Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langit Biru Kita

Rate this book
Bersaksikan langit biru, Mikaeyl pernah mengimpikan seluruh hidupnya bersama Aniesha. Dia juga pernah membayangkan hari-hari tua bersama sahabat baiknya, Najmi dan Haikal. Perselisihan antara empat jiwa itu memaksa Mikaeyl pergi membawa diri. Aniesha dilepaskan bersama luka yang menyakitkan. Najmi dan Haikal ditinggalkan tanpa khabar berita.

Dan selepas tiga tahun, pertemuan semula lewat sebuah insiden mencantumkan kembali jalan-jalan hidup mereka. Di persimpangan itu, dapatkan Haikal dan Najmi menerima semula Mikaeyl?

“Beri aku ruang, ya? Untuk tebus satu-satu kesalahan aku pada kau dulu.” – Mikaeyl

“Kita semua boleh berjanji, Mika. Tapi tak semua boleh tunaikan janji.” – Aniesha

“Jangan lepaskan peluang untuk bersama orang yang kau sayang. Nanti kau menyesal.” – Haikal

“Dan aku tahu sesusah macam mana pun aku cuba, kita takkan jadi macam dulu.” – Najmi

Lalu, bersaksikan langit biru itu juga, apakah akhirnya akan ada bahagia untuk setiap mereka?

***

Broleecomel telah menghiaskan langit kita dengan warna biru yang terhasil daripada suka duka dan pahit manis sebuah kehidupan. Di bawah langit itu juga, Broleecomel mengajak kita menjadi matang bersama Mikaeyl, Aniesha, Haikal dan Najmi.

– Pingu Toha, Editor

405 pages, Paperback

First published September 1, 2023

5 people are currently reading
129 people want to read

About the author

Broleecomel

2 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
92 (64%)
4 stars
36 (25%)
3 stars
10 (6%)
2 stars
5 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
May 8, 2024
... But I did everything to stay alive.
.
Saya masih ingat lagi macam mana sedihnya saya dengan pengakhiran Mikaeyl dalam DBLB. Saya suka endingnya, tapi saya berharap akan ada ending yang lebih baik untuk mereka pada buku yang kedua.

Pertemuan semula Mika dan Haikal pada malam tu, mengikat semula takdir Mika dengan kawan-kawan dia. Dan Aniesha. Ouh, sorry sebab saya agak kurang gemar perangai Aniesha di awal LBK, sebab dia macam kisah dengan penderitaan putus cinta dia je. Habis tu, Mika ni tak terseksa ke selama 3 tahun tu? Tapi, apabila cerita mula berkembang, watak dia makin less annoying.

Persahabatan Mika-Najmi-Haikal masih lagi menjadi kekuatan cerita ni. They protect each other. They laugh at each other. They annoy each other. Hubungan mereka realistik, walaupun mungkin ada tersasar sedikit memandangkan penulis adalah seorang wanita.

Penulis bijak menulis konflik untuk setiap watak tanpa overshadow konflik watak lain. Terutama sekali watak Darwish yang hanyalah watak smapingan, namun konfliknya boleh dikira besar sedangkan dia bukan antara watak utama (sedih la si Awish ni, nasib baik happy ending).

Pelikkan, DBLB dan LBK tak buatkan saya rasa gila bayang dengan Mika. Mika bukan green flag. Buka Mr Perfect. Bukan Mafia. Mika ni.. normal. Itulah benda yang paling saya suka dengan buku-buku penulis ni.

Cons.... Saya rasa agak cringe bila baca buku yang ada mention kpop, books, library, sky dan introvert. Penulis ada mention beberapa kali... Saya skip! skip! skip! No hate, tapi rasa cringe je.

Pendek kata, the closure is beautifully written.

p/s no kissing scene. No bed scene. No sixpack flex. No veiny arms mentioned. No luxury car. Clean and realistic.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
October 12, 2023
"The light at the end of a tunnel will only appear to those who believe there's one. Kerja manusia yang tersakiti adalah untuk tidak takut melangkah keluar dari tempat yang gelap. Dalam kata lain, don't afraid to heal." - Mikaeyl Lee

****
"Allah tu sebaik-baik perancang, kan? Dan orang selalu pesan untuk jangan putus asa. Jangan mengalah. But some things are just not written for us, aren't they?" - Haikal Deedat

"Ya. Kita pun patut berani untuk mengalah dan cuba cari sesuatu yang lain. Yang lebih sesuai untuk kita." - Mika

**
"Welcome back, Mika. I knew this day will come. I know you were just taking some time off. I knew you would come back to us." - Eiman Najmi

***
"I might take my time to love you again." - Aireen Aniesha

"I akan tunggu dengan sabar, Aireen Aniesha." - Mika

*
Yup, untuk yang dah baca Di Bawah Langit Biru, wajiblah baca sambungan kisah Mikaeyl, Aniesha, Haikal dan Najmi kalau korang nak happy ending. 😆 Banyak juga saya habiskan air mata dekat ending DBLB dulu tapi saya puas hati untuk buku pertama tu. Yang mereka perlukan adalah masa untuk menyayangi diri sendiri.

