mantap dan begitu luas, terutama tentang karya-karya luar negara. Adapun begitu ada juga bab yang dibaca begitu pantas atau selak begitu sahaja seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Wanita dalam Islam, yang tidaklah ada apa-apa hal yang sangat menarik dengan ulasan penulis Islam yang lain. Ada perihal puasa dan zakat, mengingatkan buku tulisan Syed Syekh Al-Hadi berjudul Ugama Islam dan Akal. Bab yang paling akhir agak menarik iaitu Bagaimana Cara Mempelajari Islam. Alatas mengemukakan tentang bagaimana cara yang baik dalam mempelajari Islam, iaitu dimulakan dengan mempelajari sejarah-sejarah sekeliling Arab sebelum kedatangan Islam, dan sesudah kedatangan Islam. Aku rasa ini cara yang menarik dan kreatif.
Buku ini merupakan karya sulung Syed Hussein Alatas untuk projek Ilmu Mandiri di bawah terbitan Lestari Hikmah. Usaha yang wajar dipuji dalam memasharakatkan lagi idea-idea Alatas kepada kita semua.
Karya ini walaupun nipis, masih sarat dengan idea-idea tuntas. Prof Alatas memulakan karyanya dengan mengajak kita untuk melihat perkaitan (politik) agama dan negara di luar konteks Eropah. Pemisahan agama dan negara ini berpunca daripada cengkaman gereja-gereja yang menghambat penggunaan dan perkembangan akal. Maka, sewajarnya kita sebagai umat Islam untuk keluar daripada kerangka ilmu bersifat Eurosentrik. Saranan penulis pada awal karya ini memperlihatkan kepada kita akan keteguhan beliau dalam idea-idea pokoknya seperti minda tertawan (captive mind).
Penulis kemudiannya turut menyentuh beberapa falsafah bawaan Barat seperti determinisme, monisme, materialisme, positivisme. Nama-nama mahaguru filsuf agung seperti Sigmund Frued dan Auguste Comte beserta idea mereka turut disanggah oleh beliau.
Memetik perkataan John Dewey, filsuf Amerika, penelitiannya mendapati bahawa falsafah itu lahir daripada keadaan masharakat. Justeru, falsafah boleh berubah mengikut waktu, tempat, bahkan pendirinya. Hal ini berbeza dengan agama yang diturunkan Ilahi. Sifatnya tegap dan mutlak. Andai wujudnya perbezaan, itu hanyalah pada perlaksanaannya, bukan pada syariat yang tetap. Penulis turut menambah bahawa ilmu pengetahuan yang dicerap akal semata-mata tidak akan mampu memenuhi ruang kerohanian, melainkan dengan agama.
Teras buku ini adalah pada bahagian sifat keadilan sosial Islam yang mengutamakan kesejahteraan semua manusia. Tatkala hubungan perseorangan (antara individu dan Tuhan) telah difahami sebagai agama oleh Barat sana (penyempitan makna agama), Islam sebaliknya. Agama ini terbina dengan hubungan perseorangan dan kemasharakatan (kelompok).
Perkara ini diperincikan lagi melalui arkanul Islam (dasar ajaran Islam): zakat dan haji. Walaupun dua hal ini sering diulang sebut di meja ceramah, namun perincian penulis dari kaca mata sosiologi agak menarik. Menurut beliau, kekayaan seseorang itu bergantung-harap pada masharakat.
Misalnya, harga rumah. Seandainya sebuah rumah berjaya dijual pada harga yang mahal, ia adalah kerana kedudukannya yang berhampiran dengan jalan yang dilalui orang ramai. Seandainya kedudukan rumah tersebut terpencil, barangkali harganya akan menjadi rendah, atau mungkin tidak terjual. [Didapati di sini, ada unsur-unsur fahaman yang menekankan aspek material.]
Maka, hasil penjualannya itu ditentukan oleh interaksi dengan masharakat. Maka, seharusnya, orang kaya yang dibantu masharakat, mengembalikan semula bantuan tersebut dengan mengeluarkan zakat.
