+ Gaya penulisan bagus.
+ Saya suka pengakhiran cerita yang diorang tak bersama pun. Sokong 1000011%. Izz ada solid reasons (dah besar gedabak depan mata) yang tak boleh dipertikaikan, tak mahu dengar dah pujuk rayu.
+ Setiap teguran dan nasihat penulis selit agak formulaic atau recycle sebab dah selalu baca di X/IG/TT/Google/Pinterest. Dan responsnya terasa scripted dengan jawapan default yang boleh diagak, but I think those were an attempt to jump on the bandwagon untuk nampakkan MCs dalam golongan pemikiran terkini (or relatable?). Tapi tak apa, asalkan ianya bermanfaat dan mungkin tak semua orang tahu, jadi pujian tetap kena bagi.
+ Saya juga penggemar kopi.
- 1.5/5. Tak boleh nak bagi lebih, tak boleh nak paksa untuk suka sebab saya terima hakikat secara terbuka yang saya golongan minoriti di sini.
- Pekan kecil tapi tak berapa jelas huraian world-building melainkan ada pantai, bukit, deretan kedai dan....? Dari segi atmosfera dan komuniti kurang. Rasa yang dekat di jiwa tak berapa ada sebab saya tinggal di pantai, area pinggir bandar jugak.
- Watak utama tak rootable. Naz: watak lelaki yang nampak sangat written by a woman. Dari awal sampai nak habis pun, monolog Naz tak relaks esp ms 39 hajahhahahah bro in sasau era 😂. Saya dah banyak baca lelaki yang tak sedar terobses dengan watak heroin and serious they got me rolling my eyes to no end. Sikit-sikit sudahlah. Tried to make it subtle, but ended up explaining too much. Kalau monolog yang melakonli/yearning, saya boleh beza. And oh well, no worries Naz still bearable (kan?). Tapi alih-alih 'terbuat' u-turn bila tahu kisah tragis Izz. Ha sudah. Apa cerita sebenarnya? Still ada something in between sebab Naz masih tak move on.
- Plot lelaki yang syok lebih dan pada masa yang sama jadikan perempuan as a 'bad guy' yang tak menghargai efforts. No, it's not my tap of dancing. Tak suka jugak watak yang jadi terlalu hamba dalam percintaan. Sebab my preference cukup mudah – sepertimana saya tak suka perempuan tersua-sua mengejar cinta yang tak pasti, saya pun tak suka kalau lelaki buat benda yang sama.
- Punca utama kenapa bintang sikit adalah kerana watak Izz. Yang seorang ni peseng lain pulak. 1) Salah dia kepada Naz: memang saya suka diorang tak bersama tapi tak boleh menidakkan yang Izz tetap buat salah pada Naz. Tetap sakitkan hati Naz. 2) Salah dia kepada Luqman: TAK. Izz memang kahwin sebab nak lupakan Naz, bukan sayang dari hati yang luhur dan ikhlas. Di ms 235-236, she was just enabling her wrongdoings. Bila Izan tanya, mengelak. Bila Naz tanya, dia jawab "I will". Nampak sangat Luqman hanyalah her second best choice (cuba bayang irl orang buat macam ni kat kita 🥲). Bila nak dekat habis, bahagia ditunjuk melalui POV Naz. 1-2 perenggan je luahan Izz sayang Luqman. Memang Izz akhirnya suka Luqman tapi sangat dibuat-buat dan masih lagi keliru. Trust herself? She didn't even know how to. Tak berapa jujur dari lubuk hati. Macam nak tak nak. Sekadar cukup syarat untuk buatkan Izz tak jadi seorang isteri yang *tuttt tuttt*. Takut nanti tak jadi sad ending. Jujur, saya alergik betul kalau dah bahagia dengan orang baru tapi di sudut lain masih holding onto the past (I easily noticed the grey line was still there). Memang cerita pasal Naz-Izz tapi perasaan Luqman taruk kat mana? Ataupun sebenarnya beria buat watak second hero yang baik, yang setia, yang ala-ala "I terima je masa lalu you asalkan you kahwin dengan I", sekadar untuk contingency plan? Dan menunjukkan Luqman's characterization leaned towards settling for less, tak ke? 3) Konsep childfree Izz terbalik likup atas alasan "di luar kawalan-Allah itu berkuasa dalam membolak-balikkan hati manusia". Serupa someone who innocently made a mistake, then pulled the religion card. Saya tak kisah tak nak anak ke apa tapi her justifications were criminally biased!! I said what I said. Dia dah projecting fear kepada Naz pasal anak kaw kaw tau. Sungguhlah Izz, tak baiknya. Kejam.