Dan terbukti dalam LBK, semua watak ini sudah menemui titik kematangan yang baik. Bermula dengan pertemuan kembali selepas 3 tahun dalam satu insiden, telah menyambung semula serpihan kaca yang retak dahulu. Walaupun tak dapat kembali ke bentuk asal dengan sempurna, sekurangnya mereka telah berdamai dengan takdir hidup masing-masing.

Mika-Haikal-Najmi. Tak tahu nak explain macam mana sukanya gue dengan persahabatan diorang ni. Sama-sama suka menangis, saling support kerjaya masing2, ambik berat, tegur mana yang baik dan buruk dan suka bergurau kasar.

"Ehh, buat apa kat sini bro?"
"Kena halau dengan bini, bro!"
"Pulak! Kata beras kita beli."
"Ya! Tapi yang masak nasi tu selalunya bini! Takutlah kita nak melawan."
"Awak? Bini halau juga, ke?"
"Allah! Maaf, maaf! Saya lupa awak SS! Single dan sendu." 😆

Dann... saya suka giler perhubungan Mikaeyl dan Aniesha. Diorang mmg tercipta untuk satu sama lain. Tak boleh dipisahkan. Dulu hubungan diorang sakit sangat, sekarang sinar cahayanya sudah terang walaupun ditimpa beribu ujian.

"I letih dengan hidup, Aniesha. Kalau hidup I umpama langit, langit I sekarang gelap gelita."

"Bukan langit you. Langit kita. Selagi you ada dengan I, I akan pastikan langit kita kekal biru, Mikaeyl."

Selain kisah mereka berempat, ada lagi kisah seorang hamba Allah bernama Darwish. Scene Darwish-Mokhtar dan MZ ni sangatlah menyayat hati. Dahlah Awish ni kesayangan Mika juga. Mika baru je nak sembuh daripada luka tapi tetaplah ada lagi yang tak puas hati dengan apa yang Mika ada. 😢 Kalau nak tahu kenalah baca sendiri. Lagi feel.

Saya pun tak tahu berapa hari baru boleh move on dengan kisah mereka ni. Kisah mereka ni sangatlah melekat di hati. My comfort reading.

Tahniah penulis Broleecomel. Moga terus hasilkan cerita yang lawak dan sedih bersamaan tapi ada mesej yang bermanfaat untuk disampaikan. 👍

P/s: bila korang baca LBK nanti, korang akan faham apa maksud di sebalik covernya.
Dan lagu Tanpa Cinta by Yuvie & Nuno sentiasa menemani saya dalam perjalanan menghayati kisah Mika dan Aniesha. ❤️
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
May 3, 2025
Kalau karya Si Bawah Langit Biru buat F geram dengan sikap kawan² Mika... but dalam Langit Biru Kita buat F rasa happy

F happy Mika get back together with his friends.

Masing² ada kisahnya. Kisah yang buat F rasa nak nangis.... tersengih² pun ada.

Cuma watak Najmi jela tak sampai kahwin.. dia baru nak kahwin

F rasa kisah Haikal paling F terkesan.. baca surat mak Haikal nangis oooooo.. memang buat hati sedih.
Profile Image for smarkles.
15 reviews
March 5, 2024
can’t believe the story of my favorite characters has ended :( huge shout out to adli for making this beautiful story 🥺 i have read this story since pkp waktu adli posted in ig story but reading this in physical book hits different.

this story started with the continuation of lb1. i happy sangat waktu mika reuniting with haikal & najmi after 3 years. i nangis waktu dorang reunite maybe sebab i have emotional connection with those characters already. haikal’s and darwish’s story also made me goes 😭😭😭. so far i suka semua story of characters in this story sebab each of them manage to heal themselves & get that happy ending. cumanya, sikit je scene interaction of najmi & iman rania sebab i want more of their interaction.

main lesson i have learned here is right person wrong timing. kisah mika dengan eisha buat i sedar yang sometimes kita rasa kita dah jumpa jodoh kita dan patut bersama pada masa tersebut. tapi kadang kadang, Tuhan hadirkan orang tu pada kita masa itu untuk kita ubah diri kita jadi lebih baik untuk bersama dengan orang tersebut in a better version of ourselves in a right and suitable time. focus on improving ourselves first!

in my opinion, mika’s a really strong character. how he changed into a different version of himself (from insecure guy to confident guy). he took so many efforts to be a better person. the way dia boleh terima balik mama dengan papa dia after all he been through, i rasa respect sangat sebab if i kat tempat dia idk if i can do the same?

