“Aku rasa dekat dengan Tuhan, tapi entah kenapa jauh daripada manusia.”
“Susahnya bergaul dengan orang. Akhirnya, aku juga yang terluka.”
Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul, atau harapan yang tidak dipenuhi – baik sesama suami isteri, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak murid, mahupun majikan dengan pekerja.
Kegagalan memenuhi harapan-harapan ini membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti transaksi; maknanya menghilang.
Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja?
Hakikatnya, tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini.
Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW; supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah di hujungnya, kita tetap dalam teduhan takwa kepada Ilahi.
Membaca kisah dan perihal tentang Nabi Muhammad menambahkan lagi rasa cinta kita buat baginda. Role model No.1 untuk kita contohi. Antara periwayatan tentang baginda,
"Kau seorang yg jujur lg terpercaya" .. "Aku tak pernah disuruh-suruh atau diherdik-herdik" .. "Engkau org baik".. "Wahai sebaik-baik manusia" ..
Tentang nilai-nilai dalam hubungan dan bagaimana ia wujud dalam kehidupan nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat.
Apa yang menarik bagi saya ialah gaya penulisan buku ni yang mirip dengan novel walaupun ia sebuah buku bukan fiksyen. Kisah-kisah yang kita pernah dengar disampaikan dari sudut pandang yang berbeza. Selalunya kita dipersembahkan dengan sisi agung nabi ﷺ berdepan dengan konflik. Tapi buku ni berkongsi tentang sisi nabi Muhammad ﷺ yang seperti manusia biasa, yang kehidupannya juga seperti kita dan orang-orang sekeliling kita. Kisah-kisah ini dikongsikan tanpa melanggar batas kemuliaan baginda ﷺ.
Walaubagaimanapun, dalam penulisan yang immersive ni, ada yang tak sampai expectation saya: banyak sangat cerita sampai saya hilang punca 😂 Point cerita hanya ditulis sepintas lalu. Nak ingat balik apa point keseluruhan bab, kena selak semula tajuk dia.
Overall, not bad. Boleh baca kalau suka buku yang vibe-vibe Maulidur Rasul.
Kerana takutkan konflik dalam sesuatu hubungan, kita selalu merasa ingin hidup bersendiri, tapi bila hidup bersendiri, kita akan merasakan kesunyian dan ingin mempunyai teman pula.
Konflik dalam sesuatu hubungan itu normal, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun menghadapi konflik dalam hubungannya dengan keluarga, pasangan, dan sahabat. Namun, jika kita menelusuri sirah2 Nabi, kita dapat mempelajari bagaimana cara baginda menguruskan konflik baginda dalam sesuatu hubungan dan memaknai lagi hubungan tersebut.
Sempurnanya Rasulullah S.A.W dalam menjaga setiap hubungan baginda dengan orang sekeliling, walaupun tugasan dan kewajipan baginda sebagai seorang Rasul itu besar, kasih dan sayang baginda terhadap sahabat, keluarga, pasangan dan anak baginda sentiasa mencukupi dan terjaga.
Kerana perhubungan itu bukanlah semata-mata tentang menerima, tapi lebih kepada tentang memberi. Kita tidak boleh menghalang expectation kita terhadap orang lain tapi kita mampu mengawal respons dan cara tindak balas kita terhadap mereka jika expectation kita itu tidak sama dengan realiti yang sebenar.
Membaca buku ini buatkan saya sedar perkara paling utama iaitu Nabi SAW juga seorang manusia.
Dalam Quran, ada disebutkan rengekan orang-orang kuffar yang pertikaikan kenapa Nabi mesti seorang manusia, kenapa bukan malaikat atau apa2 jenis makhluk yang darjatnya lagi tinggi dari manusia.
They expect something superpower yang boleh keluar kuasa2 kat tangan tu. Sebab itu agaknya, Dajjal the false Messiah ni mudah dipercayai sebagai nabi terakhir yang akan menyelamatkan manusia kononnya. Pun begitu, ada juga yang menganggapnya setara dengan tuhan.
Buku ini secara tak langsung menjawab kenapa seorang nabi itu mestilah Manusia, bukan malaikat, bukan jin, bukan superpower.
Memahami konflik-konflik yang dilalui Nabi SAW, kita dengan mudahnya dapat mencontohi tindakan, keputusan dan cara berfikir Baginda SAW. Keterbatasan Nabi SAW sebagai manusia sepatutnya menjadikan kita insaf.
Insaf. Nabi SAW ialah pesuruh Allah. Bukanlah seseorang yang layak dijadikan bahan pujaan apalagi mengagungkannya sehingga berlaku syirik.
Kita mencintainya, selayaknya Nabi SAW sebagai nabi, bukan sehingga menganggkatnya sebagai tuhan seperti yang diperlakukan kaum Nuh terhadap nabi-nabi mereka
71:23 ...Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
Seterusnya, buku ini juga membantu kita memahami sebahagian hukum fiqh yang banyak dibicarakan dalam kitab-kitab fiqh. Contohnya, berkaitan dengan zihar, talaq, hukum nikah dengan ex wife anak angkat dll.
