Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca

Rate this book
“Adakah aku benar-benar dapat menulis?”

Menulis kerap dikaitkan dengan keistimewaan milik seseorang bersandarkan bakat. Disebabkan kepercayaan itu, sesuatu yang mahal dipanggil pengalaman dan pengetahuan yang ada pada diri kita mula dikambus. Kedua-duanya dibiarkan sunyi dan ditekan agar ia tidak timbul ke permukaan kehidupan.

Kita cuba menafikan dengan melalui kehidupan bekerja dan mengurus keluarga seperti biasa. Sebaliknya, ada sesuatu yang berlaku.

Apa yang cuba dilupakan semakin kerap berlegar seperti roh yang tidak aman.

Lama kelamaan, hati rasa sakit dan fikiran menjadi terbeban. Hajat yang tidak sempurna selalu merintih agar kisah itu didengari. Kita mula bertanya kepada diri, “Adakah berbaloi sekiranya aku hidup resah begini?”

Sampai bila kita mahu ‘berbahagia’ dengan perasaan seperti itu? Akhirnya barulah kita tahu kerana diberitahu, menulis datang dari dua jalan. Satu, menulis datang melalui jalan bakat. Dua, menulis juga datang dari jalan sistem kerja.

Buku ini adalah jalan kedua yang menjadi jalan keluar kepada saudara.

Buku ini adalah sahut balas kepada pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan dengan permintaan yang sama, “Bagaimana mahu menulis kisah hidup sedangkan saya bermula dari kosong?”

Buku ini disusun dalam keadaan kita dapat membaca sedikit demi sedikit dan dapat mencipta kejayaan kecil. Insya-Allah, saudara akan bermula tetapi tidak berhenti. Saudara akan berehat jika lelah, tetapi akan menyambung semula penulisan sehingga akhir. Biar sedikit asalkan menjadi.

Buku ini, Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca akan menyempurnakan perjuangan saudara. Penulisan kita adalah tanda syukur atas nikmat hidup. Kita mengenang nikmat dalam penceritaan. Penulisan kita akhirnya dapat menyusun turun naik hidup sebagai muhasabah panjang.

Kita menulis sebagai satu terapi diri. Kia berdamai dengan kehidupan lalu. Kita memahami ujian dahulu dengan menulis dan membacanya semula. Kita mula memahami, gelap yang dahulu adalah pencerahan hidup sekarang. Makna hidup baharu mula muncul. Kita dapat berdamai terhadap keadaan dan membina semangat hidup baharu.

Boleh jadi kenang-kenangan itu akan menjadi harta paling mahal kepada orang yang terhampir. Tulisan itu dapat diwariskan sebagai harta kasih sayang. Meninggal tetapi tidak melupakan. Mereka dapat memahami hidup dan meneguhkan kehidupan berpandukan ilmu pengetahuan yang disimpan elok dalam penulisan.

Tidak ada kasta dalam penulisan kisah hidup. Ia adalah hak bagi setiap manusia agar mengingati dan diingati, mendengar dan didengari. Jangan berputus asa dan ragu-ragu kepada diri, buku ini menemani perjalanan saudara dari awal sehingga akhir.

“Aku benar-benar dapat menulis.”

105 pages, Paperback

Published January 1, 2023

3 people are currently reading

About the author

Zamri Mohamad

34 books19 followers
ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur.

Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media.

Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen. Beliau bekerjasama dengan Akademi Penulis dan menjadi mentor penulis kategori rencana akhbar dan majalah. Klik di sini

Beliau juga jurulatih penulisan untuk Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil. Sebuah seminar yang diasaskan bersama-sama Izwan Wahab, pakar pereka kreatif sistem dan penganalisis carian enjin internet. Klik di sini

Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
1 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
68 reviews1 follower
September 28, 2023
Buku yang sangat menginspirasikan, mudah dibaca, senang faham dan diberikan tips ringkas kenapa kita semua mesti menulis sekurangnya satu buku dalam hidup.

Supaya kita tidak ikut tenggelam dalam lipatan sejarah.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.