i enjoyed reading this sequel. of course, author’s really good at words and her sense of humor is always 🔛🔝! i give this book a 4.5/5 🌟
Profile Image for meenie.
322 reviews3 followers
February 23, 2024
this book is everything cuma agak terkilan tak banyak scene najmi 😕😕😕 as a biggest fan of najmi, saya sangat tertunggu apa jadi dengan najmi ☹️

broleecomel thank you for making this story !!
everyone in the previous book has their own dark secrets and in this book, everyone is healing. dari mikaeyl hinggalah ke darwish. saya suka !! and tbh siapa je tak nangis bila najmi cakap dia takde siapa lagi selain haikal dengan mika. 😄🔫🔫 takpe najmi you have me! i guess to bitter truth of friendship. bila semua kawan dah berumah tangga, i guess you will lost your own home.

trauma dump? sangat lah banyak in this book. tahniah mika ! kerana berjaya meletakkan diri kamu instead of other people. im proud of you. untuk aniesha, tbh kalau i jadi u i will never accept mika back. tapi yelah cerita engko kan 😭😭😭 maybe sebab i will never understand the meaning of second chance. btw minus one ha sebab ni lah banyak cam drag actually. okay lah tu je byee
Profile Image for Eiline.
42 reviews
July 21, 2024
4.2 ⭐️

QUICK REVIEW

• Storyline : 4/5 (tak heavy, more like cane nak love yourself gitu, nak heal)
• Ending : 4.5/5 (Semua dapat Ending yang sepatutnya)
• Love story: 3/5 (ada tapi rasa tak kuat, novel ni memang lebih kepada friendship & family. Kadang² nak kawan macam najmi & haikal)
• Spelling errors : 4/5 (ada tapi boleh kira, sikit je)
• Gammar : 4/5 (I think ok je)
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
December 6, 2023
Hail to the queen of the saddest and funniest fiction
Profile Image for lavender books.
3 reviews
March 1, 2024
Who's crying??...ME
The way each character ada backstory masing²😭🥹
BEST GUYS...BELI LAA
Tunggu cerita Najmi plakk😋
Profile Image for The Daisy.
1 review
January 4, 2024
"Don't be afraid to heal"

This is my first read for 2024 and honestly this is my comfort book. The plot, the character developement semuanya *chef kissess. Thank you broleecomel sebab tulis this masterpiece. Cried a lot at the beginning but the ending really warm my heart. Dalam di bawah langit biru, saya belajar yang cinta tak semestinya memiliki dan melepaskan ialah salah satu bentuk mencintai. Dalam langit biru kita pulak, saya belajar yang cinta harus dikejar dan dihargai sepenuh hati.

Reading this during my worst phase. And i feel like i've been comforted by all the characters. All the things mika and najmi said to awish, rasa macam diorang tengah cakap pada i. It is true, di penghujung setiap hari, kita hanya ada kita.

All in all, best book of 2024!!!! Fly high author, semoga semakin maju dalam bidang penulisan.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
September 4, 2024
I love this novel so much. Penulisan broleecomel ada penambahbaikan. Tahniah awk. Saya menanti karya awak yg seterusnya 🤭 tak menyesal beli walaupun ada sedikit ragu2 nk beli pada mulanya 😅
Profile Image for Sna.
43 reviews3 followers
February 5, 2024
Tajuk: Langit Biru Kita
Penulis: Broleecomel
Penerbit: Maneswordworks

"Langit Biru Kita" bukan sekadar sekuel kepada Di Bawah Langit Biru, tapi sebuah pengalaman membaca yang rollercoaster. Ada turun naik. Baru nak gelak, tiba-tiba next chapter kena nangis. Emosi memang turun naik baca buku ni. Bagi yang dah baca DBLB, buku ini seperti kembali berjumpa dengan kawan lama dan mendapati kisahnya makin seru. Rindu Mika, Aniesha, Haikal dan Najmi? Bacalah buku ni.

Sejujurnya, pada awalnya saya rasa macam tak perlu pun ada sekuel untuk DBLB sebab saya sangat-sangat berpuas hati dengan endingnya. Tapi, setelah saya baca buku LBK ni, saya rasa macam ya, inilah apa yang saya perlukan which is HAPPY ENDING! Finally~ Tapi nak dapat happy ending tu Ya Allah, hmmm, perit betul nak baca. Sakit, sangat sakit apa yang dilalui oleh setiap seorang daripada mereka.

Walaupun ada babak sedih, babak lawak pun banyak jugak ehh. Paling tak boleh part Mikaeyl tengah confront Mokhtar. Tengah gaduh pun sempat panggil orang tua tu dengan panggilan 'Dinosaur'. Pecah perut ketawa wehh. Tengah serius sempat tergelak. Best best haha.

Dalam Di Bawah Langit Biru, penumpuan lebih kepada pencarian diri, namun Langit Biru Kita mengajarkan kita untuk menyayangi diri sendiri. Ia bukan sekadar cerita, tetapi semacam nasihat hidup yang sesuai untuk diaplikasikan.