Konflik hidup Nabi SAW sangat banyak. Kita yang hidup hari ini mungkin tidak menghadapi konflik hidup sesukar Nabi SAW. Hikmahnya, banyak pengajaran yang kita boleh pelajari daripada kisah-kisah konflik Baginda SAW. Alhamdulillah.
Kemunculan Nabi akhir zaman memberikan sirna kepada masyarakat yang tandus dengan kasih sayang dan penuh dengan kesombongan, kekejaman mahupun penindasan.
Nabi Muhammada saw sentiasa diuji bermula kecil dengan kehikangan ahlimkeluarga satu demi satu. Diberikan tugasan enyampaikan risalah tauhid, ujian itu semakin hari semakin memberat.
Satu demi satu konflik berlaku. Dipulau, diejek gila, dibaling najis sehingga cubaan mmbunuh baginda. Semuanya dihadapi dengan tenang. Semuanya dihadapi dengan kasih sayang.
Baginda yanb tidak putus asa terhadap umatnya. Semua konflik dan fitnah dihadapi dengan petunjuk wahyu buat memberikan kita teladan yang paling baik.
Menariknya tentang buku ini, adalah penggunaan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu bersifat 'bukan fiksi'. Membaca buku ini seperti kita membaca novel fiksyen namun berfakta tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW. Bagaimana Nabi berdepan dengan cabaran, juga bagaimana Nabi berdepan dengan hubungan bukan sahaja bersama isteri, akan tetapi sahabat handai dan pengikutnya.
Secara umumnya, buku ini sebuah karya yang bagus untuk kita mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW.
Khubaib Akhi adalah salah satu author yang aku memang akan biased kalau bagi review. Aku suka cara penulisan yang like berjaya buat aku engaged dan tak sedar. Sedar-sedar je dah berjam berlalu. Sedar-sedar je dah habis satu bab. Sedar-sedar je dah habis buku.
Buku kali ni fokus pada perhubungan. Bila baca tajuk, aku ingat buku dia macam Nabi SAW jugak bersedih tu. Buku kali ni tak fokus pada kisah disakiti sahaja, tapi lebih kepada perhubungan sesama manusia. Sedih, gembira semua ada. Banyak je kisah yang aku tahu, tapi diolah dari sudut pandang yang berbeza. Seronok. Seronok.
this book is perfect for those yang memerlukan motivasi for specific things such as disakiti sahabat, pasangan, and some relatable ujian nabi yang kite pun boleh relate dengan hidup skrg AND for those who wanted to know more about peristiwa-peristiwa dalam hidup nabi. gaya tulisan yang santai but very relatable and gentle. Probably one of the best motivational and islamic book I've ever read. and, this book also have the abilty to make people sedar yang: nabi pun disakiti. just like us. nabi still manusia. a big raise for the author ❦
Another way to enjoy sirah Nabawiyah! Pembahasan non sistematis dan ringan tentang hubungan Rasulullah saw. dengan Allah SWT; keluarga; kerabat; tetangga; orang-orang yang memusuhinya; hihgga cara beliau dalam menyikapi permasalahan yang dialaminya, untuk memaknai kembali relevansi antara kisah hidup Rasulullah saw. dengan kehidupan sehari-hari kita sebagai umatnya dalam menghadapi segala bentuk ujian —kesenangan maupun kesulitan.
Saya sangat sukakan penulisan santai dalam buku ini, banyak kaitkan kisah perjalanan dan konflik hubungan Rasulullah SAW dengan kehidupan di zaman moden hari ini. Ini buku pertama saya baca hasil penulisan saudara Khubaib Akhi. Buku ini berjaya menarik minat saya untuk membaca buku-buku lain hasil penulisan beliau. Tahniah buat penulis. 👏🏻👏🏻
Buku sirah yang berjaya membuatkan diri ini menangis sepanjang naik bas TBS - Temerloh. Terkesan sangat baca sirahnya, baca pulak dalam bulan kelahiran Baginda SAW. Banyak betul konflik, kesedihan dan vulnerable situation yang dihadapi Nabi.
Nabi SAW Juga Disakiti Manusia — Khubaib Akhi: 5/5 🌟 Buku keempat tulisan Khubaib Akhi yang dibaca ✅
Membaca tulisan ini memberi dimensi baru dalam memahami keperitan manusiawi yang dilalui oleh Nabi saw, juga menyedarkan hakikat apa yang menjadikan kita “manusia” ialah warna-warni hidup yang menjadikan kita bergelut dengan diri sendiri — mujahadah linafsih.
Buku yang bagus untuk mendalami perjalanan kehidupan kisah Nabi Muhammad SAW. Apa yang kita lalui cabaran dalam kehidupan di dunia ini, telah dilalui juga oleh Nabi. Boleh dijadikan panduan untuk kita mendepani setiap dugaan.
Manusia la ujian paling besar buat kita. Every relationship has its disaster. Setiap perhubungan yang tidak dilandasi dengan keimanan kepada Tuhan, pasti roboh dan retak sejuta.