Sifat keadilan sosial Islam yang disebutkan di atas telah mendahului zaman apabila dibuat perbandingan dengan Eropah yang baru sahaja mengecapi kemerdekaan beragama pada abad ke-18 dan ke-19.
Turut disarankan oleh penulis di bahagian akhir buku berkenaan cara sebenar mempelajari Islam, iaitu socio-historical method. Turutannya begini: (1) keadaan Arab Jahiliyah, (2) masyarakat di sekeliling jazirah Arab, barulah kemudiannya (3) sirah manusia agung, Nabi Muhammad ﷺ. Fungsinya? Agar setiap tindakan Baginda dapat difahami akan tujuan dan manfaatnya kepada masharakat Arab ketika zaman tersebut.
Segala idea Prof Syed Hussein Alatas dalam karya yang nipis ini telah memperlihatkan ketajaman pemerhatian dan kefahaman yang begitu luas beliau sebagai pakar ilmu kemasharakatan (sosiologi). Karya ini bagaimanapun tidak mencukupi dalam menyantuni hal-hal lain berkait Islam dan masharakat, namun bertepatan dengan hasrat Prof, “...tujuan saya hanya menimbulkan perhatian pembaca, bukan memberi satu kupasan yang mendalam”.
Islam dan Masharakat merupakan antara karya terawal almarhum Syed Hussein Alatas. Idea Karl Mannheim, seorang Sosiologis Hungrary menjadi dasar idea beliau mengembangkan ideanya tentang Islam-Sosialis dan dapat dilihat ditumpahkan dalam beberapa karyanya yang lain selepas ini.
Dari satu sisi, Syed Hussien Alatas bersetuju bahawa masalah yang dihadapi oleh bahagian dunia lain adalah berakar daripada tamadun Eropah yang sangat sarat dengan pelbagai perkembangan pemikiran, falsafah dalam semua aspek kehidupan. Adakah beliau menolak semuanya? tidak bahkan ada beberapa idea dari intelektual Eropah juga digunakan bagi menguatkan lagi hujah beliau tentang kesejagatan Islam itu sendiri.
Di dalam buku Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah, beliau ada menyatakan bahawa ada beberapa ideanya dalam buku ini perlu diteliti dan dibaiki sebelum diterbitkan semula.
Dari sini, kita dapat melihat perkembangan intelektual Syed Hussien juga mengalami anjakan paradigma (mengambil idea Thomas Kuhn yang terkenal). Barangkali kefahaman beliau tentang agama dan gerakdayanya di dalam masyarakat itu yang berubah.
Ada beberapa perkara yang dibincangkan kelihatan sudah mula ternampak perubahan berdasarkan perubahan masa seperti perihal kedudukan wanita dalam masyarakat. Namun, saya sebagai pembaca perlu juga melihat latar belakang penulisan buku ini yang semestinya ditulis lama dahulu ketika negara mula mengecap kemerdekaan. Oleh itu, pandangan penulis boleh dikira sebagai sudah ke depan. Perbincangan yang paling memberi kesan kepada saya sebagai pembaca ialah saranan penulis agar perlu memahami sejarah bangsa Arab terlebih dahulu sebelum mendalami Al-Quran dan Hadis bagi melihat perbezaan sinar tauhid yang dipupuk oleh ajaran Islam telah mengubah masyarakat malahan masyarakat tersebut telah meningkatkan diri menjadi suatu bangsa terbilang. Peranan seterusnya dimainkan oleh bangsa-bangsa berhampiran bangsa Arab yang telah menerima Islam lantas telah memacu dan memperkembangkan tamadun Islam sehingga dikenali ramai pada zaman tersebut.
Selesai baca sehingga karangan 'Erti Hari Raya Puasa Dari Sudut Masyarakat'. Agak hampir dengan penamat. Banyak yang aku setuju. Banyak juga yang aku macam... Kurang setuju juga. Banyak juga benda-benda menarik aku dapati.
Banyak rumus-rumus penting yang Prof Alatas bentangkan mengenai tauhid, konsep negara dan kedudukan wanita dalam Islam, dari kaca mata beliau sebagai sosiologis.