""The light at the end of a tunnel will only appear to those who believe there's one. Don't afraid to heal," - Mikaeyl Lee

Banyak pesanan buku ni yang kita boleh aplikasikan dalam hidup kita. Antaranya iaitu pengalaman pahit dan rasa sakit yang kita alami adalah sesuatu yang boleh dikongsi dengan orang sekeliling kita. Beban hidup tidak perlu dihadapi sendiri, dan buku ini membawa pesan itu secara efektif.

Setiap watak mengalami perjalanan mencari diri dan menemukan kebahagiaan mereka. Cerita tentang Darwish, adik tiri Mika, ya Allah, emosi betul baca part tu. Kesian wehh. Rasa nak peluk Darwish. Kenapa buat kisah Darwish mcm tu wahai penulis? Huhu. Villain Mokhtar? Bapak kejam!!! Serius, tak puas hati betul dengan dia tapi hoho sangat satisfied dengan pengakhiran dia. A++! Padan muka dia ehek!

Seronok tengok bromance Mika, Haikal, dan Najmi, kawan macam diorang ni memang kaya gula dalam teh tarik. Susah senang bersama. Mereka ni kannn, bila berjumpa memang macam budak kecik yaa. Dinamika persahabatan mereka begitu genuine sehingga saya rasa macam mustahil friendship macam tu betul-betul wujud in real life.

"Bukan langit you. Langit kita. Selagi you ada dengan I, I akan pastikan langit kita kekal biru, Mikaeyl," - Aniesha

Buku ini juga mengajar bahawa berdamai dengan takdir dan menyayangi diri sendiri adalah perjalanan yang memerlukan masa. Hmm, hati saya tak kuat. Kehadiran Aniesha dalam kehidupan Mikaeyl sememangnya melengkapkan hidupnya. Saling melengkapi. Sakinah. Mawaddah, Warahmah ya life mereka berdua ni.

Antara reason lain kenapa buku ni best:
- Bukuuuuu. Mikaeyl hadiahkan Aniesha rak buku + buku. Aniesha ada mini library. I is jeles erghh.
- Kpop! Exo fans? Buku ni untuk awak. Mikaeyl tak judge pun Aniesha minat kpop tau. Support pulak tu.
- Kucinggg! Diorang laki bini bela kucing nama Hazel Lee. Haihh, comel.

Plot yang kemas dan perkembangan watak yang power semuanya terhidang dan dapat dinikmati dengan sepenuh hati. Chef's kiss betul! Cukup rencah! Kepada penulis, tahniah! Anda betul-betul berjaya menghidupkan cerita ni. Lucu, penuh inti, solid 5 bintang untuk karya ini. Teruskan menghasilkan karya sehebat ini. Saya paling suka bila emosi kesemua watak boleh dihayati. Semua karakter ada 'screentime' yang mereka deserve, bukan sekadar watak utama je yang shining. Keep it up!

"Langit Biru Kita" bukan sekadar buku, tapi perjalanan emosi yang menggugah dan menghiburkan. Dari gelak tawa hingga air mata, kisah Mikaeyl dan kawan-kawan membawa kita ke dalam dunia yang penuh kejutan. Pesan tentang mencari diri, menyayangi diri, dan berbagi beban hidup disampaikan dengan indah. Dalam happy ending yang manis, penulis berhasil menciptakan karya yang layak dinantikan. Persahabatan, cinta, dan perjuangan hidup, semuanya terselip dalam buku ini. 📘✨

#LangitBiruKita #Broleecomel #bookreview #maneswordmworks
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
January 27, 2024
I actually enjoy this a lot. Jika dibandingkan dengan Di Bawah Langit Biru, saya boleh katakan alur penulisan Broleecomel lebih matang. Boleh rasa perbezaan dari segi pemilihan kata, penyusunan ayat dan plot itu sendiri. But at the same time, masih lagi mengekalkan 'signature' Broleecomel tu sendiri-it is funny tapi bila sedih tu, rasa macam nak keluarkan jantung dan otak tu kejap dari badan sendiri. Ada banyak value yang saya belajar dari karakter-karakter dalam Langit Biru Kita, not to mention.

Thank you for writing such a comforting story.

