Ruwi Meita, you buat cerita macam ini mmg superb. Buku ini agak niche dan hanya audience tertentu dapat tangkap hidden message disebalik jalan cerita Carmine dan Mirah. Mereka ada persamaan namun berbeza solusi untuk menghadapi konflik tersebut. Terdapat tiga pov karakter, ditambah dengan past & present timeline.
Bila I cakap 'too niche', buku ni lebih kepada psychological thriller. I tak expect jalan cerita agak slow, so for those yg suka buku fast-paced, you kena hadap sikit lah. Carmine ni dulu model iklan masa dia muda. Sejak berkahwin, kehidupan Carmine berubah 360°. Macam biasa, husband bodoh rasa insecure dgn kejayaan isteri, mertua pula asyik berleter dengan 'aku mahu cucu ramai, kau elok sikit jaga laki'. Haaa pakej sakit hati juga. Daripada kurus, Carmine naik berat badan sebab stress, tekanan jaga anak-anak. Datangnya Mirah buat hidup dia sedikit ceria sebab Mirah ni sentiasa faham dan validate apa yang dia tengah hadapi. Mirah ni pun misteri dan ada sisi gelap juga.
I tertarik dgn backstory Mirah. Kehidupan peribadinya tidak diimbas secara details namun konflik hubungan keluarga, perkahwinan dan deskripsi personaliti Mirah sedikit sebanyak I faham on why Mirah behave macam tu. Senang cerita, dia agak psycho. Psycho yang bersebab. Tak kasihan macam tak proper sebab dia ada sejarah hitam tersendiri yg membuatkan I kasihan dengan dia. You boleh tahu nnti bila baca.
Ada watak Inspektor Bilah yang sepatutnya akan pencen tetapi terpaksa handle kes serangan Carmine. Karakter ini wujud masa present timeline. Kurang memberi impak karakter Bilah ni sebab umpama 'come and go' je dalam cerita ni. Kawan karib Carmine, Ratna itu bagi I the only character yang WAJIB ada. Dalam dunia ni, nak dapat kawan macam Ratna mmg susah. Nasib baik dia ada waktu susah senang Carmine.
Overall, I rasa it was an okay read for me. Ada satu je scene thriller yg buat I 'what the hell?' ehe. SUMPAH NGERI sikit lah. Itu pun part hujung-hujung so no worries, just enjoy je. The ending pula, wow! I tak expect and I puas hati *laugh*