Jump to ratings and reviews
Rate this book

Denai Cinta

Rate this book
Kita sudah lama hilang arah, tercari-cari inspirasi dari kocek sendiri. Memerhati insan lain dengan kekaguman yang tinggi demi mencedok semangat dan pedoman menuju Ilahi. Sedangkan petunjuk itu sudah terbentang untuk dipelajari.

Denai Cinta ialah perjalanan ke lubuk hati yang paling dalam. Demi menapis sesetengah emosi yang membuat hidup hilang kendali.

Lalu sirah muncul menyelamatkan; memerikan kisah empat orang wanita teladan untuk mengeluarkan insan daripada kusut kemelut. Justeru, cinta harus difahami dengan panduan yang benar dan sejati. Kita memerlukan model cinta yang boleh diteladani dan diikuti dalam kehidupan ini.

Menerusi karya ini, Nik Nur Madihah membawa kita menelusuri hikmah dan teladan melalui kisah empat orang wanita mulia dalam setiap aspek hayat mereka: Sayyidah Fatimah r.a., Sayyidah Khadijah r.a., Sayyidah Maryam r.a. dan Sayyidah Asiyah r.a.

151 pages, Paperback

First published January 1, 2021

25 people want to read

About the author

Nik Nur Madihah

5 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (60%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Dianna Dinno.
25 reviews8 followers
October 21, 2024
Sebuah buku yang mengumpulkan coretan hati penulis dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang wanita yang berusaha untuk tidak tunduk kepada kelemahan beremosi dan sifat mengadu atau mempersoalkan takdir tuhan. Walaupun penulisan agak "cringey" tetapi peringatan dan nasihat yang diberikan yang disandarkan daripada petikan Quran dan hadis adalah sangat bermakna dan sesuai untuk bentuk penulisan karya ini, serta amat penting untuk kita sebagai wanita di akhir zaman untuk ambil nasihat yang disandarkan agar tidak mudah hanyut dalam kealpaan dan tewas dalam mendepani ujian duniawi.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
June 16, 2024
Buku yang sangat menginspirasikan dan boleh saya katakan pergelutan diri dalam mencari kebenaran Ilahi ini berlaku kepada semua orang cumanya berbeza dari segi situasi & keadaan. Saya lihat penulis cuba membawakan konsep “reasoning & reflecting” di mana penulis telah mendatangkan persoalan-persoalan kritikal dalam melawan & membersihkan kejahilan-kejahilan yang wujud dari dulu hingga kini secara lembut tetapi tegas isinya dan kemudian mendatangkan hikmah melalui penceritaan dari kisah-kisah hebat wanita Islam iaitu Sayyidah Fatimah r.a, Sayyidah Khadijah r.a, Sayyidah Maryam r.a dan Sayyidah Asiyah r.a.

Bagi saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua orang dan boleh dijadikan panduan bagaimana nak berfikir dan bertindak secara rasional dan belajar mencari hikmah dari setiap sisi kehidupan melalui panduan Quran & Sunnah.

Dan juga, saya sangat suka dengan cara penulisan penulis yang sangat menjaga bahasanya dari sudut pemilihan perkataan yang sesuai, tidak meleret-leret huraiannya, setiap dalil yang dikemukakan ada sumbernya dan setiap ayat yang ditulis ada maknanya sama ada tersurat mahupun tersirat. Betul kata penulis, buku ini perlu dibaca dengan tenang sebab bagi saya buku ini dah dikira macam buku falsafah.

Terima kasih penulis dan teruskan menulis.
Profile Image for Ilham Syahirah.
7 reviews2 followers
February 17, 2024
Terpesona dengan aras bahasa melayu yang digunakan dan lenggok penulisan oleh penulis (Kisah penceritaan antara 2 karakter Cin dan Nai). Penulis mengaitkan realiti zaman sekarang dengan kisah srikandi-srikandi silam diikuti dengan petikan ayat Quran (terjemahan ringkas).
Semoga penulis terus terbang tinggi dalam dunia penulisan, berkongsi rasa, mengkritik realiti masyarakat, tidak lain tidak bukan dengan tujuan membawa pembaca kembali kepada hakikat sebenar penciptaan.

"Hidup ialah perjuangan untuk kekal berjaga-jaga, dan terus berwaspada. Kerana berwaspada ialah ketaqwaan; yang berjaya meyakini kelahiran Ilahi dalam setiap nafas yang terhela."

Terima kasih penulis untuk karya ini.
Profile Image for muqri.
6 reviews2 followers
June 7, 2024
Denai Cinta – karya kedua dari Nik Nur Madihah selepas Noktah Terjahit. Denai Cinta menyoroti kisah 4 wanita terbaik yang disebut dalam Hadis Rasulullah, diceritakan melalui dua watak Cin dan Nai.

Lenggok bahasa penulis dalam menyampaikan perbualan Cin dan Nai cukup puitis dan penuh makna. Mengikuti pesanan penulis, saya membaca naskhah ini dengan sabar, perlahan-lahan untuk mencari perkaitan dan memaknai pengajaran yang ingin disampaikan.

Nai mengemukakan persoalan-persoalan berkisar konflik dalam diri, kemelut emosi dan kepercayaan. Cin menyambut persoalan Nai dengan membawa kisah 4 Wanita mulia (Sayyidah Fatimah, Sayyidah Khadijah, Sayyidah Maryam & Sayyidah Asiyah) sebagai sebaik-baik panduan kurniaan Tuhan.

Saya kagum bagaimana naskhah nipis dengan hanya 151 mukasurat tetapi sarat dengan kisah dan pengajaran, dan tak jemu dibaca berulang kali. Ada beberapa bahagian pada episod 2 yang perlu saya buat rujukan untuk memahami sepenuhnya kisah yang diceritakan penulis.

Adakah sesuai untuk lelaki?
Persoalan-persoalan Nai menyentuh soal emosi, dan konflik dalam diri yang tidak terikat kepada sifat-sifat keperempuanan sahaja. Lelaki juga mengalami persoalan dan konflik yang sama. Apatah lagi disebut dalam hadis Rasulullah – Sayyidah Fatimah, Sayyidah Khadijah, Sayyidah Maryam & Sayyidah Asiyah adalah sebaik-baik Wanita penghuni syurga. Sebagaimana kita biasa disuakan dengan kisah-kisah Khulafa’ Ar-Rasyidin tanpa pernah mempersoalkan sama ada sesuai dibaca untuk Wanita, tiada salahnya juga bagi seorang lelaki mengambil manfaat dan teladan dari kisah-kisah Wanita mulia.

"Nai, andai kau sudi meluangkan waktu, kau akan dapati seluruh kehidupan Sayyidah Fātimah ʿalaihā assalām mengandungi pelajaran untuk semua. Siapa pun kita, Sayyidah Fātimah ʿalaihā assalām meninggalkan contoh untuk diikuti."
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.