You did a really good job, and I look forward for your writing untuk mewarnai industri penulisan kita.
Profile Image for userfq.
4 reviews
March 18, 2024
ohh the story of mika has come to the end but i'm sure he is going to live a happy life now especially with his wife , friends , family and his own self that is allowing him to heal now.

the author did a very very good job in telling people about mental illness , how it makes people feels , the consequences and how we have to allow ourself to heal before we did heal with the help of our loved ones

i really really want a mika in my life now :( the mika who will build you a mini library , who respect your interest , who will be your protector and who will love you so much , he lets go just to come back with a better version of him

eisha ? everything about her is perfect , maybe that's why she is with mika , they completed each other , with eisha by his side , his sky will always be blue

haikal , najmi , awish deserve a happy life also because of how they make mika's life brighter

all of the quotes are wonderful , they comfort me the same way they comfort mika

"after every hardship comes ease"
it sure did
20 reviews2 followers
October 7, 2024
⭐⭐⭐⭐⭐

Mikael
Aireen

Selepas ribut melanda hidup mikael yang pergi dlm hidup aireen , mikael nekad utk berubah .
Mikael dah berhenti jadi pensyarah dan dia sekrang adalah peneraju TL Mart . Jadinya company Mikael ni nk anjurkan satu program dan ada ambil penyanyi iaitu Haikal Deedat . Kawan baik yang pernah ada dalm hidup Mikael . Disebbkan ada satu kejadian depan mata Haikal Deedat kena langgar dengan kereta dan Mikael terus selamat kan Haikal . PA Mikael Aisy pun terkejut . Disebbkan itu berjumpa balik Haikal Deedat dengan Najmi ( pengarah , penulis buku ). Dan dari situ jugak la Haikal nak kenen kan Aireen sepupu nya dengan Mikael kawna baiknya sendiri .

Disebbkn opah Haikal dan Aireen , tetiba jeee Mikael jadi menantu express . Ibu bapa Aireen setuju sgt
Sekrang Mikael kena buat Aireen jatuh cinta utk sekali lagi .

Dalm sedekad Haikal dengan Khadijah , mula ada pasang surut dlm perhubungan , haikal rasa perhubungan ni dah tawar dan minta putus . Elok pulak ada kes kapal terbang terhempas dan nama khadijah ada . Haikal jadi mneyesal tak kesudahh . Tapi ada plot twist 🪢 ye .

Iman rania pelakon tersohor ,ex gf najmi ada dlm shooting cerita najmi , dan cinta mungkin berputik kembali .

Mikael duduk dirumah yang tinggi di ibu kota , kata dia nak dekat dengan langit biru dan masa yang sama Aireen jatuh cinta sekali lagi . Mereka hidup bahagia setelah banyak pancaroba kehidupan .

Darwish adik tiri Mikael kehilangan kawan baiknya ming zhen , kawan yang ada bila senang dan susah . Kawan yang diperlukan ketika dia dipukul oleh bapaknya . Sampaikan darwish kena depression dan hampir bunuh diri sebbkan nasib hidup dia sendiri .

Dan mokhtar ending memang mantoppp . Suka part mikael explain yang dia akan protect darwish walau apa yang jadi . Tapi mama pilih mokhtar sebb mokhtar ambik harga mama . Padahal Tajudin Lee ada company sendiri . Ish ish ish.

Mikael ada penyakit , kalau dia mimpi kan mama , mesti harini ada jadi moody all the time . Tpai aireen yang jadi mikael dulu ke mikael yang lebih baik .


☁️BROLEECOMEL , penulis yang tak asing dengan penceritaan yang comedy dan pain .banyak yee tisu saya habiskannn sebb ada part saya menitiskan air jernih 🤧
.ending yang cukup baik utk semua orang . Saya suka saya sukaa . Lama jugak la nak tunggu buku ni keluar sebenarnya 😮‍💨 tapi dimaafkan sebbnya sis BROLEECOMEL buat saya terkesima dengan penulisan beliau , TAHNIAHHH🎉💐💐💐💐💐 .


Tak minta banyak semoga ada seseorg yang seperti Mikael Lee dalm dunia realiti .
Pendengar setia , baik , gren flag .

Aireen🥨🥐🥖🧇🥯
Mikael 📈📉🗂️📑📊
Fav mikael☁️☁️☁️☁️☁️
Mood mikael dan aireen⚡⚡⚡⚡
Sweet moment 🌈🌈🌈🌈🌈
🌪️🌪️🌪️🌪️🌪️
☀️☀️☀️☀️☀️
🌚🌚🌚🌚🌚