- Mentua toksik. Tipikal novel cinta Melayu. Mendadak sangat menyesal, the arc went through tak menyempat dah gaya tak dan-dan nak buat lencongan ke cinta tak kesampaian. Watak yang membenci habis-habisan, macam setakat itu je perangai mak Naz kepada Izz. I had to say that part was a bit badly written. Haih sorry ada banyak antagonis novel Melayu lagi kena bagi saya... *ke memang trend? Saya dah ketinggalan zaman kot.
- Scene yang kononnya tersipu-sipu di ms 157 ternyata kurang manis. Sentuh lengan dengan sengaja walaupun berlapik masih tak boleh. Jangan nak mengada. Apa yang Naz buat tak consistent dengan fikiran dia di muka surat payungkan Izz semasa hujan. Kalau tak ada, saya tak akan point out sebab saya tahu adegan begitu (biasanya akan) ada dalam novel. Dan boleh pulak beradu mata dengan jarak yang dekat, bermadu asmara.....................
- Ms 284. Matanya menyorot ke bawah, ke arah perutnya lalu naik tangan mengusap bahagian itu dengan lembut. It gave off a geli-geleman, ick, cringe, inappropriately done. Semua dah jadi bercampur-aduk. Izz tetiba jadi sangat tak sensitif yang fully display menyakitkan hati Naz. Yang usap perut depan-depan dah kenapaaaa? Tu bekas suami tau bukan suami. Paling-paling pun cakap tengah expecting. Dah rasa small gestures dan respons Izz agak tak berselindung atau mungkin cara olahan tak kena di tempat yang betul? Tak tahulah. Tak ada jawapan. Atau lagi elok scene tu tak ada pun tak apa. Dan kenapa Izz mintak validation Naz yang boleh ke dia jadi good parent??? What?????? Suami kau ada ke tak ada?????? Tak matangnya Izz. Dah jadi isteri orang buatlah cara ada suami. Nak lepaskan Naz tapi apa-apa masih lagi berpaut kat dia. Apeni? Dan Naz hmm sebagai seorang bekas suami jangan 'terkejar-kejar' dah hak orang lain. Naz tunjuk sebab kenapa pergi intai Izz tapi saya tetap nampak intention penulis tak sudah dengan alasan untuk menghalalkan cara padahal Naz boleh sekadar jalan dan tak perlu toleh untuk sekali lagi atau Izz boleh hanya angguk dan senyum tanda courtesy aaaaaa pleaseee for god's sake!
- Boleh pulak di bab 31, watak Luqman disyurgakan gitu je. Macam tak ada perasaan. Maaf sekali lagi, saya terpaksa buat satu side note, "dah mati laki, kau pergi cari bekas kau balik pulak? Selama ni masih duduk teringat ke?" Aneh-aneh betul watak perempuan ini.
- Tak bersama jua. Namun setelah sekian, sekian jalan cerita dengan anjakan tahun, character development hampir tiada. Dah lupakan cinta masing-masing tapi cara menceritakan suasana masih tersekat di takuk yang sama. Dinamik zero. Layer demi layer (ketebalan hanya senipis kulit bawang) dan masih berbalik pada tajuk Selamanya Kamu. Begitu?
*UPDATE.
- Saya ada baca Cinta, Selamanya untuk Kamu. Nak tahu Naz ada perubahan tak, nak bagi peluang untuk naikkan bintang jadi tiga sebab melampau sangat bagi satu setengah tapi sudahnya cerita masih tak ada hala tujuan. Masih merengsakan. Tak 'obses' kot, mungkin jadi pengemis cinta kelas pertama dah sebati dalam hidup Naz. Couldn't say more.
- Pelik kenapa tak ada dialog Izz & Nuqman bercakap pasal Luqman?? (faham sebab bab belakang pendek tapi ibaratnya Luqman bukan di'syurga'kan dan tak pernah wujud, atau.... sayang tu ada ke tak lagi?). Actually saya suka nickname Maman hehe, comel je. Saya dah tulis before nak ada anak atau tak sukatilah tapi cara Izz counter-attack tu yang saya tak berkenan. Tapi jangan la jadikan Nuqman sebagai artificial plot device. Dahlah bapak dia dah kena takkan mahu menurun sampai ke anak pulak 😭.
P.S. Memang rasa my long review ni emotionally dramatic. This was not that bad but I really didn't enjoy it. Setiap orang penerimaan berbeza. No hate to the author.