Happy ending 🐈🐈🐈🐈🐈
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
February 26, 2025
Pengakhiran DBLB bittersweet. Aku sangat mengharapkan ending yang lebih baik untuk empat ketul watak ni. Terlalu banyak salah faham dan miscommunication antara mereka yang membuatkan mereka berakhir sebegitu. Dan LBK memberikan peluang untuk mereka membetulkan setiap silap mereka dan bermula semula.
.
Tiga tahun berlalu sejak Mikaeyl membawa diri. Tiga tahun dia merindui setiap seorang sahabatnya. Kemalangan kecil semasa balik kerja menemukan dia dengan Haikal. Pertemuan yang tidak disengajakan digunakan sehabis baik kedua-dua pihak. Maka, tautan silaturrahim yang dulu terputus, disambung kembali. Malam tu juga, Mikaeyl, Haikal, dan Najmi kembali bersahabat setelah puas meluah.
.
Friendship tiga serangkai Mika, Haikal dan Najmi masih lagi menghiburkan. Tiga tahun berpisah ditebus setiap saat bersama-sama walaupun dua daripada mereka dah mendirikan rumah tangga. Pantang bersama, memang chaoti habis! Kadang aku pun pening nak gelak ke nak hempuk buku ni sebab perangai depa.
.
Mika yang dalam LBK bukan lagi Mika yang sama. Dia yang dulunya terlebih baik, kini lebih matang dalam menilai manusia. Pertemuan semula dengan Aniesha, menguatkan lagi kata hati Mika untuk berjuang demi kebahagiaan sendiri. Bab-bab permulaan seolah-olah sambung cerita sedih bab-bab penghujung DBLB. Cuma, kali ini sedih tu tak membuatkan aku menung dan lebih kepada kelegaan kerana mereka semua berjaya mencapai bahagia bersama.

Konflik yang ada dalam buku ni muncul hujung-hujung bila Mokhtar decide to surprise us with his shitty existence. Serius, aku bangga dengan Mika yang akhirnya stand up to his mom lepas segala-galanya dia korbankan di DBLB dan choose to protect himself and his happiness. Love story Mika-Anisha had a rough start after everything that went down before tapi akhirnya flowery juga, which what we expect.

Tahniah cik penulis untuk kisah mereka dan terima kasih juga sebab bagi happy ending untuk mereka semua.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews7 followers
February 28, 2025
Selepas tiga tahun, takdir menemukan semula Mikaeyl dan Aniesha. Kali ini, Mikaeyl telah belajar banyak hal untuk sembuh daripada luka masa lalu. Aniesha pula masih berparut lukanya setelah ditinggalkan Mikaeyl tanpa sebarang penjelasan kukuh dahulu. Namun, cintanya pada Mikaeyl tidak pernah padam.

Hubungan persahabatan Mikaeyl bersama Haikal dan Najmi juga mulai membaik. Namun, kali ini, masih ada dugaan yang menimpa Mikaeyl. Mampukah Mikaeyl yang masih mencuba untuk sembuh dari kesakitan masa lalu untuk tabah dan kuat mengharungi dugaan hebat pada kali ini? Semuanya terjawab dalam novel Langit Biru Kita.

Momen persahabatan mereka dikarang dengan baik sekali. Momen kelakar, serius dan sedih di antara mereka sungguh terasa dekat apabila dibaca.

Permulaan semula hubungan Aniesha dan Mikaeyl nampak jelas akan sikap Aniesha yang berhati-hati selepas dikecewakan Mikaeyl dulu, namun seiring masa, cinta yang tidak pernah terpadam dalam diri Aniesha terhadap Mikaeyl semakin menyala. Babak lipas memang kelakar gila. 🤣

Banyak juga konflik yang membuat naik darah aku sebagai pembaca. Watak protagonis memang mencabar kesabaran. Trauma beberapa watak dilakarkan dengan berkesan sekali. Penulis membawa pembaca belajar serba sedikit tentang kesihatan mental melalui watak-watak berkenaan. It's a very good insight.

Wow! Pembalasan terhadap protagonis agak cepat namun sangat memuaskan hati ya. Astaghfirullah *urut dada sendiri.

Sebiru langit mereka, begitu juga aku harapkan langit dalam hidup aku akan bertemu indahnya biru tersebut.

And indeed, "healing is never linear."

"Don't be afraid to heal."
Profile Image for Deanny.
3 reviews
November 23, 2023
For LBK, I would say this is the best book I've read for this year along with DBLB.

As someone who loves rom-com yet a slice of life genre, this one is everything for me. I cried with Haikal during Rose's tragedy, I laughed with Najmi when he encountered Iman, and I find comfort reading Eisha-Mikaeyl scenes.

Mikaeyl from DBLB is different from LBK. In DBLB, I found him pretty childish with Haikal and Najmi but here, I found him very mature and husband-able. Maybe this scene is smaller than the rest but the part I remember the most is when Mikaeyl told Haikal how he tolerated Najmi's behaviour every time Najmi in his writing period. Tolerating, sounds simple but really hard to do especially with someone that's not even blood related to us. Maybe because of this, I tend to understand people's behaviour more (but never let people step on us!).

For Eisha, I understand her fear. To be left just like that without proper closure. I would react the same as her if my ex suddenly came back and wanted to fix things. This is why Eisha is better than me. She learns to forgive and move on for better things. Kudos to her and kudos to Mikaeyl who also learns to take responsibility and does his best to gain her trust back.

I love the ending. I love everything in this book (except Mokhtar). To BLC, once again, congratulations for being the funniest yet saddest author 🤍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
January 25, 2024
3 star = I LIKED IT

"we are getting there, Mika"
"Mika, you never saved us like this before.... Thank you"
"Keep on saving us, Mika. Kerana di di penghujung hari, kita hanya ada kita"

- younger Mika-
---------------------------

LBK menceritakan tentang Mikaeyl mulai sembuh dari masa lalu telah kembali ke pangkuan kekasih dan BFF dia setelah 3 tahun berlalu dia palaukan semua orang sebab dia terlalu insecure dengan diri sendiri. Dalam LBK juga Mika berjaya menyelesaikan konflik dalam keluarganya dengan diri Mika yang baharu. Masin mulut Mika dengan terjadinya tragedi dengan si malaun Mokhtar tu. Tetiba terselit babak thriller.. hahaha

Cerita ni tak banyak konflik yang menyebabkan kita rasa nak sumpah seranah. Percintaan Aniesha dengan Mika pun smooth je walaupun Aniesha trauma bila Mika tinggalkan dia dulu. But love saved them. Bromance 3 sahabat + darwish masih lagi dibawah pengaruh bromance korea. Ni memang peminat korea betul broleecomel ni. hahaha

Ni spoiler untuk korang yang trauma baca dibawah langit biru _ Semua orang dalam buku ni mendapat happy ending yang dorang layak. huhuhu

Best untuk dibaca santai-santai. But, aku rasa lagi better 'di bawah langit biru" walaupun pengakhiran dia memang mengundang. hahaha
Profile Image for Natalia.
9 reviews
December 21, 2023
Wow, wow, wow! This book is a sequel to Di Bawah Langit Biru and it definetely did not disappoint!

Mikaeyl (the MC) is so different from what he was then and I think that makes sense, judging by the amount of emotional hurt he went through. Aniesha also is quite different. She has grown more mature in her thoughts which I think is a form of great character development for her. Haikal and Najmi are great as ever and I'm really that this book explored more of Haikal's feelings and emotions more. It helped me connect with him more and that's most important for any character: the connection and relatability.

The ending (SPOILER!) was so wholesome and I'm very glad that these wonderful characters managed to find peace in their lives after everything they went through. Thank you Broleecomel for creating this fantastic story for us!
Profile Image for libraryofshazz.
68 reviews
July 9, 2024
Akhirnya, tamat juga Langit Biru series ni saya baca. LBK ini adalah sambungan daripada DBLB dan di dalam ni kita dapat lihat character development pada Mikaeyl.

Honestly it was a roller coaster ride reading through this 😭 Ada masa gelak, ada masa blushing, ada masa geram, ada masa nak nangis. Suka cara author dapat mainkan perasaan readers. 😔

I really really love the character development on mika. Plus, I envy gila friendship dia, Haikal, and Najmi. And the way he treats Aniesha?? 😭😭 MAKKKK NAK KAWINN NAK LAKI CAM MIKAA

I'm happy that Mika has found his happiness 🥹🤍 And now I think I'll miss this langit biru series, I loved it so much despite the pain 😭🤍

Overall I can say, please give dblb and lbk a chance and read it. Sakit dia don't worry, sapu minyak gamat oke la tu 🥹👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
33 reviews1 follower
August 22, 2024
Goosebumps. One of the things that I keep getting when reading this book. Kata-kata setiap characters dalam buku ni buat buku roma naik and hati rasa tersentuh kadang-kadang and I'm amazed sebab author boleh buat buku ni sampai ke tahap tu terhadap pembaca. Or at least, to me.

Honestly saya tak nak siri ni habis. Well, I don't know apa plan author in the future tapi saya nak sampai ke part Mika and Eisha dah ada anak, Najmj and Iman together and etc.

Maybe author ada selitkan sikit ending ni dekat novel gabungan tambahan yang 2022 tu tapi saya tak cek lagi. Harapnya ada lah hahaha sebab saya mengharapkan lebih for the ending buku ni, tapi hampa. Tapi of course, expectation kills so saya tahu salah saya juga lol. But overall, I really love and enjoyed this series :)
41 reviews
January 30, 2024
Pada pendapat saya, cerita ni sempurna. Sebab? Cerita ni banyak ketengahkan topik kesihatan mental mcm si Mikaeyl, kesian dekat dia, selalu fikir yg dia menganggu org lain sedangkan org lain suka je bila dia ada sekali

Buat Aniesha, tahniah, Mikaeyl telah pun menjadi suami anda, alhamdulillah, jodoh tak pernah salah alamat

Usaha si Mikaeyl nak menghalalkan Aniesha tu agak rare sbbnya nenek si Aniesha ni rajin je nk jodohkan cucu dia yg sorg tu

rate?100000000/10

saya dh habis baca DBLB dgn 19 dlm Yang Manes 2022, jadi perasaan saya masa baca buku ni mmg...hanya Allah saya yg tahu

Buku ni sgt recommended utk dibaca, dijamin anda akan minat dan suka dgn karya kak adli ni😊
Profile Image for clichemeans.
19 reviews
December 26, 2023
LURVE GILA? have too much good things to say, but one thing’s for sure is that the langit series has my heart. wlw betapa sedih pun, i can see myself coming back to lbk as my comfort read🥹 broleecomel, i harap u takkan henti tulis buku, sebab u have me as ur peminat setia 4ever!!!! terima kasih kongsi lbk ini dengan kita. you have no idea how much you have helped and healed me with your words. 🤍 Tuhan sahaja yang boleh balas 🥹🥹🥹
Profile Image for Cherie.
19 reviews
January 20, 2024
“Kenapa selalu nampak sakit orang lain dan bukan sakit sendiri?”

“Sebab aku tak pernah rasa… kita penting?”

“Time to change that, kan?”
“Make us our Number One.”

“Sayang diri kita?”

“Sayang diri kita.”

🍂😭🫶🏼🤍
Profile Image for Pudz.
25 reviews
February 11, 2024
Sekejap senyum, sekejap gelak sekejap sedih lepastu tiba-tiba rasa nak marah. Sarat dengan emosi. Kadang tu rasa macam baca self-help book pun ada. Cumanya kenapa saya rasa macam penulis lupa nak tulis pasal najmi. Know know nak kahwin.
Profile Image for Marsieya.
11 reviews
April 6, 2025
LOVEEEEE ❤️❤️❤️❤️ BEST GILAA CERITA NI AND THE SECOND BOOK TAK MENGECEWAKAN!!! Dah attached to all characters and suka sangat friendship diaorang bertiga. Also healthy relationship between the MCs. NAK PART 3/ SEQUEL PLS😣😣😣
Profile Image for tto-book-kie.
22 reviews
June 1, 2024
It's slice of life, so there really isn't much to say. Good read. Love how the author touch on the mental struggle issue. Don't be afraid to heal. You won't heal overnight and that is okay
Profile Image for S&.
43 reviews
December 1, 2025
Please check the TW/CWs

Dengan pengakhiran DBLB (saya bagi 4 bintang), saya tak berharap nak tahu cerita selepasnya tapi sebab buku pun dah ada jadi.......

Ceritanya sekarang ada seorang tu lama menghilang bawa diri. Semua pakat rindukan dia dan dengan dia-dia pun sebenarnya menanggung perasaan yang sama. Bulan berganti tahun, hujan turun kemarau pun pergi, tangis dalam rindu akhirnya, takdir menemukan mereka. Tak sampai situ je, kisah Haikal dan Khadeejah bukan biasa-biasa, memang bertubi-tubi penulis bagi konflik. Tak sempat nak hembus nafas lega, datang pulak konflik Darwish. Apa pun, sesi loklaq bersama masih ada dan saya terhibur.

Cuma saya rasa pertembungan antara Haikal-Mikaeyl agak mengejut. Sepatutnya masa kemalangan tu sedebuk kasi rasa sakit pedih right down to the bone crushingly so tapi okeylah at least that scene didn't need to be soo serious 🥲. Tak apa, plot structuring could be polished lagi for the upcoming book. Cerita nak tunjuk masing-masing dah dewasa tapi sebelum tu, saya mengharapkan kisah Mikaeyl-Haikal-Najmi lagi erratic, lagi sayu dan tak terlampau cepat temukan diorang (I'm not talking about the bromance but the brotherhood instead). Awal bab quite okay, but then the later chapters just.. fell flat. The unbearable tension, the angst, and even the bloodshot stare didn’t pull off the gut punch. And yes, this sequel ended up being ghosted by my expectations. Rentak akhir langit biru esp buku pertama memang my good take but this one felt less settled to the original story. Certain babak cinta mencintai, saya terbuat tak hirau tapi hidup tak lengkap pulak kalau tak ada. Maaf terpaksa ngaku, asam garam rumah tangga Mikaeyl dan Aniesha saya banyak skim.

Saya perasan perkataan langit kerap dimetaforakan, a bit crammed in. Masih ada lagi inappropriate jokes but overall, the writing is getting better. Saya tak akan tegur tatabahasa/grammar bcs that's not my forte, cuma boleh kata sedap kena dengan selera atau sebaliknya je. Dan perkara yang paling saya nampak penulisan dah ke arah kematangan 👏.

[Correct me if I'm wrong]
Cetakan ke-2. Ms 338, dialog Mikaeyl:

"In surah Ash-Sharh, Allah mentioned twice that AFTER every hardship, comes ease. Dan abang, mama, semua oranglah, akan doakan semoga ada penghujung untuk semua sakit ni. Ya, Darwish?"

Yang betulnya, WITH every hardship. Bukan AFTER. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Tapi tak tahulah mungkin penulis dah ambil maklum.

Anyway, saya harap kisah Najmi yang lagi panjang akan ada~


1st review: 22/4
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.